Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, May 5, 2009

Panduan Menggunakan Deluge (men-deluge)


Posted on : 27-06-2008 | By : EiNS | In : Internet, P2P

18


Panduan ini ditulis berikutan ramai pengguna bertanyakan kepada penulis mengenai setting terbaik menggunakan Deluge. Penulis berharap panduan ini dapat membantu pengguna untuk memahami tentang cara-cara download torrent menggunakan deluge atau men-deluge demi mencapai tahap kelajuan yang optima.

Anda juga boleh cuba mengikuti panduan ini meskipun anda tidak menggunakan Deluge kerana pada pendapat penulis panduan ini adalah global kepada semua torrent client.

1. Hack Tcpip.sys > Increase max half open connection

Default max half open connection windows adalah 10. Untuk meningkatkan lagi kelajuan internet terutamanya p2p download dan online gaming, anda boleh ubah nilai tersebut kepada lebih tinggi misalnya diantara 500-600 (penulis menggunakan 512).

Download dan run, tidak perlu install. Restart komputer selepas hack tcpip.sys.

Untuk Windows XP SP2 : EventID 4226 Patcher Version 2.23d
Untuk Windows XP SP3: Windows XP SP3 TCP/IP Patcher

2. Configure Deluge

Setelah selesai hack tcpip.sys sila run client Deluge anda. Tekan help > Run Configuration Wizard. Penulis mencadangkan anda menggunakan port 49152-65535, sila rujuk gambar.


Untuk bahagian seterusnya, anda perlu setting connection. Pengguna Screamyx 1Mbps, pilih 384k untuk upload speed, manakala Screamyx 512Kbps sila pilih 256k. Pada max half open connection, masukkan nilai yang telah anda ubah (tcpip.sys hack), misalnya penulis memilih untuk menggunakan 512. Sila rujuk gambar.

Sudah selesai. Cuba download torrent dengan seeders yang banyak untuk mencuba keberkesanan Deluge.

3. Portforward (Sekiranya anda menggunakan router)

Tekan start > run > taip cmd > ipconfig untuk mendapatkan ip local dan ip router. Kebiasaannya ialah 192.168.1.1 atau 192.168.0.1 atau 192.168.2.1 manakala ip router penulis ialah 10.10.10.1 (diubah secara manual ).

Masuk browser internet anda, pada adress bar taipkan ip router anda untuk akses kedalam configuration router anda. Sila rujuk GUIDE ini. Kebiasaannya ia dikenali sebagai virtual servers bagi sesetengah router, router linksys dalam Application & Gaming > Port Range Forward.

Tiada setting untuk portforward Deluge mengikut router anda? Jangan bimbang, buat secara manual!!! Atau anda boleh cuba mengikut configuration Utorrent, cuma perlu ubah application name dari Utor1 kepada Deluge.

Application name : Deluge
Start Port @ Range: 49152
End Port @ Range: 65535
Type: TCP (Linksys sila ambil Both)
IP Adress: Masukkan local ip anda (10.10.10.2 bagi penulis)
Save…………………………………..dan selesai.

Anda tidak faham? Kreatif sikit…x perlu ikut bulat2 apa yang penulis cakap. Panduan ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri mencuba pelbagai perkara demi bypass tmnet throttle keatas penggunaan p2p dan torrent.

Semoga berjaya. Fuh~dekat sejam gak tulis panduan ni. @adil

0 comments: