Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, October 16, 2010

SEKOLAH MENGANDUNG LEBIH PENTING DARI SURAU - ALI KETAM

بسم الله الرحمن الرحيم

BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil


DEMO BANTAH ROBOH SURAU .PASTI 500 sertai demo bantah roboh surau.

semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan. Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat. Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan. Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat. Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan. Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit. Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut. "Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat. Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan. "Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.

Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin. - Sofi Wahab



Note: Surau kena roboh.. Sekolah remaja berzina di utamakan. Tempat ibadat dilekehkan, hasil maksiat di agungkan... Terima kasih kepada ali ketam laanat. sama-samalah kita tunggu bala yang akan datang...


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ADA PEGUAM ANWAR YANG INGIN TIKAM ANWAR DARI BELAKANG - RPK

بسم الله الرحمن الرحيم

"Di Mana Video Testimoni Rahimi Yang Saya Serahkan Kepada Peguam Anwar?" - RPK

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Raja Petra Kamarudin

Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.

Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.

Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.

Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.


Beberapa wartawan telah perasan fail tebal berikat dengan pita merah yang saya bawa dan mereka bertanyakan apa yang ada di tangan saya. Saya pura-pura tidak faham dan mereka kata ketika saya tiba saya tidak membawa sebarang fail jadi fail ini pastinya telah diberikan kepada saya. Mereka mahu tahu apa kandungan di dalam fail itu.

Saya hanya tersenyum dan kata 'no komen'. Saya kemudian berjalan keluar, dan telah menghampakan ramai wartawan yang telah berkhemah di lobi hotel itu sejak malam semalam dan sedang kelaparan berita.

Malam itu saya kembali semula ke hotel dengan kamera video saya. Masih terdapat beberapa wartawan yang terhendap-hendap di sekitar tempat tetapi saya berjaya mengelakkan mereka dan naik ke tingkat atas di mana saya bertemu Rahimi. Saya membuat rakaman video kenyataan Rahimi dan dia telah mendedahkan apa yang telah terjadi -- dia dan Saiful bertemu Najib Tun Razak, apa yang berlaku semasa pertemuan itu, dan sebagainya.

Saya sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dengan perincian yang hebat.

Selepas sesi rakaman saya membuat satu salinan video dan memberikannya kepada para peguam Anwar. Saya menyimpan pita asli di rumah. Saya kemudiannya meminta kebenaran Anwar untuk menerbitkan video itu di dalam Malaysia Today tetapi Anwar tidak membenarkannya. Ia kelihatan seperti peguam-peguamnya telah menasihatkan dia tidak membenarkannya. Mereka merasakan pendedahan ini patut disimpan sebagai bukti untuk perbicaraan.

Saya memberitahu Anwar saya tidak bersetuju dengan strategi ini. Saya merasakan video ini patut dihebahkan segera. Perbicaraan tidak penting, saya memberitahu Anwar, kerana mereka akan memastikannya bersalah walau apa pun bukti yang Anwar ada.


Rahimi dan isterinya Febby

Saya dapat rasakan mereka akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membawanya ke penjara, dengan bukti yang dia ada sepatutnya digunakan untuk membersihkan namanya. Lantaran itu adalah lebih baik untuk menghalang setiap langkah yang mungkin mereka ambil dengan menghebahkan video itu ketika Rahimi masih lagi 'friendly party'. Wang boleh mengubah ramai orang dan jika orang-orang Najib berpeluang menghampiri Rahimi , dengan harga yang betul, dia boleh mengatakan bahawa video itu adalah tipu atau dia dipaksa untuk memberi keterangan palsu di dalam video, atau apa sahaja.

Rahimi bercakap dengan bebas dan terbuka. Saya atau isteri tidak menyeksanya atau memaksanya supaya membuat kenyataan seperti di dalam rakaman vidoe itu. Ia telah dibuat dengan relahati dan sukarela. Lagipun , saya seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu dengannya dan tiada toughies atau pengawal-pengawal peribadi yang hadir. Dia mempunyai pilihan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan apa yang dia perkatakan. Ia di atas persetujuannya sendiri untuk memberi keterangan bahawa dia dan Saiful telah pergi ke pejabat Najib untuk membincangkan bagaimana untuk mencipta dakwaan liwat ke atas Anwar.

Saya berpendapat kami memiliki sesuatu yang sangat mudah meletup dan ia seharusnya segera didedahkan kepada orang awam. Tetapi Anwar mendengar pendapat peguam-peguamnya dan saya gagal membuatnya mengubah fikiran. Saya malahan berkira-kira untuk melawan Anwar dengan meneruskan menghebahkan video itu. Lagipun , saya merasakan yang peguam-peguamnya telah salah bertindak dan keseluruhan episod ini akhirnya akan mengenai muka sendiri jika mereka tidak berhati-hati.

Bagaimanapun , saya mendengar kepada Anwar, walaupun dengan berat hati, dan tidak melakukannya. Tetapi saya ada berpesan kepada Anwar yang peguam-peguamnya harus melakukan apa arahannya dan bukan dia yang mengikut arahan peguam-peguamnya. Biar peguam-peguam fokus dalam persediaan untuk perbicaraan dan serahkan strategi-strategi politik kepada kami yang lebih arif, saya beritahu Anwar. Saya juga memberitahu perkara ini kepada Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Ahli Parlimen TELUK KEMANG, yang turut serupa -- bersetuju dengan saya dan berfikir yang peguam-peguamnya telah bertindak salah.

Tiga bulan kemudian, pada September 2008, polis datang ke rumah saya untuk menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka menghabiskan masa berjam-jam menggeledah rumah saya untuk mencari 'bukti'. Mereka akhirnya menjumpai koleksi video-video, VCD dan dokumen-dokumen lain.

“Ini apa?” mereka bertanya sambil memegang video.

“Ia pastinya bukan porno atau rakaman saya dan isteri sedang mengadakan hubungan seks,” jawab saya. (Saya menyembunyikan semuanya di tempat lain Boom, Rodi, Vic, MsMo and Chris boleh mengesahkannya). Ia adalah rakaman-rakaman peristiwa, saya beritahu polis.

Polis itu memaklumkan saya bahawa mereka perlu merampas semuanya. Saya membantah tetapi tidak berguna dan semua video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen diangkut oleh pihak polis.

Dua bulan kemudian, pada November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan saya dibebaskan. Tetapi polis tidak mengembalikan semua barangan saya yang telah mereka ambil. Sehingga hari ini polis masih memiliki video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen.

Bagaimanapun , salinan-salinan yang saya buat semasa pengakuan Rahimi / testimoni berada bersama kumpulan peguam Anwar. Jadi apa yang telah terjadi kepada mereka? Ini adalah sesuatu yang Anwar kena jawab.

Pada 1999, semasa perbicaraan Liwat 1, saya memberitahu Anwar yang saya mendapat makluman beberapa peguam-peguamnya telah dibayar oleh UMNO. Kerja mereka ialah untuk mengganggu perbicaraan supaya kerajaan boleh mensabitkan dakwaan terhadap Anwar.

Anwar, sudah tentu, tidak mempercayai saya. Dia berfikir yang semua peguam-peguamnya adalah jelmaan malaikat. Saya merasakan bahawa ada beberapa diantaranya adalah jelmaan syaitan.

Dan ianya benar, dua daripada para peguam Anwar telahpun keluar dan menyeberangi UMNO. Mungkin mereka tidak benar-benar menyeberang kepada UMNO. Mungkin mereka sebenarnya sudah lama bersama UMNO dan berjaya telah memasuki di dalam kumpulan peguam Anwar supaya mereka boleh menjejaskan pembelaannya.

Sekarang saya bertanyakan kepada Anwar: adakah dia amat yakin dia tidak mempunyai sebarang 'tahi lalat' UMNO di dalam kumpulan peguamnya yang sedang mengusahakan perbicaraan kes Liwat 2? Jika tidak, di mana perginya salinan-salinan rakaman video yang saya telah berikan kepada mereka? Adakah ia menghilang secara misteri? Kalau begitu , bagaimana boleh hilang?

Sekarang Rahimi mendakwa dia telah dipaksa supaya menandatangani Statutory Declaration (Akuan Bersumpah). Dan saya mempunyai satu rakaman video untuk membuktikan bahawa ia tidak begitu. Tetapi polis telah mengambil pita-pita induk dan ia kelihatannya seolah-olah para peguam Anwar juga telah kehilangan salinan-salinan rakaman itu. Tidakkah anda mengesyaki sesuatu?

Sebab tu lah! Bila saya mengkritik Anwar dia menjadi sangat marah dengan saya. Bila saya menuduh yang dia dikepung oleh 'tahi lalat', Trojan Horses, Judas dan Brutus, dia kata saya bersikap nakal dan berniat jahat dan ia adalah untuk kepentingan tertentu demi wujudkan perselisihan dalam PKR. Dia merasakan saya sebuah kilang yang bermotif untuk memusnahkan perpaduan parti.

Baiklah, jawab satu soalan ini: di mana rakaman video testimoni Rahimi, yang saya telah berikan kepada peguam-peguamnya?

Aiyah Datuk Kamarul! Cakap dengan Anwar lah! Saya dah bosan nak cakap. Dan saya tahu anda juga turut merasa perkara yang sama kerana anda sudah puas mengeluh terhadap perkara yang serupa. Tetapi nampaknya kita perlu untuk menyelamatkan Anwar dari dirinya -- atau sekurang-kurangnya dari orang di sekelilingnya.

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Terjemahan artikel : So, who was right, Anwar or I?



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Friday, October 15, 2010

BAJET TERBANGANG ABAD INI

بسم الله الرحمن الرحيم

Duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.



“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, penyembur rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.

Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.


Note: Bik mama punya bajet la ni.. nak membeli belah kluar negara dah takut.. jadi suruh jer la mat monggol yang bangang tu hapuskan cukai import barangan ni.. kah..kah..kah..kah..

Note: beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, penyembur rambut, Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu... Kah..kah..kah..kah... Bajet terbangang di abad ini... kah..kah..kah..kah.. alahai rakyat malaysia.. apa la nasib dapat menteri perdana yang bangang...!!! Ni bukan bajet negara ni tapi bajet duit rakyat untuk ekonomi bini.. kah..kah..kah..kah... Alahai orang-orang umno.. dapat ketua pun bodoh...!! kah..kah..kah..kah.. pastinya korang lebih bodoh dari ketua korang ni... kah..kah..kah..kah...

Note: Mari kita beramai-ramai beli pakaian malam, seluar dalam dan kelambu.. kah..kah..kah..kah... tiap-tiap hari kita beli .. kerana inilah sahaja barangan yang menteri perdana kamu elakkan dari cukai import.. kah..kah..kah..kah.. kalau rasanya nak beli ikan, daging dan beras mahal, kita beli dan makan jer seluar dalam berlaukkan kelambu dan berulamkan pakaian dalam... kah..kah..kah..kah...



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

LAWAK MENTERI

بسم الله الرحمن الرحيم







Klik pada image untuk besarkan... hehehe

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ISA TINDAKAN PALING MUDAH LINDUNGI DALANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Isu Imigresen - Rakyat Diperbodohkan Lagi . Tindakan regim tahan pegawai Imegresen untuk lindungi 'jerung besar'



Tindakan regim penguasa menahan pegawai Imegresin di bawah ISA merupakan usaha melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam Imegresen yang melibatkan 'jerung besar'.

Regim terpaksa bertindak kerana orang ramai sudah terlalu bising, malah sudah jadi rahsia umum mengenai kegiatan korupsi dikalangan pegawai Imegresen dalam hal membawa masuk tenaga kerja asing. Tindakan ini juga kerana takut dengan tekanan negara asing khususnya Amerika Syarikat kerana negara ini sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa kegitan yang berlansung sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleudup manusia' , pasti didalangi oleh orang - orang besar.

Menurut Menteri Keselamatan dalam Negeri, Tujuh pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.


Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan' terlambak dan terdedah' di depan rakyat.

Ini bukan satu yang tidak mungkin, ketika sesi lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu che'GuBard sendiri ada berjumpa seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi Kad Pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia. Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan ialah atas arahan sulit dari atas yang dia terlibat dalam memberi Kad Pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihanraya pada ketika itu.

Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan dibawah ISA kerana untuk elakan penyiasatan dan pendakwaan akan mendedahkan apa sebenar yang berlaku.

Mansuhkan ISA yang menjadi alat pelindung kepada kekuasaan regim. - cheguBard

Hari ini Rakyat Kena Tipu Lagi - Bekas KP Imigresen Bebas Tuduhan Rasuah



Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tuduhan rasuah.

Keputusan itu dibuat oleh hakim Rosbiahanin Arifin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Wahid, 58, didakwa menerima suapan RM60,000 pada tahun 2008 daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan visa bagi 4,337 pekerja Bangladesh memasuki Malaysia.

Wahid, didakwa menerima wang itu sebagai bayaran upah dan kesalahan itu didakwa dilakukan rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Jalan Duta, pada jam 10.15 malam 10 Julai.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

"SYARIKAT MATI" KONTRAKTOR UTAMA BINA ISTANA

بسم الله الرحمن الرحيم



Najib Razak diminta menjelaskan skandal pembinaan Istana Negara yang baru apabila projek bernilai RM950 juta itu diserahkan kepada Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd
Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, syarikat misteri itu dilantik sebagai kontraktor utama pada 26 Oktober tiga tahun lalu.

Walhal, katanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) mengesahkan syarikat misteri itu telah mati atau tidak aktif ketika proses penyerahan tender dibuat oleh kerajaan Pusat.

"Syarikat kontraktor utama itu didaftarkan semula (di SSM) pada Ogos 2008 sedangkan kontraktor diserahkan kepada syarikat itu pada Oktober 2007.
"Mengapa status kontrak sedemikian, apakah cara begini yang Umno ambil," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu petang tadi di lobi Parlimen. – harakah daily


KAH KAH KAH.. woit… NAMA SYARIKAT BUKAN MAIN GAH….. kah kah kah.. MAYA MAJU… MAYA ERTINYA DUNIA…SYARIKAT MAJU SELURUH DUNIA.. kah kah kah..BUKAN SAHAJA SYARIKT TAK MAJU….. SYARIKAT INI TAK BERMAYA LAGI… kah kah kah…woit… MANA DIA PANGLIMA MELAYU…. kah kah kah… MANA DIA PENJAGA HAK KEISTEMEWAAN MELAYU…. kah kah kah.. MANA DIA YANG MENJADI BENTENG RAJA RAJA MELAYU…. kah kah kah…woit… INI PENGHINAAAN... kah kah kahh..HINA PADA RUMAH KEDIAMAN RAJA… kah kah kah.. BUAT RUAMH RAJA IKUT SEDAP HATI… kah kah kah.. INI SYARIKAT SIMEM SATU KAMPIT .. CAMPUR PASIR SATU LORI… kah kah kah.. woit… KITA TNGGU DAN LIHAT… BILA RUMAH RAJA INI AKAN RUNTUH…. kah kah kah - TT


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PERODUA

بسم الله الرحمن الرحيم



ini hanyalah rapikan dari penulis dan tidak sama sekali berkaitan dengan sebarang kompeni atau mana2 pihak....

Produa ialah sebuah syarikat yang menghasilkan kereta di Malaysia. Kebanyakan modelnya diberi nama (macam anak la plak...) yang bermula dengan huruf 'K' (Kancil, Kelisa, Kenari, Kembara)

Terdapat beberapa model lain yang tidak dipasarkan dan pupus langsung kerana sebab2 yang terlalu peribadi. Berikut ialah contoh dan sebab kepupusan.

Perodua Keldai : Direka untuk membantu pak arab mengangkut barang. Dengan harapan mencatat jualan platinum di timur tengah. Tapi pupus kerana tidak tahan ribut pasir. Orang2 itu juga mahukan sesuatu yang boleh disembelih setelah tidak mampu bekerja.

Perodua Katak : Kereta ini tidak mara ke hadapan sebaliknya melompat. Oleh kerana selalu rosak akibat terhempas, kereta ini tidak mendapat sambutan.

Perodua Kambing : Kereta ini akan bergerak sendiri apabila mengesan air. Akibatnya, terdapat pengguna yang sesat apabila memandu dalam hujan. Kereta ini tidak boleh dibasuh dan komponennya bercerai apabila memasuki car wash dan menyebabkan pemandu kuyup.

Perodua Kelkatu : Kereta ini phototropic, yakni bergerak mengikut stimulus cahaya. Jika dipandu tika siang, akan melayang ke udara. Sangat sesuai untuk dipandu ketika malam yang hujan. Akan melekap pada lampu lantas menyebabkan kerosakan dan kerugian.

Perodua Kiambang : Kereta ini mampu terapung di atas permukaan air tetapi tidak boleh bergerak. Hanya berfungsi sebagai boathouse atau penghias kolam. Keupayaannya untuk dipanggil kereta dipertikaikan umum.

Perodua Koala Bear : Kereta ini mendapat sambutan di Australia. Tetapi keperlahanannya membuatkannya tidak laku.

Perodua Kasuari : Kereta dua roda yang sangat unik. Sayangnya tidak dapat mematuhi peraturan jalan raya di Malaysia dan mana-mana negara pun. Terlalu tinggi sehingga pemandu yang terjatuh mengalami kecederaan yang serius.

p/s : Mungkin ada lagi...tapi dah lupa kot. Sebab itulah Perodua guna nama lain pula seperti MyV, VIVA, Nautica, dan ALZA. - yui92



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Thursday, October 14, 2010

CIKGU BINATANG

بسم الله الرحمن الرحيم



BETONG: Seorang guru sukan sekolah menengah di Spaoh dekat sini, ditahan polis petang kelmarin, selepas didakwa cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang kini sedang menuntut di Tingkatan Enam di sekolah tempat suspek bertugas.

Suspek yang pernah menjadi guru kepada mangsa dipercayai menjalin hubungan cinta dengan anak muridnya itu sejak 2008 dan mengugut menyebarkan gambar yang dirakam setiap kali mereka mengadakan hubungan seks selepas mangsa mahu memutuskan hubungan.

Menurut sumber, suspek, 34, menghantar SMS ugutan kepada mangsa berusia 18 tahun, sama ada membatalkan niat memutuskan hubungan mereka atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial, Facebook.

“Suspek ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Betong selepas mangsa membuat laporan polis petang Isnin lalu akibat tidak tahan diugut.

“Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sebulan, mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya menyebabkan mangsa ketakutan.

“Suspek dikatakan merakam aksi mereka mengadakan hubungan seks setiap kali bertemu dengan mangsa di rumahnya. Mangsa turut mendakwa diugut sekiranya enggan mengadakan hubungan seks dengan suspek,” katanya.

Difahamkan, selain mangsa, guru lelaki yang berasal dari negeri ini, turut mempunyai hubungan dengan beberapa wanita lain berdasarkan beberapa gambar bogel wanita lain dikesan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai yang dihubungi Berita Harian, mengesahkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan selepas menerima laporan dari seorang pelajar.

Kes itu difahamkan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun. [BH]

Note: Yang saya pelik, berdasarkan laporan akhbar di bawah ini, kes tersebut hanya disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang hukuman maksimumnya penjara 2 tahun. Walhal cikgu sial ini telah melakukan hubungan seks haram dengan mangsa sejak mangsa berusia 16 tahun.

Mengapa cikgu ini tidak didakwa bersama-sama dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh menyabitkannya dengan kesalahan merogol gadis di bawah umur? Kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - duniacacamarba


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ADA MENTERI PERDANA PUN BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

MALAYSIA HAB TEKNOLOJI HIJAU- melayau



Najib Razak bertekad mahu menjadikan Malaysia sebagai hab perindustrian berasaskan teknologi hijau di rantau ini dalam tempoh 10 tahun lagi.

Menurutnya, ia tidak mustahil dicapai kerana kerajaan telah memulakan usaha itu melalui pelbagai dasar termasuk memperkenalkan insentif-insentif yang boleh merangsangkan peningkatan industri teknologi hijau di negara ini.

Kata beliau, antaranya adalah langkah kerajaan menumpukan kepada usaha memajukan industri tenaga hijau khususnya menghasilkan tenaga solar.

kah kah kah... DALAM MASA 10 TAHUN LAGI... MALAYSIA AKAN JADI HUB HIJAU... kah kah kah..woit… MAT MONGOL INI SEDAR KE APA YANG DI CAKAPKAN INI?.... kah kah kah..woit… ATAU HANYA BACA UCAPAN.... TAK TAHU HUJUNG PANGKAL...… kah kah kah..PENULIS UCAPAN INI PUN BEBAL….kah kah kah..TAK LIHAT BETUL BETUL … kah kah kah.. DI HARI YANG SAMA ..... kah kah kah.. ADA BERITA LAIN YANG BUATKAN MAT MONGOL BODOH… kah kah kah..TAK CAYA …. BACA BAWAH INI…. kah kah kah

nota:
salah satu bahaya kahwin dengan mak janda iala cepat jadi bodoh kah kah kah


LOJI NUKLEAR : LAPAN LOKASI DIKENAL PASTI - mkini

Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Daud Mohamad berkata lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.

KAH KAH KAH.. woit…. MAT MONGOL KATA NEGARA AKAN JADI HUB HIJAU… kah ka ka… TAPI MALAON INI KATA ADA 8 TEMPAT UNTUK LOJI NUKLEAR.. kah kah kah..INI PUN AKAN BERLAKU MASA 10 TAHUN LAGI... kah kah kah...TENAGA SOLAR DALAM MASA 10 TAHUN....kah kah kah.. TENAGA NUKLEAR DALAM MASA 10 TAHUN... kah kah kah... DUA DUA TAK MUNGKIN BETUL... kah kah kah.. SEORANG MESTI MENIPU... kah kah kah..INI MACAM PROJEK NAK TIPU MELAYU… kah kah kah - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

LAWAK MALAYSIA PALING BANGANG 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

PAKAR DAKWA SAIFUL DILIWAT , KETERANGAN DIBUANG EKORAN PROTES KARPAL – minsider



Bekas pembantu Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa dia telah diliwat lapan kali oleh majikannya pada pertengahan dua tahun lalu, kata seorang patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Pakar forensik HKL Dr Siew Sheue Feng berkata, Saiful memberitahu beliau dan dua doktor lain pada 28 Jun 2008 bahawa dia diliwat lapan kali dalam dua bulan oleh Anwar.


kah kah kah…. BARU TERINGAT…. kah kah kah..LAPAN KALI…. kah kah kah.. SEDIH… SEDIH… DAN SAYU…. kah kah kah.. - TT



Note: Bayangkan jer la jika anda menjadi sialfool.. 8 kali diliwat.. ha..ha..ha..ha... pertama kali diliwat sehingga yang ke 7 mesti sedap kan.. sebab tiada pun laporan polis dibuat.. masuk yang ke 8 baru terasa sakit.. itu pun bukan terus pegi balai polis buat report, tapi pegi jumpa najib dulu.. ha..ha..ha..ha.. apa story bahalol yg korang semua ciptakan ni..?

Woii malaysia... tak malu ke korang dengan negara lain..? Negara lain sibuk nak perkukuhkan ekonomi tapi malaysia tak sudah-sudah bercerita pasal dubur si sialfool... malaysia tersohor ke seluruh dunia kini kerana lubang dubur sialfool...!!! ha..ha..ha..ha..


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NAJIB TAK NAK MENGAKU DILIWAT ANWAR KE?

بسم الله الرحمن الرحيم

DUA EKOR KERA MENGAKU DILIWAT ANWAR



Cerita kera pertama tengok di SINI



Cerita kera kedua tengok di SINI

Note: Malaysia ni dah tak ada cerita lain ke selain cerita bontot ni? Patutlah kerajaan malaysia menghalalkan konsert Adam Lambert gay tu.. jika suatu masa dulu malaysia yang majoritinya melayu terkenal dengan sifat pemalu dan berbudi pekerti mulia, kini malaysia menjadi tontonan dunia sebagai sebuah negara yang bangang dan tidak tahu malu... dan kebanyakan dari bontot orang melayunya telah diliwat oleh anwar. tak tahulah kalau tiba masanya nanti ibrahim ali dan najib pun akan mengaku diliwat anwar.. kah..kah..kah..kah..

Note: lepas sorang, keluar lagi sorang mengaku diliwat anwar. Aku dah naik geli dengan cerita bodoh macam ni. Agaknya orang-orang umno ni dah tak ada kerja lain nak buat ke? Aku rasa lebih baik korang (orang-orang umno) termasuklah dengan tuan presiden korang tu sekali serta anak bini korang pegi buat laporan polis mengatakan bontot korang semua telah diliwat oleh anwar. mudah-mudahan cepat anwar disumbat ke penjara.

Selagi anwar tak masuk penjara akan ada ramai lagi si bahalul melayu yang tak bermaruah ni yang mengaku bontotnya disodok. Bodoh punya manusia...!!!



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

WANITA PUNGGUNG BESAR KURANG RISIKO PENYAKIT JANTUNG

بسم الله الرحمن الرحيم



LONDON – Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.

Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.

“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Wednesday, October 13, 2010

MENTERI UMNO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم

Rais Yatim Beri Projek RM1 Billion Kepada Anak Sendiri



KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam membuat laporan polis terhadap penulis blog, Rocky's Bru kerana membuat tuduhan palsu terhadap anak lelakinya seperti yang disiarkan dalam blog berkenaan.

Blog tersebut mendakwa anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Difahamkan, Rais turut membuat laporan sama terhadap blog Taikors and Taikuns (TnT) dan Bigdogdotcom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Siasatan akan dilanjutkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika dihubungi semalam. -Kosmo

Note: Ha..ha..ha..ha.. elok la tu.. si penipu sokong si penyangak.. si penyangak belit si penipu.. dua-dua sengal... ha..ha..ha..ha..


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

GADIS 15 TAHUN DIROGOL SELEPAS SOLAT

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR: Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin.
Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.

“Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.

Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.

“Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.

“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek,” katanya.

Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.

“Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.
Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini. - [HM]


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

LUAHAN SENGAL DARI RAMLI UNTUK PMnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.. Artikel ini di ambil dari catatan blogger UMNO yang bernama Ramli dari blognya Melayu Pasir Gudang. Si Ramli ni baru menyedari selama ini dia telah ditipu oleh Menteri Perdana kesayangannya najis tong nazak. Baru sekarang dia perasan yang melayu ini tiada maknanya disisi pemimpin UMNO dulu kini dan mungkin selamanya kalau umngok yang memerintah Malaysia. Selamat membaca dan semoga terhibur...

UTILITI BILL SRJK CINA AKAN DI TANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN BN

Perhimpunan Agung MCA hari ini berjaya dalam usaha mereka untuk memperkasakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, bilamana kerajaan Barisan Nasional telah bersetuju untuk menanggung semua perbelanjaan utiliti sekolah tersebut. Tahniah kepada PM Najib yang begitu perihatin dan pemurah kepada masyarakat cina di negara ini. Tahniah juga kepada PM Najib yang telah "meminda" buku sejarah dengan mengiktiraf kaum cina negara ini bukan lagi sebagai kaum pendatang sebaliknya adalah kaum atau masyarakat yang "setia" kepada negara. Buktinya kerana kes wanita bogel dalam tahanan polis suatu hari dahulu, menteri kerajaan terpaksa mengadap pemerintah negara cina untuk menjelaskannya.

PM Najib, kamu juga perlu lakukan perkara yang sama kepada Masyarakat India, SRJK(Tamil) juga perlu di biayai bil-bil utilitinya, Buku sejarah Melayu perlu di pinda agar masyarakat India di baca sebagai masyarakat yang wujud dari ladang Gadong Banting Selangor bukan masyarakat yang datang dari India. Mereka adalah juga masyarakat yang "setia" kepada negara, buktinya dalam kes Hindraf Raja kaum India di Malaysia (yang dah nak turun takhta Januari 2011 nanti) terpaksa mengadap Raja di India untuk menjelaskannya.

Pak Najib apa hal dengan bil-bil utiliti untuk Sekolah Agama Persendirian, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Kerajaan Negeri, Sekolah Agama Pondok. Tak kan sekolah nie semua tak guna utiliti seperti Air, Api, Talipon dan Internet? Tak kan buku Sejarah Melayu telah di tukar lagi dengan mencatitkan orang -orang Melayu bukan masyarakat asal negara ini sebaliknya adalah pendatang yang masih lagi tidak setia kepada negara Malaysia kerana Tanah Melayu telah hilang di dalam peta dunia?.

Tuk Najib, MPG menulis artikel ini bukan dengan nawaitu menimbulkan isu perkauman atau menjolok isu perkauman, sebaliknya merasakan bahawa Datuk Seri lah yang memulakan perkara ini. Pendapat MPG yang buta huruf ini, sepatutnya PM 1 Malaysia ini berusaha untuk menyatukan seluruh masyarakat dan kaum dalam negara ini melalui mekanisma perpaduan yang sangat halaus iaitu dengan memperkasakan ”SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA”. SATU BUDAYA UNTUK MALAYSIA, SATU BAHASA UNTUK MALAYSIA. Lihat siapa yang setia kepada Negara tercinta Malaysia ini.

Ingatan MPG kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, jangan lah DS menjadi salah seorang pemimpin yang”cakap tak serupa bikin”. Dalam perhimpunan NGO Melayu baru-baru ini di Ampang DS mengingatkan agar kuasa yang ada di pegang kuat seumpama memegang hulu keris agar tidak tercabut, tetapi di dalam perhimpunan MCA ini DS seolah-olah memberikan sedikit kuasa itu kepada kaum lain untuk di kongsikan bersama. Ingatlah adat dan Pantang Pahlawan Melayu kita. Pantang derhaka kepada Bangsa dan Agama.

Datuk Seri Najib orang Melayu dah lama bertanyakan kepada Pemimpin Melayu yang ada kuasa, kenapa kawasan majoriti Melayu tetapi wakil rakyat masih orang bukan Melayu?. Wakil rakyat adalah utiliti rakyat, salah ke atau susah ke untuk tunaikan hajat orang melayu di kampung-kampung dan kawasan luar bandar hendakkan UTILITINYA yang sama sebangsa dan seagama agar dapatlah nanti menyarahkan bantuan dan ber tazkirah bersama-sama rakyat di dalam surau-surau dan masjid-masjid.

Untuk generasi ku akan datang maafkan atuk kau ini kerana hanya mampu menulis di blog ini sahaja.

- melayupasirgudang

Note: Sengalnya blogger umno ni. Suruh ubah xnak.. lepas tu minta maaf dengan generasi akan datang kerana katanya dia hanya mampu menulis blog jer.. ha..ha..ha..ha... Mampu tulis blog dan mampu sokong umno sampai mati walaupun umno tu dulu kini dan selamanya tipu dia ha..ha..ha..ha... sehingga dia berasa amat sengal... ha..ha..ha..ha... Sudah tentu generasi akan datang nanti akan berkata.. sengalnya atuk aku ni...!!! ha..ha..ha..ha...

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Tuesday, October 12, 2010

SEBUAH LAGI LADANG KANG KONG DI BUKA

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahun ini ada 3 bilion ringgit semuanya untuk peniaga bumiputera menipu orang melayu kah kah kah

TIMUR : TA TIUC TAWAR IJAZAH SARJANA ,PHD – berita hairan

TELOK KALONG: Kolej Universiti TATI (TATIUC) yang akan menjadi sebuah universiti penuh menjelang 2015, akan menawarkan pelbagai kursus peringkat ijazah sarjana (MA) dan doktor falsafah (PhD) tidak lama lagi.

Pengerusinya, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata selaras dengan itu, TATIUC akan menghantar kakitangan akademiknya menyambung pengajian ke peringkat PhD di universiti dalam dan luar negara untuk memenuhi keperluan sebagai sebuah universiti penuh.

Kami dalam proses menghantar pensyarah menyambung pengajian dan membuat penyelidikan supaya mereka mempunyai kelulusan akademik bertaraf profesor atau profesor madya.

TATIUC mempunyai 120 pensyarah berkelulusan sekurang-kurangnya sarjana, tetapi belum ada pensyarah berjawatan profesor atau profesor madya,” katanya selepas Majlis Konvokesyen TATIUC Kali Keempat di Dewan Besar, Kampus ITC kolej univesiti itu, kelmarin.

Hadir sama, Canselor TATIUC, Tan Sri Datuk Ir Dr Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Rektor TATIUC, Dr Mohd Rozailan Mamat@Ibrahim.

Seramai 369 graduan menamatkan pengajian pada peringkat diploma, diploma tinggi (HnD) dan sijil.

KAH KAH KAH.. woit… SATU LAGI LADANG KANG KONG…. kah kah kah.. APA BENDANYA TATIC NI…. kah kah kah..PERKATAAN TAKTIK SEMUA ORANG TAHU….kah kah kah…INI MESTILAH TAKTIK NAK BUAT DUIT…. kah kah ka… INI UNIVERSITY KE SEKOLAH MENENGAH - ADA PASOKAN PENGAKAP !!!

nota:
Lawatan Y.B. Ahmad Razif Abd Rahman ke TATiUC



Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Y.B Ahmad Razif bin Abd Rahman telah melawat Kolej Universiti TATI (TATiUC) pada 19 Mei 2009

nota:
apa yang berlaku sekarang ialah satu penipuan berlesen universiti dan kolej dibuka dengan diberi lesen menipu

sebuah rumah kedai dengan tiga bilik bangunan ini di kaji oleh satu badan penyelia akademik LAN satelah dikaji banguan ini diberi watikah sebagai sebuah gedung ilmu. surat watikah dari LAN penting bukan dari segi ilmu tapi dari segi nak buat iklan bila nak jemput pelajar datang melamar. watikah ini bisa di atur kah kah kah.. kemudian diiklankan.. iklan mmacam mana?

ada malaon yang jual semua alamat para pelajar yang ambil spm pada kolej kolej ini belum pun keputusan keluar – kolej dan universiti ini telah menghantar surat ucapan TAHNIAH kepada pelajar ini – emak ayah bukan main suka kerana telah ditawarkan tempat di univeisti dan kolej ! keputusan peperekasaan tak kira yang penting pelajar ini melamar masuk. lamar saja jamin dapat masuk lamar saja jamin di terima .. kenapa macam ini ?

kerana ada skim bantuan pinjaman PTPTN.. dengan ada watikah LAN maka pelajar ini boleh memimjam wang duit pinjaman ini boleh bayar yuran untuk kolej dan univesiti ini. tuan punya kolej dan univeristi cukup gembira sesiapa sahaja boleh masuk universiti kecuali lokman adam kerana sudah dua kali tak lulus kah kah kah.. kolej akan mengurus pinjaman PTPTN wang untuk bayar yuran.. ini projek bumiputera.. ini projek nak bantu peniaga bumiputera.. ini projek tipu melayu.. tiga tahun kemudian hutang telah ada 25 – 40 ribu ringgit.. ilmu entah dimana.. belajar entah apa apa

cari kerja tak dapat lalu marahkan syarikat china tak ambil pelajar bumiputera sendiri bodoh tak sedar diri sendiri kena tipu tak sedar lagi.. ini lah namanya penipuan berlesen kah kah kah

nota:
ada sesiapa tahu dimana universiti pelik ini.. adakah universiti ini ada mengajar ilmu tangkap hantu kah kah kah - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

GADUH REBUT HARTA

بسم الله الرحمن الرحيم

AKHRAMSYAH BUAT FITNAH BOHONG - melayau

Bekas Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC), Syed Hamid Albar menyifatkan tuduhan bahawa beliau memindahkan harta dan liabiliti MAYC kepada Yayasan MAYC sebagai fitnah serta pembohongan besar oleh individu tidak bertanggungjawab.

Malah, Syed Hamid turut menyangkal dakwaan individu terbabit, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi bahawa beliau kini pengerusi yayasan itu yang ditubuhkan 19 tahun lalu.

Beliau percaya tindakan tersebut semata-mata mahu menjejaskan imejnya dan menjelaskan, Akhramsyah Muamar Ubaidah bukan Presiden MAYC seperti yang didakwanya selama ini.

"Walaupun saya pernah menerajui MAYC, itu tidak bermakna saya turut terlibat dengan Yayasan MAYC. Saya langsung tidak ada kepentingan di dalam yayasan tersebut sama ada sebagai pengerusi atau lain-lain jawatan.

"Oleh itu,
segala tuduhan serta dakwaan Akhramsyah Muamar Ubaidah kepada saya berhubung isu pemindahan harta MAYC merupakan satu bentuk fitnah serta pembohongan besar yang sengaja dilakukan.

"Saya juga amat hairan bagaimana dia tergamak mengaku sebagai Presiden MAYC sedangkan pelantikannya tidak pernah diiktiraf," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Akhramsyah Muamar Ubaidah mengenai kecurigaan kepimpinan MAYC terhadap usaha Syed Hamid memindahkan harta dan liabiliti MAYC kepada Yayasan MAYC yang didaftar sebagai syarikat pada awal 1990-an.

Akhramsyah Muamar Ubaidah mendakwa pemindahan harta MAYC kepada yayasan itu yang dibuat pada 26 September lalu akan menyaksikan aset bernilai berjuta-juta ringgit itu terus kekal di bawah kuasa Syed Hamid.

Mengulas lanjut, Syed Hamid secara peribadi mengakui yang beliau sedih dengan tindakan Akhramsyah Muamar Ubaidah kerana jelas dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas.

Beliau berkata, sekiranya benar dakwaan itu laporan polis sepatutnya dibuat dan bukannya sekadar mendedahkannya di media.

"Saya telah menerajui MAYC sejak sekian lama dan dalam tempoh itu tidak terdetik di hati saya untuk mengambil atau makan wang MAYC sebaliknya wang saya yang digunakan untuk MAYC.

"Bagi saya MAYC adalah amanah dan saya bertanggungjawab untuk menjaganya sepanjang saya diberi kepercayaan menjadi presiden.

"Alhamdulillah sehinggalah pemilihan MAYC pada 26 September lalu, saya telah menyerahkan jawatan Presiden MAYC kepada Mustaffa Mat Arop selepas beliau menang pada pemilihan itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak MAYC telah membuat satu laporan polis mengenai tindak tanduk Akhramsyah Muamar Ubaidah serta pengakuannya sebagai presiden pertubuhan tersebut.

"Saya amat berharap siasatan dapat dilakukan segera kerana kita tidak mahu masa depan MAYC terjejas," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Hamid menasihatkan kumpulan yang menyokong Akhramsyah Muamar Ubaidah supaya lebih bersabar dalam perjuangan dan jangan tamak merebut kuasa.

KAH KAH KAH…woit…. MANA DIA SPRM?.... kah kah kah… KENAPA SPRM TAK SIASAT?.... kah kah kah.. INI BUKAN SURAT LAYANG… INI LAPORAN POLIS…. kah kah kah…APA LAGI NAK TUNGGU… NAK TUNGGU SURAT LAYANG PULAK KE?... kah kah kah.. SORANG MENYAMAR SEBAGAI PRESIDEN MAYC… kah kah kah.. TUDUH SATU MALAON BAWAK LARI HARTA BERJUTA JUTA…kah kah kah.. woit… SPRM INI BUTA KE?.... kah kah kah

nota:
ini lah contoh melayu tak boleh bersatu, inilah yang braheng marah melayu gaduh berebut harta perang kah kah kah

nota:
nikmat hidup ialah melihat geng geng gerombolan bergaduh sesama sendiri kah kah kah - TT


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

16 WANITA PERTAMA SAHKAN HADIR

بسم الله الرحمن الرحيم

Seramai 16 wanita pertama mengesahkan kehadiran pada Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok

Mereka adalah wanita pertama dari Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia. – berita hairan

Nota:

TT menerima banyak surat untuk bertanyakan negara manakan Kiribati ini. Maka untuk menyelesaikan masaalah itu TT telah dibantu oleh Lebai Google. Maka dapatlah diketahui sejarah dan letaknya negara yang dipanggil Kiribati ini. Dulnyanya dipanggil Pulau Gilberts. Tak tahu macam mana kita eja G I L B E R T S – bunyinya KIRIBATI kah kah kah

SILA BACA:

Kiribati officially theRepublic of Kiribati, is an island nation located in the central tropical Pacific Ocean. It is composed of 32 atolls and one raised coral island, dispersed over 3.5 million square kilometres, (1,351,000 square miles) straddling the equator, and bordering the International Date Line at its easternmost point.

The name Kiribati is the local pronunciation of "Gilberts", derived from the main island chain, the Gilbert Islands. Kiribati became independent from the United Kingdom in 1979. It is a member of the Commonwealth of Nations, the IMF and the World Bank, and became a full member of the United Nations in 1999.

BANCI PENDUDUK:

Banci 2005 – 92,533 orang sahaja.

Banci pada 10. 10.2010 - 92,530 – Tiga a orang prerempuan telah didapati meninggalkan Kiribati tiga minggu dahulu dengan menaiki sampan menuju ker Australia. Di katakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kah kah kah.

RUMAH WANITA PERTAMA KIRIBATI

nota:
ini bukan fitnah tak percaya sila tanya lebai google kah kah kah

KAH KAH KAH.. woit... INI PELUANG SEKALI SEKALA DAPAT JALAN JALAN CARI MAKAN... kah kah kah.. TAMBANG FREE.... MAKAN FREE... TIDOO FREE.... kah kah kah.. - TT






UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

APA PANDANGAN ANDA DENGAN KENYATAAN INI?

بسم الله الرحمن الرحيم




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SIDANG KEMUNCAK JANDA PERTAMA SATU PEMBAZIRAN

بسم الله الرحمن الرحيم

SHAH ALAM 11 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang menjadi projek idaman isteri Perdana Menteri, Dati Seri Rosmah Mansor yang berlangsung esok adalah pembaziran semata-mata dan tidak sensitif kepada kesengsaraan kehidupan rakyat yang dibelenggu masalah ekonomi dan bebanan kos barangan yang meningkat.

Beliau menganggarkan kos untuk menganjurkan sidang kemuncak tersebut termasuk kos pengangkutan Wanita Pertama dan delegasi masing-masing ke Kuala Lumpur, penginapan, makan dan minum, keselamatan, hiburan dan kos berkaitan adalah sekitar RM20 hingga RM30 juta untuk acara tiga hari tersebut.

"Ini jelas satu pembaziran kerana di tengah-tengah ekonomi negara sedang 'sakit' isteri Perdana Menteri mengadakan acara bertaraf negara yang difikirkan tidak perlu dan tidak sesuai dengan agenda memulihkan ekonomi negara.

"Dari mana datangnya semua perbelanjaan sidang kemuncak tiga hari ini kali tidak dari perbendahraan negara. Saya anggap mereka datang ke sini lebih untuk melancong yang dibayar oleh rakyat Malaysia daripada menghasilkan sesuatu yang betul-betul konkrit.

"Apakah objektif sebenar sidang kemuncak ini? Kalau hendak berbincang mengenai isu pendidikan kanaka-kanak tidak perlu adalah sidang kemuncak. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai kepakaran masing-masing dan boleh diadakan simposium atau seminar. Mengapa mahu belanja berjuta-juta untuk tujuan ini?," kata Azan kepada Suara Keadilan.

Melihat kepada aturcara program tiga hari tersebut yang dipaparkan dalam laman sesawang www.firstladiessummit.org, Wanita Pertama, Menteri dan pegawai kanan mereka akan dihidangkan dengan pelbagai acara sepanjang mereka berada di Malaysia.

Antaranya persembahan kebudayaan, pertunjukan fesyen, Pusat Pendidikan Awal Permata di Putrajaya dan diakhiri dengan lawatan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Monday, October 11, 2010

AYAH PIN BUAT HAL LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم



JERTIH: Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut

Ayah Pin yang kelihatan uzur kerana menghidap penyakit kencing manis, ditemui wakil Berita Harian ketika menyertai seorang sau-dara terdekat ke perkampungan berkenaan pada Isnin lalu.

Pertemuan dengan Ayah Pin yang berusia 70 tahun berlangsung di sebuah warung di perkampungan kumpulan itu mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Mereka berkumpul di warung berkenaan untuk mendengar ajaran Ayah Pin.

Antara yang hadir adalah pengikutnya dari Selangor, Pahang serta Mersing dan Batu Pahat, Johor, yang datang menaiki pelbagai kenderaan mewah termasuk Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis.

Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin.

Sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.

Ketika pertemuan itu, Ayah Pin turut menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat. – beita hairan

POLIS NAFI AYAH PIN KEMBALI

Ketua Polis Terengganu, Mohd Shukri Dahlan hari ini menafikan laporan dua akhbar bahawa ketua ajaran sesat Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin kembali bergerak aktif di Hulu Besut dan sedang mengumpul pengikutnya.

Katanya pemantauan polis mendapati tiada sebarang kegiatan berlaku di perkampungan peninggalan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.

Polis percaya buat masa ini Ayah Pin masih berada di negara jiran," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Raja di sini hari ini.

Dua akhbar itu hari ini melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai "Kerajaan Langit" pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini.

Menurut laporan akhbar itu, pengikut Ayah Pin yang hadir itu ada antaranya datang dari Selangor, Pahang dan Johor dengan menaiki pelbagai kenderaan mewah.
Tinjauan Bernama di perkampungan berkenaan mendapati keadaan di situ tenang dan beberapa penduduk menjalani kegiatan masing-masing. - berita hairan

KAH KAH KAH… WAKIL AKHBAR PERGI .. DAN BERJUMPA AYAH PIN… kah kah kah… POLIS KATA … AYAH PIN DI NEGARA JIRAN… kah kah kah..woit…. KALAU MACAM INI SIAPAKAH YANG DITEMUI OLEH PEMBERITA ITU ?....kah kah kah.. KALAU MACAM ITU SAHEH LAAAA… AYAH PIN INI BOLEH TERBANG … kah kah kah…DATANG KE JERTEH UNTUK TEMU BUAL…. KEMUDIAN TERBANG KE LUAR NEGARA… kah kah kah… woit… BUKAN NAIK AIR ASIA… AYAH PIN ADA KEPAK SENDIRI…. kah kah kah..woit… KALAU MACAM INI…. AJARAN SIAPA YANG SESAT?.... kah kah kah.. WARTAWAN SESAT…. BUAT CERITA BOHONG?... kah kah kah.. POLIS SESAT…. CUBA MENAFIKAN AYAH PIN TAK ADA?..... kah kah kah.. ATAU YANG SESAT IALAH ZUL NORDIN…. kah kah kah.. KERANA DIA NAMPAK SELUAR DALAM ANWAR DAN BERI TAHU PADA NAJIB DI NEW YORK….. kah kah kah…


AYAH PIN MELAYU UNGGUL - ADA PENGIKUT DI PELUSUK DUNIA ...kah kah kah..kah kah kah...kah kah kah - TT

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PROGRAM PERSIDANGAN WANITA PERASAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit Dengan Program Rosmah

SHAH ALAM 9 Okt - Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.

Malah acara tiga hari bermula Isnin depan hanya dihadiri oleh 20 Wanita Pertama yan.kebanyakannya datang dari 'dunia ketiga'.

Wanita Pertama yang hadir termasuk dari Albania, Afghanistan, Chile, Congo, Gambi Ghana, Guinea Bissau, Iran, Jamaica, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Soerra Leone, Sri Lanka, Sudan dan Zambia

Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dikatakan menghina Raja Permaisuri Agung dengan merampas gelaran yang pada sisi Perlembagaan adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia.

"Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara.

"Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau First Lady dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan.

Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau.

Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidamng Parlimen.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Memang kita sudah bawa isu ini di dalam Parlimen dan saya sudah pun membahaskan perkara ini pada sidang yang lepas. Jadi kita akan teliti lagi sekali dan saya akan persoalkan mengapa kerajaan boleh berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan?

"Meskipun telah beberapa kali Rosmah mendapat teguran dan kritikan berhubung sikap beliau yang membelakangi Raja Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama negara, namun dia tidak pernah peduli dan ambil kira pandangan dan teguran," tegas Zuraida.

Tambah Zuraida, Rosmah juga masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran terhadap beliau berhubung isu iklan berwarna dua halaman penuh yang memaparkannya di dalam di New York Times pada April lalu.

Iklan tersebut menyebut ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Apa yang menyedihkan kata Zuraida, Perdana Menteri juga menidakkan peruntukan Perlembagaan sambil menyokong Rosmah mengguna gelaran itu dengan mengatakan, 'Wanita Pertama tidak semestinya adalah Permaisuri'.

"Saya nak tanya Najib, nombor satu tu apa, kalau hanya setakat inilah pengetahuan beliau, dia kena belajar balik ilmu kira-kira," sindir beliau

"Ini jelas menampakkan Rosmah tidak menghirau dan menghormati Perlembagaan sedangkan di negara kita memang tidak pernah wujud istilah 'Wanita Pertama'.

"Malangnya apabila Najib dan Rosmah menguasai pentadbiran negara, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan. Mereka tidak ada mengetahui sejarah negara dan tidak peduli kepentingan Perlembagaan," ujar Zuraida lagi.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama mengenai agenda memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. - SKeadilan


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Sunday, October 10, 2010

DITIPU SEHINGGA MATI

بسم الله الرحمن الرحيم

60 lagi Warga Emas pulangkan wang ihsan... tapi kepada siapa?



Seramai 60 lagi warga emas dari Balik Pulau yang menerima wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana sumbernya diragui mereka.

Apa yang berbeza pada majlis kali ini ialah, sidang media diadakan kononnya untuk memulangkan wang ehsan tersebut, tetapi tidak dinyatakan dipulangkan kepada siapa.. adakah dipulangkan kepada Dr Hilmi Yahya pula?

Pulang wang 'judi', k'jaan P Pinang belum terima sesen

Kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga hari ini masih belum menerima apa-apa wang yang dikembalikan meskipun Umno dan BN sibuk menganjurkan majlis untuk warga emas memulangkan wang berkenaan yang didakwa datang daripada sumber perjudian.

“Kerajaan negeri berharap mereka agar jangan terpedaya dengan Umno kerana yang rugi hanyalah warga emas yang hilang peluang mendapat RM100 setiap tahun dan RM1,000 sekali untuk waris mereka,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Isu itu tercetus apabila pada satu majlis anjuran Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada 30 September lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.

Dua hari kemudian, 70 lagi warga emas dari Bayan Baru pula menjejaki tindakan rakan mereka itu dengan mengembalikan wang RM100 ringgit yang diterima mereka kepada Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu.

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

Sehingga kini mereka dari UMNO ini masih belum menyerahkan wang ehsan yang dikutip dari warga emas yang diperdayakan mereka kepada kerajaan negeri Pulau Pinang..

Antara pemimpin-pemimpin UMNO yang sebelum ini telah mengumpulkan wang dari warga emas itu ialah.. Datuk Azhar telah mengumpulkan RM4000.00, Datuk Abdul Rahim Saibu pula RM7000.00 dan Datuk Musa Sheikh Fadzir pula RM4700.00.. - Malaysiakini/-

Note: Kasihannya warga emas Pulau Pinang ni. Hidup dah la susah kena bodoh dengan pemimpin umno lagi. Pulangkan wang ihsan pada pemimpin umno.. kena kelepet la jawabnya.. senangnya pemimpin umno ni cari duit. Wang ihsan warga emas pun dikebasnya. Apa la nasib.. hidup dah tinggal hujung-hujung hayat pun tak sudah-sudah kena tipu.. hehehehe...


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BUDAK SEKOLAH LAYAN SEKS TEPI JALAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Macam - macam perangai budak-budak sekolah sekarang. Ada budak sekolah bertudung yang berani melakukan seks di tempat terbuka. Diorang ni nak jadi pornstar ke ape? Keruntuhan moral budak-budak sekolah sekarang dilihat semakin ketara, nampaknya sistem pendidikan di Malaysia tidak berkesan untuk mendidik akhlak sesetengah pelajar di Malaysia ini sehingga ada yang bertindak melampaui batas.



Di bawah ini gambar-gambar bukti yang menunjukkan terdapat budak sekolah yang cukup berani melakukan seks walaupun di tempat awam. Gambar ini sebenarnya hasil dari screenshot video yang diperolehi di youtube.com, namun begitu saya rasakan tidak perlulah link video tersebut didedahkan kepada umum memandangkan ia hanyalah memalukan bangsa melayu sendiri.





Di dalam video tersebut kelihatan seorang individu yang tidak dikenali merakamkan adengan seks sepasang remaja sekolah dari dalam sebuah rumah. Intipan itu dilakukan melalui sebuah tingkap. Melihat keadaan persekitaran, pasangan ini nampaknya benar-benar melakukan aktiviti seks di tempat terbuka.

petikan:hotmalays.blogspot.com

Note: Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala.- Riwayat Thabrani dan Hakim.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ROTI NAJIB

بسم الله الرحمن الرحيم

RESTORAN DI BRICKFIELDS WUJUDKAN NAJIB’S CORNER - bernama



KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Sebuah restoran popular di Brickfields, satu kawasan majoriti kaum India di ibu negara, yang disinggahi Najib Razak sebaik memegang jawatan nombor satu negara dua bulan lepas berhasrat menamakan sebahagian ruang di kedai itu sebagai "Najib's Corner".

Pemilik Restoran Kortumalai Pilliar, yang terletak berhampiran simpang Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Travers, mahu memperingati lawatan Perdana Menteri serta memberi sokongan kepada Najib terhadap pendekatan turun padang bagi melihat sendiri kehidupan dan masalah rakyat.

Bercakap kepada Bernama, pemiliknya restoran S. Sellappa berkata sehari selepas Najib mengambil alih jawatan, beliau singgah di restoran itu untuk menikmati segelas "teh-tarik" selepas melawat Brickfields.

"Ia merupakan kali kedua beliau singgah di kedai ini. Pertama kali semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Bagi menghargai dan menunjukkan sokongan kepada beliau, kami memutuskan untuk menamakan sebahagian ruang kedai dengan Najib's Corner," kata Sellapa.

Beliau berkata ruang itu akan mempamerkan gambar Perdana Menteri semasa singgah di restoran itu bagi mencerminkan ia adalah "Najib's Corner".

nota:

Najib’s Corner ini telah menjadi perbualan ramai warga India terutama di Brickfields. Restoran ini makin popular dan orang ramai menjadi ‘curious’ dan mencari restoran ini.

Petang kelmarin kawan lama saya dari UM telah mengajak saya bertandang ke restoran ini. Tetapi saya tidak dapat pergi kerana telah ada temu janji yang lain.

Di sebelah malamnya kawan saya menalipon saya. Lalu saya bertanya tentang Najib’s Corner. Kawan saya bercerita panjang lebar tentang décor dan perhiasaan dalam restoran ini. Saya tidak berminat sangat tentang perhiasaan atau pinggan mangkok restoran ini.

Saya ingin tahu masakan yang spesial dari restoran ini.

‘Ada biawak goreng ke? Saya bertanya.

‘Kau gila ke’ jawapan dari kawan saya.

‘Itu… apa yang spesial’. Saya bertanya lagi.

‘Ada Roti Najib…. tadi aku makan Roti Najib…’

‘ Macam Roti John… yang di Melaka ke? Saya ingin pengesahan.

‘ Pelayan muda itu yang beri cadangan supaya aku makan Roti Najb’

‘ Roti Najib ini macam mana… macam Roti John ke?’ Aku tak sabar nak tahu.

‘ Tak laaa…. macam roti canai….kan ada roti banjir, roti sardin, roti keju….’. Kawan aku menerangkan dengan jelas.

‘ Abis… apa yang spesial nya..’

‘ Laaa… Roti Najib ini roti canai yang tak ada telor…… kah kah kah - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...