Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, January 16, 2010

SEKOLAH AGAMA DI NEGARA YANG MENPERJUANGKAN ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم


Menyedihkan,Sekolah agama Islam dalam kabin.

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyifatkan kedudukan sekolah agama rakyat yang serba daif sehingga terpaksa ditempatkan di dalam kabin membuktikan bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional tidak peka terhadap pendidikan agama Islam.

Beliau berkata demikian ketika melawat ke Sekolah Rendah Agama Hidayatul Mustaqimah di Taman Beringin Jinjang Utama, di sini, hari ini.

"Saya pernah hantar surat kepada Menteri Wilayah Persekutuan Zulhasnan Rafique sebelum ini. Dan, dia (Zulhasnan) kata yang dia akan usahakan sesuatu untuk menyelesaikan masalah pembelajaran agama untuk anak-anak murid di sini.
"Saya akan menulis surat semula kepada Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin agar beliau dapat mengambil perhatian semula ke atas hal ini," kata beliau.

Tian Chua berkata, pendidikan agama Islam tidak sepatutnya dianggap sebagai pendidikan sampingan dan bersifat pinggiran.

"Dalam negara ini, pendidikan agama Islam sepatutnya menjadi pendidikan arus perdana, apatah lagi pendidikan ini bersifat meningkatkan kualiti akhlak rakyat," kata beliau lagi.

Dalam lawatan bersama tenaga pengajar dan ibu bapa ke sekolah agama tersebut, beliau turut menyatakan rasa kesal berhubung prasarana yang sangat daif.

"Saya lihat tandas ini cukup merbahaya," kata Tian Chua, "kalau berpuluh-puluh orang memijak lantai tandas yang dibuat daripada kabin ini, tandas ini akan runtuh tak lama lagi. Ini akan membahayakan mereka."

Seorang wakil ibu bapa di situ ketika bermesyuarat bersama Ahli Parlimen itu, turut supaya dipercepatkan pemindahan sekolah itu ke sebuah tempat yang lain.

"Ada tempat yang lebih selesa di tempat lain. Untuk sementara, pindahkan dulu pelajar-pelajar di sini ke tempat tersebut. Keadaan di sini tidak selamat," kata beliau. malaysiabersih

[+/-] Read More...

APA KES UMNO NI ? TEMBELANG SEMAKIN PECAH NAMPAKNYA..

بسم الله الرحمن الرحيم

Mengapa Perlu Jadi Hipokrit..!!!

Jangan jadi Hipokrit..Wa rasa itu paling lembut bahasanya..tapi realitinya ialah jangan jadi munafik.Hanya bunyi sahaja berbeza tetapi maknanya adalah sama.Wa tujukan kepada juak-juak hidup malayu yang kini sedang hangat berdemo dan berdiskusi untuk mempertahankan kalimah "Allah" dari digunapakai orang kristian.

Sedangkan dalam masa yang sama pimpinan hidup melayu ini menyakiti hati Rasulullah dan secara langsung menentang peraturan "Allah" yang mereka pura-pura pejuangkan masa kini.Cuba la lu orang buka minda dan renungkan sejenak..apakah ketegori yang dapat wa katakan pada Pimpinan Puteri Umno ni..



Kalau dalam satu ketika juak-juak Hidup Melayu bermati matian berdemo demi untuk mempertahankan kalaimah "Allah"daripada digunakan oleh penganut kristian...





Tetapi dalam waktu dan ketika yang berlaian, Pimpinan Puteri Datuk Rosnah Abd Rashid bersama-sama merasmikan Kejohanan Bina Badan yang disertai oleh kaum wanita..Tidak kah ini akan menghadirkan bala Allah kerana mempermainkan peraturan dan hukan hakamnya...??Tapi apa yang perlu dipelikkan,kerana parti yang bukan berdasarkan perjuangan Islam akan beginilah jadinya..

Dalam beria-ria memprotes dan menguatkuasakan undang-undang..tiba-tiba muncul Sheikh Nazri yang menyatakan bahawa penganut kristian di Sabah dan Serawak boleh menggunakan kalimah 'Allah"....Apa punya biul la pimpinan Umno ni..Apasal di semenanjung tak boleh??mengapa perlu ada dua undang-undang.Sedangkan Kalimah "Allah"adalah satu sahaja,macam mana ada penganut kristian yang boleh guna dan yang sebahagian lagi tak boleh nak guna.. (DISINI)

Perghhh...Lu sendiri mau ingat ma...inilah perancangan jahat BNUmno kerana takutkan hilang kuasa yang ada di Sabah dan Serawak mereka sanggup membelakangkan hukum-hakam Allah demi menjaga hati-hati manusia yang bernama pengundiii dari kalangan penganut kristian yang ramai di Sabah dan Serawak...

Puak-puak umno tolong jawabkan? kenapa kristian sabah serawak dibenarkan mengunakan perkataan "Allah" ? ..Tepuk Dada,tanyalah Al Quran dan Hadis. - SendiriMauIngat


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

MALAYSIA KU NEGARA ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR: Gara-gara khayal akibat dadah, 36 orang termasuk enam penuntut 'merelakan' diri mereka ditahan sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pudu Ulu, Cheras, awal pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata semua suspek yang berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun itu sedang khusyuk ''berpesta dadah'' ketika serbuan dilakukan pada kira-kira 4 pagi.

"Mereka ini dalam keadaan berkhayal sambil berhibur mendengar lagu semasa serbuan. Mereka seolah-olah tidak sedar dan tidak melawan mahupun cuba melarikan diri apabila diberkas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Beliau berkata daripada jumlah yang diberkas itu, seramai 29 orang adalah lelaki manakala selebihnya wanita.

"Daripada jumlah itu juga, enam yang ditahan adalah penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di ibu negara...yang mana empat daripada pelajar terbabit adalah wanita," katanya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai jenis dadah termasuk beberapa biji pil eramin 5 dan ecstasy.
"Selain eramin 5 dan ecstasy, kita juga menemui beberapa paket kecil yang mengandungi serbuk syabu dan ganja. Dadah-dadah ini dilihat berselerakan di atas meja dan ada juga yang kita temui pada suspek-suspek terbabit," katanya. Abdul Rahim berkata ujian saringan air kencing turut mendapati 34 daripada mereka positif dadah termasuk enam penuntut berkenaan.

"Siasatan awal juga mendapati mereka ini mengenali antara satu sama lain dan berkunjung ke pangsapuri ini untuk berhibur. Kita juga tidak menolak kemungkinan ada berlakunya aktiviti seks memandangkan dalam kumpulan ini terdapat wanita.

"Kesemua mereka ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya," katanya. -Bernama


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL UNTUK RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah tahun ini, berikutan kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dalam satu kenyataan media hari ini, berkata berdasarkan pindaan itu, kementerian memutuskan untuk menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama.

Beliau turut berharap supaya semua pihak dapat sama-sama berganding bahu memikul cabaran dan tanggungjawab dalam merealisasikan agenda pendidikan nasional berikutan kedudukan kewangan pada tahun ini. - Bernama

Kerajaan UMNO/BN dah banyak membantu Melayu? Perhatikan carta di bawah. Wah!!! bertambah ramai pelajar Melayu yang dibantu oleh kerajaan UMNO...!!!!



Jadi marilah kita mengucapkan tahniah kepada Kera...jaan yang di tunjangi oleh Barisan Nazional dan di ketuai oleh umno sebuah parti yang berjuang untuk orang2 melayu dan agama islam. Mereka telah berjaya membawa Malaysia ke tahap kemajuan yang tidak tergambar oleh orang2 melayu sendiri. Hanya barisan nazional sahaja yang mampu memerintah Malaysia. Dan lihatlah kejayaan yang mereka bawa. Bila wang rakyat dah abih dikerjakan, maka rakyat diajak sama-sama berganding bahu memikul cabaran. Cabaran kepala tok dia yang buat...!!! - anak sungai

[+/-] Read More...

SKANDAL SEKS GADIS 16 TAHUN DENGAN VVIP SABAH?

بسم الله الرحمن الرحيم

GEMPAR dan mengejutkan! Seorang VVIP yang berpangkat Menteri Kanan di Sabah disahkan terlibat dengan Skandal Seks Gadis Bawah Umur (16 tahun) yang kini disimpan di Utara Sabah.

“Keluarga mangsa telah dipujuk agar merahsiakan perkara ini dan sejumlah wang telah dibayar kepada bapa mangsa kerana VVIP berkenaan akan berkahwin dengan ‘gadis’ tersebut setelah mendapat kebenaran berpoligami daripada isterinya,” ujar Zainal yang merupakan keluarga terdekat mangsa berkenaan.

Zainal menegaskan, VVIP berkenaan sering melawat keluarga mangsa dan membawa mangsa ke sebuah resort untuk bertemu dan menjalinkan hubungan secara sulit sejak mangsa berusia 15 tahun yang kini telah berhenti sekolah.

“Kita cuba menghalang tetapi oleh kerana keluarga mangsa tertekan semata-mata kerana kuasa dan pengaruh VVIP tersebut, maka mereka terpaksa merelakan anak gadis mereka menjalinkan hubungan terlarang dengan VVIP tersebut,” ujar Zainal yang berjanji akan menyerahkan gambar VVIP bersama gadis tersebut agar tindakan tegas diambil terhadap VVIP yang sering memangsakan gadis bawah umur.

Mengikut Undang-Undang, hubungan seks VVIP dengan gadis berkenaan dikategorikan sebagai ‘Statutory Rape’ dan diperuntukan di bawah seksyen 375 (e) dan (g) Kanun Keseksaan yang menyebut;- baca sererusnya di SINI

p/s: foto diatas hanya sebagai hiasan.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

GEJALA SOSIAL, TANGGUNGJAWAB SIAPA ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapakah Yang Bertanggungjawab Terhadap Gejala Sosial?



Sudah menjadi lumrah apabila berlakunya sesuatu masalah atau isu dalam masyarakat, persoalan yang sering timbul ialah siapa yang bersalah? Golongan manakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap permasalahan ini?

Contohnya, apabila berlakunya gejala sosial yang semakin menjadijadi, berbagai golongan menjadi sasaran. Ada yang menuding jari kepada ibu bapa yang katanya tidak bertanggungjawab, ada yang menuduh guru-guru gaga1 mendidik, ada yang mempersoalkan tanggungjawab pemimpin dan tidak kurang juga yang menyalahkan para ulama yang tidak berperanan.

Golongan-golongan inilah yang sering menjadi sasaran utama. Cuba kita suluh dari perspektif Islam, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab dalam masalah ini.

BAIK TIANG-TIANG SERI MASYARAKAT BAIKLAH MASYARAKAT

Asas utama untuk menyelesaikan masalah masyarakat itu ialah tiang-tiang seri atau tunggak masyarakat yang hendak bertindak itu hendaklah menjadi baik terlebih dahulu. Misalnya kalau di rumah, kedua ibu bapalah ibarat tiang serinya. Kalau di sekolah, ia tanggungjawab guru besar serta para pendidik. Kalau di sesebuah kampung, ketua kampung serta jawatan kuasa kampung (JKK). Kalau di pejabat, pengarah serta para ketua jabatannya. Kalau di peringkat daerah, wakil rakyat, pegawai daerah (DO) dan penolong pegawai daerah (ADO). Kalau dalam sesebuah negeri, menteri besar serta exco-exconya dan seterusnya di peringkat negara, ia merupakan tanggungjawab Perdana Menteri serta para kabinetnya. Mereka ini bukan sahaja perlu bertindak menangani masalah yang dihadapi tetapi juga perlu menjadi contoh kepada masyarakat.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka
rosaklah manusia, iaitu umarak dun ulama." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)

Berdasarkan Hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menyebut dua golongan utama yang menjadi kayu ukur dan penentu baik buruknya rakyat iaitu ulama dan umarak.

Secara umumnya, semua golongan mempunyai tanggungjawab masing-masing mengikut kuasa yang ada padanya di 'kawasan' masing-masing. Ini adalah kerana, apa bangsa atau puak sekalipun, lumrahnya yang atas mendidik yang bawah,
yang di atas kena memimpin dan mengasuh yang di bawah. Contohnya di rumah, ibu bapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak. Kalau di sekolah, guru-gurulah yang bertanggungjawab mendidik murid-murid. Kalau dalam jemaah, pemimpin jemaahlah yang perlu mendidik para pengikutnya. Manakala dalam sebuah negara, pemimpin negaralah yang bertanggungjawab mendidik rakyatnya.

Hal ini tidak berlaku sebaliknya. Pada hakikatnya, bagaimana bentuk dan sikap anak-anak itu menggambarkan bentuk dan sikap ibu dan ayahnya. Bagaimana sikap murid-murid menggambarkan sikap guru-gurunya. Bagaimana sikap anggota dalam satu jemaah itu menggambarkan sikap pemimpinnya atau ketuanya. Bagaimana keadaan masyarakat menggambarkan keadaan pemimpinnya. Itulah rakyat, baik buruk rakyat adalah gambaran baik buruk pemimpin.

Apabila anak-anak majoritinya telah rosak akhlaknya, dan perangai mereka menjolok mata, maka ibu bapanyalah yang bersalah. Bukankah pepatah Melayu ada berkata, bapa borek anaknya rintik.

Begitu jugalah di sekolah, apabila murid-muridnya sudah ramai tidak bermoral dan disiplin diri sudah tiada, majoriti guru-gurunyalah yang bersalah. Pepatah Melayu juga ada mengatakan, "Bila guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari".

Kalau di sekolah pun, di mana manusia dididik, sudah tidak mampu lagi melahirkan manusia yang berdisiplin lahir dan batin, jangan mimpilah ia boleh berlaku di kilang, di padang, di hutan, di tempat-tempat rekreasi, di pejabat, di pusat membeli-belah dan di lain-lain tempat dapat melahirkan manusia yang terdisiplin lahir dan batin, sedangkan tempat-tempat itu bukan gelanggang pendidikan.

Demikianlah juga apabila rakyat sudah banyak membuat masalah dan disiplin diri sudah punah, ini menunjukkan kebanyakan pemimpin dan ulama sudah rosak. Kalaupun mereka tidak secara terang-terangan membuat maksiat, mungkin
secara tersembunyi di sebalik tabir. Bukankah Hadis juga ada berkata yang bermaksud:

"Manusia itu mengiku t agama rajanya (pemerin tahnya). "

Ertinya, bagaimana pemerintahnya begitulah rakyatnya. Oleh itu untuk membaikkan golongan yang sudah rosak tadi, pemimpin tidak boleh menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya be rjalan betul.

Pemimpin ibarat sebatang kayu, bayangnya adalah rakyat. Kalau bayangnya bengkok bererti kayunya bengkok. Kalau bayangnya lurus, mesti kayunya juga lurus. Begitulah kalau sebuah negara itu rakyatnya banyak yang jahat, ini menunjukkan
para pemimpin negara itu juga sudah banyak yang jahat.

Oleh itu untuk membaikkan rakyat, kenalah para pemimpin membaiki diri mereka terlebih dahulu sebelum mengajak rakyatnya menjadi baik.

Ini menunjukkan bahawa golongan yang banyak ditentukan oleh golongan yang sangat sedikit. Yang sedikit mencorak yang banyak. Mencorak di sini termasuklah mencorak jiwa atau perasaan, aka1 dan pemikiran. Watak dan perangai masyarakat ditentukan oleh siapa yang mendidik dan memimpinnya. Kalau begitu, ibu bapa, guru-guru, pemimpin masyarakat, pemimpin jemaah, ketua kampung, imam, wakil rakyat, pegawai daerah dan ketua negara mestilah di kalangan mereka yang mempunyai wibawa yang tinggi kerana merekalah yang akan menentukan nasib orang ramai. Baik mereka baiklah orang ramai. Jahat mereka, maka jahatlah orang ramai.

Kalau murid-murid ramai yang jahat, kalau anak-anak ramai yang rosak, kalau rakyat ramai yang terlibat dengan gejala sosial, maka yang patut insaf terlebih dahulu ialah ibu ayah, guru-guru dan para pemimpin. Sepatutnya mereka dulu yang perlu bermuhasabah sebelum meminta orang ramai bermuhasabah. Jangan salahkan orang ramai, tapi salahkan diri dulu.

Cuba kita renung sejarah agung kepimpinan para Sahabat. Sayidina Umar r.a. contohnya, apabila mendapat tahu ada seekor kambing mati di tepi sungai Furat, dialah orang yang pertama merasa berdosa di atas kematian itu kerana dia adalah
khalifah di waktu itu. Dia tidak menuding jari kepada penggembala kambing, orang kampung atau pihak-pihak lain tetapi terus menyalahkan dirinya. Padahal kes itu hanya membabitkan seekor kambing. Tidak melibatkan manusia.

Begitulah sensitifnya Sayidina Umar r.a. terhadap dosa dan tanggungjawab seorang pemimpin yang diamanahkan Tuhan kepadanya.

Jika berlaku dalam sebuah keluarga seorang anak lelaki terlibat dengan dadah, manakala anak perempuannya pula terlibat dengan pergaulan bebas, sepatutnya ibu bapalah yang terlebih dahulu menginsafi diri dan merasa berdosa terhadap
apa yang menimpa anak-anak mereka sebelum menyalahkan anak. Ini adalah kerana anak-anak mencerminkan ibu bapanya.

Tetapi hari ini apa yang berlaku, bila te rjadi perkara seumpama ini, ibu bapa bukan sahaja tidak merasa bersalah malah kadangkala mereka membela pula anak-anak mereka dan menuduh orang lain yang bertanggungjawab menyebabkan anak-anak mereka terjebak dengan maksiat. Bila ibu bapa mengambil sikap demikian, bukan mereka sahaja yang rosak malah sikap mereka itu turut merosakkan anak-anak mereka. Mereka akhirnya mencetus satu lagi kerosakan di atas kerosakan yang telah sedia berlaku.

Begitu juga kalau majoriti rakyat telah rosak. Sepatutnya pemimpinlah yang patut insaf dan muhasabah diri terlebih dahulu di atas apa yang menimpa rakyatnya. Lebih-lebih lagilah kalau berlaku maksiat bertimpa-timpa dan meningkat secara mendadak di daerah, negeri atau dalam negaranya, maka pemimpinlah yang sepatutnya tidak tidur malam memikirkan dosanya yang mana satukah yang menyebabkan rakyatnya menjadi begitu. Pemimpinlah yang perlu membaiki
dirinya terlebih dahulu kerana kerosakan pada masyarakatnya adalah gambaran kepada kerosakan peribadi para pemimpinnya. Contohnya, kalau sudah ramai di kalangan rakyat yang sudah mencuaikan solat, tidak lagi menyembah Tuhan atau lalai dalam mengerjakan sembahyang maka itu menunjukkan para pemimpinnya juga telah lalai dalam menunaikan perintah Tuhan ini.

Pemimpin ibarat imam, manakala para pengikut adalah makmumnya. Bila pemimpin rukuk maka para makmum akan turut rukuk, bila pemimpin sujud maka para makmum juga turut sujud. Bila pemimpin sudah takut untuk berbuat maksiat kerana mengenangkan dosa, maka para makmumnya juga akan berperasaan demikian. Tetapi kalau para pemimpin sudah lali dengan dosa, tidak cinta dan tidak takut lagi pada Tuhan, maka itulah juga yang akan berlaku kepada para makmumnya.

Imam menjadi ikutan para makmum. Baik imam, baiklah para makmumnya, buruk imam maka buruk jugalah para makmumnya. Makmum mencerminkan imam, sepertimana
pengikut mencerminkan pemimpinnya. Apabila para pemimpin dan para pendidik telah rosak maka rosaklah manusia.

Apabila manusia telah rosak, kemajuan lahir dan kemajuan material yang wujud tidak mampu lagi mencetuskan keamanan, ketenangan, keharmonian dan keselamatan.
Apabila tiang-tiang seri masyarakat menjadi contoh teladan pada rakyat, orang ramai akan segan, sayang dan hormat. Masyarakat akan bersatu padu memberi sokongan dan ke rjasama dengan sepenuh hati. Bahkan mereka yang terlibat dengan
gejala sosial pun akan segera malu dan segan untuk melakukan maksiat. Usaha para pemimpin akan berkesan bukan kerana kekerasan undang-undang tetapi kerana orang ramai sayang, malu, hormat dan segan pada mereka. Cakap mereka masin dan mudah diterima.

Yang lebih penting dari itu ialah pertolongan Allah yang akan memberi kejayaan melalui usaha-usaha mereka. Bila usaha mereka diterima sepenuhnya, masyarakat akan jadi malu dan insaf dengan sendirinya. Bantuan Allah pun datang kerana ketaqwaan mereka.

Berdasarkan kepada perkara di atas, ternyata bukan mudah untuk menjadi pemimpin sama ada pemimpin kecil atau besar. Sebab itulah sesiapa yang bakal menjadi ibu ayah, ertinya sebelum mendirikan rumahtangga lagi, mereka perlu menyiapkan
diri bagaimana untuk menjadi pemimpin kepada anakanak. Begitu juga kepada guru-guru, sebelum menjadi gum jangan setakat bersandar pada sijil semata-mata, tetapi mestilah lebih dari itu kerana guru mesti memberi contoh yang baik pada murid.

Lebih-lebih lagilah pemimpin besar bertaraf negara, sebelum menjadi pemimpin kena mempersiapkan diri dahulu untuk memikul tanggungjawab yang cukup berat dan besar.

Oleh sebab itulah dalam Islam, pemimpin kena mempunyai wibawa yang tinggi dan sifat taqwa yang cukup. Begitu jugalah kepada setiap golongan yang bertanggungjawab memimpin dan mendidik sama ada ibu bapa, guru-guru dan pemimpin, mereka mesti mempersiapkan diri dengan perkara-perkara berikut:

1. Ilmu

Mesti ada ilmu. Bukan saja ilmu secara umum tapi ilmu untuk mendidik. Mesti tahu kaedah dan cara-cara untuk mendidik. Mendidik tidak boleh hanya bersandar pada teori aka1 sematamata.

Mesti merujuk pada ilmu yang tepat, sumber yang tepat dan kaedah yang tepat bersandarkan kepada Tuhan bukan hanya bersandar pada kaedah yang diwarisi turun-temurun.

Di dalam sejarah, manusia menjadi baik kerana didikan, bukan kerana undang-undang. Kalaulah manusia itu hendak dibaikkan dengan undang-undang semata-mata, kita akan kecundang. Kalau pendidikan kita sudah tidak boleh membaikkan
orang, kita kena akui sahajalah yang kita belum baik, bagaimana hendak membaiki orang. Lebih baik kita serahkan pada orang yang leblh layak untuk membaiki masyarakat iaitu orang rohani. Tidak lain dan tidak bukan ialah orang rohani
yang jiwa mereka telah terbina dan mempunyai akhlak dan wibawa yang tinggi.

2. Akhlak Mulia

Para ibu bapa, guru-guru dan pemimpin mesti mempersiapkan diri dengan akhlak yang tinggi kerana merekalah yang akan menjadi contoh dan ikutan orang di bawah mereka.

Contohnya seorang anak yang dibesarkan dalam sebuah rumahtangga yang porak-peranda, ibu menengking ayah, ayah menampar ibu, anak-anak dididik dengar kasar, dengan sepak terajang tanpa kelembutan dan kasih sayang, maka anak-anak yang dibesarkan dalam rumah seperti ini akan menjadi manusia yang kasar, keras, tertekan jiwanya dan tidak berakhlak. Rumah dirasakan bagaikan neraka. Jika terus dibiarkan mereka akan lebih rosak hingga boleh menjadi penjenayah.

Berbeza pula dengan anak-anak yang dibesarkan dalam sebuah rumahtangga yang penuh kasih sayang. Ayah disayangi dan disegani, penuh berwibawa mendidik, memimpin dan membawa keluarga kepada Tuhan. Ibu mentaati ayah, mengasuh anak-anak dengan lembut dan berakhlak. Rumahtangga dirasakan sebagai syurga.

Maka anak-anak yang lahir daripada rumahtangga seperti ini akan mewarisi akhlak kedua ibu bapanya lalu terbentuklah mereka menjadi peribadi yang berakhlak mulia dan cemerlang. Atas sebab yang sama, para guru dan pemimpin juga perlu menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Kepada yang Islam sudah tentulah Rasulullah
menjadi contoh ikutan sebagai seorang pemimpin yang tinggi dan agung akhlaknya.

3. Ibadah

Kalau para pemimpin itu Islam, ibadah mereka hendaklah baik. Kita contohkan dalam sebuah rumahtangga. Ibu bapa dahulu yang mesti mendisiplinkan diri untuk mengerjakan solat. Kalau ibu bapa pun tidak sembahyang Subuh, bagaimana
hendak menyuruh anak-anaknya bangun Subuh. Kalau ibu bapa tidak menutup aurat, bagaimana hendak menyuruh anaknya memakai tudung. Itu adalah faktor yang tersurat.

Kalau kita suluh dari segi faktor yang tersirat pula, ibu bapa, guru-guru dan pemimpin yang tidak menjaga ibadahnya terutama ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan lain-lain bererti mereka sudah longgar atau terputus hubungan dengan
Tuhan. Sudah cuai dengan disiplin Tuhan. Bila dengan Tuhan sudah tidak ada hubungan, bagaimana hendak mendidik dan memimpin manusia dengan kaedah Tuhan. Bagaimana hendak mendisiplin anak-anak, murid-murid dan rakyat jelata
dalam keadaan kita pun sedang melanggar disiplin Tuhan.

Sedangkan mendidik manusia mestilah dengan kaedah Tuhan, tidak boleh bersandar pada aka1 semata-mata. Mereka tidak akan mampu, malah takut-takut di tangan merekalah generasi akan menjadi lebih rosak.

4. Sifat Mahmudah

Antara sifat-sifat mahmudah atau sifat terpuji yang patut ada pada diri kita ialah mesra, berkasih sayang, pemurah, mudah memaafkan orang, sabar, adil, redha, tolong-menolong, MENANGANI GEJALA SOSIAL MENURUT ISLAM berkerjasama, bertolak ansur, berlapang dada dan lain-lain sifat lagi.

Cuba kita bayangkan betapa indahnya kalaulah di dalam sebuah rumahtangga, ibu bapa berakhlak mulia dan berperanan mendidik anak-anak, dan dapat pula menjadi contoh.

Di sekolah, guru-guru bagaikan ibu dan ayah, mendidik murid bagaikan mendidik anak sendiri, penuh dengan kasih sayang dan suri teladan. Di kampung-kampung, ketua kampung berperanan sebagai pendidik, di mukim dan daerah penghulu dan pegawai daerah juga berperanan sebagai pendidik dan menjadi suri teladan, begitu jugalah seterusnya di dalam masyarakat umum di mana ketua negara, menteri-menteri dan
wakil-wakil rakyat bersifat mendidik dan menjadi suri teladan kepada rakyat, maka gejala sosial yang negatif tidak akan wujud kecuali sangat sedikit.

Masyarakat akan hidup dalam penuh harmoni, aman damai dan berkasih sayang. Tetapi hari ini apakah para pemimpin sama ada yang bertaraf kecil atau besar, guru-guru dan ibu bapa telah memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab
mereka sepenuhnya dalam mendidik manusia yang berada di bawah tanggungjawab mereka itu?

Masing-masing boleh memberi jawapannya.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Friday, January 15, 2010

RAKYAT DITIPU LAGI...

بسم الله الرحمن الرحيم

Rakyat Malaysia Akhirnya Tertipu Lagi, 1Malaysia Rupanya "Subsidi Didahulukan" Tetapi Kroni Ananda Krishnan Juga Yang Diutamakan !!



Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional nampaknya sekali lagi gagal melaksanakan konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak selama ini. Jika sebelum ini rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula serta berbagai lagi barangan keperluan harian yang lain. Malah, dalam masa terdekat ini dijangka minyak petrol dan diesel juga akan dinaikkan oleh kerajaan. Ini semua kononnya untuk mengurangkan bebanan dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan sejak sekian lama. Bila kenaikan berlaku, kerajaan mula menggunakan "subsidi" sebagai senjata untuk menyakinkan rakyat. Anehnya, rakyat yang telah hidup sejak zaman berzaman tiba-tiba dihidangkan dengan istilah subsidi yang entahkan benar entahkan tidak. Malah, ada sesetengah pihak yang mengatakan subdisi yang diwar-warkan itu hanyalah satu "angka" yang sengaja direka cipta untuk mengaburi mata rakyat. Maka, bermegahlah pemimpin UMNO yang gemar mengampu mengatakan kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana kerajaan terpaksa menanggung subdisi bernilai berbilion ringgit. Maka, meloponglah ibu dan ayah kita yang sudah hidup sejak sebelum merdeka lagi dengan pemberian subsidi tersebut. Selama ini, mereka hanya kenal isitilah subsidi untuk program pertanian seperti subsidi benih pokok, subsidi baja, subsidi racun serangga dan macam-macam lagi. Namun, kini subsidi digunakan kepada barangan keperluan yang mereka sendiri tidak pernah mendengar langsung perkara ini sejak dilahirkan ke bumi Malaysia ini dulu. Apabila kenaikan harga barangan diumumkan, maka "subsidi didahulukan" sebagai senjata mereka.

UMNO BN Terus Berkuasa Kerana Senjata Subsidi

Wajarkah kerajaan BN menjadikan subsidi sebagai alasan untuk menipu rakyat. Sedangkan mereka telah banyak membazirkan wang rakyat untuk projek-projek yang jelas tidak berfaedah langsung sebenarnya. Akhirnya gara-gara subsidi, golongan yang kaya terus kaya raya dan golongan yang miskin terus tertindas dengan dasar "subsidi" ini. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Lebih menyedihkan lagi, mereka yang menjadi mangsa juga terdiri daripada puak-puak UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Mereka yang berjuang habis-habisan untuk memastikan kemenangan kerajaan yang disokong setiap kali musim pilihanraya. Mereka yang teraniaya juga adalah, penyokong setiap dan fanatik BN yang sanggup menggadai nyawa di musim pilihanraya umum. Mereka hanya mendapat "subsidi" dan "imbuhan" ketika musim pilihanraya itu sahaja. Sebaliknya mereka turut sama menanggung derita empat atau lima tahun kemudiannya, hinggalah pilihanraya umum yang baru menjelma. Bagi mereka yang bertuah sikit, ialah apabila berlakunya pilihanraya kecil di kawasan masing-masing sebelum pilihanraya umum seterusnya dijalankan. Begitulah pusingan roda rakyat Malaysia sejak dulu kini dan selamanya jika kerajaan UMNO BN tidak ditumbangkan. Namun begitu, kenapakah UMNO BN terus dibenarkan mentadbir negara ini agaknya. Bukankah mereka menang dengan "subsidi" yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setiap kali musim pilihanraya. Mereka bertuah kerana ada undi pos, pengundi hantu, persempadanan semula dan banyak lagi. Sewajarnya mereka sudah tewas dalam tiga pilihanraya umum yang terakhir sejak 1999 yang lalu. Maknanya kerajaan yang ada sekarang ditegakkan dengan "subsidi", maka itulah kita tidak hairan mereka menggunakan istilah "subsidi" untuk menekan rakyat yang menyokong mereka. Apatah lagi kepada rakyat yang menolak mereka bulat-bulat setiap kali pilihanraya umum diadakan sejak sekian lama.

Ananda Dapat Projek RM30 juta Bekal Astro Sekolah

Laungan keramat bahawa "rakyat didahulukan" sebenarnya adalah satu helah Najib untuk menipu kita sebenarnya. Walhal disebaliknya, yang diutamakan ialah beberapa kerat kroni BN yang sudah sekian lama menikmati kekayaan di Bumi Malaysia tercinta ini. Tan Sri Ananda Krishnan (foto) misalnya, merupakan salah seorang individu terkaya di negara ini yang masih terus disuap oleh kerajaan BN dengan berbagai projek. Terbaru, terdapat sumber melapurkan Ananda telah mendapat projek membekalkan Astro ke sekolah-sekolah melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelaran Malaysia. Difahamkan, projek bernilai RM30 juta itu sedang rancak dijalankan sekarang ini. Cadangan projek itu kemungkinan besar diluluskan oleh Kementerian Pelajaran yang dipimpin oleh Mahyuddin Yassin sendiri. Entah atas alasan apa, projek itu diberikan kepada Ananda Krishnan agaknya. Difahamkan, pegawai di BTP, Kementerian Pendidikan sendiri amat kecewa dengan keputusan tersebut. Tambahan pula apakah kewajaran utama yang menyebabkan semua sekolah mahu dibekalkan dengan siaran Astro. Alasan yang diberikan ia bertujuan untuk pendidikan amatlah dangkal sama sekali, kerana di sekolah bukanlah masanya yang paling sesuai untuk para pelajar menonton Astro. Malahan siaran TV Pendidikan juga telah disiarkan menerusi saluran TV biasa sebelum ini. Menurut salah seorang pegawai terbabit, beliau amat musykil dengan tindakan kerajaan tersebut.
"Adalah lebih elok wang jutaan ringgit itu digunakan untuk meringankan bebanan rakyat miskin menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Misalnya dengan mengurangkan yuran serta peruntukan lain yang tidak sepatutnya. Malah lebih elok lagi ia digunakan untuk program kecemerlangan pelajar daripada memasukkan Astro di sekolah-sekolah" katanya. Kenyataan itu ada kewajarannya, kerana kerajaan begitu sukar untuk membantu rakyat dalam urusan persekolahan malah bantuan buku teks itu sendiri, tiba-tiba sanggup memberi projek itu kepada Ananda Krishnan yang sudah kaya raya itu gamaknya. Amatlah kurang ajar bilamana, Ananda yang lebih diutamakan daripada rakyat. Malah projek membekal Astro ke sekolah-sekolah itu adalah satu projek yang tidak sepatutnya dilaksanakan pada masa ini sebenarnya. Tambahan pula, terdapat maklumat yang mengatakan para pelajar zaman ini sudah tidak bergantung lagi kepada TV Pendidikan, dengan limpahan buku-buku latihan dan pendidikan yang melambak di pasaran. Malahan, guru-guru juga tidak mempunyai cukup masa untuk tujuan tersebut. Maka, apakah kewajaran projek Astro ini dilaksanakan?. Bukankah ia hanyalah anugerah istimewa daripada kerajaan untuk memperkayakan lagi kroni mereka yang sudah kaya raya itu. Apa yang jelas dapat dilihat, akhirnya Astro yang dibekalkan itu akan tersadai begitu sahaja dan menjadi tontonan para guru sahaja.

Muzik Aktif, Satu Lagi Projek Mengayakan Astro

Satu lagi projek dimana Ananada Krishnan diutamakan ialah langkah Kementerian Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang membazirkan ratusan ribu wang rakyat setiap tahun semata-mata membeli siaran Astro 180 untuk siaran program Muzik Aktif terbitan mereka. Difahamkan projek bernilai ratusan ribu ringgit itu mencecah jutaan ringgit juga apabila kontraknya dilanjutkan dari tahun ke tahun oleh pihak Astro. Apakah kewajaran RTM menerbitkan sebuah rancangan hiburan untuk disiarkan di Astro 180 itu. Biarpun projek ini adalah dizaman Menteri Shabery Chek, namun ianya haruslah diambilkira oleh rakyat. Ini kerana rancangan hiburan sudah melambak-lambak di Astro. Maka kenapa RTM mahu membekalkan lagi siaran itu dan terpaksa pula membayar peruntukan yang besar kepada Astro. Mereka lebih mengagungkan rancangan berbentuk hiburan 24 jam untuk merosakkan minda rakyat. Inilah dia kerja-kerja licik kerajaan UMNO BN dalam memesongkan dan meruntuhkan moral rakyat terutamanya generasi muda hari ini. Mereka sengaja menggalakkan hiburan sebagai aspirasi hidup rakyat. Adalah lebih elok RTM menerbitkan rancangan berbentuk agama dan program yang boleh membentuk jati diri rakyat daripada siara hiburan seperti itu. Atau lebih elok lagi RTM sendiri menambah siaran mereka jika mahu menyiarkan rancangan itu. Kenapa perlu beri hak kepada Astro yang dimiliki oleh Ananda Krishnan agaknya?.


Shabery Chek berbangga ketika melancarkan program Muzik Aktif itu.

Terdapat unsur-unsur pembaziran yang nyata dalam projek ini. Justeru itu, rakyat perlu melihat semua ini dan menilai dengan sewajarnya. Mereka tergamak merompak wang rakyat sesuka hati untuk satu projek yang langsung tidak memberi makna kepada majoriti rakyat sebenarnya. Apa yang jelas, program itu memperkayakan Ananda Krishnan dan tembolok beberapa orang kroni puak-puak UMNO BN itu sendiri. Wajarlah siaran Muzik Aktif di Astro 180 ini dibatalkan serta merta mulai sekarang !!.

[Oleh itu diharapkan kerajaan akan lebih prihatin dan benar-benar mendahulukan rakyat selepas ini. Jangan hanya pandai bercakap dan mengeluarkan kata-kata, tetapi hakikatnya rakyat juga yang terus teraniaya. Jika keadaan ini berterusan, maka kita menjangkakan riwayat UMNO BN pasti akan berakhir dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat semakin muak dengan umpan "subsidi" bagi menghalalkan segala tindakan yang jelas mengcewakan rakyat. Rakyat perlu lakukan perubahan jika mereka ingin nasib dan masa depan terbela. Jika dibiarkan puak-puak UMNO BN terus berkuasa, maka sudah pasti derita yang ditanggung akan terus kekal buat dulu, kini dan buat selama-lamanya]. - pahangdaily

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ALLAH TIDAK WUJUD ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara.tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata,'' saya tak percaya allah itu wujud.''
''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.
'' Cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa Allah Itu wujud. Kalau betul allah wujud, kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya x dpt bayangkan Allah yg maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.
Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang Jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi. Selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,'' kamu tahu tak yg sbnrnye barber jgk tidak wujud?''
''Kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi''..kata barber.
''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.
''Ah! Barber mmg wujud! Lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnye!'' kata barber.
''Tepat sekali!''. Kata si lelaki tadi.
''That's the point!. Allah jgk wujud. Itulah yg terjadi (keperitan & Penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan.''
Wallahualam..


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Thursday, January 14, 2010

RUMAHTANGGA BAHAGIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam,

saya teringat satu kata2 seorang tua kepada saya bahawa rosaknya seseorang anak semuanya adalah disebabkan perbuatan ibubapanya sendiri. kemudian saya bertanya: tidakkah pengaruh luar rumah sangat menakutkan sekarang ini. inilah yang banyak mempengaruhi tumbesaran mereka? namun dia membalas dengan kata-kata: sesungguhnya ibubapanya lah yang membentuk ketahanan jiwa anaknya dalam berhadapan mehnah di luar sana.

ramai ibubapa mengatakan bahawa mereka telah berusaha mendidik anak2 mereka dengan baik dan tidak pernah mengajar anak2nya melakukan sebarang kejahatan. tetapi, tanpa sedari mereka jarang sekali membimbing anak2 bagaimana untuk berhadapan dengan cabaran dan dugaan hidup sebenar. sebenarnya, kebanyakan mereka mengajar anak secara "spontan", apa yang berlaku pada hari itu, itulah yang ditegurnya - itu sahaja!

soal kesuntukan masa bukan perkara utama. paling penting, bagaimana kita menggunakan masa berkualiti bersama anak2. ada anak2 yang cukup rapat dengan ibubapanya walhal ibubapanya sering keluar bekerja siang dan malam. antara cara yang digunakan ialah memberi perhatian akan kewujudan anak2 tatkala bersama walaupun sebentar. menyorokkan rasa penat (melayan karenah anak2) dan luangkan masa berbincang dengan anak2 walaupun ketika itu kita sibuk melakukan sesuatu kerja (contohnya semasa memasak atau menguruskan anak yg masih kecil) - iaitu buat kerja 2 in 1.

kadang2 bagus juga jika kita (saja2) bertanya pendapat anak2 tentang kerja kita di ofis. tujuannya agar mereka lebih memahami ibubapa - dgn anak sekecil 4 tahun pun boleh (tetapi pandai2lah kita memilih isunya).

satu lagi yang amat penting tetapi cukup jarang dilakukan oleh ibubapa terhadap anak2 remaja ialah belaian dan sentuhan. sebenarnya, sentuhan mempunyai kesan yang cukup mujarab dalam memberi ketenangan dan kepercayaan dalam diri anak2. walau sesibuk manapun kita, berilah pelukan atau sentuhan kepada anak2 setiap hari terutamanya diperingkat anak2 sedang meningkat remaja. Golongan bapa pun digalakkan melakukan perkara yang sama. jangan sekadar mengharapkan isterinya sahaja. mungkin kaum bapa boleh sekadar peluk2 bahu anak lelakinya (berjalan sambil membahu) atau membiasakan anak perempuan lentok di kepala lutut si bapa semasa duduk di kerusi - ini sekadar pandangan saya sahaja; kesan daripada melihat kejayaan ibubapa lain merapatkan diri anak2 kepada mereka.

Rasulullah sendiri pun pernah mengingatkan seorang lelaki bahawa betapa ruginya apabila dia (lelaki itu) tidak pernah menyentuh anak2nya dengan belaian kasih sayang. malah, petua ini sesuai juga digunakan oleh guru2 perempuan kepada pelajar2 perempuannya (begitu juga sebaliknya untuk guru2 lelaki).

saya sendiri ada cuba mengeksperimenkanny a kepada anak2 murid di sekolah (sek. menengah). mmg kesannya berbeza, walaupun sesekali sahaja saya memeluk bahu mereka, cubit semasa bergurau senda, gosok2 lengan mereka, betul2kan tudung mereka. pelajar2 tahun itulah yang rapat dengan saya. sebenarnya, saya tak biasa buat semua ini. ttp melihat kesan yang memberangsangkan ini, nampaknya saya kena berusaha mendidik diri saya lagi agar kekal melakukannya pada tahun ini pula.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Wednesday, January 13, 2010

PEMBUNUHAN KEJAM - ROSMAH MENGAPA TAKUT ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Misteri Pembunuhan Kejam Ibu Saudara Rosmah - Mengapa Takut?

Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Rupa-rupanya salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut adalah Allahyarhamah Sofiah Katas yang merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, salah seorang yang dibunuh kejam itu ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Rosmah sendiri.

Mangsa lain dalam pembunuhan kejam itu ialah Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22.

Malangnya diberitakan Rosmah langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga ibu saudaranya sendiri yang dibunuh kejam itu!

Dan kelmarin, seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan Abdul Qayum Abdul Rahman yang cuba merungkai misteri kematian Sofiah dan mengapa Rosmah tidak menziarahi keluarga si-mati telah mendakwa beliau diugut polis sebaik saja selesai mewawancara seorang wanita bernama Saharah yang merupakan saudara kepada Sofiah dan sepupu kepada Rosmah.

Abdul Qayum mendakwa di dalam Malaysiakini, selepas mengetahui beliau seorang wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya. Beliau turut merampas nota penulisan Qayum dan memadam semua rakamannya dengan Saharah.

Muhammad juga turut merampas semua dokumen pengenalan Qayum, tanpa mendapat kebenarannya. Semua insiden tersebut diperhatikan oleh sekumpulan polis yang menunggu dan mengawal di luar rumah Saharah. Pihak polis dan Muhammad kemudiannya mengugut mahu mencari wartawan itu dan keluarganya dengan apa cara sekalipun jika temu bual tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan.

Tiada siapa dapat meneka mengapa Rosmah sampai tergamak tidak menziarahi kematian ibu saudaranya sendiri. Juga tidak diketahui mengapa Rosmah begitu takut jika Suara Keadilan mendedahkan mangsa pembunuhan kejam itu ialah ibu saudaranya.

Apa yang hendak Rosmah malukan, jika dia sendiri tiada kaitan dengan pembunuhan yang menggemparkan di mana suspek utamanya ialah seorang pemuda yang digambarkan kadang-kadang kurang siuman?

Atau mungkin dia malu jika rakyat 1Malaysia tahu Rosmah mempunyai saudara mara yang kurang siuman? Mungkin Rosmah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya tidak mahu dikaitkan dengan satu lagi pembunuhan yang lebih kejam dari itu yang melibatkan saudara maranya sendiri!

Baru kelmarin akhbar-akhbar kita cuba membina karektor baik untuk Rosmah dengan memuji setinggi langit peranannya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir yang terbabit dalam misi memberi bantuan makanan kepada rakyat Gaza.

Tapi manusia berkarektor baik itu tidak sanggup menziarahi ibu saudaranya sendiri yang dibuniuh secara sangat kejam! Dan manusia berkarektor baik itu juga telah mengarahkan polis untuk menghalang sesiapa saja dari mendedahkan dia mempunyai pertalian saudara dengan adik kandung ayahnya sendiri.

Patutlah 2 hari selepas pembunuhan kejam itu, polis membuat kenyataan kes pembunuhan itu telah selesai. Cepatnya!! Rupanya mereka tidak mahu rakyat Malaysia mengingati pembunuhan itu lagi kerana salah seorang mangsanya ialah ibu saudara Rosmah sendiri!

Saya percaya wartawan Suara Keadilan yang baru sebulan menyertai akhbar itu pasti tidak melupakan pengalaman diugut polis di Gemencheh itu seumur hidupnya! - Anak Sungai Derhaka


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BRAIN DAMAGING HABITS

بسم الله الرحمن الرحيم


1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.

2 . Overeating=2 0
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.

4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.

5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our 20 body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency..

6 . Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells..

7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain dam agi ng effects.

8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.

10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain

The main causes of liver damage are:

1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.

2. Not urinating in the morning.

3 . Too much eating.

4. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil.
As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is20very fit.

8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver.
Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.

We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule.'

The top five cancer-causing foods are:


1... Hot Dogs



Because they are high in nitrates, the Cancer Prevention Coalition advises that children eat no more than 12 hot dogs a month. If you can't live without hot dogs, buy those made without sodium nitrate.

2. Processed meats and Bacon



Also high in the same sodium nitrates found in hot dogs, bacon, and other processed meats raise the risk of heart disease. The saturated fat in bacon also contributes to cancer.

3. Doughnuts



Doughnuts are cancer-causing double trouble. First, they are made with white flour, sugar, and hydrogenated oils, then fried at high temperatures. Doughnuts, says Adams , may be the worst food you can possibly eat to raise your risk of cancer.

4. French fries



Like doughnuts, French fries are made with hydrogenated oils and then fried at high temperatures. They also contain cancer- causing acryl amides which occur during the frying process. They should be called cancer fries, not French fries, said Adams .

5. Chips, crackers, and cookies



All are usually made with white flour and sugar. Even the ones whose labels claim to be free of trans-fats generally contain small amounts of trans-fats.

PASS THIS TO ALL WHOM YOU LOVE & CARE FOR. ............


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

CARA MENGGAULI ISTERI DI MALAM PERTAMA

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamu;alaikum wr.wb

Soalan: Ustadz, Insya Allah sebentar lagi saya akan menikah. Saya mohon tuntunan/ amalan apa yang di baca sebelum saya menggauli istri saya nanti, Terima Kasih atas jawabannya - egun di samarinda

Jawapan: Waalaikumussalam Wr Wb..
Semoga Allah swt kelak menjadikan keluarga yang akan anda bangun dengan pasangan anda keluarga yang penuh dengan cinta, kasih sayang dan kedamaian sehingga mendorong anda dan orang-orang yang ada didalamnya semakin dekat dengan Allah swt.
Saudara Egun yang dimuliakan Allah swt
Malam pengantin bagi pasangan suami istri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan istrinya dengan tali kasih sayang dan cinta dan dapat menghilangkan kecemasan dan ketakutan serta menjadikan istrinya merasa tenang dengannya.
Berikut beberapa adab yang disebutkan didalam warisan kita untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :

1.Kebenaran niat
Hendaklah niat suami istri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw,”Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad di jalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)

2. Berhias dan mempercantik diri.
Hendaknya seorang istri mempercantik dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.
Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhias dirinya untuk istrinya karena hal ini merupakan bagian dari menggaulinya dengan cara yang baik.

Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap didalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.

3. Lemah lembut terhadap istrinya saat menggaulinya
Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan

berkata,”Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya karena malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya.” Dan aku katakan kepadanya,”Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw.” Asma berkata,”Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit.”

4. Mendoakan istrinya.
Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening istrinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw,”Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan :

Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih—

Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya..”

5. Melaksanakan shalat dua rakaat

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk shalat dua rakaat dibelakang (suaminya) dan berdoa,”Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkahilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan pula.”

6. Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli istrinya.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda,”Apabila seorang dari kalian mendatangi istrinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana—Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami—sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak bisa dicelakai setan selamanya.”

7. Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahasia diantara suami istri
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda,”Bisa jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan istrinya dan bisa jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya,”Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya.”

8. Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama
Apabila seorang laki-laki menggauli istrinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli istrinya kemudia dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah diantara kedua (jima) itu.”

Didalam sebuah riwayat,”Seperti wudhu hendak shalat.” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,”Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenagannya.”
Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para istrinya dan mandi ketika (hendak menggauli) istri yang ini dan juga dengan yang istri ini. dia berkata,”Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci.. Lebih wangi dan lebih bersih.”

Seyogyanya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk shalat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,”Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu..” Didalam sebuah riwayat,”Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah.”

Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw,”Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau.”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata,”Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi.”
Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata,”Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum.”

9. Mandi berduaan
Dibolehkan bagi suami istri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,”Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan,”tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata,”Mereka berdua dalam keadaan junub.”
Dari hadits diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hdits yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,”Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu.” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami istri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadits ini, karena kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bagian tubuh lainnya.

10. Bersenda gurau dengan istri
Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan istrinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw,”… Mengapa bukan dengan gadis maka engkau bisa bermain-main dengannya dan dia bisa bermain-main denganmu.” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau bisa bahagia dengannya dan dia bisa bahagia denganmu.”
Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh istri-istrinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

11. Dibolehkan ‘Azl
Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azl yaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan istrinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata,”Kami melakukan ‘azl sementara al Qur’an masih turun.” Didalam sebuah riwayat,”Kami melakukan ‘azl pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya.”
Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl karena hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi istrinya dan karena hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan yaitu memperbanyak keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw,”Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian dihadapan semua umat pada hari kiamat.”
Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azl selamanya karena dapat membatasi dan mencegah keturunan…..

12. Mengunjungi kerabat pada pagi harinya
Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya. . berdasarkan hadits Anas berkata,”Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (istri-istrinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.” (http://www.saaid. net)

Wallahu A’lam


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KUBUR PALING BANYAK DI DUNIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Macam-macam…

10.000 keluarga filipina tinggal di perkuburan di manila.Beberapa makam mewarisi dari keturunan nenek moyang serta sedara mereka dan sekarang tinggal di sana . Sebagian dari provinsi lain dan tidak mampu untuk mendapatkan wang yg cukup untuk tinggal di kota besar, terutama untuk keluarga yang tidak tahu harus tinggal dimana...


Ini adalah gerbang atau pintu masuk menuju komplek pemakaman, wah mcm masuk gerbang Ancol atau Dufan..!!


Berkaraoke bersama roh barangkali... .


Permainan Bola Volley yg tidak patut dicontohi, bahaya ooo....


aduuuh, kalau begini gayanya, No Komen... Adek- adek tolong letakkan ditempatnya balik ya, itu bukan buat mainan sayang.....jangan dibuat perkara yang bukan2 yaaa!!! Jenuh....!!!! Pulangkan ke tempat asalnya... Entah2 dah lupa dimana tempatnya!!!


Mak aihhhh..... ada barang baru nih,


Bukan main lagi istirehat


Eh... jangan cuba-cuba main tipu sama aku ya, kalo tipu aku masukkan dlm peti di tempat aku nih, baru padan muka ko!!!!


Yang ini mcm pemandangan di kampus Amerika pulak, masing2 warganya punya loker sendiri.
CLASS GITU...


TRAGIS benar nasib MARIO CACAYUMAN, sudah meninggal bukan nya diwangikan Kamboja atau bunga setaman tapi sebaliknya diberi bauan sampah. Oh dunia........betapa.... malang nasibku....


woooi...Yuhuuuuu.. Nih... dangdut kaaa...



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NAK MINTA TOLONG

بسم الله الرحمن الرحيم

Nak minta tolong, kalau ur blood type is A+, klu boleh dermakan darah kat my son yg due for transfusion tentatively next week kat University Hospital. Last Saturday, I went to UH for Thalasemia Association meeting, the doctor told me that the blood bank is very critical. Kalau anak nak buat transfusion, kena bawa penderma dtg ke hospital and named that blood under my son’s name Muhammad Dzulhilmi b Dzulhaidi (MRN No. 2246976-1). Tempat Derma, Tabung Darah, Tkt 1, Menara Utama, University Hospital, Petaling Jaya.

I need 2 donors as my son require two packs during transfusion. Kalau lebih ramai, lagi bagus as the hospital need to filter the blood first. It is not only for my son, tapi kanak2 lain yang menghidapi thallasemia and need blood transfusion for the rest of their live to survive. Kalau ada yg nak tlg derma, kindly let me know.

Thank you so much, hanya Allah yg dapat membalasnya.

wassalam..

[+/-] Read More...

ALERT: AWAS GENG CURI CARA PUKAU DI KLCC

بسم الله الرحمن الرحيم




AWAS....!!!!


Sekadar untuk menasihati semua pelawat ke KLCC. Seorang jiran perempuan telah kehilangan beg berisi sebuah kamera mahal dan tas tangan yang mengandunggi wang yang agak banyak, MyKad, lesen memandu dan kad kreditnya sedang dia minum dengan seorang kawan di salah sebuah kedai makan berhadapan kolam air pancut di KLCC.

Yang menghairankan, kejadian ini berlaku disiang hari. Dia meletakan beg tersebut di atas pehanya kerana mereka duduk di meja bulat kecil khas untuk dua orang pelanggan. Apabila nak beredar baru dia sedar yang begnya sudah tiada. Dia tidak menyedari langsung bila begnya "hilang". Teman yang duduk berhadapan dengannya pun tidak nampak sesiapa pun yang menghampiri mereka.

Apabila jiran saya melaporkan kecurian ini kepada pihak keselamatan KLCC, kakitangan yang menjaga kamera litar bertutup (CCTV) mengatakan rakaman menunjukkan ada satu "bayang hitam" yang menghampiri jiran saya semasa dia sedang minum. Kakitangan ini juga memberitahu sudah beberapa kali kejadian seperti ini berlaku dan dipercayai oleh warga asing dari negara Arab dengan cara "pukau".

Berhati-hatilah apabila ke KLCC.

Terima kasih.

Abdul Halim

[+/-] Read More...

KEBEBASAN MEDIA DICABULI, POLIS UGUT WARTAWAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Rosmah ada pertalian saudara ?

Kebebasan media sekali lagi dicabuli apabila wartawan Suara Keadilan diugut polis ketika membuat liputan ke atas keluarga mangsa pembunuhan kejam 4 beranak di Gemencheh, Negeri Sembilan, petang kelmarin.

Kejadian berlaku jam 3.30 petang apabila wartawan Abdul Qayum Abd Rahman, dihampiri 10 individu yang disyaki anggota polis merampas nota dan rakaman liputan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama Ketua Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam mengiringi Qayum membuat laporan.

"Saudara Qayum diganggu, laporannya dikoyakkan, gambar-gambar yang diambil diminta dipadamkan. Jadi ini merupakan tindakan-tindakan yang tidak berperikemanusian dan tidak menurut kebebasan media sepertimana yang dijamin dalam negara ini. Saya merasa marah dengan sikap ini dan mendesak pihak polis untuk menyiasat perkara ini. Dan pada kita apapun alasan yang akan diberikan kebebasan media itu harus dijamin,"katanya.

Kelmarin, Angkatan Muda Keadilan dan akhbar Suara Keadilan ke Gemencheh bertujuan mendapatkan reaksi keluarga mangsa selepas kejadian.

Menurut Shamsul, lawatan adalah dorongan maklumat yang diterima menyatakan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa.

"Oleh kerana liputan ini ingin menegaskan bahawa sehingga hari ini tidak ada sebarang lawatan, tiada sebarang tunjuk hormat daripada isteri Perdana Menteri kepada keluarga ini, maka Angkatan Muda berasa terpanggil dan ingin menziarahi, paling tidak pun memberi sokongan dari segi moral dan belas kasihan kita terhadap peristiwa yang sedih ini,"katanya.

Menurutnya, amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini menyatakan kebebasan media melaporkan berita termasuk media pembangkang.

Beliau turut menuntut ruang untuk wartawan menjalankan tugas tanpa diganggu oleh mana-mana pihak. -TVS

- GB

[+/-] Read More...

Tuesday, January 12, 2010

HINAKAH MISKIN ?

بسم الله الرحمن الرحيم

MENCARI SEMULA ERTI KEMISKINAN

Terbukti bahawa Islam tidak membenci kemiskinan kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur positif dan istimewa.

Keadaan sedemikian membawa kita kepada satu persoalan penting. Kalau telah terbukti ada nas-nas yang tidak menolak malah cenderung kepada kemiskinan, wajibkah kita sekarang habis-habisan mahu perangi dan membunuh kemiskinan?

Hidup dalam keadaan kaya harta atau miskin harta adalah merupakan pilihan individu, asal saja jiwanya kaya. Namun begitu, kalau pun individu memilih untuk hidup dalam keadaan miskin harta, tetapi kerajaan, organisasi dan ummah Islam mesti tetap kaya harta dan kuat ekonominya. Ini mesti ditunjangi dengan kekayaan jiwa seluruh ahli masyarakatnya. Demikianlah kerajaan, organisasi dan ummah Islam pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafah-ur-Rashidin.

Hadith-hadith Rasulullah berkenaan kemiskinan.

1) Pertama, kemiskinan merupakan perkara yang sentiasa didoakan oleh Rasulullah s.a.w. Hal ini dibuktikan dengan doa-doa Baginda yang berikut: "Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin dan matikanlah aku dalam keadaan miskin”.

2) Juga Doa Rasullullah yg berbunyi, "Wahai Allah Tuhanku, hidupkanlah aku miskin, matikanlah aku miskin, dan kumpulkanlah aku (di padang mashsyar) dalam golongan orang-orang miskin”

3) Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata: "Hai manusia, jangan sampai kesukaran itu mendorong kamu untuk mencari rezeki dari yang haram sebab aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah, matikan aku sebagai orang fakir miskin, dan jangan dimatikan aku kaya, dan kumpulkan aku dimashsyar dalam rombongan orang-orang miskin pada hari qiamat, maka sesungguhnya yang amat rugi ialah orang yang miskin di dunia dan tersiksa di akhirat".

4) Malah sebelum Rasulullah s.a.w. pun, ada Nabi-Nabi yang gemar kepada kemiskinan. Imam Ghazali (1980, Jil.7:152) menceritakan bahawa Nabi Isa a.s. bersabda: "Bahawa aku lebih mencintai kemiskinan dan memarahi kenikmatan". Nabi Isa a.s. paling suka apabila Baginda dipanggil "Hai orang miskin!".

5) Kedua, kemiskinan merupakan syi'ar atau lambang orang-orang soleh dan solehah. Imam Ghazali (1980 Jilid 7:149) misalnya berkata: "Ka'bul-ahbar berkata: "Allah SWT berfirman kepada Musa a.s.: "Hai Musa! Apabila engkau melihat kefakiran itu menghadap kepada engkau, maka katakanlah: "Selamat datang kepada syi`ar orang-orang yang soleh".

6) Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda: "Apabila engkau melihat kefakiran datang menghadap kepada engkau, maka katakanlah: "Selamat datang kepada lambang orang-orang soleh. Dan apabila engkau melihat kekayaan datang menghadap kepada engkau, maka katakanlah: "Dosa yang disegerakan siksaannya”

7) Kemiskinan merupakan sebab untuk mendapat kasih sayang Allah SWT. Misalnya Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang amat dikasihi Allah ialah para Nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran kemiskinan".

Nabi Musa a.s. bertanya kepada Tuhan: "Hai Tuhanku, siapakah kekasihMu dari makhlukMu, sehingga aku cintai mereka keranaMu?". Maka Allah SWT berfirman: "Setiap orang fakir" (Imam Ghazali, 1980, Jil.7:152).

Abul-Laits Assamarqandi (1978) meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Orang-orang faqir mengutus utusan mereka kepada Rasulullah s.a.w. maka berkata: "Ya Rasulullah, saya utusan orang-orang faqir kepadamu.

Jawab Nabi s.a.w.: Selamat datang kepadamu dan kepada orang-orang yang mengutusmu, engkau datang dari orang-orang yang dicinta oleh Allah. Utusan itu berkata: Ya Rasulullah, orang-orang miskin berkata: Bahawa orang-orang kaya telah memborong semua kebaikan, mereka berhaji dan kami tidak dapat, dan mereka sedekah sedang kami tidak dapat, dan jika sakit mereka mengirim wang untuk tabungan mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sampaikan kepada orang faqir daripadaku: Bahawa siapa yang sabar dari kamu akan mengharap pahala dari Allah. Maka ia akan mendapat tiga macam yang tidak bisa didapat oleh orang-orang yang kaya-kaya.

Pertama, di dalam syurga ada kamar dari yaqut yang merah, orang-orang syurga melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang di langit, tidak dapat masuk ke situ kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mu'min yang faqir.

Kedua, orang faqir akan masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari iaitu sekeira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebas leluasa, dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan masuk sesudah Nabi-Nabi yang lainnya sekira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah kepadanya.

Ketiga, jika seseorang faqir membaca: Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah wallahu akhbar dengan tulus ikhlas, dan orang kaya membaca itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang faqir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya. Maka kembalilah utusan itu memberitahu kepada orang-orang faqir apa yang disabdakan Nabi s.a.w. itu kepada mereka. Maka mereka berkata: Kami redha ya Tuhan, kami puas ya Tuhan".

9) Allah SWT juga ada berfirman: "Telah dihiaskan kepada manusia oleh kecintaan kepada yang menarik seperti wanita, anak, emas dan perak yang berkintal-kintal, kuda yang bagus, binatang ternak dan sawah ladang. Semua itu perhiasan hidup dunia, tetapi Allah mempunyai tempat kembali yang baik. Katakanlah, mahukah Aku tunjukkan kepadamu keadaan yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang yang berbakti, di sisi Tuhannya akan mendapat syurga-syurga yang mengalir dari bawahnya sungei-sungei, mereka kekal padanya, dengan mendapat jodoh-jodoh yang suci dan keredhaan dari Allah" (Surah Ali-Imran 3:14-15).

10) "Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Aku berdiri dipintu syurga, maka aku dapati kebanyakan orang yang memasukinya adalah daripada kalangan orang miskin; sedangkan orang-orang yang kaya tertahan."- Sahih Muslim - no: 2736

11) "Berdoa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Ya Allah, hidupkanlah aku dalam kemiskinan, matikanlah aku dalam kemiskinan dan kumpulkanlah aku (pada Hari Kiamat kelak) dalam golongan orang yang miskin" - Ibn Majah 4125

12) Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". - H.R. Termizi

13) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Celakalah hamba dinar dan dirham. - Sahih al-Bukhari - no: 6435

14) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam: Sesungguhnya setiap umat ada fitnah, dan fitnah bagi umat aku adalah harta - Sahih - no: 592

15) Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Tidaklah dua ekor serigala yang dilepaskan kepada seekor kambing akan lebih daripada ketamakan seorang manusia terhadap harta dan kehormatan dirinya, dalam merosakkan agamanya. - al-Tirmizi.

KESIMPULAN

Keseluruhan perbincangan di atas membawa kita kepada kesimpulan bahawa kemiskinan bukanlah bersifat satu dimensi dan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan kepada ukuran material semata-mata. Atas sebab itu kemiskinan bukanlah sesuatu yang tersangat keji hingga ianya mesti dimusuhi dan diperangi habis-habisan. Yang perlu diperangi dan dibasmi habis-habisan ialah kemiskinan jiwa, kemiskinan iman dan taqwa.

Atas sebab itu, erti kemiskinan menjadi berbeza dari erti kemiskinan konvensional manakala kedudukan kemiskinan dalam pembangunan juga adalah berbeza dari yang ditanggapi selama ini. Dengan ini, pembangunan tidak semestinya bererti penghapusan kemiskinan dan peningkatan harta kekayaan di peringkat individu.

Sesebuah negara boleh membangun walau masih ada kemiskinan harta individu asal sahaja jiwa masyarakatnya kaya raya. Begitu juga, sesebuah negara akan jadi lebih cemerlang seperti zaman pemerintahan Saiyidina Umar bin Abdul Aziz sehingga tiada penduduknya yang mahu menerima zakat) apabila masyarakatnya bukan sahaja kaya jiwa, tetapi juga kaya harta.

Sebaliknya, sesebuah negara tidak boleh dianggap sebagai membangun walaupun kaya raya harta kalau masyarakatnya miskin jiwa. Apatah lagi kalau mereka miskin harta dan juga miskin jiwa.

Dalam konteks ini, Imam al-Ghazali (1980 Jilid 5:100) mengingatkan: "Miskin dan kaya itu adalah dua keadaan yang mendatangkan percubaan dan ujian....Maka tidaklah harta itu baik semata-mata dan tidaklah harta itu jahat semata-mata. Akan tetapi, harta itu sebab bagi dua hal tersebut keseluruhannya...harta itu alat dan jalan kepada maksud yang sah. Dan dapat pula diambil menjadi alat dan jalan kepada maksud-maksud yang bathil, iaitu maksud-maksud yang mencegah dari kebahagiaan akhirat dan menghalang jalan ilmu dan amal...Jadi harta itu terpuji dan tercela...Maka siapa yang mengambil dari dunia lebih banyak daripada yang memadai baginya, maka ia telah mengambil
kebinasaannya".

Jalan yang paling selamat ialah berpegang kepada firman Allah SWT yang mempunyai makna berikut: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengatakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (Surah Ath-Thalaaq 65:2-3)

p/s: Hinakah kemiskinan itu ?

Sekian..Wassallam..


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...