بسم الله الرحمن الرحيم
Jet Tanpa Enjin RM45 Juta Sebuah, Yang Ada Enjin RM20 Juta
KUALA LUMPUR 23 Apr - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan keputusan Kementerian Pertahanan membeli pesawat latihan jet pejuang tanpa enjin dengan harga RM45 juta sebuah sedangkan tentera udara di salah sebuah negara Afrika membeli pesawat yang sama dengan enjin dengan harga cuma RM20 juta.
"Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan menurut Timbalan Menterinya telah mengesahkan membeli lapan pesawat Aermacchi MB339C dari Itali dengan harga RM360 juta.
"Pesawat tersebut yang dibeli kerajaan ini adalah tanpa enjin, sebelum ini kita digemparkan dengan kehilangan enjin pesawat tapi hari ini kerajaan pula membeli pesawat tanpa enjin daripada Itali dengan harga RM45 juta sebuah," kata Mahfuz.
Menurut Mahfuz lagi, apa yang meragukan apabila tentera udara Eritrea telah membeli pesawat yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah dan yang memeranjatkan lagi, pesawat yang dibeli mempunyai enjin.
"Oleh sebab itu, saya minta siasatan dibuat oleh pihak berkuasa dan suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyiasat perolehan-perolehan yang dibuat dalam sektor dan industri pertahanan dalam negara kita kerana jika kita lihat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak boleh diharapkan untuk melakukan siasatan dengan tulus dan jujur," tegas beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau juga meminta kerajaan mendedahkan kos penyelenggaraan enjin lama yang difahamkan telah dihantar ke Roll Royce United Kingdom untuk dipasang pada pesawat latihan tanpa enjin yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan.
Malaysia sebelum ini menggunakan satu lagi pesawat iaitu Aermacchi MB339AM untuk kegunaan latihan bagi pemandu jet pejuang.
Pesawat tersebut menggunakan teknologi 50-an buatan United Kingdom dan telah diguna sejak 30 tahun lalu.
Bagaimanapun ianya sudah tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan tersebut, namun enjinnya akan digunakan untuk pesawat Aermacchi MB339C yang dibeli tanpa enjin. - SK
* Malaysia akan hancur jika kita biarkan UmnoBN terus memerintah... - sumber
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Saturday, April 24, 2010
DULU NAJIB SEKARANG GILIRAN ZAHID HAMIDI PULA BUAT DUIT ?
Friday, April 23, 2010
SIKSA DUNIA ISTERI YANG CURANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Untuk bacaan kita bersama sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri yang diceritakan oleh seorang ustaz. Begini ceritanya…
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
“Entahlah.” katanya perlahan,
” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.
“InsyaAllah.” Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”
“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.”
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”
“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”
“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Ini satu contoh siksa dunia buat isteri yang derhaka kepada suami. Ingatlah, neraka jahanam adalah tempat yang kekal untuk isteri sebegini. Kepada lelaki/suami adakah anda ingin melihat ini terjadi kepada isteri anda? bimbinglah mereka dengan ajaran islam yang sebenar. jangan biarkan mereka terlalu bebas tanpa kawalan sehingga berlakunya maksiat, baik dari kata-kata ataupun perbuatan. Sayangilah isteri anda kerana dia adalah amanah Allah buat anda para suami. Wallahualam.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
MODUS OPERANDI SPR TERBONGKAR
بسم الله الرحمن الرحيم
Licik Dan Jahat Betul SPR Nie..
Hulu Selangor: Terbongkar Jua, Modus Operandi Perpindahan Beribu-Ribu Pengundi Berdaftar Di Rancang Rapi Oleh SPR Itu Sendiri Sebenarnya !!
Ramai yang meramalkan UMNO BN akan menang besar dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Keyakinan itu bersandarkan kepada "kehilangan misteri" lebih 13,000 nama pengundi berdaftar di parlimen itu yang telah dipindahkan "secara paksa" oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PKR bahawa ada 13,488 nama pengundi berdaftar yang dipindahkan rupanya bukan "fitnah semata-mata". Malah ia disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar selepas itu. Malah, beliau tidak menafikan cuma jumlahnya kurang sedikit dari itu. Kononnya perpindahan berlaku atas permohonan pengundi terbabit. Masalahnya, rata-rata pengundi yang ditemui tidak pernah memohon untuk membuat pertukaran tersebut. Soalnya kenapa ia berlaku, dan kenapa kerajaan takut isu tersebut dibahaskan di parlimen bahkan ditolak bulat-bulat atas alasan tidak ada kepentingan awam di situ. Mereka sebenarnya sudah berpakat dan merancang untuk menjatuhkan maruah Anwar di Hulu Selangor. Ramai yang terkejut dengan kehilangan begitu besar nama pengundi itu.
Bayangkan, yang dihilangkan itu adalah pengundi PKR dalam pilihanraya lalu. Makanya, sudah pasti BN berpeluang menang dengan majoriti lebih besar dari yang dimilik PKR iaitu 198 dulu. Harus diingat BN menewaskan calon PAS, Dato' Ismail Kamus sebelum itu dengan majoriti melebihi 14,000 undi. Ini bermakna, SPR diarahkan melaksanakan tanggungjawab agar memastikan nama-nama pengundi PKR itu dinafikan hak untuk mengundi. Soalnya, bagaimanakah modus operandi itu dilakukan? Sedangkan Wan Ahmad SPR secara jelas mengatakan bahawa perpindahan itu sudah berlaku agak lama juga dan tidak ada kaitan dengan pilihanraya kecil Hulu Selangor. Apakah kita boleh percaya ia tidak ada kaitan dengan pilihanraya kecil, sedangkan kita tau SPR adalah komponen BN yang tidak berdaftar secara sah. Makanya, kami cuba menyelidikan tektik dan strategi yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) ini. Ternyata, SPR begitu licik mengatur strategi. Berdasarkan laporan perubatan hospital ternyata Ahli Parlimen PKR ketika itu iaitu Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad tidak berpeluang untuk hidup lama berdasarkan kepada penyakit yang dialaminya. Samalah kepada penilaian doktor pakar terhadap mana-mana pesakit yang mengidap penyakit kronik seperti kanser, buah pinggang dan sebagainya.
Statistik sudah dibuat bahawa tempoh tertentu diambilkira untuk pulih atau tiada harapan untuk pulih. Lantaran itulah SPR diarahkan oleh UMNO untuk mendapatkan maklumat dari hospital tentang kesihatan Allahyarham Datuk Dr.Zainal. Hasil maklumat doktor terbabit, maka mudahlah untuk SPR membuat percaturan atas perkara memindahkan nama-nama pengundi berdaftar tersebut. Maka, perancangan dibuat dengan rapi dan mereka membilang hari untuk memastikan projek ini berjalan lancar tanpa disedari. Hinggalah kematian Datuk Dr.Zainal diumumkan dan ramai rakyat terutamanya penduduk Hulu Selangor tersentak dengan perkara itu, tetapi tidak bagi SPR. Kakitangan mereka sudah melaksanakan tanggungjawab lebih awal untuk memastikan projek menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor itu tercapai. Akhirnya ia berlaku dan mereka boleh mengatakan apa sahaja seolah-olah perpindahan pengundi itu tiada kena mengena dengan pilihanraya kecil kerana ia telah dilakukan sejak dari awal lagi. Akhirnya, jika kes ini dibawa ke mahkamah sekali pun SPR tetap akan menang kerana mereka sudah menyediakan bukti-bukti kukuh tentang perkara ini. Sebaliknya bagi PKR dan Pakatan Rakyat, kita hanya mencongkak hari-hari terakhir Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tanpa memikirkan perpindahan pengundi itu berlaku.
[Lantaran itulah, bila pilihanraya kecil diumumkan ramai yang tidak neyedari nama mereka telah ditukarkan diluar pengetahuan mereka. Apa yang boleh dilakukan kini?. Nasi sudah menjadi bubur dan SPR berjaya menipu rakyat sekali lagi dengan modus operandi yang cukup licik. Apapun, takdir yang akan menentukan. Mereka merancang tetapi perancangan Allah itu adalah yang paling utama. Pastikan perkara ini tidak berlaku di masa akan datang. Jika ada mana-mana ahli parlimen yang sakit kronik maka sila pastikan nama pengundi tidak berubah biarpun pilihanraya kecil belum tentu berlaku lagi. Sediakan payung sebelum hujan, itu yang paling utama dari terus terkejut dengan apa yang terjadi. Apa pun, SPR tetap khianat kepada rakyat dan gagal laksanakan tanggungjawab sebagai hakim pilihanraya sejak sekian lamanya].
- http://pahangdaily.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
KORANG NAK TENGOK BOM TAK ? C4 AGAKNYA
بسم الله الرحمن الرحيم
5 Ahli AMK Ditahan, Polis Guna Akta Bahan Letupan
(foto) Di atas adalah gambar seseorang sedang mengupas bawang mengunakan bahan letupan. hahahahaa... polis malaysia ni memang bangang...!!!
HULU SELANGOR, 22 April — Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar tindakan polis kerana menahan lima ahli sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat itu atas alasan tidak masuk akal iaitu membawa senjata bahaya dan bahan letupan.
Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa berkata, kesemua ahli AMK termasuk dirinya telah ditangkap kira-kira 7 petang semalam dan kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa.
“Kami ditangkap kira-kira pukul 7 petang semalam oleh sekumpulan pihak polis dan menyelongkar kenderaan yang kami naiki sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa.
“Di sana setelah diambil keterangan kami turut digari dan diletakkan dalam lokap untuk satu malam,” katanya.
Pukul 10 pagi ini mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru.
“Kami terkejut apabila mengetahui bahawa kami dicaj di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan iaitu membawa senjata merbahaya dan bahan letupan,” katanya pada sidang media di Kuala Kubu Baru, petang tadi.
Beliau berkata, senjata merbahaya yang dibawa oleh mereka hanya pisau lipat berharga 20 sen untuk memotong poster-poster Barisan Nasional (BN) dan pihak tertentu yang berunsur provokatif dan fitnah yang turut digunakan oleh murid-murid tadika.
“Saya nak bagitahu senjata itu adalah pisau lipat yang berharga 20 sen yang kami gunakan untuk memotong poster-poster berunsur provokasi dan fitnah.
“Kami berada di Bukit Sentosa untuk mengedarkan risalah kepada pengundi, semasa ingin bergerak balik kami berhenti sekejap untuk memantau poster-poster itu sebelum ditangkap.
“Kami telah menjalankan operasi ini sejak dari pagi lagi untuk memotong poster-poster sedemikian kerana kami dapati masih banyak terdapat di sini yang sepatutnya menjadi tugas SPR,” katanya yang dibebaskan pada pukul 2.50 petang tadi dengan jaminan polis.
Fariz yang juga pengarah jentera pilihan raya AMK berkata, tindakan polis ini seolah-oleh menunjukkan ada campur tangan politik yang mahu melumpuhkan gerakan jentera pilihan raya AMK.
“Semasa kami memohon untuk dibebaskan di Mahkamah Majistret, pihak mahkamah telah menolak permohanan reman dan saya melihat ada unsur malafide (berniat jahat) kerana polis mahu memanjangkan tempoh reman sehingga 25 April ini sedangkan kami telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan mereka sepanjang tempoh ditahan.
“Kami lihat ada unsur-unsur campur tangan politik yang berlaku yang mahu memastikan saya terus ditahan bagi memastikan pergerakan jentera pilihan raya AMK yang dikendalikan saya tergendala.
“Sebab itu saya melihat tindakan menahan saya bersama empat ahli AMK yang lain secara jelas tidak mempunyai motif yang sebenarnya,” katanya.
Selain Fariz, empat ahli lain yang ditahan ialah Ahmad Shalizan Safrim, Ahmad Amin Runass, Ahmad Syiha dan Wan Khairun Fazillah.
“Kami akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok atas tuduhan memiliki senjata berbahaya berupa pisau lipat ketika menurunkan kain rentang bersifat provokasi di Bukit Sentosa.
“Kesemua bahan bukti dan kenderaan yang digunakan mereka semalam masih ditahan oleh pihak polis,” katanya.
Kesemua ahli AMK itu akan diwakili oleh peguam mereka, Saiful Izham Ramli.TMI
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Thursday, April 22, 2010
PENERBIT NTV7 TERPAKSA LETAK JAWATAN KERANA CAMPURTANGAN POLITIK
بسم الله الرحمن الرحيم
Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan
Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.
Wong (kiri), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.
“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.
Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara.
Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.
Pengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik menjadi sesuatu yang “membahayakan”.
Wong juga mendakwa SMS itu berbaur perkauman dan ia memberi amaran bahawa masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”.
Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada ketuannya.
Sehubungan itu, pengurusan tertinggi ntv7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.
Sejak aduan itu, Wong berkata cadangannya selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangan itu juga ditolak.
Malah, mereka diberi amaran bahawa rancangan itu akan ditamatkan, jika arahan tiidak dipatuhi.
Selain itu, Wong berkata cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu.
“Akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan. Selain itu, kami dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya.
Wong berkata lebih mendukacitakan bahawa ketua-ketuanya gagal mempertahankannya atau menyiasat aduan itu atau juga membuat laporan polis mengenai SMS itu yang mempunyai unsur-unsur hasutan.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JENAYAH SEKS MENINGKAT.. APA KATA PEMIMPIN ?
بسم الله الرحمن الرحيم
Jenayah keganasan seks meningkat
KUALA LUMPUR - Jumlah kes jenayah keganasan seks, termasuk liwat dan sumbang mahram yang dilaporkan meningkat hampir 50 peratus dalam tempoh lima tahun bermula 2005. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pada tahun lalu 4,238 kes jenayah keganasan seks termasuk rogol, liwat dan sumbang mahram dilaporkan berbanding 2,427 kes yang dicatat pada 2005.
Pada 2006 pula, 2,943 kes jenayah berkenaan dilaporkan diikuti 3,689 (2007) dan 3,986 (2008), katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam. Beliau berkata, demikian bagi menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) mengenai pecahan bilangan laporan polis berkenaan kes jenayah yang berkaitan dengan jenayah seks sejak 2005 hingga 2009.
Hishammuddin berkata, berdasarkan statistik jumlah tangkapan bagi kes keganasan seks bagi tempoh yang sama ialah 1,504 pada 2005, 1,837 (2006), 2,649 (2007), 2,656 (2008) dan 2,701 (2009).
“Manakala statistik pesalah yang didakwa di mahkamah menunjukkan 308 pesalah didakwa pada 2005, 410 (2006), 304 (2007), 228 (2008) dan 187 (2009),” katanya.
Menjawab soalan Kok mengenai langkah diambil kementerian untuk menangani masalah kematian dalam penjara dan pusat tahanan pendatang tanpa izin, Hishammuddin berkata, kementerian antara lain menyediakan perkhidmatan doktor panel seluruh institusi penjara bagi tujuan memeriksa dan merawat penghuni. - Bernama
Pokok Kapitalisme Akan Terus Mengeluarkan Buah Busuknya
Apa lagi yang dapat kita katakan mengenai data statistik yang dinyatakan oleh Hishammuddin melainkan bahawa sistem Kapitalisme yang diterapkan oleh pemerintah sekular hari ini sejak 53 tahun yang lalu telah gagal untuk memberikan kebaikan kepada manusia. Sistem Kapitalisme yang muncul dari akidah sekularisme ini telah menjadikan manusia hari ini bertingkah laku seperti binatang. Kehidupan mereka dipandu dan diacu dengan hawa nafsu semata-mata, bukannya hukum syara’. Apa yang menyedihkan kita lagi ialah bagaimana kerosakan yang berlaku dalam masyarakat hari ini tidak mampu menyedarkan para pemimpin sekular umat Islam betapa perlunya mereka menerapkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Kita melihat seolah-olah para pemimpin sekular hari ini bagaikan orang yang pekak, bisu dan buta dalam melihat kebenaran Islam sebagai penyelesaian segala masalah kehidupan. Oleh itu tidak hairanlah Allah SWT mengumpamakan manusia yang tidak menggunakan segala pancainderanya untuk beriman kepada Allah SWT ini adalah seperti binatang ternak malahan lebih buruk lagi. Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. [TMQ al-A'raf (7) : 179].
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
UDANG GORENG RANGUP DENGAN TELUR MASIN
بسم الله الرحمن الرحيم
Bahannya:
6 ekor udang
3 biji kuning telur masin
2 gram rumpai laut
5 gram serbuk pati ayam
5 gram gula
50 mililiter air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Gaul dan jadikan sebati:
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil tepung naik sendiri
Cara memasak:
1. Bersih dan tanggalkan kulit udang kecuali ekor. Celupkan dalam sebatian tepung beras dan goreng sehingga keemasan. Angkat dan toskan.
2. Kukus kuning telur masin dan lumatkan sehingga hancur.
3. Rumpai laut dipotong menjadi jalur nipis.
4. Masukkan sedikit minyak, goreng udang dan kuning telur masin sehingga mesra. Masukkan gula, serbuk pati ayam dan jaluran rumpai laut. Goreng seketika.
5. Angkat dan hidangkan.
Petua menjadikan masakan udang rangup oleh Chef Loke Wan Toi:
1. Untuk menjadikan udang bersalut tepung ini rangup, tambahkan tepung beras.
2. Pilih udang yang segar dengan melihat isinya yang masih keras.
3. Jangan letakkan udang dalam peti sejuk jika mahu menghasilkan gorengan lebih enak. Sekiranya ada kandungan ais, sejatkan sampai kering barulah dicelupkan dalam tepung yang disediakan.
4. Apabila menggoreng, kawal apinya. Api yang perlahan dan terkawal akan memastikan kerangupan tersendiri.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SENARAI PEMBABITAN PEMIMPIN UMNO DALAM SYARIKAT JUDI
بسم الله الرحمن الرحيم
Lihat siapa yang kena...
Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -
Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334
Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.
Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584
Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.
Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. - penawarrinduku
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Wednesday, April 21, 2010
NAJIB PEMUSNAH PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA ?
بسم الله الرحمن الرحيم
EKONOMI MALAYSIA TERKANGKANG KERANA NAJIB
Untuk negara-negara di Dunia Ketiga seperti Malaysia : ekonomi terbuka ini samalah seperti ekonomi terkangkang. Ekonomi terkangkang samalah seperti pelacur yang membukakan peha kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar dan melanggan.
Saya bersimpati kepada pentabiran hari ini kerana terpaksa mengangkang untuk memanggil pelabur luar datang menjilat madu ekonomi negara kita. Sebenarnya ekonomi terbuka atau ekonomi terkangkang ini adalah satu fenomena yang baru. Ekonomi terkangkang ini di paksakan bukan sahaja kepada Malaysia malah kepada semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.
Ada urutan sejarah sebelum dilahirkan ekonomi terkangkang ini. Mari kita kembali ke era sesudah tamatnya Perang Dingin. Ketika itu Amerika Syarikat telah mengangkat dirinya sendiri untuk menjadi kepala taiko mengawal semua ekonomi kapitalis dalam dunia ini. USSR atau Soviet Union telah mengundur. Di era Perang Dingin wujud Dua Negara Super - USSR/USA - kini tinggal hanya satu. Amerika Syarikat - menjadi kuasa mutlak dunia - naik angin dan besar kepala kerana dilihat tidak ada kuasa yang akan dapat melawan/menentang mereka.
Kuasa imperial Amerika ini yang dibantu dengan bala tentera dan dolar telah mengarahkan Bank Dunia, World Trade Organisation, APEC, NAFTA, IMF, PBB untuk memaksa negara-negara di Dunia Ketiga membuka ekonomi mereka. Dasar ini bermula di zaman pentabiran Ronald Reagan di Rumah Puteh dan Magaret Thatcher di No 10 Downing Street.
Dolar – duit Amerika – telah dipaksakan untuk digunakan dalam hal jual beli minyak. Dolar kertas hijau yang tidak memiliki apa-apa nilai ini kerana tidak ada sandaran emas wajib dimiliki oleh setiap negara kapitalis jika ingin membeli atau menjual minyak. Ini sebenarnya satu rompakan di siang hari. Dengan sokongan kekuatan bala tentera, tidak ada satu kuasa yang berani melawan atau menentang rompakan Amerika ini kecuali 3 buah negara : Cuba, Iran dan Venuezula.
Dibelakang pentas politik - pentabiran Amerika Syarikat memaksa kerajaan-kerajaan di Dunia Ketiga untuk membuka pasaran kepada syarikat multinasional. Sekatan demi sekatan dihapuskan. Tarif dan cukai yang menjadi pendapatan negara dipaksa untuk dilupuskan. Semua ini, konon, untuk mengembang dan meluas perdagangan. Setiap negara Dunia Ketiga digalakkan untuk membuka ekonomi mereka seluas mungkin kepada pelaboran luar.
Di zaman Mahathir – ada penentangan. Dengan licik Mahathir cuba menolak kemasukan pemodal luar. Pasaran dalaman negara dijaga dan dikawal. Mahathir Muhamad mewakili kapitalis nasional – mewakili kepentiang Lim Goh Tong, Ananda, Vincent Tan, Eric Chia atau Daim. Ini tidak berlaku dizaman Najib.
Tekanan ini telah sampai kepada Najib. Nasib rakyat Malaysia cukup malang kerana sesudah Dolah Badawi rakyat Malaysia berperdana menterikan Najib. Najib Razak adalah Pedana Menteri Malaysia yang memiliki banyak beban dan masaalah pribadi. Kes pembunuhan Altantuya adalah salah satu contoh dimana tekanan politik dan ekonomi boleh dikenakan kepada Najib.
Kalau kita semua kembali untuk melihat latar belakang Najib, maka kita akan merasa Malaysia hari ini dalam keadaan yang amat merbahaya. Mengikut surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam - Najib telah bertemu dengan Altantuya di Singapoura - disatu pameran intan berlian. Sama ada perisek Singapura memiliki gambar Najib dengan Altantuya atau tidak bukan persoalan.
Dengan tidak adanya kepastian sama ada Singapura memiliki gambar itu atau tidak akan terus menakutkan Najib. Bagitu juga dengan General Directorate for External Security ( DGSE polis rashia Peranchis ) – sama ada mereka memiliki gambar Najib makan bersama Altantuya dalam restauran di Paris seperti kenyataan sepupu Alrantuya kepada hakim di mahkamah bukan persoalan.
Persoalannya ialah : Najib akan sentiasa gerun dan takut kepada kuasa kuasa ini. Najib akan senang ‘dipau’ dan di tekan. Inilah malangnya nasib rakyat Malaysia kerana Perdana Menterinya memiliki masaalah.
Lalu timbul peroalan : Apakah Najib sedang ‘dipau’ oleh Singapura? Atau apakah Najib juga sedanng ‘dipau’ oleh negara negara lain seperti Peranchi, Amerika dan Russia? Ini persoalannya wajib ditanyakan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana masa depan Malaysia tidak seharusnya ‘dipau’ oleh kuasa-kuasa luar.
Orang ramai dan pemerhati politik agak hairan apabila melihat Najib membuat kenyataan penting tentang pemansuhkan Dasar Ekonomi Baru. Kenyataan yang amat penting ini dibuat bukan di Parlimen Malaysia tetapi di Singapura. Kenapa di Singapura? Kenapa tidak di Persidangan United Malays National Organisations?
Kemudian, apabila Najib memperkenalkan Model Ekonomi Baru, Najib tidak juga berucap di Parlimen tetapi di khalayak peniaga, towkay dan penjual beli dari syarikat luar. Kenapa tidak berucap kepada Dewan Perniagaan Bumiputera?
Amat jelas disini bahawa Najib terpaksa menyembah para peniaga, pelabor dan pemodal dari luar negara. Najib tahu jika kaum kaum kapitalis ini tidak diseronokan maka akhbar dan media mereka akan mula membuka kembali cerita dan kesah Mongolia. Jika Najib tidak membuka pasaran Malaysia maka CNN, BBC, Rueters, CNBC, AFP – akan membuka kesah Altantuya.
Akhirnya Najib terpaksa membuka ekonomi Malaysia jika tidak tekanan akan datang. Dalam masa yang sama apabila bila ekonomi Malaysia terkangkang maka yang akan menjadi mangsa serangan ekonomi kapitalis dunia ialah orang Melayu. Hakikatnya orang Melayu yang masih miskin akan menjadi mangsa serangan kaum kapitalis global. Ini bukan dilema Najib. Najib telah memilih untuk menyelamatkan diri dengan membuka ekonomi Malaysia.
Lalu persoalan timbul – apakah ada jalan lain selain dari mengangkang kepada pemodal luar. Lalu kita dipaksa untuk percaya dengan propaganda bahawa tidak ada jalan lain dalam era globalisasi ini melainkan membuka pasaran kita. Lalu kita diingatkan , malah diberi amaran jika ingin maju dan berjaya maka kita wajib berani bersaing untuk membuka pasaran kita.
Hasil dari propaganda ini Najib dipaksa untuk menarik subsidi. Najib dipaksa untuk membukakan kontrek kepada syarikat luar negara. Najib dipaksa untuk membenarkan syarikat luar negara untuk membeli saham dan harta negara kita.
Harus diingati : kapitalis melabur bertujuan untuk mendapat keuntungan maksima. Kapitalis berkerja untuk mencari untung maksima. Kapitalis tidak akan peduli tentang dasar ini atau dasar itu. Yang mereka perlukan hanya satu dasar : mereka diberi kebebasan dari segala macam cukai mukai. Cakap-cakap bahawa pemodal ini akan membawa pembangunan adalah bohong. Sistem kapitalis adalah sistem ekonomi yang beasaskan keuntungan. Kapitalis mendahulukan keuntungan.
Mari kita kembali untuk kepada asas ekonomi. Asas ekonomi mengajar kita memahami bahawa harta muncul dari hasil bumi, modal dan tenaga buruh. Kita memiliki asas-asas ini. Hasil bumi kita adalah milik kita. Warga negara adalah juga modal kita. Tenaga yang dilahirkan oleh manusia ialah modal.
Jangan silap baca – wang ringgit bukan modal. Wang ringgit itu adalah kertas yang mewakili nilai tenaga yang telah dikristalkan dalam bentuk dinar, ringgit atau rupiah. Satu keping ringit bermakna telah wujud tenaga buruh yang dinilai dengan harga satu ringgit dalam keping kertas itu.
Justeru kita jangan menjadi takut apabila kita selalu ditakut-takutkan jika FDI atau pelaburan luar tidak masuk maka ekonomi kita akan menghadapi kesusahan. Ini tidak tepat. Cuba kita kembalikan ayat yang sama. Kalau FDI ini tidak dibenarkan masuk maka kapitalsi ini akan jatuh muflis bukan kita.
Ekonomi Malaysia semakin terkangkang. Najib akan terus mendapat lebih banyak tekan dari Singapura, Amerika, Peranchis dan pemodal luar. Kad Altantuya akan dimainkan oleh kuasa-kuasa besar sama seperti Isreal memainkan bom nuklear untuk menakut-nakutkan negara Arab.
Jangan silap baca - kes Altantuya ini masih belum selesai. Maka terpulanglah kepada anak semua bangsa di Malaysia ini untuk memileh pimpinan yang jujur, telus dan demokratik yang tidak mungkin boleh ‘dipau’. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri tekanan ke atas Malaysia akan beterusan. Najib akan terus mengangkang kepada kapitalis global dan kepentingan Amerika, Singapura dan Peranchis. TT
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SENARAI NAMA AHLI PKR YANG MENJADI PELACUR
بسم الله الرحمن الرحيم
Dibawah adalah senarai nama-nama politikus yang tiada moral. Berpolitik hanya demi wang dan kepentingan diri sendiri. Terlalu rendah martabat manusia bila berpolitik bukan kerana agama dan keadilan untuk bersama.
Reformis
1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat
Kerusi Parlimen
1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin
Kerusi DUN
1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
7. ADUN Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu
Mereka semua adalah pelacur murahan dalam arena politik Malaysia...!!!!
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SPR SURUHANJAYA PALING JIJIK DI MALAYSIA
بسم الله الرحمن الرحيم
SPR Memalukan Negara, Bubarkan Saja.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dibubarkan terus kerana suruhanjaya itu gagal menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.
"Dalam menghadapi pilihan raya kecil parlimen di Hulu Selangor 25 April nanti, SPR telah memindahkan para pengundi sesuka hati tanpa mengikut prosidur dan kelulusan dari mana-mana pihak," katanya.
Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat berkata, "SPR tidak layak mengendalikan perjalanan sesuatu pilihan raya, sepatutnya SPR dibubarkan sahaja kerana ia tidak berguna kepada rakyat.
"SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan para pengundi dengan sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan pengundi," katanya pada satu sidang media di lobi parlimen hari ini.
Fuziah berkata, tindakan keterlaluan SPR dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan percubaan untuk membantu kemenangan Barisan Nasional.
"Apabila mereka (SPR) memindah para pengundi ke tempat yang jauh, pengundi yang tidak berkemampuan (dari segi kewangan) tidak akan turun mengundi," tegas beliau.
Kata Fuziah, "strategi khianat SPR ialah untuk menyusahkan para pengundi agar tidak ramai yang keluar mengundi."
Tambah beliau, pemindahan 233 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh adalah tidak wajar dan ini menunjukkan SPR sebagai dalang BN untuk meraih kemenangan.
Menurut beliau, beliau akan meminta sokongan dari luar negara untuk mendedahkan SPR sebagai sebuah badan kerajaan yang berat sebelah, tidak telus dalam melaksanankan tugas dan seterusnya memansuhkan SPR.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
UMAT ISLAM DI MALAYSIA TIDAK BOLEH MENGUNAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM ?
بسم الله الرحمن الرحيم
Mahkamah Syariah Malaysia Tak Iktiraf Undang-Undang Syariah
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom (foto) untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Tahniah datuk jamil khir kerana telah berjaya menyekat umat islam di malaysia dari mengunakan undang-undang islam... !!!
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Tuesday, April 20, 2010
AHLI PARLIMEN KINABINATANGAN RUPANYA KAWIN LARI DENGAN ZIZI..
بسم الله الرحمن الرحيم
Sekali Kawin lari daaa!!!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar Radin dan isteri Zizie Ezzete mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dakwaan bernikah tanpa kebenaran.
Bung didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, manakala Zizie didakwa dengan tuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah terlebih dahulu.
Mahkamah menetapkan 18 Mei ini untuk hukuman. Kedua-dua mereka diikat jamin RM500 setiap seorang.
Pasangan pengantin baru itu hadir pada jam 8 pagi, turut didakawa lima saksi pernikahan termasuk dua saudara lelaki Zizie, atas dakwaan bersubahat dalam pernikahan itu.
Bung yang juga seorang ahli perniagaan bernikah dengan pelakon jelita itu pada 16 Disember lalu.
PCBS
...ini semua macam cerita gile sex lah,gelojoh betul!!! - Parit.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
MEREKA YANG TIDAK PERNAH BELOT - DIMANA MEREKA SEKARANG?
بسم الله الرحمن الرحيم
PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU
Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.
Ceritanya bagini:
Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.
Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.
Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.
Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.
Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.
Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.
Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.
Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.
Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.
Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.
Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:
“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”
Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.
Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.
Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.
Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.
Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.
Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.
Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.
Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.
Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.
Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.
Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.
Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.
Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SULTAN PERAK TAK SUKA ADUN PAKATAN RAKYAT ?
بسم الله الرحمن الرحيم
4 Jamadil Awal 1431 H.
Hari ini, 19 April 2010 ialah hari Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Perak Yang Ke 82. Dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan media seperti berikut :-
1. Kami Seluruh Pimpinan dan ADUN Pakatan Rakyat Perak serta seluruh rakyat Perak merafak sembah menjunjung kasih dan ucapan tahniah dan penghargaan sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak , Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Semuga Allah terus memberikan kekuatan, rahmat dan hidayah Nya kepada DYMM untuk terus memayungi rakyat Perak di bawah Pemerintahan Baginda.
2. Suka juga saya jelaskan dan mengesahkan bahawa semua ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak dijemput ke majlis gilang-gemilang sebagai pembuka tirai iaitu sambutan yang diadakan di istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.
3. Sesungguhnya sebelum ini kami di jemput untuk hadir dalam acara sambutan tahunan Sempena Keputeraan DYMM Sultan Perak.
4. Adapun kenyataan ini dikeluarkan adalah untuk mengelakkan tohmahan dan anggapan kami sengaja tidak mahu hadir dalam majlis rasmi di Istana iskandariah hari ini.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SUAMI MITHALI IDAMAN ISTERI
بسم الله الرحمن الرحيم
Ramai wanita mengimpikan suami seperti ini?
SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, ber syukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Monday, April 19, 2010
SPR BERUK UMNO
بسم الله الرحمن الرحيم
SIAPA PUNYA KERJA?
HULU SELANGOR 18 APR: Seorang pengundi Parlimen Hulu Selangor hari ini membuat pendedahan kepada TV Selangor mengenai namanya yang secara tiba-tiba dipindahkan ke Parlimen Selayang tanpa pengetahuannya.
"Nama saya Mohd Ali bin Ismail, No kad pengenalan 600902-05-5557, mendaftar di Sungai Choh. Saya di luar pengetahuan saya dipindahkan tempat mengundi. Saya semak tadi, nama saya sudah dipindah ke Selayang.
"Alamat saya di Batang Kali, semua di Batang Kali. Selama ini saya mengundi di Sekolah Kampung Tanjung Sungai Choh," katanya yang turut bercadang membuat aduan polis berikutan perkara itu.
Beliau mengadu kepada krew TV Selangor yang sedang membuat liputan di program Karnival Spies di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, petang ini.
Sebelum ini, Mohd Ali tiga kali mengundi di DUN Batang Kali dan terkejut dipindah ke Parlimen Selayang ketika apabila menyemak daftar pemilih SPR hari ini sedangkan beliau langsung tidak ada harta, rumah ataupun keluarga di Selayang.
"Bukan sekali tapi tiga kali saya mengundi di Kampung Tanjung, tiba-tba saya dipindahkan di Selayang. Saya mahu tahu kenapa saya dipindahkan ke Selayang," katanya.
"Saya minta ditukarkan saya kembali ke alamat saya di Batang kali. Rumah saya, isteri saya..semua di Batang Kali. Untuk apa saya mengundi di Selayang.
"Bukti alamat saya di kad pengenalan ialah Batang kali," katanya sambil menunjukkan kad pengenalannya.
SPR sewajarnya tunjuk bukti pengundi mahu ditukar tempat pengundi.Jangan SPR guna 7 hari semakan SPR daftar suku untuk mengkonfemkan apa yang ada dalam buku daftar selepas 7 hari tersebut.- PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
KENYATAAN DR HALILI MEMALUKAN DIRI SENDIRI
بسم الله الرحمن الرحيم
Dr Halili Bidas Diri Sendiri
Nota Editor: Saya dah diberitahu akan perkara ini mungkin berlaku. Dan akhirnya ia berlaku juga. Dr Halili adalah salah seorang yang Salehuddin Hashim berjaya beli sebelum Salehuddin tinggalkan PKR.
Kita lihat sendiri sebab musabab yang diberikan oleh Khalili juga sumbang. Misalnya, beliau kata:
Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.
"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.
Bukankah Khalili adalah AJK PKR Hulu Selangor? Tugas untuk menghidupkan pejabat MP Hulu Selangor adalah sebahagian dari tugas beliau. Mengapa harus dipersalahkan parti?
Ini bererti Dr Khalili tiada sebab konkrit untuk meninggalkan PKR.
Melainkan kerana beliau berjaya dibeli oleh Selahuddin Hashim. Salehuddin yang kecewa kerana permohonan beliau untuk menjadi CEO Perangsang ditolak mentah mentah. Hasilnya, beliau sabotaj parti dengan membeli beberapa pemimpin “problem” untuk dibawa bersama beliau dalam mengkhianati parti dan perjuangan.
Bapak Salehuddin pun PAS pernah pecat, kenapalah Anwar Ibrahim ambik mamat ni jadi SU Agung saya pun tak paham.
Soalan saya pada Dr Khalili, walaupun beliau telah bertanding dua kali di Hulu Selangor, mengapa MAJORITI pengundi Hulu Selangor masih tidak mengenali beliau? Mengapa Zaid Ibrahim lebih popular dari Dr Halili Rahmat di Hulu Selangor, tempat kelahiran Dr Halili sendiri?
Sapa Halili nak tipu saya pun tak tau. Jelasnya, majoriti rakyat tidak akan tertipu dengan perancangan UMNO/Salehuddin Hashim ini, inshaalah.
Cuba tanya Salehuddin Hashim tu samada beliau minum arak ke tidak?Sekian. - TB
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Sunday, April 18, 2010
BLOG POLITIK TERBANGANG DALAM ABAD INI
بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ni aku nak cerita bab kemaluan. Cerita ni berkisar tentang seorang blogger umno yang mengelarkan dirinya "GAP" (gerakan anti PKR) yang perasan gila babeng. Dia diantara blogger umno yang pada blognya ada tertulis banner "GAP PEJUANG ANTI MURTAD". hehehehe..
1. Ceritanya begini..Mula2 si bodoh ni kononnya hantar surat terbuka pada najib..
"aku berharap ds najib baca dan fahamkan denyut nadi kehendak rakyat hulu selangor.fahamkan tentang kronologi sejarah ini dan seharusnya setelah selesai membacanya, maka tiada lain perkataan yang wajib keluar daripada mulut ds najib selain ayat berikut.. 'PARLIMEN HULU SELANGOR AKAN DIWAKILI OLEH UMNO' ! "- Di sini
2. Dia masih teruskan usaha walaupun tiada siapa yg layan dia..
"mesej rakyat hulu selangor cukup jelas, mereka mahu meneruskan momentum kejayaan bagan pinang di parlimen hulu selangor. letak umno, insyaallah menang ! inilah suara kebangkitan rakyat." - Di sini
3. Tak cukup dengan tu, siap ajar najib dan muhyidin ilmu "menghisap" plak lagi tu..
"PRK-P94 : NAJIB/MUHYIDIN..INI ILMU HISAB YANG MUDAH ..Berikut dinukilkan beberapa perkara menarik berkaitan P.094 Hulu Selangor, untuk tatapan semua, khusus untuk pucuk pimpinan BN. Harapannya boleh membantu dalam memutuskan calon yang bakal dijadikan ayam sabung merampas kembali kerusi ini dari tangan PKR." - Di sini
4. Siap sertakan video perbualan xklusif dgn datok ramli abdul rahman yang memberi pandangan supaya umno yang akan bertanding di hulu selangor." - Di sini
5. Sambil tu si bodoh ni buat plak perangai dan jangkaan bodoh dan dungu dengan menjangkakan dan membuat teori bahawa PR akan mencalonkan hassan ali untuk bertanding di hulu selangor - Di sini
6. Kemarahannya sampai kekemuncak apabila tiada satu pun pemimpin umngok yang nak layan blogger bangang ni. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertanding atas tiket bebas... kononnya... perghhh.. buat blog pun domain dan hosting pinjam, ada hati nak bertanding prk.. dah la bodoh.. langsung x perasan yang diri tu blogger sampah. korang tengok la komen2 bangang yang ada dalam artikal ni... terbahak2 aku ketawa.. opsss... gelap kubur nanti... astagafirullah...hehehe
"bismillahirahmanirahim,
aku gerakan anti pkr dengan ini mengistiharkan akan bertanding sebagai calon bebas pada prk parlimen hulu selangor nanti. pencalonan ini akan ditarik balik kiranya pada saat akhir umno diletakkan semula menjadi calon..ini syarat utama aku.
banyak faktor penting akan aku huraikan selepas terbitnya artikel ini. ada wakil cina dari hulu selangor telah bagitahu aku siang tadi,kalau MIC calonnya,BN akan malu...sayang,cukup sayang bila orang cina hulu selangor mendesak mahukan calon umno,'dia' pulak menjadi jagoan suara mic .
gelombang kebangkitan bangsa melayu hulu selangor akan aku penuhi,insyaallah ini janji.ini nadi sebenar rakyat hulu selangor, melayu cina dan india mahukan seorang calon melayu ! rakyat hulu selangor sudah bersedia menghumbankan pakatan haram.ini hakikat, cakap aku berfakta.
aku takkan biarkan perjuangan KITA siang dan malam melanyak pakatan 'dikuburkan' dan 'disia-siakan' dengan begitu sahaja bila BN tewas dek kerana satu keputusan yang memilukan hati bangsa melayu hulu selangor !
aku akan kerahkan usaha untuk bersedia bertarung nanti. memang kantung aku nipis namun perbelanjaan untuk menjadi calon bebas akan aku cari,insyaallah ! semangat aku makin membara selepas dia mengumumkan MIC sebagai calonnya.
ALLAHUAKBAR
HIDUP MELAYU
HANCOR PAKATAN HARAM !" - Di sini
7. Bermulalah dia berkempen... dalam blog jer laa.. hehehe
"ini janji aku. 10 tahun aku tertipu dengan mainan si pelacor politik anwar, kali ini di bumi bertuah selangor akan mereka saksikan pertarungan paling sengit yang bisa menyenakkan perut-perut mereka !
ANWAR AKAN TOMBANG !
PKR AKAN TOMBANG ! INI JANJI GAP ! INI JANJI GAP DAN INI JANJI GAP!
MEREKA AKAN TERSEMBAM TERSUNGKUR DI TANGAN BANGSA MELAYU ! HULU SELANGOR ADALAH KUBOR PERTAMA PAKATAN !GAP BERDOA AGAR HARI MENDATANG BERLALULAH KAMU DENGAN CEPAT !ANWAR...KAMU AKAN KAMI LANYAK KAMU HABIS-HABISAN ! "- Di sini
8. Fuhh.. dasyat jugak kempen dia ni.. nak ketawa pun ada jugak.. aku terbayang muka blogger ni mcm muka shinchan... hehehe
"aku bagi amaran kepada pemimpin pas pusat dan pemuda,kempen prk hulu selangor kamu mesti jadi jantan. kita berdebat mengenai hal ehwal isu dan persoalan perlaksanaan dasar.
JANGAN BAWAK ISU PERSONAL CALON sepertimana yang telah kamu lacorkan semasa prk permatang pasir. jika kamu attack personal , maka kami akan keluarkan video yang bisa memalukan pihak kamu ! PKR PASTI TOMBANG , PKR PASTI TOMBANG !" - Di sini
9. Tiba-tiba ayat menjadi lemah.. slow2 kononnya sedang berbual dgn najib.. aku rasa najib pun x kenal siapa blogger haprak ni... hehehee
"PRK-P94: INSYAALLAH 15HB UMNO DIUMUM CALON BN ! GAP UCAP TKASIH PADA DS NAJIB !
aku masih menaruh harapan,masih cukup yakin ds najib akan menjadi hero rakyat apabila insyaallah dia akan umumkan calon yang LAYAK bertanding pada prk hulu selangor adalah dari umno..
ds najib paham kehendak rakyat melayu cina dan india hulu selangor yang mahukan umno menjadi wakil sah mereka di parlimen dalam prk ini..insyaallah ds najib,bila ini berlaku gap dan rakan-rakan bloger akan pastikan calon umno pilihan ds najib menang dengan majoriti yang cukup besar ! INSYALLAH TKASIH DS NAJIB . GAP SAYANG KAMU ! "- Di sini
10. Sambil-sambil tu dia mengisthirkan yang dia menang dalam isu debat dangan pemuda PAS.. ntah bila la ada debat ni..
"kita semakin kehadapan dalam perang di hulu selangor. mereka masih menggunakan modal lama lapuk dan tiada punyai kredibel untuk membalas.
kita ada 'dokumen' panas. umno bn insyaallah mampu menggalas tugas. debat kami malam tadi bersama pemuda pas kawasan meninggalkan kesan yang amat pedih.
kami mencabar mereka,kita bersengkang menegak fakta, bangkit pertahan dasar. pusing-pusing umno jugak yang salah..itu sahaja lah hujah agung mereka bagi menutup klimak debat.
kami sedia menutup blog jika pas istihar sekali lagi dalam parlimen untuk tegakkan semula hudud dan penubuhan negara islam. pas mesti tidak tunduk pada bantahan dap dan anwar.
cabaran ini membuatkan mereka termenung.. dahi berkerut mencari jawapan balas maha dungu. "- Di sini
11. Masih lagi mempertahankan umno untuk bertanding di hulu selangor... tp aku tengok mcm dah jadi kendur skit laa... hehehe
"bagi aku pandangan tokoh hebat seperti dato kadir jasin jangan kita pandang sebelah mata. namun dalam pada masa yang sama kita harus meraikan pesta berbeda pendapat.pesta ini tidak berlaku dalam pkr,pas dan dap. pesta beda pendapat diantara kita sebenarnya mencernakan satu wadah baru dalam konteks untuk mencapai konklusi terbaik !"- Di sini
12. Akhirnya... bila dia sedar yang dia tu hanyalah blogger longkang yg x diperdulikan sesiapa, terpaksalah dia dan penyokong perjuangan angan2nya itu menukar fakta .. aku x tahu la jika mereka semua ni memang jenis yang tiada kemaluan.. aku dapat bayangkan blogger bangang ni, kini umpama kura-kura yang yang menyorokkan kepalanya namun tangannya masih diluar untuk menaip keyboard. hehehee...
"Umno bahagian hulu selangor kabarnya telah bersetuju untuk memilih/melantik v mugilan anak tempatan dari mic untuk menjadi calon pada prk hulu selangor.v mugilan akan menjadi 'proksi/anak didik' kepada umno.
v mugilan naik namanya melalui endorsement umno,parti keramat melayu. bermakna v mugilan adalah calon pilihan umno hulu selangor,yang mempunyai 25 ribu ahli di sana.
v mugilan namanya bukan datang dari mic. v mugilan namanya naik dari mulut pemimpin umno bahagian hulu selangor...
usaha kami telah berjaya. mudah cerita v mugilan 'akan mengikut kata' umno bahagian. walaupun pada dasarnya, orang melayu bukan calon BN namun bila umno bahagian sendiri beri kelulusan bermakna kata putus suara melayu akan dilontarkan oleh v mugilan di parlimen kelak,insyaallah jika memang..
aku istihar tarik diri bertanding bebas . aku istihar sokong 1 juta peratus calon pilihan umno hulu selangor, iaitu v mugilan bertanding pada prk hulu selangor !
DS NAJIB DAN TS MUHYIDIN
kamu duduk diam-diam..aku mintak kamu duduk diam-diam biar bloger jalanan seperti aku,det,rbf,house pk,medan info,keris putera,pisau,che wan,gomo,garam,aidc dan kesemua bloger kesayangan aku (maaf ramai sangat..tapi kamu tahu siapa kamu di hati gap) lanyak pakatan haram di selangor !
ini pertarungan anak muda,anak muda melayu anak muda islam yang sedia bertarong habis-habisan bagi memenangkan BARISAN NASIONAL ! "- Di sini
13. Yang aku paling kesian sekali adalah v mugilan yang dikatakan berdarah umno itupun akhirnya langsung tak terpilih. umno kalah dengan MIC dah.. MIC tetap berkeras nak letak calon dia. Najib kena ikut puak2 ni kerana 1 malaysia. Habis tu apa la yang blogger bodoh ni nak buat lagi.. ni dah tahap malu khinzir dah ni... akhirnya terpaksalah blogger tiada kemaluan ni menutup kemaluannya dengan menukar topik dengan bercerita tantang kemaluan SHY FOOLS pula... - Di sini
Tamatlah sudah riwayat seorang blogger paling bodoh yg pernah aku jumpa dialam maya ini.. yang kononnya memperjuangkan melayu tapi akhirnya terpaksa menjilat bontot K*L*NG.. hehehe...
WAssalam.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..