Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, July 16, 2011

BARAKAH MALAM NISFU SYA'BAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Barakah Malam Nisfu Sya’ban (15 Sya’ban)



15 Sya'ban jatuh pada tanggal 17hb. Julai, 2011, Malam Nisfu Sya'ban bermula pada hari Sabtu 16hb. Julai, 2011 Malam Minggu bermula terbenamnya matahari. Rasulullah s.a.w. bersabda - "Barang siapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini. Maka haram baginya api neraka."

Sahabats…
Seorang yang mengagungkan dan meneladani Rasulullah SAW pasti sangat ingin mengetahui apa yang beliau ajarkan tentang segala sesuatu.

Nah.., tentang malam tanggal 15 Sya’ban, atau yang dikenal dengan Malam Nisfu Sya’ban Rasulullah SAW di antaranya bersabda sbb:

Imam Ahmad meriwayatkan Rasulullah Saw. bersabda, “Allah mengampuni semua dosa hamba-hamba Nya pada malam Nisy fu Sya’ban kecuali dosa orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan.”


Abdullah bin Mas’ud ra. berkata bahwa Nabi SAW telah bersabda,“Barangsiapa mengerjakan shalat di malam Nisfu Sya’ban 100 raka’at dan pada tiap-tiap raka’atnya membaca QS. Al-Fatihah (sekali) dan QS. Al-Ikhlas 5 kali, maka Allah SWT akan menurunkan/mengirimkan 500.000 malaikat. Tiap-tiap malaikat membawa satu daftar catatan (yang terbuat) dari cahaya. Mereka menuliskan pahala (orang yang shalat pada mala Nisfu Sya’ban) sampai hari kiamat.”

Anas bin Malik bercerita bahwa Rasulullah pernah menyuruhnya pergi ke rumah Aisyah untuk suatu keperluan. Anas berkata kepada Aisyah, “Cepatlah, karena saya meninggalkan Rasulullah Saw. sedang membicarakan malam Nisyfu Saban.”

Aisyah berkata kepadanya, “Duduklah, saya akan menyampaikan kepada Anda hadis tentang Nisyfu Sya’ban. Pada malam Nisyfu Sya’ban kebetulan ia adalah malam giliran saya. Pada malam itu, saya terbangun, tetapi saya tidak menemukan beliau berada di sisi saya. Saya mengira beliau pasti mengunjungi budak yang bernama al-Qibthiyah. Saya keluar melewati masjid,tiba-tiba kaki saya menyandung Rasulullah Saw yang saat itu sedang berdoa, ” Jiwaku tunduk kepada Mu, hatiku beriman kepada Mu. Inilah tanganku dan apa yang kusembunyikan dalam diriku . Wahai Yang Mahaagung, ampunilah dosa-dosaku. Wajahku bersujud kepada Mu, duhai Sang Pencipta.
Ya Allah , berilah aku hati yang bersih dari perbuatan syirik, kufur dan dari perbuatan-perbuatan orang yang celaka.”

Beliau lalu sujud dan berdoa, “Tuhanku aku berlindung kepada keridhoan Mu darimurka Mu, kepada pengampunan Mu dari siksa Mu. Aku tidak mampu memuji Mu seperti Engkau memuji diri Mu sendiri. Aku hanya mampu berkata seperti apa yang diucapkan saudaraku Daud. Kubenamkan wajahku kedalam tanah karena keagungan Tuhan ku. ”

Lalu beliau mengangkat kepalanya kembali. Beliau berkata padaku, “Wahai Humayra, apakah engkau tidak tahu bahwa malam ini malam Nisyfu Saban ? Pada malam ini Allah membebaskan hamba-hamba Nya dari neraka sebanyak bilangan bulu kambing, kecuali enam orang ; peminum arak, orang yang menyakiti kedua orang tuanya, orang yang berbuat zina, orang yang memutuskan silaturahmi, para penjudi, dan orang yang suka marah-marah tanpa alasan.”

Nah sahabats…
Tidak inginkah kita memuliakan Malam Nisfu Sya’ban ini….?

Jadi kita pakat-pakat share lah dengan semua umat Islam.

[+/-] Read More...

CINA SERTAI BERSIH, IBRAHIM KATAK PENAKUT

بسم الله الرحمن الرحيم

Masyarakat Cina Malaysia tidak takut lagi dengan demonstrasi

oleh Anthony Loke


13 JULAI – Tanggal 9 Julai 2011 membuka satu lembaran baru dalam proses pendewasaaan demokrasi di Malaysia. Puluhan ribu rakyat Malaysia melepasi segala rintangan sekatan polis dan ugutan kekerasan untuk berhimpun dan berarak demi satu matlamat bersama – sistem pilihanraya yang BERSIH.

Apa yang lebih signifikan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kali ini ialah ia bukan sahaja berlansung di Kuala Lumpur malah di berpuluh bandaraya di seluruh dunia di mana rakyat Malaysia menetap.

Pada hari tersebut, yang keluar berarak atau berhimpun tidak melihat dirinya sebagai orang Melayu, India, Dayak, Kadazan atau Cina tetapi sebagai rakyat Malaysia yang mahu memastikan kesuburan sistem demokrasi terjamin untuk generasi yang akan datang.



Mereka yang dipancut air dari truk FRU mahupun terkena gas pemedih mata akan menceritakan kepada anak dan cucu mereka dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang bahawa “saya berada di sana!” dengan rasa penuh kebanggaan.

Stigma masyarakat Cina Malaysia

Namun, pada hemat saya, kejayaan terbesar pada 9 Julai ialah ia telah menghapuskan satu stigma lama di kalangan masyarakat Cina Malaysia iaitu demonstrasi dalam apa bentuk sekali pun, akan membawa kepada rusuhan kaum dan keadaan huru-hara.

Stigma ini sudah lama tertanam dalam minda masyarakat Cina Malaysia hasil daripada propaganda berterusan dari UMNO dan MCA bahawa masyarakat Cina akan menjadi mangsa paling teruk dalam keadaan rusuhan kaum.



Kononnya kedai-kedai milik orang Cina akan dibakar, orang Cina akan diserang dan dibelasah teruk dan akhirnya masyarakat Cina tidak dapat hidup dalam keadaan aman, kata mereka. Apabila keadaan politik tidak stabil, maka ekonomi negara akan terjejas dan ini tentulah akan menjejaskan kepentingan ekonomi masyarakat Cina yang banyak terlibat dalam sektor perniagaan.

Ini merupakan skrip lama daripada Unit Penerangan UMNO sejak berlakunya peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 dan disokong sepenuhnya oleh budak suruhan mereka, MCA.

Sudah tentu MCA menyokong skrip tersebut kerana ia telah berjaya memastikan BN terus berkuasa di Malaysia semenjak 1969 lagi dan mereka bolehlah mendapat sedekah daripada UMNO dalam bentuk jawatan-jawatan kerajaan.



Ingat, skrip inilah yang memenangkan BN dan Tun Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum 1999 di ambang kebangkitan penentangan pengundi Melayu terhadap UMNO.

Mereka ingat skrip ini masih laku pada tahun 2011 dan mereka telah mengupah “kontraktor” baru yang bernama PERKASA untuk melaksanakan kerja-kerja ini.

Masih ingat apa yang dikatakan oleh Ibrahim Ali beberapa minggu lepas? Beliau “menasihatkan” orang Cina yang duduk di KL supaya membeli lebih banyak stok makanan dan beras sebelum 9 Julai dan sembunyilah di rumah pada hari tersebut kerana akan berlaku pertembungan di antara 2 kumpulan orang Melayu dan huru-hara akan tercetus.

“Tong sampah pun tak dirosakkan”

Tarikh 9 Julai datang dan pergi. Perarakan dan perhimpunan telah dijalankan secara aman. Yang menyebabkan rakyat yang berhimpun secara aman lari lintang-pukang ialah apabila FRU memancut air dan menembak gas pemedih mata dengan sewenang-wenangnya.

Tidak ada dua kumpulan yang bertembung seperti yang digembar-gemburkan oleh Perkasa. Yang ada, hanya sekumpulan kecil dalam lingkungan 300 orang yang menamakan diri mereka sebagai “Patriot” yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO. Tak apa, itu hak mereka berhimpun.

Perarakan dan perhimpunan tersebut berlangsung di beberapa kawasan yang sinonim dengan masyarakat Cina di Kuala Lumpur. Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Petaling adalah kawasan yang padat dengan kedai-kedai peniaga Cina.

Perarakan melalui kedai-kedai tersebut dan kaki lima menjadi tempat perlindungan kepada mangsa gas pemedih mata.

Adakah kedengaran mana-mana kedai di kawasan tersebut musnah teruk akibat “keganasan” oleh para demonstran? Jawapannya TIDAK! Tak ada satu kedai pun yang dilaporkan mengalami kerosakan teruk.
Malah saya berani mengatakan tong sampah pun tak ada yang rosak.

Ada pula demonstran yang membersihkan jalan selepas perarakan, atas semangat dan sifat “BERSIH”.
Ini satu aspek yang membuktikan kematangan pemikiran rakyat Malaysia. Para demonstran yang berarak hari itu tahu mengapa mereka berada di sana, Ia adalah kerana satu tuntutan yang sah untuk menikmati sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

Mereka ingin membuktikan bahawa “tunjuk perasaan” merupakan satu manifestasi kebangkitan kesedaran hak politik rakyat secara aman. 9 Julai berjaya menghilangkan kebimbangan para peniaga terhadap demonstrasi jalanan.

Malah, yang membuka perniagaan mereka seperti biasa pada hari tersebut mendapat “durian runtuh” disebabkan pelanggan yang ramai.

Kalau rakan saya, Datuk Seri Ng YenYen mengatakan sektor pelancongan kehilangan RM100 juta pada hari tersebut, maka beliau patut menyalahkan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke Kuala Lumpur pada hari tersebut sehingga ratusan ribu lagi “pelancong” dari seluruh negara tak dapat sampai ke ibu kota.

Ramai orang muda Cina Malaysia sertai Bersih 2.0

Dalam aspek yang lain pula, 9 Julai menampakkan penglibatan yang ramai dari pemuda-pemudi kaum Cina. Ini satu fenomena yang luar biasa dan cukup menarik.

Saya tahu ada yang mengambil cuti dan menaiki bas dari Johor Baru untuk datang berhimpun. Ada yang telah menulis “surat kepada editor” untuk menceritakan pengalaman mereka pada hari tersebut dan berasa selamat berarak bersama-sama dengan ahli-ahli PAS.

Fenomena inilah yang tidak dapat difahami oleh MCA. Mereka masih menggunakan skrip dan pendekatan generasi “radio dan televisyen hitam putih” era-1969 ke atas generasi “Facebook dan Twitter” era-2011!

Pendek kata, mereka telah ketinggalan zaman dalam memahami perubahan sosio-politik masyarakat Malaysia dan pemikiran anak muda. Tak apalah, biarlah Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai terus tidur dalam buaian!
Utusan Malaysia dan propagandis UMNO ingin menyembunyikan fakta bahawa perhimpunan Bersih 2.0 berjaya mengumpulkan rakyat pelbagai kaum. Mereka terus memainkan perang psikologi dan mendakwa kononnya PAS telah diperalatkan oleh DAP.

Mereka cuba menggambarkan bahawa yang ditangkap dan terhidu gas pemedih mata hanya orang PAS. DAP dan yang lain hanya memainkan “remote control” untuk memperkudakan ahli-ahli PAS. Ini satu permainan politik yang cukup kotor dan menjijikkan.

Faktanya, DAP memberikan sokongan penuh kepada perhimpunan Bersih 2.0 malah kepimpinan DAP mengetuai satu kumpulan perarakan seramai 3,000 orang yang berarak dari Pudu Plaza dan bercantum dengan kumpulan lain yang diketuai oleh Dr Hatta Ramli di Puduraya.

Sdr Lim Kit Siang dan saya pula menyertai kumpulan di Plaza Sentral yang sama-sama diserang gas pemedih mata di terowong Plaza Sentral dengan Tok Guru Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekeluarga, Datuk Ambiga dan kepimpinan PR dan Bersih yang lain yang dilarang memasuki Kuala Lumpur oleh pihak polis.

Setiakawan pelbagai kaum

Sebagai seorang pemimpin DAP, saya berasa amat terharu dan berterima kasih kepada pimpinan PAS atas semangat setiakawan dan keprihatinan mereka terhadap kumpulan perarakan kami di Pudu Plaza.

Pada malam 8 Julai, saya dan Sdr Vincent Wu (Penolong Setiausaha Organisasi Pusat DAP) telah dipanggil untuk perbincangan mengenai isu keselamatan di Pejabat Agung PAS bersama dengan Sdr Salahuddin Ayub, Sdr Dr Hatta Ramli, Sdr Dr Dzukefly Ahmad dan Sdr Kamarulzaman dari Pemuda PAS. Sdr Tian Chua juga berada dalam perbincangan tersebut.

Sdr Salahuddin Ayub menyatakan kebimbangan beliau kepada saya bahawa kemungkinan ada anasir-anasir tidak bertanggungjawab yang akan sabotaj perarakan kami dari Pudu Plaza dan menjadikannya sebagai satu rusuhan kaum. Justeru, beliau menjanjikan bahawa PAS akan memobilisasi 200 anggota Unit Amal untuk berarak dengan kumpulan kami dari Pudu Plaza.

Hakikatnya, perarakan dari Pudu Plaza berjaya sampai ke Puduraya tanpa sebarang kekacauan dan provokasi. Dalam hal ini, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada PAS khususnya kepada anggota-anggota Unit Amal yang bersama kumpulan kami pada hari tersebut.
Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai telah melakarkan satu wadah baru dalam lanskap sosio politik Malaysia.

Sekiranya rakyat berbilang kaum boleh berarak dan berhimpun bersama-sama untuk satu tujuan dan matlamat yang diidami, maka tidak ada alasan mengapa kepimpinan pelbagai kaum dalam Pakatan Rakyat tidak boleh terus mara memimpin agenda perubahan untuk Malaysia dan mengembumikan Barisan Nasional dalam PRU ke-13 nanti.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Friday, July 15, 2011

WARGA BRITAIN HINA NAJIB ?

بسم الله الرحمن الرحيم

TAK DISAMBUT DENGAN PERMAIDANI MERAH

Ramai memberikan perhatian ketibaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Britain hari ini yang tidak disambut dengan hamparan permaidini merah seperti lazim diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa negara tersebut.



Gambar-gambar yang disiarkan oleh Bernama hari ini lansung tidak menunjukkan keadaan tapak lapangan terbang, malah foto-foto itu diambil tanpa menunjukkan kaki-kaki Perdana Menteri dan lain-lain menjejaki tanah mungkin bagi mengelakkan ternampaknya ketiadaan permaidani merah berkenaan.




Menteri pengankutan britain yang bertie kuning ketika manyambut najib

DI SAMBUT DENGAN DEMO BERSIH

Dah la der karpet merah .. kena sambut pula dgn pendemo-pendemo BERSIH kat sana.. kah kah kah kah








Najib keluar dari kereta dan sisambut oleh pendemo BERSIH di Britain

PERDANA MENTERI BRITAIN BATALKAN JAMUAN MAKAN TENGAHARI

Perdana Menteri Britain, David Cameron dilaporkan telah membatalkan jamuan makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Najib Altantuya, lapor seorang wartawan dari Filipina di London!!

Adalah dipercayai Cameron sendiri yang membatalkan jamuan tersebut susulan daripada tindakan ganas polis yang menyuraikan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Pejabat Perdana Menteri Britain di No 10 Downing Street akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.



DI SINDIR OLEH RATU ELIZABETH





Aku ingatkan setakat itu saja episode kuning buat Najib.. rupa-rupanya episode Kuning buat Najib bersambung pula pada sebelah malamnya pula..



Dimana Air minuman berwarna kuning turut menjadi hidangan pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama warga Malaysia di London.

Menurut tweet seorang rakyat Malaysia @Najmi Naim yang tinggal di Newcastle, UK. "Hadiri jamuan PM bersama rakyat dekat London. PM jemput makan kita makan, tapi lawan tetap lawan."

Note: Ko memang layak menerima penghinaan macam ni najib...!!! kerana apa? kerana ko tu zalim!!! zalim dengan siapa..? Zalim dengan rakyat serta yang seagama dengan ko!!!

Note: Ko tengok video kat bawah ni najib.. anjing-anjing ko mengamuk.. ko dan anjing-anjing ko tak sedar ke yang segala keselesaan yang ko rasakan semuanya ko pungut dari meraka-mereka yang ko zalini ni.. ko dan anjing-anjing anak isteri serta keluarga ko makan dari hasil cukai titik peluh mereka-mereka yang ko kasari ni.. ko memang zalim najib!!!




Note: Woii najib.. ko ni lebih zalim dari israel...!!! Lebih jahat dari yahudi..!! Israel dan yahudi memerangi umat serta negara islam kerana mereka benci dengan islam.. tapi mereka tak pernah menzalimi rakyat serta orang yang seagama dengan mereka.. Tapi ko ni mengaku islam dalam masa yang sama ko arah anjing-anjing ko menzalimi rakyat dan mereka-mereka yang seagama dengan ko.. Apa punya manusia la ko ni najib!!!


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Thursday, July 14, 2011

BERSIH 3.0: ROSMAH KANTOI SPRM KETAQ LUTUT

بسم الله الرحمن الرحيم





Note: Dalam masa rakyat di bebani dengan segala macam kenaikkan harga barangan keperluan semasa, isteri Menteri Perdana malaysia selesa membeli sebentuk cincin berlian yang berharga 27 juta. Yang lagi kantoinya cincin itu tidak langsung dikenakan cukai oleh kastam di raja malaysia.

Note:Tak kisahlah kalau dia nak beli atau pakai apa pun. Itu hak dia.. Masalahnya mana dia dapat duit sebanyak itu? Rakyat di paksa membayar cukai.. dia yang dah hidup senang lenang dengan mudah lari dari cukai. Rakyat disuruh hidup dengan tidak bermewah-mewah dan mengikat perut.. tapi dia beli cincin sebentuk dengan harga rm27 juta. Pandai Menteri Perdana Malaysia menasihatkan rakyat tp takut pada bini sendiri. Inikah pemimpin yang berjiwa rakyat?



Untuk siri pendedahan yang lebih terperinci sila klik di SINI

Note: Bayangkan rm27 juta ringgit berapa ramai keluarga yang hidup susah dapat dibantu.. bayangkan berapa banyak beras yang mampu dibeli oleh keluarga-keluarga miskin yang terkadang hanya berjumpa nasi beberapa hari sekali dengan duit 27 juta itu?

Laporan kepada SPRM telah dibuat. Adakah anda semua fikir SPRM berani menyiasat Rosmah? kah kah kah kah.. jika anda kata YA.. bermakna anda menipu diri anda sendiri.. yang pastinya kes ini baru bermula tetapi boleh dikira sudah selesai oleh Rosmah dan Najib.

Disini saya ingin memberi sedikit kesedaran buat para pembaca.. adakah anda semua akan memilih pemimpin seperti Najib yang cakap tak serupa bikin lagi pada PRU13 nanti? Saya percaya ramai dikalangan pembaca akan berkata TIDAK.. Tapi tahukah anda semua.. selagi SPR tidak dibersihkan janganlah kita semua bermimpi di siang hari. Biar berpuluh lagi pilihanraya kita tetap akan kalah. Kita semua akan terus menanggung kesusahan hidup demi kerana untuk menyenangkan isteri Menteri Perdana Malaysia.



Jadi apa tindakan kita?

Seperti kata Nik Aziz.. jika ada BERSIH 3.0 selagi SPR tidak mahu menerima 8 tuntutan kita akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihanraya yang adil dan juga membuktikan kepada Najib bahawa rakyat benci pada Barisan Nasional gaya pemerintahannya.



Soalan?

Adakah anda semua akan turun jika ada BERSIH 3.0 ? Anda takut di ugut? Anda takut ditangkap, disembur air kimia, ditembak dangan gas pemedih mata, ditembak dengan peluru getah dan dipukul dengan cota?





BERSIH 3.0



BERSIH 2.0 menyaksikan ratus ribu yang menyertainya termasuklah golongan wanita, pelajar, anak-anak kecil, warga emas, OKU, berbagai peringkat umur, bangsa dan agama.. mereka semua sanggup berdepan apa saja demi untuk bersihkan SPR juga perubahan kehidupan untuk semua . mereka semua hidup dalam tekanan.. mereka semua mahukan kehidupan yang lebih selesa dan sempurna.. yang kita lihat mereka lakukan kerana ingin membela diri, anak, isteri serta keluarga mereka.. yang kita lupa, meraka juga lakukan itu demi membela diri, anak, isteri serta keluarga kita semua..









Adakah kita semua sedar? Adakah kita lebih penakut dari golongan wanita yang lemah gelamai? Adakah kita lebih dari anak-anak kecil? Adakah kita lebih lemah dari warga emas? Atau adakah kita lebih cacat dari OKU? Jika jawapan kita adalah 'YA' kita memang patut duduk di rumah saja menonton TV sambil mengharapkan kehidupan ini akan berubah menjadi lebih sempurna atas ihsan mereka-mereka golongan wanita, pelajar, anak-anak kecil, warga emas serta OKU yang berjuang bermati-matian untuk kesenangan hidup kita sekeluarga.

Wallahualam.



Note: Adakah anda akan bersama kami di BERSIH 3.0 ?


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

GAMBAR TERBARU MANGSA BERSIH

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar terbaru mangsa peluru getah dan bom pemedih mata, Fayad Al-Bakri



MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayai sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.

Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.- milosuam.blogspot.com








Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Wednesday, July 13, 2011

MUSA HASSAN TAKUT KE MAKAMAH, NAK BERSUMPAH JE

بسم الله الرحمن الرحيم

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan enggan ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes Fitnah II.

Perkara itu diberitahu oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair di perkarangan mahkamah selepas selesai sebutan kes itu pagi tadi.

“Kami dimaklumkan polis (Musa Hassan enggan ditemuramah)” kata Sankara yang mengesahkan perkara itu sewaktu ditanya wartawan.

Musa termasuk di antara 25 orang saksi yang diminta pasukan peguambela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan apabila peguam bela memulakan penghujahan bela mereka 8 Ogos ini.

Sankara selanjutnya berkata akan memohon kepada mahkamah untuk mengarahkan saksi-saksi yang disenaraikan untuk hadir memberi keterangan di mahkamah apabila peguam bela membentangkan hujah mereka 8 Ogos ini.

“Kami belum dapat saksi-saksi kami.

Jadi kami perlu minta mahkamah untuk berikan saksi-saksi itu.

“Kami akan buat permohonan rasmi dalam masa seminggu kepada hakim untuk memohon pendakwa memberikan kami saksi-saksi di mahkamah.

Ingat tak kami cuma dapat lima saksi daripada 25 saksi.

Kami ada hak untuk temubual.

“Sebab itu kami mohon di mahkamah untuk mohon bawa saksi untuk ditemubual.

“Samada mereka mahu ditemubual atau tidak itu cerita lain.

Tetapi yang penting mereka perlu dibawa ke mahkamah,” kata Sankara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor termasuk dalam senarai 25 saksi yang diminta oleh pasukan peguambela Anwar.

Perbicaraan kes Fitnah II akan disambung semula pada 8 Ogos sehingga 26 Ogos depan.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Zabidin Mohd Diah selepas beliau kekal mendengar kes ini walaupun peguambela sudah memohon untuk mengenepikannya daripada terus mendengar kes.

Permohonan itu dibuat kerana peguam bela Anwar berpendapat Hakim Zabidin melakukan pra-penghakiman sewaktu memutuskan wujud kes prima facie dalam kes ini.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

MENTERI PERDANA TERBODOH DI DUNIA

بسم الله الرحمن الرحيم






Note: Apa punya bodoh la najib ni.. muka dah la rupa Mr Bean.. nak buat lawak tapi orang tak gelak.. langsung tak berintegriti.. langsung tak layak jadi menteri perdana.. baik jadi badut sarkis jer la najib.. apa punya bangang Malaysia ni ada Menteri Perdana sebebal najib.. !!!


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Tuesday, July 12, 2011

BANTUAN MERINGANKN BEBAN KELUARGA PERSERTA BERSIH

بسم الله الرحمن الرحيم

Update: KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.



Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham. Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan. - HD


Kekejaman polis ketika BERSIH 2.0

Note: Untuk rakyat yang simpati di sini saya sertakan alamat perhubungan, nombor telefon dan nombor akaun Maybank balu Allahyarham, seandainya ada antara kita yang sudi meringankan beban keluarga beliau dengan menderma sekadar termampu.

Kata-kata dorongan dan semangat juga, saya kira, akan banyak membantu. No 9-0-4, Kelompok Camar A, Jalan AU3, Kuala Lumpur Telefon: (0133646233 - Puan Rosni binti Malan) Nombor Akaun Maybank: 164052323091 Nombor Akaun Hong Leong Islamic Bank: 19901000162 Lakukanlah atas dasar kemanusiaan. Bukan kaum. Bukan politik. Sekian, terima kasih.

Note: Ko tunggu masanya akan tiba najib.. ko akan jatuh tersungkur dengan hina sehinanya... Allahu Akhbar!!!!


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Monday, July 11, 2011

IGP DAN PENIAGA SAMA BODOH KIRA-KIRA

بسم الله الرحمن الرحيم

Persatuan peniaga dakwa rugi RM100j akibat bersih



KUALA LUMPUR 10 Julai — Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd. Ridzuan Abdullah mendakwa perhimpunan haram semalam menyebabkan peniaga kecil di sini kerugian kira-kira RM100 juta.

Beliau berkata, perhimpunan yang bermatlamat mencemarkan imej Malaysia itu, melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil dan sehubungan itu, khidmat guaman percuma akan disediakan bagi membolehkan perkara itu dibawa ke mahkamah.

"Kita nak tuntut kerugian semua peniaga yang hilang pendapatan semalam daripada pihak penganjur.

"Kami menjangka setiap seorang peniaga mengalami jumlah kerugian sebanyak RM10,000. Kita sudah ada seorang peguam, dan dua lagi menunggu untuk membantu kita dalam hal ini,” katanya. — Bernama

Sidang akhbar oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia berhubung isu perhimpunan haram yang menyebabkan prniaga-peniaga kecil di Kuala Lumpur mengalami kerugian RM100 juta.

Katanya lagi perhimpunan itu melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil yang dianggarkan berjumlah RM10,000.00 sehari.. Nak bohong tu agak-agaklah sedara... RM10,000.00 sehari tu meniaga apa?

Jika kita darabkan angka 5,000 dengan RM10,000.00 jawapannya ialah RM50,000,000.00 sahaja.. jadi bagaimana mamat tu boleh mengatakan kerugian mereka adalah RM100 Juta? Nak mark-up kot?? takkan nak makan komisyen sampai RM50 Juta pulak... - Dari Anak Sungai Derhaka

Note: Ni la namanya peniaga bodoh...!!! buat kira-kira pun tak tau.. kalau tak tau buat kira-kira macamana boleh berniaga? patutlah meniaga tapi rugi.. peniaga bodoh rupanya.. sama bodoh dengan IGP yang tak lulus matematik yang kata penyokong BERSIH yang hadir hanya 5000 orang saja... kah kah kah kah... bangang..!!!

Note: Dah la bodoh pastu nak harapkan duit guna jalan saman.. nak tuntut kerugian dari penganjur bersih konon.. kah kah kah kah.. apa korang ingat dia orang semua tu pun bodoh-bodoh macam korang ke? kah kah kah kah.. korang sediakan duit banyak-banyak untuk upah peguam korang tu.. jangan peguam pun bodoh macam korang jugak sudah.. kah kah kah kah


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

POLIS BELAKANGKAN PERKENAN AGONG

بسم الله الرحمن الرحيم

'Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.

Katanya ketika mengadap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.

"Baginda bertitah boleh. Itu sebab saya ikut (perwakilan) hantar memo,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu.



Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya.

patah kaki"Saya menyaksikan tembakan gas itu amat rambang dan kasar. Saya menyaksikan beberapa wanita yang jatuh dan huru-hara, itu tidak pernah ditengok.

"Dulu walaupun saya menghadapi gas tapi yang ini adalah gas yang kejam sekali dan dahsyat."

Bagi beliau, acara ini cukup berkaya kerana di sebalik pelbagai halangan dan hambatan, rakyat tidak takut meluahkan perasaan mereka. - Mkini



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...