بسم الله الرحمن الرحيم
Video Lucah 'Datuk T' Ditabur di Masjid
SHAH ALAM, 14 MEI: Video lucah fitnah Datuk T yang dimuat naik di Youtube selain di pos kepada pemimpin politik tertentu dan diedar di kawasan perumahan, kini di sebarkan di masjid-masjid pula untuk mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pihak yang tidak dikenali meletakkan rakaman seks itu di Masjid Al-Hadiyah Telok Panglima Garang Kuala Langat pada Ahad lalu.
Nazir Masjid Al- Hidayah, Rahman Amir berkata video berkenaan dijumpai semasa jemaah masjid bersarapan selepas mendengar kuliah subuh di masjid itu.
"Nasib baiklah saya yang menemui dan tidak jemaah lain yang menjumpainya. Saya dengan tindakan sendiri sebagai seorang nazir tidak mahu bersubahat dengan perkara yang mana mungkin membolehkan terjadinya keadaan yang huru hara, kerana benda ini kita tonton kerap di TV. Tidak cukup di TV, disebar luas pula di masjid, tempat suci umat islam beribadah," kata beliau
Rahman kesal terhadap kesanggupan pihak yang tidak bertanggungjawab mencalar kesucian masjid dan agama untuk tujuan politik jahat dengan menyebarkan video itu.
Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPPKL) turut mengutuk tindakan itu dan menyifatkannya sebagai “tidak bertamadun”.
Ketua DPPKL, Hairul Nizam Tohar berkata pengedaran video lucah di masid bukan sahaja menghina kesucian agama Islam tetapi turut menyuburkan budaya fitnah di kalangan rakyat.
“Penyebaran VCD lucah ini dilihat sebagai agenda politik sempit dan kotor yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh. Tidak mustahil ada lagi VCD yang disebarkan di masjid lain,” kata beliau kepada TVSelangor.
Mengulas isu yang sama, ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Khairi menegaskan rakyat harus menolak fitnah seks tersebut berikutan Islam menggariskan hukum yang jelas sebelum menuduh seseorang itu melakukan zina.
"Islam meletakkan 4 orang saksi. Ini bukan main- main. Saksi mestilah cerdik, adil, muqallaf," katanya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat dalam usahanya membabitkan Anwar dalam pertuduhan itu.
"Dalam Islam sumpah laknat di dalam zina hanya dibenarkan apabila suami menuduh isterinya berzina dan perkara tersebut berlaku di dalam mahkamah," jelasnya.
Tindakan Eskay membuat sumpah laknat sebelum ini dibidas oleh beberapa pihak termasuk mufti-mufti yang menegaskan hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani isu- isu fitnah.
Video seks 21 minit itu ditayangkan oleh Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim.
Sebelum ini video seks fitnah dan risalah memalukan Anwar dikesan diedarkan secara meluas dari rumah ke rumah di daerah Klang.
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Yew Boon Lye semalam membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah dan cakera padat (CD) rakaman video seks itu ke rumah-rumah di Teluk Gadung Indah Klang.
Boon Lye mensyaki perbuatan itu didalangi oleh kumpulan pro Umno. Mereka mula mengedarkan risalah dan video itu dari rumah ke rumah sekitar jam 10.00 malam Sabtu lalu.
Menurut Boon Lye lagi, kegiatan mengedarkan bahan lucah itu juga turut aktif sewaktu Ceramah Perdana Anwar di Klang baru-baru ini dimana ia dilihat bertaburan di sekitar kawasan perumahan.
-tvsnews-
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Saturday, May 14, 2011
VIDEO LUCAH DATUK SK DITABUR DI MASJID
PATUTLAH TIADA SIAPA BERANI AMBIL TINDAKAN PADA UTUSAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Gempar!! Najib Adalah Ketua Pengarang Akhbar Utusan Malaysia Yang Sebenar!!
KUALA LUMPUR: Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari berkata, agenda Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Hata berkata, Ketua Pengarang Utusan pula akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap malam Isnin, lapor sebuah portal berita, Free Malaysia Today. Selain Najib, hadir dalam mesyuarat itu adalah timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein, Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.
Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat itu katanya, akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.
“Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN,” kata Hata.
Hata dalam temubual itu berkata jumlah jualan akhbar itu merosot secara konsisten dan mengalami kerugian sehingga RM20 juta sejak 2009.
Angka dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar itu pula merosot sebanyak 20 peratus di antara Jun 2006 dan Jun 2010.
Manakala 50 peratus daripada jualan Utusan pula, kata Hata, dibiayai kerajaan. “36 kementerian melanggan Utusan dan kerajaan berbelanja RM50 juta setahun untuk iklan. Inilah sahaja keuntungan Utusan kerana kebanyakan organisasi enggan beriklan dengan mereka,” katanya.
Setakat Jun 2010, Utusan Malaysia mencatat purata jualan 170,558 naskhah berdasarkan laporan ABC.
Daripada angka itu, di antara 70,000 dan 80,000 naskhah diedar kepada vendor akhbar setiap hari, tetapi menurut Hata hampir separuh dipulangkan semula pada hujung hari. Jumlah naskhah tidak terjual yang paling tinggi adalah di Kuala Lumpur.
Hata yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dipecat Utusan Melayu berhad 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata mmeburukkan imej majikannya itu, menerusi beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial utusan.
Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar.
Yang terbaru isu “Kristian menjadi agama rasmi” sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
AWAS FACEBOOK BOCORKAN MAKLUMAT PENGGUNA
بسم الله الرحمن الرحيم
Menurut laporan syarikat keselamatan web Symantec, sekurang-kurangnya 100 ribu aplikasi Facebook secara tidak sengaja telah membocorkan akses kepada akaun pengguna laman sosial itu selama beberapa tahun. Seperti dilaporkan CNN, aplikasi-aplikasi Facebook adalah aplikasi web yang berjalan pada platform Facebook. Facebook mengatakan para pengguna memuat turun 20 juta aplikasi dalam platform yang sama setiap hari.
Pihak ketiga, utamanya pengiklan, mempunyai akses ke profil, foto, chat dan maklumat peribadi lain milik pengguna, ungkap sebuah posting dalam blog Symantec pada rabu (11 / 5).
Facebook memahami persoalan itu dan mengatakan hal itu sudah diatasi. Tetapi laman sosial terbesar itu juga mengatakan bahawa laporan Symantec mempunyai beberapa "ketidaktepatan" dan maklumat pengguna tidak pernah dibahagikan kepada pihak ketiga yang tidak dibenarkan.
Laporan Symantec mengatakan bahawa selama bertahun-tahun, beratus-ratus dari ribuan aplikasi didapati mempunyai "akses token", di mana syarikat itu menggambarkannya sebagai bentuk dari kunci cadangan untuk akaun-akaun orang.
"Tak perlu dikatakan, akibat kebocoran token akses itu sepertinya jauh dan luas," kata Nishant Dosti, kakitangan syarikat pembekal antivirus Norton itu dalam tulisannya di blog syarikat. Tak ada cara yang baik untuk menganggarkan dengan tepat seberapa banyak token akses telah bocor, kata Symantec.
Namun Symantec mengatakan bahawa kebanyakan pemaju aplikasi mungkin tidak menyedari mereka telah mempunyai akses ini. Syarikat itu mengatakan Facebook telah mengambil langkah pembaikan untuk mengatasi persoalan yang ditemui bulan lalu dan menarik perhatian pihak Facebook.
Facebook mengatakan sebahagian besar token akses habis masa berlakunya dalam dua jam, yang bererti tidak berguna lagi bagi pihak ketiga berbahaya selepas tempoh itu.
Seorang jurucakap Facebook mengatakan kepada CNN dalam sebuah e-mel bahawa laman itu bekerja bersama Symantec untuk mengatasi persoalan tersebut. Tetapi ia mengatakan sebuah "penyiasatan meyeluruh" tak menunjukan adanya maklumat apa pun yang didapati oleh pihak yang tak berkuasa.
"Sebagai tambahan, laporan ini mengabaikan kewajipan-kewajipan kontrak pengiklan dan pemaju yang melarang mereka untuk mengambil atau berkongsi maklumat pengguna dengan cara yang melanggar dasar kami," katanya.
Pada selasa (11 / 5), Facebook mengumumkan bahawa pihaknya sedang bekerja bersama Symantec untuk mengenali persoalan dalam pusat otentifikasi kami untuk memastikan bahawa mereka lebih selamat. "
Posting itu mengumumkan sebuah update yang memerlukan semua website dan aplikasi Facebook untuk beralih kepada sesuatau yang baru, yang lebih selamat bagi pemaju.
"Kami percaya perubahan ini mencipta pengalaman yang lebih baik dan selamat bagi pengguna dari aplikasi anda," tulis Naitik Shah dalam akaun Facebooknya.
Facebook saat ini menggunakan sebuah sistem otentifikasi yang lebih selamat untuk aplikasi, tetapi masih menyokong yang lama, versi yang kurang selamat, kata Symantec. Ia menemukan bukti bahawa setiap maklumat yang bocor telah digunakan untuk kepentingan yang menyalahi dasar Facebook.
Pengguna Facebook boleh menghalang setiap akses yang tidak sah dalam sebuah aplikasi yang dimiliki dengan jalan menukar kata kuci. Para pemaju yang menggunakan sistem lama Facebook akan mengalami peralihan ke yang baru, sistem pembangunan lebih selamat, antara sekarang hingga 1 Oktober mendatang, menurut posting di blog itu.
Sistem baru ini membolehkan pengguna memasang aplikasi dengan senarai terperinci dari aplikasi yang akan mengakses data peribadi mereka./Antara
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Thursday, May 12, 2011
NAJIB TIPU LAGI
بسم الله الرحمن الرحيم
Skim Rumah Pertamaku tipu orang muda?
Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. “Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda,” katanya.
Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN), kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan skim tersebut yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.
“Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Beliau kesal kerana sokongan golongan muda kepada BN diumpan dengan harapan palsu dan pembohongan yang akhirnya memperdayakan mereka.
Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu dan dilancarkan Mac kononnya untuk membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus.
Semalam, sebuah akhbar harian pro Umno melaporkan bahawa skim itu “tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya” oleh kebanyakan golongan muda.
Menurut akhbar itu, walaupun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda yang mahu memanfaatkan skim itu akan menghadapi masalah sebaik ‘dinilai’ institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan.
Akhbar itu melaporkan, seorang eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.
Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, akhbar itu Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.
“Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu,” akhbar itu memetik beliau berkata.
Akhbar itu juga melaporkan, seorang kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.
Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.
“Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.
“Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota,” katanya kepada akhbar itu.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
SATU LAGI DEMO ANTI-LYNAS DIJADUAL AHAD INI
بسم الله الرحمن الرحيم
Mangsa radioaktif
Satu lagi demonstrasi aman bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng akan diadakan Ahad ini berikutan sambutan luar biasa yang diterima penganjurnya pada Hari Ibu yang disertai tidak kurang 1,000 orang.
Kali ini, perhimpunan berkenaan akan dianjurkan oleh DAP Kuantan pada jam 11 pagi di depan pusat perkhidmatan parti itu. Mereka menjangkakan tidak kurang 500 penduduk akan menyertainya.
"Perhimpunan kali ini adalah supaya lebih ramai penduduk Kuantan memahami bahaya yang bakal dibawa oleh kilang nadir bumi Lynas dan menuntutkan bantahan sepadu penduduk Kuantan menentang pembinaannya,” kata ketua DAP Kuantan Cheah Kim Hung dalam satu kenyataan media hari ini. – mkini
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
PEMUDA UMNO - UTUSAN PERANGKAP UMNO
بسم الله الرحمن الرحيم
ingatkan ahli KIMMA
Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang berkata kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia - yang mendakwa DAP dan sekumpulan pastor merancang untuk menubuhkan negara Kristian - adalah untuk memerangkap partinya.
Dan malangnya - keluh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin - partinya telah terjebak ke dalam perangkap tersebut.
Perangkap tersebut, dakwanya lagi, dibuat oleh pihak tertentu yang akan mendapat manfaat daripada kontroversi tersebut, untuk mencemarkan imej partinya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada percaya atau tidak laporan tersebut yang telah mencetuskan kontroversi, dengan pelbagai pertubuhan membuat laporan polis terhadap DAP, pastor dan akhbar berkenaan.
Shaik Hussien berkata, laporan tersebut, yang berdasarkan kepada posting dalam dua blog pro-Umno, telah mengundang tuduhan bahawa Umno di belakangnya.
“Polis cekap dan bijak, mereka akan tahu tidak lama lagi siapakah di belakang tuduhan tersebut,” kepadanya kepada Malaysiakini.
Note: Pemuda umporno ke ni? ingatkan pemuda MIC tadi.. kah kah kah kah
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Wednesday, May 11, 2011
SATU LAGI KEJAYAAN MALAYSIA. SEKOLAH HARAPAN PENUH
بسم الله الرحمن الرحيم
15 diletakkan dalam senarai menunggu Sekolah Harapan dan Rumah Harapan
JASIN: Sejak ditubuhkan pada awal September 2010, Sekolah Harapan dan Rumah Harapan (SHRH) Melaka sudah menerima 49 remaja hamil dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah.
Pengerusi Lembaga SHRH, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, sepanjang tempoh itu, 28 bayi dilahirkan dengan semua diambil oleh keluarga ibu mereka.
Katanya, sehingga kini, 35 remaja menghuni rumah kebajikan berkenaan dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, manakala bakinya sedang menunggu masa untuk bersalin.
Mereka datang dari seluruh negara dan berusia antara 14 hingga 18 tahun, iaitu 14 dari Johor, masing-masing lapan dari Melaka dan Pahang, masing-masing lima dari Negeri Sembilan dan Kelantan, Terengganu (3), Kuala Lumpur (2) dan masing-masing seorang dari Selangor; Perak dan Sarawak.
Ab Rahaman berkata, setakat ini, 15 orang dalam senarai menunggu untuk memasuki rumah kebajikan berkenaan berikutan jumlah penghuni pada masa ini sudah mencapai bilangan maksimum.
“Kita minta mereka bersabar kerana kerajaan negeri mungkin menimbang untuk menambah kapasiti dan kemudahan sekolah itu, selain bercadang meningkatkan penerimaan penghuni sehingga 50 orang pada satu masa,” katanya.
Ab Rahaman berkata, tahun ini, kos mengurus dan pembangunan sekolah itu dijangka membabitkan kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 tahun lalu.
SHRH terletak di Jalan Pegawai dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang di bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan kos baik pulih RM100,000 dan mempunyai empat kelas, masing-masing sebuah bilik komputer, bilik mesyuarat serta pejabat pentadbiran.
Note: Rahim tamby adalah orang yang paling gembira sekali apabila tertubuhnya Sekolah Harapan di Melaka... kah kah kah kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
NERAKA JAHANNAM & SIKAP SAHABAT RASULULLAH S.A.W
بسم الله الرحمن الرحيم
ANAS bin Malik riwayatkan, suatu ketika malaikat Jibril turun ke bumi menyampaikan wahyu untuk Rasulullah saw. Sesudah menerima wahyu, Rasulullah saw terisak-isak. Menangis. Beliau saw menanggungkan beban hati luar biasa berat tampaknya. Beberapa sahabat yang hadir pun ikutan menangis. Mereka belum mengetahui wahyu yang dibawa malaikat Jibril yang sedemikian Rasulullah saw berurai air mata tangis. Di sela derai air mata, air muka Rasulullah saw merona gembira tiap menatap paras wajah Fatimah, puteri beliau. Detik-detik meregang, tak satu sahabat yang berani bertanya gerangan apa yang terjadi. Abdurrahman bin Auf berencana mau menanyakannya nanti kepada Fatimah, beban apa yang ditanggungkan Rasulullah saw hingga beliau berisak air mata.
Umar bin Khatab riwayatkan, Abdurrahman bin Auf benar-benar berkunjung ke pondok Fatimah.
Di depan pintu pondok Abdurrahman bin Auf menyerukan salam, “Assalamu’alaiki, wahai puteri Rasulullah saw. Fatimah membalas salam, “Siapa engkau?” Jawabnya, “Saya Abdurrahman bin Auf.”
Fatimah bertanya dari dalam pondok, “Ada keperluan apa engkau datang kemari?” Abdurrahman menyahut, “Diriku lihat Rasulullah saw berisak tangis begitu menerima wahyu Allah yang dibawa malaikat Jibril tadi. Kami belum mengetahui wahyu apa yang membuat Rasulullah saw sesedih itu.” Fatimah membilang, ‘Tunggu sebentar. Aku rapikan pakaian dan segera menghadap Rasulullah saw. Semoga beliau memberitahuku apa yang disampaikan malaikat Jibril kepada Rasulullah saw.”
Fatimah keluar pondok kenakan pakaian bersalut kain selimut sangat bersahaja, dijahit dengan serat daun kurma di dua belas tempat. Dan pehikayat, Umar bin Khatab, yang pas melintas di sana melihatnya penuh masygul, “Sedih hatiku lihat kesederhanaan Fatimah. Para putri kaisar dan raja semua kenakan pakaian kain sutera yang mewah. Tapi Fatimah, putri seorang nabi dan rasul, yang kemuliaan, keagungan dan kekuasaannya melebihi para penguasa dunia rela kenakan kain kasar dijahit dengan serat daun kurma bertambal di dua belas tempat.”
Di hadapan Rasulullah saw Fatimah berseloroh, “Wahai ayah. Tahukah engkau, Umar iba melihat pakaianku? Demi Dzat yang mengutusmu dengan kemuliaan. Sungguh lima tahun perkawinanku dengan Ali Bin Abi Thalib tiada pernah kami tidur di atas kasur empuk. Kami tidur hanya di atas kulit domba. Bila siang hari kulit domba tersebut kami gunakan untuk gerai barang dagangan di atas onta, malamnya kami jadikan alas tidur. Dan bantal tidur kami kulit domba samakan berisikan daun-daun kurma.”
Rasulullah saw tersenyum lembut, “Wahai Umar sahabatku. Janganlah engkau terlalu memikirkan keadaan puteriku. Boleh jadi dalam kesempatan lain dia mengejar ketertinggalannya dari puteri-puteri pembesar lain.” Kesempatan yang lain itu adalah pada kehidupan akhir. Kepastian Fatimah sebagai ahli surga, telah meronakan gembira wajah Rasulullah saw di sela-sela sedu sedan beliau menerima wahyu.
Fatimah bertanya dalam-dalam. “Wahai ayah. Apa yang sebabkan dirimu menangis?” Rasulullah saw menerangkan, “Puteriku. Bagaimana aku tidak menangis sedang malaikat Jibril datang membawa ayat padaku: ‘Dan sesungguhnya neraka jahanam diancamkan untuk semua manusia’!”
Fatimah memohon agar Rasulullah saw jelaskan gambaran neraka Jahanam.
Rasulullah saw bersabda, “Wahai putriku. Sungguh pintu terkecil neraka Jahanam terdiri dari tujuh puluh ribu gunung berapi yang sangat panas. Masing-masing gunungnya memiliki tujuh puluh ribu jurang menganga api yang ganas. Masing-masing jurangnya memiliki tujuh puluh juta tebing api yang menghanguskan. Masing-masing tebing jurangnya mempunyai satu juta kota-kota api. Dan masing-masing kota api memiliki tujuh puluh juta komplek perumahan api. Lalu, masing-masing perumahan api memiliki satu juta rumah api. Masing-masing rumah api memiliki tujuh puluh juta ruangan api yang bergolak. Masing-masing ruangan api memiliki tujuh puluh juta sudut berapi. Masing-masing sudut memiliki sejuta macam siksa yang berlainan. Tak ada manusia yang sanggup menanggung satu siksaannya.”
Berjuta macam siksa yang mengerikan dan belum pernah terselenggara di dunia sejak manusia pertama hingga manusia terakhir. Kekejaman, kebengisan paling liar dan brutal yang belum pernah tercakup dalam imajinasi paling keji penyiksaan atas manusia.
Mendengar penjelasan Rasulullah saw, yang kebenarannya pasti, Fatimah sontak jatuh tersungkur dan menjerit, “Aduh. Betapa celaka orang yang masuk neraka Jahanam!”
Pun Umar bin Khatab menjerit, “Oh. Andai saja diriku menjadi seekor domba milik keluargaku. Mereka sembelih dan cincang-cincang tubuhku lalu direbus, aku lebih selamat, karena tidak terancam siksa neraka Jahanam. Bila menjadi domba, tak terancam diriku dari Jahanam.”
Abu Bakar menekurkan wajah, “Duh. Andai saja aku hidup sebagai burung di rimba. Makanku hanya buah-buahan serta minum air di sungai dan bersarang di rerantingan pohon, aku lebih selamat. Aku terbebas dari hisab, tidak terancam siksa neraka, tidak perlu kuperhatikan penjelasan ancaman neraka Jahanam.”
Sekeluar dari pondok Rasulullahg saw, Ali Bin Abi Thalib bergumam, “Aduh. Andai saja ibuku tidak melahirkan diriku, andai saja aku mati kala masih bayi. Andai saja aku ini rerumputan yang dimangsa ternak. Andai saja aku ini satwa hutan yang dagingku dimakan manusia. Maka aku tak perlu mendengar penjelasan ancaman siksa neraka Jahanam. Maka aku lebih selamat.”
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
HISHAMUDDIN RAIS PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Kristian: Konspirasi Umno-Utusan? Hishamuddin dan Rais Perlu Dipertanggungjawabkan
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman mahu Menteri Dalam Negeri disiasat ekoran tindakannya membiarkan penjawat awam di bawahnya serta media khususnya Utusan membuat laporan fitnah dan provokasi perkauman.
Bercakap kepada media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, Datuk Seri Hishammuddin telah gagal menunaikan tanggungjawab sehingga Utusan sepanjang Mac, April dan Mei tanpa sebarang sekatan mengeluarkan berita fitnah dan lucah khususnya isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut memberi contoh tindakan terbaru akhbar Umno itu yang meletakkan laporan muka depan bertajuk “Kristian agama rasmi?' yang disiar 7 Mei lalu.
Hishammuddin juga jelasnya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap seorang pegawai kanan polis Bukit Aman, yang mendakwa Anwar individu dalam video seks tersebut, sewaktu berceramah kepada guru di sebuah sekolah di Kelantan.
"Tidak keterlaluan saya katakan bahawa ini satu agenda yang di belakangnya Umno, sengaja untuk meniupkan api permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
"Mereka tahu bukan Islam tidak menyokong BN, mereka terpaksa untuk mendapat simpati dari pengundi Melayu," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa isu tersebut adalah termasuk dalam perancangan Umno menjelang PRU-13 iaitu untuk melihat orang Melayu jauh dari PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya begitu hairan bagaimana begitu banyak akta-akta, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, tiba-tiba semacam ada satu konspirasi.
"Sekarang ini waktu untuk ambil tindakan, bukan untuk merai semua pandangan," katanya.
Beliau juga mendakwa trend yang berlaku hari ini sama seperti apa yang berlaku tahun 1987 apabila ketegangan kaum dimainkan sehingga membawa kepada Operasi Lalang ketika itu.
Dalam operasi itu, sekurang-kurangnya 106 terutama pemimpin pembangkang ditahan.
"Seperti ada kecenderungan ke arah itu," katanya. -HD
PAS gesa Hisham, Rais minta maaf berhubung laporan Utusan
KUALA LUMPUR, 10 Mei — PAS menuntut dua anggota Kabinet pentadbiran Najib memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana bersikap lepas tangan terhadap Utusan Malaysia, yang menyiarkan laporan didakwa cuba menimbulkan ketegangan antara agama.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sikap diambil Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dilihat cuba melindungi Utusan Malaysia walaupun akhbar itu mengeluarkan laporan yang berunsur fitnah dan salah.
Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?”, yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.
Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
“Dua menteri ini kena memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesengajaan mereka memberikan respons yang tidak sewajarnya dengan niat menjadikan keadaan ini semakin gawat.
“Sepatutnya Hishammuddin (gambar) menggantung Utusan Malaysia sebagai tanda kita serius kepada perkara-perkara yang mengundang kepada keadaan yang tidak harmoni ini, Utusan Malaysia harus diberikan pengajaran kerana perbuatan Utusan Malaysia ini sudah melampau dan kalau dibiarkan akan berlaku huru-hara dalam negara,” kata Mahfuz pada sidang media di sini.
Tambah beliau, Hishamuddin juga harus menggantung permit Utusan Malaysia bagi “melegakan” rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara.
“Saya minta Hishamuddin hentikan provokasi perkauman, tunjukkan sifat sayangi Malaysia dan bukan sifat sayangi kerusi empuk singgahsana mereka
“Kalau Hishammuddin enggan hentikan saya bersedia untuk berdebat dengan beliau supaya masing-masing boleh bentangkan sama ada betul atau tidak Melayu diancam, biar rakyat adili dan kita akan buktikan Umno adalah pengkhianat yang sebenar,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, laporan Utusan Malaysia itu telah menimbulkan keadaan tidak kondusif dalam negara selain berniat membangkitkan lagi api perkauman dan keagamaan.
“Laporan Utusan Malaysia telah menimbulkan keadaan yang tidak kondusif dalam negara dan jadikan rakyat tidak tenang kerana dirasuk oleh berita yang bersifat jahat, saya kira laporan itu menambahkan api perkauman dan keagamaan sempit yang sering dimainkan media Umno-BN.
“Kita tidak boleh biarkan perkara sebegini dibiarkan, tindakan harus diambil segera,” katanya.
Selepas pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia, Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.
Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.
Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.
Katanya, apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.
Tegas Mahfuz, laporan yang dikeluarkan Utusan Malaysia itu memperlihatkan Umno kini berada dalam keadaan semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.
“Laporan seperti ini memperlihatkan politik Umno kini berdepan dengan keadaan sesak nafas yang menyebabkan saluran pernafasan politik Umno semakin sempit sehingga terpaksa gunakan pendekatan yang tidak bermoral, saya anggap apa yang dilaporkan itu menggambarkan Umno-BN sudah menyimpang dari landasan... iaitu sudah bawa negara keluar dari landasan demokrasi yang kita amalkan.
“Oleh itu saya nasihatkan Umno-BN jangan sampai menagih simpati pengundi Melayu dengan merosakkan seluruh struktur negara yang telah kita bina, pemimpin Umno tidak harus ambil pendekatan seperti penagih dadah yang tegar yang sanggup buat apa sahaja termasuk sanggup bunuh ibu sendiri untuk dapatkan dadah,” katanya.’
Malah kata Mahfuz, “jangan sebab nak dapatkan sokongan sanggup rosakkan negara, tidak wajar Utusan Malaysia mengeluarkan laporan yang tidak tepat, laporan itu sangat serius dan Hishammuddin dan Rais perlu ambil tindakan,” katanya. -TMI
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Tuesday, May 10, 2011
BLOGGER UMPORNO LARI LINTANG PUKANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Panas!! Blogger Pro UMNO Kecut.. Padam Posting Kontroversi 'Kristian Agama Rasmi?'
Semua posting telah di padam kerana takut dikenakan tindakan saman kerana memfitnah
Blogger yang bertanggung jawab atas laporan konspirasi Kristian Malaysia di Utusan Malaysia, iaitu blog marahku.blogspot.com, telah memadamkan semua posting yang berkaitan. Semakan telah di buat menunukkan semua posting kontroversi tersebut telah dibuang atau dihapuskan dari blog pro-UMNO Marah ku. 9 laporan polis telah di buat terhadap Utusan dan blogger tersebut.
Penghapusan posting tersebut telah mencetuskan polimek sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut. Dalam posting blog-nya berjudul, “Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?”,?
Penulis menuduh DAP cuba untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan seorang Kristian untuk menjadi perdana menteri. Posting tersebut menjadi kontroversi apabila Utusan Meloya milik UMNO menerbitkan artikel tersebut pada muka hadapan Sabtu lepas. - addin
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
DAGING BABI MENYAMAR JADI DAGING LEMBU
بسم الله الرحمن الرحيم
Awas! Daging 'lembu' diproses daripada daging BABI
Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi.
Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.
Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan.
Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.
Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa ”ekstrak daging lembu” yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil.
Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser.
Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90 minit:
1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.
2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.
3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu
4: Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli.
5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu.
Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena lah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging. - MyChinaViews.com
Sumber: selangor2u
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Monday, May 9, 2011
GULA NAIK HARGA PULA
بسم الله الرحمن الرحيم
PUTRAJAYA, May 9 (Bernama) - The government today announced that the price of sugar will be increased by 20 sen, from RM2.10 a kilogramme to RM2.30 a kilogramme, effective tomorrow.
Note: Dont worry.. they will give us GULA GULA back especially during election time..ka ka ka.. ;)
Note: Kah kah kah kah.. kan aku dah kata.. ni la masalahnya bila ada kenaikkan harga minyak... Orang umporno bukan tau ni semua.. bila minyak naik harga orang umporno kata "alaaa yg naik ron97.. kenapa pembangkang nak bising-bising.. bukan dia pakai ron97 pun.." Kah kah kah kah.. tu la mentaliti orang umporno..
Note: Sebab otak penyokong umno ni memang cetek... penyokong umporno ni jenis makan kat bawah tempurung , kencing berak kat bawah tempurung dan berfikir pun kat bawah tempurung.. ini memang mentaliti org umno. bodoh x boleh di ajar.. pandai x boleh di ikut. Masalah dan kesan yg paling teruk dari kenaikkan harga minyak ni tak kiralah ron 97 ke ron 8juta ke atau ron berapa pun, segala barang keperluan semasa dipasaran akan naik harga sama. gula, tepung, beras, minyak masak, susu, ikan sayur dan semuanya naik dengan menggunakan alasan minyak naik harga. Takrif elektrik dan air ikut naik sama. Tambang bas walaupun bas tu guna NGV pun ikut naik harga.. tol pun ambil kesempatan juga.. belanja kawin, rumah sewa, kereta sewa dan segala apa barang yg disewa pun akan dinaikkan sama dengan alasan skrg ni minyak dah mahal. upah-upah repair contohnya syarikat yang memberikan perkhidmatan membaikpulih seperti bengkel kereta, motor, barangan elektrik, kedai kopi, restoran lain-lain pun akan mengunakan alasan yg sama untuk mengenakan caj perkhidmatan yang lebih mahal.
Note: Ada pencacai umno fikir semua ni? xder kan? sebab apa? sebab menteri mereka dah tipu mereka semua... dia kata hanya ron 97 yg dinaikkan. rakyat semua pun bukan guna ron 97. pencacai umno pun percaya bulat-bulat.. kerana apa? macam aku kata mula2 tadi.. MENTALITI !!! pencacai umno tau x apa maksud mentaliti? pi cari la sendiri. woiii pencacai umporno keluarlah daripada bawah tempurung tu walaupun kat bawah tu ada katak yg cun dan juga wifi. Kah kah kah kah
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
MIMPI RASULULLAH S.A.W
بسم الله الرحمن الرحيم
Renungan Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minumhingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
ANJING UMNO MENYALAK BATALKAN CERAMAH PR
بسم الله الرحمن الرحيم
Penyokong PR Berang Polis Batalkan Ceramah Anwar
PELABUHAN KLANG 8 MEI : Polis berjaya membatalkan ceramah anjuran Pakatan Rakyat, namun gagal menghalang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dari bertemu rakyat jelata.
Ceramah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah yang berlangsung di Markas PAS Taman Teluk Gadung Indah malam tadi turut 'disertai' lebih seratus anggota Polis dengan 3 buah trak, seolah- olah dalam operasi menangkap pendatang tanpa izin.
Diketuai Ketua Polis Daerah Klang Assistant Commisioner Mohammad Mat Yusop, mereka bertindak menghentikan program ini atas alasan tiada permit polis.
Tindakan polis mematikan sistem audio semasa Timbalan Presiden, Azmin Ali berucap menyebabkan lebih seribu hadirin yang hadir memberontak.
Namun Azmin berjaya menenangkan keadaan dan berucap tanpa menggunakan sistem pembesar suara sebelum sekali lagi dihalang Polis.
"Jangan takut, lawan tetap lawan. Lawan kita UMNO bukan pegawai Polis," kata Azmin sebelum dihentikan buat kali ketiga oleh pihak polis beberapa saat kemudian.
Ketibaan Anwar sejurus selepas itu diiringi dengan laungan reformasi oleh penyokong yang hadir.
Anwar kemudiannya hanya sempat berucap selama 5 minit sebelum menyuraikan majlis tersebut.
"Saya tidak mahu ada masalah dengan dia (Polis) sebab dia pon terima arahan. Jadi saya nak elak kerana kalau saya berkeras, yang susah ialah rakyat. Tapi ini tak bermakna saya setuju. Sistem ini zalim. Ini jelas. Tak ada sebab. Kita minta tempat, markas PAS semua tak boleh," kata Anwar.
Anwar turut menyeru agar hadirin tidak patah semangat dalam mengubah Malaysia pilihan raya kan datang.
"Sebab itu saya ingin gesa saudara-saudara, jangan sedikitpun terhakis semangat kita untuk lakukan perubahan. Ini negeri kita, kita mahu rakyat dibebaskan. Biar yang atas hina kita tapi lawan tetap lawan," kata Anwar sebelum menyertai hadirin melawat ke sekitar kawasan perumahan itu bertemu orang ramai.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Sunday, May 8, 2011
UMNO GADAI TANAH MELAYU LAGI
بسم الله الرحمن الرحيم
Tolong Melayu Dengan Gadai Tanah Melayu......
Pakatan Rakyat terutama PAS sering dituduh UMNO menjual hak Melayu kerana baik dengan DAP.
Malangnya, bukti di bawah menunjukkan sebaliknya. Sebidang tanah rezab Melayu di atas nama UMNO Bahagian Puchong telah cuba digadai/dijual kepada sebuah syarikat milik bukan Bumiputra.
Mujur kerajaan Selangor diperintah Pakatan Rakyat menjadikan percubaan UMNO Puchong ini digagalkan. Terselematlah sebidang tanah rezab Melayu walaupun ianya di bawah nama UMNO Bahagian Puchong.
Klik di atas imej dibawah untuk melihat imej dibawah dengan lebih jelas.
UMNO Puchong pula dipimpin oleh Dato Satim Diman, yang sekarang ini adalah Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Tak sangka. Ku ingat panas sampai ke petang, rupanhttp://www.blogger.com/img/blank.gifya hujan di tengah hari.
Bayangkan. Ni dalam keadaan UMNO tidak memerintah Selangor. Kalau ditakdirkan mereka masih memerintah, habislah tanah rezab Melayu di Selangor ni tergadai demi mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA. - malaysiawaves
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
TIMBALAN PM YANG BODOH
بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ini Timbalan Perdana Menteri aka Kerajaan UMporNo mendakwa Kerajaan Pembangkang Kedah menghadapi masalah kewangan... Mana pernah wujud dalam mana-mana negara dunia ini istilah Kerajaan Pembangkang... dan jadi kerajaan... bukan le pembangkang... yang pembangkangnya UMporNO Kedah...
"Nampaknya mungkin kerajaan negeri kedah tak ada banyak sumber, tak ada lain cara, nak kadar jauh lebih tinggi dari yang dikurniakan kerajaan BN. Itu harus jadi satu ikhtibar pada sesiapa saja, apa yang dibuat kerajaan barisan dan apa yang tak mampu dibuat oleh pihak kerajaan pembangkang." kata Muhyiddin Yassin,
Persoalan buat UUM? Ke mana peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pusat kepada UUM sebanyak RM300 juta setahun untuk 30,000 orang warga UUM. Sedangkan Kedah rakyatnya hampir 2 juta, kerajaan Pakatan Rakyat mampu tadbir dengan peruntukan Cuma RM500 juta setahun. Sekarang siapa bijak, Dr Mustafa Ishak atau Datuk Seri Azizan Razak?. Itu pun Dr Mustafa Ishak memperlekehkan Ustaz Azizan Razak hanya layak mengurus sekolah pondok sahaja.
Kenapa institusi lain boleh bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri seperti yang ditetapkan, seperti sekolah, Institut Perguruan Darul Aman, Politeknik, Balai Polis, Institut Aminudin Baki. Sedangkan peruntukan untuk UUM melebihi daripada institusi lain. Mana wang yang diperuntukan kepada UUM termasuk untuk membayar cukai tanah kepada kerajaan Kedah.
Ustaz Azizan berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang untuk perbincangan namun kesal kerana pengurusan UUM tidak bersemuka dengannya untuk mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat kenyataan tidak tepat pada media. Mereka boleh datang bincang dan kita boleh bertolak ansur dalam hal ini, antaranya menawarkan bayaran ansuran dan sebagainya.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.