Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, October 15, 2011

KELING PULA GADAI TAHAN MELAYU

بسم الله الرحمن الرحيم

Komplot pastikan Zambry bukan MB

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

“Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.

“Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375,” dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut.

Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.

Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian.

Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan berkata kenyataan tiada kawasan hitam untuk BN oleh Zambry hanya merupakan satu sandiwara semata-mata.

“Sebelum PRU 2008 Zambry pernah berkata Perak akan mempunyai pembangkang sifar tetapi sebalikna mereka yang kalah,” tambah Ngeh. - Free Malaysia Today

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

KELAS SEKS 4 JURURAWAT

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan. -hm

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Friday, October 14, 2011

SULTAN KEDAH DIISYTIHAR AGONG

بسم الله الرحمن الرحيم

Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah diisytihar Agong buat kali kedua

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bernama

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

UMNO MEMANG PEMBOHONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Seramai 10 artis menyerahkan borang keahlian menyertai Pemuda Umno malam tadi.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di sini ialah Timbalan Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program “Jom Masuk Umno”.

Pelakon itu yakin corak kepimpinan Perdana Menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan. - [TMI]

Itu kata umno.. cuba tengok video kat bawah ni.. apa pula kata ayahanda "dabelseben" awie ni .. kih kih kih kih

Awie Atau Nama Sebenar,Ahmad Azhar bin Othman Memberitahu Beliau Datang Ke Pejabat UMNO bukan Untuk Mengisi Borang UMNO,Tetapi Datang Untuk Membincangkan Mengenai Program BN Youth Music Malaysia.

Note: Artis masuk PAS jadi penceramah agama... artis masuk UMNO jadi apa? kih kih kih kih...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

MENTERI BERUANG ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Wajah Menteri Kewangan baru ?

Khabarnya rosmah sekarang dah mula berjinak-jinak pulak dengan hal urus takbir kewangan negara , bakal menteri kewangan baru malaysia nei akan memulakan tugas-tugas rasminya sebagai menteri penuh jika umnoapco sekali lagi menang PRU13 nanti.

Petikan berita dari bernama baru-baru ini menyatakan bahawa rosmah hadir bersama membantu suami yang amat disayanginya dalam persediaan terakhir pembentangan badjet negara, sudah pasti rosmah yang sangat bijak itu juga turut menyumbangkan beberapa idea yang dirasakan sesuai.

Mungkin secara peribadinya najib dan jemaah kabinet berpendapat rosmah la yang paling layak menguruskan hal-hal kewangan dan belanjawan negara, kerana rosmah telah terbukti mampu menabung dari kecil hanya kerana mahu membeli sebentuk cincin permata.

Rosmah yang sangat perihatin kepada anak-anak kecil itu khabarnya, telah membelanjakan wang tabung PERMATA dengan begitu cermat sekali, jadi rata-rata ahli umnoapco berpendapat kewangan negara akan lebih kukuh apabila rosmah menjadi menteri kewangan jika umnoapco menang PRU13 nanti.

Kadar inflasi negara dijangka akan turun dengan mendadak, peluang pekerjaan akan bertambah dan nilai ringgit dijangka akan naik berlipat kali ganda.

Dan apa yang lebih penting, sumber-sumber dalaman bilik gerakan umnoapco menyatakan bahawa jika rosmah dilantik sebagai menteri kewangan, harga barangan akan diturunkan selari dengan keperihatinan rosmah serta kerajaan bn yang sangat perihatin terhadap rakyat.

Rakyat harus yakin akan kemampuan wanita ini, jika umnoapco menang pada pilihanraya akan datang, kesinambungan najib sebagi perdana menteri dan rosmah sebagai menteri kewangan pasti satu gandingan yang akan menggegarkan dunia.

Jika Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah membuktikan pencapaian yang membanggakan kaum wanita, pasti rosmah akan membuat lebih ramai wanita terutama dari umnoapco tersenyum riang sekali. disifatkan sebagai wanita besi serba boleh, rosmah sangat digeruni dan sangat berpengaruh , ini terbukti bila najib juga sering akur dengan keputusan yang diberikan oleh rosmah.

Untuk menjana ekonomi yang lebih stabil, hanya rosmah yang dilihat paling mampu, dan pasti jika umnoapco menang sekali lagi pada PRU 13 akan datang, harga barang pasti akan turun dibawah pentabiran cekap rosmah mansor- TL

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

KEMANA HILANGNYA LAPORAN AUDIT NEGARA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempersoal ketiadaan Laporan Audit Negara semasa perbentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, beliau ada menghubungi pegawai di Jabatan Audit Negara semalam, yang terkejut apabila dimaklumkan ahli parlimen belum dibekal laporan itu.

“Pegawai jabatan itu terkejut dan menyatakan Ketua Pengarah sendiri berpuas hati kerana laporan berkenaan kerana ia siap lebih awal (berbanding tahun) lalu dan lengkap.

“Ini yang kita hairan. Di manakah sangkutnya laporan itu? Adakah di Parlimen atau berada di tangan menteri tertentu?,” katanya yang menyifatkan laporan berkenaan penting kerana ia melibatkan wang rakyat, pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan ketiadaan laporan Ketua Audit Negara dalam Belanjawan 2012 yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 7 Oktober lalu.

Anwar berkata, belanjawan tersebut juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara sepertimana kebiasaan.

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff pada sidang media itu mendesak Speaker Dewan Rakyat bersikap tegas dan menggunakan kuasa supaya laporan itu sampai ke tangan ahli parlimen seberapa segera.

Beliau juga menyifatkan perbahasan pembentangan Belanjawan kali ini yang dianggap sebagai ibu segala perbahasan , tercemar berikutan ketiadaan laporan berkenaan lantaran tiada angka dan fakta terkini untuk dibahas.

“Adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) masih dihantui angka RM28 bilion rasuah yang didedah dalam Laporan Audit Negara tahun lalu,” sindir beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula bercadang untuk membuat usul berkaitan laporan berkenaan pada Isnin ini yang akan disepakati dibawa salah seorang ahli parlimen dari Pakatan Rakyat.

Beliau juga hairan kerana sesetengah negeri termasuk Kelantan sudah menerima laporan audit negeri masing-masing sedangkan di peringkat Parlimen sebagai institusi tertinggi negara, ia belum diedar walaupun sesi perbahasan masuk hari keempat. - Keadilan Daily

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Thursday, October 13, 2011

BENARKAH SULTAN KETUA AGAMA?

بسم الله الرحمن الرحيم

" Taatilah pemimpin dari kalangan kamu selagi mana mereka mentaati perintah Allah dan Rasulnya "

Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.

Itu ketua agama Brunei.. ketua agama kita pula?

Bila pemimpin politik tolak hukum islam ketua agama kita buat apa?

Apa ketua agama kita buat bila mereka yang mengaku islam menolak hukum islam?

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

RAJA TAKUT UMNO?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tidak Salah Kritik Raja-Raja

Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.

“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.

Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.

Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.

Antara mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan.

Aziz menghasilkan tesisnya yang bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia’ di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan (DBP, 2002).

Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.

“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.

“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.

Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.

“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” katanya.

Note: Kah kah kah kah.. umno jer yg selalu mempertahankan raja.. kih kih kih kih

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Tuesday, October 11, 2011

POTONG ALAT SULIT KERANA PUTUS CINTA

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa bernasib baik apabila seorang lelaki berusia 26 tahun yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan menemuinya terbaring di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah selain meronta-ronta menahan kesakitan sambil meminta pertolongan.

Menurut sumber, lelaki yang menemuinya itu kemudian bergegas membuat laporan di Pondok Polis Danau Kota, di sini, sebelum sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian, lelaki terbabit dikatakan masih kesakitan sambil memegang kemaluannya.

“Mangsa dilaporkan pengsan dipercayai kehilangan banyak darah ketika usaha mengangkatnya masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa turut menemui sebilah pisau di lokasi kejadian dipercayai senjata digunakannya untuk memotong kemaluannya.

Menurut sumber, sebaik tiba di hospital, pembedahan segera dilakukan untuk menyambungkan alat sulit mangsa.

“Pembedahan yang memakan masa hampir dua jam itu dilapor membuahkan hasil apabila alat sulit lelaki terbabit berjaya disambung.

“Difahamkan, biarpun alat sulitnya itu berjaya disambungkan, kemungkinan kemaluannya pulih seperti sedia kala adalah tipis,” katanya.

Mangsa yang kini ditahan di wad di hospital berkenaan untuk rawatan susulan dilaporkan stabil dan difahamkan, selepas kecederaannya pulih, dia akan dirujukkan ke unit psikiatri bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya yakin tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

AL-FATEHAH: DATUK AHMAD JAIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk Mohd. Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Darul Ehsan pada jam 9.28 pagi ini akibat komplikas paru-paru.

Datuk Ahmad Jais sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.
Anak keempatnya, Maimun Mohd. Jais, 31, sewaktu itu berkata, bapanya diberi bantuan mesin sokongan bagi membolehkannya berehat memandangkan keadaan paru-parunya masih lemah.

Maimun menambah, keadaan ayahnya itu dikatakan dilihat semakin stabil dan bertambah baik namun pihak hospital menasihatkan untuk banyak berehat dan masih memantau keadaannya itu.

Pada 8 September lalu, Allahyarham mengadu penat dan sakit selepas pulang membuat persembahan di Batu Pahat, Johor.

Sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu dan beliau terpaksa mengambil alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor.

Bagaimanapun, Ahmad Jais kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Al-fatihah.

Datuk Ahmad Jais

Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.

Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (Kartina Dahari).

Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63 - 2006.

Dato Ahmad Jais turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. -wiki

Al-Fatehah...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

MAT REMPIT UPAHAN UMNO?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ganggu Ceramah Mat Sabu : Mat Rempit ' Terkantoi ' Mengaku Diupah RM 10

"Saya diupah RM10, dan isi minyak motorsikal penuh oleh Ayub" jawab mat rempit ini.

Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.

Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama. Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM. Ketika semakin ramai orang membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.

Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas. Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh. Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.

Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama 'Ayub' disebut. Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.

Jika benar bahawa kumpulan-kumpulan mat rempit ini diupah oleh Datuk Ayub maka terbuktilah bahawa mereka adalah terdiri daripada pemuda Umno di kawasan Parlimen Sekijang. Lebih memalukan mereka sekadar menggunakan sekumpulan mat rempit untuk mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat yang sudah mendapat permit daripada pihak berkuasa.

Jika benar mereka tidak puas hati dengan kehadiran Tn Hj Md Sabu, silakan hantar ketua atau wakil Umno untuk bertemu. Bukan menabur wang RM10, minuman keras dan tangki minyak motorsikal diisi penuh sebagai upah membuat provokasi. Lebih bacul lagi, jika kejadian seperti di Labis berulang sehingga seorang anggota Unit Amal yang tidak berdosa menerima tujuh jahitan.

Rakyat sudah muak dengan regim, mereka dahagakan maklumat. Kehadiran warga Segamat pada malam itu cukup menakutkan mereka. Cara terbaik untuk menakutkan rakyat, provokasi!.

Apapun tahniah kepada anak-anak muda SAMM yang sanggup datang jauh antaranya daripada Seremban, Gelang Patah demi untuk menghambat anjing-anjing provokasi ini, sehingga kumpulan mat rempit pulang menikus tidak berbunyi.

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Sunday, October 9, 2011

MENTERI ADALAH TUHAN ORANG UMNO?

بسم الله الرحمن الرحيم

Rezeki peniaga disekat kerana tak hadir program menteri

SEORANG peniaga buah hilang mata pencarian hanya kerana tidak dapat menghadiri program bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar.

Tapak sewaannya di Pasar Tani tempat beliau mencari sesuap nasi telah digantung. Bayangkan, bagaimana beliau mahu mencari rezeki? Bagaimana beliau mahu menyara anak dan isterinya?

Lihatlah bagaimana pemimpin menggunakan kuasanya dengan sesuka hati untuk membuli rakyat bawah. Pemimpin bersenang lenang di kerusi empuk, di dalam bilik berhawa dingin menekan rakyat susah.

Sudahlah mereka ini susah bagaikan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", hanya kerana tak dapat hadir program bersama pemimpin yang suka diampu ini, mata pencariannya disekat.

Klik pada imej untuk besarkan

Negara ini negara rakyat, pemimpin dipilih untuk menguruskan negara supaya dapat menaikkan taraf hidup rakyat. Tapi menteri tak sedar diri menggunakan kuasa untuk menekan rakyat susah.

- milosuam

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

USTAZAH ENOT BERBICARA TENTANG HUDUD

بسم الله الرحمن الرحيم

Hudud : Kenyataan Bangang Seorang Artis
Enot Dikecam Teruk

Pelakon komedi Enot, mengakui sangat tertekan apabila dikecam gara-gara TERSILAP mengeluarkan kenyataan tentang hukum HUDUD di akhbar Sinar Harian, Kemarin.

Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. Enot turut kesal apabila arwah ibu bapanya turut dicemuh.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian , Enot menyatakan kekesalannya dan memohon maaf di atas kesilapan itu.

Berikut adalah kenyataan Enot yang mengundang cemuhan orang ramai:

“Memang zaman dulu orang islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina hukuman sula akan dikenakan,tapi rasanya ia tidak lagi sesuai,malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah.Kalau hulum hudud dijalankan,pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan kaki dan sebagainya.Bagaimanapun,semua ini tidak menjamin mereka insaf sepenuhnya.”

* Nauzubillahiminzalik.....mana ada hukum sula dalam hudud... tak tau apa apa jangan lah komen Not!

Note: Kikikiki.. senangnya not ek.. dah kena kutuk, meniaga pun dah kureng untung, senang-senang jer nak mintak maaf.. masa nak kluarkan kenyataan langsung ko xnak fikir.. ikut sedap perut boroi ko tu jer.. baik mintak ampun dgn Allah not.. yang ko kutuk tu bukan hukum manusia.. tapi hukum Allah..