Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Nampaknya, imej Elizabeth Wong (foto)yang sudah tercalar baru-baru ini, kini dimainkan semula oleh para blogger upahan Cyber Trooper UMNO karat. Ini berikutan pendedahan terbaru gambar Eli sedang berbaring diatas kerusi dengan imej "pusatnya yang bersubang" di keluarkan dalam laman blog pro-kerajaan yang dikenali sebagai "Naluri Rakyat". Antara lain PDO ingin memetik tajuk panas yang tulisan Zul Sakhtee tersiar di laman itu hari ini iaitu "Milik Siapakah Subang Ini?". Dalam laporan terbabit jelas sekali menggambarkan imej Elizabeth Wong sedang berbaring dalam keadaan yang cukup mencurigakan. PDO tidak pasti apakah gambar yang dipaparkan itu benar belaka atau satu rekaan terbaru puak-puak blogger berkenaan untuk sekali lagi mencemarkan nama baik Eli di mata rakyat. Mereka masih tidak puas hati bila Eli kembali bertugas dan tidak meletakkan jawatannya sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan. Soalnya sekarang, kenapa gambar-gambar itu masih lagi dimainkan?. Siapakah sebenarnya dalang disebalik insiden ini sebenarnya?. Apakah benar, bekas teman lelaki Elizabeth iaitu Helmi Dato' Malek terlibat? Atau ini mungkin satu lagi konspirasi jahat mereka untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Semua ini menimbulkan persoalan yang amat menarik. Jika dulu, pihak polis mengatakan gambar Eli itu diedarkan dalam internet oleh teman lelakinya. Maka kenapa hingga sekarang mereka masih belum dapat menjejaki Helmi. Sedangkan PDO sudah mendedahkan sebelum ini bahawa Helmi sebenarnya berada dalam negara dan bukannya seperti yang diwar-warkan. Pihak polis dipercayai sengaja tidak mahu menangkap Helmi kerana gusar beliau akan mendedahkan kisah sebenarnya disebalik penyebaran gambar-gambar Eli itu. Kami sedang menunggu laporan terkini di mana lokasi sebenar Helmi buat masa ini untuk didedahkan kepada umum. Tambah menghairankan, beliau kini memang tidak diganggu oleh pihak polis apatah lagi untuk menangkapnya. Polis hanya melaporkan beliau berada di Batam, Indonesia. Kenapa tidak memohon kerjasama polis Indonesia untuk menangkap dan membawa pulang Helmi ke Malaysia jika benar beliau berada di sana?.
"Kami tidak dapat menyiarkan link blog berkenaan secara detail demi maruah dan imej peribadi Elizabeth Wong"
[PDO amat yakin bahawa apa yang berlaku terhadap Elizabeth Wong adalah satu perancangan jahat yang dibuat oleh puak-puak UMNO sendiri. Apa masalah dengan gambar-gambar exco berbangsa Cina itu sedang tidur?. Bukankah ia adalah hak peribadi beliau dan tidak harus dikacau ganggu oleh mana-mana pihak. Namun, kenapa gambar itu bocor?. Sedangkan PDO telah mendedahkan sebelum ini bahawa kediaman Helmi telah diceroboh dan gambar-gambar itu telah diedarkan di internet oleh pihak ketiga dan bukannya Helmi sendiri. Justeru itulah, Helmi masih dibiarkan bebas hingga ke saat ini. Walhal, dengan kecanggihan dan profesionalisme pasukan polis di Malaysia, apalah sangat susahnya untuk menangkap Helmi jika benar beliau berada di Batam, Indonesia pada ketika ini ?].
0 comments:
Post a Comment