Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, August 1, 2009

READ MORE TUTORIAL : UNTUK SAHABAT BLOGGERS PENGUNJUNG BLOG AKU KHASNYA

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum..

Cara Membuat Read More Terbaik... Pengunjung Tersenyum Anda Tersengeh... hehehe

Pasal blog lagi ni.. mintak sahabat2 ambil perhatian.. berkenaan tentang Read More . Seperti yg kita tahu banyak cara nak buat Read More ni. Tapi the latest Read More ialah mcm yg aku guna skrg ni. Kira lama jugak la aku dah guna [+/-]Read More ni. tapi sebelum aku jumpa "[+/-] Read More" ni, aku guna jugak macam yg lama. Tp yg jenis ni hanya boleh diguna pada new template jer. pada classsic template x dpt den nak nolong. Read More ni memang cukup2 bagus klau kita aplikasikan pada blog kita. Bagusnya apabila kita click pada [+/-]Read more ni, baki tulisan dari posting kita tu akan terus kluar tanpa perlu window mereload semula page kita. Selain itu , untuk posting yg pendek kita boleh hilangkan tulisan [+/-]Read more tu. Xder la org ingat masih ada posting yg tertinggal lagi. Dah la window nak kena reload semula, rupanya memang sampai situ jer posting kita.. hampehh.. mesti pelawat2 blog kita benggang kan. Mcm biasa.. klau kita guna [+/-]Read More jenis ni, pelawat2 blog kita yg internetnya slow mcm kura2 mesti suka dan berterima kasih pada tuan punya blog. Pelawat2 tentu akan merasa gembira segembira tuan punya blog jugak.. wakakaka..

Kat sini aku try buat tutor dia.. klau utk otai2 confirm xder masalah punya.. touch and go. Untuk yg kira newbie memang ada leceh sikit .. tp klau x cuba, mana nak tau kan.. lebih baik gagal setelah mencuba daripada xnak mencuba langsung.
ok.. teruskan..


1. Sig in di blogger dengan id korang.
2. Klik menu layout.
3. Klik menu Edit HTML.
4. Klik pada Full Download Template ,
jgn bimbang download ni x lama.. lebih kurang dua saat jer. Bukan mcm download movie pun sampai berjam-jam. Pastu pastikan dulu kat mana tersimpannya file Full Download Template yg korang dah download tadi, proses ni bertujuan untuk kembalikan semula blog korang pada keadaan asal, jika korang terbuat silap dalam proses editing template nanti.
5. Berikan tanda pada kotak kecil yang ada tulisan Expand Template Widget.
6. Tunggu beberapa saat.. kemudian
7.Cari code </head>. kalau dah jumpa, x payah buat apa2 dulu.
8. Copy kode kat bawah ni plak (yg warna biru), pastu pastekan selepas kode </head> yang korang dah jumpa tu tadi.

<script type='text/javascript' src='http://amen24.googlepages.com/Readmore.js' />

9. Dah seatle yg tu, masih pada page yang sama, korang cari plak kode kat bawah ni . Yang berwarna hitam tu adalah kode ori
yang perlu korang cari, yang memang dah ada pada kode template korang, dan yang berwarna merah adalah kode yang korang kena copy dari sini dan tambah kat korang punya :

<h3 class='post-title'>
<b:if cond='data:post.url'>
<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>
<b:else/>
<data:post.title/>
</b:if>
</h3>
</b:if>
<div class='post-header-line-1'/>
<div class='post-body' expr:id='"post-" + data:post.id'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<data:post.body/>
( ATAU )
<p><data:post.body/></p>
<b:else/>
<style>#fullpost {display:none;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<span id='showlink'>
<p><a expr:onclick='"javascript:showFull(\"post-" + data:post.id + "\");"' href='javascript:void(0);'>[+/-] Read More...</a></p>
</span>
<span id='hidelink' style='display:none'>
<p><a expr:onclick='"javascript:hideFull(\"post-" + data:post.id + "\");"' href='javascript:void(0);'>[+/-] Read Less...</a></p>
</span>
<script type='text/javascript'>checkFull("post-" + "<data:post.id/>")</script>
</b:if>
<div style='clear: both;'/> <!-- clear for photos floats -->
</div>
</div>
.... rest of template code ....

10. Klik pada SAVE TEMPLATES



Langkah seeterusnya :
1. Klik menu Setting.

2. Klik menu Formatting.

3. Copy kode kat bawah ni (yg warna biru) dan paste pada ruangan Post Template.

<span id="fullpost">


</span>

4. Klik pada Save Setting.

5. Selesai.



Cara posting artikel :

Masa korang nak buat posting , click pada Edit HTML jangan pilih Compose, maka akan secara automatik terlihat kode tadi, yaitu :

<span id="fullpost">


</span>


Letak sedikit artikel korang sebelum kode <span id="fullpost">, dan artikel selebihnya korang letak selepas kode <span id="fullpost"> tapi sebelum kode </span>.


Untuk artikel yang pendek, korang tinggal buang je kode tadi tu.. selesai.

Bagi bloggers yg dah otai2, x sampai 5 minit pun nak buat benda ni sebenarnya. Tp bagi yg newbie perlukan sedikit masa dan pengamatan. Tu sebab aku buat tutor ni guna bahasa pasar jer, biar korang senang faham. Tapi kalau x faham jugak.. call atau contact aku kat YM aku jer ... (rubber_tapperz@yahoo.com)
Ok... selamat mencuba...
Wassalam!

[+/-] Read More...

HIMPUNAN ANTI-ISA CAPAI SASARAN 100 RIBU

Bismillahirahmannirahim..


Himpunan berjaya, GMI akan hantar Memo 10 Deklarasi ISA kepada Agong secepat mungkin

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.

HarakahDaily.Net/-

200 orang ditahan. Dr. Hatta dibelasah...Pejabat Agong PAS disembur water cannon... click di SINI














[+/-] Read More...

TERKINI HIMPUNAN ANTI-ISA

Bismillahirahmanirahim.





BERSURAI..Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan anti-ISA di hadapan Kompleks Sogo.


Secara mendadak, mereka turun beramai-ramai dari pelbagai celah dan bengkok jalan dan bangunan di sekitar Pusat Membeli-Belah Sogo.

Ketumbukan aktivis dari Masjid Jamek turun membantu menguatkan saf hadapan aktivis yang telah berada di Sogo.

Tanpa rasa takut, tanpa gentar, jumlah mereka kini bertambah kepada 2,000 orang menghadapi aparatus kerajaan. Polis telah mula menembak gas pemedih mata dan menyembur meriam air.

Anwar Ibrahim - pemimpin reformasi - berada di kalangan mereka, dan bersedia untuk berarak ke Istana Negara.

Sementara itu, 3,000 akvitis dari Masjid Jamek berjaya lepasi kepungan polis meskipun diasak dengan 5 kali hujanan gas pemedih mata. Mereka menuju Sogo.

Manakala ombak aktivis dari Masjid Negara terperangkap di Dataran Merdeka dan terpaksa berpatah balik ke Masjid Negara. Bendahari Pas Dr Hatta Ramli ditarik polis sehingga koyak bajunya.

Mereka dipercayai akan berarak ke Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut.

http://biaqpila.blogspot.com/2009/08/anwar-di-sogo-aktivis-anti-isa-melonjak.html?showComment=1249111733641#c6807560347624649407

[+/-] Read More...

KERANG TUMIS BERLADA


ini salah satu lauk kitaorang semalam...kerang tumis berlada. kerang yang kami guna ni kerang saiz kecil. biasa guna yang saiz besar...tp sejak akhir2 ni susah nak jumpa pula.ni aku sertakan cara masaknya...manalah tau kan ada yang mau cuba masak kerang malam ni...cubalah cara masakan dari sabah ni...hehehehe...

bahan2nya

kerang (ikut suka koranglah..berapa banyaknya)
6 biji cili padi
4 biji cili besar merah
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
1 gelas santan
air asam jawa
garam
serbuk perasa

cara2nya

basuh kerang bersih2 dan rebus
setelah masak, kopeklah isinya
tumbuk bawang, halia, kunyit dan cili padi
tumis sampai naik bau dan masukkan kerang tadi
gaul dan masukkan air asam jawa,
garam dan serbuk perasa
biarkan seketika sebelum masukan cili besar yang dihiris2
gaul2kan sampai kuahnya agak kering

haaa...mudahkan...selamat mencuba...

oleh kiki lala

[+/-] Read More...

Friday, July 31, 2009

MINTA BANTUAN SAUDARA YG TERMAMPU

Email dari saudara. (pokoksena85@yahoo.com)


Assalamualaikumwara hmatullahiwabara katuh,

Biarlah Wati ceritakan serba sedikit tentang masalah sahahat kita ini
Dan Wati tak akan mention siapa gerangan yang empunya diri walaupun
mungkin ada sahabat yang nak tahu nanti. Hari ini kita tutup aib orang, esok lusa Allah s.w.t. akan menutup aib kita pula. Nama tetap akan dirahsia, tetapi Wati rasa Wati perlu
cerita supaya anda yakin dengan ke"seriusan" masalah sahabat ini.

Dia ni baik orangnya, senantiasa mahu meningkatkan ekonomi keluarga .Maklumla ahli family pun makin bertambah ,malah kini isterinya hamil anak ke-6 (5 bln).

Ada peluang untuk tambah pendapatan ,maka dia mencuba.
Dia merupakan antara ahli yang menyertai Projek ternak ketam dalam
bekas kotak gentian .Dalam akhbar Metro ada siarkan hal ni.ia turut menanggung rugi.
Pihak penganjur program telah hilang entah kemana.Tuntutan ganti rugi
tak dapat ,laporan polis juga telah dibuat.

Dia banyak menarik ahli keluarga ,teman-teman ofis untuk sertai,jadi
setelah projek ni tak menjadi,ramai yang beralih menuntuk wang mereka dikembalikan. Walhal dia juga terkena ,tetapi mereka tidak peduli,
selalu menekan ,ugut supaya dijelaskan kembali wang mereka.
Dia bingung ,dahlah rugi,sesen untung pun tak ada.Ditambah pulak
dengan orang yang dok menagih wang dikembali.Dia juga sama macam mereka.
Dah terkena tipu...tapi ahli yang Dia ajak selalu menekan wang dipulangkan.

dia tak mahu meminta2 kepada orang lain. dia ditimpa malang secara yang
bertimpa2 serta sumber rezekinya tiba2 dipotong disebabkan tiada
lagi allowance serta OT . Dan kebiasaannya orang yang macam dia ni, dia akan cari dr sumber lain dulu dan tak mahu meminjam dr
sedaramara .gaji dia sekitar RM 3500,setelah tolak EPF..
keta dah lama kena tarik,telefon rumah dah dipotong,bil air/api dah surat merah,

barang keperluan dalam rumah ,TV ,sofa meja makan telah dijual untk tampung
hidup.

Bila dah kesempitan tu,ditekan dengan mereka yang nak duit balik, jalan singkat ialah meminjam ceti/along. Dan bayaran balik tu berganda2 dr yg kita pinjam. Jadinya, sahabat kita ni tak putus2 sambung hutang dengan along/ceti
ni. Dalam sebulan, hutang ceti/along ni saja dah nak dekat RM 1500. Mereka
suami isteri pula dalam sebulan gaji bersih pun tak berapa banyak. So,
along/ceti ni merupakan MASALAH SEBENAR depa. Dan jenis2 pinjam along/ceti
ni kalau tak dapat bayar, hmmm... tak tahulah apa tindakan depa kepada
saudara kita anak beranak.

Jumlah yang diperlukan untuk melangsaikan segala hutang2 along/ceti tu adalah dalam RM 10 ribu
Jadi,kalau dalam gruop ini ni ada warga yang kaya raya dan sanggup memberi
pinjaman tanpa faedah kepada si empunya diri, dan bayaran baliknya mungkin
mengambil masa yang lama kerana beliau mungkin mampu membayar balik dalam jumlah lebih /kurang RM200 sebulan. TETAPI, jika kita sama2 bekerjasama serta kumpul sorang
sikit, InsyaAllah jumlah tersebut boleh dicapai dalamasa yg singkat saja dan sempatlah kita nak melangsaikan hutang2 beliau kepada along2 berkenaan.

Jadi, kalaulah setiap dari kita ni bersedeqah sebanyak RM 1 sahaja InsyaAllah , Wati rasa sdr kita ni akan tidur lena kerana tak merasa bimbang dengan keselamatan
mereka sekeluarga dari ancaman along2/ceti2 yg kita pun tak pasti kekejaman mereka tu.

Wati siarkan sekali akaun seperti di
bawah:Ini akaun anak Dia .

nurfatin adibah(Maybank)
162740100638

ATAU

12290097653529 (CIMB)

Dengan sumbangan yang tidak seberapa itu lalu dapatlah dia membeli susu anak, beli keperluan2 asas,serta sabun untuk basuh baju.Wati nak tolong jumlah total seorang diri pun rasanya masih belum mampu disebabkan commitments kami sekeluarga.

Sekali lagi, wati menyeru kepada ahli kumpulan agar membantu
ahli ini yang benar-benar memerlukan bantuan.
Semoga unjuran ikhlas kita ini diberkatiNya.

Saya mengharap jasa baik kawan2 semua untuk bersama-sama membantu sahabat ini selagi ada kudrat dan selagi ada daya...

Insyallah moga kita beroleh keberkatan

Dan percayalah, jika kita membebaskan saudara seagama kita dari bebanan dan
cengkaman hutang yang agak mencemaskan ni, InsyaAllah, pahala dan ganjaran
dari-NYA mungkin tak ternilai jika dibandingkan dengan 1 ringgit yang kita
sedeqahkan tu. Niatkanlah sumbangan anda ini demi menolong saudara seagama
yang ketika ini amat2 tersepit serta buntu untuk mencari jalan keluar. Dan
beban yang berat ni bila kita kendong sorang sikit, memang tak terasa
langsung duit 1 ringgit tu.

Kalau ada yang rasa macam nak marah sahabat kita tu sebab memandai2 pinjam
ceti/along - you all fikir macam gini ajelah, kita ni tak pernah lagi
terdesak macam dia. Agak2nya kalau kita ditimpa kesempitan yang datang
secara tiba2 macam dia tu.,rasa2nya kita2 ni nak mengadu kat siapa
agaknya? kat pak long ke?
kat bang long ke? kat kak long ke? ATAU, kita2 pun agaknya mengadu kat ALONG jugak kut...

Itu ajelah yang dapat Wati tuliskan. Buat sahabat yang berkenaan, kalau
anda nak marah Wati sebab tulis cenggini, nak marah marahlah.wati
kesian kat anak2 awak yang masih kecik2 tu. Maafkanlah wati ni. Terima kasih bebanyak kepada yang sudi membantu.

bayar la bil air,letrik ,sewa rumah tu nanti,sian anak-anak,asyik sakit,
dan selalu dok tengok kalian ibu bapanya diganggu orang yang menuntut
hutang.

Moga dengan rahmat kehadiran Ramadan dan Syawal ini memberi sinar
perubahan yang penuh kebahagian .Sabar ya.Allah Maha Mengetahui.

Wassalamualaikum .

***jika kalian tidak memerlukan email ni,wati mohon maaf sbb penuhkan mail box anda.Tetapi sekiranya anda rasa ada rakan yang mahu turut serta bantu,forwardkan mail ni.****

BS: Jauhi diri kamu dari riba.. “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Jika tidak, Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu, agar kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah:278).

Kecelakaan riba ini turut ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. yang mengingatkan dalam satu hadis: “Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seseorang lelaki berzina dengan ibunya sendiri.” (At-Tabrani, 7/158; Riwayat Al-Hakim).

Wallahualam.

[+/-] Read More...

KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
kepada yg. berstatus ibu/bapa atau bakal ibu/bapa, pikir-pikirkan lah....

Sumber : Jalinan Keluarga
diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabk an. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif

* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-( Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Wallahu'alam.

[+/-] Read More...

NAJIB TERUSKAN JUGA PERBUATAN HARAM.



PM Najib 1Malaysia, masih meneruskan perbuatan syirik dan haram dengan bertafakur dan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun pada hari ini.

Walaupun desakan dan tuntutan penguatkuasaan fatwa itu telah berulang kali di bangkitkan di Parlimen supaya Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 08 Okober 1987 yang telah di fatwakan sebagai "SYIRIK" (Hansard Parlimen artikel 39), namun ianya masih belum dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan sehingga ke hari ini, apa sudah jadi beb.....

Dimanakah suara Mufti Harussana Sini, Ustazah Mashitah dan Dato’ Jamil Khir Baharom (Menteri Hal Ehwal Agama), apakah anda semua sudah bisu dan kelu lidah untuk menasihati ketua 1Malaysia kamu itu. Takut kena sergah dengan B1N1 Rosmah ke? Atau takut kehilangan jawatan....



Isu letak kalungan bunga Tugu Negara adalah lebih berat lagi berbanding dengan Perhimpunan Mansuhkan ISA esok. Apakah dua perkara ini pun korang yang berpendidikan Islam tinggi melangit pun tak dapat nak bezakan.

Janganlah memekak terlolong bercakap soal halal haram tentang Perhimpunan Mansuh ISA, tetapi buat buta mata dan pekak telinga untuk menegur BOS Besar korang tu, memang sah korang semua ni Pencacai, Penjilat dan Pengampu kepada Tuan korang.

Harus di ingat amanah dan tanggung-jawap korang kepada Agama dan Rakyat Malaysia, bukannya kepada Tuan Besar korang tu, dan segala gaji yang korang dapat dan gaji Tuan korang juga dari hasil cukai Rakyat Malaysia.

Jadi berkhidmat untuk Negara bukannya kepada Parti yang menerajui Negara. Kini sudah terbukti siapakah yang mempersenda dan mempermainkan Agama Islam selama ini.

Benggong.... punya manusia.

Isa: Nak rujuk Fatwa dengan lebih lanjut lagi klik kat sini

[+/-] Read More...

PENGHINAAN TERHADAP ISLAM TIDAK BERAKHIR

Penghinaan terhadap Islam bukanlah perkara baharu dalam sejarah tamadun manusia. Ia telah berlangsung sejak kali pertama Allah SWT memerintah iblis untuk sujud kepada Adam yang enggan berbuat demikian kerana merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam, malah sudah lebih lama wujud daripada Adam ribuan tahun sebelumnya. Siri penentangan terhadap tidak berakhir di situ, malah ia diteruskan dengan beberapa siri lain yang berlaku terhadap umat para anbiya yang tidak dapat menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi masing-masing. Ia disebabkan ada dalam hati mereka rasa tidak setuju dengan apa yang dibawa kerana mendakwa mereka pun cerdik seperti nabi-nabi.
Justeru, Allah SWT menegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 112 surah al-An'am maksudnya: "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu." Jelas daripada apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, bahawa kalau terdapat di kalangan nabi-nabi itu syaitan berupa manusia, yang kerjanya untuk menyesatkan sekalian manusia, maka ia juga terdapat di kalangan manusia pada hari ini yang berusaha untuk menyesatkan manusia dengan kata-kata indah melalui tulisan, pembentangan kertas-kertas kerja dalam seminar, penyampaian dalam majlis-majlis dialog dan sebagainya.

Pada hal ciri-ciri syaitan ada pada mereka, bagi yang mengenal Islam dengan baik sahaja yang dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dengan kata-kata indah tersebut. Pada awal abad ke-21, masyarakat Islam dikejutkan dengan kemunculan penulis dan individu yang diyakini telah cuba menulis atau membuat kenyataan secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam. Mereka cuba memberi gambaran Islam yang salah dengan mengikuti pandangan peribadi mereka semata-mata tanpa dirujuk kepada asas-asas kaedah dan disiplin ilmu pentafsiran al-Quran dan Al-Hadis yang betul daripada persepakatan ulama yang muktabar (yang diterima pakai dan tidak dipertikai oleh seluruh ulama). Maka berlakulah penyimpangan gambaran Islam sebenar hingga lahir aliran atau fahaman sekularisme yang memisahkan agama daripada kehidupan berpolitik dan bermasyarakat. Seolah-olah Islam tiada hubungan dengan persoalan kehidupan Muslim, iaitu agama individu adalah Islam, tetapi kalau cara berfikirnya tidak Islam tidak menjadi masalah. Inilah pandangan sekularisme yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki yang menjadi tali barut Inggeris bagi menjatuhkan empayar Uthmaniyah. Kalau benar kenyataannya itu, apa perlu untuk mengguling pemerintahan Islam Uthmaniyah, biarkan Sultan Abdul Hamid memerintah negara dengan Islam, sistem politik sahaja yang perlu ditukar kepada sekularisme, tetapi itu tidak akan berlaku, kerana sekularisme mempunyai agenda tersendiri bagi meraih sokongan pihak tertentu untuk menguasai negara. Percubaan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mahu menjadikan Islam dan hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut sesuka hati dan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam. Antara kenyataan yang ditulis dan siar oleh penulis dan badan-badan yang menyebut Islam boleh ditafsir oleh sesiapa contohnya:

1. Pandangan oleh Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam: "Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu, sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata." (Utusan Malaysia, 26 September 2000)
2. Pandanan Dr Kassim Ahmad, penulis dan penganalisis bebas: "Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman�Kepada umat Islam, kita mnyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik." (New Straits Times, 12 Oktober 2000) Situasi begini bukan sahaja merosakkan imej kesucian Islam, malahan menimbulkan kekeliruan yang bahaya di kalangan masyarakat awam khususnya masyarakat Islam di negara ini. Jika agama Islam dibiarkan didebat secara bebas seperti yang ditulis oleh pihak tertentu tanpa mengikut disiplin ilmu-ilmu Islam yang betul maka kewibaan seluruh institusi-institusi Islam di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan. -

Oleh Penulis Khas - Harakah Online
http://www.harakahd aily.net/ index.php? option=com_ content&task=view&id=21708&Itemid=91

[+/-] Read More...

TOYO BAHLUL, BENDA HARAM DAH ADA MASA LU PERINTAH SELANGOR

PAS negeri Selangor menegaskan kewujudan pusat hiburan, judi dan spa haram yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berjumlah sebanyak 4,000 buah telah wujud sejak BN memerintah Selangor.

Penegasan tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS, Khairuddin Othman ekoran dakwaan Khir sejak Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat pusat hiburan haram wujud berleluasa.

Beliau turut mendesak Khir Toyo supaya mengakui secara terbuka bahawa semua lesen-lesen perjudian, spa dan pusat hiburan diluluskan ketika kerajaan BN mentadbir kerana selama setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor tidak pernah meluluskan lesen baru untuk premis tersebut.

PAS negeri Selangor mendakwa Khir tidak pernah serius dalam menangani kes-kes kewujudan pusat hiburan haram ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor.

Katanya, kenapa baru sekarang Khir mendedahkan tentang masalah rumah urut sedangkan ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu rumah urut beroperasi tanpa kawalan dan pemantauan daripadanya.

Justeru, PAS negeri Selangor berpendapat dakwaan Khir itu tidak berasas sebaliknya ia merupakan usaha terdesak beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu penyelewengan yang dilakukan.

"Penyelewengan beliau seperti isu banglo bernilai RM24juta, isu pemindahan dana Balkis RM9.9 juta dan sebagainya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau menegaskan Khir Toyo perlu menjawab terlebih dahulu semua dakwaan terhadapnya sebelum membuat pelbagai fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

"Khir Toyo boleh mengelabui mata rakyat tetapi bukan kepada kami rakyat Selangor," tegasnya.
Posted by byPASs

[+/-] Read More...

SAMBUTAN NISFU SYA’BAN BUKAN DARI SUNNAH?

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Apabila memperkatakan tentang bulan Sya’ban, maka tentu sekali tarikh 15 Sya’ban atau juga lebih di kenali sebagai Nisfu Sya’ban akan bermain-main di fikiran masing-masing. Pada tarikh ini atau lebih spesifik pada waktu malamnya dianggap sebagai satu malam yang memiliki kemuliaan khusus sehinggakan rata-rata umat Islam di Malaysia mengadakan amalan-amalan tertentu seperti melakukan solat malam yang khusus, berpuasa pada siang hari, membaca surah Yassin sebanyak 3 kali dan diselang-selikan dengan doa-doa tertentu.

Ada juga yang beranggapan pada malam inilah diangkat segala amalan kita dan ditentukan segala perkara berhubung dengan kehidupan makhluk seperti hidup, mati, rezeki, untung rugi dan lain-lain atau dikenali sebagai al-Qadr. Melalui artikel ini, penulis akan cuba mengutarakan beberapa perkara yang sering diperdebatkan tentang Nishfu Sya’ban seperti:

1. Status Hadis Tentang Nisfu Sya’ban

2. Amalan-amalan Khusus Sempena Nisfu Sya’ban

3. Benarkah al-Qadr Itu Jatuh Pada Malam Nisfu Sya’ban?


STATUS HADIS TENTANG NISFU SYA’BAN

Hadis-hadis yang membicarakan tentang Nishfu Sya’ban kesemuanya berstatus daif (lemah) dan maudu’ (palsu) kecuali terdapat sebuah hadis menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h adalah sahih daripada Nabi s.a.w, iaitu riwayat yang diterima daripada Mu’az bin Jabal r.a yang berbunyi:

"ALLAH memerhatikan kepada makhluk-NYA pada malam Nisfu Sya’ban lalu DIA memberi keampunan kepada semua makhluk-NYA kecuali orang musyrik dan orang yang suka bergaduh." – Hadis riwayat Ibn Abu ‘Ashim di dalam Kitab al-Sunnah, Ibn Hibban di dalam Sahihnya dan al-Hafiz Ibn Hajar al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid.

Oleh itu, sekiranya kita ingin termasuk di kalangan orang diberi keampunan oleh ALLAH pada malam Nisfu Sya’ban, kita hendaklah termasuk di kalangan orang yang tidak melakukan perbuatan syirik serta menghindari sifat suka bergaduh.

Namun, seharusnya kita sedari bahawa ALLAH juga turun ke langit dunia setiap hari pada sepertiga akhir malam.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"TUHAN kita Tabaraka wa Taala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih tinggal sepertiga malam yang akhir. ALLAH berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-KU, pasti AKU akan memakbulkannya; sesiapa yang meminta kepada-KU, pasti AKU akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-KU, pasti AKU akan mengampunnya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1145.

Oleh itu, sewajarnya kita mempertingkatkan amal ibadah yang benar-benar sahih daripada Nabi s.a..w sepanjang masa. Sewajarnya kita tidak hanya menunggu hari-hari tertentu atau malam-malam tertentu seperti malam Israk dan Mikraj atau Nisfu Sya’ban melainkan terdapat dalil yang sahih menunjukkan pada malam tersebut sememangnya memiliki fadilat-fadilat tertentu seperti bulan Ramadan dan malam lailatulqadar.

Amalan-amalan Khusus Sempena Nisfu Sya’ban

Sekiranya kita perhatikan hadis sahih tentang Nisfu Sya’ban yang telah penulis ketengahkan di atas, kita dapati ia tidak menganjurkan upacara-upacara tertentu mahupun ibadah-ibadah khusus sempena Nisfu Sya’ban.

Oleh itu, amalan-amalan khusus pada hari Nisfu Sya’ban seperti berpuasa, solat pada malamnya, membaca surah yasin sebanyak 3 kali, doa-doa tertentu dan lain-lain bukanlah amalan yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w mahupun para sahabat.

Sekiranya amalan-amalan khusus pada malam tersebut memiliki keutamaan yang tinggi serta memberi manfaat yang besar kepada umat Islam pasti baginda serta para sahabat akan mendahului kita dalam mengamalnya.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi:

"Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan mendirikan solat tertentu seperti yang kita lihat di sesetengah negara umat Islam.
Bahkan di sesetengah negara, orang ramai berhimpun pada malam itu selepas solat Maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yassin dan mendirikan solat 2 rakaat dengan niat panjang umur dan dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia. Kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik daripada golongan salaf, iaitu para sahabat, tabi’in dan tabi’ al-Tabi’in.
Ia satu doa yang panjang, menyanggahi nas al-Quran dan sunnah serta saling bercanggahan atau bertentangan makna… Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sesetengah negara orang Islam adalah bidaah dan rekaan semata-mata. Sepatutnya kita melakukan ibadah sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan ialah dengan mengikuti perbuatan salaf, segala keburukan itu adalah bidaah (rekaan) golongan selepas mereka (khalaf). Setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah itu membawa kepada kesesatan serta setiap yang sesat itu membawa ke neraka." – Rujuk Fatwa Mu’asarah karya Dr. Yusuf al-Qaradawi, jil. 1, ms. 382-383. Dinukil dari buku Membela Islam Tanggungjawab & Disiplin karya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Karya Bestari, Shah Alam (2006), ms. 95.

Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata:

"Solat enam rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan niat menolak bala, panjang umur, untuk kekayaan dan juga membaca surah Yasin serta doanya merupakan hal yang baru dalam agama (bidaah) dan bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w." – Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Syeikh Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, edisi terjemahan bertajuk Bidaah -Bidaah Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta (2004), ms. 155.

Imam al-Nawawi r.h menyatakan di dalam Kitab Majmu’ Syarh Muhazzab:

"Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib, iaitu 12 rakaat yang dilakukan antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama dari bulan Rejab dan solat Nisfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat, kedua-dua solat tersebut adalah bidaah yang mungkar. Oleh itu, janganlah terpedaya kerana kedua-duanya disebut di dalam Kitab Qutub al-Qulub dan Ihya’ Ulum al-Din dan jangan terperdaya dengan hadis yang disebut di dalam kedua-dua kitab itu kerana semuanya adalah batil belaka." – Rujuk Amalan Bidaah Pada Bulan Muharram, Rejab, Sya’ban & Ramadhan karya Dr. Abdul Ghani Azmi bin Hj. Idris, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur (1995), ms. 106.

Setelah menyebut sejumlah ayat dan hadis serta pendapat para ulama tentang malam Nishfu Sya’ban, Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz r.h berkata:

"Berdasarkan ayat-ayat, hadis-hadis dan pendapat para ahli ilmu di atas jelaslah bagi orang yang mencari kebenaran bahawa memperingati malam Nishfu Sya’ban dengan solat dan sebagainya serta mengkhususukan siangnya untuk berpuasa adalah bidaah mungkar menurut kebanyakkan ahli ilmu dan tidak ada dasarnya dalam syari’at yang murni, tetapi peringatan malam Nishfu Sya’ban ini terjadi dalam Islam setelah masa sahabat. Cukuplah bagi para pencari kebenaran mengenai masalah ini dan masalah lain melihat firman ALLAH:

"Pada hari ini, AKU telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, AKU telah cukupkan nikmat-KU kepada kamu semua dan AKU telah redha Islam itu menjadi agama kamu semua." – Surah al-Maaidah: 3.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang melakukan satu amal (berkaitan agama) yang bukan dari suruhan kami, ia tertolak." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1718.

Dalam riwayat lain:

"Jangan kamu semua mengkhususkan malam Jumaat untuk solat malam (qiamullail) antara malam lain dan jangan mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa antara hari lain kecuali puasa wajib." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1144.

Seandainya mengkhususkan malam-malam tertentu dengan ibadah itu dibolehkan, tentu malam Jumaat lebih utama untuk dikhususkan berbanding malam-malam lain. Ini kerana, malam Jumaat adalah hari terbaik sebagaimana terdapat di dalam hadis sahih.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al-Jama’ah, hadis no: 854.

Ketika Nabi s.a.w melarang untuk mengkhususkannya antara malam-malam lain, hal ini menunjukkan bahawa malam-malam lain walaupun dianggap mulia, juga tidak boleh dikhususkan untuk beribadah kecuali ada dalil sahih yang menunjukkan pengkhususannya. " – Rujuk Kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya Syeikh Abdullah bin Abdul Azizi al-Tuwaijiry, edisi terjemahan bertajuk: Ritual Bidaah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta (2003) ms. 319-320.

Oleh itu, tidak ada amal ibadah yang perlu dikhususkan sempena Nisfu Sya’ban kerana tidak ada hadis sahih yang tsabit daripada Nabi s.a.w menganjurkannya. Hadis-hadis yang dijadikan dalil oleh golongan sebagai hujah terdapat amalan-amalan tertentu berkaitan Nisfu Sya’ban kesemuanya daif (lemah) dan maudu' (palsu) sehingga tidak boleh dijadikan hujah.

Tentang penggunaan hadis-hadis yang tidak tsabit daripada Rasulullah s.a.w, Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat telah menyatakan pendapat Imam Tohawi r.h di dalam kitabnya al-Masaa-il, jilid 1, muka surat 41:

"Sesiapa yang menceritakan (hadis) daripada Rasulullah s.a.w atas dasar zon (sangkaan) bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w tanpa kebenaran. Justeru, orang yang menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w tanpa kebenaran, bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a..w secara batil. Manakala orang yang telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w secara batil, pasti dia menjadi salah seorang pendusta yang masuk ke dalam sabda Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 107:


"Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku, dia hendaklah mengambil tempat tinggalnya di neraka."

Dakwaan Ibn Rajab Menyokong Amalan Nisfu Sya’ban

Terdapat sesetengah pihak yang mempergunakan nama al-Hafiz Ibn Rajab r.h untuk menyokong dakwaan bahawa harus menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan amalan ibadah di masjid-masjid. Mari kita lihat apa sebenarnya yang diperkatakan oleh al-Hafiz Ibn Rajab r.h di dalam al-Latoif al-Ma’aarif, cetakan Darul Ihya al-Kutub Arabiyah, Kaherah, 1342 H, muka surat 144:

Para tabi’in yangmenetap di Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir dan lain-lain lagi mengagungkan malam Nisfu Sya’ban dan mereka bersungguh-sungguh beribadah di dalamnya. Hasil usaha merekalah akhirnya orang ramai mengambil kemuliaan pengangungan malam Nisfu Sya'ban.
Ada yang mengatakan bahawa masalah ini telah sampai kepada mereka (iaitu pengagungan malam Nisfu Sya’ban) beberapa hadis-hadis israiliyat. Ketika hal ini terbongkar di negeri itu, orang ramai berselisih pendapat dalam hal ini. Antara mereka ada yang menerimanya dan sepakat untuk mengagungkannya. Mereka ini adalah beberapa orang dari negeri Basrah dan selainnya. Sedangkan, kebanyakan ulama Hijaz seperti Atha’ dan Ibn Abi Malikah menolak pengagungannya.
Dinukil daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ulama fikah penduduk Madinah, iaitu pendapat sahabat Imam Malik dan lain-lain bahawa semua itu adalah bidaah.
Para ulama Syam berselisih pendapat tentang cara meramaikannya. Paling tidak ia terbahagi kepada dua pendapat, iaitu:

1. Disunnahkan meramaikannya dengan cara berjemaah di masjid. Khalid bin Ma’dan dan Luqman bin Amir dan selainnya memakai pakaian terbaik, berbangga dan bermegah-megah untuk tinggal di masjid pada malam itu. Cara semacam ini disepakati oleh Ishak bin Rahawaih dan dia memberi komentar mengenai perayaan itu di dalam masjid, ia bukan termasuk bidaah sebagaimana dinukilkan oleh Harb al-Kirmani daripadanya di dalam Kitab Masail.

2. Berkumpul pada malam itu di dalam masjid untuk solat, membaca cerita dan doa hukumnya makruh. Tetapi, tidak makruh apabila seseorang mengerjakannya secara bersendirian. Inilah pendapat yang dipegang oleh al-Auza’i, imam penduduk Syam, orang yang fakih dan alim antara mereka. Malah, pendapat ini lebih menghampiri kebenaran. – Rujuk Kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiry, edisi terjemahan bertajuk: Ritual Bidaah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta (2003), ms. 314-315.

Inilah antara kata-kata yang telah dilontarkan oleh Ibn Rajab r.h. Beliau hanya menukilkan beberapa pendapat ulama dan mentarjihkannya. Apa yang dapat kita fahami daripada kata-katanya ialah:

1. Amalan pengangungan Nisfu Sya’ban ini hanyalah amalan para tabi’in di Syam. Ia bukan berasal daripada Rasulullah s.a.w mahupun para sahabat.

2. Menurut Ibn Rajab, ada yang berpendapat mereka berdalilkan hadis-hadis israiliyat. Bolehkan hadis israiliyat di jadikan hujah untuk mensunatkan sesuatu amalan? Itu pokok persoalannya.

Tambahan pula ulama-ulama hadis telah mengumpulkan hadis-hadis yang membicarakan tentang keutamaan malam Nisfu Sya’ban yang kemudiannya setelah ditahqiq atau dilakukan penilaian mengenai darjat hadis tersebut, mereka merumuskan bahawa tidak ada satupun riwayat sahih kecuali sebuah riwayat daripada daripada Mu’az bin Jabal r.a sebelum ini.

Hadis tersebut tidak menunjukkan amalan tertentu sempena Nisfu Sya’ban. Sekiranya ingin diampunkan oleh ALLAH pada malam tersebut, kita hendaklah menjauhi perbuatan syirik dan jangan suka berbalah.

3. Amalan tersebut tersebut ditolak oleh jumhur ulama hijaz seperti di Madinah. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, majoriti para sahabat r.a menetap di Hijaz. Namun, tidak terdapat satu riwayatpun yang menunjukkan para sahabat dan tabi’in di Hijaz mengamalkan amalan seperti penduduk di Syam.

4. Tidak ada di dalam kaedah mana-mana mazhab bahawa amalan penduduk Syam boleh dijadikan hujah. Apatah lagi amalan tersebut maqthu’ (terhenti) kepada segelintir kecil tabi’in di Syam. Tambahan pula menurut kaedah Mazhab Syafie, amalan yang mauquf kepada sahabat tidak boleh dijadikan hujah. Inikan pula amalan yang hanya maqthu’ pada tabi’in. Oleh itu, kaedah dari mazhab mana yang dipakai untuk mensunatkan amalan tertentu pada malam Nisfu Sy’aban?

5. Ibn Rajab sendiri telah menguatkan pendapat bahawa meramaikan masjid dengan upacara-upacara ibadah sempena malam Nisfu Sya’ban hukumnya makruh. Pendapat ini juga dipersetujui oleh imam paling masyhur di kalangan penduduk Syam, iaitu Imam al-Auza’i r.h.

6. Keharusan yang diberikan oleh Ibn Rajab dan al-Au’za’i untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan ibadah secara sendirian juga tidak boleh dijadikan hujah kecuali didatangkan dalil tentang keharusannya. Tetapi, sememangnya hadis yang mampu dijadikan dalil tidak wujud. Walau bagaimanapun, harus meneruskan amalan-amalan sunnah yang sememangnya biasa dilakukan pada malam-malam lain seperti tahajjud, baca al-Quran, berdoa dan berzikir sama ada pada bulan Sya'ban atau bulan-bulan lain.

7. Ibn Rajab tidak menceritakan tentang amalan mengkhususkan bacaan Yassin yang diselang-selikan dengan doa-doa khusus sebagaimana yang biasa diamalkan oleh umat Islam di Malaysia.

8. Ibn Rajab juga tidak menceritakan tentang puasa Nisfu Sya’ban sebagaimana yang biasa diamalkan di negara kita.

9. Di dalam kitab yang sama, Ibn Rajab juga menyatakan bahawa solat malam Nisfu Sya’ban tidak ada dalilnya baik daripada Nabi s.a.w mahupun para sahabat. Tetapi, ia hanya tradisi peninggalan sebahagian tabi’in dari ulama fikah yang menetap di Syam.

Benarkah al-Qadr Berlaku Pada Malam Nisfu Sya’ban?

Al-Qadr bermaksud penetapan. Oleh itu, mereka yang beranggapan al-Qadr itu berlaku pada malam Nishfu Sya’ban sebenarnya mereka mengandaikan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya akan ditentukan pada malam tersebut. Mereka menduga pada malam inilah diangkat segala amalan kita dan ditentukan segala perkara berhubung dengan kehidupan makhluk. Mereka berhujah dengan Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba KAMI tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku." – Surah al-Dukhan: 3-4.

Menurut tafsiran 'Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Sya’ban. Namun, pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih telah menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan dan malam yang diberkati itu adalah malam lailatulqadar.

Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr. Dan melalui cara apa engkau mampu mengetahui kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr lebih baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya sambil berkata:) Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.

Al-Hafiz Ibn Kathir r.h ketika mentafsirkan surah al-Dukhan, ayat 3-4, katanya:

"ALLAH berfirman menjelaskan tentang al-Quran al-Adzim bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh berkat, iaitu malam al-Qadr sebagaimana firman ALLAH di dalam surah al-Qadr:
"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr." – Surah al-Qadr: 1.

Hal itu terjadi pada bulan Ramadan sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah.
Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) , dia hendaklah berpuasa pada bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, (dia bolehlah berbuka kemudian dia wajib berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Malah supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah: 185.

Apa yang dapat diambil pengajaran di sini ialah sesiapa yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan (dalam surah al-Dukhaan itu) adalah malam Nisfu Sya’ban seperti yang diriwayatkan daripada 'Ikrimah, bererti dia telah menjauhkan diri dari pengertian asalnya. Ini kerana, nas al-Quran menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang penuh berkat itu (lailatulqadar) adalah pada bulan Ramadan." – Rujuk Kitab Tafsir al-Quran al-‘Adzim karya al-Hafiz Ibn Kathir, jil. 4, ms. 137.

Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata:

"Keyakinan bahawa malam Nisfu Sya’ban adalah malam al-Qadr adalah keyakinan yang salah. Demikian kesepakatan para ulama hadis sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya. Ketika menjelaskan Sunan al-Tirmizi, Ibn al-'Arabi mengatakan bahawa firman ALLAH di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran bermaksud diturunkan pada malam Nisfu Sya’ban adalah tidak benar kerana ALLAH tidak pernah menurunkan al-Quran pada bulan Sya’ban.
Tetapi, ayat itu harus difahami secara lengkapnya sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr di mana lailatulqadar itu hanya wujud pada bulan Ramadan. Hal ini juga ditegaskan oleh ALLAH di dalam surah al-Baqarah, ayat 185: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya. Keyakinan al-Qadr berlaku pada malam Nishfu Sya’ban sangat bertentangan dengan Kitabullah dan sangat jauh terpesong dari isi kadungannya.
Perlu kami ingatkan bahawa ALLAH sendiri telah menegaskan tentang malam itu di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan bermaksud pada malam al-Qadr dijelaskan segala hal kepada malaikat bukannya pada malam Nisfu Sya’ban." – Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, ms. 156.


KESIMPULAN

Dari sini dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah menetap amalan-amalan tertentu khusus pada bulan Nisfu Sya’ban dan penetapan segala urusan manusia (al-Qadr) juga tidak berlaku pada malam Nishfu Sya’ban. Pada malam Nishfu Sy’aban, ALLAH hanya akan mengampun dosa-dosa mereka yang benar-benar mentauhidkan- NYA dan tidak memiliki sifat tercela seperti bergaduh dan sebagainya.

Oleh itu, kita hendaklah menanamkan kedua-dua sifat tersebut demi mendapatkan fadilat malam Nisfu Sya’ban, iaitu diampunkan dosa-dosanya oleh ALLAH. Program-program sempena Nisfu Sya’ban juga seharusnya menekankan isu-isu berkaitan perkara yang boleh mencemari tauhid. Sedangkan, hal ini semakin berleluasa dan menular bagaikan wabak dalam kehidupan umat Islam seperti mempercayai bomoh, memakai tangkal, berdoa di kubur seseorang yang dianggap keramat, menganggap tokoh-tokoh agama seakan-akan maksum sehingga pendapatnya wajib diikuti walaupun bercanggah dengan nas, mempercayai ahli nujum, menyakini ramalan horoscope, Feng Shui dan banyak lagi.



Kita hendaklah memperbanyakkan ceramah-ceramah agama yang dapat membersihkan jiwa dari sifat-sifat keji seperti bergaduh, dengki, iri hati, khianat, busuk hati, sombong dan lain-lain agar kita dapat membentuk sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni. Walaupun saban tahun kita menyambut kedatangan Nisfu Sya’ban, namun pencemaran tauhid masih berleluasa di kalangan masyarakat kita dan perasaan saling dengki, fitnah memfitnah dan bertelingkah pendapat tetap menjadi sifat yang sinonim dengan bangsa Melayu.


Dicatat oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus di 11:37

[+/-] Read More...

MEMANG ALLAH SENGAJA MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah…………………..

* supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
* supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..
* supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
* supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
* supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya. .
* supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
* supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
* supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…

PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

*petikan dari Kembara Wasilah Edisi 1/2009 January

[+/-] Read More...

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD sallallahu alaihi wassalam
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakana. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini..

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. . Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu…

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH

[+/-] Read More...

BILA AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR DIABAIKAN

Assalamualaikum Wr Wb
Bissmillahirrohmaan irrohiim

Allah SWT mensifati umat Islam dalam Al-Qur'an sebagai umat yang terbaik karena menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. (Al-Imran [3] ayat 110) yang artinya :

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik”.

Kebaikan Umat Islam ini diperkuat oleh Rasulullah saw.dalam haditsnya yang diriwayatkan oleh Tirmidzi bahwa Rasulullah saw. bersabda tentang ayat 110 surat Ali Imran:

"Kamu melengkapi tujuh puluh umat, kamulah yang paling baik dan paling mulia di sisi Allah."

Kalau kita perhatikan susunan ayat di atas kita dapatkan bahwa penyebutan amar ma'ruf dan nahy munkar (menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang munkar) didahulukan dari pada penyebutan iman kepada Allah, padahal iman kepada Allah merupakan derajat tertinggi dan lebih dahulu keberadaannya, bahkan amar ma'ruf dan nahy munkar merupakan konsekwensi iman kepada Allah.

Ini menunjukkan bahwa betapa pentingnya amar ma'ruf dan nahy munkar, dan umat yang melakukannya adalah umat yang terbaik, karena umat itu telah mencurahkan segala potensi dan kemampuannya untuk mewujudkan kebaikan dan mencegah timbulnya kejahatan bagi umat manusia.

Karena pentingnya amar ma'ruf dan nahy munkar, Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk melakukannya. Firman Allah SWT dalam surat (Al-Imran [3] ayat 104) yang artinya :

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung."

Sebagai perintah Allah, sudah barang tentu jika dilaksanakan akan menyebabkan lahirnya berbagai macam kebaikan baik di dunia maupun di akhirat, sebaliknya jika perintah ditinggalkan dan diabaikan akan menyebabkan timbulnya keburukan baik di dunia maupun di akhirat.

Dalam tulisan ini akan diuraikan secara singkat akibat-akibat yang akan timbul jika amar ma'ruf dan nahy munkar ditinggalkan dan diabaikan, agar dalam diri kita timbul rasa takut kalau kita mengabaikan dan menyia-nyiakannya, yang pada akhirnya kita terdorong untuk melakukannya.

Pengertian Amar Ma'ruf Dan Nahy Munkar

Untuk menghindari perbedaan penafsiran tentang amar ma'ruf dan nahy munkar, terlebih dahulu perlu dijelaskan pengertian amar ma'ruf dan nahy munkar.

1. Pengertian amar ma'ruf

Dr. Sayyid Muhammad Nuh menjelaskan dalam bukunya Taujihat Nabawiyyah ' Ala al-Thariq bahwa al-ma'ruf adalah nama yang mencakup semua yang dicintai dan diridhai Allah, baik perkataan, maupun perbuatan lahir dan batin.

Jadi al-ma'ruf mencakup keyakinan, yaitu iman kepada Allah, malaikat Nya, kitab Nya, Rasul Nya, hari akhir dan qadar (takdir).

Juga mencakup ibadah, yaitu shalat, zakat, shaum, haji, jihad, nikah dan thalaq, menyusui anak, pemeliharaan anak, nafkah, iddah dan semacamnya.

Mencakup juga hukum danperundang- undangan seperti mu'amalah maliyyah (transaksi harta), hudud (hukuman-hukuman) , qishash, transaksi-transaksi , perjanjian-perjanji an dan semacamnya. Mencakup juga akhlaq, seperti shidiq (jujur), 'adil, amanah, 'iffah (menjaga diri dari yang haram), setia janji dan semacamnya.

Semuanya itu dikatakan ma'ruf ( yang menurut bahasa berarti dikenal) karena fitrah yang bersih dan akal yang sehat mengenalnya dan menyaksikan kebaikannya.

Jadi pengertian amar ma'ruf ( menyuruh kepada yang ma'ruf ) adalah mengajak dan memberikan dorongan kepada orang untuk melaksanakannya, menyiapkan sebab-sebab dan sarana-sarananya dalam bentuk mengokohkan pilar-pilarnya serta menjadikannya sebagai ciri umum bagi seluruh kehidupan.

2. Pengertian nahy munkar

Al-Munkar (kemungkaran) adalah nama yang mencakup semua yang dibenci dan tidak diridhai Allah, baik perkataan maupun perbuatan lahir dan batin.

Jadi munkar (kemungkaran) mencakup :

* kemusyrikan dengan segala bentuknya,
* mencakup segala penyakit hati seperti riya', hiqd (dengki), hasad (iri),
* permusuhan,
* kebencian dan semacamnya.
* Mencakup juga penyia-nyiaan ibadah seperti shalat, zakat, shaum, haji dan semacamnya.
* Mencakup juga perbuatan-perbuatan keji seperti
1. zina,
2. mencuri,
3. minum khamar (minuman keras),
4. menuduh berzina,
5. merampok,
6. berbuat aniaya dan semacamnya.

· Juga mencakup dusta,

· zalim,

· khiyanat,

· perbuatan hina,

· pengecut dansemacamnya.

Kemungkaran dikatakan munkar karena fitrah yang bersih dan akal yang sehat mengingkari dan menyaksikan kejahatan, kerusakan dan bahaya yang ditimbulkannya.

Jadi pengertian nahy munkar (mencegah dari yang munkar) adalah memperingatkan, menjauhkan dan menghalangi orang dari melakukannya, memutuskan sebab-sebab dan sarana-sarananya dalam bentuk membasminya sampai ke akar-akarnya serta membersihkan kehidupan dari segala bentuk kemungkaran.

Akibat Mengabaikan Perintah Amar Ma'ruf Dan Nahy Munkar

Sebagaimana diungkapkan dalam pendahuluan karena pentingnya amar
ma'ruf dan nahy munkar, Allah memerintahkan umat Islam untuk melakukan amar ma'ruf dan nahy munkar. Ketika kewajiban itu diabaikan dan tidak dilaksanakan, maka pasti orang-orang yang mengabaikan dan tidak melaksanakannya akan mendapat dosa. Tidak ada satu umatpun yang mengabaikan perintah amar ma'ruf dan nahy munkar kecuali Allah menimpakan berbagai hukuman kepada umat itu.

Berikut ini akan disebutkan sebagiannya sebagaimana disebutkan oleh Dr.Muhammad Abdul Qadir Abu Faris dalam bukunya Al-Amru Bil-Ma'ruf Wan-Nahyu'Anil- Munkar dan Dr. Sayyid Muhammad Nuh dalam bukunya Taujihat Nabawiyyah.

1. Azab yang menyeluruh

Apabila kemaksiatan telah merajalela di tengah-tengah masyarakat , sedangkan orang-orang yang shalih tidak berusaaha mengingkari dan membendung kerusakan tersebut, maka Allah SWT akan menimpakan azab kepada mereka secara menyeluruh baik orang-orang yang jahat maupun orang-orang yang shalih. Firman Allah:

“Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang
zalim saja di antara kamu.Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya” (QS.Al-Anfal [8] ayat 25).

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab shahihnya dengan sanadnya dari Zainab binti Jahsy bahwa ia bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita akan binasa padahal di tengah-tengah kita ada orang-orang yang shalih?

Rasulullah saw. menjawab: "Ya, apabila kemaksitan telah merajalela."

Abu Bakar r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda:

Sesungguhnya jika orang-orang melihat orang yang berbuat zalim lalu tidak mencegahnya, maka hampir saja menimpakan siksa secara menyeluruh kepada mereka.(HR. Tirmidzi).

2. Tidak dikabulkannya do'a orang-orang yang shalih

Apabila suatu masyarakat mengabaikan amar ma'ruf dan nahy munkar serta tidak mencegah orang yang berbuat zalim dari kezalimannya, maka Allah akan menimpakan siksa kepada mereka dengan tidak mengabulkan do'a mereka.

Sabda Rasulullah saw.:

Demi dzat yang diriku ada di tangan-Nya hendaknya kamu menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, atau Allah akan menimpakan siksa kepadamu kemudian kamu berdo'a kepada-Nya lalu tidak dikabulkan. ( HR. Tirmidzi).

3. Berhak mendapatkan laknat

Di antara hukuman orang yang mengabaikan amar ma'ruf dan nahy munkar adalah berhak mendapatkan laknat, yakni terusir dari rahmat Allah sebagaimana yang telah menimpa Bani Israil ketika mengabaikan amar ma'ruf dan nahy munkar.

Abu Daud meriwayatkan dalam kitab Sunannya dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: "Pertama kerusakan yang terjadi pada Bani Israil, yaitu seseorang jika bertemu kawannya sedang berbuat kejahatan ditegur: wahai fulan, bertaqwalah pada Allah dan tinggalkan perbuatan yang kamu lakukan, karena perbuatan itu tidak halal bagimu, kemudian pada esok harinya bertemu lagi sedang berbuat itu juga, tetapi ia tidak menegurnya, bahkan ia telah menjadi teman makan minum dan duduk-duduknya. Maka ketika demikian keadaan mereka, Allah menutup hati masing-masing, sebagaimana firman Allah:


"Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. sampai firman Allah (tapi kebanyakan mereka adlah orang-orang yang fasik). Kemudian Nabi bersabda: "Tidak, sekali-kali jangan seperti mereka. Demi Allah, kamu harus menyuruh kepada yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar dan mencegah orang yang berbuat zalim, kamu harus mengembalikannya ke jalan hak, dan kamu batasi di dalam hak itu. Atau kalau tidak, Allah akan menutup hatimu, kemudian melaknat kamu sebagaimana melaknat mereka."

4. Timbulnya perpecahan

Sudah merupakan aksiomatis bahwa kemungkaran yang paling berat dan dan paling keji dapat menjauhkan syari'at Allah dari realitas kehidupan dan ditinggalkannya hukum-hukum Nya dalam kehidupan manusia.


Apabila hal ini terjadi dan orang-orang diam, tidak mengingkari dan tidak mencegahnya, maka Allah akan menanamkan perpecahan dan permusuhan di kalangan mereka sehingga mereka saling melakukan pembunuhan dan menumpahkan darah. Inilah yang diperingatkan Rasulullah saw kepada umatnya dan beliau mohon perlindungan Allah agar umatnya tidak menemukan hal itu.


Ibnu Majah meriwayatkan dalam kitab Sunannya dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. bahwa ia bekata: Rasulullah saw. datang kepada kami dengan mengatakan: Wahai golongan Muhajirin, Ada lima hal apabila kalian melakukannya , pasti kalian akan ditimpa berbagai macam azab, saya berlindung kepada Allah supaya kalian tidak menemukannya. Tidaklah pemimpin-pemimpin kalian tidak berhukum dengan Al-Qur'an dan memilih hukum selain hukum Allah, kecuali Allah menanamkan perpecahan di antara kalian."


5. Pemusnahan mental


Sebagai kehormatan kepada Nabi Muhammad saw, Allah tidak memusnahkan umat beliau secara fisik sebagaimana yang telah menimpa umat-umat terdahulu seperti kaum Nabi Hud, Shalih, Nuh, Luth dan Syu'aib yang telah mendustakan para Nabi dan mendurhakai perintah Allah. Tetapi bisa saja Allah membinasakan umat Muhammad SAW secara mental.


Maksudnya umat ini tidak dimusnahkan fisiknya, tetap dalam keadaan hidup, sekalipun melakukan dosa dan maksiat yang menyebabkan kehancuran dan kebinasaan, namun walaupun jumlahnya banyak, kekayaannya melimpah ruah, di sisi Allah tidak ada nilainya sama sekali, musuh-musuhnya tidak merasa takut, serta kawan-kawannya tidak merasa hormat. Inilah yang diberitakan Rasulullah saw. ketika umat ini takut mengatakan yang hak dan tidak mencegah orang yang berbuat zalim dari kezalimannya.


Beliau bersabda: "Apabila kamu melihat umatku tidak mau mengatakan kepada orang yang berbuat zalim di antara mereka: "Kamulah orang yang berbuat zalim," maka mereka dibiarkan dalam kemaksiatan yang mereka lakukan dalam keadaan hina." (HR. Ahmad)

Penutup

Demikianlah di antara hukuman Allah akibat diabaikannya amar ma'ruf dan nahy munkar. Cukuplah lima hukuman yang disebutkan di atas menumbuhkan rasa
takut bagi seorang mukmin untuk tidak mengabaikan perintah amar ma'ruf dan nahy munkar, sekaligus mendorongnya untuk melakukan perintah tersebut.


Oleh: Asnin Syafiuddin

http://www.aldakwah .org/mutiara/ index.php? /archives/ 6-Bila-Amar- Maruf-Nahi- Munkar-Diabaikan .html

[+/-] Read More...

LEMAH LEMBUT WANITA

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .


"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Tmn2Syurga

[+/-] Read More...

ADUN PAS PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA PAGI INI.





Datuk Hamdan Abdul Rahman

GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Pulau Pinang, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung.

Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh.

BS: Sama2 kita sedekahkan Al-fatehah...

[+/-] Read More...

CATATAN SEORANG ANAK TAHANAN ISA YANG ZALIM


fahamilah dan hayatilah dengan sedikit naluri kemanusiaan. ....
Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, memimpin tangan saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......


Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya. ..hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan.. . namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan.. .


*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi. blogspot. com/ @ merah hitam.

[+/-] Read More...

Thursday, July 30, 2009

KHASIAT SERAI



petua untuk cairkan lemak;

Rebus 3 btg serai bersama 2 cwn air, biar mendidih hingga tinggal 1 cwn,
minum semasa masih panas.... tapi jgn le hingga melecur pulak ye...

Rebus segengam ketumbar kering bersama 2 cwn air, biar mendidih
hingga tinggal 1 cwn, minum semasa masih panas.. Klu nak buang angin
leh tambah halia semasa merebus.

Amalan nie dilakukan seminggu sekali sahaja..... insysallah akan dpt
lihat hasilnya....

demam kuning (Bayi):

1. Ambil secekak serai sekali dengan akar dan daunnya.
2.Bersihkan tapi jangan di buang akar serai tadi.
3.Rebus dengan sebaldi air ( lebih kurang )

Amalkan memandikan bayi selama 3 hari berturut-turut dan jangan di bilas air mandian tadi.
Dicatat oleh Ibu.kesuma

[+/-] Read More...

KERAJAAN BANTAH SERAH SAMPEL KUGAN


Hampir 8 bulan berlalu, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap sebelas anggota polis yang dituduh membunuh Kugan Ananthan sewaktu dalam tahanan mereka di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

Kugan ditahan pada 15 Januari tahun ini selepas disyaki terbabit dalam sindiket mencuri kereta, dan ditemui mati dalam tahanan polis lima hari kemudian. Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan laporan bedah siasat pertama, kematian Kugan berpunca dari paru-paru berair, namun penelitian ahli keluarga mangsa dan media mendapati terdapatnya kesan cedera dan luka pada tubuh mangsa.

Laporan bedah siasat kedua di Pusat Rawatan Universiti Malaya menunjukkan Kugan mengalami kecederaan buah pinggang, pendarahan dalaman pada jantung, paru-paru, leher dan tapak kaki, serta 10 kesan lecuran pada tubuh yang menurut peguam N Surendran konsisten dengan tanda penderaan.

Namun belum sempat laporan bedah siasat kedua diselesaikan, polis bertindak menyerbu PRUM dan merampas sampel tubuh Kugan. Keluarga mangsa kini di mahkamah bagi menuntut kerajaan supaya memulangkan sampel itu untuk diteruskan kajian keatasnya. Kerajaan bagaimanapun enggan.

"Mahkamah Tinggi telah mendengar bantahan awal dari Timbalan Pendakwaraya yang menbantah permohonan ibu Kugan supaya sampel dapat dipulangkan untuk di bedah siasat. Polis telah merampas sampel tubuh mangsa meskipun sedar bahawa laporan bedah siasat belum selesai dan doktor masih menjalakan ujian toksik keatas sampel terbabit. Keluarga mangsa mahu sampel ini dipulangkan untuk mengetahui punca kematian Kugan," kata peguam N Surendran.

"Malang sekali apabila Pejabat Peguam Negara membantah permohonan ini atas dasar teknikal. Bantahan ini dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang sehingga ke hari ini tidak mendakwa mana-mana pembunuh mangsa," tegas Surendran.

Mahkamah akan membuat keputusan keatas bantahan Peguam Negara pada 4 Ogos nanti. Sekiranya bantahan kerajaan diterima, permohonan keluarga Kugan supaya bedah siasat dapat disambung semula sekiranya sampel dipulangkan akan ditolak.

Sekiranya bantahan kerajaan ditolak, peguam akan meminta mahkamah menentukan apakah rampasan sampel tubuh Kugan ini sah di sisi undang-undang atau tidak sah. Posted by byPASs


BS: Perghhh... best la polis kat malaysia ni.. mahkamah pun x kurang bestnya.. Mati dalam tahanan boleh plak x jadi apa2 kes.. hehehe.. jatuh dari atas bangunan pun mati mengejut katanya.. wakaka.. lawak.. lawak polis dan badan kehakiman kat malaysia nih.. mati hidup balik la jawabnya pelabur takut nak masuk malaysia.. apa jamanan untuk keselamatan mereka ? kes siti aminah kena c4 pun senyap mcm tu jerr.. terasa plak manusia2 yg pegang undang2 kat malaysia ni semuanya macam tolol dan dungu.. Dunia sedang memandang melaysia sedang ditadbir oleh org2 bodoh..

[+/-] Read More...

KITABULLAH WA SUNNATY

Bismillahirrahmanir ahiim
Assalamualaikum wR wB

Subhanallah! !! PAGI!!!


Manusia apapun agama dan keturunannya secara sadar ataupun tidak dia sadari, mereka sangat menginginkan kebahagiaan dan kemakmuran. Bahkan manusia itu sangat khawatir dirinya celaka, rugi dan merana. Namun kebanyakan dari kita berusaha sekeras tenaga dan mengorbankan banyak harta

Dalam memenuhi hasrat umat manusia sebagai khalifa-Nya ini, maka Allah swt Yang Maha Bijak (al-Hakim), Maha Mengetahui (al-Alim), Maha Panyayang (al-Rahiim) itu, telah memerintahkan kita untuk berpegang kepada dua perkara saja, yaitu al-Quran dan sunnah nabi-Nya.

Sejak nabi Adam dan sayidatuna Hawa as diturunkan kemuka bumi, maka bemulalah episode baru dalam kehidupan anak umat manusia, episode kehidupan dunia yang dipenuhi dengan persaingan, persaingan antara yang hak dengan yang bathil dan pertarungan antara akal dengan hawa nafsu.

Manusia cenderung untuk mengikuti hawa nafsunya, karena begitulah diciptakan manusia menyukai perkara-perkara yang dapat menyenangkan dirinya walaupun “terkadang” dia menyadari jika perbuatannya itu hanya menghasilkan kesenangan berifat sementara dan bahkan terkadang dia juga menyaadri bahwa kesenangan yang diraihnya saat ini dapat menyebabkan kesengsaraan bagi kehidupan akhiratnya.

Demi melihat begitu lemahnya hamba yang bernama manusia itu dan jahilnya mereka ini, maka tidaklah cukup akal itu membimbing mereka kearah kejayaan ataupun kesuksesan. Karena akal itu ternyata memiliki kemampuan terbatas dan akal itu ternyata cenderung sering dikuasai oleh sang nafsu sehingga “cahaya mata” akal menjadi redup dan tidak dapat melihat jalan kebenaran dengan baik, dia terkadang tak ubahnya bagaikan seorang yang sedang mabuk, dia tidak dapat berdiri dengan tegak, dan tidak pula dia dapat bertutur dengan betul.

Apabila redup cahaya akalnya dan berkobar api nafsunya, maka mudahlah bagi pemangsa sang Iblis menerkam dan mengunyah keimanannya, jika musnah keimanannya sungguh binatang ternak itu lebih baik dari perangainya.

Allah swt berfirman didalam surah al-Araf ayat ke 179 seperti berikut :

(ูˆَู„َู‚َุฏْ ุฐَุฑَุฃْู†َุง ู„ِุฌَู‡َู†َّู…َ ูƒَุซِูŠุฑุงً ู…ِّู†َ ุงู„ْุฌِู†ِّ ูˆَุงู„ุฅِู†ุณِ ู„َู‡ُู…ْ ู‚ُู„ُูˆุจٌ ู„ุงَّ ูŠَูْู‚َู‡ُูˆู†َ ุจِู‡َุง ูˆَู„َู‡ُู…ْ ุฃَุนْูŠُู†ٌ ู„ุงَّ ูŠُุจْุตِุฑُูˆู†َ ุจِู‡َุง ูˆَู„َู‡ُู…ْ ุขุฐَุงู†ٌ ู„ุงَّ ูŠَุณْู…َุนُูˆู†َ ุจِู‡َุง ุฃُูˆْู„َู€ุฆِูƒَ ูƒَุงู„ุฃَู†ْุนَุงู…ِ ุจَู„ْ ู‡ُู…ْ ุฃَุถَู„ُّ ุฃُูˆْู„َู€ุฆِูƒَ ู‡ُู…ُ ุงู„ْุบَุงูِู„ُูˆู†َ) (ุงู„ุฃุนุฑุงู : 179 )

Yang bermaksud :

Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai. (Q.S. Al-Araf : 179)

Agar supaya fungsi akal itu dapat sempurna, maka diberikanlah kepada manusia “sang khalifah” itu tiga perkara asas yang paling penting untuk keperluan akal fikirannya. Tiga perkara asas untuk menyempurnakan fungsi akal itu sebagaimana yang telah dijelaskan pada ayat diatas sebagai berikut :

Pertama : Hati.

Dengan hati ini, manusia dapat merasakan benar dan salahnya suatu perbuatan atau tindakan, dengan hati itu pula “sang khalifah” dapat menilai.

Hatinya dapat menerbitkan segala keinginan-keinginan ntah itu keinginan yang baik ataupun yang buruk. Dengan hatinya juga manusia dapat melihat sentuhan-sentuhan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, dengan hati itu pula insan dapat mendengar bisikan-bisikan yang tidak dapat didengan oleh telinga kasarnya.

Hatinya telah membentuk kejiwaannya dan kepribadiannya, jika baik hati itu maka baik pula kejiwaan ataupun kepribadiannya, namun, jika rusak hati itu maka hancur pula kejiwaan dan kepribadian “sang khalifah” itu.

Begitulah pentingnya peranan sang hati bagi keutuhan akal sang khalifah, bahkan pandangan Allah swt hati jugalah tempatnya.

Kedua : Mata.

Untuk membantu hati itu dapat menilai dengan betul dan supaya hati itu tidak tersilap langkah, maka sang khalifah diberikan kepadanya dua mata yang bagus, dan tidak ada mata yang lebih bagus dari kedua matanya.

Dua bola mata yang kecil itu diletakkan diatas sebuah wajah yang baik, maka sempurna pula wajah itu, senang semua orang melihat kearah wajah itu karena mata itu begitu indah mempesona orang yang memandang kearahnya.

Tugas mata itu tidak hanya untuk mempercantik seri wajah “sang khalifah”, akan tetapi itulah dua bola mata yang dapat melihat dunia yang luas, sehingga tidaklah sempit akal yang tersimpan didalam hati itu.

Ketiga : Telinga.

Dengan akal, manusia masih sering tertipu. Dengan mata, manusia masih sering tersilap mata. Maka satu lagi indera atau deria yang mutlak harus dimiliki oleh “sang khlifah” iaitu telinga.

Mata itu ternyata hanya dapat melihat objek sesuai menurut arah mana yang dia liat. Jika seseorang melihat seekor gajar dari sebelah hadapan, maka hati atau akal itu akan berkata “gajah itu berkepala besar dan berbelalai panjang” namun tatkala gajah itu diperhatikan dari belakang, maka sang akal atau hati berkata “Oh gajah itu ternyata tidak berkepala tetapi berekor kecil”. Demikianlah senangnya mata dan hati itu tertipu. Namun dengan telinga, dari arah manapun “sang “khalifah itu berdiri, bahkan tidaklah gajah itu ada dihadapannya ataupun dihadapannya jika gajah bersuara, maka taulah dia kalau itu suara gajah dan bukan suara badak ataupun kuda Nil.

Malangnya ketiga unsur asas ini tetap saja tertipu…

Padahal musuhnya hanya satu…

Iaitu sang nafsu.

Jika nafsu saja yang bermain didalam hatinya, pandangan dan pendengarannya, maka hilanglah kemuliaan “sang khalifah” itu. Walaupun binatang itu lebih “buruk rupa dan keadaannya” jika dibandingkan “sang khalifah”, namun lebih muliah mereka berbanding “sang khalifah” karena binatang sedianya diciptakan untuk memakan rumput dan tidak berlomba-lomba mengejar harta dunia, berbanding “sang khalifah” yang memiliki akal atau hati, namun hati itu tidak dapat membezakan yang hak dari yang bathil, mata itu tidak pernah melihat kebenaran, telinganya tidak pernah mendengar panggilan keimanan. Maka tentulah dalam keadaan seperti ini, manusia itu lebih celaka dari binatang-binatang pemakan rumput itu.

Demikianlah “sang khalifah” sarat dengan kekurangan namun menyombongkan diri (bangga diri), lemah tubuh badan dan akalnya namun menjadi pembangkang yang nyata, pendek umur dan usianya namun panjang angan-angannya, dekat malaikat maut kepadanya namun jauh keinsafan dari hatinya.

Maka Allah swt berpesan setelah diturunkan nabi Adam dan Hawa kemuka bumi, seperti yang dijelaskan didalam al-Quran sebagai berikut :

(ู‚ُู„ْู†َุง ุงู‡ْุจِุทُูˆุงْ ู…ِู†ْู‡َุง ุฌَู…ِูŠุนุงً ูَุฅِู…َّุง ูŠَุฃْุชِูŠَู†َّูƒُู… ู…ِّู†ِّูŠ ู‡ُุฏًู‰ ูَู…َู† ุชَุจِุนَ ู‡ُุฏَุงูŠَ ูَู„ุงَ ุฎَูˆْูٌ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ู‡ُู…ْ ูŠَุญْุฒَู†ُูˆู†َ) (ุงู„ุจู‚ุฑุฉ : 38 )

Yang bermaksud :

Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu! kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati". (Q.S. Al-Baqarah : 38)

Apakah pesan Sang Pencipta itu? Apakah wasiat Yang Maha Bijak itu? Apakah nasehat Sang Maha Mengetahui itu?

“Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati"

Jika dia seorang penulis, maka pena dan kertas menjadi curahan hatinya, jika dia seorang nakhoda, maka kemudi menjadi juru selamatnya dan jika dia seorang ahli nujum, maka bintang gemintang menjadi sandarannya, dan jika semua mereka itu adalah “sang khalifah”, maka hanya al-Quran dan sunnah nabi sebagai penjaminnya dan pelipur laranya.

Begitu indahnya janji itu, begitu hebatnya janji itu, “sang khalifah” dijanjikan tidak ada kekhawatiran dan dijanjikan tidak bersedih hati selama bersama kedua.

Rasulullah saw bersabda :

ุนู† ุฃุจูŠ ู‡ุฑูŠุฑุฉ ู‚ุงู„ ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : ุฎู„ูุช ููŠูƒู… ุดูŠุฆูŠู† ู„ู† ุชุถู„ูˆุง ุจุนุฏู‡ู…ุง ูƒุชุงุจ ุงู„ู„ู‡ ูˆุณู†ุชูŠ

Bermaksud :

Telah aku tinggalkan kepadamu dua perkara tidak akan kamu tersesat (celaka) setelah kamu berpegang dengan keduanya, kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku. (H.R Daru Qutni dan Baihaqiy)

Padahal, perkara yang sangat tidak disukai oleh “sang khalifah” yaitu rasa khawatir dan bersedih hati. “Sang khalifah“ khawatir akan keselamatan dirinya, keselamatan anak isterinya dan usahanya, begitu juga sang khalifah sangat bersedih hati jika orang-orang telah menzaliminya.

Namun dengan berpegang teguh kepada kedua perkara tadi, Allah swt Sang Pencipta dan Yang Mengetahui itu telah menjamin, sekali lagi telah menjamin “tidak ada kekhawatiran” dan “tidak bersedih hati”.

Maka begitu jelas akan jaminan itu, dan inilah dia cita-cita yang hakiki yang ingin dituju oleh setiap insan, kebahagaiaan dan kemakmuran di dunia dan di akherat.

Maka begitu jelas akan jaminan itu , dan itulah kehancuran jika tidak “sang khalifah” berpegang kepada keduanya, celaka jiwa di dunia dan di akherat.

Maka begitu jelas akan jaminan itu, dan atas dasar apa lagi tidak hendak diri ini bersyukur atas segala nikmat petunjuk ini?!!!

Wassalamualaikum wR wB

Masyhuri Masud

IIUM (Quran Sunnah)
http://masyhurimasu d.blogspot. com/

[+/-] Read More...