Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, May 2, 2009

aku mahu jadi macam dia!


aku mahu jadi macam dia,
bebas ke sana ke mari tanpa didetect oleh mesin scanner dan radar liputan pihak berkuasa,
ada mukjizat berbini empat: ada penjilat sisa air basuh kakiku
khabarnya dengan menepuk bahu sang pesakit bisa sembuh dari demam
alangkah
alangkah bestnya isra' dengan kapcai dari narrathiwat ke kelantan
terus mikraj ke kerajaan langit
aku mahu jadi hebat macam dia
ada mukjizat tak dapat dilihat mata polis dan sb
aku mahu jadi macam dia
ayah Pen drive!

[+/-] Read More...

Kerja- Kerja Bodoh Dalam Umno



Posted on Saturday, May 02 @ 12:16:55 MYT by Paktam

Oleh DR Fikrah

Sebelum ini kita selalu mendengar tentang artikel Us Nik Abduh yang begitu menarik dan menyentak semua pihak daripada terlena. Artikel beliau yang panas itu berjaya membuatkan ramai pembaca tersedar hakikat perjuangan PAS yang bersifat tulen ini. Tetapi, hari ini, saya cuba menulis artikel yang hampir sama tajuknya dengan beliau tetapi isinya berlainan, iaitu Kerja-kerja Bodoh Dalam UMNO.



Hakikatnya, untuk menulis artikel yang bertajuk seperti ini memerlukan berjilid-jilid buku, kerana hampir 98% peratus kerja-kerja UMNO adalah bersifat bodoh. Peratus ini hanyalah ukuran saya, dan saya yakin masing-masing mampu untuk meletak peratusan yang berbeza dengan saya. Tidak mengapalah.
.


Kerja-kerja Bodoh dalam UMNO terlalu banyak. Mungkin sedikit yang mampu saya tulis dalam artikel ringkas ini beberapa sahaja. Antaranya ialah perjuangan mereka sendiri. Ya, Perjuangan UMNO adalah salah satu kerja-kerja bodoh dalam UMNO. Mereka berjuang atas dasar yang tidak jelas. Kadangkala mereka berkata cuba memperjuangkan hak rakyat, tetapi apa yang dilihat, mereka memperjuangkan periuk nasi sendiri!

Mereka juga berkata bahawa mereka pejuang kebangsaan, tetapi mereka membakul sampahkan Bahasa Melayu. Hisham tunjuk keris kononnya seorang pendekar, tetapi dia menggunakan keris tersebut membunuh anak-anak Melayu. UMNO juga berlogokan keris pada bendera mereka, tetapi dengan keris itulah mereka mencabar kedudukan raja dan sultan. Entah apakah yang dimaksudkan dengan perjuangan mereka.

Inilah antara kerja-kerja bodoh dalam UMNO. Iaitu memperjuangkan sesuatu yang bodoh, maka kerja-kerja perjuangan tersebut dilabelkan sebagai kerja-kerja bodoh dalam UMNO. Selain itu, wanita UMNO terutamanya Shahrizat pernah berkata bahawa wanita UMNO berfungsi sebagai pelindung kaum wanita, menjaga hak wanita, dan sebagainya.

Tetapi malangnya, beliau sendiri yang mengesyorkan “One Husband One Wife”. Beliau telah mengharamkan poligami yang dihalalkan oleh Allah.

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan sesuatu yang baik, yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu (Surah al Maidah : 87)

Beliau telah melakukan kerja-kerja bodoh dalam UMNO dengan jelas. Memang jelas ia bertentangan dengan al Quran. Tudung pun pakai tak cukup kain, hendak berlagak sebagai ulama’? Rafidah pernah menegur Tok Guru Nik Aziz tentang isu “binatang”, tetapi dia sendiri tidak bertudung! Inilah kerja-kerja bodoh dalam UMNO.

Najib pula sama sahaja. Beliau cuba berusaha menjadi seorang yang rendah diri dengan berjalan-jalan di pasar dan jalanraya. Tetapi dia jugalah yang membiarkan namanya tercemar di media antarabangsa. Beliau hanya membisu seribu bahasa, kononnya “kerja” membisu itu adalah tindakan orang pandai, tetapi itulah kerja-kerja bodoh dalam UMNO yang dilakukannya. Maka ukurlah sendiri dengan pemikiran anda. Anda juga akan melakukan kerja-kerja bodoh sekiranya anda berjuang dalam UMNO. Bahkan anda dipaksa untuk melakukannya. Berbeza dengan PAS yang berusaha menyingkirkan kerja-kerja bodoh tersebut daripada PAS.

Salam Perjuangan

[+/-] Read More...

BARU AKU TAHU APA MAKNA JOHAN JAAFAR JADI KEPALA MEDIA PRIMA

Assalamualaikum,

Skru diperketat lagi bagi media. Dan arahan serta bentakan datang dari Putrajaya, tidak semestinya dari PM tetapi daripada mereka yang bergayut dengannya, dan menggunakan kuasa untuk menggertak media agar akur dengan apa yang mereka mahu.

Najib telah melantik Johan Jaafar untuk mengepalai Media Prima, dan juga telah membawa masuk Datuk Ahmad A. Talib sebagai penasihat kepada kumpulan NSTP. Johan Jaafar adalah bekas editor Utusan Malaysia, sementara Ahmad A. Talib pula grup editor untuk NST. Kedua dua ini adalah gergasi media dalam zaman menggerunkan dan meloyakan mahathirisme.


Dalam zaman gelap mahathirisme, media oposisi menduduki kaki lima, diperhambat, dihamput dan diperlekehkan sepanjang masa. Tekanan, fitnah, pembohongan dan putar belit menjadi trade mark bagi media pengampu dalam era mahathirisme. Tekanan ini membuahkan satu jalan keluar baru bagi rakyat yang dahagakan kebenaran apabila website dan internet menjadi medan baru bagi rakyat mendapatkan berita yang tidak mungkin boleh didapati daripada sumber mahathirisme.

Wan Malaysia bermakna kembalinya kukubesi mahathirisme.

[+/-] Read More...

(250) ABO @ Bukit Gantang - Leluasanya Fitnah dalam jamaah (muhasabah 1)


Jadikanlah apa yang diceritakan dari artikel ini, untuk dimuhasabahkan, renung dan fikirkan adakah watak yang diceritakan itu mencerminkan diri kita ? Jika dahulu fitnah membudaya di dalam UMNO, kini gejala itu kian menular dan amat mengasak pula di dalam jamaah PAS sendiri. Mengapa ? Adakah kerana sedikit kemenangan dan ujian Allah, maka kita mula melupakan dosa dan pahala dalam perjuangan ?

Terkini, khalayak dikejutkan dengan fitnah yang dilemparkan kepada YB Adun Titi Serong. Sesungguhnya saya amat tidak bersetuju dengan cara fitnah itu dilakukan. Risalah Fitnah. itulah budaya baru dan teknik fitnah ini telah diguna pakai untuk menyerang peribadi beliau. Hebat bukan ? Dalam entri ini saya tidak akan mengulas lanjut, tunggu artikel saya seterusnya. InsyaAllah. Ada isu yang mahu di bongkar kan. Saya akui, ia sangat kontroversi. Namun itulah hakikat yang telah berlaku. Siapa yang makan cili, akan rasa bahang pedasnya !

Dibawah mari bersama saya menghayati kisah ini di pagi jumaat yg mulia ini :

Abdullah Bin Ubai Bin Salul bersama pengikutnya amat kecewa dan menyimpan dendam terhadap jamaah Rasulullah S.A.W hanya kerana gagalnya harapan mereka untuk menjadi raja atau pemimpin terkemuka di Madinah dengan kemenangan Islam dan Hijrahnya Rasulullah S.A.W. Golongan munafiq ini merasakan bahawa Rasulullah dan jamaahnya telah merampas apa yang mereka cita-citakan selama ini. Maka tertanamlah di hati mereka perasaan hasad dengki dan dendam kesumat yang sentiasa membara serta mereka berusaha mencari setiap kesempatan untuk melakukan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan Rasulullah S.A.W dan umat Islam.

Apabila Islam mencapai kemengan dan mempunyai kekuatan maka mereka pun berpura-pura memeluk Islam. Setiap Jumaat apabila Rasulullah S.A.W duduk di atas "Abdullah Bin Ubai Bin Salul pun bangun bercakap kepada orang ramai untuk berpura-pura ; " Inilah dia Rasulullah berada bersama kamu, dengan sebabnyalah kamu diberi kemuliaan dan kemenangan oleh Allah, oleh itu tolonglah dia, berilah sokongan kepadanya, dengarlah dan taatlah perintahnya".

Kemudian 'Abdullah Bin Ubai pun duduk. Setelah berlaku peperangan Uhud, apabila 'Abdullah Bin Ubai telah membuktikan 'penyelewengannya', tiba-tiba Abdullah Bin Ubai bangun pada hari Jumaat seperti biasa, tetapi orang-orang Islam yang berada di dalam masjid menarik pakaiannya supaya duduk sambil berkata kepadanya ; " Wahai musuh Allah...!!! duduklah.., sebenarnya kamu tidak layak untuk bercakap, kerana kamu telah melakukan kerja-kerja jahat...!!!".

Lalu 'Abdullah Bin Ubai pun keluar dan merungut dengan kata-kata yang tidak baik. Seorang sahabat dikalangan Ansar berkata ; "Sungguh celaka kamu ini...!!! kembalilah bertemu Rasulullah supaya dia beristighfar untukmu." 'Abdullah Bin Ubai menjawab ; "Demi Allah...!!! aku tidak mahu dia beristighfar untukku."

"Abdullah Bin Ubai Bin Salul juga terlibat dengan peperangan Ahzab dengan meniupkan propaganda dan provokasi untuk melemahkan semangat umat Islam. Namun segala usahanya itu gagal. Rasulullah S.A.W masih memberi kepadanya peluang supaya sedar dan insaf namun dia terus juga dengan sifat munafiqnya.

Dalam peristiwa peperangan Bani Mustaliq, Abdullah Bin Ubai Bin Salul dan pengikutnya keluar bersama pasukan tentera Islam, tetapi Allah S.W.T yang telah mendedahkan segala-galanya tentang kedudukan orang-orang munafiq, diantaranya firman Allah Ta'ala di dalam Surah At-Taubah ayat ke 47 yang bermaksud ;

" Kalaulah benar mereka ( golongan munafiq ) keluar bersama-sama kamu tidaklah mereka menambahkan ( kekuatan ) kamu melainkan kerosakkan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah ( kekacauan dan keretakkan hubungan ) di kalangan kamu, sedangkan diantara kamu ada orang-orang yang suka mendengar hasutan mereka, dan ingatlah Allah maha mengetahui akan orang-orang yang zalim " ( Surah At-Taubah ayat-47 )

'Abdullah Bin Ubai Bin Salul telah mengambil kesempatan daripada satu perselisihan yang berlaku di antara dua sahabat, seorang dikalangan Muhajirin dan seorang lagi di kalangan Ansar. Ibnu Hisyam di dalam sirahnya meriwayatkan bahawa seorang budak suruhan kepada sayyidina 'Umar Bin Al-Khattab Radiyallahu 'Anhu yang bernama Jahjah Bin Sa'id Al-Ghaffari telah bertengkar dengan Sunan Bin Wabir Al-Jahri. Mereka berdua di tengah-tengah kalangan orang ramai di telaga Al-Mu'araisi pada ketika Rasulullah S.A.W singgah di situ.

Kedua-dua mereka hampir berbunuh-bunuhan antara satu sama lain. Al-Jahri melaungkan ; "Wahai kaumku Ansar...!!!" dan Jahjah pula membalas laungan ; " Wahai kaum Muhajirin...!!!". Rasulullah S.A.W memarahi mereka berdua dengan bersabda ; " Adakah kamu kembali kepada jahiliyyah sedangkan aku masih berada dikalangan kamu ? Tinggalkanlah ia ( jahiliyyah ) kerana ia adalah sangat keji, busuk seperti bangkai." Alhamdulillah, kedua-dua orang sahabat itu menghentikan pergaduhan mereka.

Namun peristiwa itu didengari oleh 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul lalu marahlah ia dan dia berkata kepada orang sekelilingnya ; " Apakah mereka ( kaum Muhajirin ) sudah berbuat demikian...sudahlah mereka mengenepikan kita, mencuri masuk ke kampung kita, demi Allah mereka ini dan puak Quraisy ( maksudnya orang Islam dari keturunan Quraisy ) ini tidak ubah seperti kata orang ; Gemukkanlah anjing kamu, nanti dia akan menggigit kamu ( melepaskan anjing yang tersepit ), sesungguhnya demi Allah sekiranya kita pulang ke Madinah golongan termulia akan mengahalau golongan terhina...!!!"

Ucapan jahat 'Abdullah Bin Ubai bin Salul ini di dengari oleh Zaid Bin Arqam, lalu beliau pergi berjumpa Rasulullah S.A.W dan memaklumkan peristiwa itu. Kebetulan Sayyidina 'Umar Bin Al-Khattab ada bersama. Lalu sayyidina 'Umar berkata ; " Suruh sahaja 'Abbad Bin Bisyr pergi membunuh dia." Rasulullah S.A.W bersabda ; " Bagaimana wahai 'Umar, nanti orang akan berkata Muhammad membunuh sahabtanya, biarkan dia pergi".

Berita Ucapan 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu sampai kepada pengetahuan anaknya yang juga bernama 'Abdullah Radiyallahu 'Anhu, dia seorang soleh dan benar-benar beriman tidak seperti bapanya yang munafiq. Beliau meminta izin daripada Rasulullah S.A.W dengan berkata ; " Kalau Rasulullah mahu membunuh dia, biar saya yang membunuhnya dan membawa kepalanya ke hadapan Rasulullah." Tetapi Rasulullah tidak mengizinkan 'Abdullah berbuat demikian kerana untuk mengelakkan fitnah.

Adapun 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul mengetahui bahawa ucapannya itu telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W dan terus berjumpa dengan baginda dengan bersumpah menafikan ucapannya itu. Tiba-tiba seorang daripada sahabat di kalangan Ansar berkata ; " Ya Rasulullah.., mungkin budak yang melaporkan berita itu tersalah dengar apa yang sebenarnya di ucapkan oleh 'Abdullah Bin Ubai."

Rasulullah S.A.W terus mengingatkanya. Maka Zaid Bin Arqam berdukacita dan merasakan dia telah diperbohongkan. Tetapi Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Adil menurunkan wahyu surah Al-Munafiqun kepada Rasulullah S.A.W mendedahkan perkara yang sebenar dilakukan oleh orang-orang munafiq khususnya 'Abdullah Bin Ubai. Wahyu itu membenarkan kata-kata Zaid bin Arqam yang didengarnya dari 'Abdullah Bin Ubai Bin Salul itu.

Firman Allah Ta'ala mafhumnya ;
" Mereka ( golongan munafiq ) berkata ; Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah benar-benar orang-orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah daripadanya. Pada hal bagi Allah dan bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin tetapi orang-orang munafiq tidak mengetahui " ( Surah Al-Munafiqun ayat-8 )

Rasulullah S.A.W telah memanggil Zaid Bin Arqam dan membacakan Surah Al-Munafiqun kepadanya kemudian baginda bersabda ; "Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah meletakkan kamu sebagai seorang yang benar."

Tunggu artikel saya seterusnya berhubung kemelut isu dan fitnah keatas YB Idham Lim..(albanjary) - InsyaAllah..

[+/-] Read More...

CUBAAN MEMBUNUH YB PR BERMULA ?

Assalamu'alaikum Wr,Wb

CUBAAN MEMBUNUH YB PERAK SUDAH BERMULA ?

PERISTIWA PUKUL 08.40 MALAM INI BERLAKU CUBAAN MEMBUNUH YB YUNUS ADUN PR KUALA KURAU, KERETA ADUN YUNUS DI SERANG OLEH 3 BUAH KENDERAAN YANG MENGANDUNGI 20 ORANG PENYERANG YANG TIDAK DI KENALI DAN MOTIFNYA KURANG JELAS, WALAU BAGAIMANAPUN BEMBANTU KHAS YAB YUNUS IAITU PAK NAN TELAH CEDERA PARAH DALAM SERANGAN TERSEBUT, AGAKNYA INILAH YANG DI BERITAHU OLEH PERAK BANGKIT PADA BLOGNYA DUA HARI YANG LALU, ADA SUMBER YANG MENGESYAKI MENJELANG PERSIDANGAN DUN PERAK MENYEBABKAN SERANGAN INI DI LAKUKAN, OLEH ITU SEMUA ADUN PR DI MINTA SENTIASA BERWASPADA

[+/-] Read More...

Eh...siapa cakap? Tiba-tiba je.


WATANIAH TIADA KAITAN UNDI POS- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 1 Mei - Sasaran Kementerian Pertahanan melahirkan 600,000 anggota tentera wataniah di seluruh negara tiada kaitan dengan isu undi pos kononnya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, persepsi itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang tiada pengetahuan meluas dalam sistem pilihan raya negara ini serta mereka yang 'sakit politik'.

Hahaha tiba-tiba cakap ni? Kenapa? Macam ada yang tak kena je? hahaha

Siapa yang cakap ni? Pihak tertentu? Alahai, letihnya dengar istilah pihak tertentu ni. Nak kena main teka teka pulak. hahaha Macam mana wartawan buat kerja? Tulis berita separuh masak. Lain kali cakaplah siapa pihak tertentu ni. PRIBUMI ke, PROWARIS ke, GPMS ke atau KIMMA? hahaha

Selalunya kalau cakap tak ada jawapannya mesti ada..hahaha Ini taktik bagus. Ini baru dikatakan berubah. Cayalah BN. Satu-tatunya kerajaan yang dipilih oleh pos. Hahaha Boleh masuk World record ni. Malaysia Book of record mana ada class...hahaha

Satu pertanyaan: Kenapa undi pos asyik berpihak pada BN? Di Kuala Terengganu dulu 90% undi semuanya ke kocek BN. Di Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai juga begitu. Kenapa ye? Siapa tau? hahaha

[+/-] Read More...

KISAH TIGA PENCACAI NAJIS...

1. PKR, Pas 'umpan' BN-Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 1 Mei - Semuanya adalah gimik politik semata-mata untuk mengumpan supaya Barisan Nasional (BN) meletakkan calonnya bagi bertanding Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sengaja mewujudkan konflik kononnya berlaku pergeseran, seolah-olah memberi peluang kepada BN untuk meraih kemenangan.

Sedangkan, jelas beliau, Penanti merupakan gelanggang pertarungan yang dicipta oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menaikkan momentumnya sebelum menghadapi kes liwat beliau di mahkamah pada Julai ini.

2. Menunjukkan PKR, Pas rakus kuasa - Utusan Meloya

BUTTERWORTH 1 Mei - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berebut mahu meletakkan calon masing-masing pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini hanya menunjukkan sikap mereka yang rakus kuasa.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, parti-parti dalam gabungan itu lebih berminat untuk memastikan ahli parti masing-masing menjadi wakil rakyat dan ia semakin jelas setelah mereka memerintah negeri ini.

"Dulu mereka tidak pula berebut untuk bertanding atau meletakkan calon seperti yang berlaku sekarang tetapi apabila Pulau Pinang di bawah pakatan pembangkang, barulah nampak semua parti terlibat mahukan kerusi.

3. Bukti pakatan pembangkang rapuh - Utusan Meloya

BUTTERWORTH 1 Mei – Tiadanya kesepakatan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk memilih calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti membuktikan betapa rapuhnya hubungan parti dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, hakikat itu membuktikan bahawa wujud jurang dalam pakatan pembangkang ekoran perbezaan prinsip dan ideologi yang sangat ketara.

Beliau berkata, walaupun pemimpin pakatan pembangkang bersungguh-sungguh mempertahankan hubungan dalam parti itu, tetapi sentimen di peringkat akar umbi menggambarkan keadaan sebaliknya.

‘‘Walaupun hanya terdiri daripada beberapa parti sahaja, pakatan pembangkang tidak mempunyai kesepakatan dalam membuat keputusan. Ini elemen yang sangat jelas.

[+/-] Read More...

Patut Le Batang Ai BN boleh menang...

LUBOK ANTU, 4 April (SK) : Suruhanjaya Badan Pemerhati Bebas Pilihanraya (Mafrel) melaporkan bahawa beberapa ‘Rumah Tuai’ (ketua rumah panjang) telah dicolek dan dibawa ke Hotel Hilton bertaraf lima bintang di Batang Ai dan diberi layanan istimewa serta wang saku sebanyak RM1,000 seorang.

Separuh dari mereka memilih percutian berbayar ke bandaraya Kuching untuk bersiar-siar dan bersantai di sana.

“Dalam permerhatin kami, ini dilihat seperti merasuah dan politik wang oleh kerajaan Barisan Nasional telah menular Dun N29 Batang Ai ini,” kata seorang pemerhati kepada laman blog The Broken Shield hari ini.

“Seperti yang kami jangkakan, menteri BN tanpa segan silu menghamburkan ‘projek mee segera’ kepada hampir 121 rumah panjang di Batang Ai ini. Apa yang kami dapat katakan ini adalah satu rasuah terang-terangan oleh menteri BN,” jelas pemerhati tersebut.

Menurut pemerhati tersebut, mafrel mempunyai banyak bukti untuk mengukuhkan dakwaan ini, terpulang kepada pihak ibupejabat untuk mengumumkan perlakuan rasuah tersebut,” jelas beliau lagi.

Perkataan ‘Bersih, Telus dan Pilihanraya Bebas’ sudah tidak ujud lagi di Dun N29 Batang Ai ini.

“Kami berani menyatakan bahawa pilihanraya kecil Batang Ai kini sudah dicemari rasuah dan yang piling tidak adil dalam sejarah pilihanraya kecil di Malaysia,” tegas pemerhati Mafrel itu dengan nada kesal.

Sementara itu, hasil dari laporan unit pamantauan kami ini menyatakan bahawa kempen BN juga telah melanggar syarat akta kempen pilihanraya kecil dimana mereka telah memasang bendera BN di tempat-tempat yang di larang seperti di atas jambatan.

“Kami juga menerima banyak laporan bahawa penyokong Bn telah membuang dan manarik turun bendera KeADILan di pintu masuk beberapa rumah panjang,”jelas beliau.

Mafrel juga merakamkan ceramah menteri-menteri BN termasuk Alfred Jabu, Masing, Awang Tengah, Awang Asfia, Joseph Salang, Entulu, Gramong Juna dan lain-lain telah mengugut pengundi dengan ugutan untuk memberi tekanan kepada mereka yang tidak mengundi BN.

[+/-] Read More...

Friday, May 1, 2009

Bikin Malu Nama Ustaz Saja -Malaysiakini

Bertopengkan perwatakan alim dan bacaan doa murah rezeki, seorang ‘ustaz temberang’ dipercayai mampu bergelar jutawan segera selepas memperdayakan puluhan individu membabitkan jumlah jutaan ringgit melalui skim perkongsian perniagaan kad prabayar sebelum melarikan diri bersama modal diberikan mangsa.

Sehingga kini, lebih 10 individu yang menjadi mangsa ‘ayat pemanis’ ustaz terbabit hanya mampu menepuk dahi apabila kerugian hampir RM2 juta selepas setiap seorang daripada mereka menyerahkan RM200,000 bagi mendapatkan keuntungan berlipat ganda.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 38, berkata dia mengenali lelaki itu selepas diperkenalkan rakannya yang terlebih dulu mengetahui berhubung tawaran pelaburan kad prabayar itu.

Menurutnya, ustaz berkenaan mendakwa mampu membekalkan kad prabayar pada harga serendah RM9.60 untuk pembelian setiap kad bernilai RM10.“Saya tertarik dengan tawaran itu kerana harganya sungguh luar biasa. Selepas melihat kami mula yakin berurus niaga dalam jumlah modal lebih besar, ustaz palsu itu mula menawarkan pada kami untuk berkongsi dengan alasan kekurangan modal.

“Menurut ustaz itu, dia bimbang ketiadaan modal menyebabkan dia terlepas peluang untuk membekalkan sehingga 10,000 keping kad sehari kepada seorang pembeli di Kuantan, Pahang,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu yang berusia 50-an berjanji akan memberikan keuntungan harian 10 peratus daripada hasil jualan kad prabayar berkenaan kepada mangsa.

“Dalam tiga bulan pertama semuanya berjalan lancar dan keuntungan dijanjikan dibayar mengikut jadual.

“Ustaz itu menawarkan saya menjadi rakan kongsinya dengan membuat pelaburan RM200,000 dan berjanji membayar wang keuntungan berkenaan dalam tempoh beberapa hari selepas pelaburan dibuat,” katanya.

Menurutnya, dia dan beberapa lagi rakan lain mengeluarkan wang simpanan dan menyerahkannya kepada ustaz terbabit tanpa syak wasangka dan hanya menyedari ditipu selepas lelaki itu menghilangkan diri.

“Yakin berurusan dengan lelaki itu, kami semakin berani menyerahkan wang dalam jumlah lebih besar. Kali terakhir saya menyerahkan wang padanya pada akhir Ogos lalu, iaitu sehari sebelum dia menghilangkan diri tanpa dapat dikesan.

“Ustaz itu seperti mendesak saya menyerahkan wang terbabit dengan alasan untuk membuat pembayaran bagi urusan penting. Walaupun tak sedap hati, permintaan itu tetap saya ikutkan selepas terbayang untung berlipat ganda dijanjikan,” katanya.

Dia yang kerugian wang simpanan memberitahu membuat laporan di Balai Polis Shah Alam, namun sehingga kini suspek dipercayai masih berkeliaran mencari mangsa baru.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Ady, 40, berkata dia yakin berurus niaga dengan ‘ustaz putar alam’ itu berikutan perwatakan alim yang ditampilkan termasuk sentiasa membaca al-Quran setiap kali berkunjung ke rumahnya.

“Setiap kali mengambil wang deposit, dia akan membacakan doa kononnya untuk keberkatan padahal semua itu hanya lakonan untuk membuatkan kami yakin kepadanya.

“Biasanya apabila datang mengambil duit daripada mangsa, dia hanya membawa beg galas atau meletakkan wang kami dalam beg plastik sampah hitam kononnya untuk keselamatan,” katanya.

Menurutnya, selain menawarkan skim pelaburan kad prabayar, ustaz temberang itu turut cuba memperkenalkan skim pelaburan lain, antaranya pelaburan ternakan lintah, sarang burung dan pelaburan keretek.

“Bagi meyakinkan kami, ustaz itu kerap memberikan cagaran cek selain mengeluarkan resit khas setiap kali mengambil wang deposit pelaburan daripada mangsa. Bagaimanapun, kami mendapati, cek terbabit bukan dimilikinya, tetapi cek milik syarikat lain.

“Dia yang bijak bermain kata sering bercerita kononnya rapat dan mempunyai pertalian dengan seorang Tan Sri yang juga tokoh automotif negara. Namun, semua dakwaannya hanyalah rekaan selepas lelaki itu melarikan diri,” katanya.


BUJANG SUSAH:
Biar korang rasakan. Kejarlah dunia tu lagi. Inilah yg Rasulullah s.a.w. katakan sebagai "orang gila".
"orang yang "gila" adalah orang yang mementingkan dunia dan lupa kepada akhirat . Kerananya dia dimasukkan neraka, itulah orang yang benar-benar gila".


hadits Tsauban r.a. Maula (mantan hamba sahaya) Rasulullah Saw, dari Rasulullah Saw. Hadits itu berbunyi sebagai berikut:

Yang artinya: "Dari Tsauban ia berkata: Rasulullah Saw bersabda: "Suatu masa nanti, bangsa-bangsa akan memperebutkan kalian seperti orang-orang yang sedang makan yang memperebutkan makanan di atas nampan". Kemudian ada sahabat yang bertanya: "Apakah saat itu kita (kaum Muslimin) berjumlah sedikit [sehingga bisa mengalami kondisi seperti itu]?". Rasulullah Saw menjawab: "Sebaliknya, jumlah kalian saat itu banyak, namun kalian hanyalah bak buih di atas air bah [yang dengan mudah dihanyutkan ke sana ke mari]. Dan Allah SWT akan mencabut rasa takut dari dalam diri musuh-musuh kalian terhadap kalian, sementara Dia meletakkan penyakit wahn dalam hati kalian." Ada sahabat yang bertanya lagi: "Wahai Rasulullah Saw, apakah wahn itu?" beliau menjawab: "Cinta dunia dan takut mati."



[+/-] Read More...

TERBUKTI UMNO TIDAK PERJUANGKAN MELAYU



Apa alasan Umno@BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak? Kononnya nak mengembalikan ketuanan Melayu Melayu. Umno menuduh Dato Seri Ir Nizar Jamaludin menjadi boneka DAP. Itulah zikir Umno semasa pilihanraya di Bukit Gantang...

Tetapi lihatlah tembelang Umno pecah lagi. Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, Datuk Dr Zamry Abdul Kadir yang mengemukakan usul pecat speaker Dun V. Sivakumar mencadangkan dan merestui Speaker baru di kalangan MIC, Datuk R Ganesan. Kenapa tak calonkan tokoh dalam Umno yang namanya Melayu?Apa yang yang dilakukan oleh Zamry ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Umno bukan lagi memperjuangkan Melayu tetapi lebih kepada kepentingan peribadi dan gila kuasa sehingga sanggup mengadai prinsip perjuangan serta 'melanun' kerajaan yang dipilih oleh rakyat di Perak.

[+/-] Read More...

Awas!! Liberal murtad tanpa sedar!


Written by Muslimah

Beberapa ciri Liberal:
* menggunakan akal di atas dalil alias (mereka-reka hukum sendiri) mengutamakan fikir di atas dzikir. Ingat…. akal kita terbatas

* mengambil ayat al-quran dan as-sunah yang mengikut kesesuaian akal fikiran mereka, bahkan sebahagian yang ingkarus sunnah (tidak mau menerima hadits shahih). Ingat… kebenaran dalam masalah agama tidak terukur oleh akal fikiran, tetapi bedasarkan dalil

* menafsirkan Al-quran dan as-sunah sewenang-wenangnya. bahkan kebanyakan daripada mereka memmutar-belitkan tafsiran al-quran tersebut. Ingat…. siapa yang lebih tahu tentang masalah agama ini, sahabat-sahabat Rosulullah,yang bisa bertanya langsung kepada Rosulullah, sahabatnya sahabat, atau kita? (47:16)

* menganggap agama yahudi, nasrani dan islam adalah agama yang haq. Ingat…. agama yang haq hanyalah Islam. jika berfikir demikian, kenapa tidak memeluk agama christian sahaja yang mana mereka menganggap semua dosa sudah ditanggung oleh tuhannya (huruf ‘t’ nya memang disengaja dengan huruf kecil). (3:19, 3:85)

* mempertentangkan ayat al-quran dengan ayat yang lain atau dengah hadits shahih. Ingat… siapa yang menyampaikan wahyu Allah?, benarkah tafsiran kita sendiri?

* menganggap rasulullah sudah tidak lagi bisa dicontohi kerana ketinggalan. Ingat… telah ada dalam diri Rosululullah suri tauladan yang nyata….

* mengutamakan peraturan manusia di atas peraturan Allah, mengutamakan HAM (Hak Asasi Manusia), anti syariah islam, tidak ingin menegakkan syariah islam di muka bumi, bekerja sama membuat undang-undang untuk menentang syariat islam dengan dalih pluralisme. Ingat…. hanya Allah yang berhak membuat hukum-hukum. kita hanya diperintahkan untuk menegakkan hukum-hukum yang tidak bertentangan dengan hukum Allah.

* semua masalah agama bisa ditoleransi. ingat…. hanya Aqidah yang bersih yang akan selamat. hanya masalah furuiyah yang boleh ditoleransi. itupun bersyarat.

* menganggap orang-orang yang berusaha menegakkan agama tauhid sebagai orang islam yang radikal. Ingat…Agama Allah harus tegak di muka bumi.

* menganggap harta/kejayaan di dunia sebagai ukuran keimanan. Ingat… ukuran kejayaan bukan diukur dari harta tetapi dari ketaqwaan…. harta, hanyalah sebagai cubaan.

* yang diutamakan bukannya bersih akidah, tetapi janji islam. tidak ambil kira ia dianggap munafik, musyrik dan nafsu yang sering mengatasi akal fikirannya sendiri. Ingat… islam itu besar, tetapi apa gunanya jika keimanan dalam diri rapuh, terumbang-ambing, mudah terpengaruh dengan pemikiran yang kurang sihat. yang diperlukan bukan sekadar betapa besarnya islam itu, tetapi kekukuhan iman yang tertanam dalam hati setiap individu.

* membiarkan maksiat, pelanggaran aqidah, dan lain-lain lagi dengan alasan mentaati HAM (hak asasi manusia). Ketahuilah… HAM adalah hukum yang dibuat manusia, yang sebahagian bertentangan dengan hukum Allah, di mana

* menganggap agama islam adalah agamanya orang-orang terdahulu, sehingga perlu dimodernkan, direfisi sesuai dengan adat disesuaikan dengan zaman. Ingat… Agama islam adalah agama yang sangat sempurna….. siapa yang lebih tahu tentang agama ini jika dibanding Rasulullah?

* menganggap al-quran sudah tidak suci lagi, kerana sudah diubah-ubah oleh penyusunnya. Wahai sahabat semuslimku, ingatlah… Para ulama terdahulu hanya berusaha untuk menyampaikan, bukan mengubah-ubah. mereka bukan seperti ahli kitab yang telah pun mengubah-suai kitab injil dan taurat.

* menganggap semua orang islam yang sudah bersyahadat adalah golongan yang selamat.ingat.. selamat hanya bagi orang islam yang imannya lurus, muslim yang mu’min, yang bertauhid tanpa disertai syirik akbar.. iman bukan hanya sekadar bersifat percaya…tetapi mempunyai keyakinan dalam hati, diucapkan dengan lisan dan dibuktikan dengan perbuatan.

* meragukan yang jelas diharamkan Al-quran (riba, daging babi, dll..) dan mencari dalil bagaimana menghalalkannya dengan mereka-reka dan berbagai cara lain. mereka berusaha meniru pastor-pastor (ketua segolongan Christian/ sesebuah Church terutama Prostestant) yang mereka membuat aturan sendiri, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal (6:19)

* sebahagian mereka mengatakan bahwa dirinya akan selamat dunia akhirat. bukankah masalah akhirat adalah masalah yang ghaib? bukankah kita hanya diwajibkan untuk beribadah?, bukan memastikan selamat. Allah akan menyelamatkan siapa sahja yang Allah kehendaki (53:35,52:41,27:65)

* menolak hukum Qishas dengan alasan tidak berperikemanusiaan. ukuran dari sudut Allah memang terlalu berbeza dengan cara manusia. kita dilarang merasa kasihan atau simpati dalam menjalankan hukum Allah.

* memperkecilkan agama islam dan merasa bangga dengan budaya barat

* dll, insya-Allah ana tambah lagi

~> pemikiran liberal akan membawa kesan bagi pelaku untuk menjadi murtad tanpa disedari.

~> pemikiran liberal akan menjerumuskan kita kepada kekafiran.

~> mereka tidak akan pernah mengaku bahawa dirinya liberal apalagi diminta mengaku telah pun murtad.

Ada beberapa amalan yang bisa dikategorikan membuat orang tersebut keluar dari Tauhid
* syirik akbar.
- percaya bahawa sesuatu selain Allah bisa mendatangkan manfaat dan mudharat
- mentaati perintah syetan, seperti: mentaati dukun meskipun dukun tersebut menyuruh kita mengamalkan membaca ayat-ayat al-quran, tetapi dengan tujuan selain untuk keredhaan dari Allah….
- melestarikan adat-istiadat yang di dalamnya terdapat kesyirikan seperti: sesaji, dan kepercayaan lain yang tidak ada tuntutannya baik di dalam quran mahupun hadiths. dll

* munafik (lisan dan atau perbuatannya memang islam, tetapi hatinya kufur)
* dll.

apakah anda termasuk di dalamnya? atau mungkin saudara-saudara Anda?

Bersegeralah kembali ke agama Tauhid.

Ayat-ayat yang berhubungan:
3:19. Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab[189] kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.

3:85. Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.

6:119. Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar-benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas.

47:16. Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu sehingga apabila mereka keluar dari sisimu orang-orang berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan (sahabat-sahabat Nabi): "Apakah yang dikatakannya tadi?" Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka. 53:35. Apakah dia mempunyai pengetahuan tentang yang ghaib,

sehingga dia mengetahui (apa yang dikatakan)?
52:41. Apakah ada pada sisi mereka pengetahuan tentang yang gaib lalu mereka menuliskannya?

27:65. Katakanlah: "Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.

ada yang anda rasa janggal? bertanyalah. kerana kebenaran dalam masalah aqidah itu hanya satu, tidak kurang dan tidak lebih.

insyaAllah masih akan ana tambah dan ana bahas lebih terperinci( termasuk ayat-ayat al-quran yang berhubungan)…

[+/-] Read More...

Gila Yang Sebenarnya


Rasulullah pada suatu hari melihat orang mengerumuni sesuatu lalu mendekatinya dan bertanya apakah yang sedang dilihat. Jawab para sahabat mereka melihat orang gila.

Jawab Baginda sebetulnya orang yang dikerumuni itu bukan nya gila yang sebenarnya tetapi "berpenyakit mental" tetapi orang yang "gila" adalah orang yang mementingkan dunia dan lupa kepada akhirat . Kerananya dia dimasukkan neraka, itulah orang yang benar-benar gila.

Sesungguhnya orang yang berpenyakit mental mungkin boleh disembuhkan dan pulih seperti biasa, malah semasa dia sakit kalau melakukan sesuatu tidak dibebankan dosa walaupun melanggar tatasusila agama.

Namun awaslah kepada orang yang betul-betul gila iaitu melakukan kerja-kerja yang memastikan dia masuk neraka Allah.

[+/-] Read More...

BloggersNetwork Lupa Daratan..


Ni aku cilok dari PerakExpress...

Selalunya aku kutuk UBN…itu wajib. Kadang-kadang aku kutuk PR..itu sunat. Sesekali kena kutuk rakan-rakan blogger..itu harus.

Sebelum ini..sepanjang ingatan aku..belum pernah aku kutuk sesama blogger. Mungkin satu masa dulu ada sedikit perselisihan dengan blogger Perak Kini..tapi dah settle.

Hari ini aku dapat satu komen yang memperli Bloggers Network. Komen ni datang dari sorang bloggers dalam Bloggers Network jugak…tapi tak tau pasai apa dia tukar nama kepada sekotakrokok. Mula-mulanya aku tak tau sapa dia..tapi bila aku trace..rupa-rupanya member jugak!

Dia tulis didalam blognya…http://sekotakrokok.blogspot.com, dan kemudian dia paste postingnya kedalam ruang komen disetiap blog milik member Bloggers Network.

“buat semua bloggers network,masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh.dibawah khemah sambil menikmati asap rokok,mee udang dan nasi.Kita sama sama berjanji,untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.

Sayang seribu kali sayang,deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing.Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamour yang lain.

Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti.tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.

Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.”

Mungkin dia ingat..apabila menggunakan nama lain…orang tak tau. Tapi bila aku trace dia..dia kelam kabut. Akhirnya dia delete blog dia. Sebab apa dia takut?

Bloggers Network pada peringkat permulaanya adalah hasil perbincangan aku dengan Dr. Wahab. Dari situ kami merangka dan merancang..dan apabila Konvensyen Teh Tarik diadakan pada 22/11/2008, seramai hampir 50 orang mendaftar.

Bloggers Network bukan pertubuhan berdaftar. Sapa nak join pun boleh. yang tak ada blog pun boleh join. Sapa yang mendaftar pada Konvensyen tersebut kami terima. Kami percaya kepada semua orang. Itu prinsip kami…we trust anybody..until they proved they cannot be trusted.

Daripada yang mendaftar tu…ada jugak yang cuba mengambil kesempatan. Ada yang mengambil kesempatan nak jumpa Nizar…bila waktu rehat dia terus jumpa Nizar kat meja makan…melobi supaya diberikan jawatan dalam GLC! Lepas tu terus hilang. Bloggers Network dapat nama busuk.

Ada yang datang untuk melihat peluang untuk buat duit! dalam diam-diam..dia pekena sorang VIP…kononnya dia konsultan dalam web design. Dia charge VIP tu untuk buat blog menggunakan blogspot ..RM5,000.00! Lepas tu hilang!! Bloggers Network dapat nama busuk.

Ada blogger yang ciplak posting aku..Kampung Direct Investment, CERIA dan Politikal Innovacione…dijadikan proposal untuk buat bisnis. Guna nama Bloggers Network…dah dapat hilang. Lepas tu kutuk balik aku.

Ada blogger yang minta sumbangan dari ADUN-ADUN Kelantan kononnya untuk Bloggers Network. Kalau tak ada orang pecah rahsia…aku pun tak tau.

Ada blogger…yang cuba pekena member sendiri. Kalau masih ingat…dulu ada sorang blogger..Ofis Boy Tingkat 4. Sekarang apa jadi kat dia? bankrap kerana ditipu oleh member sendiri.

Dan banyak lagi. Kalau aku nak cerita semua..boleh buat tujuh siri. Albanjari boleh buat posting tiga kali malam Jumaat.

Blogger-blogger macam ni yang kena kikis dari Bloggers Network.

Aku tak suka nak meminta..malu. Lebih baik aku merompak macam Robin Hood daripada aku minta sedekah. Itu sebab bila nak buat tabung Bukit Gantang…Albanjari buat tanpa persetujuan aku dulu. Sebab dia tau aku tak akan bersetuju.

“Sumbanglah RM1 seorang untuk Tabung Bloggers..! Maaf cakap, mungkin bloggers lain malu untuk memulakannya, biarlah wak yang bersuara. MSK… hmm, wak faham sangat… susah Wak nak cakap. Dia bukan jenis suka meminta-minta, tapi bagi wak… susahnyer nak cakap… takpa Wak buang malu tu.”

Dan hingga sekarang duit tu masih banyak yang belum digunakan..sebab …apa yang datang dari rakyat perlu kembali kepada rakyat.Aku tak mau duit tu masuk poket blogger. Susah aku nak jawab dah mati nanti.

Dan untuk hidup..kami merancang untuk memulakan sesuatu.Dan untuk mencari modal..itu pasal kami rancang untuk mengadakan Hi-Tea bersama Nizar. Tak kan selama-lamanya minta sedekah. Tak kan setiap kali ada pilihanraya…kena buka tabung! Itu pun ada yang perli..nak kejar glamour.

Dan apa lagi program glamour yang kami buat? Pelancaran buku “Rampasan Kuasa di Perak” oleh Nizar? Betul..kami yang susun. Cyberboron yang bercekang mata tengah malam untuk menyiapkannya…tapi masa pelancaran pasai apa tak ada dari Bloggers Network yang hadir? Kalau dijemput duduk atas pentas sebelah Nizar..boleh tahan jugak..tapi duduk celah pokok pisang dalam gelap. Glamour apa? Tanya Albanjari berapa yang dia dapat? Nak beli sekotak Tricajus pun tak cukup.

Macam kata Topeng Perak..”jadi blogger dapat apa? kena maki.” Tapi tak apa..orang nak maki ka..orang nak kutuk ka. Mampuih pi la. Nak buat macam mana…gatai jadi blogger.

[+/-] Read More...

Thursday, April 30, 2009

SURUH RAKYAT BERJIMAT, TPM GUNA ROLL ROYCE



CAKAP TAK SERUPA BIKIN...Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini, semalam, selepas menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib. Laila, 68, meninggal dunia pada 3.45 petang semalam.

Ketika berdentung dentang para pemimpin Umno bercakap soal penggunaan kereta rasmi Proton Perdana, kereta rasmi Timbalan Perdana Menteri adalah Roll Royce. Harga sebuah Roll Royce boleh beli sehingga 10 buah Proton Perdana eksekutif.

Inilah agaknya dikatakan pembaharuan dalam Umno@BN dan dasar jimat cermat yang sering diperkatakan. Apa komen Datuk Zamry Abdul Kadir kononnya menjual Toyota Camry yang dibeli kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjimatkan duit rakyat dengan menggunakan Proton Perdana.

[+/-] Read More...

SPR WAJAR BERTANDING DUN PENANTI WAKILI BN


SPR wajar meletakkan calonnya mewakili BN bagi menentang Pakatan Rakyat pada PRK DUN Penanti. Ini kerana telah terang bahawa apa sahaja keputusan yang dibuat oleh SPR semuanya menyebelahi BN termasuk isu pondok panas dan menghadkan jumlah pernyokong pada hari penamaan calon dan lain-lain.
Jadi eloklah SPR memohon kepada Najib supaya calon SPR yang diletakkan di DUN tersebut untuk mewakili BN. Lagipun BN sendiri takut untuk meletakkan calonnya.
Mungkin Pengerusi SPR, Aziz Yusof atau Timbalan Pengerusinya Wan Ahmad boleh bertanding untuk menentang calon PR

BUJANG SUSAH: Pandai2 jer si sofi ni.

[+/-] Read More...

UGUTAN BUNUH ATAU CEDRAKAN ADUN PR


4/30/2009

Assalamu'alaikum Wr,Wb

APAKAH BERITA INI BENAR ATAU SATU UGUTAN ?

BLOG PERAK BANGKIT DALAM ARTIKAL INGATANNYA KEPADA NIZAR,NGUH,NGA DAN SIVA SUPAYA MENJAGA DIRI DAN KELUARGA MENUNJUKKAN DIA MENGETAHUI ADA GOLONGAN YANG PANAS HATI SERTA MENGANCAM BUNUH ATAU MENCEDERAKAN MEREKA PERLU DI BERIKAN PERHATIAN YANG SERIUS ! KEPADA MEREKA YAN G BERKAITAN PERLU MEMBUAT LAPORAN POLIS SERTA MEMBUAT PENYIASATAN RAPI, PERAK BANGKIT (BLOGER) YANG MEMBERIKAN NASIHAT KEPADA YANG BERKENAAN PERLU BERTANGGUNGJAWAB TENTANG SUMBER BERITA YANG DI PEROLEHINYA, NAMPAKNYA MASALAH POLITIK PERAK SAMPAI KEPADA PUNCAK YANG SANGAT MERBAHAYA

[+/-] Read More...

Pemuda Pas Permatang Pauh Sumbang Dana Modal Bantu Kempen UMNO/BN Penanti.



Posted on Thursday, April 30 @ 11:26:22 MYT by Paktam
Oleh sinarhairan

"

Persoalannya sekarang ialah semenjak bila Pemuda PAS Permatang Pauh boleh pandai-pandai menentukan calon pilihan sendiri untuk Penanti? Adakah ianya mendapat restu dan kata lulus daripada peringkat tertinggi Presiden parti?



Kenapa Pemuda bersikap begitu keras sekali, sehingga mengeluarkan arahan supaya jentera pilihanraya Pas dibekukan serta merta? Arahan siapa dan apakah motif di sebalik semuanya ini. Sekiranya Presiden Pas TG Hadi Awang tidak bersetuju, sudah tentu TG akan bersuara pada mana-mana sidang media. Sudah tentu juga inilah bola tanggung yang dinantikan media kerajaan BN.

DAP tak kata apa pun, Presiden Pas tak komen pun, Cuma Pemuda Pas PP sahaja yang beriya-iaya benar menentang keputusan Dr Mansor sebagai calon Penanti. Ramai yang tidak faham kenapa perkara ini berbangkit dan kenyataan Ketua Pemuda Pas Permatang Pauh menurut laporan Malaysia Kini, Mohd Hafiz Mohd Nordin akan mengadakan perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu dalam tempoh terdekat ini. Untuk apakah ini semua?

Apakah Ketua Pemuda Pas PP tidak sensitif langsung terhadap apa tersirat dalam tulisan Nik Abduh tentang kerja-kerja bodoh dalam PAS (1) dan (2). Ambillah iktibar dari kebimbangan itu supaya tidak berlaku sebarang perpecahan. Nak pergi bincang dengan presiden, pergilah bincang, nak suarakan pun suarakanlah hasrat hati kepada presiden dan kenapa nak digembar gemburkan soal perkara yang belum terjadi dan akan pergi, akan berbincang dan akan itu dan ini.

Suasana jernih kenapa nak dikeruhkan? Kecualilah kalau-kalau Mohd Hafiz Mohd Nordin mempunyai agenda tersembunyi khusus untuk menangguk di air keruh ciptaan sendiri terutama dalam suasana muktamar sekarang? Luka di tangan bolehlah kita nampak, suka di hati Hafiz siapalah yang tahu? Sebaik-baiknya hentikan apa juga percakapan dan perbuatan yang mampu membenihkan bibit perpecahan dalam pakatan.

Sebagai pemuda Hafiz seharusnya bijak mengurus dan mentadbir kemarahan. Jangan dibiarkan berlarutan kelak akan menambah luka di hati naluri sendiri dan ramai lagi. Perkuatkan maufakat untuk menghadapi Umno BN yang akan dimasukkan ke dalam WAD ICU kerana kronik dan muflis modal untuk berkempen. Kenapa antara kita yang sukarela membantu menyediakan dana modal tanggung untuk mereka?

BERUBAHLAH KAMUsebelum KAMU DIUBAH dan

BERUBAH untuk KEMENANGAN RAKYAT dalam PAKATAN.


BUJANG SUSAH: Dalam kalangan binatang tiada manusia, namun dalam kalangan manusia banyak binatang.

"

[+/-] Read More...

Ekonomi Malaysia. Adakah kita dijalur yang betul?



Posted on Thursday, April 30 @ 00:00:00 MYT by Paktam
Oleh zeinedean

"

Semasa awal tahun 70an Kerajaan Malaysia dibawah Tun Razak sudah mulai program Perindustrian di samping Pertanian dan Pelombongan yg memberi pulangan lumayan pada perekonomian Malaysia!



Program buku hijau dilancarkan dan projek prasarana seperti jalan dan perlabuhan di bina!

Lebuhraya Segamat Kuantan, Jabor Jerangau, Jeli ke Gerik dan Perlabohan Kuantan serta Pasir Gudang juga dibina!

Program pertanian ia itu Felda, Felcara, Risda dan Mardi dilancarkan untuk mengangkat ekonomi negara ke arah negara pertanian yang membanggakan!

Disamping itu banyak Industri elektronik masuk ke Malaysia dan ianya bertumpu ke Pulau Pinang, Sg. Way dan kemudian ke Johor dan Melaka. Ini menambahkan lagi kerancakan sektor ekonomi negara!

Di zaman Tun Mahathir gerakan menjadikan Malaysia negara Industri diambil dengan serius sekali agar kita ikut jejak Korea Selatan, Jepun dan Taiwan .

Malaysia sekarang ini berbangga disamping jadi negara Pertanian yg membanggakan juga jadi negara Perindustrian yg disegani di rantau Asia Tenggara!

Tapi adakah kita sebenarnya di jalur yang betul?

Masalah Subprima Mortgage di USA buat kita tersentak dengan buaian mimpi kita dan tiba tiba ekspot kita merudum jatuh kerana permintaan berkurangan! Pakej ransangan ekonomi dilancarkan agar masaalah ini dapat diimbangi dengan merancakkan sektor lain untuk menampung ekonomi yg mula merudum!

Sekarang ini baru kita sedar bahawa enjin perekonomian kita 95% bergantung pada ekspot dan faktor ekonomi dalaman kita ternyata terlalu kecil. Malah kita dianggap negara yg ketiga tertinggi bergantung kepada ekspot selain Hong Kong dan Singapura di rantau ini!

China bergantung kepada ekspot sebanyak 15% dari pertumbuhan GDP, Indonesia sebanyak 20~25% tertakluk kepada harga pasaran komoditi dan India juga terbilang kurang dari 30%!

China dan India secara tiba tiba sedang menjadi kuasa besar yang pernah mereka pegang semenjak ratusan tahun dulu dan mengambilnya kembali! Mereka akan terus menjadi Adikuasa Dunia di ratusan tahun kedepan dan kita sebagai negara kerdil tidak akan dapat menyaingi mereka!

Kebergantungan kita kepada lebih dari 80% tenusu (kambing dan lembu)dari luar negeri dan kita juga mengimpot sayur sayuran, beras, gula, jagung dan segala macam hasil tani sedangkan kita punyai jutaan hektar tanah yang subur untuk menyokong Industri Pertanian kita!

Sebelum terlambat kerajaan harus pulihkan sektor ekonomi yg sememangnya tidak diambil berat oleh Mantan PM Tun Mahathir agar negara tidak lagi tergantung kepada ekspot semata mata dengan menggiatkan lagi ekonomi dalaman.

Diharap para Petani di beri galakan serta subsidi baja, benih dan perbagai macam lagi supaya mereka menjadi Peladang Berjaya dan makmur!

Seandainya pekerja di berhentikan kerja maka mereka tidak segan silu lagi boleh menjadi Petani berjaya dan dengan sendirinya ekonomi dalaman kita dirancakkan oleh kita sendiri!

Sesuatu harus dilakukan sebelum nasi menjadi bubur!!!


BUJANG SUSAH:

Kalau inilah kerajaan yg memerintah malaysia, sampai kiamat la nampaknya ekonomi malaysia ni tidak akan setabil. Apatah lagi berangan nak jadi negara maju. Pemimpin dok x habis2 tamakan harta negara yg dibahagi-bahagikan kepada anak bini serta kroni2. Malaysia negara yang cukup mewah dengan hasil buminya, tetapi rakyatnya banyak lagi yang hidup susah. Ekonomi negara di tahap yg amat kornik. Ada ke pemimpin2 kita yg nak ambil pusing? Mereka semua tiap2 hari memikirkan tentang sevival politik mereka. Menipu rakyat dengan slogan "Ketuanan Melayu". Dan melayu2 yg mudah lupa selalu didodoikan dengan nyanyian itu. Apabila ekuiti 30% melayu dimansuhkan, tiada pula dari kalangan pemimpin2 mereka yg melenting. Tiada yg rasa tidak puas hati. Melayu sekali lagi didodoikan dgn lagu "pemansuhan ekuiti 30% melayu bertujuan agar melayu dapat bersaing di peringkat global". Kerana kita melayu bangsa yg bodoh dan mudah lupa, sedikit pun kita tiada rasa kesal. Terima dengan senyuman walaupun hak yg selama ini dijadikan gong yg dicanang di seluruh pelusuk kampung kini disumbatkan dalam jamban.

Rata2 "orang lain" (bukan melayu) yg aku temui akan ku tanyakan tentang perkara ini. Mereka menyambut baik dengan perubahan ini. "kerajaan takut sama kita lo...". kita disini maksudnya "orang lain". Mana ketuanan melayu? Semua hampas belaka. Nyanyian itu hanya dapat memerangkap segelintir manusia yg bernama "melayu bodoh". Sekarang ini masanya mereka2 yg rakus ini cuba pula menjalan jarum mereka untuk "orang lain". Kerana senario politik sekarang sudah berubah. Dimana ramai "orang lain" di situlah BN/UMNO akan kalah. Jadi caranya, terpaksalah tunjukan bahawa kerajaan sekarang tidak berpihak kepada melayu. Memang "orang lain" suka.. tetapi mereka bukan seperti "melayu bodoh". Mereka tidak dapat digula-gulakan dengan beras sekampit dan sehelai kain pelikat. Kerajaan apa nak peduli dengan segelintir manusia yg bernama "melayu bodoh" ni. "melayu bodoh" ni, apa saja yg kerajaan buat pastinya mereka akan katakan kerajaan bagus. So tiada sebab kerajaan ingin peduli kepada mereka. sudah barang tentu undi solid yg akan diperolihi dari "melayu bodoh" ini. Padahnya org melayu yg x berapa bodoh dan pandai jua yang menanggung. Nak kata apa lagi? Itulah hakikat bangsaku. Kita marah klau "org lain" kata bangsa kita bodoh. Tetapi kita buta apabila pemimpin kita yg sebangsa dengan kita memperbodohkan serta mentertawakan kita.

Aku nak berikan sedikit soalan kepada golongan "melayu bodoh" disini. Sebelum ini suara kamu semua seiring dengan suara pemimpin kamu. Hidup melayu.. Ketuanan Melayu.. so sekarang ni apa slogan kamu? siapa yg hidup? melayu lagikah? Aku nak tanya lagi, dan aku berikan contoh di melaka. Kerana melaka adalah negeri yg kuat mempertahankan kebodohan ini. Boleh tunjukan pada aku berapa banyakkah bangunan2 besar di bandar2 atau pekan2 yg dimiliki oleh orang melayu? Silap2 memang x jumpa pun melainkan bangunan tu milik ali ketam, anak syarikat ali ketam dan kroni2 ali ketam. Rakyat biasa apa yg dapat? habuk pun xda. Pantai yang indah (pantai kelebang) tempat perkelahan yg menarik dan jua tempat mencari rezeki buat nelayan2 kecil (melayu) habis semua ditambak. Demi kerakusan pemimpin yg mengejar projek. Negeri kecil yg paling banyak babi diternak (paya mengkuang). Apa yg kerajaan dah buat? Ada kerajaan ambil peduli? Ada ali ketam selesaikan isu itu demi melayu? Itu diantara contoh dimana terdapatnya mejoriti golongan "melayu bodoh". X dapat turun ke laut lagi untuk mencari rezeki dan terpaksa berhadapan dgn risiko banyak penyakit yg di sebabkan oleh babi, UMNO jugak yg bagus katanya. X bodohkan melayu klau mcm ni?

Bolehkan malaysia maju selagi ada "melayu bodoh" ni? Dapatkah ekonomi malaysia di tingkatkan selagi ada "melayu bodoh " ni?

[+/-] Read More...

Wednesday, April 29, 2009

MENIKMATI KRITIK DAN CELAAN

Kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan tampak jelas tatkala dirinya ditimpa kritik, celaan, atau penghinaan orang lain. Bagi orang yang lemah akal dan imannya, niscaya akan mudah goyah dan resah. Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan memboroskan waktu untuk memikirkan kemungkinan melakukan pembalasan. Mungkin dengan cara-cara mengorek-ngorek pula aib lawannya tersebut atau mencari dalih-dalih untuk membela diri, yang ternyata ujung dari perbuatannya tersebut hanya akan membuat dirinya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.

Persis seperti orang yang sedang duduk di sebuah kursi sementara di bawahnya ada seekor ular berbisa yang siap mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahukan bahaya yang mengancam dirinya itu. Yang seorang menyampaikannya dengan cara halus, sedangkan yang lainnya dengan cara kasar. Namun, apa yang terjadi? Setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulkannya, bukan kepada ular namun kepada orang-orang yang memberitahukan adanya bahaya tersebut.

Lain halnya dengan orang yang memiliki kejernihan hati dan ketinggian akhlak. Ketika datang badai kritik, celaan, serta penghinaan seberat atau sedahsyat apapun, dia tetap tegar, tak goyah sedikit pun. Malah ia justru dapat menikmati karena yakin betul bahwa semua musibah yang menimpanya tersebut semata-mata terjadi dengan seijin Allah Azza wa Jalla.

Allah tahu persis segala aib dan cela hamba-Nya dan Dia berkenan memberitahunya dengan cara apa saja dan melalui apa saja yang dikehendaki-Nya. Terkadang terbentuk nasehat yang halus, adakalanya lewat obrolan dan guyonan seorang teman, bahkan tak jarang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan. Ia pun bisa muncul melalui lisan seorang guru, ulama, orang tua, sahabat, adik, musuh, atau siapa saja. Terserah Allah.

Jadi, kenapa kita harus merepotkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi kita? Padahal seharusnya kita bersyukur dengan sebesar-besar syukur karena tanpa kita bayar atau kita gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala kejelekkan dan aib yang mengancam amal-amal shaleh kita di akhirat kelak.

Karenanya, jangan aneh jika kita saksikan orang-orang mulia dan ulama yang shaleh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya, mereka malahan bersikap penuh dengan kemuliaan, memaafkan dan bahkan mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atas pemberitahuan ihwal aib yang justru tidak sempat terlihat oleh dirinya sendiri, tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang yang tidak menyukainya.

Sahabat, bagi kita yang berlumur dosa ini, haruslah senantiasa waspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat bisa datang dengan berbagai bentuk.

Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritik. Pertama, kritiknya benar dan caranya pun benar. Kedua, kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan. Dan ketiga, kritiknya tidak benar dan caranya pun menyakitkan.

Bentuk kritik yang manapun datang kepada kita, semuanya menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan kita dihadapan siapapun, sekiranya sikap kita dalam menghadapinya penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah SWT. Karena, sesungguhnya kemuliaan dan keridhaan-Nyalah yang menjadi penentu itu.

Allah SWT berfirman, "Dan janganlah engkau berduka cita karena perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. Yunus [10] : 65)

Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina kita, kalau Allah menghendaki kemuliaan kepada diri kita, maka tidak akan membuat diri kita menjadi jatuh ke lembah kehinaan. Apalah artinya kekuatan sang mahluk dibandingkan Khalik-nya? Manusia memang sering lupa bahwa qudrah dan iradah Allah itu berada di atas segalanya. Sehingga menjadi sombong dan takabur, seakan-akan dunia dan isinya ini berada dalam genggaman tangannya. Naudzubillaah!!!

Padahal, Allah Azza wa Jalla telah berfirman, "Katakanlah, Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang Kau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Kau kehendaki. Engkau muliakan yang Kau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Kau Kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu." (QS. Ali ‘Imran [3] : 26)***

[+/-] Read More...

Wanita solehah

Wanita yang didunianya solehah akan menjadi cahaya bagi keluarganya, melahirkan keturunan yang baik dan jika wafat di akhirat akan menjadi bidadari. Hikam: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara faraz-nya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara faraz-nya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Rasulullah saw bersabda: "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." (HR. Muslim) Wanita solehah merupakan penentram batin, menjadi penguat semangat berjuang suami, semangat ibadah suami. Suami yakin tidak akan dikhianati, kalau ditatap benar-benar menyejukkan qalbu, kalau berbicara tutur katanya menentramkan batin, tidak ada keraguan terhadap sikapnya. Pada prinsipnya wanita solehah adalah wanita yang taat pada Allah, taat pada Rasul. Kecantikannya tidak menjadikan fitnah pada orang lain. Kalau wanita muda dari awal menjaga dirinya, selain dirinya akan terjaga, juga kehormatan dan kemuliaan akan terjaga pula, dan dirinya akan lebih dicintai Allah karena orang yang muda yang taat lebih dicintai Allah daripada orang tua yang taat. Dan, Insyaallah nanti oleh Allah akan diberi pendamping yang baik. Agar wanita solehah selalu konsisten yaitu dengan istiqomah menimba ilmu dari alam dan lingkungan di sekitarnya dan mengamalkan ilmu yang ada. Wanita yang solehah juga dapat berbakti terhadap suami dan bangsanya dan wanita yang solehah selalu belajar. Tiada hari tanpa belajar.

[+/-] Read More...

Respon Saya Terhadap Penjelasan Ustaz Nik Mohd Abduh

Posted on Wednesday, April 29 @ 13:34:22 MYT by Paktam

Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi
Seminggu dGo to fullsize imageua ini saya terpaksa berehat . Rehat terpanjang dalam sejarah saya menyertai gerakan Islam PAS ini .


Saya mengalami masaalah gangguan ketara di bahagian peti suara sehingga menyukarkan saya untuk bercakap dan saya dinasihatkan supaya tidak menyampaikan ceramah atau kuliah dalam tempoh sebulan ini .


Banyaklah program saya terpaksa dibatalkan dan saya memohon berbanyak maaf atas kesulitan yang dialami oleh pihak penganjur ekoran pembatalan tersebut . Saya berjanji saya akan ganti dengan tarikh yang lain insyaallah .

Rehat membuatkan masa saya banyak terluang dan saya manafaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga setelah sekian lama mereka menanggung beban rindu lantaran sering berjauhan . Alhamdulillah , saya juga dapat menumpukan banyak masa untuk membaca kitab dan menulis kerana keduanya adalah kegemaran saya yang sering terabai kerana kesibukan di medan juang .

Sungguh saya rasakan keperitan apabila terpaksa gantung 'microfon' dalam tempoh yang panjang , namun saya yakin akan hikmah di atas ketentuan Allah swt dan saya terimanya sebagai ujian ke atas diri yang memerlukan saya insaf dan menganalisa diri .

Kesempatan ini saya ingin mengulas kenyataan atau tilisan sahabat saya Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh setelah saya perhatikan betapa tulisan beliau mendapat liputan luas bukan sahaja dikalangan blogger tetapi juga media cetak sehingga beberapa akhbar meletakkan tulisan Ustaz Nik Mohd Abduh di muka hadapan akhbar mereka .

Sebentar tadi Ustaz Nik Mohd Abduh telah membuat penjelasan lanjut setelah menerima hampir 200 komentar [ pro dan kontra ] dari blog beliau dan saudara boleh membacanya disini :
http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/28/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas-2/

Saya tidak hanya membaca tulisan beliau bahkan saya segera menghubungi beliau sendiri untuk mendengar penjelasan langsung dan detail dari beliau berkait apa yang beliau tuliskan dalam blognya . 2 siri tulisan beliau dengan tajuk yang sama telah menaikkan suhu politik tanahair . Pihak blogger dan media cetak cepat mengulas dan mengambil manafaat dari tulisan Ustaz Nik Abduh .

Cara dan kaedah pengambilan manafaat yang saya maksudkan tadi juga mempunyai berbagai keadaan . Ada yang memancing , ada yang menceduk , ada yang tahan bubu dan ada yang menuba dari blog Ustaz Nik Mohd Abduh . Saya juga membaca komentar yang pelbagai . Ada yang pro lalu memuji tindakan Ustaz Nik Abduh dan ada yang kontra lalu menemplak tulisannya.

Saya berkawan lama dengan Ustaz Nik Mohd Abduh . Sejak tahun 94' melalui perkenalan pertama apabila beliau mengunjungi saya di rumah 10 Madinah An Nasr Kota Kaherah Mesir . Ketika itu beliau baru sampai ke Kaherah untuk menyambung pengajiannya setelah tamat pengajian di India .

Saya memahami bagaimana sikap , akhlak dan tahap penguasaan ilmunya dan agak rapat dengan beliau berbanding adik beradiknya yang lain walaupun sama - sama belajar di Mesir . Tentunya saya menyedari bahawa tidak mudah untuk Ustaz Nik Mohd Abduh membuat kenyataan seperti apa yang termaktub di dalam blog beliau .

Dalam situasi sebegini , saya berpandangan agar siapa jua yang mahu mengulas atau memberi komentar terhadap tulisan beliau tidaklah menambah rencah atau ajinomoto yang akhirnya akan mengubah rasa dari menu asalnya. Ada juga yang lebih - lebih menambah lada dan tak pasal - pasal rasa bertukar pedas dan hangat lalu mengganggu tumpuan cita rasa sebenar .

Siapa jua yang ingin membaca dan mengambil iktibar daripadanya hendaklah secara direct merujuk kepada tulisan beliau di blognya bukan membuat nilaian melalui kupasan dan ulasan pihak kedua atau ketiga . Kerana saya percaya , membaca dari tulisan asal pastinya tidak sama roh atau semangat yang diperolehi berbanding kita membaca dari sumbernya yang asal .

Tambahan pula saya melihat style media dan sebahagian blogger mengulas dengan cara melompat - lompat point serta mengulas kalimah tertentu tidak kepada seluruh kandungan tulisan beliau seperti memilih untuk mengulas perkataan 'mee celup' secara terpisah dari semangat perbahasan asal yang terdapat dalam tulisan tersebut . [ sehingga perbahasan 'mee celup' mengalih topik asal perbahasan sedang ia bukanlah fokusnya ]

Bagi penulis atau blogger yang ada tuhan dan beriman kepada tuhannya , ia sewajarnya bertanggungjawab atas setiap kalimah yang ditulis tambahan pula tulisan itu dipapar kepada umum . Bukan sahaja manusia atau masyarakat pembaca akan menilai tetapi juga Allah swt dan para malaikatNya turut menilai apa yang ditulis . Saya yakin Ustaz Nik Mohd Abduh sebagai manusia yang berada langsung dibawah tarbiyah ayahnya seorang ulama' tersohor tanahair lebih memahami prinsip ini .

Saya dapat merasakan betapa tulisannya yang terbaru [ kerja - kerja bodoh dalam PAS - vol 2 ] ditulis dengan begitu cermat dan berani . Saya telah mengingatkannya akan rasa kebertanggungjawaban terhadap tulisannya , dengan yakin beliau menegaskan bahawa beliau sangat sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang beliau tulis .Saya juga menekan soal pembuktian sebagai peringatan kepada beliau dan beliau nyata bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh atas tulisannya .

Isu pokok yang mesti difahami dan dihayati oleh semua pembaca dari tulisan beliau ialah tiada sebarang persengketaan antara dua tokoh ulama' terbilang itu dan wujudnya pihak yang mahu melihat berlakunya pertembungan antara keduanya .

Soal wujudnya pihak yang cuba melaga - lagakan 2 tok guru ini memang tiada siapa yang boleh menafikannya dan ianya diketahui oleh semua kerana ia diterjemah melalui tulisan , kenyataan dan perbahasan samaada dalam media cetak mahupun media baru [ blog dan web site ] .

Kalau saudara melayari blog dan web site [ tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya web site terbabit ] , nescaya saudara akan ketemui unsur - unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua - dua tok guru ini bukan lah ayah saya . Kalau mereka ayah saya , rasanya mungkin saya akan "mengamuk" lebih hebat dari Ustaz Nik Mohd Abduh , wallahua'lam .

Ustaz Nik Mohd Abduh mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan Presiden PAS [ sedang kedua - duanya adalah Tok Guru kesayangan ummah ] .

2 siri tulisan beliau adalah berasaskan motif ini , iaitu merungkai kekeliruan ahli PAS mengenai wujudnya fenomena yang menimbulkan krisis antara dua tokoh pimpinan PAS ini .

Ada orang tegur , kenapa Ustaz Nik Abduh dedah secara terbuka , kenapa tidak sebut dalam mesyuarat atau kemukakan direct kepada orang terlibat .

Saya melihat perkara ini dari step pertama dan saya selalu pastikan agar rakan - rakan blogger terutama dari pemuda tidak membawa perkara yang tidak sepatutnya ke muka umum . Tetapi dalam isu ini suka saya sebut bahawa bukan Ustaz Nik Abduh yang membuka gelanggang dan juga bukan beliau mengheret isu ini kepada umum .

Sebaliknya beliau hanya tampil untuk memberi penjelasan setelah gelanggang dibuka begitu luas melewati sempadan cyber sementara al Mursyidul Am dan Presiden PAS diperlakukan seperti ayam sabung yang di adu laga ditengah gelanggang tersebut . Sehingga ia menjadi tatapan umum dan mengelirukan ahli parti .

Sekian lama dibiarkan para blogger [ sebahagiannya dari blogger yang mengaku ahli PAS ]mengadu domba , entah mereka mengambil upah dari siapa atau berperanan untuk siapa , juga atas maksud dan motif apa mereka tergamak mencetus suasana keruh antara dua tok guru ini sehingga menimbulkan prasangka umum bahawa 2 tok guru ini memang bersengketa .

Orang bertanya pula , Ustaz ! apakah perkara ini hendak dibiarkan begitu sahaja ? sekian lama saya menjawab , sabarlah akhi ! suatu masa Allah akan mendedahkan perkara yang tidak betul ini . Sampai bila nak biarkan ustaz ? Ustaz boleh tengok ker Tok Guru kita difitnah dan diadu domba ?

Saya sendiri entah berapa kali menitis air mata melihat dan mendengar kata - kata kesat dilemparkan oleh ahli parti sendiri [ yang terpedaya dengan mainan kotor pihak tertentu yang saya sendiri pun tidak tahu siapa ] kepada kedua - dua tok guru tercinta . Saya bertahan sekian lama , tidak tahu apa yang patut saya buat kerana bimbang tersilap langkah .

Pernah saya dengar sendiri individu tertentu memperkecil Tok Guru Presiden sambil membandingnya dengan Tok Guru Murdyid Am dan al Marhum ustaz Fadhil Noor , sedang dia barulah setahun jagung menyertai perjuangan ini malah tidak pernah melalui jatuh bangun berjuang bersama kedua - dua Tok Guru ini .

Isu yang sering ditimbulkan masih lagi berkisar isu muqabalah dan terbaru unity goverment . Sentimen yang dibawa bersama pula ialah Tok Guru Hj. Hadi nak bawa masuk PAS ke dalam UMNO dan BN lalu mereka lagakan pula dengan kenyataan Tok Guru Mursyid Am yang menyatakan sikap tidak setuju terhadap kedua - dua isu tersebut dengan membawa sentimen bahawa Tok Guru Mursyid Am murka kepada Tok Guru Presiden .

Biarpun berapa kali dinafi oleh Tok Guru Presiden , bahawa tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN , namun penafian itu tidak pernah berkesan . [ Mereka cuba menunjuk rasa kasih kepada parti seolah - olah Tok Guru tidak sayang kepada parti kecuali mereka ] Seolah - olah mereka sengaja buat tidak faham , makin dinafi makin kuat fitnah mengatakan Tok Guru nak bawa PAS masuk BN dan tentu sekali mereka tidak tinggal kenyataan balas dari Tok Guru Mursyid Am untuk membidas Tok Guru Presiden bagi menampakkan pertembungan , lalu tercetus polemik dan kekeliruan yang disengajakan kepada anggota parti .

Inilah realitinya sebelum ustaz Nik Mohd Abduh tampil membuat penjelasan yang berisiko . Jika beliau benar , beliau mesti berani ambil risiko . Harapannya , dapat meredakan ketegangan dan kekeliruan dikalangan anggota . Mungkin sebahagiannya tidak dapat diredakan dengan kenyataan Ustaz Nik Mohd Abduh , apa boleh buat ! hanya bersabar dan memohon pertolongan dari Allah swt dengan solat saudara .

Sungguhpun begitu , saya percaya ramai dikalangan anggota parti yang terperangkap dalam kekeliruan yang dicipta ini akan menarik nafas lega dengan penjelasan dari Ustaz Nik Mohd Abduh .

Adapun berkait dengan dakwaan balas dari Ustaz Nik Mohd Abduh adalah dituju kepada pihak tertentu . Kepada yang tidak terlibat , usahlah rasa resah dan panas tidak semena - mena . Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Mohd Abduh bukan untuk saudara . Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya . Jika benar , ertinya beliau telah menegakkan yang hak dan Allah swt tahu ganjaran apa untuk beliau , demikianlah sebaliknya jika beliau salah dan sengaja mereka cerita dan dakwaan maka Allah swt pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah dari tulisan beliau . Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya .

Namun saya secara peribadi , setelah menilai isu yang dibawa dan dilihat kepada suasana dan keadaan yang dihadapi kini , pula mengukur maklumat yang ada pada saya dari pelbagai sumber , saya percaya Ustaz Nik Mohd Abduh berada di pihak yang benar dan saya berdoa agar beliau berada di pihak yang benar .

Harapan saya segala kekeliruan kini telah tersingkap dan pintu penyelesaian kini ditemui.
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

[+/-] Read More...

Ezam Tubuh GEMAR bubar GERAK untuk SERANG Pakatan di Penanti?


Ezam Mohd Noor menghadapi delima masa depan sekembalinya “Bapa Pembangunan Mega Malaysia” Tun Mahathir kembali kedakapan Umno. Ezam yang mempunyai hasrat tersirat untuk bertanding dan menjadi calon BN di Penanti kini bercekai namun terpaksa akur dan terus tinggal sebantal dengan Tun yang amat dibencinya dulu kerana rasuah yang ditentang keras oleh Ezam.Walaupun Ezam pada hakikatnya masih mempunyai beberapa “kotak” lagi bukti relevan untuk menjatuhkan Anwar, namun kotak-kotak Ezam tidak mempunya apa-apa nilainya lagi di mata Tun. Ezam umumkan dulu bahawa beliau kembali bersekedudukan bersama Umno kerana Tun keluar parti. Sekarang Bagaimana? Apakah tindakan Ezam seterusnya di dalam Umno?

Mampukah Ezam sekadar bersembunyi di sebalik kekotak untuk mengelak daripada dikesan dan diajar cukup-cukup oleh Tun yang suatu masa dulu amat “terasa hati” dengan apa yang telah Ezam katakan dulu. Tun Mahathir bukalah pemimpin yang mudah lupa, malah Tun akan ingat satu persatu tentang apa yang Ezam telah katakan dan kini hanya menunggu giliran sahaja untuk Tun menentukan takdir Ezam dalam Umno. Sudah tentu dalam senarai teratas Tun Mahathir sekarang ini ialah Nazri Aziz yang berlaku kurang sopan dan menghina Tun baru-baru ini. Ezam sebagai pemimpin muda yang berpotensi perlu segera berfikir tentang nasib yang bakal menimpanya samada mahu menyokong atau mendokong agenda turun temurun Umno.

GERAK yang ditubuhkan Ezam untuk menentang rasuah zaman Mahathir dulu kalau diteruskan akan menjadi tali gantung untuk Ezam buat masa ini kerana bukan sekadar tingkahlakunya diperhati, malah percakapannya juga sedang didengar. Untuk menyelamatkan diri, Ezam sepatutnya segera bubarkan “GERAK” iaitu Gerakan Anti Rasuah kepada pergerakan baru yang diberi nama “GEMAR” iaitu Gerakan Makan Rasuah. Dengan cara itu barulah Ezam boleh ngam dengan kehadiran Tun dalam Umno.

[+/-] Read More...

Ni Binatang Apa Pulak Ni..? - malaysiakini


Tengok iklan gila dekat bawah ni... dunia makin maju, kepala otak manusia makin mundur. yang pakai tudung dok promosi bomoh nombor ekor. bangang tak abis-abis... nak marah pun tak boleh sebab ada mufti pun, dok sibok berpolitik. Politik klau kejalan ygbenar xper jugak. ni berpolitik kearah kesesatan.

Fatwa ke apa ke cuma keluar untuk back-up parti pemerintah, untuk kembangkan lagi pemahaman orang ramai terhadap Islam letak belakang. yang penting "Selamatkan Parti"... Islam dok dalam tong sampah tak kisah.

Jadi tak heran kalau makin hari makin banyak poduk macam ni keluar dekat Malaysia... apa nak heran? Mufti peduli ape? ala... ada ajaran sesat pun tak leh nak setel. berape tahun dah?

Kalau hal pembangkang, matahari belum naik tau-tau dah kedalam. kalau hal parti yg berkenaan dgn org2 PR, belum habis ceramah, berita dah keluar dekat TV... aik... cepat pulak?

[+/-] Read More...

BAGAIMANA ISTRI YANG SHOLEHAH MEMBUAT SUAMINYA REDHA



Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:-
Syeikh al-Qathan telah menyebutkannya dalam pernyataan yang berikut ini:

01. Memiliki akidah yang mulia / bersih.

02. Membantu suaminya dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.

03. Berhias, bersolek dan berdandan hanya untuk suami serta berusaha menampilkan diri dalam suatu pembaharuan.

04. Menghiasi diri dengan memakai emas, tetapi hanya sekadarnya sahaja dan dari emas yang harganya lebih rendah.

05. Memilih minyak wangi yang disukai suami.

06. Tidak perlu bekerja dan mencari penghasilan sendiri, kerana gajinya tidak diperlukan suami. Jika dia hendak bekerja, mestilah mendapat keredhaan suaminya.

07. Memuji suami dengan kata-kata yang lembut, sehingga membangkitkan kasih sayang di antara keduanya.

08. Menghadapi suami dengan wajah yang berseri dan jangan sesekali berwajah muram.

09. Menjauhi rokok terutama di hadapan anak-anak.

10. Menikmati hari cuti dengan bergembira bersama anak-anak dan bertemasya.

11. Menghindari tempat yang akan menimbulkan syubhat supaya tidak menimbulkan anggapan yang buruk,

12. Menjaga pesan suami ketika dia berpergian dan menerima kepulangannya dengan wajah ceria.

13. Mesti pandai menguruskan keadaan rumahnya dan tidak hanya menyerahkannya kepada pembantu rumah.

14. Ikhlas, sabar dan tulus jika suami sedang sakit.

15. Menjaga nilai-nilai dan akhlak dalam kehidupan rumah tangga, lebih menonjolkan iman jika dia kaya atau miskin.

16. Turut menangis atau berpura-pura menangis jika suami menangis kerana sesuatu.

17. Menghidupkan suasana kasih sayang ketika berbual melalui telefon jika suami berada di tempat kerja atau ketika berjauhan.

18. Mendidik anak yang tua, sama ada lelaki atau perempuan untuk menjadi pengganti ibu bapanya dalam mengatur rumah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga balas memandang kepadanya, maka Allah telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat."

Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari sela-sela jari-jari mereka berdua.

Diceritakan dari Nabi s.a.w.: Sesungguhnya seorang lelaki itu (ketika) menyetubuhi isterinya, maka baginya telah dicatat memdapat pahala kerana persetubuhan itu seperti pahalanya anak lelaki yang ikut berperang membela agama Allah lalu terbunuh.

Syeikh Ibrahim bin Shalih al-Mahmud berkata: Jalan yang paling mudah untuk mendapat keredhaan suami ialah dengan senyuman, kata-kata yang manis, berakhlak mulia, belaian yang lembut, memakai perhiasan yang serasi dan menjaga kebersihan. Isteri juga mesti mengetahui hak suami ke atas dirinya lebih besar daripada haknya ke atas suami, berdasarkan firman Allah s.w.t.: "Para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya." (Al-Baqarah: 228)

Syeikh al-Halwani seorang pendakwah Islam di Thaif mengatakan: Isteri mesti berusaha membuat suaminya redha, sesuai dengan batasan petunjuk yang mulia: "Tidak ada ketaatan terhadap makhluk dalam kederhakaan terhadap Khaliq." Ia merupakan kaedah yang utama meliputi beberapa perkara yang penting. Di antaranya ialah:

1. Jangan biarkan suami mencium bau yang busuk dari dirinya. Pastikan dia sentiasa wangi dan bersih.

2. Jangan menyambut kepulangannya dengan memakai pakaian yang kotor dan comot.

3. Menjaga penampilannya.

4. Memperhatikan keadaan suami dan menjaga perasaannya.

5. Jangan menyuruh suami melakukan pekerjaan rumah yang seharusnya dilakukan oleh isteri, dengan alasan bahawa nabi s.a.w. memerintahkan para suami membantu isterinya menyelesaikan kerja-kerja rumah. Isteri mesti melakukannya sendiri.

6. Menghadapi berbagai masalah dengan lapang dada.

7. Memenuhi berbagai ruang, satu persatu.

BUJANG SUSAH: Semoga kita menjadi insan yg bertaqwa.. insyaAllah.

[+/-] Read More...

Agama Anak Tanggungan Mufti Cap Ayam



Posted on Tuesday, April 28 @ 20:24:51 MYT by tokayah
Oleh ramziredang

"Kabinet memutuskan agama anak perlu mengikut agama asal bila ibubapa memeluk islam. Ringkasnya kalau dulu bapanya kristian, bila dia masuk islam dia tidak boleh bawak sekali anaknya masuk islam. Maka kononnya marahlah seorang mufti cap ayam. Katanya kabinet perlulah rujuk pada mufti terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Rasa hendak tergelakpun ada bila baca gelagat mufti cap ayam ni. Sejak bila pulak kabinet mengangkat mufti sebagai rujukan bila hendak membuat keputusan?

Aku hendak bertanya satu soalan. Persoalan ini pernah diutarakan oleh mufti cap ayam ni. Dia pernah kata selagi umarak tidak menyuruh kepada keburukan kita wajib sokong. Lebih kurang ayatnya macam tu la,aku pun dah lupa sebab aku bukan menghafal kata kata mufti ni. Sekarang aku hendak tanya masih wajib lagikah sokong kerajaan yang macam ini? Kalau wajib, apakah tidak ditanggung oleh mufti tentang agama anak tersebut?

Adakah kita sedar ini adalah kemenangan pertama apa yang diperjuangkan oleh IFC atau IRC?( suruhanjaya antara agama). Antara yang diperjuangkan oleh IRC adalah agama anak. Sebab itulah dalam kad pengenalan tidak mahu dinyatakan agama. Perjuangan asal IRC tentang agama anak adalah, anak kita sendiripun tidak boleh kita katakan beragama islam selagi belum akhil baligh. Jadi apa yang diputuskan oleh kabinet ini mungkin salah satu kemenangan pertama ke arah langkah tersebut.

Yang paling menghairankan mufti hanya menentang seketika. Dia hanya menentang keputusan. Tetapi dia masih menyokong kerajaan yang membuat keputusan. Ambil contoh kenyataan mufti cap ayam ini dalam temuramah radio pada bulan februari 2005, antara katanya"umat islam perlu lebih pro aktif dalam isu yang melibatkan umat islam. Dalam memberi contoh sure heboh yang jelas haram disisi syarak, umat islam terutama di kalangan pengurusan masjid dan pertubuhan agama islam tidak menyuarakan pandangan untuk menyokong penentangan tersebut"
Apa maksud sokongan dan penentangan yang dinyatakan oleh mufti cap ayam tersebut? Adakah semata mata bantahan suara? Apakah undi tidak dikira cara yang paling berkesan untuk mengembalikan segalanya?

Dengan penukaran kerajaan bukan sahaja masalah agama anak, semua masalah dapat diselesaikan mengikut lunas lunas yang dituntut islam.
Sampai bilakah mufti cap ayam ini masih hendak berpegang 'wajib disokong'? Apakah yang sangat ditakuti oleh mufti cap ayam ini andainya Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan? Apakah yang buruk sangat? Kenapa dulu dia sanggup menangis kerana memikirkan masalah melayu? Kenapa dia tidak menangis teresak esak memikirkan masalah agama islam yang semakin terhakis? Masihkah dia boleh lena tidur malam bila keadaan agama islam berada di jurang bahaya? Saya secara peribadi percaya keadaan yang berlaku ini tidak akan buat dia tidak lena tidur. Kerana hati dan perasaannya telah diulit oleh keduniaan. Dia sendiri telah tertipu dengan keindahan dunia. Nyatalah dia memang benar benar mufti cap ayam".

[+/-] Read More...