Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, April 23, 2011

KEMALANGAN KERANA TAK TAHU

بسم الله الرحمن الرحيم

Kes Ahmad Sarbani: Cedera Parah Di Kepala Punca Kematian Ahmad Sarbani.. Siasatan Polis Tidak Lengkap. Kemalangan Kerana Apa? tiada jawapan...

Sabrani mati terjatuh... kah kah kah kah... apa punya kenyataan la macam ni..

KUALA LUMPUR: Polis merumuskan kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed pada 6 April lepas adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, penelitian penuh yang dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Jabatan Kimia sebelum membuat kesimpulan berkenaan dan siasatan berhubung laporan kematian mengejut (SDR) itu telah langkap. Beliau memberitahu, kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu hadapan.

Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang digunapakai. - Bernama

Note: Kah kah kah kah.. "Kertas siasatan dah lengkap ... Polis merumuskan kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed pada 6 April lepas adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi". Kah kah kah kah.. kalau jawapan macam tu budak terencat akal pun boleh jawab.. tak payah susah-susah Ketua polis yang jawab... kah kah kah kah.. memang sudah dijangka dan polis sejak dari hari pertama kejadian "sudah pun" membuat rumusan sedemikian. Laporan yang dikatakan telah lengkap itu sebenarnya tidak lengkap. Tidak komprehensif. Ia mengulangi siasatan polis di dalam kes Teoh Beng Hock. Ahmad Sarbani dikatakan "mati kemalangan". Tergantung. Kemalangan disebabkan apa? Tanpa sebab? Apakah kerana tergelincir? Terjun sendiri? Ditolak? Dicampak? Itu semua kena ada di dalam kertas siasatan. Sekarang NIL. Inkues dan Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan lagi. Sebab polis tidak lengkapkan siasatan. Kerana apa? Macam dalam kes Teohlah jugak. Pandainya polis Malaysia ni buat siasatan... kah kah kah kah - GBs

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

MENTERI BESAR PAHANG TAK SUKA DENGAR RINTIHAN RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Panas: Isu Lynas, MB 'Terpaksa' Buat Pertemuan Sulit Dengan 'Pemilik Kilang Gebeng' Untuk Atur Strategi Baru Bagi Menghalang Bantahan Rakyat

KUANTAN, 22 April - Akibat gusar dengan kebangkitan suara rakyat menolak Lynas, maka difahamkan satu pertemuan sulit telah diadakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), dengan beberapa orang pengurus dan pemilik kilang-kilang di kawasan perindustrian Gebeng malam tadi. Menurut sumber, pertemuan diadakan untuk menerangkan kepada pemilik kilang terbabit tentang situasi sebenar isu Lynas sekarang ini. Malahan terdapat laporan "dalaman" mengatakan Adnan dalam keadaan terdesak sekarang. Bantahan rakyat terhadap projek Lynas menyebabkan beliau tidak dapat tidur lena. Lantaran itu beliau terpaksa merayu kepada pemilik kilang-kilang terbabit agar mengajak lebih 28,000 kakitangan mereka menyatakan sokongan terhadap projek berkenaan. Dengan alasan jika Lynas membawa bahaya, sudah pastilah mereka yang bekerja di situ akan mendapat impak terawal radiasi tersebut. Sebelum ini Adnan dengan lantang mempertikaikan bantahan rakyat terhadap isu berkenaan. Malah beliau telah mengugut akan menutup semua kilang-kilang di Gebeng sekiranya bantahan terhadap Lynas diteruskan atau pun kilang itu sendiri ditutup. Beliau menyamakan kononnya kilang-kilang lain juga menghasilkan radiasi bukan sahaja Lynas. Itulah alasan dangkal seorang Menteri Besar Pahang yang bernama Adnan Yaakob. Mentaliti dan tahap pemikirannya mengalahkan "budak-budak tadika". Beliau langsung tidak boleh berfikir secara rasional kenapa rakyat membantah kilang berkenaan didirikan di kawasan terbabit. Apapun, kita tunggu maklumat terkini hasil pertemuan sulit berkenaan. Apakah ada strategi baru yang mahu dibuat oleh Adnan dalam usaha beliau untuk menghalang bantahan rakyat.

[Adnan harus ingat bahawa kilang-kilang lain yang terdapat di Gebeng memang menghasilkan tahap radiasi juga. Namun, kilang berkenaan bukannya membawa masuk bahan mentah yang mempunyai sisa buangan radiaoaktif seperti "rare earth". Jika Kerajaan Australia sendiri tidak mahu kilang memproses bahan terbabit didirikan di negara mereka, maka apakah kewajaran Adnan selaku Menteri Besar membenarkan ia didirikan di dalam negeri Pahang. Adnan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak sekarang, seolah-olah dia tidak tahu apa-apa tentang kelulusan projek itu. Sedangkan sebelum ini dia sendiri mengaku menyokong Lynas selepas mendapat pandangan daripada pihak terbabit bahawa radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang terbabit adalah dengan kadar yang rendah, tidak berbahaya dan selamat untuk rakyat. Persoalannya, mungkin sekarang ia selamat tetapi bagaimana pula pada masa akan datang. Ketika itu Adnan bukan lagi Menteri Besar Pahang. Apakah beliau mahu bertanggungjawab atas kebenaran ini?. Memang kadar radiasinya miniman, namum apabila dihimpun begitu lama bukankah ia akan meningkat dengan mendadak dan membahayakan rakyat. Adnan harus sedar tangungjawab beliau sebagai Menteri Besar. Jangan bertindak bodoh dan sanggup memperjudikan nasib rakyat dengan pelaburan berisiko ini]. - pahangdaily

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Friday, April 22, 2011

BANGGANYA JADI MELAYU ISLAM DI MALAYSIA NI

بسم الله الرحمن الرحيم

JASIN, 21 April – Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan telah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah tersebut dengan sebahagiannya telah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.

“Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi telah dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini.

Ab Rahaman berkata remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (lapan), Pahang (lapan), Negeri Sembilan (lima), Kelantan (lima), Terengganu (tiga), Kuala Lumpur (dua), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.

Ab Rahaman berkata pihaknya juga berusaha dengan kerjasama keluarga masing-masing untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing dan setakat ini dua daripada 49 remaja itu sudah berkahwin.

“Pada tahun lepas, seramai lima orang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua daripadanya mendapat keputusan 3A dan seorang memperoleh 2A,” katanya menambah seramai 14 orang akan menduduki peperiksaan SPM dan dua Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Beliau berkata kesemua remaja terbabit dijaga dengan baik termasuk pemantauan daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Suka saya maklumkan di sini, bahawa remaja di sini dijaga dengan baik dari segi kesihatan, makan minum dan rehat yang mencukupi, kita bawa balik mereka ke pangkuan agama, kita beri kaunseling, ajar mereka bersembahyang, membaca al-Quran, kita beri kemahiran sebagai seorang ibu untuk mereka menjaga bayi nanti dan kemahiran sebagai seorang isteri,” katanya.

Katanya pada tahun ini kos mengurus dan pembangunan dijangka sekitar RM1.1 juta berbanding RM547,171 pada tahun lepas.

Beliau juga berkata sekalipun kapasiti 35 orang sudah dicapai, pihaknya menimbang kemungkinan meningkatkannya kepada 50 orang memandangkan terdapat 15 lagi remaja hamil memohon untuk masuk ke sekolah itu.

Note: Ni yang kata imam besar Arab Saudi beri penghargaan ke? kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

NEGERI UMNGOK TAK ADA AIR

بسم الله الرحمن الرحيم

Isu Pahang: Menteri Besar Tidak Sepatutnya Ugut ADUN Berkaitan Masalah Air Jika Benar Kerajaan Negeri "Memang Ikhlas" Ingin Bela Nasib Rakyat !

KUANTAN, 21 April - Mungkin dek kerana kelantangan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob mengugut semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya menghantar maklumat masalah air di kawasan masing-masing, maka akhirnya masalah air menimpa sebahagian rakyat Kuantan. Hampir 25,000 penduduk dari 4,500 keluarga terjejas gara-gara mengalami masalah bekalan air sejak empat hari lalu seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian Pahang hari ini.

Penduduk yang terlibat adalah di kawasan sepanjang Jalan Sungai Lembing merangkumi enam taman perumahan dan kampung tradisional. Sebelum ini di Sidang Dewan Undangan Negeri, Adnan dengan "sombong" dan "bongkak" mengugut semua wakil rakyat termasuk dari pembangkang berhubung dengan isu air ini. Kenyataan yang dibuat Adnan jelas sekali menggambarkan beliau tidak menjalankan tugas dengan baik selama ini. Malah, dia dengan bangganya mengatakan Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan kepada Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah yang selama ini membelenggu kehidupan rakyat di negeri ini.

Adnan dengan bangganya mahu ADUN terbabit menyenaraikan kawasan-kawasan kritikal bekalan air dalam tempoh dua minggu untuk diambil tindakan segera. Malah beliau tidak wajar mengugut kononnya mana-mana ADUN yang tidak menyenaraikan kawasan itu dianggap tidak berminat atau tiada masalah tersebut di kawasan mereka. Begitu mudah Adnan menyelesaikan isu air ini dengan meletakkan tanggungjawab kepada orang lain. Apakah begini tugasnya seorang MB? - pahangdaily

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Thursday, April 21, 2011

IMAM MAHADI DI MASJID HARAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Gempar!!! Begitulah suasana yang dapat digambarkan pada petang 12 April semasa solat Asar.Menurut sumber yang dipercayai,seorang lelaki warganegara Mesir telah merampas mikrofon semasa permulaan solat asar yang diimani oleh Syeikh Abdullah Al-Juhany lalu mangatakan dirinya “Akulah Mahdi yang ditungu-tungukan…..Akulah Mahdi yang ditunggu-tunggukan…”

Suaranya dapat didengari oleh seluruh jemaah yang sedang solat asar di Masjid Haram pada ketika itu.Polis yang menjaga Masjid Haram telah menahannya untuk disoal siasat.Lelaki tersebut dipercayai datang untuk menunaikan umrah atau merupakan pendatang secara haram di Arab Saudi dan dipercayai mempunyai msalah mental.Solat Asar pada hari tersebut dapat ditunaikan seperti biasa kerana kecekapan polis Masjid Haram menyelesaikan masalah tersebut. - pencacai-semalaysia

Kalau tahu bahasa Arab...klik sumber dibawah ini

- news.ma.ktoobcom

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

AKHIRNYA ALI RUSTAM MENGAKU AIRPORT MELAKA 'BERHANTU"

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika sebelum ini Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd. Ali Rustam seringkali menafikan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)di Batu Berendam sunyi sepi. Ali Rustam dalam PRK Merlimau berkata, pimpinan Pakatan Rakyat tidak tahu perkembangan yang sering mendakwa LTAM membazirkan wang rakyat. Beliau mendakwa sekarang sudah ada 'kapal terbang besar' mendarat di Melaka.

LTAM yang siap dinaik taraf dengan kos lebih RM 131.5 juta tahun lalu digembar gemburkan oleh kerajaan negeri Umno-BN telah berjaya menobatkan Melaka sebagai hub udara tersohor di rantau ini.

Namun semua dakwaan dan telahan Pakatan Rakyat ternyata berasas apabila semalam Ali Rustam mengakui bahawa LTAM kini menjadi tempat 'berhantu'. Sehingga hari ini hanya syarikat Riau Airlines dan Wing Air yang menggunakan perkhidmatan LTAM. Manakala syarikat penerbangan tempatan seperti Malaysia Airlines, Air Asia dan FireFly mengambil sikap menjauhkan diri untuk mengggunakan LTAM.

Dalam hal ini, Ali Rustam cuba menutup kelemahan sendiri dengan menunding jari kepada Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) kerana gagal mempromosikan LTAM.

Walau bagaimanapun saya menafikan bahawa LTAM berhantu dan sunyi sepi kerana bagi saya LTAM hari ini merupakan antara yang tersibuk di dunia sebagai tempat persinggahan burung-burung dan tempat bermain layang-layang! - angkasanuri

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

EMPAT REMAJA JADIKAN RAKAN SEKELAS OBJEK SEKS

بسم الله الرحمن الرحيم

4 Jahanam Di Tahan Polis Kerana Jadikan Rakan Sekelas Sebagai Objek Seks...............

Gambar Hiasan(Pesalah yang lain tapi atas kes yang sama iaitu CABUL rakan Sekelas)

ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.

Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.

Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja. - sumber

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Wednesday, April 20, 2011

KAH KAH KAH.. TUAI RUMAH NI PECAH LOBANG PULAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Tuai Rumah mengaku disogok RM 10,000 agar undi BN (video)

Kepada pemimpin dan penyokong gerombolan songkok tinggi, korang tak payah nak banggalah dengan kemenangan Barisan Nasional 2/3 kononnya dalam pilihanraya Sarawak. Barisan Nasional kalau tak main kotor, tak sogok duit memang tak sah. Dengan segala jentera kerajaan dibuat macam jentera Barisan Nasional, duit rakyat diguna untuk menyogok pengundi.

Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR macam biasa jadi alat perkakas Barisan Nasional untuk menipu rakyat dan menolong Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa agar boleh terus merompak harta rakyat. Gua nak ingatkan lu orang Barisan Najis! Kami mahu pilihanraya yang telus, yang bebas dan adil. Kalau lu orang tak boleh buat pilihanraya yang adil dan bersih, lu orang tunggu rakyat bangkit buat Pilihan Jalanraya!

Di bawah ni bukti rakaman Pengakuan seorang Tuai Rumah tentang bagaimana Barisan Najis menyogok pengundi untuk memberikan sokongan kepada Barisan Najis pada pilihanraya Sarawak yang lepas. Bukak mata luas-luas Rakyat Malaysia! Jangan terus diperbodohkan dengan Barisan Najis!
- milosuam

Note: Kah kah kah kah..Terang-terang rasuah tu.. mana pergi SPRM? mesti SPRM kata dia tak berani buat siasatan sebab takut kena sumpit... kah kah kah kah.. lepas ni mesti tuai rumah ni keluar kat TV plak kata yg dia dipaksa membuat kenyataan mcm tu.. kah kah kah kah.. lepas ni secara tiba-tiba Tuai ni akan kata taik mahmud seorang yang baik hati.. kah kah kah kah..walaupun dalam video di atas dia sendiri berkata si taik mahmud ni kebas habis hutan balak dan tanah adat rakyat sarawak.. tapi sebab dah bagi rasuah terpaksa jugak dia dan semua anak buahnya undi Be End.. kah kah kah kah.. sendiri mau ingat lorrr... Be End mehhh... kah kah kah kah... tak rasuah boleh menang ke? kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

SERAH UUM KEPADA KEDAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Mohd Shubihi Muhamad Zain.

ALOR SETAR, 19 April: "Serahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada kerajaan negeri kalau dah tak mampu nak tadbir kewangannya," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) sebagai respons kepada isu yang ditimbulkan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Semalam, Menteri Pedidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin juga dilaporkan mengecam kerajaan negeri Kedah yang kononnya menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih pemerintahan negeri sehingga pihak universiti terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Azizan bagaimanapun menafikan dakwaan kenaikan cukai tanah tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah tempoh pemberian rebat kerajaan negeri kepada universiti itu yang telah berakhir.

"Mengikut perjanjian asal, jumlah perlu dibayar oleh universiti adalah sebanyak RM1.2 juta tetapi pihak universiti hanya perlu bayar RM100 ribu setahun bagi tempoh 2006 hingga 2008 setelah permohonan mereka mendapatkan rebat diluluskan oleh kerajaan.

"Saya harap penjelasan ini membuktikan kerajaan negeri bukan naikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta dan setelah diberi rebat UUM cuma bayar RM100,000 sahaja dan kini perjanjian telah berakhir, UUM kenalah bayar penuh.

"Sepatutnya mereka kena bayar RM1.2 juta tapi kalau UUM menghadapi masalah kewangan, mereka boleh memohon untuk mendapatkan rebat semula," jelasnya kepada media selepas berucap di himpunan bulanan kakitangan kerajaan di Wisma Darul Aman.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri tidak pernah bercadang hendak menaikkan cukai tanah yang diturunkan selepas mengambil alih pemerintahan negeri pada Mac 2008 yang lalu.

Mengenai masalah bekalan air yang sekian lama dihadapi warga universiti itu, Azizan berkata, isu ini perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

"Saya pernah bangkitkan isu ini supaya pengurusan UUM kemukakan cadangan kepada kementerian untuk naik taraf infrastruktur bekalan air, tetapi saya tak nampak pun hasilnya," katanya.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

MUKHRIZ PENIPU

بسم الله الرحمن الرحيم

ALOR SETAR, 19 April — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan kerajaan pimpinannya menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau (gambar), kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar.

“Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000.

“Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta,” katanya pada sidang media di sini.

Dipetik laporan Bernama Online, Azizan berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta.

UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung, namun permohonan mereka ditolak.

“Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Azizan berkata UUM juga telah diberi beberapa pilihan dalam membuat pembayaran cukai tesebut.

“Kita juga setuju mereka (UUM) berunding dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai bayaran ansuran. Pada tahun 2009 dan 2010 mereka bayar dengan kadar penuh,” kata Azizan.

Beliau juga menegaskan kerajaan negeri yang diteraju Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengeluarkan arahan menaikkan cukai sejak mentadbir Kedah selepas pilihan raya umum 2008.

“...tetapi apa yang kita buat ialah pada 2008, kita menurunkan cukai tanah antara 35 peratus sehingga 75 peratus termasuk tanah-tanah milik kerajaan persekutuan.

“Disebabkan penurunan cukai itu kerajaan negeri telah kehilangan hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun,” katanya.

Mengenai isu air di UUM, beliau menasihatkan universiti itu dan Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kemudahan sistem perairan seperti tangki dan paip air kerana kerajaan negeri telah menyiapkan paip besar di luar kampus tersebut yang boleh menampung sehingga ke Bukit Kayu Hitam.

“Setiap hari pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) menyalurkan bekalan air ke UUM sebanyak 15 juta liter sedangkan kawasan lain kita hanya bagi lima dan 10 juta liter sahaja. Jadi mereka perlu meningkatkan kemudahan loji dalam kampus supaya air itu dapat disalurkan kepada warga kampus,” katanya. - MI

Note: Kalau bapak dah mamak pembelit dah tentu anaknya keling penyabit... kah kah kah kah.. kemana tumpahnya kuah kalau tak kenasi.. maklumlah keturunan keling..kah kah kah kah

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

APA HAL KELING NI MELALUT NI?

بسم الله الرحمن الرحيم

KIMMA setia BN walaupun cuba disogok pembangkang

BATU PAHAT: Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang, kata Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader.

Bagaimanapun, katanya, pelbagai tawaran lumayan berkenaan tidak mampu menggugat kesetiaan KIMMA terhadap BN kerana masyarakat India Muslim negara ini tidak sanggup menggadai maruah semata-mata mahu mengejar imbuhan, pangkat serta kesenangan sementara.

Malah katanya, seorang pemimpin pembangkang pernah menghubunginya secara peribadi dan menawarkan imbuhan sebanyak RM55 juta sekiranya beliau dan ahli KIMMA bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang.

“Dia (pemimpin pembangkang) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda. Itu adalah janji dibuat pemimpin pembangkang berkenaan kepada saya beberapa tahun lalu.

“Malah, ketua KIMMA di negeri yang ditawan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri supaya menyertai mereka.

“Walaupun ahli KIMMA termasuk saya pernah dihujani tawaran lumayan supaya menyertai pembangkang, tetapi maruah masyarakat India Muslim negara ini bukan semurah itu... maruah kami bukan untuk dijual beli.

“KIMMA tidak akan terpedaya mahupun termakan pelbagai janji apatah lagi kami sudah menyokong BN mahupun UMNO sejak dulu lagi. Kami lebih mengenali dan tahu hati budi BN dan UMNO.

“Walaupun pernah berasa kecil hati kerana kesetiaan kami kurang mendapat tempat dan perhatian sebelum ini, namun di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, suara KIMMA serta masyarakat India Muslim kini sudah mula didengari dan mendapat sokongan padu kerajaan,” katanya pada majlis ramah mesra bersama ahli Batu Pahat dan Muar, di sini, semalam.

Note: Kah kah kah kah.. Woi tambi... agak-agak la kalau nak belit pun... kah kah kah kah.. Ko ingat RM55 juta tu macam rm5 ringgit ke? woi paria.. kenapa keluarkan dalam akhbar je? kenapa tak buat report kat polis dan SPRM? ko takut kena campak keluar tingkap ke? kah kah kah kah.. Ko punya bodek najib tak agak-agak la.. macam keling paria.. kah kah kah kah.. Apa yang ko nak mintak kat najib ni sebenarnya? ko nak mintak bik mama ke? kah kah kah kah.. geli mat.. geli mat... kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Tuesday, April 19, 2011

AHLI UMNO DITANGKAP KHALWAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini Ahli Umno Yang Ditangkap Khalwat Di Pulau Pinang

Timbalan Ketua Setiausaha KBS didakwa berkhalwat

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan (gambar), 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.- Berita Harian

Berita sebelumnya dari Lidah Rasmi UMNO..

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu
PULAU PINANG 16 April - Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini.

Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu.

Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan.

Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.- Lidah Rasmi UMNO

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

PERNAHKAH ANDA MELIHAT WAJAH INI?

بسم الله الرحمن الرحيم

INTAN NAJIHAH BINTI JUNNY
14 Tahun

Hilang Sejak 14 April 2011

Jika anda mempunyai maklumat mengenai pelajar ini,

Sila hubungi

En. Junniy
019 367 9499 @ 017 310 9973

~ MOHON SEBARKAN ~

- perelih.blogspot

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BUKTI UMNO SAYANG ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Rakaman penuh pemusnahan Masjid Desa Makmur, Rancangan Tanah Berkelompok Kijal, Daerah Kemaman, Terengganu oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman dibawah arahan Kerajaan BN UMNO Terengganu pada jam 2.30petang 26hb Mei 2005 kerana dendam politik. FRU telah menembak gas pemedih mata dan menghalau penduduk penduduk kampong dari mempertahankan Masjid. saksikan kehebatan pejuang islam umno...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

AS TAK PERCAYA PADA MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

WikiLeaks: Media bohong kerajaan minta bantuan AS tentang F5

KUALA LUMPUR, 18 April: WikiLeaks melaporkan bahawa media tradisional negara telah membuat laporan palsu mengenai kehilangan jet engin F5, yang didakwa lesap secara tetiba pada 2008.

Berdasarkan kabel diplomasi Amerika Syarikat (AS) yang diledakkan WikiLekas, seorang anggota Kementerian Luar Negeri telah memberitahu Kedutaan AS di Kuala Lumpur bahawa media tradisional negara telah mengeluarkan ‘banyak kenyataan menyeleweng dan silap’ mengenai kehilangan dua engin jet buatan AS pada Disember 2009.

Kedutaan AS turut melaporkan kepada kerajaan AS bahawa mereka susah untuk mempercayai penjelasan kerajaan Malaysia mengenai skandal tersebut.

“Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini,” kata kabel itu lagi.

Mengikut kabel itu lagi, Kementerian Pertahanan yang di bawah jagaan Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes ini dikendalikan..

Kedutaan AS juga berpendapat Kementerian Luar Negara cuba menjauhkan diri daripada skandal tersebut.

Kabel yang bertarikh 10 Januari 2010 ditulis oleh kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith turut menamakan pegawai Malaysia yang dimaksudkan iaitu Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.

Radzi dilaporkan berkata media tradisional telah berbohong melaporkan bahawa kerajaan Malaysia telah meminta bantuan daripada AS dalam skandal enjin jet F5, kerana sekiranya benar, permintaan tersebut akan melalui Kementerian Luar Negeri.

Dalam tulisannya, McFeeters turut melaporkan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang permohonan sedemikian daripada Malaysia.

Sebanyak 3 kabel didedahkan oleh WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Berita kehilangan engin jet mula-mula diledakkan oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pda 19 Disember 2009, hari yang bertembung dengan konvesyen Pakatan Rakyat yang pertama, di mana Kedutaan AS berpendapat satu peristiwa yang mungkin menenggelamkan pengumuman kementerian tersebut.

RMAF turut didakwa tiga kali gagal untuk memaklumkan peristiwa tersebut kepada AS, dimana kabel itu melaporkan AS hanya dimaklumkan pada awal Januari 2010.

Difahamkan enjin jet termaktub dalam perlembagaan pertahanan AS (United States Munitions List), di mana pemindahan secara tidak sah adalah bercanggah dengan perkara 3 dalam Arms Export Control Act, di mana kehilangan jet engin J-85 di Malaysia tertakluk kepada undang-undang ini.

Sementara itu, kabel turut melaporkan bahawa Kedutaaan AS turut menyoal pegawai daripada Malaysia mengenai lokasi spesifik enjin yang didakwa kecurian ekoran laporan media tradisional yang mengatakan bahawa engin tersebut sudah dijual kepada satu syarikat antarabangsa yang berpusat di Amerika Selatan.

“Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum,” kata kabel itu lagi.

Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin tersebut mungkin telah tiba di Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media tradisional ketika kes ini diledakkan.

Di satu sidang akhbar, kabel itu berkata Peguam Negara, Abdul Ghani Patail telah dilaporkan berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan denga Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang tersebut kini berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional. - Harakahdaily

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Monday, April 18, 2011

MOTTO POLIS: SEDIA BERKHIDMAT UNTUK UMNO?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Sunday, April 17, 2011

SIASAT JANGAN TAK SIASAT

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR 17 APRIL : Polis Bukit Aman sudah menyiapkan siasatan berhubung video lucah Datuk T mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan bersabit kesalahan mengedar bahan lucah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan, Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, identiti pemilik jam Omega bersabit kes itu tidak menjadi faktor penting dalam siasatan polis kerana perkara utama adalah “siapa penayang video itu,”.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Chik, yang juga Pengerusi Risda, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mereka sebagai gandingan Datuk T yang menayangkan video itu kepada media tertentu di Hotel Carcosa 21 Mac lalu.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu. Eskay juga menyerahkan sebuah jam Omega milik Anwar yang didakwa beliau dicuri oleh pelacur berkenaan.

Anwar menafikan dakwaan itu sebagai fitnah dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berada di rumah pada malam rakaman itu dibuat dan beriinteraksi menerusi Twitter dengan jaringannya. Anwar juga mengesahkan bahawa beliau masih mempunyai sebuah jam Omega dalam simpanannya.

Acryl berkata, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," katanya.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

"Kita tunggu sahajalah...kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu," katanya.

"Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu," kata Acryl.

Note:kah kah kah kah... mungkin akhirnya polis tak akan jumpa siapa penayang video tu nanti.. kah kah kah kah.. susah oo nak cari org ni.. clue pun takda.. kalau nak suruh orang yang tayangkan video ni mengaku memang susah la kan..

Soalan: Eh bukan masa mula-mula kes video ni keluar dah ada 3 orang malaun mengaku dia yang memiliki dan menayangkan video tu ke?

Polos: Ishhh.. pengakuan itu belum tentu betul tu.. mana tahu mereka ni saja bergurau senda ke..jadi polos terpaksa membuat siasatan lebih lanjut..

Soalan: Bukan ke salah seorang dari mereka kata yang jam omega tu dah diserahkan pada pihak polos.. xkan polos tak tahu siapa orang tu?

Polos: ishhh.. masa dia cakap tu dia bergurau je.. jadi itu masih tidak membolehkan dia didakwa..

Soalan: Tapi selepas tu orang tu tukar kenyataan dengan mengatakan jam omega itu ada padanya pula..?

Polos: Tentang jam omega tidak penting... fullstop!!

Soalan: Dari mula perkara video ini di sebarkan oleh media-media perdana.. sehingga penayang video ini sendiri mengaku dia yang menayangkan video ini xkan polos masih nak siasat lagi siapa mereka ini... takkan tak kenal kot?

Polos: Perkara ini masih dalam siasatan.. sekian terima kasih...

kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

PAKATAN RAKYAT YANG BODOH!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Agen Calon PR Tidak Dibekalkan Borang 14, SPR Didakwa Cuba Menipu

SHAH ALAM 16 APRIL : Pakatan Rakyat mendakwa wujud percubaan menipu dalam pilihanraya negeri (PRN) Sarawak apabila agen calon gagasan itu tidak dibekalkan salinan Borang 14 oleh pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di beberapa kawasan pilihan raya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendren berkata agen dari PKR dan DAP tidak dibekalkan borang tersebut yang mengesahkan jumlah rasmi yang dikira disetiap saluran mengundi.

Borang 14 adalah nama singkatan kepada 'Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi'.

Selepas pengiraan undi selesai, misalanya BN dapat 210 undi dan Pakatan Rakyat dapat 300 undi, maka jumlah undian itu perlu dicatit ke dalam borang 14.

Borang 14 juga akan diisi maklumat- maklumat yang penting seperti;

1) Kedudukan tempat mengundi (Tempat pengundi)

2) Saluran Tempat mengundi (Saluran)

3) Nombor Kod Daerah Mengundi (Kod DUN)

4) Bahagian Pilihanraya (Nama DUN)

Surendren berkata, tindakan pegawai SPR itu merupakan satu kesalahan kerana sepatutnya salinan borang itu diberikan kepada agen calon parti yang bertanding.

“Ini merupakan satu kesalahan serius di bawah 'Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954' kerana akta tersebut perlu diberi kepada agen setiap calon tapi kita mendapat laporan bahawa agen- agen bagi calon Pakatan Rakyat dibeberapa tempat tidak diberi salinan borang 14,

"Jadi maknanya pegawai pilhanraya sendiri pegawai SPR sendiri telah melakukan kesalahan,” katanya.

Jelasnya apa yang berlaku itu adalah merupakan satu percubaan menipu dalam pilihan raya dan ia adalah kesalahan jenayah dilakukan sendiri oleh pegawai SPR.

“Ini menunjukkan bahawa memang ada sesuatu percubaan untuk menipu di dalam pilihanraya kerana borang 14 itu mengandungi jumlah undi yang didapati disetiap saluran ataupun pusat mengundi,

"Jadi mengapa mereka enggan memberi borang 14 ? Ini jelas satu percubaan SPR untuk menipu," tegas Surendren lagi.

Perkara berkaitan borang 14 itu timbul apabila Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melaporkan pegawai SPR di kawasan Simunjan dan Asajaya tidak memberi salinan borang 14 kepada agen calon Pakatan.

Note: Kah kah kah kah.. Kalau SPR sebuah badan yang telus.. kalau polis berani tangkap pemimpin Be End yang buat salah.. Kalau SPRM berani tangkap Pemimpin Be End yang beri rasuah pada pengundi.. Kalau media arus perdana berani keluarkan berita Be End rasuah... Dah lama dah Be End kalah... Akhirnya kalau Pilihanraya boleh buatkan Be End kalah... Dah lama dah Be End haramkan... kah kah kah kah..

Note: Pakatan Rakyat bila kalah kata la macam-macam.. itu tak betul la ini tak betul la.. dah setiap kali pilihanraya setiap kali itu juga Pakatan Rakyat ditipu.. tapi bila pilihanraya bagus jer hulurkan leher.. nanti kalah lagi dok memekak tak sudah-sudah.. esok Be End buat pilihanraya join lagi.. sampai kemati la nampaknya dok kena bohong dengan Be End.. kah kah kah kah... Be End memang penipu, pembohong dan pembelit.. tapi Pakatan Rakyat yang bodoh tak sudah-sudah... kah kah kah kah.. pegi jahanam la.. malas nak layan orang bodoh ni... kah kah kah kah..