Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 26, 2010

MUSAFIR KE TEMPAT KERJA

بسم الله الرحمن الرحيم



Soalan;

Ustaz. Saya ingin bertanya adakah boleh saya melakukan solat jama' dan qasar. Situasinya begini: Saya tinggal di Melaka.bekerja pula di Petaling Jaya. Setiap hari saya akan berulang ke tempat kerja dari Melaka. Jika diikutkan kepada hukum, jarak ini telah lebih daripada 2 marhalah. Soalan saya,

1. Adakah saya dikira musafir?kerana setiap hari saya akan berulang dari Melaka ke Petaling Jaya.
2. Layakkah saya untuk melakukan solat jama' dan qasar? kerana, saya akan terlepas solat maghrib tiap2 hari disebabkan sampai sahaja di rumah, sudah masuk waktu isya'..
apa yang perlu saya lakukan..
Harap ustaz dapat menjawab soalan saya ini.

Jawapan;

1. Jika jarak antara tempat tinggal saudara dengan tempat kerja melebihi dua marhalah (iaitu 85 KM) haruslah saudara menjamak dan mengqasarkan solat sekalipun saudara berulang-alik setiap hari antara rumah dan tempat kerja itu.

2. Saudara boleh memilih sama ada hendak melakukan jamak taqdim atau ta'khir. Jamak taqdim ialah menyegerakan solat isyak dengan melakukannya dalam waktu maghrib (iaitu melakukannya sebaik sahaja selesai menunaikan solat maghrib). Jamak ta'khir pula ialah dengan menangguhkan solat maghrib ke dalam waktu isyak (yakni melakukannya bersama solat isyak). Namun jika saudara berniat jamak ta'khir dan meneruskan perjalanan hingga sampai ke tempat tinggal saudara, tidak harus lagi saudara mengqasarkan/memendekkan solat kerana saudara tidak lagi dinamakan musafir (kerana telahpun sampai di kawasan tempat menetap). Maknanya; saudara hendaklah melakukan solat isyak secara sempurna (4 rakaat) berserta solat maghrib (3 rakaat). Tidak harus lagi saudara mengqasarkan isyak (yakni melakukannya 2 rakaat) kerana saudara tidak lagi berada dalam safar (permusafiran).

Wallahu a'lam. - ilmudanulamak



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SIAPA KATA NAJIB TAK LULUSKAN JUDI ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Pengumuman PM Yahudi bahawa lesen judi bola dibatalkan hanya Soap Opera saja.

- Syarikat judi dah jual saham dengan berjayanya di BSKL dengan offer letter dari Finance Minister of Malaysia,gila ker ape, berani depa jual saham kat public,nak lingkop???
No way machaaaaa, aku tetap percaya ada secret DEALS Kerajaan malaysia dengan Berjaya Corp./ syarikat judi.

- Berhala judi kat atas Gunung Genting,Pahang masih tersergam indah.
- Kedai judi 4d ,damacai kuda masih dibuka dengan gembiranya di bumi milik Raja-raja melayu penaung agama islam.

Dalam bab 40 Ekoq Manusia yang mengaku "ULAMAK" join parti yahudi malaysia pulak,,aku berpendapat

Bab dr asri, mamat ni pun aku tak percaya,dia ni sekejap condong ke sana, sekejap condong ke sini.

Lepas ni mungkin ada di Malaysia ... Islam Wasati ..dulu islam hadhari ciptaan Abdollah Badwi

Islam Wasati - islam pertenghan, macam neutral,bebas, tak sokong mana2, atau istilah katak,bebas lompat sana lompat sini.

UMNO dengan JUDI bak irama dan lagu
by Warta 365


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

"FULAMAK..." MENGAPA KAMI MASUK UMNO?

بسم الله الرحمن الرحيم



Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

Beliau mewakili kumpulan ulama tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Seramai 16 daripada mereka hadir manakala bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uarkan akan turut menyertai Umno tidak bersama kumpulan itu malam ini.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Fadlan berkata daripada 40 orang ulama muda itu, ada yang bekerja sebagai pensyarah, penasihat agama, ahli motivasi. Sementara itu Fthul Bari pula berkata Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruska kerja-kerja dakwah. Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.

"Kebanyakan mereka ini berkelulusan dari Jordan, Madinah dan Mesir.

"Kalau ilmu mereka dinafikan untuk disampaikan kepada masyarakat, maka pengajian kami sia-sia," katanya.

Note: Mula2 sekali kami syorkan kamu "fulamak" semua suruh najib tarbiyahkan bini dia suruh tutup aurat. lepas tu suruh dia terbiyahkan anak2 dia jgn buat pesta maksiat. lepas tu jangan halalkan judi. Kamu semua mengaku ulama kan..? fuulamakkk... apa hukumnya negara yang dicanang sebagai negara islam tapi x melaksanakan hudud, kisas dan takzir? xkan fulamak x boleh nak jawab kan... jgn pusing2 kot lain plak nnt.. ok.. suruh la menteri perdana korang tu laksanakan. itu hukum islam tu bukan hukum PAS. jangan jadi setan bisu plak nanti..

Dan sedikit renungan buat para ulama muda dari hamba yg bukan ulama ini.

Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." [TMQ Fathir (35) : 5-6].

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi.”- Riwayat Hakim.

Dari Ubadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa jalla.- Riwayat Thabrani dan Hakim.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang tidak memerhatikan kepentingan rakyat).- Riwayat Bukhari dan Nasae’i.

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.

Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik. - Riwayat Ibnu ‘Adi.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram.”- Riwayat An Nasa’i.


Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.” - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Surah al-ahzab.
66. pada masa muka mereka dibalik-balikkan Dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
67. dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan Kami dari jalan Yang benar.
68. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka Dengan laknat Yang sebesar-besarnya!". [surah al-ahzab ayat 66,67,68 ]

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.”
(Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177).

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan". ( al-An’aam ayat 44).

Wallahualam.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SAYA BUKAN LAGI KATAK.. SAYA KINI BERTUKAR JADI LEMBU

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sekali lagi mempertikaikan kepimpinan Khairy Jamaluddin dengan berkata, beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.

“Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang ‘asli’.

“Sebab itu, saya boleh menghayati perjuangan nenek-moyang dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah,” kata Ibrahim dalam respons balas kepada kenyataan Khairy semalam, yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung kerana mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.

“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

Ibrahim mendakwa orang Melayu berharap hanya Mara yang dapat membantu mereka dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

“Orang kampung hanya mengharapkan pada Mara... sebab itu saya bangga menjadi jaguh kampung,” kata beliau lagi.

Dalam kenyataan balas semalam, Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai “ahli politik jaguh kampung” yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”

Ibrahim menggesa Khairy meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali pula mempertahankan ketua mereka dengan berkata sama ada suka ataupun tidak Ibrahim sebenarnya merupakan “jaguh kampung” yang dihormati bukan sahaja di negara ini, tetapi turut dikenali di peringkat antarabangsa.

“Sebagai jaguh kampung beliau bukan sahaja selalu di depan dalam mengetengahkan isu-isu domestik, malah di peringkat antarabangsa misalnya polemik Allah dalam menulis surat kepada Pope Benedict dan juga apabila ahli-ahli Parlimen Australia campur tangan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, “kami tidak kecewa dengan kenyataan Khairy, sebaliknya bangga dengan apa yang dilakukan oleh Ibrahim dalam memperjuangkan isu orang Melayu.”

“Ketua Pemuda Umno (sekarang) tidak sehebat ketua Pemuda Umno dulu. Ketua Pemuda sekarang lebih suka menonjolkan diri,” katanya.

Syed Hassan berkata kemenangan ketua Pemuda Umno yang ada sekarang juga sebenarnya tidak diiktiraf oleh majoriti Pemuda Umno.

Khairy dipilih pada pemilihan Umno Mac 2009.

“Semakin ramai orang Melayu terutamanya dari ahli Umno menyertai Perkasa sekarang adalah kerana orang macam Khairy masih berada dalam Umno yang menampakkan Umno tidak memperjuangkan kepenting orang Melayu lagi,” katanya.

Perkasa akan melancarkan Perkasa cawangan Rembau bulan depan, kata Syed Hassan.

Note: Lantak korang la labu....

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ZAHID HAMIDI : BELIT JANGAN TAK BELIT

بسم الله الرحمن الرحيم

Zahid Hamidi Menggelak Lagi..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengelak menamakan dua buah syarikat yang membida projek untuk membangunkan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia di Sungai Besi apabila diasak oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam parlimen semalam.

Ketika penggulungan perbahasan Azmin meminta Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan mengapa pengambilalihan lapangan terbang TUDM Sungai Besi tidak dibuat secara tender terbuka.

Beliau mempertikaikan jawapan menteri dengan ambil merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri yang berulangkali mengatakan projek penswastaan khususnya dalam penjualan aset negara dan penjualan tanah yang strategik akan dibuat secara tender terbuka.

"Mengapa dalam kes lapangan terbang Sungai Besi perkara ini tidak dilakukan. Jika ini dilakukan pastinya rakyat akan mengetahui berapa pendapatan kerajaan dalam urus niaga daripada ketelusan seperti ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamruddin Jaafar kemudiannya bangun mencelah meminta kepastian daripada menteri berhubung kedudukan sebenar lapangan terbang tersebut.

Beliau memetik laporan media pada bulan April lepas yang memetik Ahmad Zahid sebagai berkata tiada cadangan bangunkan tanah lapangan terbang itu sebagai hub komersial.

"Panglima Tentera Udara Di Raja Malaysia mengatakan pihaknya sedia mengosongkan kem Sungai Besi dan yang terkini pada 11 Jun, menteri mengumumkan kepada media bahawa lapangan terbang akan ditutup.

Menteri dalam penjelasannya kepada soalan yang dibangkitkan dalam ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata cadangan untuk membangunkan tanah lapangan terbang itu telah di bawa oleh 1Malaysia Development Berhad bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di samping cadangan dua lagi syarikat lain yang dikemukakan kepada kabinet.

Azmin kemudiannya mencelah meminta menteri menamakan dua lagi syarikat yang membida projek tersebut tetapi Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung dua lagi pembida projek itu dan akan memberikan jawapan secara bertulis kepada beliau.

Beliau membidas jawapan menteri tersebut di mana Menteri dan Timbalan Menteri turut menggelak untuk menjawab atau pun beliau tidak mahu menjawab.

"Ada satu lagi kategori hari ini apabila menteri menjawab tidak ingat, saya rasa sebagai Menteri Pertahanan, Naib Presiden Umno yang paling kanan, mustahil beliau tidak ingat.

"Ini bukanlah perkara baru dan saya telah bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini, saya telah membangkitkan siapakah pembida yang menyertai pembangunan ini.

"Sudah pastilah Kementerian menyediakan jawapan untuk menteri menjawab dan saya juga mahu tahu mengapa pegawai di kementerian tidak menyenaraikan dua lagi nama syarikat yang membida projek ini," soal Azmin lagi.

Azmi turut mempersoalkan apakah pengalaman 1Malaysia Development Berhad sebagai pemaju hartanah yang mempunyai pengalaman membangunkan tanah yang begitu strategik dan mahal.
Apabila ditanya berhubung penglibatan tiga individu iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Datuk Desmond dan Datin Cindy berhubung projek tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat memastikan sama ada individu yang disebut Ahli Parlimen Gombak terlibat atau tidak.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya menghentikan perbahasan usul selepas mendapati menteri yang diasak dengan soalan berhubung isu tanah lapangan terbang Sungai Besi TUDM oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

FELDA HILANG RM8 BILION BUKAN RM2.7 BILION?

بسم الله الرحمن الرحيم

Rezab Tunai Felda Susut RM8 Bilion?

KUALA LUMPUR 25 Jun - Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, rezab tunai Felda telah susut sebanyak RM8 bilion sejak diambil alih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukannya RM2.7 bilion sebagaimana didakwa Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Ini kerana, susut rezab bukannya jumlah yang ada pada tahun 2004 tolak jumlah yang ada sekarang kerana dalam tempoh tersebut Felda mempunyai pendapatan dan ia hilang bersama dengan kemersosotan yang berlaku.

Husam yang juga Exco Pembangunan Ekonomi berhujah:

a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.

"Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?" soalnya.

Menurut Husam, kenyataan Ahmad Maslan seolah-olah antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi.

"Mustahil!!" kata Husam kerana dalam tempoh tersebut, Felda juga menerima hasilnya dan hasil itu turut hilang dan hanya tinggal RM1.35 bilion sahaja pada akhir tahun 2009.

AJK PAS pusat itu berkata, "maklumat tepat yang saya perolehi, antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 bilion lagi."

Penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut;

a. 2005 - RM682 juta
b. 2006 - RM697 juta
c. 2007 - RM1.270 bilion
d. 2008 - RM1.70 bilion.
e. 2009 - RM830 juta

Jumlahnya menghampiri RM5.2 bilion.

Jumlah ini, kata Husam, perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM9.28 bilion.,

Baki 2004 - RM4.08 bilion
Masuk 2005 - 2009 - RM5.2 bilion
Jumlah - RM9.28 bilion

"Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM2.78 bilion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM9.28 bilion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 bilion (RM9.28 bil - RM1.35 bil = RM7.9 bil menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM8 bilion!" tegas Husam dalam blognya.

Perbelanjaan Felda

Husam juga mempertikaikan perbelanjaan yang dibuat Felda sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan.

"Mengenai perbelanjaan pula, perhatikan semula kenyataan Ahmad Maslan di atas. Senarai perbelanjaan sehingga wang itu susut adalah seperti berikut:

"RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters."


a. RM2 bilion untuk tanam semula
b. RM603 juta untuk pinjaman perumahan tanpa faedah
c. RM253 juta untuk program kemiskinan di Sabah
d. RM662 juta untuk menara baru ibu pejabat Felda

"Pertama : Menara Felda masih dalam pembinaan. Kenapakah bayaran penuh telah dibuat? Mustahil! Kalau masih berlaku, ia satu perkara yang sangat pelik.

Kedua: RM2 bilion untuk Tanam Semula.

"Kenapa guna rezab tunai Felda?" soal Husam.

Beliau bertanya, bukankah Felda mempunyai Tabung Tanam Semula? Bukankah Felda telah mengutip sebanyak RM4 sebulan seekar dari kesemua 112,000 penerokanya untuk lima tahun? Tabung itu sudah mencecah hampir satu billion dan tanam semula tidak pernah menggunakan rezab tunai Felda.

"Adakah kedua-dua kenyataan ini benar? Atau kedua-duanya salah?" soal beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau membuat kesimpulan, kedua-dua kenyataan ini tidak benar adalah lebih menasabah.

"Bermakna, Felda gagal menjelaskan ke mana wang tersebut telah lesap dan Felda juga gagal menjelaskan angka sebenar wang rakyat yang di jaga oleh Felda susut," katanya.

Beliau juga berkata, jumlah yang tidak kecil. Semua perolehan ini adalah dari ladang-ladang getah dan sawit, samada mempunyai peneroka seluas 1.2 juta ekar di seluruh negara mahu pun tanpa peneroka sejumlah 800,000 ekar.

"Jika keuntungan sebesar itu disumbangkan oleh ladang-ladang di Malaysia, apa jaminan pelaburan Felda di luar negara boleh menyaingi apa yang disumbangkan dalam negara?" soalnya lagi.

Husam juga bertanya, apabila Datuk Najib memperkenalkan konsep Felda patut mengembangkan sayapnya menjadi pemain global, apa jaminan pengembangan itu akan menyihatkan Felda dan bukan untuk mencabut bulu-bulunya sehingga nanti menjadi burung tanpa bulu?

Setelah Felda melabur di Amerika dan Kanada dalam Twin River Tech masing-masing sebanyak RM300 juta dan RM500 juta, berapakah jumlah keuntungan yang telah dihasilkan?

Secanggih mana teknologi pemprosesan biji bunga matahari dan soya yang ada di kilang ini sehingga pelaburan Felda sedemikian besar? soal Husam.

Dengan RM300 juta yang dibelanjakan dan pegangan 85% dalam TRT itu, mampukah Felda mengawal pengurusannya atau kita sekadar melihat dari jauh sebelum apa-apa terjadi terhadap wang kita sejumlah RM800 juta itu tadi?

"Jangan jadi seperti kita membeli syarikat motor oleh Proton dulu yang berakhir dengan dijual hanya satu euro!" kata Husam memberikan amaran.

"Tidak semestinya bila Felda mempunyai kilang penapis sawit di sini, pengurusan penapisan bunga matahari nun jauh di Kanada juga kita boleh kuasai.

"Itu pun sebahagian kilang penapis Felda telah pun dijual kepada syarikat dari India untuk membolehkan Felda melabur tak kurang dari RM688 juta pula dalam penternakan lembu untuk menghasilkan susu dan daging!" katanya.

Beliau juga mempersoalkan, apa istimewanya syarikat pembekal daging lembu (sebenarnya kerbau?) dari India itu tidak dketahui, sehingga selain dapat membeli kilang penapis, dapat pula menikmati diskaun belian minyak sawit mentah sebanyak USD20 per metrik tan sedangkan anak syarikat Feldasendiri - Felda Vegetable Oil Product cuma diberi subsidi sebanyak RM20 per metrik tan.

Kesimpulannya, kata beliau, semuanya misteri! dan ada "Lubang besar di Felda?" dan "Bagaimana kita rakyat biasa boleh membongkar misteri ini?"

Harakahdaily



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KERJA KERJA KOTOR SPRM

بسم الله الرحمن الرحيم

Laporan Rasuah Terhadap KM Sarawak Ditarik Balik Sebab SPRM Enggan Beri Salinan

KUALA LUMPUR 25 Jun - Keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyerahkan salinan laporan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memaksa tiga anak watan Sarawak menarik balik laporan mereka.

James Wong Joon Min, Ting Chek Ming dan Ahmad Nazib Johari tiba di pejabat SPRM Selangor pagi semalam untuk membuat laporan rasuah ke atas Abdul Taib berhubung tuduhan rasuah dan pemilikan aset bernilai berbilion ringgit di luar negara.

Ketiga-tiga anak jati Sarawak itu mengambil tindakan membuat laporan itu berasaskan beberapa artikel yang disiar oleh sebuah laman web, sarawakreport.org.

Menurut James Wong, artikel dalam laman web itu mendedahkan tuduhan rasuah dan pemilikikan aset berbilion ringgit yang dimiliki Abdul Taib dan keluarganya di Kanada, London dan Australia.

"Kita mahu SPRM menyiasat laporan ini. Satu dari laporan itu menyentuh empayar perniagaan dan harta yang beliau (Taib) dan keluarganya miliki di Kanada.

"Tetapi selepas membuat aduan, kami meminta salinan laporan tetapi SPRM enggan memberi salinan laporan yang dibuat kami. Jadi kami membuat keputusan untuk menarik balik laporan berkenaan dan akan datang pada hari lain yang diberitahu kelak samada di sini atau di SPRM Putrajaya," kata James Wong.

Ahmad Nazib, yang juga seorang peguam dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sarawak berkata, SPRM gagal menunjukkan sebarang peruntukan untuk menghalang mereka memperoleh salinan laporan itu.

"Mereka menyatakan tiada peruntukan undang-undang untuk satu salinan diserahkan kepada pengadu. SPRM tidak berjaya menunjukkan kepada kami peruntukan dan asas mereka tidak boleh menyerahkan salinan itu.

"Mereka kata kes ini berbeza, ini kes 'high profile'. Pihak kami mengambil pendekatan berhati-hati. Kami menyatakan 'high porfile', 'low profile' atau sesiapa, undang-undang tetap undang-undang, tidak ada perbezaan," tegas Ahmad Nazib.

Justeru pihaknya membuat keputusan menarik balik aduan itu kerana bimbang ia akan diubahsuai dan bercadang kembali pada hari lain untuk menyediakan laporan yang berasingan bagi memastikan laporan yang dibuat mereka dan yang berada dalam simpanan mereka adalah sama.

Laman web sarawakreport.org yang mendedahkan dakwaan salahgunakuasa dan rasuah yang dilakukan Abdul Taib dan berbilion ringgit yang dimiliki keluarganya di dalam dan luar negara.

Ia berhubung dakwaan Abdul Taib mempunyai aset bernilai berbilion ringgit di Kanada, London dan Australia dalam bentuk hartanah dan syarikat berjumlah RM3 bilion.

Menurut laman web itu, isu mengenai kediaman mewah yang dimiliki seorang anak perempuan ketua menteri itu, Jamila Taib turut didedahkan oleh media di Ottawa, Kanada.

Jamila merupakan pemilik, SAKTO Development Corporation, syarikat pembinaan yang memiliki aset jutaan dollar Amerika berpengkalan di Ottawa dan turut mempunyai pejabat di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Laman web itu turut mendakwa keluarga Abdul Taib juga memiliki satu lagi syarikat bernilai jutaan ringgit di Australia iaitu Sitehost Pty Ltd, yang juga pemegang saham hotel mewah bertaraf lima bintang, Hilton di Kuching dan Mulu Resort di Sarawak.

Selain Kanada dan Australia, Ketua Menteri Sarawak itu juga didakwa memiliki satu portfolio hartanah yang diuruskan sebuah syarikat khusus di London yang dimiliki oleh keluarganya.

Laman web itu mendakwa Abdul Taib menggunakan kekayaannya di Sarawak dan membuat pelaburan di seluruh dunia tanpa dikenakan cukai oleh kerajaan,

Ia juga menyiarkan pelbagai lagi pendedahan termasuk rompakan yang dilakukan Taib menerusi projek pembinaan dan pembalakan yang dilakukan syarikat milik keluarganya, Cahya Mata Sarawak. - suara-keadilan


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Friday, June 25, 2010

TU DIA RUPANYA ANAK PEMIMPIN UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم

PARTI LIAR ANAK NAJIB DAN PEMIMPIN UMNO - HIDUP YAHUDI!!!!



Semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar,Hotel Hitlon Kuala Lumpur, Malaysia Darul UMNO telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.

Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi ( anak Ismail Sabri Bin Yaacob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ) tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin (anak kepada Ahli Parlimen Setiu) tiba dengan kereta BMW putih.Yang menggemparkan bila Ashman Najib (anak PM Malaysia) tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin ( Anak kepada hishamuudin hussin onn) yang tiba slepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K ( laki siti norhaliza).Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri (anak kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus) tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah (pelakun drama Nur Kaseh ).Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih.


Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah WAHAI RAKYAT MALAYSIA KHASNYA penduduk FELDA YANG PANGKAH UMNO - warta365


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BRAHIM ALI, MAHATHIR BEDAL KHAIRY..KHAIRY BELASAH NAJIB..

بسم الله الرحمن الرحيم



Pemuda UMNO hari ini secara rasmi membantah cadangan supaya kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bola sepak di negara ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini,

Pemuda UMNO membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.

Fulamek!!! ini baru betul pemuda berani.................

Nampaknya setelah sekian lama Khairy di "tindas" dan di "buli" barulah nampak sekarang dia berani melawan dan melancarkan serangan keatas Mat Monggol dan Isteri Rosmah.Nampaknya ini satu perkembangan yang amat baik sekali.

Kalau Tak dapat Geng semenanjung kini Khairy berjaya mengumpul geng - geng dari sabah untuk di jadikan sebagai satu lagi puak penentang dalam geng United MuNkEeE.Kini di lihat apa sahaja dasar mat monggol telah di bantah keras oleh khairy.

Bila merasakan diri semakin terpinggir kerana Mat Monggol di lihat lebih suka "memanja" kan "Pahlawan Kotak" (Ezam mat Noor) daripada orang sendiri.Sekarang Khairy dah tahu kelemahan Mat Monggol pasal satu dunia dan satu eropah dah tahu kes Mat Monggol.

Khairy ada duit, apa nak kisah.....Geng - geng puak penentang kini di kumpul dengan lebih ramai untuk menghasil gerakan penentang kepada mat monggol. - amkshahalam


Note: Tu hari brahim ali warning khairy


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

DUA DUA BANGANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Asri Dakwa Zamihan Berbohong



Isu dakwaan empat tokoh agama dan politik dengan fahaman wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) kini menjurus kepada pertembungan personaliti dengan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin “terus berdusta.”

“Merujuk kepada kenyataan Zamihan bahawa dalam pembentangannya kepada pihak penguat kuasa dan wakil-wakil universiti (Isnin lalu), beliau hanya menyebut Dr Asri sepemikiran dengan Wahabi.

“(Zamihan) katanya tafsiran itu dibuat berdasarkan tulisan Dr Asri (saya) melalui sebuah buku Bid’ah: Istilah yang disalahfahami yang diterbitkan beberapa tahun lalu,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini bagi menjawab reaksi balas Zamihan pagi ini.


Asri menambah, Zamihan mendakwa beliau ‘salin dan tampal’ pandangannya yang menyamakan sambutan Maulidur Rasul dengan amalan orang Kristian.

“Zamihan menambah, pandangan yang ‘keras’ sebegitu jika tidak dibendung boleh menjurus ke arah pendekatan “radikal” di negara ini”,” katanya.

Oleh itu tegas Asri, ia adalah satu pendustaan yang nyata kerana dalam buku berjudul Bid’ah: Istilah yang disalahfahami sama sekali tiada disebutkan perkataan sedemkian.

“Sekadar yang ada sentuhan yang disebut oleh al-Imam al-Syatibi, pun begitu tiada perkataan beliau yang dipetik menyamakan dengan Kristian.

“Oleh itu, saya mencabar Zamihan membuktikan ayat dan muka surat mana yang menyebut hal seperti itu,” kata Asri lagi.

Asri mengeluarkan kenyataannya itu sejurus selepas Zamihan memberikan respons kepada pendirian bersama beliau dan mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Dalam responsnya, Zamihan Mat Zin pagi tadi menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan nama dua pemimpin politik termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada “membangkitkan” nama Asri dalam taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman Isnin lalu berdasarkan tulisan beliau selama ini.

“Dakwaan itu adalah satu pembohongan, dusta dan khianat,” kata Zamihan.

“Saya tidak pernah menyentuh ketiga-tiga tokoh itu mempunyai kaitan kecuali Asri, itupun berdasarkan analisis daripada buku-bukunya yang dilihat mempunyai pemikiran yang sama dengan JI,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider difahamkan selain Asri, Zamihan turut mengaitkan Hadi, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Juanda mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan JI.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana boleh berlaku “kebocoran” perbincangan sesi taklimat itu sedangkan ia adalah sulit dan menyifatkan dakwaan itu sebagai rekaan untuk menimbulkan salah faham.

Mengulas lanjut, Asri menambah, sebenarnya persoalan sambutan Maulidur Rasul pernah beliau menyebut dalam artikel lain yang bertajuk ‘Maulid: Antara Sejarah dan Amalan’ yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia dan tiada pun perkataan seperti didakwa itu disebutkan.

“Bahkan saya menyebut ‘Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar. Di samping kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi.

“Jika bulan Rabi’ul Awal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka tidak salah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda.

“Sama ada pada bulan ini atau selainnya. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu’,” kata beliau lagi.

Asri juga menegaskan, adapun dalam artikel lain yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia bertajuk ‘Melayu dan Mamak Penang’ yang mempertahankan pendirian Menteri Besar Kelantan mengenai isu maulud, perkataan Kristian ada disebut tetapi bukan perkataannya.

“Sebaliknya seperti berikut, Al-Imam Ibn Kathir mencatatkan bahawa cadangan agar tarikh Maulud Nabi s.a.w dijadikan tarikh kiraan tahun Islam pernah dibuat kepada Umar al-Khattab.

“Namun beliau tidak menerimanya. Kata seorang pengkaji sirah yang juga merupakan tokoh politik dan Ahli Parlimen Jordan, Dr Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris, ‘pada pendapat kami, Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik penolakan Umar itu kerana beliau mempelajari dari Rasulullah s.a.w agar kita berbeza dengan Yahudi dan Kristian’.

“Orang Kristian menentukan tarikh berdasarkan kelahiran Nabi Isa bin Maryam a.s. Mereka berlebihan dalam memuji dan membesarkan baginda sehingga sampai ke peringkat ketuhanan. Mereka kata, dia anak Allah, kadangkala ‘dia Allah’ dan dia satu dari yang tiga. Tujuan ‘Umar itu agar orang Islam tidak terjatuh seperti Kristian dalam berlebihan membesarkan Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi amaran agar tidak berlebih-lebihan dalam memuji baginda.

“Sabda baginda, ‘Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: “Hamba Allah dan rasulNya” (al-Bukhari). Maka Umar tidak menjadikan maulid Nabi s.a.w sebagai permulaan kalendar Islam untuk mengelakkan generasi kemudian menyeleweng’ (Abu Faris, al-Hijrah al-Nabawiyyah, m.s 16, Jordan: Dar al-Furqan).

“Inilah ulasan Dr Abu Faris dan pendapat ini dikongsi oleh ramai pengkaji yang lain. Saya hanya menyebut pendapat tersebut, tetapi tidak menyatakan menyokongnya,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata Asri, adalah jelas Zamihan telah memberikan taklimat yang dusta dan berbohong kepada pegawai keselamatan dan pegawai kanan universiit dari seluruh negara.

“Persoalannya, bagaimana kerajaan atau pihak polis boleh membenarkan pendustaan seperti ini dibuat dalam satu taklimat penting mengenai keselamatan negara?” katanya lagi.

Asri menambah, jika ada pihak yang tidak ingin mengadakan perayaan Maulidur Rasul seperti kerajaan Kelantan atau Perlis, apakah pula kaitannya dengan keselamatan negara.

“Jelas, isu keselamatan negara telah menjadi mainan pihak tertentu dan dipermudah-mudahkan.

“Isu ini menggambarkan betapa suasana pengurusan keselamatan negara diperjudikan atas perkara-perkara remeh seperti ini,” katanya.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

MALAYSIA MEMANG NEGARA LAWAK

بسم الله الرحمن الرحيم



Selain buku '1Funny Malaysia', yang diterbitkan oleh Kinibooks yang merupakan anak syarikat Malaysiakini, dua lagi komik Zunar - Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - turut diharamkan.

Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

Kata kaki bodek: krtun boleh ancam keselamatan negara....

Malaysia dah jadi macam kartun juga.Yang punggah duit bawa ke Kanada 3 billion, yang sapu duit komiision kapal selam,yang hilang enjin jet...semua ini tidak mengancam ekonomi dan negara ..hanya kartun yang menjaadi bahan untuk kerajaan merasa takut...


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Thursday, June 24, 2010

GENG KATAK DAN UMNO BERTELAGAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Ibrahim Ali gesa Khairy Jamaludin letak jawatan



KUALA LUMPUR, 24 Jun — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pagi ini membidas Khairy Jamaluddin dengan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” dengan mempertahankan Ketua Pemuda MCA semalam.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mendakwa Ketua Pemuda Umno itu buat tidak faham maksud yang tersirat dalam kenyataan Datuk Dr Wee Ka Siong minggu lalu ketika mempersoalkan “adakah biasiswa Mara akan dilakukan sepertimana biasiswa JPA.”

“Pasal itu Perkasa marah. Mana mungkin Mara hendak disamakan dengan JPA. Mara khas untuk Melayu.

“JPA untuk semua kaum. Kalau hendak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu.

“Apalah Ahli Parlimen macam Khairy tak faham bila Ka Siong cakap berlapik. Mana dia faham makna yang tersurat dan tersirat’. Kalau macam itu baik berhenti jadi Ahli Parlimen, sama macam Ka Siong,” katanya.

Ibrahim persoal tindakan Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) sanggup menggadaikan bangsa sendiri dalam isu tersebut.

Katanya lagi ini kali pertama Pergerakan Pemuda Umno menggadaikan maruah orang Melayu dan parti.

“Saya ada bukti kenyataan Wee... Pemuda Umno pertama kali dalam sejarah jual bangsa bawah Kkhairy,” kata Ibrahim yang menubuhkan Perkasa selepas pilihan raya umum 2008 dan lantang bersuara dalam isu-isu menyentuh kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

Semalam Khairy berkata, kenyataan Ketua Pemuda MCA berhubung isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam tidak berunusr perkauman, sebaliknya bertujuan mempertahankan pemberian biasiswa itu.

Khairy berkata, dakwaan Ibrahim kononnya Wee mempersoalkan kontrak sosial dan tidak menghormati perlembagaan persekutuan adalah tidak berasas.

Ketua Pemuda Umno itu memberitahu beliau mempertahankan kenyataan Wee kerana telah mendengar sendiri rakaman asal kenyataan itu dan daripada penjelasan yang diberikan juga beliau mendapati tiadanya unsur perkauman dalam kenyataan itu.

“Apabila saya mendengar kenyataan asal yang direkodkan dan daripada penjelasan Wee, saya rasa tak ada ruang nak buat tafsiran bahawa kenyataan itu adalah kenyataan perkauman yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, hak serta kedudukan Bumiputera.

“Wee buat contoh, biasiswa JPA ini adalah satu-satunya peluang untuk pelajar-pelajar bukan Bumiputera dapat biasiswa dari kerajaan. Jadi dia kata, apakah perasaan masyarakat Bumiputera sekiranya biasiswa dan pinjaman Mara itu ditarik balik,” katanya.

Khairy berkata, Ibrahim mungkin tidak sedar bahawa tindakan Wee mempertahankan biasiswa JPA itu sebenarnya turut mempertahankan biasiswa untuk kaum Melayu kerana majoriti mereka yang memperoleh biasiswa adalah kalangan orang Melayu.

“Jadi saya tak faham mengapa ini dipersoalkan. Mungkin cara kenyataan itu dilaporkan boleh menimbulkan persoalan tapi apabila saya mendengar kenyataan asal yang direkodkan dan daripada penjelasan Wee, saya rasa tak ada ruang nak buat tafsiran bahawa kenyataan itu adalah kenyataan berunsurkan perkauman,” katanya.

Wee pula berkata kenyataan beliau tidak sekali-kali mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan beliau tidak pernah menyebut bahawa kerajaan perlu memansuhkan biasiswa Mara.

Semalam, Ibrahim juga menafikan bahawa kecaman yang dibuatnya bertujuan mendapatkan publisiti murahan tetapi apa yang dinyatakan adalah berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Unit Penyelidikan Perkasa yang bertanggungjawab memantau semua laporan yang dikeluarkan dalam akhbar termasuk yang berbahasa Mandarin dan Tamil serta blog.

“Sebenarnya, ini bukan kali pertama beliau mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan mempertikaikan aktiviti Perkasa.

“Sebelum ini beliau juga mendakwa resolusi yang dicapai ketika Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran Majlis Perundingan Melayu yang turut dianggotai Perkasa pada 29 Mei lalu sebagai primitif,” katanya.- minsider

Note: Apa lagi pak brahim.. kasi notis 48 jam laa.. hehehe...

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

TAIB MAHMUD GUNA POLIS UNTUK LINDUNGI KEGANASAN SYARIKAT KRONI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Penduduk Penan diserang



Polis Sarawak didakwa menyokong keganasan apabila membenarkan syarikat pembalakan Lee Ling Sdn Bhd, membubarkan sekatan di jalan-jalan balak di kawasan penempatan peribumi Sarawak di Limbang.

Merujuk kepada kejadian 20 Jun lalu, kumpulan pejuang hak kaum peribumi, Yayasan Bruno Manser (BMF), berkata Lee Ling menghantar tiga anggota polis yang tidak berpakaian seragam dengan kenderaan syarikat berkenaan ke kawasan sekatan di Long Sebayang.

Seorang anggota polis itu yang dilengkapi dengan sepucuk pistol dan mengarahkan penduduk sekitar supaya yang membubarkan sekatan dan memberi laluan kepada Lee Ling untuk membawa keluar balak yang ditebang.

Menurut penduduk tempatan, Lee Ling bercadang untuk menebang pokok di kawasan berkenaan dan menjadikannya sebagai kawasan perladangan.

Sekatan berkenaan didirikan oleh penduduk Lun Bawang, Penan dan Tabun dari kampung sekitar sebagai usaha terdesak mereka sejak kebelakangan ini bagi menghalang tanah adat dan pusaka mereka daripada terus dicabuli. Walaupun banyak sekatan didirikan, sebahagian besarnya telah dirobohkan oleh polis.

Kerajaan Taib tidak mengiktiraf Hak Pusaka Orang Asli (NCR) meskipun ia termaktub dalam adat resam mereka dan juga perlembagaan negeri dan persekutuan.

Penduduk di kawasan pendalaman Limbang itu juga membuat laporan polis mendakwa dikasari oleh pekerja Lee Ling. Namun mereka mendakwa, tiada siasatan polis dijalankan berbanding sokongan yang diberikan kepada syarikat pembalakan itu.

Aking Anung, seorang penduduk Penan dari kampung Long Keneng, membuat laporan polis di Limbang, mendakwa dia diserang di sekatan jalan oleh pengurus Lee Ling yang bernama “Ah New”, pada hari polis membuat lawatan. Dakwa Aking, pengurus itu mengugutnya dengan sebilah parang.

Setelah diserang, Aking berkata dia melarikan diri kerana tidak mahu dicederakan.

Bita Pelisi, seorang lagi penduduk di sekatan jalan itu juga mendakwa “Ah New” menyerangnya di bahagian muka sehingga menyebabkan hidungnya berdarah.

Katanya, pekerja Lee Ling kemudian mengugut penduduk bahawa mereka akan membawa lebih ramai orang untuk membelasah mereka jika sekatan tidak dirobohkan.

Raziah Mahmud, adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, adalah antara lembaga pengarah di firma Quality Concrete, yang merupakan syarikat induk Lee Ling - mkini



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

LAPORAN TERHADAP NAJIB... DUIT FELDA HILANG

بسم الله الرحمن الرحيم

RIZAB FELDA : ANAK BUAT LAPORAN POLIS ESOK- harakah daily

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman akan membuat laporan terhadap Najib Abdul Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh berhubung isu kejatuhan rizab tunai Felda yang begitu membimbangkan.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam, berkata beliau akan membuat laporan tersebut pada jam 10 pagi esok (23 Jun).

Dalam laporan yang telah disiarkan akhbar Harakah keluaran terbaru telah memaparkan bagaimana bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong mendedahkan kekurangan rizab tunai Felda.

Perkara itu terpaksa diakui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan bahawa rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

KAH KAH KAH.. woit… MANA DUIT FELDA HILANG…. kah kah kah…. SUDAH KENA SEBAT… kah kah kah..woit…. MENTERI CHINA YANG MAKAN BABI… LEBIH JUJUR….kah jkah kah.. woit… MENTERI CHINA YANG BERAK TAK BASUH LEBIH IKHLAS…kah kah kah woit… MENTERI MELAYU… TURUN NAIK PERGI MEKAH …KERJA MENIPU…kah kah kah MENTERI MELAYU DOA BERBUIH BUIH MULUT…. SONGLAP DUIT…kah kah kah INI LAH HAKIKTNYA NEGARA INI ….kah kah kah.. INI LAH HAKIKAT KEADAAN POLITIK NEGARA INI…. kah kah kah

nota:
tidak ada jalan lain gerombolan dan suku sakat nya wajib di hapuskan sebelum negara ini hancur lebur kerana gerombolan sedang ligat merembat dan menjual harta negara termasuk akan menjual bank negara dan masjid negara kah kah kah - TT



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Wednesday, June 23, 2010

KES SCORPENE DAN ALTANTUYA BAKAL TERBONGKAR

بسم الله الرحمن الرحيم

MINDEF: KONTRAK SCORPENE BERNILAI RM6.7BILION - mikini



Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Najib Razak.

KAH KAH KAH..

woit… KES INI SEDANG BERJALAN DI PARIS… kah kah kah… TAK LAMA LAGI AKAN ADA WARAN KELUAR…. kah kah kah.. TUNGGU DAN NANTIKAN…. kah kah kah… WARAN NAK TANGKAP SAPA?.... kah kah kah…NAMA SIAPA AKAN DISEBUT DALAM WARAN... kah kah kah..woit… HABIS PELUANG MAK NAK KE EROPAH…. kah kah kah… - TT


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BILA MASA ROSMAH JADI MENTERI NI?

بسم الله الرحمن الرحيم

PROGRAM PERMATA DIAMBIL ALIH DUA KEMENTERIAN MULAI 2012 :ROSMAH – berita hairan



Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan hanya mengambil alih pelaksanaan Program Permata Negara mulai 2012 iaitu selepas dua akta berkaitan dipinda di Dewan Rakyat, kata Rosmah Mansor.

Rosmah yang juga Penaung Program Permata Negara berkata, mengikut perancangan awal, pengambilalihan itu dilaksanakan pada Mac tahun depan, tetapi pindaan kepada Akta Pelajaran 1996 dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 memerlukan masa untuk diperhalusi..


Note: BUKAN MENTERI DARI KEMENTERAIN YANG BERCAKAP MENELUARKAN DASAR…. TAPI ROSMAH YANG BERCAKAP UNTUK DUA KEMENTERIAN…. APA SUDAH JADI KEPADA MENTERI DI KEMENTERIAN INI… MALAYSIA MENUJU KEHANCURAN... - TT


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

JANGAN SEKSA DOLAH BADAWI

بسم الله الرحمن الرحيم

PAK LAH: HAK ASASI SEKULARISME MUSUHI AGAMA - mkini

"Ramai yang tidak sedar bahawa amalan dan konsep hak asasi berasaskan humanisme dan sekularisme adalah musuh kepada semua agama," katanya.

Tambahnya, masyarakat juga tidak memahami beberapa istilah dan kata kunci berkaitan hak asasi.

Masih ada di kalangan kelompok masyarakat yang masih salah tanggapan kepada maksud keadilan dan kebebasan, kata Abdullah Ahmad Badawi.

Bercakap dalam satu seminar berkaitan agama dan hak asasi manusia anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini, Abdullah berkata masyarakat tidak seharusnya mengasaskan kefahaman mereka berhubung hak asasi daripada falsafah kemanusiaan.

woit… SIAPA BUAT UCAPAN MAT NGANTUK INI?.... kah kah kah.. woit… JANGAN LAH BUAT SUSAH SUSAH…DOLAH TAK LEH BACA. kah kah kah..woit… JANGAN LAH GUNAKAN KONSEP… kah kah kah..MAT NGANTUK SENDIRI TAK FAHAM APA ITU KONSEP….kah kah kah.. KEPALA HANGGUK APA BENDANYA SEKULARISMA…. kah kah kah.. DOLAH TANYA : SEKULARISMA INI GULA GULA KE??... kah kah kah JANGAN BAGI PERKATAAN BESAR BESAR…. kah kah kah… MAT NGANTUK TAK DAPAT EJA … kah kah kah…

nota:
kesian pada dolah keupayaan dolah befikir tidak lebih dari bilik mandi ke tandas berak ini adalah lulusan pengajian islam dari um sekolah dari bukit mertajam masuk universiti kerana kouta melayu kah kah kah - TT


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

CELUPAR SANGAT... KAN DAH KENA SAMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Kelantan ambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Red Carpet



KOTA BHARU - Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Red Carpet Sdn Bhd berhubung kenyataan syarikat itu yang menjejaskan nama baik Kerajaan Negeri dalam isu Kelantan Fiesta 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan Red Carpet dalam media yang didapati menjejaskan imej Kerajaan Negeri kerana memboikot acara Kelantan Fiesta itu.

"Hakikatnya menurut perjanjian yang dimeterai antara Red Cerpet dan Kerajaan Negeri pada 24 Ogos tahun lalu di Kuala Lumpur menetapkan agensi Kerajaan Negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai penganjur, manakala Red Carpet sebagai pengurus acara Fiesta Kelantan 2010," katanya semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri penggal ketiga, di sini hari ini.

Beliau berkata disebabkan perasmian acara besar yang akan dirasmikan Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengambil alih acara itu daripada PMBK.

Beliau berkata, Red Carpet menolak permintaan Kerajaan Negeri supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat ucapan pada majlis perasmian acara itu dan tindakan itu bertentangan dengan perjanjian awal yang dimeterai kerana Kerajaan Negeri sebagai penganjur dan hos kepada acara itu.

Takiyuddin berkata, semasa acara perasmian itu diteruskan pada 16 Jun, di Stadium Sultan Muhammad IV, bekalan elektrik terputus di stadium menyebabkan acara itu tidak dapat dilangsungkan secara sempurna.



"Bagaimanapun setelah beberapa hari, pihak penganjur mengeluarkan kenyataan media bahawa Kerajaan Negeri sabotaj acara itu hasil post-mortem mereka," katanya.

Katanya, laporan Jabatan Kerja Raya mendapati, peralatan yang digunakan pada acara itu melebihi bekalan kuasa yang mampu ditanggung stadium.

Beliau turut menjelaskan yang Kerajaan Negeri tidak merampas kain rentang acara itu yang diletakkan di sekitar bandar Kota Bharu, sebaliknya ia dikutip majlis perbandaran Kota Baharu kerana ia terjatuh di tanah akibat ribut dan hujan. - Bernama



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

UMNO: TRIK LAMA DIGUNA KEMBALI

بسم الله الرحمن الرحيم

JI : PAS CABAR KERAJAAN DEDAH BUKTI DI PARLIMEN - harakah daily



Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Hishammuddin Hussein supaya mengeluarkan kenyataan rasmi di Dewan Rakyat dalam masa terdekat berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

Kami semua selaku Ahli Parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen dalam kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mewakili Ahli Parlimen PAS pada sidang media di lobi Parlimen, pagi tadi.

Menurut beliau, dari maklum balas yang diberikan oleh universiti, KDN dalam suatu taklimat bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkaitan isu JI, pihak KDN gagal menjelaskan bukti-bukti wujudnya gerakan bawah tanah tersebut di beberapa universiti tempatan.

woit… INI TRIK LAMA….kah kah kah..woit...TRIK INI DILAKUKAN ...BILA KERAJAAN SEDANG NAK RUNTUH...kah kah kah.. DI AMERIKA BILA KONGRES NAK TAHU KEMANA PERGI 3 TRILION DOLLAR...kah kah kah..woit...DI MALAYSIA... BILA GEROMBOLAN TAK DAPAT SOKONGAN...kah kah kah.. woit…. INI TRIK PSYWAR INI DIPANGGIL TENSION THEN SOLUTION….kah kah kah..woit… SENANG SAJA CARANYA…. kah kah kah.. PERTAMA : BUAT KACAU DAN TINGGIKAN SUHU KECEMASAN…kah kah kah.. INI MENJADI TENSION… SUASANA TEGANG…kah kah kah..woit… KEMUDIAN: WUJUDKAN CARA PENYELESAIAN…. kah kah kah..TENANGKAN KEADAAN… kah kah kah..WARGA AKAN MERASA LEGA DAN BERTERIMA KASEH…kah kah kah

nota:
yang buat kacau orang yang sama yang beri jalan penyelesaian orang yang sama. CIA rancang 9/11, dunia kacau bilau, wujudkan dasar : war on terror, lacarkan perang, semua sujud pada amerika

sila kaji kes al-maunah zaman mahafiraun:

tetiba muncul cerita senjata 4 tan hilang, dilarikan dalam sebuah pajero, keadaan negara tegang, tuduh al-maunah nak mengganas, tangkap al-maunah.. tapi sebenarnya al-maunah ini firaun sendiri yang dirikan tujuannya agar orang ramai tak bagun menentang mahafiraun di zaman reformasi..

cerita terbongeng tak ada orang percaya:

1 boleh kah 3 buah pajero membawa 4 tan senjata
2 boleh kan 4 tan senjata di masukan ke dalam 3 pajero dlm masa 15 minit
3 masuk akalkah kem gerila al-maunah nampak dari tepi jalan raya
4 masa itu belum ada blog maka kelentong ada orang percaya
5 masa itu ada yang percaya – kalau hari ini berlaku semua akan kah kah kah - TT


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

MENTERI MALAYSIA MESTILAH BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

MAAF lah kepala saya jadi panas dengan tiba-tiba bila mendengar Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menyelar Anwar Ibrahim ketika bercakap dengan pemberita berhubung Jemaah Islam (JI). Kata Zaid, Anwar tidak sepatutnya memanipulasikan isu berkenaan.

Saya rasa baik Menteri Pertahanan dan juga Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara dan juga Menteri Pelajaran tidak berapa masak dalam hal ini. Kalau Anwar tidak masak munasabah, sebab dia ketua pembangkang di mana akan membangkang apa saja tidak kira makanan yang dihidangkan beracun atau lazat.

Kenapa saya kata tidak berapa masak ialah, kenapa mereka mendedahkan isu JI yang kononnya sudah meresap dalam kampus dan mengancam keselamatan negara. Dan seperti mana kata Zahid seorang Profesor Madya terlibat dengan JI.

Saya percaya kalau polis bersama menteri-menteri tidak mendedahkannya, ketua pembangkang tidak akan bercakap. Ketua pembangkang tidak ada modal untuk memanipulasikan isu berkenaan! Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain tidak akan bercakap. Dan rakyat juga tidak akan tahu mengenai hal itu. Bila menteri dan ketua polis dedah baru rakyat tahun yang ada JI di negara ini.

Selalu berlaku demikian. Kerajaan mendedahkan sesuatu tidak sepenuhnya. Dedah sikit-sikit dan samar-samar. Bila pihak pembangkang mempertikaikan mereka akan marah. Kata pembangkang mengambil kesempatan dan jadikan modal politik murahan. Dalam kes JI saya kira baik ketua polis, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Pelajaran dan terbaru Menteri Pertahanan tidak payah gatal mulut untuk bercakap. Diamkan saja.

Baru-baru ini polis ada tangkap 10 orang warga asing, kenapa tidak dedahkan identiti mereka dan jelaskan apakah aktiviti dan jenayah yang mereka lalukan. Sejauh manakah penglibatan mereka dalam JI?

Kalau setakat tangkap masuk guni dan tidak ceritakan kepada rakyat ia jadi masalah. Zaman ini zaman segala maklumat tidak boleh disimpan di bawah karpet lagi. Selain polis yang ada kuasa menangkap, rakyat juga ada hak untuk menilai dan menghakimi dengan akal dan otaknya atas prinsip kebebasan. Selalu juga terjadi polis tidak bertindak secara profesional tetapi lebih sedia menjadi lembu mandul dicocok hidung kepada UBN.

Untuk apa Muhyiddin Yassin meminta semua Naib Cencelor jumpa ketua polis negara. Untuk apa pula Zaid sebutkan perkara ini kepada pemberita sambil melanyak bekas ketua kabilahnya? Untuk apa? Untuk apa? Apakah untuk membendungnya atau untuk apa? Apakah dengan cara mendedahkan itu ia boleh dibendung? Atau tiba-tiba saja bila isu JI didedahkan mereka yang cuba menyebarkannya akan berhenti? Begitukah? JI ini bukan calang-calang gerakan. Saya rasa mereka tidak akan berhenti setakat ada menteri mendedahkan kegiatan mereka. Mereka yakin dan komited dengan jihad mereka.

Sebab itu pendedahan menteri dan ketua polis mengenai JI itu tidak begitu jelas dan konkrit. Sebab itulah juga pembangkang membuat andaiannya ia adalah motif dan helah politik. Bahawa kerajaan sengaja menimbulkan itu untuk menakut-nakutkan orang ramai. Menimbulkan kebimbangan. Dan ada benarnya juga kalau ada yang beranggapan kerajaan akan tangkap pemimpin pembangkang atas motif politik.

Kejadian mengkambinghitamkan pihak pembangkang ini bukan baru. Ia pernah berlaku sebelum ini. Dalam tahun 1986 atau 1987 yang tunjuk perasaan dan menimbulkan isu perkauman para pemuda Umno, yang kena tangkap pemuda Pas. Semua orang masih ingat. Zahid sendiri juga rasanya ada pengalaman mengenai tindakan rakus kerajaan ini tahun 1998 sewaktu reformasi lalu. Apakah pengalaman yang dilalui itu tidak boleh dijadikan iktibar. Jangan munafik?

Di sini kalau kerajaan ikhlas hendak membenteraskan isu itu (kalau ada seperti mana dikatakan itu) ia tidak perlu dihebuhkan. Cekup perlahan-lahan dan sumbat ke dalam penjara. Masukkan ke dalam ISA. Tetapi kalau awal-awal sudah heboh riuh randah sekampung apa halnya? Jangan marahkan orang kalau ada tuduh ada motif di sebalik itu. Belajarlah menjadi bijak dan cerdik sedikit.

Itu Zaid Hamidi pun tidak payahlah selar dan marahkan Anwar. Anda Menteri Pertahanan ada kuasa, ada bedil dan ada bom, bom sajalah tutup cerita. Kalau C4 milik tentera boleh dilepaskan untuk hancurkan Altantuya apa salahnya kalau ia digunakan untuk bom JI? Gunalah...

Kalau menimbulkan isu kerana nak burukkan Anwar nak hina Anwar rasanya tidak payah. Seorang menteri seharusnya ada wibawa, ada klas dan mempunyai integriti yang tinggi. Kalau Zahid atau Hishmuddin juga bercakap macam ketua pemuda cawangan malanglah kerajaan Najib Razak. Malang bagi Najib nak tukar menteri bodoh dan otak kemetot tak dapat kerana ahli parlimen Umno hanya ada berapa kerat saja. Al nasib wa nasab.... [wm.kl. 6:00 pm 22/06/10]


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NASI BERIANI

بسم الله الرحمن الرحيم


BAHAN- BAHAN

•800 gram beras beriani
•100 gram cili merah
•40 gram bawang putih
•60 gram halia
•50 gram serai
•70 gram minyak sapi
•150 gram rempah beriani

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriani dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air dan susu cair secukupnya.
4. Masukkan beras yang telah dibersihkan dan kacau hingga sebati. Kecilkan api sehingga nasi masak.

Info:
Rempah beriani dan beras yang digunakan bukan sahaja memberi rasa yang unik malah mampu mengenyangkan walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ISTERI LARI TELANJANG TAK TAHAN DIBELASAH SUAMI

بسم الله الرحمن الرحيم



KULIM: Isteri beranak satu, berusia 28 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech, dekat sini lari keluar dari rumah dalam keadaan berbogel apabila dikejar dan dipukul suaminya berusia 30-an.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya berkaitan masalah peribadi.

Seorang penduduk yang tidak mahu dikenali dan menyaksikan kejadian itu berkata, pasangan itu dikatakan berkahwin sejak 10 tahun lalu dan sering bergaduh.

Katanya, mangsa sering dipukul dan dicederakan setiap kali pasangan itu bergaduh dan sehingga kini, mangsa dikatakan tidak membuat sebarang laporan polis terhadap penderaan dialaminya kerana bimbang tindakan undang-undang diambil terhadap suaminya.

”Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya dan berlari keluar daripada rumah dalam keadaan bertelanjang bulat selepas dipukul dan ditendang suaminya.

“Mangsa kemudiannya masuk ke rumah untuk memakai baju dan melarikan diri.

"Pasang ini memang selalu bergaduh. Mangsa pernah memaklumkan kepada jiran berdekatan bahawa dia akan dipukul suaminya setiap kali bergaduh,” katanya.

Mangsa bimbang dengan keselamatannya, melarikan diri ke rumah jiran berdekatan untuk mendapatkan perlindungan, bagaimanapun suaminya tetap mengekori mangsa.

Ketika berada dalam rumah jiran, suami mangsa lafazkan cerai talak satu kepadanya sebelum keluar.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu dinasihatkan jiran mendapatkan pengesahan status perkahwinan dan lafaz cerai yang dibuat suaminya.

”Suami mangsa sebelum ini pernah mendapat rawatan di pusat pemulihan dadah selama dua tahun dan dibebaskan beberapa tahun lalu.

"Suami mangsa tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan mungkin ini mendatang tekanan kepadanya," katanya.
-sinarharian-


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Tuesday, June 22, 2010

APA BEZANYA JUDI ARAK DAN BABI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tak cakap, dia takut orang kata dia bodoh, bila dia cakap, jelas memang dia bodoh,"

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dilihat menyerlahkan kebodohan diri sendiri apabila mendakwa Pakatan Rakyat termasuk PAS, hipokrit berhubung bantahan isu lesen judi tetapi membenarkan penjualan arak.

Beliau memberi contoh Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwanya membenarkan penjualan arak yang juga diharamkan oleh Islam.

Ahli Parlimen Baling, Taib Azzamuddin Mohd Taib ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Choo Keong sewajarnya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum menyinggung mana-mana pihak dengan kenyataan dangkalnya.

Dalam pensyariatan hukum Islam, judi dan arak, katanya dua perkara berbeza.

Judi, jelasnya diharamkan oleh semua agama manakala arak tidak semua agama mengharamkannya.

Katanya, Kelantan menghadkan penjualan arak kepada bukan Islam di premis-premis tertentu sahaja dan bukannya secara terbuka.

"Kalau dia (Chee Keong) tak cakap, dia takut orang kata dia bodoh, bila dia cakap, jelas memang dia bodoh," katanya.

Dalam pada itu, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berkata, contoh yang digunakan Choo Keong, salah dan langsung tidak tepat.

"Contoh yang digunakan itu salah, saya cadangkan dia belajar lagi dan kaji juga agama-agama lain," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Dr Mujahid Yusof (PAS-Parit Buntar) berkata, tindakan Choo Keong itu seolah-olah beliau lebih hebat dari ulama.

"Hanya 'agama' (fahaman) Umno sahaja Yang menghalalkan judi di dunia, (sedangkan) agama Islam haram judi, begitu juga Kristian, Hindu, Buddha dan pelbagai lagi agama budaya yang lain di Malaysia," kata Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar).

Menurut beliau, kelulusan lesen arak tersebut sebenarnya sekadar untuk tidak menafikan hak masyarakat bukan Islam dari meminum minuman keras itu.

"Arak ini macam babi lah, walaupun umat Islam diharamkan makan babi atau arak, kerajaan (Kelantan) tidak boleh menghalang penganut agama-agama lain dari makan dan minum kedua-duanya.

"Ianya kerana Islam agama yang adil (dan) keadilan Islam tidak boleh menghalang hak penganut agama lain, sebab arak ini kalau ikut fekah seperti harta mereka," ujarnya.

Disebabkan itu, sekiranya umat Islam terjebak dalam meminum arak, menurut beliau, mereka tetap akan dikenakan tindakan syarak.

Maka, katanya lagi, tidak salah sekiranya kerajaan menggunakan duit dari cukai judi untuk membangunkan prasarana di negeri Kelantan.

Ini kerana, beliau berkata, Sheikh Dr. Yusof Abdullah al-Qardhawi, Pengerusi Majmak Fiqh al-Islami al-'Alami (Ikatan Fiqh Islam Sedunia) pernah berfatwa bahawa kerajaan diharuskan menggunakan duit dari cukai arak untuk pembangunan prasarana awam daripada membakar duit cukai itu.

Ini kerana, beliau berkata, Dr. Yusuf berpendapat membakar duit hasil dari cukai arak tidak ubah seperti melakukan pembaziran yang nyata ditegah di sisi Islam juga.

Berbeza dengan isu judi, beliau berkata, semua agama mengakui bahawa aktiviti itu memunahkan keharmonian rumah tangga.

Sehubungan itu, beliau menganggap kenyataan Choo Keong mengelirukan Dewan Rakyat dan wajar dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.- harakahdaily

Note: Hahaha.. ni ulama2 upno la yang ajar cina ni. Sama seperti penyokong2 upno yg bangang. Soalan yg selalu penyokong upno tanya.."Kelantan tu boleh pulak halalkan arak...?".

Sebab arak tu tidak diharamkan untuk agama lain la bodohhh..!!! sama la mcm kelantan x haramkan babi. sebab untuk org cina babi tu x haram. Kenapa...? Org2 upno ni teringin nak makan babi jugak ke? hehehe...


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SUAMI TANGKAP ISTERI BERKHALWAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Hadiah Hari Bapa.


PEGAWAI penguat kuasa JHEAINS menyoal siasat pasangan yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson semalam

SEREMBAN - Hari Bapa yang disambut semalam sepatutnya menjadi hari paling bermakna untuk mereka yang bergelar bapa.

Bagaimanapun, bagi seorang mekanik semalam adalah sejarah hitam dalam hidupnya apabila isteri sendiri ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.

Lebih memalukan ketika ditahan pada pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.

Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.

Menurut suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, mereka sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan tiga tahun. - sumber



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...