oleh :Mohamed Hanipa Maidin
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Saturday, May 23, 2009
NAJIB TERKEJUT DIA BUKAN PM LAGI...!!
oleh :Mohamed Hanipa Maidin
ANALISA AKAI ORANG KAMPUNG .........
5/22/2009
Salam,
Boleh di katakan mereka yang memperjuangkan kes yang menyembelahi PR kena belajar undang-undang balik kerana kamu orang semua tidak cerdik, kalau kamu semua cerdik kamu akan menang, nampaknya peguam Zamri cukup bijak kerana mereka menang, dan hakim mahkamah rayuanpun cerdik cerdik belaka, mereka begitu faham dengan kehendak undang-undang sebab itu mereka membuat keputusan sangat betul
Berhubung dengan keputusan mahkamah tinggi yang memberikan kemenangan kepada Muhammad Nizar dulu nampaknya dia kena belajar lagi sebab dia membuat keputusan yang salah, tidak mungkin dia memberikan kemenangan kepada Nizar sedangkan mahkamah rayuan mendapati keputusan itu sebenarnya tidak betul, ini adalah analisa orang kampung saja, sebab orang kampung ni fikir yang menang betul yang kalah salah hi hi hi
Demikian juga pandangan orang kampung berpandangan Israil itu betul sebab mereka selalu menang dan orang Palastin itu salah sebab itu Allah bagi Israil menang, menang sebab betul dan kalah sebab salah, sebab itu tak betul kita bantu Palastin kerana Palastin tidak betul ertinya kita bantu orang kalah dan tidak betul
Sekarang kita dengar peguam Muhammad Nizar buat pula rayuan kat mahkamah Persekutuan hi hi hi , nanti kalau Mahkamah Persekutuan beri kemenangan pula pada Nizar maka Mahkamah rayuan pula tidak betul lalu mereka kena belajar balik dan mereka telah buat keputusan tidak betul, ertinya mereka telah buat zalim dan yang benar-benar kena zalim ialah mereka yang tak faham undang-undang tapi masih suruh buat rayuan yang mereka harap menang, kemudia Zamri buat pula rayuan balik kat mahkamah rayuan Persekutuan, katakanlah Zamri pula menang maka hakim mahkamah Persekutuan kena belajar betul-betul undang-undang kerana mereka tidak pandai walaupun mereka itu hakim hi hi hi
Akhirnya nanti rakyat juga akan jadi hakim yang muktamat cara apa belum tahu la lagi hi hi hi
BUJANG SUSAH: Hahahahaha..... malaysia ku yang best... ada pemimpin bebal.. ada polis bingai.. ada hakim bodoh.. ada mahkamah mcm main pondok2... rasa mcm duduk kat zaman batu jer.. zaman berubah otak manusia mengundur kebelakang.. yer laa.. xkan mengundur kedepan plak kan.. hehehehe...
Friday, May 22, 2009
POLIS MALAYSIA YANG POWER GILER...
BUJANG SUSAH: Perghhh... terornya polis malaysia ni kan.. senang jer tangkap org jahat.. ni yg aku kata polis malaysia ni dah tukar kerja.. korang ni dah xder kerja lain ker? dia org tu sambut hari jadi tu dengan buat rusuhan ker? Ya Allah Ya Tuhanku.. apa la nak jadi dgn malaysia ni.. kes jenayah, bunuh, ragut, rompak, rogol, rempit dan sampai dah x larat aku nak senaraikan.. korang xder buat apa2 tindakan pun.. berlambak kes2 x selesai.. ni jer ke kijer korang? tangkap org sambut harijadi.. aku rasa nak nangis pun ada ni tengok telatah polis kat malaysia ni...
PyGTK Storage Device Manager
Setelah mencuba software ini, saya dapati ianya sangat berguna dan berkesan dalam boot partition Windows saya di dalam ubuntu.
Apa yang perlu anda buat ialah:
1) Buka Terminal (Main Menu>Accessories>Terminal)
2) Taipkan sudo apt-get install pysdm
3) Masukkan password SU anda
4) Tunggu sehingga software ini selesai proses instalasi
5) Software ini akan berada di bawah "System>Administration" di bawah nama "Storage Device Manager".
6) Klik anak panah pada sda. Jika partition Windows anda berada di bawah sda1, klik sda1 dan klik butang Mount.
7) Cuba Restart ubuntu anda, dan anda akan dapati partition Windows anda sudah di mount, secara automatik!
Semudah A,B,C !!
Selamat mencuba !
Zamry disahkan menang
MANA PERGI POLIS MALAYSIA YANG POWER ?
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa. Jenayah hari ini memang semakin menjadi-jadi. Seram sejuk bila dengar ketiga-tiga mangsa dibunuh dengan kejam sebegitu rupa.
Kalau kita luaskan skop masalah, yang bersalah dalam hal ini bukanlah penjenayah itu seorang sahaja. Manusia yang waras takkan bertindak begitu. Yang jadi ganas dan kejam tu sebab dipengaruhi dadah.
Penjual dan pengedar dadah juga bersalah dalam hal ni. Merekalah juga adalah salah satu punca keruntuhan moral masyarakat. Aku nak tekankan di sini orang yang membuat dan memproses dadah tu bukanlah orang tak sekolah. Mestilah golongan professional. Paling kurang pun perlu ada ijazah. Baru boleh buat dadah. Orang lain boleh tolong je.
Bagi aku, kalau pihak berkuasa betul-betul ikhlas nak banteras dadah ni, insya Allah dapat diatasi, paling tidak pun boleh dikurangkan. Tapi kenapa sampai sekarang masih berleluasa? Pembuatan dan pemprosesan dadah perlu dilakukan di dalam makmal. Ia perlukan kepakaran manusia. Juga perlukan bahan-bahan kimia lain untuk membuat dadah tersebut. Bahan-bahan kimia tersebut pastilah ada pembekalnya bukan?
Jadi kalau disiasat urusan transaksi tersebut, mungkin dapat dikesan premis pembuatan dadah itu. Tetapi peniaga dadah masih bermaharajelala. Ini semuanya sebab rasuah la ni. Kalau dadah berjaya diseludup dari negara luar, sebabnya mungkin terlepas dekat kastam.
Kalau kilang buat dadah di negara ini masih lagi beroperasi sejak sekian lama tanpa masalah, agak-agak sebab rasuah tak? Ataupun mungkin ada link dengan politikus. Mungkin juga yang terlibat secara langsung itu sendiri adalah orang politik. Macam-macam kemungkinan.
Aku dengar-dengar saja. Itulah sebab aku tulis 'kemungkinan'. Kalau dadah ini tak haram dan tak merosakkan manusia, aku pun nak buat bisnes juga. Memang menguntungkan! Kalau kita tak makan nasi sehari dua takde rasa apa-apa. Makan benda lain pun boleh. Tapi dadah ini kesannya ketagihan. Sekali cuba pasti nak lagi. Lagi satu saingannya kurang kalau nak dibandingkan dengan perniagaan makanan. Itu sebab bisnes ni berleluasa.
BUJANG SUSAH: Aku tanya mana pegi polis malaysia yg power..? org ceramah boleh tangkap, pakai baju hitam, solat hajat, pasang lilin cepat jer tangkap.. klau yg berkenaan dgn PR cepat jer tangkap.. cucu mat kilau tulis blog pun kena tangkap.. siap rampas barang2 dan kena belasah lagi.. org jual dadah buat x tau jer.. aku x nak cerita kat tempat org lain. aku nak cerita kat tempat aku sendiri. Bakri (muar).. lama dah aku perhatikan.. dari umur aku belasan tahun.. dari aku mula tahu apa maksudnya ais, tepung, fit, ubat dan mcm2 lagi istilah untuk benda alah haram ni, sampailah sekarang.. dah naik tua pun otai dia kat bakri tu xder satu pun tangkapan di lakukan. mat2 gian anak org melayu yg dikejar dan di belasah kemudian disumbatkan dalam pusat. itu aku x salahkan. masalahnya ialah tiada pelaksanaan yg telus.. kenapa si pengedar yg besar2 x di tangkap? pengakuan dari mat gian ni sendiri.. balaci2 untuk pengedar dadah ni, pagi kena tangkap petang dah duduk bersiul kat kedai kopi. kang aku kata rasuah melenting plak.. tp sendiri makan pengat sendiri mau igt laa.. igt la rakyat yg bayar gaji korang.. bukan nak suruh jadi yg sempurna tp buatlah kerja yg telah diamanahkan. jenayah x nak benteras betul2.. dok jaga org berpolitik x habis2.. yer la kan.. x kena pada keluarga korang.. boleh la korang senyum..
TAK UNTUNG...hehehe
Tapi mau cakap talak baguih..pun manyak talak adil. Talak saksamerr maa ! Wa ada cakap sama wa punya anak, sikalang sana Sitiawan kilija...tapi dia pun tak mau angkat ini kedai..wa lagi pening, wa sulah tua..wa ingat mau bukak 'open tender', ada sapa mau angkat kaa wa punya kedai..nama wa punya kedai lu boleh tengok, wa sulah angkat 1 iklan sama ABO, dia pun ada cakap sama wa...bikin iklan sama wa pun talak untung loo..manyak cilaka itu ABO !! Wa kasi 50 linggit..lagi itu ABO cakap, lagi mau kena kasi bikin posting..haiyaa..!! Wa..offer..wa offer..maa..!!
BUJANG SUSAH: Wakakakaka... nama kedai pun TUCK ONN THONG (tak untung). patutlah tutup jer...hehehehe....
INNALILLAHI WAINNALILLAHI RAJI'UN
ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.
Apa khabar UMNO ? hehehehe... xnak bertanding lagi ker? nak kasi alasan membazir duit rakyat lagi ke? dah umno pun memang bertandiang guna duit rakyat.. bukan duit parti kan.. hehehe...elok la klau x bertanding terus.. ke umno just nak bertanding kat tempat yg dia rasa boleh menang jer? hehehe... PRU13 nanti pun aku sarankan umno x yah bertanding terus.. sbb pilihan raya umum klau bertanding nanti, lagi banyak habis duit rakyat tu... hehehe
TOPI KELEDAR TUKAR 5 TAHUN SEKALI
BUTTERWORTH, 21 Mei (Bernama) -- Penggunaan topi keledar yang merekah dan uzur perlu dihentikan segera kerana ia boleh membahayakan keselamatan pengguna terutama apabila berlaku kemalangan jalan raya.
Pengarah Bahagian Program dan Projek Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Nik Yusaimi Yusuff berkata kebanyakan topi keledar yang terdedah kepada bahang panas matahari dan hujan mudah merekah dan pecah apabila terhempas pada permukaan yang keras dan ia tidak lagi selamat untuk diguna.
"Jika berlaku kemalangan, bahagian kepala tidak dapat dilindungi. Seelok-eloknya topi keledar itu ditukar kepada yang baru setiap lima tahun sekali. Topi keledar yang belum diguna tetapi disimpan selama lima tahun juga perlu ditukar bagi menjamin fungsinya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen advokasi kepada pengguna motosikal di Pangkalan Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.
Beliau berkata selain keadaan topi keledar yang usang, tindakan pengguna yang tidak mengikat tali topi keledar dengan kemas juga boleh mendedahkan mereka kepada bahaya.
Enam puluh peratus atau 3,898 kes kematian akibat kemalangan jalan raya tahun lepas melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, katanya.
Nik Yusaimi berkata melalui kempen ini, pengedar dan penjual motosikal serta pengeluar topi keledar menggembleng tenaga dalam usaha mendidik, memberi pendedahan dan mempromosi program dan isu-isu keselamatan jalan raya kepada pembeli atau penunggang motosikal.
Pada kempen advokasi yang dianjur bersama oleh Penang Port Sdn Bhd, CNI Holdings Berhad, AAM dan Puspakom Pulau Pinang itu, sebanyak 130 unit topi keledar untuk orang dewasa dan 20 unit topi keledar kanak-kanak diedar kepada pengguna perkhidmatan feri.
Selain program advokasi dan pemberian topi keledar percuma, beliau berkata JKJR akan meneruskan promosi produk keselamatan seperti jaket pemantul cahaya, program khidmat nasihat had laju 60 kmsj dan lapan petua keselamatan jalan raya.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat CNI Holdings, Kim Teoh ketika ditemui berkata sempena ulang tahun ke-20 syarikat itu, CNI akan mengedarkan 1 juta paket kopi UP Cafe dan 250 topi keledar kepada pengguna jalan raya di seluruh negara sebagai tanda penghargaan mereka terhadap sokongan yang diberi pengguna di Malaysia.
-- BERNAMA
BUJANG SUSAH: hehehehe.. topi keledar setiap 5 tahun kena tukar.. kaya la org yg jual topi keledar.. hehehe.. yusaimi pulak dapat berapa juta RM saham dan komisyen? klau mcm ni suka la pengeluar dan pengedar topi keledar ni.. boleh buat topi keledar dari kertas jer.. lagi cepat rosak lagi banyak org tukar. bodoh punya kenyataan.. kenapa x pastikan jer setiap syarikat pembuat dan pengedar topi keledar ni mesti mengeluarkan barangan mereka dari bahan yg berkualiti? supaya x mudah retak dan pecah? klau kualiti low pastikan sirim x boleh release.. x boleh ke nak buat mcm tu? patut2 ler klau nak bodohkan org pun.. igt ni zaman batu ke? Aku ada topi keledar dari jenama shoie yg dah lebih 35 tahun usianya. dari zaman pak sedara aku pakai sampai la skrg ni aku simpan.. x retak pun.. nak try meh aku ketuk kat kepala korang, tgk topi ke atau kepala korang yg bodoh tu yg retak. ni semua sama jer dgn kes buka lampu di siang hari dan guna tali pinggang keledar untuk penumpang belakang kereta. semua ada share dan ada kepentingan atas melaksanakan satu2 undang2. Dah xder kerja lain ke selain nak membodohkan org..?!!!! hangin aku la ...!!!
Penanti: Seorang Lagi Akan Umum Keputusan Bertanding Esok
PULAU PINANG, 21 Mei (Bernama) -- Seorang pengurus syarikat dijangka mengumumkan esok keputusannya sama ada akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti.
Nai Khan Ari, 41, berkata ada beberapa perkara yang perlu beliau selesaikan sebelum membuat keputusan menjelang hari penamaan calon Sabtu ini.
Nai memberitahu Bernama walaupun memiliki rumah di Lunas, Kedah, beliau sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Telok Wang.
Lelaki berketurunan Siam ini berkata beliau telah membeli borang pencalonan daripada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar.
Sebelum ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman, 56, sebagai calonnya manakala bekas anggota tentera Mohd Saberi Othman, 49, dan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, masing-masing mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.
Isnin lepas, Barisan Nasional membuat keputusan tidak akan bertanding kerana mendapati kerusi itu dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR hanya kerana mahu menyelesaikan isu dalaman parti itu.
-- BERNAMA
BUJANG SUSAH: Hehehe... Nai oh Nai... tok pekong siam mana la yg taja ko ni...? Nak jadi YB dengan tujuan apa mereka bertiga ni? klau menang nak istihar masuk BN eh? hehehe... korang igt rakyat bodoh eh? klau igt dah kaya sgt jgn la dok membazir duit.. p la tolong org miskin yg dok melarat kat sana tu.. yer la kan.. bukan kena kluar duit pun.. dah ada org taja.. masuk jer laa.. untung2 dpt jadi YB yer x? hehehehe...
Ganjaran berlipat ganda.
Berdasarkan hadits di atas, dapat difahami betapa mulianya tugas seorang guru di dunia ini. Tentunya, guru yang dimaksud adalah yang mengajarkan kebaikan. Pada dasarnya, kebaikan boleh diajarkan oleh sesiapa saja. Dengan demikian, guru kebaikan tidak mesti mereka yang bertugas sebagai guru bagi orang lain, tetapi yang benar-benar mengamalkan kebaikan dalam kehidupannya.
Orang-orang yang selalu berbuat baik biasanya hidupnya akan tenteram. Hal ini seringkali menjadi perhatian orang lain. Sebahagian orang akan mencuba dan menjadikannya sebagai contoh. Perbuatan-perbuatan yang baik tidak semstinya akan menarik perhatian atau dicontohi oleh orang lain kecuali oleh orang-orang yang selalu berlapang dadanya. Iaitu, orang-orang yang sanggup menerima segala kebaikan dari mana saja datangnya.
Dengan demikian, betapa berlipat gandanya pahala seorang pelaku kebaikan di dunia ini. Ia bukan hanya mendapatkan pahala dari perbuatannya untuk diri sendiri. Selanjutnya, ia akan mendapatkan pahala dari orang-orang yang mencontohinya. Begitulah selanjutnya, kebaikan terus mengalir dari orang-orang yang mencontohi perbuatan baik dari orang-orang yang mencontohinya.
Kerana itu, sebaiknya setiap hari kita berusaha untuk berbuat kebaikan, meskipun untuk persoalan yang kecil . Yang demikian juga terdapat pahala yang pasti dihitung oleh Allah SWT, lebih-lebih bila ditiru orang lain kebaikannya akan sambung menyambung tanpa henti. Yang demikian juga akan menutup peluang datangnya perbuatan-perbuatan buruk kepada diri kita sendiri.
BUJANG SUSAH: Tapi ada org bila kita nasihatkan, boleh plak dia sound kita balik " cakap senang ler..." hehehehe....
Konspirasi Wabak Selsema Babi
Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.
Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.
Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.
Pembinaan Senjata Biologi
Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.
Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.
Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.
Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.
Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.
Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.
Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.
Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.
Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapa peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.
Pembukaan Semula Program Senjata Biologi
Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.
Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.
Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.
Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.
Kesimpulan
Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.
Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan..
Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;
-Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
-Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
-600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.
Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;
“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom.. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”
Cadangan Mendaftarkan Penulis Blog Perlu Diperhalusi - Dr Rais
SHAH ALAM, 21 Mei (Bernama) -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata pandangan sesetengah pihak bahawa penulis blog di Malaysia patut didaftarkan perlu diperhalusi daripada segi perundangan.
Beliau berkata perlu dilihat sama ada pendaftaran itu boleh dilakukan mengikut undang-undang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Bagaimanapun, katanya penulis blog yang didapati memutarbelitkan fakta boleh diambil tindakan mengikut Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan itu selepas melawat Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas Selangor di sini, Khamis.
Dr Rais berkata kerajaan juga sedang meneliti akta baru iaitu Akta Tandatangan Multimedia yang diproses sejak tiga tahun lepas, yang akan meneguhkan lagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu, Dr Rais berkata beliau mahu para pegawai kementerian meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang internet termasuk blog, sesuai dengan peredaran zaman.
Katanya jika beliau yang telah merentas zaman di bawah lima Perdana Menteri mampu mempelajari perkara-perkara baru menerusi internet apatah lagi para pegawai kementerian.
Beliau berkata Pegawai Penerangan juga perlu mendekati rakyat dan menyampaikan maklumat kerajaan melalui saluran tidak formal seperti berinteraksi dengan masyarakat di kedai kopi, gerai dan pasar.
"Penyampaian maklumat secara kurang formal tetapi secara langsung dijangka lebih berkesan," katanya.
Dr Rais berkata kakitangan kementerian, khususnya Pegawai Penerangan merupakan mata dan telinga kerajaan dan mereka perlu memainkan peranan menyelami hati rakyat.
-- BERNAMA
BUJANG SUSAH: wakakakkakkaa... rais ni tau ke mcmana nak masukan gadget..? wakakkakaka.... Abg aku pegawai penerangan umno tp shut down pc pun x tau... wakakakka... tp klau dia pandai xder la dia duduk dalam umno tu lagi.. sbb dia tu turrr la dia dok dalam tu... wakakaka... kesian abg aku...
Kementerian Pelajaran kaji hadkan jumlah mata pelajaran SPM
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mungkin akan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
"Ini bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
"Patut diselaraskan jumlah mata pelajaran yang setiap pelajar boleh ambil...kenapa mereka perlu ambil 20 mata pelajaran sedangkan ada yang tidak diajar di sekolah dan hanya belajar di kelas tuisyen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Puteri Umno di pejabatnya di sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sistem sedia ada dalam pemberian biasiswa berdasarkan jumlah A yang diperoleh pelajar patut diubah.
Sebagai contoh, katanya pelajar yang mendapat 14A akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapat biasiswa tetapi ini adalah tidak adil kepada mereka yang hanya dibenarkan mengambil sembilan mata pelajaran walaupun mereka mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.
"Pastinya, pelajar di sekolah berasrama penuh yang hanya dibenarkan mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran tidak dapat bersaing dengan mereka yang memperoleh lebih banyak keputusan A," katanya.Muhyiddin berkata beliau tidak mempertikaikan mereka yang memperoleh banyak A tetapi keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang hanya dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tertentu.
Katanya perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak paad 25 Mei ini. - Bernama
BUJANG SUSAH: Hehehe.. apa la punyer turr ada tpm mcm ni.. Ada ker nak kurangkan subject... nak lagi senang seluruh malaysia ni buat satu mata pelajaran jer la lagi baik. pelajaran jasmani.. senang sikit nak bagi biasiswa.. aku pun x tau sampai bila malaysia ni nak dipimpin oleh org bodoh.. susah sgt ker nak beri biasiswa ni?
Masalahnya ialah sistem pemberian biasiswa. Untuk apa yang nak sekat pelajar nak ambil banyak subjek. Banyak lagi jalan penyelesaian lain. Sebagai contoh, berapa peratus pelajar dapat A dalam semua subjek dia ambil.
Sekolah asrama penuh 9 subjek diambil, 9 A = 100% A. akan dapat biasiswa.
kalau 9 subjek diambil, just dapat 5 A = 55.5% A. Tak layak dapat biasiswa.
Sekolah agama YIK 20 subjek diambil, 20 A = 100% A. akan dapat biasiswa.
kalau 20 subjek diambil, just dapat 10 A = 50% A. Tak dapat biasiswa.
Susah ke nak buat mcm tu? Sapa2 kat sini yg nak mengaku korang mempunyai seorang TPM yg bijak ni? aku memang lama dah x mengaku dah... hehehehe... malu.. malu... gara2 memilih pemimpin yg bebal... klau pandai pun setakat pandai bercakap dan pandai menipu jer... wakakakka... org umno ni terbahagi kepada dua... yg pertama begitu bodoh dan yg kedua begitu pandai.. penyokong kat bawah begitu bodoh.. pemimpin2 yg kat atas begitu pandai.... pandai menipu...!!!! klau xder penyokong2 bodoh ni umno akan hilang penyokong dan seterusnya hilang dari sejarah politik malaysia... so terpaksalah si pandai (pandai menipu) terus membodohkan si bodoh.. tu yg si pandai (pandai menipu) x bagi budak2 nak belajar ambil subject banyak2.. takut nanti dah xder org bodoh lagi kat malaysia ni....wakakakaka... layannnnnnnnnnnnn.....
MINTA TINDAKAN SEGERA DARI PIHAK KERAJAAN
Antara kampung terlibat termasuklah Kg. Lombiding, Kg. Kipopogong, Kg. Gana, Kg. Nasapu, Kg. Garung, Kg. Gouton, Kg. Minsusurud, Kg. Makatol Darat, Kg. Minitampak, Kg. Samparita Laut, Kg. Samparita Darat, Kg. Bombong I, Kg. Bombong II. Memandangkan kawasan perkampungan mereka sekarang terlalu jauh dan sukar untuk dihubungi, para mualaf memohon agar pihak kerajaan mewujudkan satu penempatan untuk mereka bagi memudahkan mereka mengikuti kelas-kelas Fardhu Ain sekali gus mendalami Islam. Sebelum ini, para mualaf di kawasan ini terpaksa melalui laluan-laluan balak untuk menghadiri kelas pengajian di masjid at Taqwa, Kota Marudu dengan bayaran sewa kereta berbelas atau berpuluh ringgit di musim kemarau. Bagi mengatasi masalah ekonomi memandangkan sebahagian besar mereka bekerja sebagai petani, pihak FELCRA dicadangkan agar mengambil ruang sekitar kawasan penempatan yang bakal dicadangkan nanti serta melaksanakan satu program seperti program FELCRA di P. Banggi.Sekiranya langkah segera tidak diambil, dikhuatiri para mualaf bakal berpaling daripada agama Islam akibat kejahilan dan pelbagai desakan lain.
BUJANG SUSAH: Rasanya susah la selagi UMNO/BN yg memerintah malaysia ni.. Puak2 ni mana nak fikirkan tentang agama.. baik dia fikirkan macamana nak bolot harta minyak dan balak kat sabah tu..
Thursday, May 21, 2009
Orang UMNO masuk UMNO di Kuala Kedah
oleh YB M. Nasir Mustafa
Sinar Harian melaporkan 20 ahli Pas K Kedah sertai UMNO ! Saya pun terus hubungi PAS Cawangan di kawasan berkenaan untuk bertanyakan perkara tersebut. Mereka di cawangan itu menafikan ada ahli PAS yang menyertai UMNO dalam majlis yang diadakan di sebuah surau di situ. Saya masih tidak berpuas hati. Saya pun minta mereka rujuk gambar yang disiarkan Sinar Harian. Jawabannya serupa. Kata mereka mana ada ahli PAS dalam gambar yang disiarkan, yang sedang menyerahkan borang pun difahamkan pemegang jawatan yang dilantik UMNO. Walaupun banyak yang pakai pelikat dan kopiah putih semua tu ahli UMNO kata mereka.
Nampaknya masih seperti dulu. Orang UMNO masuk UMNO. Serupa juga dengan PRK di Penanti, tak nak masuk pilihanraya kononnya pilihanraya tu permainan PR. Sepatutnya inilah peluang untuk BN buktikan perjuangan mereka kepada rakyat. Pilhanraya medan untuk bawa agenda perjuangan. Ada pilihanraya masuklah, itu tempatnya untuk sebuah parti politik. Beri rakyat buat pilihan bukan bila ada peluang menang baru nak bertanding. Di Perak pun sama. Kenapa sanggup gadai masa depan rakyat, buatlah pilihanraya tak perlu biar krisis yang tidak berkesudahan itu berpanjangan.
Semuga benda-benda palsu dan murahan ini tidak terus diamalkan. (KedahLanie)
BUJANG SUSAH: Klau nak di ikutkan habis semua org PAS masuk UMNO dah.. semanjang mcm tu jer berita dia dari dulu kini dan selamanya... dah xder org PAS dalam Malaysia ni dah.. PAS ni tinggal nik aziz dan hadi awang jer la nampaknya... hehehehe.. pakcik2 ni semua plak selamber jer muka dia... dah xder kemaluan ker..?
Tok Guru pesan jangan dendam, jangan dengki - Elizabeth
Aku ada pasangan hidup sendiri.
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja nanti...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Tapi MAK buat itu semua untuk kita tanpa sedikit keluhan pun..
MAK buat itu semua kerana kasih sayang yg tiada tandingan..
Tapi kita lebih sayang pada pasangan kita walaupun si dia x pernah pun pakaikan kita lampin. Sanggupkah si dia menjadi seperti MAK klau kita terlantar sakit ? Kita boleh ada seratus maupun sejuta pasangan, namun kita hanya ada seorang MAK.
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
MATA
Wednesday, May 20, 2009
Resepi: Isi ikan goreng rangup
- Gaulkan ikan dengan garam, serbuk kari, serbuk cili, minyak jagung dan jus lemon selama 20 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga kekuningan.
BUJANG SUSAH: Ermmm... mcm sedap jer.. Org bujang mcm aku kena buat sendiri la nampaknya... huhuhu.. xder sape2 nak tolong buatkan ker... huhuhu....
TV TERKINI
|
SEOUL 19 Mei - Syarikat Korea Selatan, LG Display hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya mencipta televisyen paparan kristal cecair (LCD) lebih nipis daripada sebatang pensil dan paling nipis di dunia.
Panel televisyen berukuran 42 dan 47 inci itu menggunakan sistem pencahayaan belakang diod pancaran cahaya (LED) yang membolehkan ia direka senipis 5.9mm, demikian menurut LG Display dalam kenyataannya.
Pengeluar televisyen LCD kedua terbesar dunia itu berkata, produk terbarunya itu hanya seberat 6.1 kilogram dan 7.3 kilogram, iaitu separuh daripada berat televisyen konvensional.
"Paparannya dapat menghasilkan warna seperti semula jadi dengan ketepuan sehingga 80 peratus," demikian menurut kenyataan itu.
Televisyen terbaru itu juga dikatakan dapat menghilangkan kesan pergerakan samar dan mempunyai resolusi definisi tinggi.
Naib Presiden Eksekutifnya, Chung In-jae berkata, produk terbaru menunjukkan teknologi terkini yang digunakan LG membolehkan rekaan televisyen ternipis direalisasikan.
LG Display dan pesaing tempatannya, Samsung, kini mendahului dunia dalam pengeluaran skrin panel rata di pasaran global dan sedang bersaing untuk menghasilkan panel lebih nipis untuk televisyen berdefinisi tinggi. - AFP
BUJANG SUSAH: Sikit hari lagi tv boleh masukan dalam poket seluar.. lipat mcm kertas.. mana tau kan.. jangan ketawa .. dulu semasa telephone belum tercipta, mungkin ramai yang ketawa bila org kata kita boleh berbual dengan org di negara lain tanpa pergi negeri dia.. Ini adalah anugerah aqal yg Allah beri kepada manusia. layannnnnnnnnnnn...............
BANYAK DUIT EK.. - BIAQPILA
GAMBAQ NI DIRAKAM PADA 10.4.2009 MEMAPARKAN GAMBAQ PM BARU KITA DS NAJIB.LOKASI PAPANTANDA INI ADALAH BERDEKATAN STADIUM BADMINTON CHERAS KUALA LUMPUR.
GAMBAQ NI PULAK DIRAKAM PADA 19.5.2009 TETAPI GAMBAQ PM KITA DAH DITUKAQ DENGAN GAMBAQ MASJID PULA.
SUDAH TUKAQ KA? HARI TU GAMBAQ NAJIB,HARI NI DAH DI TUKAQ DENGAN GAMBAQ MASJID PULAK. BANYAK BETOI DUIT DOK LAYAN BUAT BENDA TU.DUIT SAPA LAGI KALAU BUKAN DUIT RAKYAT.DULU AKU PERNAH CERITA KAT BLOG NI.KLIK SINI
MEMBAZIR SATU HAL,TAKKAN MASA BUAT DULU TAK PIKIAQ BETOI-BETOI GAMBAQ APA YANG SESUAI NAK BUBUH KAT SITU.ATAUPUN MEMANG TIAP-TIAP BULAN DEPA NAK TUKAQ GAMBAQ TU.
INI BUKAN PROJEK CIPUT PUNYA NI.BANYAK MODAL TERPAKSA DIKELUARKAN UNTUK MENGGANTIKAN GAMBAQ TU.KURANG-KURANG PULUH RIBAN JUGAK LA.BERAPA PUNYA BANYAK PAPANTANDA MACAM TU YANG DOK ADA KAT KL SAJA.
SELAIN DARIPADA PAPANTANDA DI HADAPAN STADIUM BADMINTON KL,KELIHATAN JUGA PAPANTANDA DI JALAN LOKE YEW YANG TURUT DIGUBAH SEMULA PENAMPILANNYA DEMI MEMENUHI SELERA PEMIMPIN SERTA MEMENUHI KOCEK KRONI-KRONI SEMENTARA RAKYAT SEKADAR MELOPONG TENGOK PAPANTANDA GERGASI ITU.
JALAN LOKE YEW..MULA-MULA TU...
JALAN LOKE YEW..LA NI..
LAYAN SAJA LA TELATAH UMNO BN NI....
BUJANG SUSAH: Ramai lagi org susah kat malaysia ni .. siap masuk dalam bersamamu lagi... duit tu kasi kat mereka yg memerlukan kan lagi baik... ermmm.. sokong la lagi umno/bn tu... (BN = Bodohnya Nau'zubillah)
BENAR ATAU KONSPIRASI ? - Anak Raja Petra Mengaku Salah Tuduhan Mencuri
SHAH ALAM - Anak lelaki penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap empat pertuduhan mencuri dan memiliki harta curi. Raja Azman Raja Petra (foto), 32, yang beralamat No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah pada pukul 11.30 pagi. Dia didakwa mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di No 65, Jalan Batas 2, 19/6b, Seksyen 19 di sini, pada 9.30 pagi 20 Mac lepas. Tertuduh yang ditangkap pada 6 Mei lepas juga mengaku memecah masuk ke dalam rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu Mohd Syaiful di alamat, masa dan tarikh yang sama. Raja Azman juga mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik seorang pelajar, Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di No 16, Jalan Sastera, U2/1K Seksyen U2 di sini, pada 10 pagi 24 April lepas. Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, turut mengaku bersalah memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di depan rumah No 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong pada 10.40 malam 5 Mei lepas. Majistret Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman. Tidak ada sesiapa yang menjamin Raja Azman manakala bapanya juga tidak kelihatan dalam mahkamah.
Nota : [Ramai yang tertanya-tanya, apakah kes ini ada kaitan dengan kehilangan "Raja Blogger" itu sebenarnya?. PDO juga amat terkejut dengan kes ini, dan sesuatu yang agak janggal kenapa anak beliau mengaku salah dan tidak mahu dibicarakan?. Apakah ia adalah satu skrip yang dicipta untuk mengaburi mata rakyat, walhal selama ini anaknya tidak pernah dikenali. Malahan amatlah tidak masuk akan bila beliau mencuri motosikal tersebut dan dirinya tidak diwakili oleh seorang peguam pun. Kemungkinan besar kesemua motorsikal itu adalah kepunyaan rakan-rakan beliau sendiri dan kes ini dijadikan asas untuk membuktikan bahawa kehilangan Raja Petra "bersebab". Tambahan pula beliau juga dilihat tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu dijalankan. Malah isterinya yang begitu kerap ke mahkamah semasa kes Raja Petra juga tidak kelihatan untuk menjamin anaknya itu. Inilah yang menimbulkan persoalan sebenarnya? Apakah semua ini satu konspirasi terbaru terhadap RPK].
BUJANG SUSAH: Keraguan yg berasas... kita tunggu dan lihat...
Umno ditalkinkan di Sabah...
gambar ini dihantar melalui email. Menurut sumber tersebut peristiwa ini berlaku di kawasan Naib Presiden Umno dari Sabah, ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah.
Umno telah mati di hati rakyat !!
BUJANG SUSAH: Orang sabah pun x bodoh nak sokong umno... org semenanjung jer bebal.. kata jer negeri maju.. mcm2 kemudahan ada.. tp melayu dianaktirikan.. tengok saja di melaka.. mejoriti melayu adalah umno.. tp habis tanah melayu digadaikan oleh "siluman ketam" . Dalam kawasan bandar nak cari satu bangunan melayu pun susah. Klau ada pun siluman ketam dan anak syarikat serta kroni2 dia yg punya (bukan ahmad albab yg punya). Taukeh2 s'pore bela babi banyak2 kat kampung melayu.. kerajaan x ambil tindakan pun.. pantai tempat nelayan2 kecil di kelebang di tambak menyebabkan ramai nelayan yg hilang punca mata pencarian.. tu pun melayu x sedar lagi.. bila tanah kena ambil semua menyalak sakan.. tu pun 2, 3 hari jer laa.. lepas tu kasi kain pelikat sehelai, pangkah umno jugak... wakakakaka.. ni yg dikatakan bodoh x boleh di ajar.. pandai x boleh di ikut.. melayu... melayu.... bertambah layu la nampaknya.. betul kata madir.. melayu mudah lupa.. tp melayu umno jer laa.. wakakaka.. layannnnnnnnn..........
Tok Mat 'nakal' tembak peluru angin...
Ruangan Nasional, Berita Harian melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa sekurang kurangnya dua wakil rakyat pembangkang akan meletakkan jawatan.
Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan ini sebenarnya hanya menggambarkan 'kenakalannya' dan umpama menembak peluru angin.
Kenyataan ini lebih kepada usaha Pengerusi Umno tersebut yang mahu mengalihkan isu dan perhatian ahli Umno dari krisis dalaman yang berlaku dalam parti Umno dan Bn itu sendiri.
Bn di peringkat pusat sedang bergolak dengan kenyataan dan pergeseran terbuka. Umno yang takut akan kuasa rakyat yang bersungguh - sungguh mengelakkan pilihanraya sedang ditempelak oleh rakanya dalam MCA dan Gerakan yang mahukan pilihanraya di Perak. Pergolakan dalaman PPP mula sudah membabitkan pemimpin lain di dalam Bn.
Di Perlis Umno yang gagal menyelesaikan masalah dalaman terus melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi Perhubungan dimana telah menyebabkan sekurang kurangnya 1000 ahli Umno keluar parti secara terang menyertai keADILan.
Di Terengganu walaupun di pangku oleh Naib Presiden merangkap Menteri Dalam Negeri gagal mengawal dan menenangkan pertembungan kem bekas Menteri Besar dan kem Menteri Besar sekarang sehingga membawa kepada ancaman bunuh.
Di Pahang Umno Bahagian teruk bertembung dengan Menteri Besar Pahang dengan saling membogelkan diri dalam pendedahan isu rasuah. Namun Polis mahupun SPRM gagal menjalankan peranan masing - masing dalam menyiasat pendedahan yang dilakukan.
Di Selangor protes senyap kem penyokong bekas calon Timbalan Presiden dan bekas Pengerusi Perhubungan serta kem bekas Menteri Besar Selangor yang kalah Ketua Pemuda makin terasa. Usaha melantik bekas calon Ketua Pemuda sebagai Ketua pemikir Umno Selangor tidak memadamkan sama sekali protes senyap yang masih berterusan.
Di Negeri Sembilan khususnya masalah dalaman Umno makin parah. Seorang ahli Parlimen yang pernah kononya menuduh 'seorang budak pejabat bank' dihantar oleh Anwar untuk membelinya sedang heboh mempersiapkan diri sebagai bakal MB kononya kerana hubungan baiknya dengan Presiden Umno. Antara serangan yang dilakukan kepada Pengerusi Umno Negeri Sembilan ialah orang Pak Lah, budak Khairy Jamaluddin dan menguruskan Umno secara adik beradik. Tuduhan orang Pak Lah atau budak Khairy cukup ditakuti dalam Umno setelah melihat bagaimana Khairy diperlakukan oleh Najib dengan tidak menamakan beliau dalam kabinet walaupun menang Ketua Pemuda.
Bukan menjadi rahsia tuduhan ahli Umno yang menyatakan betapa pengurusan Umno dan Kerajaan negeri dikuasai oleh Mohamad Hasan, Azman Hassan (abangnya) dan adik beradiknya yang lain. Malah dalam banyak perkara Azman (Datuk) dilihat lebih berkuasa dari Mohamad.
Tidak tahan dengan tekanan yang diberikan maka sebaik sahaja sah Najib menjadi Presiden Umno, Mohamad perlu cepat membuat penyesuaian semula. Maka abangnya terpaksa berundur. Protes dari bahagian Umno masih kuat seperti dari Umno Bahagian Seremban.
Kenyataan Pengerusi Umno Negeri Sembilan tersebut telah dibantu dengan penulisan berita yang sengaja berniat jahat dengan menyataakn penafiaan dua ADUN keADILan iaitu ADUN Sikamat dan ADUN Ampangan.
Semua ini che'GuBard sekali lagi menganggap ia cuma usaha nakal dan terdesak Mohamad. Ini menggambarkan Umno yang tak henti - henti berpolitik.
che'GuBard mengajak Mohamad selaku Menteri Besar Negeri Sembilan untuk henti hanya bermain politik sebaliknya memberikan tumpuan kepada isu pentadbiran dan kebajikan rakyat.
Pusat Khidmat Rakyat Rembau (PKR) yang dikendalikan oleh keADILan Rembau sendiri mempunyai berpuluh kes keluarga miskin dan susah serta Aduan rakyat yang lama tidak selesai dalam DUN Rantau yang diwakili Menteri Besar sendiri.
Hampir semua pengadu menyatakan bawah mereka telah pergi mengadu ke Bn atau kerajaan namun setelah gagal diselesaikan baru dibawa ke pengetahuan keADILan Rembau. Tanpa ada sumber keADILan Rembau tetap terus membantu rakyat termasuk dalam DUN Rantau yang tidak mendapat perhatian Menteri Besar.
Lebih parah lagi bantuan dari kerajaan seperti dari Jabatan Kebajikan telah dipolitikan. Ada keluarga atau individu layak diketepikan hanya kerana mereka dikaitkan dengan parti selain Bn dan menambah lekib parah lagi apabila Datuk Ishak, Ketua Bahagian Umno Seremban sendiri menyatakan kes kepayahan rakyat yang diketengahkan oleh beliau juga diketepikan, mungkin kerana dia tidak sebulu dan pernah membuat laporan rasuah mengaitkan Mohamad Hasan sekeluarga.
Jika Menteri Besar berhenti bermain politik dan 'berniaga' sebaliknya menumpukan kepada kebajikan rakyat maka sudah tentu rakyat akan lebih bertuah. Malangnya tidak di Negeri Sembilan, rintihan rakyat tidak dilayan. Menteri Besar yang sibuk berpolitik dan berniaga ini pula sering menggunakan media dengan memberikan liputan luar biasa terhadap usaha sedikit seperti menyampaikan beras sekampit dan sebagainya. Bantuan JKM mahupun pusat zakat diberikan imej Umno dan rakyat dipaksa berterima kasih dengan Umno.
Dalam Rembau di mana Mohamad sendiri Ketua Bahagian Umnonya, telah muncul perbagai isu yang tidak berkesudahan seperti Isu tanah Sendayan. Sekurang kurangnya 13 keluarga Melayu lagi masih tergantung kesnya di mahkamah. MB seharusnya perihatin tetapi sebaliknya hanya berkeras memberikan kata dua dan tawaran tanpa mendengar rintihan masalah sebenar.
Pemilik tanah adat di Kampung Chengkau, Kampung Waris dan kawasan sekitarnya yang terjejas kerana projek landasan berkembar keretapi langsung tidak mendapat perhatian Mohamad. Tanah mereka akan dirampas dibawah Akta Pengambilan Tanah dengan harga RM1.20 sekaki. Harga yang terlalu jauh lebih murah dari harga yang diletakkan oleh jurunilai. Penduduk berkeras isunya mudah pampasan tak masuk akal, mereka bukan menolak pembangunan sebaliknya memohon hak tanah mereka. Mereka mahu tanah mereka diganti di dalam kawasan Rembau semula. Tanah Adat (tanah rizab Melayu) ini maruah keluarga mereka mereka tidak mahu melihat keluarga mereka hilang tanah. Mereka telah pergi ke banyak pihak termasuk cuba berjumpa Mohamad namun gagal mendapat perhatian. Jika tidak kena gaya dua minggu dari sekarang 40 buah rumah akan menyembah bumi, akan sekali lagi peristiwa Kampung Berembang, Selangor akan berlaku. Mohamad tidak punya masa buat mereka, keADILan Rembau semalam telah bertemu dengan wakil penduduk terbabit.
Di Selangor berita gembira buat rakyat orang Asal apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membatalkan saman terhadap tanah orang asal yang mahu diambil kerajaan Bn dahulu. Malah hak milik diperolehi oleh orang asal terbabit. Malangnya di Negeri Sembilan, penduduk orang asal yang telah meneroka tanah sejak ratusan tahun di Kampung Tangai Gua Batu Maloi (sempadan Rembau - Tampin) sedang tidak nyenyak tidur apabila tanah mereka hendak dirampas untuk membangunkan kawasan pelancongan. Mereka yang tidak mempunyai hak undang - undang ke atas tanah itu sudah mendapat surat arahan 'menghalau' dengan mengosongkan tanah. Mereka juga sudah pernah naik bas ke Seremban untuk bertemu MB namun gagal. keADILan Rembau juga sudah bertemu wakil mereka berbincang mengenai masa depan mereka.
Itu baru cheGuBard singkap masalah dalam rekod Pusat Khidmat Keadilan Rembau.
Keadilan Rembau yang tidak mempunyai sumber, tidak mempunyai kuasa malah ditindas dihimpit dengan menggunakan perbagai aparat di bawah regim tetap terus menghayun langkah tidak kira semak atau rimba, siang atau malam, hujan atau panas akan terus membela dan memperkasakan rakyat.
Kepada Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikenali sebagai tokoh korporat berhentilah 'berpolitik dan ' berniaga' berikanlah tumpuan pada rakyat.
TOSAI TELUR KAU Ada berani ??
Jika berani, anda boleh order TOSAI TELUR BAWAH..lepas tu jangan lupa hantar email kat wak, apa rasa agaknya...hamis..masin..atau masam ? Adehhhh...!!
[Nama restoran mamak dirahsiakan untuk jaga telurnya dimalukan-wak]
KASIH TAK KESAMPAIAN
Aku nak layan lagu jap.... layannnnnnnnnnnn......huk..huk..huk..
Nyalaan lilin: MP dan ADUN DAP ditahan - malaysiakini
May 19, 09 9:07pm |
Dua wakil rakyat DAP dan sembilan pekerja parti itu ditahan polis ketika menyertai acara nyalaan lilih sebagai "tanda berkabung matinya demokrasi". Dua wakil rakyat DAP itu ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee. Mereka ditahan ketika mengadakan nyalaan lilin di Seputeh pada jam 8.20 malam ini. Nyalaan lilin itu - yang diadakan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok - disertai berpuluh-puluh mereka yang memakai baju-T hitam. Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak". Mereka sebelum itu berkumpul di luar satu kawasan kosong yang terletak berhadapan dengan bangunan pejabat DAP serta membawa poster mendesak supaya DUN Perak dibubarkan. Ketika mereka hendak melancarkan kempen mengumpul tandatangan, mereka dikepung oleh ramai anggota polis. Seorang pegawai polis kemudiannya mengarahkan mereka supaya bersurai kerana mengikutnya ia adalah satu perhimpunan haram. Selain dua wakil rakyat berkenaan, mereka yang turut ditahan dikenali sebagai Lam Kah Hon, Alex LC Ling, Koh Weng Ken, Chua Yew Choong, Lim Jen Yow, Tan Hak Lian dan Fong Kok Leong. BUJANG SUSAH: Hehehehe... polis malaysia memang suka buat kerja2 mcm ni.. tangkap org nyalakan lilin, tangkap org pakai baju hitam, tangkap org ceramah, tangkap org solat hajat... hehehe.. perompak, perogol, pengedar dadah, penjenayah, pembunuh, peragut dan banyak lagi laa.. semua dia buat x tau jer... mcm xder pape jer.. yer la kan.. maklumlah nak tangkap penjenayah ni susah.. tangkap org pasang lilin kan senang jer.. x payah main kejar2.. hehehehe.. Polis Raja Di Malaysia (PRDM) hehehehe... |
Industri Tempe Selangor Terjejas - malaysiakini
Siapa lagi yang aku maksudkan kalau bukannya Tauke Tempe seantero Selangor Mohd Khir Toyol yang dijatuhkan hukuman oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.
Oleh kerana Raja Tempe telah di jatuhkan hukuman dan berkemungkinan besar perusahaan tempe Selangor bakal tergendala buat beberapa hari atau setahun, aku berharapkan rakyat Selangor mencari sumber makanan alternatif sebagai penganti buat masa setahun ni.
Tadi aku sempat bertanya dengan Raja Tempe macam mana dia nak teruskan kehidupan selepas sumber kewangannya turut terjejas.
"Beliau memberitahu, dia takda hal punya sebab duit sumbangan dari Puteri Balqis masih banyak lagi, duit sewa di Mekah pun masih boleh menampung perbelanjaan, duit tanah yang dijual di Kajang masih tak berusik lagi... dan banyak lagi duit lebihan sewaktu bisnes sedang rancak suatu masa dulu..., so apa ada hal.... setakat nak pergi Disneyland 20 ke 30 kali ulang pun masih boleh lagi.... keputusan pengantungan ini tak mencabar lansung" katanya sambil tersenyum kelat pahit.
Dan beliau menambah lagi, "keputusan ini betul-betul membuatkan beliau terpaksa memerah kepala otak untuk memikirkan banyak benda yang harus di fikirkan."
Entahlah... part tu aku tak paham apa yang dia katakan, tadi kata keputusan pengantungannya itu tak mencabar... lepas tu banyak pula perkara yang nak dia fikirkan... mungkin sebab dia dah jadi ahli pemikir kot.... atau itu simptom atau tanda penyakit GILA peringkat awal mula menyerang kot.... ha...ha...ha....
Isa: Adussss..... dah jatuh kena timpa dengan penyapu pulak.... Adusssss... mana aku nak dapatkan stok tempe ni.... dah ketagih nak makan tempe ni.... harap utusan meloya dan berita hairan dapat menyiarkan kesengsaraan yang bakal di hadapi oleh rakyat selangor di muka hadapan akhbar esok....
BUJANG SUSAH: Ada org cerita.. asalnya ialah seekor toyol.. tetapi setelah melakukan botox, terus jadi rupa manusia.. tp pada zahirnya jer la manusia.. akal serta perangainya tetap toyol jugak... hehehe... tu yg suka jer rembat duit sana rembat duit sini tu.. klau dah toyol tu toyol jugak laa... hehehhee