Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, May 6, 2009

Imam Berkhutbah dipecat!~Malaysiakini


Dipetik dari Malaysiakini,

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya .

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.

Shamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.

Mengulas lanjut isi khutbah yang dipertikaikan itu, Shamsul berkata, beliau hanya "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Beliau juga berkata tidak pernah aktif dalam politik pembangkang yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan.

"Sokong-sokong itu biasalah," tambahnya, sambil mendakwa inilah kali pertama imam dipecat di masjid itu.

Ditanya sama ada beliau berhajat merayu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya kerana "yakin berada di pihak yang benar", Shamsul berkata:

"Saya tidak hendak panjangkan lagi (perkara ini). Saya pun bercadang hendak buat kerja lain."

Bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Medan Damansara -milik masjid itu – yang didudukinya dalam tempoh tiga bulan. Beliau bagaimanapun bercadang berpindah Jun ini.

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti dua lagi imam di masjid itu.

0 comments: