Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 13, 2009

Kenangancintahidupindahkeciwaceria

Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~
Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

[+/-] Read More...

Ustaz dan Ulamak Anjing




Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)

Sejarah Anjing

Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok rantau, para rasul, para nabi dan para alim ulama sentiasa mendapat penentangan daripada golongan aristokrat yang ‘berdarah biru’ dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Penentangan ini adalah sunah semula jadi yang telah terjadi dan akan terus berlaku. Malangnya di sebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan penglibatan golongan ketiga yang dijadikan kambing hitam oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera Allah. Kisah Bala'm bin Baau'ra` seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s.

Sejarah juga berulang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan tinggi dan mengetahui tentang kenabian Muhammad s.a.w. tetapi mati dalam keadaan kufur. Begitu juga dengan Abu ‘Aamir bin al-Nu’maan bin Soifi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasik kerana mengingkari kerasulan Baginda walau pun dia seorang rahib yang mengetahui tentang kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila bekerja sama dengan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan orang Mukmin.

Anjing Kurap

Oleh itu, dalam ayat 175 surah al-A’raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan ‘duri dalam daging’ yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk mementang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya.

Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap. Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap ‘sampah sarap’ yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia. Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi.

Anjing Bercawat Ekor

Ini adalah kecaman Allah paling keras dan paling hina ke atas alim ulama. Sememangnya kecaman ini berasas dan tepat kerana fitnah yang ditimbulkan mereka terlalu besar. Bayangkan, ketika ulama lain melaungkan seruan jihad untuk membela agama Allah dan mengimpikan syahid, anjing-anjing ini memutarbelitkan istilah jihad ini dengan skop yang lebih kecil. Dengan itu lahirlah konsep jihad ekonomi, jihad pertanian malah jihad politik dengan mengundi parti yang berasaskan kebangsaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan (baca– menyalahgunakan) pelbagai ayat al-Quran dan hadis untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa jihad tidak lagi relevan pada zaman teknologi ini, malah menurut anjing-anjing bercawat ekor ini, jihad melawan nafsu lebih besar! Dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki oleh ‘tuan anjing’ ini, anjing-anjing ini diberikan jawatan agama yang tinggi, slot-slot khas dalam televisyen, dilantik menjadi editor dan kolumnis akhbar dan majalah, dan dijadikan pemimpin masyarakat. Dengan segala kemudahan yang disediakan, sudah tentu salakan mereka lebih kuat dan bertambah nyaring. Mereka menyalak begitu kuat dan sumbang sehingga menghalalkan pelacuran kerana darurat, mengharuskan judi atas nama ekonomi, melunakkan istilah rasuah yang jijik dengan nama bunga yang indah, membiarkan perzinaan dan pergaulan bebas dengan meletakkannya sebagai kesalahan ibu bapa atau individu semata-mata.

Anjing Menyalak Bukit

Rentetan itu, masyarakat yang masih lemah dengan al-Quran dan ilmu-ilmu agama, terpinga-pinga dalam kekeliruan dan tidak tahu siapa yang harus diikuti. Maka tidak hairanlah ketika beribu-ribu lepasan agama yang dihasilkan setiap tahun daripada IPT tempatan serta ditambah pula ustaz dan ustazah yang pulang daripada Jordan, Syiria, Madinah dan Mesir, masyarakat Islam Malaysia makin jauh daripada agama yang sebenar.

Kita tertanya-tanya, sebegitu ramai pakar fiqah, pakar hadis, pakar tafsir dan pakar bahasa Arab yang keluar setiap tahun daripada universiti-universi ti tersohor dunia, ke manakah mereka? Ke mana perginya rakan-rakan Azhariyun yang suatu masa dahulu pernah menggegarkan piramid dengan seruan jihad? Atau apakah setelah diberikan gaji bulanan selesa dan jawatan berkerusi empuk, lalu seruan yang pernah dilaungkan dahulu menjadi seperti anjing menyalak bukit!

Anjing Jilat Tahi

Pada ayat 177 surah al-‘Araaf, Allah s.w.t. menjelaskan sekali lagi bahawa perumpamaan golongan ilmuwan agama yang bersikap tamak seperti anjing menjelirkan lidahnya adalah seburuk-buruk dan sehina-hina contoh.

Justeru itu, artikel ini ditulis bagi menyahut perintah Allah agar memberikan peringatan kepada golongan ini. Sebagaimana kerasnya amaran Allah dalam ayat-ayat di atas, begitu juga penulis menggunakan uslub yang sama. Ibarat kata pepatah, ‘siapa makan cili dia yang merasa pedas’. Penulis berharap tulisan ini menjadi peringatan tegas kepada rakan-rakan daripada kalangan alim ulama, ustaz-ustaz, tok-tok guru dan para profesor, lebih-lebih lagi kepada diri penulis sendiri, agar mencerminkan diri dan bertanya: “Apakah ana ini seekor ANJING?”




[+/-] Read More...

Akhirnya Subash memeluk Islam




M. Subash. - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI


SEBELUM bergelar saudara baru, pengarah M. Subash atau nama Islamnya, Manaan
Subash memang sudah lama meminati ajaran Islam yang dianggapnya cukup indah.

Keinginannya untuk mempelajari tentang Islam semakin membuak-buak apabila dia bertemu dengan seorang pengurut tradisional, Ustaz Ibrahim Mat Isa yang mengubati sakit belakang yang dialaminya sejak tahun lalu.

Ketika itu, Subash sering mendapat nasihat, bimbingan dan ceramah agama setiap kali dia berurut lebih sejam dengan ustaz yang cacat penglihatan itu.

Akhirnya, tanggal 15 Disember lalu, Subash memeluk Islam. Walaupun ahli-ahli keluarga menentang pada awalnya, tetapi setelah melihat kesungguhan Subash, mereka akhirnya merestui kehendak murninya itu.

"Kehidupan saya berasa lebih tenang, fokus dan terarah selepas saya memeluk Islam. Saya memilih agama Islam kerana ia menganjurkan konsep Yang Esa," katanya selepas majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di sini, semalam.

Filem ini mengisahkan usaha seorang ustaz buta untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah.

Ustaz yang menghadapi masalah kewangan berasa terharu apabila mengetahui sami Buddha (Mannaan Subash) dan rahib Kristian (aktres Kenchana Devi) sanggup menolongnya untuk membina surau tersebut.

Menariknya, watak ustaz buta itu dipegang sendiri oleh Ustaz Ibrahim setelah Subash sendiri menawarkan watak itu kepadanya.

Ustaz Ibrahim Mat Isa


Sementara itu, Ustaz Ibrahim memberitahu, dia mengenali Subash apabila pelakon itu sering mendapat rawatan urutnya dan kagum dengan minatnya yang ingin mempelajari tentang Islam.

Katanya, selepas selesai menjalani rawatan, Subash akan menghabiskan masa berbincang mengenai Islam.

"Saya akan bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad dan lain-lain kepadanya. Saya akan memberi banyak penjelasan jika dia mempunyai kekeliruan," katanya.

Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani Subash ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan diri sebagai saudara baru, tahun lalu.

Alhamdulillah.

[+/-] Read More...

Perkara yang Membatalkan Syahadah

Semoga ALLAH sentiasa memberi perlindungan dan pertunjukNYA kepada kita.
Ameen

Shania opal


Mengikut Kanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman
Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadith
Oleh Haji Sa'id Haji Ibrahim ( bekas mufti negeri Sabah )


Seseorang Islam boleh batal syahadahnya ( murtad ) disebabkan salah satu dari perkara dibawah :
  • Disebabkan iktikad ( kepercayaan ) ( hati )
  • Disebabkan perbuatan yang sengaja ( anggota )
  • Disebabkan perkataan yang sengaja ( lidah )

Batal syahadah seorang Islam disebabkan iktikad ( kepercayaan )
melalui hati antaranya :

  • Tidak mengakui dan ragu-ragu Allah tuhan yang berhak disembah
  • Tidak mengakui dan ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah dan mengingkari salah seorang rasul-rasul
    terdahulu.

  • Tidak mempercayai dan ragu-ragu apa yang terkandung dalam Al-Quran
    dan Hadith Rasulullah S.A.W
  • Tidak mengakui bahawa Al-Quran diturunkan kepada Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril

  • Tidak mempercayai akan kewujudan malaikat

  • Tidak mengakui dan ragu-ragu akan hari kiamat,
  • kewujudan syurga, neraka dan lain-lain.

  • Tidak mempercayai qada' dan qadar, iaitu semua
    perkara buruk dan baik ditentukan segalanya oleh
Allah S.W.T

  • Menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan
    oleh Allah seperti, zina, arak, riba dan sebagainya
.
  • Mengharamkan perkara yang halal seperti perkahwinan,
poligami, jual beli, sewa menyewa dan sebagainya.

  • Tidak mengakui dan ragu-ragu akan kewajipan seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, zakat, haji bagi yang mampu dan sebagainya.

  • Menganggap ajaran Islam tidak sesuai lagi untuk diamalkan, contohnya ( undang-undang islam, hudud dan qisas tidak sesuai diamalkan di zaman moden ini.

Batal syahadah seorang Islam disebabkan perbuatan yang sengaja melalui anggota antaranya :

  • Menyembah berhala
  • Menyembah matahari dan bulan
  • Sujud kepada makhluk-makhluk seperti manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
  • Menghina Al-Quran seperti memijak Al-Quran

Batal syahadah seorang Islam disebabkan perkataan yang sengaja melalui lidah ( percakapan ) antaranya :

  • Mengatakan ada yang berkuasa selain Allah S.W.T, seperti
  • mempercayai bomoh karut, mengatakan gelang yang boleh
    menyembuhkan penyakit dan lain-lain.

  • Mengatakan syariat Islam tidak sempurna atau tidak sesuai
    dipraktikkan seperti mengatakan wanita tidak perlu menutup
    aurat
    lagi, mengatakan poligami itu haram dan sebagainya.

  • Mengatakan tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang dibuat oleh ulama' tafsir tidak sesuai lagi digunakan sebagai hukum. Seperti, mengatakan kita perlu membuat undang-undang baru yang sesuai dengan zaman moden hari ini.
  • Mengatakan qada' dan qadar bukan datang dari Allah, tapi hasil dari makhluk itu sendiri dan kekuatan alam.

  • Mengatakan Allah S.W.T itu salah satu dari tiga tuhan, iaitu Isa, Maryam dan Ruh Al-Qudus.

Seseorang yang sah batal syahadahnya ( murtad ) ialah :

  • Baligh ( tidak sah bagi kanak-kanak mumaiyiz )
  • Berakal ( tidak sah bagi orang yang tidak sedar atau gila )
  • Kemahuan sendiri ( tidak sah jika dipaksa )


--
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

[+/-] Read More...

NAMA LAIN AL-QURAN



Selain daripada nama AL QURAN, kitab Allah ini juga mempunyai nama nama lain yang di beri Allah kepada kitab nya itu.Ada Ulama telah menghitung nama nama AL QURAN hingga mencapai sehingga 90 nama.Namun yang termashur di antaranya ialah:
  • AL KITAB - Nama yang cukup sinonim dengan nama AL QURAN.Allah berfirman yang bermaksud: "KITAB ini tidak ada keraguan padanya." (Surah Al Baqarah:2)

  • AL FURQAN - yang bermaksud pembeza.Ini kerana AL QURAN adalah pembeza yang memisahkan antara yang hak dengan yang bathil atau kebenaran dengan kesesatan dan cahaya dengan kegelapan.Allah berfirman yang maksudnya, "Maha Suci Allah yang telah menurunkan AL FURQAN kepada hamba nya, agar ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam." (Surah Al Furqan:1)

  • AL-ZIKR - yang bermaksud peringatan.Hal ni sungguh jelas sekali kerana AL QURAN itu merupakan peringatan kepada manusia dan jin. Allah s.w.t. yang bermaksud, "Sesunggunya Kamilah yang menurunkan perigatan dan sesungguhnya Kami benar benar memeliharanya." (Surah Al Hijr:9)

  • AL-MUBIN, AL-KARIM,AL- KALAM dan AL-NUR adalah juga nama nama AL QURAN saperti yang di sebut oleh Imam Al Sayuti di dalam kitab nya Al-Itqan.

(Rujukan: Kitab Al Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan)

[+/-] Read More...

Empayar Israel & Kejahilan Umat Islam Malaysia

by reformis
Oleh ateq

"
Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.
boikot-nestle-sahabat-israel
Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company.
Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia.


Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.
Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.
Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.
Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.
Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.
Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?
Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award (atau klik untuk gambar) pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?
Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan.
Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.
Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.
Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online (atau klik untuk gambar)baru-baru ini:

O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.
Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.
Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.
Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam.

Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.
R&D itu digunakan sebagai pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.
Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.
Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?
boikot-nestle
Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!
Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.
Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.
Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.
Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.
Apa Pendirian Kita?
Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

* Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
* Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?
Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.
Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.
Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?
Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!
Pautan penuh : P E D U L I
--

[+/-] Read More...

Suka Hati Mak Bapak Dia Jer Buat Undeng2.. hehe



SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, menafikan dakwaan memberi sumbangan RM20,000 kepada Kelab Sukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri bagi menampung perbelanjaan kakitangannya menyertai kejohanan sukan di Shah Alam, Selangor, bermula kelmarin.

Beliau bagaimanapun menegaskan, jumlah sumbangan yang diberikan sekadar RM5,000 dan bukan RM20,000 seperti didakwa parti pembangkang, malah menyifatkan pemberian itu bukan satu kesalahan. -B.Harian


BS: Hehehehe... klau sumbang RM20,000 salah.. klau rm5000 jer x salah ek.. hehhehe.. kenapa plak umno kena kasi sumbangan kat SPRM ? Apa alasannya? nampaknya mcm ada unsur2 rasuah jer? tp sapa pula yg nak siasat SPRM ni? Patutlah UMNO x pernah kena siasat dgn SPRM.. ada udang di sebalik keris rupanya.. hehehe.. patutlah ali ketam pun SPRM x nak siasat walaupun pencalonannya untuk menjadi TPM dibatalkan kerana dituduh rasuah.. hehehehe.. Klau kena kat org lain laju jer nak tangkap.. kena kat batang hidung sendiri, bodohhhh jer muka masing2... Apa la punya undang2.. Yang kes Tan Beng Huat (click di SINI) tu aku tengok kenapa SPRM dan media2 pengampu UMNO xnak kecoh? P la buktikan dia tu bersalah. Awat.. Hangpa takut ada pilihanraya lagi ke? Sbb Tan Beng Huat dah kata klau dia terbukti bersalah dia akan letak jawatan. UBN ni buat undang2 untuk kepentingan dan parti dan diri sendiri jer.. boloh punya olang umno/BN...!!!!



[+/-] Read More...

Di Perkosa Ketika Umurnya 15 Tahun




BS:Sendiri buat sendiri dapat sedap. sendiri makan pengat sendiri mau ingat laa... jangan sampai bengkak bibir kena sengat pengengat...


[+/-] Read More...

Cara format windows XP menggunakan pendrive


Posted on : 12-06-2009 | By : EiNS |


cara format windows xp

Biasa anda install windows xp mestilah menggunakan medium cd atau dvd kan? Saya akan memberitahu anda satu tool yang membolehkan anda install windows xp menggunakan pendrive.

Kelebihan menggunakan pendrive untuk menginstall windows xp ialah; proses installation berjalan lebih laju dan senang dibawa ke mana2. Tetapi, teknik ini hanya boleh digunakan bagi pc dan laptop yang menyokong boot from usb dalam bios.

Tutorial ini juga agak advanced, jika tidak faham boleh rujuk kepada pakar ya!

Anda perlu gunakan tool WinSetupFromUsb.

win setup from usb

Pertama sekali, format pendrive anda menggunakan HP format tool atau PE to USB. Pendrive perlu diformat, kalau tak bios tidak akan detect pendrive anda sebagai bootable.

Selepas itu, masukkan cd windows xp anda, dan pada box Windows 2000/xp/2003 source, browse kepada location file2 windows2 xp anda.

Pada bahagian usb disk selection, pilih pendrive anda yang akan digunakan sebagai medium. Saya cadangkan anda force target disk type as removable bagi pendrive.

Lain2 option anda tidak perlu tukar melainkan anda pakar dan faham semua option2 tersebut.

Bila anda dah ready, tekan butang GO dan tunggu sehingga siap.

Cucuk pendrive yang dah dimasukkan windows xp dan dijadikan bootable, restart komputer, set boot from usb dalam bios dan install windows xp seperti biasa.

Nantikan entri akan datang mengenai cara format windows xp secara lengkap, serta cara install windows vista dan windows 7 menggunakan pendrive juga.

Oh ya, ini link download WinSetupFromUsb.

Selamat mencuba ya! :)


(cf-Jomphp)

[+/-] Read More...

Friday, June 12, 2009

KALAU X NAK TU KASI JER LA KAT AKU

BAITULMAQDIS - Seorang wanita Israel secara tidak sengaja membuang sebuah tilam yang mengandungi wang hampir AS$1 juta (RM3.4 juta) di dalamnya.

Berikutan kelalaian itu, wanita tersebut bertindak melakukan pencarian di beberapa kawasan tapak pelupusan sampah di sini semalam.

Wanita tersebut berkata, dia bertindak membuang tilam lama itu selepas menghadiahkan sebuah tilam baru kepada ibunya pada Isnin lalu.

Dia mula mengingati bahawa terdapat wang yang disimpan di dalam tilam buruk itu kelmarin.

"Saya bangun pagi dan menjerit apabila saya mengingati wang itu," kata wanita dari Tel Aviv itu.

Dia kemudian mencari tilam itu tetapi ia sudah dibawa oleh pengumpul sampah.

Usaha mencari di tiga tempat pelupusan sampah turut gagal menemui tilam itu.

Wanita tersebut menyatakan wang hampir AS$1 juta itu mengandungi mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Dia enggan menjelaskan cara wang itu berjaya diperolehinya.

"Itulah sahaja wang yang saya ada di dunia ini," kata wanita tersebut.

Pengurus sebuah pusat pelupusan sampah, Yitzhak Borba memberitahu kakitangannya membantu wanita itu mencari wang tersebut.

Menurutnya, tilam itu sukar untuk dicari di celah-celah 2,500 tan sampah yang tiba pada setiap hari. Borba berkata, tahap keselamatan yang tinggi mampu mengelak pencari harta berharga tidak akan mengunjungi pusat pelupusan itu.

Wanita itu berkata, wang berkenaan disimpan dalam tilam kerana dia pernah mengalami pengalaman yang traumatik ketika berurusan dengan bank. - AP

[+/-] Read More...

ROSMAH PUAKA PART 2

[+/-] Read More...

PLEASE...... . TAKE THIS MESSAGE SERIOUSLY!



Baru dapat tahu dari seorang kawan THAT adik ipar dia, seorang perempuan, menjadi mangsa samun dan bunuh di Sunway. Berlaku kira-kira jam 9 PAGI, beliau sedang memandu keretanya di Sunway selepas menghantar suaminya ke SJMC. Keretanya telah dilanggar dari belakang dan kemudiannya disamun dan ditikam di Sunway. Sekarang berada di ICU disebabkan kehilangan 75% darahnya akibat tikaman tersebut.
2-3 hari lepas, di Negeri Sembilan, seorang wanita yang keretanya telah dilanggar dari belakang, menjadi mangsa samun dan rogol.
Kejadiaan serupa ini banyak berlaku sejak 2-3 bulan ini . Dalam TV, rancangan 999 kemarin ada memaparkan kejadian serupa. Dalam rancangan tersebut, 2 kejadian dipaparkan.
Pertama, seorang wanita yang memandu di Seksyen 7 Shah Alam kira-kira pukul 11 malam, keretanya di langgar dari belakang. Dia kemudiannya dilarikan ke kawasan pembinaan di Shah Alam dan dirogol bergilir-gilir.
Kedua, di Gombak Setia. Kereta seorang wanita di langgar dari belakang . Semasa pertengkaran, lelaki yang pura-pura menuruh wanita tersebut memeriksa sama ada pintu belakang boleh dibuka atau tidak, telah menolak wanita tersebut kedalam kereta dan rakan lelaki itu telah memandu kereta tersebut. Mangsa telah dirogol rasanya (mungkin saya silap). Dia juga telah dicederakan dengan pisau di jari termasuk diKELAR dipaha (ada la dalam 3-4 inci).
So FRIENDS, berhati-hati lah. Tidak kira yang dah kawin ataupun belum. Sebab yang di Gombak tue rasanya dah bersuami. Per ‘INGAT’ kanlah kenalan, saudara mara serta isteri (atau isteri-isteri) kita " MAKE SURE LOCK YOUR CAR & JANGAN KELUAR DARI KERETA! ."
MAKE SURE ADA NBR. PHONE POLICE DLM HANDSET & CALL YOUR HUSBAND/NEARBY RELATIVE, KALAU DAH SYAK ACCIDENT TU SCAM, CEPAT-CEPAT PECUT KE BALAI POLIS BERDEKATAN (BILA ‘MEREKA’ KELUAR DARI KERETA) BERSAMA-SAMA MAKLUMAT KERETA MEREKA YANG MELANGGAR ITU SEPERTI NO. PENDAFTARAN KERETA, JENIS KERETA, WARNA KERETA,CIRI- CIRI PEMANDU, DLL YANG DIRASAKAN PENTING.
PLEASE...... . TAKE THIS MESSAGE SERIOUSLY!

[+/-] Read More...

Ketika Sakit Itu Hadir



By: agussyafii

Hidup kita mengalami pasang surut, terkadang senang terkadang susah, terkadang beruntung di kali yang lain merugi, terkadang sehat di kali yang lain menderita sakit. Diantara kebahagian kita ialah memperoleh pertolongan ketika sedang mengalami kesulitan, mendapat kelonggaran ketika dalam kesempitan, dikunjungi sahabat ketika sedang sakit. Menengok orang sakit termasuk amalan ibadah yang besar pahalanya di sisi Allah SWT.

Rasulullah pernah bersabda, Barang siapa melawat orang sakit atau mengunjungi temannya, maka terdengarlah panggilan (dari Allah SWT) bahwa engkau adalah orang budiman, perjalananmu baik dan engkau membangun sendiri mahligai di surga. (HR. Muslim) Dalam hal melawat orang sakit, patutlah kita perhatikan beberapa hal.

1. Mendoakan kepada orang yang sakit agar cepat sembuh, ketika mengunjunginya. Doa yang dicontohkan oleh Rasulullah adalah sebagai berikut:

La ba`sa `alaika, tahu run insya a Allah

Artinya: Tidak mengapa dengan sakitmu, Insya Allah (dengan sebab sakit itu) engkau akan menjadi orang yang bersih dari dosa. (HR.Bukhari) .

2. Meletakkan tangan kanannya di atas (kening) orang yang sakit sambil berdoa:

Allahumma rabbun na si, azhib al ba`sa, wa asyfi anta as Sya fi, la syifa a illa syifa uka syifa an la yugha diru saqaman

Artinya: Ya Allah, Tuhan Pencipta manusia, hilangkan penyakitnya, ya Allah sembuhkan dia, karena Engkaulah Sang Penyembuh, tiada kesembuhan tanpa kesembuhan dari Mu, kesembuhan yang tak menyisakan sakitnya. (HR. Bukhari)

3. Dalam melawat orang sakit hendaknya tidak terlalu lama, dikhawatirkan justru mengganggu orang yang sakit atau keluarganya.

4. Lawatan hendaknya dilakukan berulang-ulang jika si sakit menyukai yang demikian, agar ia merasa diperhatikan. Inilah makna sebenarnya dari mengunjungi orang sakit.

5. Mengajak orang yang sakit agar bersabar dan ridla dalam menerima ketentuan Allah dan takdir Nya. Berikan harapan kepadanya untuk pulih kembali kesehatannya serta mengingatkan dia untuk tidak putus asa dan tidak mengharap cepat mati, meskipun penyakitnya demikian gawat. Rasulullah pernah bersabda: 'Jangan seseorang di antara kamu mengharapkan cepat mati karena musibah yang menimpanya'. Seandainya memang harus demikian, sebaiknya berdoalah sebagai berikut:

Allahumma ahyini ma ka nat al haya tu khairan li wa tawaffani iza ka nat al wafa tu khairan li

Artinya: Ya Allah berilah kami tetap hidup jika memang hidup itu lebih baik bagiku, dan cabutlah nyawaku, jika memang mati itu lebih baik bagiku. (muttafaq `alaih)

6.Disunatkan bagi yang sakit untuk merenungkan kembali tentang amal saleh yang pernah dilakukan. Ini adalah untuk mendorong si sakit supaya menguatkan husnuzzon (baik sangka) kepada Allah SWT. Di samping mengingat hikmah sakitnya itu sebagai pemberian Allah untuk menebus dosa-dosanya, membesarkan pahalanya dan meninggikan derajatnya.

7. Alangkah baiknya jika yang sakit itu memperbanyak zikir kepada Allah, dan tidak lupa mewasiatkan sesuatu yang perlu kepada keluarganya, terutama masalah utang piutang atau barang amanah orang lain atau mewasiatkan sebagian hartanya kepada sabilillah dan sebagainya.


Wassalam,
agussyafii

[+/-] Read More...

TETAK, BAKAR DAN BUNUH DIRI



Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
zainal.mohamed@ kosmo.com. my

Kereta Loy Fook yang dibakarnya selepas dia mengamuk dan menetak jirannya lalu membunuh diri dengan meminum racun di rumahnya di Taman Dahlia Fasa 1, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Tetak kepala jiran dengan parang, bakar kereta sendiri dan cuba bakar rumah sendiri sebelum mati membunuh diri dengan meminum racun.

Itu adalah tindakan Cheong Loy Fook, 46, yang mengamuk di Taman Dahlia Fasa I di sini pada pukul 4. 45 petang semalam.

Menurut isteri jiran yang ditetak, Yap Choon Hooi, 57, ketika kejadian, dia bersama suami, Yee Kuan Fook, 62, sedang berehat di ruang tamu rumah mereka.

"Tiba-tiba Loy Fook menyerbu masuk ke rumah kami dan terus menetak kepala suami saya sebelum keluar semula tanpa mengapa-apakan saya.

"Saya cuba meminta pertolongan daripada jiran ketika dia membakar kereta Proton Wiranya yang diletakkan di hadapan rumah," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.

Choon Hooi berkata, sebelum itu, dia terdengar suara Loy Fook seolah-olah bertengkar dengan seseorang tetapi dia dan suaminya tidak mengendahkan kelakuan jirannya itu yang didakwa mengalami masalah mental.

Difahamkan, selepas membakar kereta berkenaan, suspek masuk ke rumahnya lalu mengunci pintu pagar dan menyimbah minyak petrol di ruang tamu rumah.

[+/-] Read More...

CUBA ANDA TENGOK SELIPAR ANDA..





[+/-] Read More...

Malek bawa amaran dari liang lahad


TANGAN saya kiam. Tubuh saya kaku dan mulut saya bisu. Saya cuba gerakkan anak-anak jari tetapi langsung tidak boleh menguit. Tubuh pula dibungkus kain kapan dan saya sedang terbaring dalam liang lahad. Beberapa biji tanah kepal diletak di bawah kepala.
Kubur yang saya diami itu terasa amat sempit dan tidak selesa. Hanya anak mata saya saja boleh bergerak-gerak ke kiri dan kanan serta menjeling ke hujung kaki, manakala badan kaku bagai diikat dan dihimpit sesuatu.
Saya ternampak tali yang mengikat kain kapan di hujung kaki sudah terurai. Saya cuba meronta-ronta, tidak berjaya.

Hati saya merintih sambil berkata: " Ya Allah, Engkau cabut nyawaku ketika aku masih muda dan tak sempat bertaubat! Kenapa ya Allaaah!!!??"
Saya cuba menjerit, suara saya tidak terkeluar. Entah berapa kali saya merintih dan mengadu dengan Allah. Saya menyesal kerana banyak melakukan dosa semasa di dunia. Paling saya kesal dosa saya memukul dua orang guru yang pernah mendidik saya.
Saya pernah tampar seorang guru hanya kerana mereka berkasar dengan saya. Begitu juga saya pernah pukul seorang lagi guru di sebuah sekolah berasingan atas alasan yang sama. Perbuatan itu amat saya kesali.
Kalau boleh hidup kembali ke dunia, saya ingin bertaubat dan memohon ampun kepada dua orang guru tersebut. Saya benar-benar berasa berdosa.
Tidak sedar saya menangis teresak-esak mengenangkan perbuatan lampau saya. Segala perbuatan saya itu berpunca daripada kebodohan saya menuntut ilmu sesat dengan seorang tok guru. Ilmu yang saya miliki itu menyebabkan saya jadi angkuh. Konon sayalah yang paling kuat.
"Ya Allah aku berdosa! Aku berdosaaaaaa! !!"
Sedang saya menangis mengenangkan dosa-dosa lampau itu tiba-tiba saya terdengar suatu suara yang sangat dahsyat, Suara itu lebih menggerunkan daripada segala jenis suara yang pernah saya dengar, termasuk suara hulubalang yang muncul ketika saya berguru. Suara yang satu ini lebih kuat daripada halilintar. Suara gempita ini belum pernah terdengar semasa berada di dunia.
"MAAAARAAABBBBBBBBB. .."
Sepotong ayat yang tidak sempat dihabiskan itu menerjah ke telinga dan seiring itu saya menjerit dan merayu-rayu kepada Allah! Kata saya, "Ya Allah... ampunkan dosaku ya Allah! Aku bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat nasuha!"
Gema suara itu terus bergaungan. Memang hebat, tiada tolok bandingnya dengan apa jua jenis suara makhluk yang ada di muka bumi. Seluruh tulang-belulang di tubuh saya terasa renggang sejurus mendengar tempikan suara tersebut. Badan saya terasa hendak berkecai.
Sendi-sendi saya bagaikan hendak tercabut dari daging. Saya berasa teramat takut dan ngeri. Saya dapat merasakan tentu sekejap lagi saya akan disoal malaikat Munkar dan Nakir yang bertanggung jawab menyoal mayat di alam kubur.
Apa jawapan yang hendak saya beri? Apa amalan yang saya ada? Saya pernah belajar ilmu sesat. Dosa itu dosa besar! Dosa saya dengan manusia banyak. Saya pernah tampar dua orang guru.
"Ya Allah aku mengaku belajar ilmu salah. Aku pernah pukul guru aku. Ya Allah aku kesal! Aku tak akan ulangi lagi!"
Seketika kemudian saya terdengar lagi suara dahsyat itu bergema-gema bertempik lebih dahsyat daripada guruh.
"Malekkkkkkkkkkkkkkk !!! Allah memberi izin kembalikan semula nyawa engkau. Allah izinkan engkau hidup kembali ke dunia!"
Hati saya berasa seronok mendengar jaminan itu. Saya bersyukur dapat hidup lagi di dunia tetapi mengapa saya tidak boleh bangun? Tubuh saya masih tidak dapat bergerak-gerak. Sedang saya memikirkan keadaan diri, saya terdengar lagi suara bergema-gema yang lebih dahsyat daripada halilintar.
"Malekkkkkkkkkkkkkk!" suara itu memanggil menyebabkan badan saya terasa seperti hendak berkecai. "Engkau diberi izin kembali ke dunia dengan syarat, khabarkan kepada seluruh manusia di atas muka bumi bahawa suara aku ini tidak akan tertahan didengar oleh seluruh manusia, itu belum lagi aku memberi seksa di dalam kubur!"
Saya terasa takut yang amat sangat. Ngeri mendengar tempikan suara tersebut. Saya terbayangkan panasnya api marak menyala, bisa ular, jengking dan segala haiwan berbisa serta seksaan demi seksaan yang menakutkan di alam barzakh.
"Ya Allah aku bertaubat. Aku bersetuju dengan syarat tersebut tetapi mengapa tubuhku ini masih tidak boleh bangun! Kenapa aku masih dalam liang lahad?"
Kemudian saya terdengar lagi suara itu bergema-gema.
"Malekkkk!" Jangan tinggalkan sembahyang lima waktu. Jangan buat apa yang dilarang Allah dan jangan menghalalkan apa yang diharamkan Allah!"
Berkali-kali saya membuat pengakuan bersumpah dengan nama Allah bahawa tidak akan melakukan perkara yang dilarang itu dan mengikut segala suruhan-Nya. Saya menangis tidak berhenti-henti kerana takutkan azab Allah. Saya amat takut jika diazab Munkar dan Nakir.
Saya tahu saya memang berdosa. Saya belajar ilmu syirik tapi segala barangan yang saya pernah belajar seperti azimat, tangkal dan minyak penunggu telah saya buang ke Sungai Pengkalan di Alor Gajah, Melaka.
Saya berazam tidak akan disesatkan lagi oleh hulubalang yang menjadi pendamping saya. Hulubalang itu bukan pendamping nabi-nabi seperti yang diajar guru ajaran sesat itu. Tetapi hulubalang itulah jin Ifrit yang menyesatkan manusia seperti diberitahu pak cik yang mengubat saya.
Saya sedar malaikat-malaikatla h yang menjaga para nabi dan rasul bukan hulubalang, jin Ifrit atau hantu. Selama ini saya buta melihat kebenaran. Sekarang saya tahu syaitan, jin Ifrit adalah makhluk paling jahat di muka bumi.
Semasa sedang meratapi nasib, tiba-tiba saya mendapati saya sudah berada di suatu kawasan perkuburan di Kampung Jelatang. Tubuh saya masih dibaluti kain kapan. Saya bersyukur dapat hidup semula dan kembali ke dunia. Saya tidak sabar-sabar lagi hendak balik ke rumah dan menemui ibu saya.
Saya terus berjalan kaki di kawasan perkuburan mencari-cari jalan pulang ke rumah. Semasa berjalan itu saya bertemu beberapa orang penduduk kampung.
Mereka terjerit-jerit berkata: "Hantu! Hantu!" Ada yang berkata: "Eh! Malek hidup balik! Malek hidup balik!"
Lalu saya beritahu penduduk yang saya belum mati lagi tetapi Allah taala izinkan saya hidup semula! Ketika itu saya bercadang hendak bercerita peristiwa yang saya lalui di alam kubur. Saya juga bercadang hendak menceritakan tentang suara gempita lebih dahsyat daripada halilintar yang saya dengar dalam liang lahad tetapi saya takut diketawakan.
Saya berasa hendak menghebahkan suruhan jangan tinggal sembahyang, jangan buat perkara-perkara haram dan jangan menghalalkan apa yang haram yang dipesan oleh suara itu tetapi takut orang kampung tidak percaya.
Saya khuatir orang akan menuduh saya gila. Fikiran saya ketika itu teringat surah al-Fatihah dan saya terus baca sampai habis.
"Bismillahir Rahman Nirrahim. Alhamdulillah hirabbil a'lamin..."
Selepas habis membaca al-Fatihah barulah orang kampung berani mendekati saya. Orang kampung berkata: "Betullah Malek hidup semula!"
Saya terus berjalan dan singgah di rumah seorang bapa saudara bernama Pak Lang Syarif. Pak cik saya itulah yang membantu membukakan kain kapan.
Pak Lang Syarif berkata: "Pak Lang percaya engkau masih hidup, bukan hantu!"
Setelah kain kapan dibuka, automatik saya terjaga. Saya memandang sekeliling. Saya tidak lagi berada dalam liang lahad, perkuburan atau kampung saya di Melaka, tapi di atas katil rumah baru kami di Petaling Jaya. Bila saya tertidur? Entah. Seingat saya sebelum itu saya berehat di katil, tapi kemudian tiba-tiba saja berada di dalam liang lahad. Tangan saya sekarang boleh menguit-nguit. Nafas saya tercungap-cungap. Dada saya berdebar.
Saya terus ceritakan mimpi menggerunkan itu pada mak, Salmah Manaf. Tubuh mak menggeletar apabila mendengar mimpi dahsyat yang saya alami.
Saya cuba ceritakan kisah yang terjadi dalam liang lahad sampai habis tetapi tidak berdaya. Saya sebak dan menangis. Saya betul-betul takutkan azab Allah. Tubuh saya masih menggigil mengenangkan apa yang telah berlaku.
Saya ceritakan pada mak saya pernah belajar ilmu sesat. Saya pernah buang barang-barang seperti tangkal dan minyak dalam sungai. Mak terkejut apabila mendengar cerita saya itu.
Saya tunaikan sumpah saya semasa bermimpi dalam liang lahad. Saya temui dua guru saya yang pernah saya tampar dan pukul. Saya peluk guru saya dan meminta maaf daripada mereka berdua. Saya benar-benar berubah selepas peristiwa itu.
Tetapi adatlah sebagai seorang manusia, iman tidak selalu kuat, ada pasang surutnya. Manusia selalu lupa pada janji. Apabila saya melakukan kesilapan saya terdengar kembali suara bergema-gema yang sangat dahsyat mengingatkan saya semula.
"Malekkkkldtkklddtkk kkkkkkkkk! !! Ingattttttttttttttt tttttttttttttttt !!!"
Tiga kali suara yang lebih dahsyat daripada halilintar itu memberi peringatan kepada saya setiap kali saya cuba membuat dosa dan kesilapan. Selepas itu saya tidak terdengar lagi suara tersebut sampai sekarang.
Kesan daripada terdengar suara yang amat dahsyat itu saya susah untuk terperanjat jika terdengar bunyi petir, halilintar atau bunyi mercun berdentum-dentam.
Suara yang saya dengar di dunia, walau kuat macam mana pun, langsung tidak menggetarkan perasaan saya. Suara yang saya dengar dalam mimpi itu lebih dahsyat, bergempita tiada tolok bandingnya. Kalau manusia di dunia ini mendengar suaranya nescaya boleh menggelepar di situ juga dan terus mati.
Alhamdulillah, saya sudah habiskan cerita yang paling menakutkan dalam hidup saya. Saya betul-betul lega. Saya sudah sampaikan apa yang wajib saya cerita pada semua pembaca Mastika.
Andai kata pembaca Mastika menuduh cerita saya ini bohong atau untuk mencari publisiti, saya sanggup mati dipanah petir! Apa yang saya ceritakan ini sebagai menunaikan pesanan semasa saya bermimpi di dalam kubur.
Terpulanglah kepada pembaca hendak mempercayai cerita saya ini atau tidak. Yang penting saya sudah menyampaikannya kepada manusia lain. Soal bagaimana saya menjaga hukum-hakam dan amanah Allah selepas bermimpi itu biarlah ia menjadi rahsia diri saya sendiri.
Seperkara lagi saya hendak berpesan kepada pembaca. Renungkanlah kata-kata saya ini sebab sudah menjadi tabiat manusia mudah lupa. Apabila karam di lautan manusia akan berniat di hati, jika terselamat daripada lemas mereka akan menyembelih kambing untuk buat kenduri kesyukuran.
Tetapi apabila perahu hampir-hampir ke daratan manusia itu bertukar niat untuk sedekah pisang. Malangnya sebaik kaki menjejaki pasir pantai sekali lagi niat bertukar, kali ini cuma hendak bersedekah kulit pisang bagi makan kambing! Manusia mudah lupa!

************ ********* ********* *
Saya dalam cerita di atas ialah Abdul Malek Jantan, 49. Mimpi menggerunkan yang dialaminya itu berlaku ketika dia berusia 18 tahun. Malek terpaksa menyimpan cerita ini selama 32 tahun kerana setiap kali dia hendak menghabiskan cerita dia tidak sanggup. Dadanya sebak. Badannya menggeletar. Seperkara lagi Malek takut bercerita pada individu yang tidak memahami bimbang mereka menganggap dia seorang yang tidak siuman.

Oleh: Sahidan Jaafar
Sumber: Mastika 7, 2006

[+/-] Read More...

Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah...


Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.' (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**

NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi..

Wallahua'lam

semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar! !!! ittaqullah!! !!!

[+/-] Read More...

PENGERUSI KELAB PENYOKONG PAS KEBANGSAAN "DIPECAT"



oleh RAHMAN ZAMRUD
bypass308.blogspot.com

sama ada kalian sedar tak, mainan Umno serta medianya yang menyemarakkan isu kerajaan perpaduan (KP)sehingga melemaskan pemimpin Pas, menimbulkan riak berpusar di kalangan ahli Pas dan menimbulkan prasangka parti PR terhadap Pas sudah menjadi pelapik laluan Umno dan parti kuncunya memasuki akar fikir pengundi manik urai.

kalaupun benar pemimpin Pas terutamanya Hadi tidak pernah sebut nak berkongsi kuasa dengan Umno, tetapi cadangan KP kurang jelas yang terlontar dari mulut Hadi berjaya dengan tangkas dimanipulasikan oleh para kerabat media Umno@BN. Kesannya, sampai lani depa ketawa terbahak-bahak sambil mengusap tasbih kononnya demi islam kita bersatu, sedangkan Pas dan rakan perjuangannya dalam Pakatan Rakyat kini saling buruk sangka.

salah siapa sebenarnya? semua dalam PR salah di mana Pas menjuarai kesalahan paling asas iaitu bercakap tak berlapik, habis berterabur air liur dihurung lalat, bising dan jelek. Hadi cuba lepas tangan, katanya dia dah pun bagitau idea nak bincang KP kepada Anwar, tapi Anwar tak bagitau DAP. Apa hal macam ni, main passing bola ke apa?

dah jadi haru macam ni pun masih nak berlagak, tolonglah...Pas yang jadi puncanya apa salahnya terangkan hal sebenar secara baik kepada rakan kongsi PKR dan DASP tu. Pas diangkat dan dijunjung bukan Islam hari ini kerana pas dilihat kian terbuka, janganlah rosakkan imej tersebut. maknanya, lain kali kalau ada idea yang canggih meletup macam ni, silalah hormat kat rakan sekatil mu, habaklah dulu kat depa, tak rugi kan????

saya sebenarnya dah melalut dah, ada yang penting yang harus diketengahkan untuk dikongsifikir. Pas tak boleh lari dari hakikat bahawa imej Pas yang dianggap "tok haji" dan "fanatik" di kalangan bukan islam telah dikemaskini dan dimake-up elok jadi imej baru yang mesra, rendah diri dan terbuka. siapa buat kerja ni? Kelab Penyokong Pas lah. kalau bukan KPP, mana ada bukan islam yang berani dan sanggup tonggek tepi jalan dengar ceramah Pas, sampaikan laman rumah/kedai pun jadi pos Pas.

saya menuntut kalian yang sayangkan kedamaian dan keutuhan sebuah perkongsian yang berbumbungkan PR, hurai perkara ni: -

Kenapa masa muktamar Pas lalu, wakil bukan Islam yang diberi ruang naik berucap ialah Timbalan Pengerusi KPP, Vincent Lee (agak2 ginilah eja namanya) dan bukan Pengerusi kebangsaaan KPP sendiri, saudara Hu Pang Chaw? sudah ada yang tak kena, Pas tak perasan?

Kenapa tiada seorang pun pemimpin Pas yang memberikan pandangan seraya meredakan kekalutan yang bercocak kencang dalam KPP sekarang berhubung membahagikan KPP dari induk menjadi KPP Cina dan KPP India? Pembahagian seperti ini tiada bezanya dengan amalan BN yang mengamalkan parti ikut perkauman.

Kenapa tidak ada seorang pun ahli KPP yang kelihatan membantu kempen di manik urai sekarang?

kenapa ketika Pas dikatakan berura-ura nak menaik taraf KPP, tiba-tiba Pengerusi kebangsaannya, Hu "dipecat" dari jawatan dan kini hanya menjadi boneka atas jawatan Penasihat. Adakah kerana Pas merasakan mereka sudah tidak memerlukan sumbangan jitu KPP pada PRU-13, Pas kini sudah terlalu kuat?

kenapa pas tidak mengambil tahu sangat soal dalaman dan permasalahan KPP yang selama ini berjuang menarik keyakinan bukan islam tanpa manfaat satu sen pun? apa yang pas buat sebagai tanda hargai sokongan KPP? tak perlu kurnia pingat, selami je perjalanan KPP yang sering disifatkan sesetengah pihak sebagai tali barut Pas.
KPP ada masalah sendiri, Pas kena jenguk.

Kenapa sudah mula ada penyandang jawatan utama dalam beberapa cawangan KPP di beberapa negeri letak jawatan? pas tidak risau ke? Siapa siapa yang ada pandangan dan tahu inti ceritanya, tolong jelaskan. wasalam

[+/-] Read More...

Nelayan wanita - 'Selagi terdaya, kami akan ke laut'


Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


Rahmah menunjukkan hasil tangkapan.

Disindir ketika memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menguatkan lagi azam nelayan wanita untuk sendiri mencari rezeki

DI SEBALIK celah hutan pokok bakau di muara Kuala Gula, Perak sebuah bot berwarna biru bernombor pendaftaran PKS 3616 menyusur perlahan meredah sungai. Kelihatan ibu tunggal, Rofeah Atan, 42, gagah mendayung bot meredah mata hati terik mencari rezeki.

Ditemani anak lelakinya, Mohd Rashidi Mahadi, 20, ibu kepada tujuh anak itu tersenyum melihat bot kami menghampiri mereka. Mereka berdua sedang menangkap ketam nipah menggunakan bubu yang dikenali penduduk tempatan sebagai takui.



Muka dan badannya dibasahi keringat, itulah tanda kesungguhannya mencari rezeki halal sejak kematian suami dua tahun lalu. Bot itu mempunyai enjin tetapi nelayan tempatan lebih suka mendayung ketika mengangkat bubu kerana ia menjimatkan penggunaan petrol.

Mereka adalah sebahagian daripada puluhan wanita gigih Kuala Gula yang bekerja sebagai nelayan pantai. Agak mengejutkan kerana sebelum ini jarang diketahui kerjaya itu turut dipelopori kaum hawa yang lebih dikenali sebagai suri rumah.

Lain ceritanya di sana, mereka adalah suri laut yang cekal, tanpa mengenal penat, bersama membanting tulang sama taraf dengan nelayan lelaki. Cuma bezanya, mereka lebih kepada nelayan pantai, namun sesekali, mereka juga ke laut dalam memancing ikan.

Affina 'berbulan madu' menangkap ketam bersama suami, Helmi.

Perkampungan nelayan di Kampung Tersusun, Kuala Gula, terletak kira-kira 50 kilometer dari Taiping, Perak itu menyimpan 1,001 cerita suka duka hidup sebagai nelayan.

Bagi Rofeah, jika tidak bekerja, tiada sesiapa akan memberi makan kepada anak-anaknya. Semua tujuh anaknya berusia tujuh hingga 25 tahun masih memerlukan perhatiannya, perlu dijaga dan disediakan makanan.

"Tak susah sangat nak jadi nelayan, kena panas, hujan atau mendayung bot kami sudah biasa. Kalau dah biasa hidup susah, tak jadi masalah. Jadi nelayan ni, semua kena tahu buat sendiri, kena baiki jaring, baiki bot, tangkap ketam, baru boleh hidup. Syukurlah saya ada bot sendiri," katanya.

Bukannya tidak mencuba memohon bantuan menyara anak yatim daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi jawapan sinis mengatakan nelayan sekarang sudah senang membuatkan ibu tunggal ini nekad, jika ditakdirkan rezekinya di laut, di situlah dia akan mencurah keringat selagi berdaya.

Mak Long bersama anaknya, Che Umai.

Di jeti Kuala Gula, dua rakan karib, Norasyikin Hussein, 30, dan Normala Mohd Noor, 30, baru saja mendaratkan bot mereka ke jeti. Mereka juga nelayan pantai yang mendapat lesen daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan nelayan.

Ketika rakan seusia lebih suka bekerja mendapatkan gaji bulanan secara tetap, mereka memilih cara hidup mencabar tetapi penuh dengan ketenangan dan keseronokan kerana hidup nelayan semuanya bergantung kepada diri sendiri, jika kuat berusaha, Insya-Allah rezeki akan bertambah.

Norasyikin juga ibu tunggal yang sudah tiga tahun menjadi nelayan untuk menyara dua anak kecil berusia tiga dan enam tahun.

"Dulu saya pernah kerja kilang di Pulau Pinang tetapi kerja nelayan lagi bagus, hati senang, dekat dengan keluarga. Anak pun dah masuk tadika, siapa yang nak tanggung," katanya yang tidak tahu berenang dan cuma mengharapkan kepada pelampung jika berlaku kecemasan.

Uniknya, kedua-dua rakan karib itu cuma tahu menangkap ketam, tetapi tidak mahir mengikat ketam untuk dijual kepada peraih. Tugas itu diserahkan kepada ayah Normala yang membantu kerja di jeti dan mereka pula membantu membersih dan menyusun pukat ikan sementara menunggu kerja mengikat ketam selesai.

Bagi Normala yang lebih banyak bertindak sebagai pemandu bot, beliau sudah biasa mengikut ayahnya menangkap ikan dan ketam sejak usianya masih kecil. Suaminya pekerja kilang dan sejak empat bulan lalu, beliau berganding bahu dengan Norasyikin berkongsi bot menangkap ketam.

"Saya pun pernah kerja kilang. Setakat ini, belum terlintas nak kerja di bawah arahan orang. Biarlah kami bekerja sendiri," kata ibu kepada dua anak ini.

Ditanya sama ada mereka memakai losyen penahan matahari untuk melindungi wajah mereka dari terik matahari, mereka tergelak, katanya, lagi gelap lagi manis.

Ketika kami hampir menamatkan perbualan, penduduk mencadangkan kami menunggu satu lagi bot yang belum pulang. Bot dinaiki wanita besi digelar 'Mak Long'. Usianya sudah menjangkau 62 tahun, tetapi masih gagah mencari rezeki.

Sebaik Mak Long tiba di jeti, warga emas yang mempunyai tiga cicit dan 20 cucu ini tersenyum lebar dan tegasnya, sudah 50 tahun beliau bekerja sebagai nelayan.

"Mendayung adalah petua untuk hidup sihat, keluar peluh, aliran darah pun bagus. Syukur, sampai sekarang Mak Long masih boleh mendayung, selagi terdaya, saya akan ke laut," katanya yang menaiki bot bersama anak perempuannya, Che Umai Kamaruddin, 39.

Turun ke laut bantu suami

BAGI wanita di perkampungan nelayan di Kampung Tersusun, Kuala Gula, Perak, tanggungjawab membantu suami mencari rezeki dengan bekerja sebagai nelayan adalah perkara biasa yang menjadi rutin harian penduduk tempatan.

Jika ada yang tidak begitu yakin untuk turun ke laut, mereka lebih banyak membantu di darat melakukan kerja sampingan, asalkan mampu menambah pendapatan.

Seorang nelayan wanita yang lebih dikenali sebagai 'Mami Jarum' Rahmah Awang, 46, berkata beliau sudah berkecimpung dalam kerjaya itu sejak 30 tahun lalu dan selepas mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zahir Zainon, 44, mereka berganding bahu mencari rezeki.

"Sudah menjadi adat hidup sebagai nelayan, kadangkala pulang tangan kosong. Sehari suntuk di laut, langsung tiada hasil. Kita kena terimalah, sebab ada hari kita dapat banyak rezeki, itu yang Tuhan beri.

"Setakat ini, kami bersyukur dengan rezeki yang ada. Jika turun ke laut, sekurang-kurangnya ringan beban suami, sebab saya pun dah biasa menangkap ketam dan ikan. Itu tak menjadi masalah," katanya yang turut melakukan kerja sampingan menanam benih pokok bakau dan mengupas isi kerang.

Satu lagi pasangan nelayan, Affina Dzul, 20, dan suaminya, Helmi Sam, 26, menyifatkan kerjaya itu umpama sesi bulan madu berpanjangan kerana menghabiskan masa sepanjang masa bersama pasangan tercinta, cuma bezanya mereka bukan mendayung bot menikmati angin petang, tetapi menangkap ketam.

Bagi Affina yang baru beberapa bulan membantu suaminya, kehadirannya cuma sebagai pembantu meringankan beban suami kerana cahaya mata mereka berusia setahun lebih dijaga keluarga sepanjang masa mereka turun ke laut.

"Saya masih baru, banyak kena belajar. Seronok dapat bersama suami mencari rezeki, walaupun penat bekerja, kami tahu susah payah mencari rezeki," katanya.

Tinjauan di sekitar perkampungan itu menemui beberapa wanita yang mengambil upah mengupas kulit kerang di bawah rumah. Kelihatan tiga wanita, Esah Mat Arab, 65, Rashidah Johan, 33 dan Arbaiah Awang, 40, rancak berbual sambil tangannya lincah mengopek kulit kerang.

Purata upah sehari RM14 sudah memadai bagi mereka sementara menunggu suami dan anak pulang dari laut, sekurang-kurangnya pendapatan itu membolehkan mereka gunakan untuk perbelanjaan harian anak ke sekolah.

Rashidah berkata, setiap kilogram isi kerang yang dikupas, mereka dibayar upah 70 sen dan setiap hari, mereka mampu mengupas kira-kira lapan kilogram isi kerang. Kerang rebus setengah masak itu biasanya dihantar oleh pembekal yang membelinya daripada nelayan berdekatan.

Info

Nelayan wanita Kuala Gula:


  • Pendapatan purata harian RM80 hingga RM100.

  • Jumlah bubu yang dimiliki: 120 hingga 200 setiap nelayan.

  • Kerja sampingan:

    1) Mencari upah menanam anak benih pokok bakau.

    2) Mengupas isi kerang

    3) Memancing ketika musim 'air mati'.

  • Masa bekerja: 6 hingga 7 jam sehari.


  • BS: Nak mengalir airmata aku baca kecekalan kaum hawa yg mcm ni.... Sapa2 yg ada kenal awek2 mcm ni kenalkan la kat aku.. aku nak ajak dia kawin laa.. Bukan kerana dia tu rajin, tp sebab kecekalan mereka tu.. dah biasa dgn kesusahan.. susah mcm aku jugak..terharu aku.. ni la kaum hawa idola aku..

    [+/-] Read More...

    Thursday, June 11, 2009

    PILIHANRAYA LAGI.. huhu...


    Pilihanraya lagi...
    Laa...kali ni DAP pulak yob!! Jenuhlah SPR..he he...

    DAP rep submits quit letter, by-election no 8?

    The already election fatigued Malaysian public may yet again see another contest, this time in the Jawi state seat in Penang.


    Its embattled assemblyperson Tan Beng Huat has submitted an undated resignation letter to the party leadership.

    In the letter, the first-time elected rep said he would vacate his seat should be found guilty with regards to an ongoing graft probe.His 'quit notice' sparked off rumours of another by-election in Penang, less than two weeks after the Penanti by-election on May 3.

    Penang had another by-election in the Permatang Pauh parliamentary constituency last August.
    Posted by Firdaus Omar


    [+/-] Read More...

    CINTA

    Dunia hari ini tidaklah keterlaluan jika ia disifatkan sebagai dunia yang liar atau asing. Liar dan asing kerana ia tampak begitu berjaya mengasingkan rasa kasih dan cinta kepada al-Khaliq dari benak hati manusia hingga tidak lagi gemar berjinak-jinak dengan Allah SWT.

    Akhirnya, segala bentuk cinta dunia yang bersifat sementara pantas mengambil alih takhta di hati manusia. Sehingga cinta palsu menyumbang kepada segala kejahatan dan kerosakan di muka bumi.

    Dalam mengingatkan kita mengenai fenomena ini, Sheikh Abu Madyan r.a ada menyatakan yang bermaksud: "Barang siapa yang sibuk dengan tuntutannya terhadap dunia, nescaya dibalakan dengan kehinaan di dalamnya". (Lata'if al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan).

    Maka di antara bentuk kehinaan itu ialah dipalingkan hati dari merasakan dirinya mendapat bahagian cinta dari Allah SWT dan menyebabkan hilangnya rasa baik sangka terhadap-Nya.

    Namun, sejauh manapun manusia itu memalingkan hatinya dari mengingati Pencipta-Nya, tetap jua Pencipta itu mencurahkan belas rahmat, ihsan dan kasih-Nya yang tidak berbelah bahagi. Walaupun pada setiap saat dan waktu hamba-hamba- Nya berterusan melakukan maksiat dan mengingkari suruhan-Nya.

    Hal ini, menunjukkan kehebatan dan kebesaran kasih dan cinta Allah SWT terhadap kita semua.
    Walau demikian, sehebat manapun cahaya cinta ilahi di sekeliling kita, ia tidak akan menyinari kehidupan mereka buta mata hatinya. Inilah yang menjadikan jiwa insan kosong dan sunyi walaupun dikelilingi harta kemewahan, anak-pinak dan sahabat handai.

    Situasi ini menjadikan dirinya berasa terbeban menunaikan pentaklifan syarak lantaran jiwanya yang kosong dari nikmat bermesra dan bermunajat ke hadrat Allah SWT. Situasi malang ini mungkin turut melanda para agamawan jika sentuhan manhaj atau madrasah cinta ilahi ini tidak mereka temukan dan terapkan dalam perjalanan mereka.

    Pelbagai Jelmaan Cinta al-Khaliq

    Di antara kunci menemukan sentuhan cinta Ilahi adalah dengan kita bertafakur tentang pelbagai hakikat keluasan cinta-Nya itu. Sesungguhnya seluas mana pun rasa cinta dan kasih yang dipersembahkan oleh makhluk kepada al-Khaliq tidak sedikit pun mampu menyaingi setitis kasih Allah terhadap hamba-Nya.

    Yang demikian itu adalah sifat Allah Yang Mulia di mana rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya.

    Keharuman kasih Allah SWT kepada manusia turut tersebar wangiannya melalui perutusan Sayyid al-Mursalin Muhammad SAW.

    Allah SWT berfirman, maksudnya: Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kurniaan-Nya ke atas orang-orang beriman tatkala mengutuskan buat mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri. (ali-'Imran: 164)

    Baginda SAW adalah makhluk yang menyebarkan rasa kasih dan kerahmatan ini melalui mutiara kalam, perilaku dan akhlaknya. Maha Suci Allah yang telah mengutus Baginda SAW sebagai penyempurna bagi kemuncak akhlak yang mulia. Baginda SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia".

    Walaupun Allah SWT berhak menzahirkan kedudukan-Nya sebagai Khaliq dan Rabb dengan apa cara yang dikehendai-Nya, kita akhirnya menerima risalah-Nya melalui sentuhan cinta makhluk pilihan-Nya, Nabi Muhammad SAW.

    Melalui risalah rahmat dan mahabbah (kasih sayang) itu, segala makhluk di muka bumi ini dapat menadah titis-titis rahmat dan kasih Allah SWT mengikut sekadar mana yang diizinkan oleh-Nya. Mereka yang kafir tetap diberi peluang mendengar, meneliti, merenung dan mencari jalan hidayah serta tidak terus diazab berdasarkan kekufurannya.

    Kaum munafik tidak diperintahkan agar dibunuh. Bahkan selagi lidahnya menyaksikan "Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah", maka darah dan hartanya terpelihara di sisi Islam walaupun hakikat kesudahan mereka adalah di tingkat terbawah dari tingkatan neraka.

    Demikian juga bagi kaum yang fasiq. Mereka diberi ruang dan peluang mencari jalan hidayah sepanjang kehidupannya dan bertaubat membersihkan diri daripada dosa-dosa lalu, tanpa diturunkan azab secara terus seperti mana yang melanda umat nabi-nabi terdahulu.

    Inilah sikap pemurah dan belas ihsan Allah SWT kepada makhluk-Nya, sedangkan Allah SWT tidak sedikitpun berkehendak atau perlu kepada makhluk-Nya seperti firman-Nya dalam hadis qudsi yang bermaksud: "Wahai hamba-hamba- Ku, kalian tidak akan dapat menggunakan sesuatu kemudaratan untuk memudaratkan- Ku dan tidak akan dapat menggunakan sesuatu yang bermanfaat untuk memberikan sesuatu manfaat kepada-Ku".

    Melalui hadis qudsi ini Allah SWT menerangkan bahawa setiap maksiat hamba-Nya itu tidak sedikitpun dapat menggoncang kerajaan dan kekuasaan-Nya atau mengurangkan kehebatan-Nya. Dan setiap ibadat hamba-Nya itu tidak sedikitpun memberi manfaat kepada-Nya.

    Bahkan kekallah kerajaan Allah SWT gagah perkasa dan berdiri dengan sendiri-Nya tanpa memerlukan bantuan makhluk-makhluk- Nya.

    Maka hakikat sebenar Allah SWT memerintahkan hamba beribadat dan menunaikan perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya ialah demi kasih sayang dan rahmat-Nya. Ia agar manfaat semua itu kembali kepada para hamba-Nya, juga untuk faedah dan kebaikan mereka sendiri di dunia dan di akhirat.

    Peringatan inilah yang zahir dalam firman Allah, Dan sesiapa yang berjihad sesungguhnya dia berjihad untuk dirinya sendiri, sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya daripada (memerlukan) sekelian alam. (al-Ankabut: 6)

    Di antara tanda cinta Allah SWT kepada hamba-hamba- Nya juga, Dia sentiasa membuka pintu keampunan-Nya kepada mereka yang melampaui batas dan menzalimi diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat.

    Malah, Allah SWT melarang para hamba-Nya berputus asa dari rahmat dan kasih sayang-Nya walau sebesar mana pun dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah, wahai hamba-hamba- Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah... (al-Zumar: 53)

    Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu keampunan buat mereka dengan pelbagai jalan. Di antara jalannya adalah memperbanyakkan amal kebajikan kerana ia adalah penghapus kejahatan.

    Selain itu, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada-Nya sebagaimana dalam maksud sebuah hadis qudsi: "Wahai hamba-hamba- Ku, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) pada waktu malam dan siang, sedangkan Aku mengampunkan dosa keseluruhannya, maka pohonlah keampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan kalian".

    Memperbanyakkan istighfar dan taubat juga adalah tanda seorang mukmin yang benar dan sempurna dalam keimanannya. Oleh kerana itulah, sekalipun Baginda SAW terpelihara daripada melakukan dosa dan maksiat, Baginda melazimi istighfar dengan jumlah yang banyak setiap hari.

    Menurut Sheikh al Islam Imam al Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud r.a, Nabi SAW beristighfar bukan kerana melakukan dosa dan kelalaiannya sebab adalah mustahil bagi kedudukan dan darjat Baginda SAW. Sebaliknya, istighfar Baginda SAW adalah istighfar ibadah sebagai suatu munajat dan berlazat-lazat dalam pengabdiannya kepada Allah SWT.

    Inilah suatu sisi daripada gambaran keistimewaan dan kesempurnaan Rasulullah SAW bagi sesiapa yang telah dibukakan oleh Allah SWT pintu untuk mengenali-Nya.

    Cinta al-Khaliq terhadap makhluk juga, seperti yang dipetik dari kalam Nubuwwah, lebih hebat daripada kasih seorang ibu yang sentiasa bersungguh-sungguh menjaga, mempertahankan dan menjamin keselamatan bayinya yang masih kecil.

    Jika kasih ibu dipuja dan dinobatkan begitu tinggi oleh manusia tanpa mengira agama, maka seharusnya cinta dan kasih Tuhan itu lebih dipuji, dipuja dan didaulatkan. Justeru, wajarlah cinta ilahi itu dibalas dengan rasa pengagungan, taat setia dan menjunjung perintah dengan penuh keikhlasan, keazaman dan keluhuran budi.

    Para penghulu salafussoleh yang telah sekian lama meninggalkan kita telah pun mengecapi nikmat ini. Nikmat berlazat-lazatan dalam mencintai Allah SWT dan Allah SWT pula mencintai mereka.

    Munajat dan rintihan mereka menjadi perhiasan malam hari dalam usaha mendamba kasih-Nya. Mereka benar-benar telah mendambakan cinta dan kasih al-Khaliq. Cahaya kasih itu pula terpancar dari kalam nasihat dan bicara mereka buat umat.

    Bicara, nasihat dan pedoman mereka terbit dari hati yang telah disirami dengan cinta al-Khaliq. Lantas apa yang disampaikan benar-benar membekas di hati para pendengarnya. Lalu diamalkan dan dijadikan sebagai manhaj ikutan dalam kehidupan sehingga ke hari ini.

    Demikianlah keistimewaan dan keajaiban bagi hati yang telah disinari cahaya kasih dan cinta Allah SWT.

    Maka tiada lagi pilihan bagi golongan beriman selain berusaha mencari jalan memburu kasih dan cinta-Nya. Terdapat pelbagai jalan melalui amal kebajikan dan peribadatan untuk meraih kasih-Nya, sebanyak nafas yang keluar masuk di jasad insan.

    Memburu cinta Allah juga bererti memburu cinta para kekasih Allah yang boleh menyampaikan kita kepada Allah. Apabila kita dihimpunkan bersama para kekasih Allah SWT yang benar-benar mendapat pandangan khusus dan inayah-Nya, pada saat itulah segala kalam bicara, tindak-tanduk dan seruan kita menjadi cerminan bagi sunnah Penghulu Segala Rasul, Sayyiduna Muhammad SAW.

    Semoga kita semua benar-benar dapat mengecapi nikmat cinta ilahi. Cinta Tuhan Yang Maha Tinggi, yang menyifatkan sifat cinta, kasih dan rahmat pada diri-Nya melalui firman-Nya yang bermaksud: Dialah Tuhan Yang telah menurunkan hujan setelah mereka (manusia) berputus asa dan Dia sentiasa menyebarkan rahmat-Nya serta Dialah Tuhan yang mengurniakan pertolongan dan Tuhan Yang Maha Terpuji. (asy-Syura: 28). Wallahua'lam.

    Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa Negeri Sembilan


    [+/-] Read More...

    RAHSIA HARI DAN BULAN MASYARAKAT BARAT


    Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.

    Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu "Penjajahan" dan "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu".

    Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D' ini sebagai peringatan sekelian mukmin.

    Pengertian Bulan-Bulan Masehi

      • 1. Januari - berasal dari perkataan 'Janus', iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
      • 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo' yang bermaksud 'kesucian'. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
      • 3. Mac - berasal dari perkataan 'Mars', iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
      • 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu 'Aperto' yang bererti 'terbuka' atau 'berkembang' . Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
      • 5. Mei - berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama 'Atlas'.
      • 6. Jun - berasal dari perkataan 'Juno', salah satu tuhan orang Romawi.
      • 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah 'Julius Caesar' yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
      • 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu 'Caeser Augustus' bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama 'Sextilitis' (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
      • 9. September - berasal dari perkataan 'Septem' yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
      • 10. Oktober - berasal dari perkataan 'Octo' yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
      • 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu 'Novem' yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
      • 12. Disember - berasal dari bahasa latin 'Decem' yang bererti 'sepuluh' tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

    Nama Asal Hari-Hari Masehi

      • 1. Sunday - berasal dari perkataan 'Sun's Day' ertinya matahari.
      • 2. Monday - berasal dari perkataan 'Moon's Day' bererti hari bulan.
      • 3. Tuesday - berasal dari perkataan 'Day of Tyr' sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama 'Tyr'.
      • 4. Wednesday - berasal dari perkataan 'Woden' nama salah satu dewa suci Rom.
      • 5. Thursday berasal dari perkataan 'Day of Thor' sempena nama dewa Rom iaitu 'Thor' yang bermakna 'Dewa Halilintar'.
      • 6. Friday - berasal dari perkataan 'Day of Freya' iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama 'Freya'.
      • 7. Saturday - berasal dari perkataan 'Saturnus' yang bererti bintang 'Saturnus' mengikut kepercayaan orang Romawi.

    Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.
    Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.

    Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.

    Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.

    Misalnya disiplin ilmu 'Psikologi' yang sekarang banyak diajar di universiti-universi ti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.

    Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk "Opinions of the Citizens of Uthopia". Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :

      • - Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk "The Moods of Psyche" dan "Hints and Notices".
      • - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu 'Ihya Ulumuddin'. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

    Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama 'Psikologi', yang berasal dari perkataan 'Psychos' (Jiwa) dan 'Logos' (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.

    Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.

    [+/-] Read More...