Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 19, 2010

LAWAK 1 MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membeli anak kucing jenis kacukan Persian yang berumur tiga bulan dengan harga RM650 semasa melawat gerai produk makanan kucing tempatan Vita Cat ketika melawat Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - THE STAR

Note: Rm650 hanya untuk seekor anak kucing.. Rm650 adalah amaun sebulan gaji untuk sebahagian besar rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung seisi keluarga.

"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Mat Monggol dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.

Note: Mat Monggol kali ini meneruskan lawak bangang pertengahan tahun dengan mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya semalam.Masalahnya ini lawak bangang stail apa pulak? yang Isteri Rosmah dah takde kerja lain ke pergi tanya Rakyat 1 malaysia apa nama yang di beri pada kucingnya. Cuba la tanya kat rakyat 1 malaysia ni macam mana nak halau Agen Perisik israel yang menceroboh masuk ke bukit aman ? Cuba la tanya macam mana nak halau APCO Worlwide? Cuba la tanya Judi bola tu haram ke tidak? Cuba la tanya macam mana nak halang kapal - kapal Israel dari memasuki pelabuhan Klang.

"Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini."katanya Mat Monggol berkata semasa berada di majlis pelancaran kempen 'Beli Barangan Malaysia', Isteri Rosmah berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih.

Note: Makhluk yang berjamban besar mesti x sedap dipeluk kan...? rasa mcm peluk dinasor ler tu... Wargghhh!!!! Kah...Kah....Kah....Kah........



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ALO MACHA...!! LU INGAT NI KEDAI NASI KANDAR KE?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kamalanathan Berlagak Seperti Speaker



KUALA LUMPUR 18 Jun - Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan (gambar)yang baru mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat bertindakmelebihi kuasa Speaker apabila tidak membenarkan ahli parlimen yang lain bangun untuk mencelah.

Dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Ke 10 petang semalam beliau dengan bongkak meminta Ahli Parlimen Kota Melaka supaya diam kerana beliau mahu meneruskan ucapannya tanpa diganggu.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee menegur tindakan Kamalanathan yang dianggap tidak bersifat parlimen itu.

"Yang Berhormat, tugas saya sebagai Speaker adalah untuk memberikan teguran atau laluan kepada ahli dewan yang lain untuk mencelah.

"Yang Berhormat sepatutnya tidak perlu berkata demikian kerana itu adalah tugas saya dan Yang Berhormat Hulu Selangor harus faham tugas saya.

"Saya tahu Yang Berhormat orang baru tapi kenalah ikut peraturan mesyuarat," kata Ronald semasa menegur Kamalanathan yang seperti tidak tahu mengenai undang-undang dan peraturan mesyuarat.

Dalam ucapan tersebut, beliau membaca teks yang disediakan tanpa memberikan laluan kepada mana-mana ahli parlimen lain untuk mencelah.

Kamalanathan yang baru dipilih dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah calon 'bidan terjun' BN selepas terdapat pertikaian berhubung calon kerusi tersebut.SK


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

DIROGOL ADIK KANDUNG SEHINGGA MENGANDUNG

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar adik setan kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung benih adiknya.

Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak. Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika. Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui, kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.
Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.
Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.
Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol, katanya.
Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.
Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.
Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya, katanya.
Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.
Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.
Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku, katanya.
Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.
Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.
Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah, katanya.
Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.
Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.
Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi lebih tahu mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya, katanya.
Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa menyembunyikannya di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.
Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.
Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain, katanya.
Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain… dia adik saya.
Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh, katanya - warta365



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NAZRI: KITA KENA JAGA HAK VINSETAN

بسم الله الرحمن الرحيم



Langkah pentadbiran Najib baru-baru ini untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan bertujuan "menghormati" hak-hak kaum bukan Islam negara ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu mengambil kira hak warganegara lain, bukan hanya golongan Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini. - eBel News

Dari apa yang Nazri Aziz ni ulas dia nak suruh kita tengok isu ni dari sudut warganegara Malaysia yang beragama lain dari Islam. Dengan kata lain dia macam nak bagitau kat kita yang agama lain selain Islam membenarkan judi.

Aku tak tau berkenaan hukum berjudi ni dalam agama lain, tapinya aku yakin semua orang sedar yang judi ni lebih bawa keburukan berbanding kebaikan.

Aku jugak yakin semua agama kat dunia ni takmau penganutnya rosak. Kalau boleh dihimpun semua orang alim agama lain kat Malaysia ni dan kita buat dialog aku yakin paling kurang pun majoriti depa semua akan setuju judi diharamkan kalaupun tak semua.

Kita andaikanlah semua agama kat Malaysia ni tak mengharamkan judi selain Islam dan atas dasar tu untuk hormati hak depa, kerajaan kena bagi lesen judi.


Jadinya, untuk adil dan sama rata, kerajaan kena bagi jugak lesen dadah pasai aku yakin dalam agama lain dadah jugak tak diharamkan sama seperti judi tak diharamkan. Tapi pasai apa kerajaan haramkan dadah tapi nak halalkan pulak judi.

Boleh ka macam tu?

Yang sebenarnya Nazri ni bukan nak "menghormati" hak-hak kaum bukan Islam tapi nak "menghormati" hak-hak Vincent Tan supaya lepas ni Vincent Tan pulak "boleh menghormati" hak-hak Umno BN. - cenangau



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ADA DATUK MENYIMPAN ZAHIDA?

بسم الله الرحمن الرحيم



Saudara Pengarang,
Ramai rakyat Malaysia masih berteka-teki apabila berita Utusan Malaysia yang bertajuk ‘Saya Bukan Perempuan Simpanan’ yang turut disiarkan oleh saba/kini dengan paparan foto yang agak ‘menggatal’ dan bersifat penggoda.

Sebagai seorang wanita berkerjaya, saya amat kesal sekalipun berita yang disiarkan, Zahida menafikan beliau menjadi ‘Perempuan Simpanan’ atau ‘Gundik’ mana-mana VVIP, namun ada keluarga VVIP tersebut mengakui bahawa mereka mengenali Zahida dan pernah mencetuskan kekalutan apabila diserang oleh isteri VVIP berkenaan yang berasal daripada utara tanah air.

Namun, Zahida terus menafikan berita diserang isteri VVIP berkenaan dalam Mingguan Perdana dan menganggap berita tersebut sebagai satu fitnah sahaja

Saya amat kesal kerana pemimpin atau VVIP ini tidak menghormati wanita dan pengecut untuk membuat keputusan sama ada untuk memperisterikan Zahida yang kini sudah kaya raya kerana menjadi proksi VVIP berkenaan atau menceraikan isterinya atau memfailkan program poligami.

Sebelum ini, sudah heboh tentang seorang isteri VVIP menyerang seorang artis wanita kerana mempunyai skandal dengan VVIP berkenaan sehingga menyebabkan artis tersebut bertindak balas dan menggigit pipi isteri VVIP tersebut.

Saya tidak pasti siapa artis tersebut dan siapa VVIP berkenaan, namun dimaklumkan bahawa VVIP tersebut pernah terlanjur dengan seorang gadis sehingga mengandung namun memaksa adiknya menjadi ‘Pak Sanggup’ kerana beliau sudah mempunyai isteri.

Adik VVIP berkenaan juga pernah menjadi Pak Sanggup dengan mengahwini anak seorang kenamaan yang terpaksa menggugurkan kandungan demi untuk menyelamatkan maruah ‘orang kenamaan’ tersebut.

Lebih malang lagi, isteri adik VVIP berkenaan turut memelihara ‘Anak Ikan’ di Jakarta dan Zamboanga atau Manila; sementelahan pula adik VVIP tersebut bacul kerana ‘Kia Boh’ atau takut bini.

Jadi saya minta-minta sangat kepada pemimpin negara agar menyiasat kebenaran dakwaan ini bagi menyelamatkan maruah Negara kerana kebanyakan VVIP yang dipilih menganggotai kerajaan terpalit dengan skandal seks dan moral.

Salam Hormat,

ALESYYA SOLEHAH/s/kini - sumber



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

GUA PUN TAKUT... HEHEHE...

بسم الله الرحمن الرحيم

Gua Banyak Takut Sama Itu Orang....

Ini orang dulu jadi Menteri Pertahanan... dia beli Kapal Selam chokia... billion2 duit RM rakyat hilang rugi... lepas tu satu perempuan sudah meletup hancus berkecai... yang peliknya itu perempuan jalan kaki dari dia punya negeri sampai Puncak Alam.. kasi letup kat situ... itu perempuan PATI kah...??? ha..ha..ha... takda rekod imigresen perjalanan masuk ini negara.. tapi itu perempuan educated maaaa.... bukan macam itu indonesia punya PATI naik tongkang masuk ini negara... pelik bin ajaib kan..????

Lagi aaaa... masa jadi Menteri Pertahanan jugak... itu jet F-51 ada body tapi enjin sudah tak ada..., lepas 2 tahun baru tau itu enjin sudah hilang... kecoh punya kecoh sudah dapat tangkap itu dua ekor kambing hitam, tapi aaa... itu kambing hitam cakap diorang kena pelupuh macam lembu jugak mau kasi mengaku salah cakap diorang ada curi itu enjin..., tapi itu satu malaysia ketawa sama ini lawak bodoh... sebab itu pangkat rendah punya kambing boleh kasi jual juta2 punya barang... dan itu kementerian pertahanan punya secutiry sama bodoh macam lembu jugak..., itu jerung atasan ketawa golek2.... ha..ha..ha...

Masa jadi menteri pertahanan jugak ini negara ada beli berapa puluh jet pejuang.. tapi tersadai di gurun Arizona, Amerika Syarikat... duit billion2 hilang rugi jugak... tapi itu jet semua sudah jadi tukun maaa... apa sudah jadi ni....

Lepas itu aaaa... dia jadi nombor one.., cakap banyak besar... tapi itu Agung jadi nombor berapa...??? Gua pun tak paham la..., yang gua paham dia punya laki cakap dia first lady ini negara... ha..ha..ha... itu karam singh waliaa cakap.. "hidung tak mancung... pipi macam tong drum.. mau cium itu hero hindustan" ha..ha..ha... gua ketawa golek2 dengar itu pepatah melayu felda...

Lagi apa yang gua paham... itu Syarikat Felda punya duit RM4.5 billion sekarang sudah tinggal RM200 juta saja... aiyaaaa... itu Melayu Felda sudah kena kencing maaa... ada orang sudah songlap itu duit... apa bikin aaa... sama itu duit.

Lagi gua ada paham itu orang jugak ada main polis sentri sama itu negara zionis, ada salam2 peluk cium sama itu yahudi laknatullah..., itu kapal dagang zionis boleh berlabuh di pelabuhan klang.... aiyaaa... manyak bahaya oooo... ini orang... tapi dia bikin bodoh saja macam itu lembu jugak...

Fuyooo... banyak lagi itu orang punya hal... lagi gua tak mau sebut itu Judi Halal punya hal... pasal gua punya dakwat laptop sudah mau habis..., jadi lu orang cari sendiri lah... itu orang punya kerja kotor... dia mau selamatkan ini negara atau dia mau jual ini negara... gua tengok pun banyak takut oooo... sama itu orang, silap haribulan dengan gua dengan lu orang semua jadi pelarian... sebab ini negara sudah kena gadai oleh itu orang...

Gua serius... ni... gua banyak takut oooo.... ha..ha..ha.... - ikutsukaakuisa



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ENJIN F-15 HANYA SEBESAR KOTAK MANCIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Cerita Lawak Enjin F-51 sudah bermula



Kalau kita bersembang dengan orang sakit jiwa atau pun orang gila, dan kita ceritakan pada mereka bahawa Enjin Jet F-51 kepunyaan TUDM telah hilang dan yang mencurinya pula adalah pegawai yang berpangkat Sarjan, gua yakin orang gila ni pun akan gelakkan lu orang dan mengatakan apa punya lawak bodoh yang TUDM dan Kementerian Pertahanan cuba mainkan.

Takan lah Enjin Jet Pejuang yang bernilai ratusan atau jutaan Ringgit Malaysia boleh hilang dan orang gila ni akan ketawakan lagi sambil mengatakan... "apa lu ingat enjin tu macam kotak mancis ke... boleh rembat masuk poket dan terlepas dari pemeriksaan... dah tentulah ada orang2 yang berkepentingan yang terlibat sama". jadi untuk melepaskan diri... sumbatkanlah dua ekor kambing hitam... sama macam kes Altantuya."

Sekarang ni, dua ekor kambing hitam tu dah bersuara...tak tahan kena belasah dan beritanya di sini.

Gua lansung tak terkejut dengan permainan kotor orang2 atasan dan keparat korporat yang terlibat, ini semua tak mustahil terjadi dalam pemerintahan serba kotor puak2 umnoapco/bn yahudi laknatullah dan sememangnya ianya di adaptasi dari filem dan cerita Tamil,sebijik sama jalan ceritanya.

Di Malaysia ini, nak cari kambing hitam berlambak. Dari Jabatan Polis hingga ke peringkat Tentera dan Risikan, belasah hingga tiga suku nyawa.

Paksa orang mengaku bersalah, kemudian tutup kes. Bapak-bapak Jerung yang ngap sampai tak bersisa terlepas macam tu saja.

Bagi rakyat yang berakal, yang mengikuti kronologi kehilangan enjin jet pejuang F-51 ini, pasti menggeleng kepala dan ketawa terguling-guling dengan tahap kelakar kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri dan pihak yang bertanggung-jawab.

Semua kenyataan mereka bersifat memperbodohkan RAKYAT dan menutup kecuaian dan kelemahan mereka dalam memikul amanah RAKYAT.

Justeru itu, eloklah pihak peguam kambing hitam tersebut, membongkar semua kebobrokkan semua yang berselindung di sebalik gelaran dan pangkat besar mereka.

Heret mereka ke muka penggadilan, walaupun ianya akan berakhir seperti kisah Altantuya, VK Lingam, PKFZ, AP, Perwaja Steel dan banyak lagi.

Sekurangnya rakyat buka mata dan tahu betapa dashyatnya dan keji sebuah pemerintahan yang berusia 53 tahun dari gerombolan puak umnoapco/bn yahudi laknatullah.

Dan sudah tiba masanya buat RAKYAT menghumbankan Kerajaan yang serba kotor ini dalam PRU-13 nanti, masanya sudah hampir untuk mentalkinkan puak-puak zionis yahudi yang beraja di mata bersultan di hati untuk tembolok dan kroni2 mereka. isa



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KERANA TAKUT PRK: ADJUST JANGAN TAK ADJUST

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR, 18 Jun — Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua dilihat sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya semalam telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000.

Melainkan keputusan semalam diubah oleh Mahkamah Rayuan selepas ini, jika rayuan peringkat kedua dibuat, dan menerima pengampunan diraja, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya kecil.

Seorang bekas pegawai kanan SPR memberitahu The Malaysian Insider, undang-undang sedia ada dengan jelas memperuntukkan bahawa jika dikenakan denda RM2,000 dan ke atas boleh menyebabkan wakil rakyat terbabit hilang kerusi disandangnya.

“Perkara ini dengan jelas dinyatakan dalam Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

“Dalam kes ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman RM2,000, bukannya kurang daripada itu... oleh itu jelas bahawa dalam kes ini, Ahli Parlimen (Batu) sudah hilang kelayakan memegang kerusinya.

“Melainkan Ahli Parlimen berkenaan (Tian Chua) membuat rayuan (di Mahkamah Rayuan) dan jika rayuan ditolak, kemudian memohon pengampunan (jika mahu),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mengenai pandangan hakim bahawa keputusannya akan membolehkan pilihan raya kecil dapat dielakkan dan menjimatkan kos, bekas pegawai SPR itu memberitahu, mahkamah tidak seharusnya menyentuh perkara-perkara di luar perlembagaan.

“Hakim tidak boleh mengetepikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

Dalam buku bertajuk “Penjalanan Pilihan Raya Malaysia”, bekas setiausaha dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, “kehilangan kelayakan di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, jika timbul keraguan perlu diputuskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di bawah Perkara 53(1) Perlembagaan

Persekutuan dan perkara yang sama dalam Perlembagaan Negeri.”

Sebagai contoh katanya, dalam kes Ahli Parlimen DAP kerusi Menglembu Fan Yew Teng mengemukakan kes saman ke atas setiausaha Dewan Rakyat pada 1975.

Pada 13 Jan 1975 Fan telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan di bawah Akta Hasutan dan telah didenda RM2,000 atau enam bulan penjara.

Pada hari yang sama, beliau telah membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun setelah diberitahu oleh Dewan Rakyat bahawa Fan telah hilang kelayakan di bawah Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan dan sesuai dengan Perkara 50(1), kerusinya telah menjadi kosong dan dengan demikian SPR telah mengambil tindakan yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil.

Fan telah membawa kes ini untuk ditentukan oleh mahkamah dan mahkamah mendapati bahawa sungguhpun beliau telah didenda, menyebabkannya hilang kelayakan, tetapi berhak menggunakan hak perundangan sepenuhnya. Hak itu diakui oleh mahkamah dan dengan demikian pendapat mahkamah ialah bahawa pilihan raya kecil itu tidak boleh diadakan sehingga rayuannya selesai dibicarakan.

Dalam kes yang berkaitan juga iaitu Fan melawan kerajaan Malaysia, di mana beliau telah memohon pengisytiharan mahkamah mengenai keahliannya dalam Parlimen yang telah terlucut disebabkan oleh kesalahan tersebut, mahkamah antara lain telah memutuskan bahawa dalam kes yang dirujukkan ini, keputusan yang telah dibuat oleh Dewan Rakyat bahawa ahli berkenaan hilang kelayakannya berasaskan Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan adalah muktamad dan tidak boleh disoal di mahkamah.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dengan menggantikannya kepada hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara kerana mencederakan seorang anggota polis pada 2007.

Bagimanapun Hakim Datuk Ghazali Cha menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Ghazali berkata, penghakiman Majistret pada 22 Oktober lalu yang berdasarkan penemuan fakta adalah betul dan pemakaian undang-undang juga adalah tepat dan tidak perlu lagi diganggu.

Ghazali berkata, soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati.

“Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua, 47, tidak layak menjadi seorang Ahli Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

“Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa.

“Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil.

“Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara,” katanya.

Tian Chua didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata pihak pendakwaan masih belum memutuskan sama ada merayu keputusan itu. [Malaysian Insider]



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NAZRI, RAFIDAH KUTUK DR MAHATHIR

بسم الله الرحمن الرحيم

Nazri: Perkasa, Gertak akan lenyap tanpa Dr M



Datuk Seri Nazri Aziz percaya Perkasa dan Gertak, yang kedua-dua program utama yang berkontroversi dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, akan “lenyap” tanpa sokongan bekas perdana menteri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa membela hak orang-orang Melayu kelihatan menonjol sebab bekas perdana menteri memperakui pendirian mereka menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Pandangan keras ini merupakan yang kedua datang daripada pemimpin Umno dalam tempoh dua minggu ini.

Dua minggu lalu bekas menteri Kabinet dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz juga melahirkan pandangan yang hampir serupa mengecam Perkasa.

Rafidah dan Nazri merupakan ahli Parlimen dari Perak.


“Beliau (Dr Mahathir) adalah ikon mereka. Kumpulan macam Perkasa, Gertak akan mati tanpa kehadiran Dr Mahathir,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual khas minggu ini.

Nazri menekankan, sebahagian kecil pengikut kedua-dua kumpulan ini mendakwa Dr Mahathir mempunyai sokongan kumpulan minoriti orang Melayu.

“(Tetapi) masih ada ramai orang Melayu yang percaya dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak (selaku perdana menteri dan presiden Umno). Kumpulan-kumpulan macam ini hanya elemen pinggiran (dalam politik negara),” kata Nazri yang ditanya mengenai respons kepada program Gertak di Kuala Terengganu Isnin lalu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Bagaimanapun Nazri mempertahankan kehadiran Ahmad atas alasan ia bertujuan menghormati Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun.

“Orang Melayu lazimnya akan menghormati pemimpin-pemimpin lama mereka... satu-satunya yang tidak pergi ialah saya,” kata Nazri dengan berseloroh.

Nazri dilihat sebagai antara pemimpin Umno yang ‘bertegang leher’ dengan Dr Mahathir dalam banyak isu termasuk ketika beliau mengecam kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir merasmikan perhimpunan tahunan pertama Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar di negara ini, Mac lalu.

Awal minggu ini, beliau berucap pada program kontroversi “Bangkit Melayu”, yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu bagi mengembalikan semangat orang Melayu dengan mempelajari peristiwa 13 Mei 1969.

Pada majlis itu beliau memuji kerajaan pusat telah membetulkan kesilapan dalam Model Baru Ekonomi menerusi Rancangan Malaysia Ke-10.

Dr Mahathir berkata, RMK-10 mengenal pasti masalah-masalah menyentuh kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, yang telah diketepikan dalam syor MBE.

“Beliau adalah perdana menteri terbaik negara pernah miliki. Isu saya, selepas beliau berhenti jadi perdana menteri, beliau menyusahkan kita.

“Dr Mahathir perlu ingat bahawa perdana menteri sekarang ialah Najib. Beliau harus membantu kami, tetapi apa yang beliau lakukan sekarang ialah membantu pembangkang,” kata Nazri.

Menteri undang-undang dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen ini memberikan contoh bagaimana pada awal 1990-an Dr Mahathir ketika menjadi presiden Umno ketika itu telah menasihatkannya supaya tidak mengecam kepimpinan ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Tambi Chik.

Ketika itu Nazri merupakan naib ketua dan kemudian dilantik sebagai pembangku selepas Rahim meletakkan jawatan.

“Sejak itu, Dr Mahathir memberitahu bahawa jika ada apa-apa isu, saya harus menyelesaikan dalam empat dinding ini... beliau memberitahu, saya boleh jumpa dengannya (jika ada bantahan).

“Tetapi kini (saya merasakan) beliau harus menerima nasihat beliau sendiri,” katanya.

Wakil rakyat Padang Rengas ini menambah, Dr Mahathir dengan sendiri “memusnahkan legasinya”, dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional semasa.

“Beliau menghasilkan kami semua... saya adalah hasilan beliau, Najib juga hasilan beliau. Jangan bunuh hasilan anda sendiri,” katanya.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Rafidah menggesa kaum Bumiputera supaya memfokus terhadap aspek pertumbuhan dalam MBE tanpa hanya cuba mengetengahkan agenda peribadi sendiri.

Beliau menyifatkan mereka yang menentang inisiatif MBE sebagai tindakan yang boleh mengakibatkan kesan buruk dan golongan berfikiran sempit.

“Kumpulan-kumpulan seperti Perkasa, mereka hanya melihat MBE menerusi satu perspektif. Mereka menganggap ia sebagai hak mereka untuk meletakkan (pandangan) dua sen (dalamnya) tetapi ini boleh menyebabkan kesan berlawanan,” kata Rafidah.

“Saya juga seorang Bumiputera tetapi yang pertama dan paling penting sekali, saya percaya kita perlu mencapai pertumbuhan terlebih dahulu sebelum kita mengetengahkan agenda Bumiputera,” kata bekas ketua Pergerakan Wanita Umno ini.

Malah menurut Rafidah, tentangan hebat yang datang daripada kumpulan seperti Perkasa tidak menggambarkan pandangan keseluruhan orang Melayu negara ini.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Friday, June 18, 2010

LAMBANG KEMENANGAN ISREAL DI MS OFFICE ANDA

بسم الله الرحمن الرحيم

logo kemenangan zionis dalam ms office di PC anda!



Untuk sahabat yg belum tahu. Ini lah gambar yg dimaksudkan.. logo israel dan 9 lilin tanda keraian kemenangan yg ada di setiap komputer anda.. buang la image ni dari PC kita dengan maksud kita membenci musuh islam dan musuh Allah. Nak suruh pegi berperang mmg xder la kan.. kalau ni pun x sanggup nak buat korang jawab la sendiri kat sana nanti.

Cara nak cari menatang ni...
- C:\ProgramFiles\MicrosoftOffice\MEDIA\CAGCAT10\J0 285926.WMF

Cara nak buang menatang ni...
- Klik kanan pada image tu pastu tekan "delete".



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SELANGOR: PINJAMAN TANPA FAEDAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Selangor tawar pinjaman pendidikan tanpa faedah



SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menawarkan pinjaman pendidikan tanpa faedah kepada pelajar di negeri itu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pinjaman itu diberikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A dan melanjutkan pengajian di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pinjaman maksimum sehingga RM25,000 setiap seorang ditawarkan kepada mereka yang layak bagi kursus pengajian yang terpilih.

“Pinjaman itu akan secara automatik ditukar kepada biasiswa sekiranya pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 ke atas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini
hari ini.

Abdul Khalid berkata maklumat lanjut bagi tawaran itu boleh didapati di laman web kerajaan negeri mulai esok.

“Keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Selangor dan memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya.

Ditanya sama ada tawaran pinjaman itu dibuat bertujuan mengatasi masalah kekurangan bilangan pelajar di UNISEL, beliau berkata ia tiada kena mengena dengan isu itu kerana kerajaan negeri turut menawarkan pengajian di KUIS.

Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri akan mengadakan program Hari Ilmu Selangor pada 26 Jun ini, bermula dengan pelancaran Gerakan Membaca Perdana bertempat di Tasik Shah Alam - BERNAMA



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PEKIDA.... PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR... hahaha

بسم الله الرحمن الرحيم


SUKMA ke-13: Pekida Melaka Mengganas



Hari ini saya dan pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka sempat meninjau dan bertemu dengan beberapa pemilik gerai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap samseng-samseng UMNO yang meminta bayaran tapak sewa dengan kadar harga yang tinggi dan melampau.

Ada dikalangan peniaga wanita disepak terajang dan ditendang seperti aksi bola sepak. Mereka diperas ugut agar tidak melawan sebaliknya patuh dengan arahan yang diberikan oleh pengurusan. Tujuan utama pihak pengurusan berbuat demikian adalah untuk menutup mulut peniaga agar tidak bersuara mengenai kadar sewa tapak Stadium Hang Jebat.

Tapak Stadium Hang Jebat diuruskan oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KL Downtown Night Market Sdn Bhd. Syarikat ini beroperasi di Ulu Klang, Ampang Selangor dan menjadi pengurusan sempena SUKMA ke-13 di Melaka.

Cuba lihat dalam surat yang dikeluarkan oleh syarikat milik KL Downtown ini. Surat tersebut merujuk mengenai tapak sewa di Stadium Hang Jebat dan ada terma-terma yang merujuk ke arah bersifat ugutan. Harga bagi setiap gerai adalah RM1000 hingga RM2800 sedangkan saiz khemah dan tapak adalah sama.



Pengurusan juga mengenakan kadar bayaran sewa harian mengikut kehendak mereka dan sehingga mencecah angka yang tinggi. Mereka mengenakan harga yang sesuka hati. Jika peniaga tidak dapat membayar sewa, mereka menyuruh peniaga meninggalkan tapak tersebut serta merta. Ada juga dikalangan peniaga dihalau dan diugut dengan pisau oleh samseng-samseng ini.



Samseng-samseng ini memperkenalkan diri mereka dari PEKIDA dan mereka akan menikam sesiapa sahaja yang cuba melawan. Pada masa yang sama pihak polis hanya jadi tunggul kayu sambil memerhatikan tindakan samseng ini. Mereka bukan melindungi peniaga sebaliknya melindungi samseng-samseng dan geng-geng PEKIDA.

Dikalangan peniaga ada yang membuat laporan polis tetapi pihak polis mengugut para peniaga agar tidak membuat rusuhan di balai sedangkan tindakan peniaga adalah untuk membuat laporan polis sebaliknya dituduh sebagai mengadakan rusuhan. Aggota polis tersebut menggugut peniaga jika tidak bersurai maka mereka akan memanggil FRU untuk meleraikan peniaga.

Begitu jahil dan kejamnya anggota polis sehinggakan tidak dapat membezakan peniaga dan samseng. Kejadian ini berlaku di sebuah balai polis di sekitar Tangga Batu. Polis bagaikan telah dirasuah oleh samseng kerana tidak bertindak ke atas samseng sebaliknya bertindak ke atas peniaga.

Seorang peniaga dari Utara menceritakan bagaimana dia tidak dapat tidur dengan nyeyak kerana bimbang barangan mereka akan dirosakkan oleh samseng-samseng UMNO dan PEKIDA ini. Pihak polis hanya berdiam seribu bahasa akan tidakan ganas samseng-samseng ini.

Ramai peniaga ditapak rasa tertipu dengan pihak pengurusan sama ada di Staium Hang Jebat dan MITC. Di MITC keadaan tapak peniagaan telah dikosongkan kerana para peniaga bimbang akan tindakan ganas dari samseng akan berulang dan mereka telah beredar pulang ke destinasi masing-masing kecuali di tapak Stadium Hang Jebat masih didiami oleh peniaga.

Rungutan daripada peniaga juga kedengaran ekoran jualan mereka merosot akibat tindakan zalim pihak pengurusan yang mengenakan kadar sewa yang tinggi dan tidak akan memulangkan deposit tapak sewa sekiranya penyewa tidak dapat berniaga sebaliknya memberi ugutan.

Beginikah sikap polis Melaka? Adakah berdiam diri melhat samseng-samseng bermaharajalela. Samseng-samseng ini dikatakan berasal dari Melaka dan Kuala Lumpur. Tujuan samseng ini datang ke Melaka adalah untuk menjadi "Geng Kongsi Gelap".

Ada peniaga dibelasah di dalam pejabat pengurusan sekiranya mereka membantah dengan kadar sewa. Ramai juga yang berdiam diri akan tindakan ganas samseng-samseng ini kerana bmbang akan diapa-apakan dengan senjata oleh samseng.

Pihak berkuasa harus menyiasat kes ini agar pegawai keselamatan lebih telus dalam menangani kes-kes jenayah yang terang-terang berlaku didepan mata mereka. Kalau kes yang mahu berdemonstrasi secara aman, polis bertindak ganas tetapi dengan samseng-samseng ditapak peniagaan macam hilang telur.

Ikuti kisah selanjutnya dalam post yang akan datang beserta dengan audio dari pihak peniaga dan juga surat sewa dari pihak pengurusan. - Suara Melaka



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

TUKIMIN, SI JAWA YANG TAK FAHAM CAKAP MELAYU

بسم الله الرحمن الرحيم

Desak Siasat Pembongkaran Kes, RTM Dicabar Siar Kenyataan Anwar

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak siasatan terhadap kes yang dibongkar Pakatan Rakyat diselesaikan terlebih dulu, sebelum ini mendesak beliau mendedahkan kebenaran Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ditawar RM2 juta untuk melompat parti.

Diasak wartawan radio RTM yang hanya dikenali sebagai Tukimin, Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan.

"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?

"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," tegas Anwar mengenai pendedahan berkaitan sogokan RM 2 juta.

Bagai satu perbahasan di luar dewan, wartawan RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan Anwar.

"You tanya Menteri You, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab, You tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?

Tukimin yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai.

"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya.. ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka... keluarkan PKFZ, apa tindakan? keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya./TVSelangor


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BULAN YANG DITUNGGU-TUNGGU

بسم الله الرحمن الرحيم

sekadar renungan

Bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan yang banyak. Sesungguhnya Allah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambaNya dalam bulan ini. Barangsiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya'aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr. Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini. Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga.

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan beristighfar. Bacalah doa istighfar Rejab yang banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab. Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain. Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang banyak. Dinukilkan bahawa barangsiapa bersedekah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapus 1000 kejahatan.

Sungguh banyak sekali keterangan ulama' mengenai ganjaran dan kebesaran Rejab. Yang lebih penting bukan setakat menghuraikan kelebihan, tetapi sejauh mana kita mengamalkan atau mengambil peluang dari tawaran Allah ini. Kalau Kompleks Membeli-belah mengadakan tawaran istimewa atau jualan murah, kita akan keluar berduyun-duyun seolah-olah berpesta untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan. Tetapi adakah begitu respon kita apabila Allah membuka tawaran yang Maha Hebat ini. Satu tawaran yang tiada tolok bandingannya. Satu tawaran yang kekal abadi. Satu tawaran yang menjamin kebahagiaan di dua alam - dunia dan akhirat.



Realiti yang kita dapat lihat ialah tawaran Allah kurang mendapat tempat di hati kita. Hanya hati yang disinari dengan iman dapat menghargai tawaran Allah yang abadi ini. Manakala hati yang sudah terpaut dengan kebesaran dunia lebih terpikat dengan tawaran murahan yang bersifat sementara dan tidak kekal.

Di sinilah ujian untuk menilai keimanan kita terhadap perkara ghaib. Ganjaran syurga yang ditawarkan adalah perkara ghaib yang kita tidak nampak. Tetapi penuruan harga baju dari RM 90.00 ke RM 50.00 jelas dilihat. Oleh kerana kita lebih mengutamakan perkara yang nampak daripada yang ghaib, maka kita berusaha untuk memilih tawaran dunia. Tawaran Allah menjadi amat kecil sehingga tidak berdaya untuk kita laksanakan.

Jadilah fadhilat atau kelebihan Rejab yang kita baca atau dengar seolah-olah satu dongengan yang tidak bermakna dan tidak sikit pun memberi kesan di hati. Apabila sikap begini terserap di dalam hati, tidaklah mampu untuk merealisasikan sesuatu tindakan. Bahkan di dalam al-Quran, Allah menempelak golongan ini seolah-olah ada mata tetapi tidak dapat melihat, ada telinga tidak dapat mendengar dan ada otak tetapi tidak dapat memikirkan.

Allah Maha Melihat atas apa yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar atas apa yang kita ucapkan. Allah Maha Tahu atas apa yang kita lintaskan di hati. Allah memberi ganjaran atau balasan berdasarkan sejauh mana kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah. Jika kita bersungguh-sungguh beramal mencari keredhaan Allah, Allah akan memberi balasan setimpal dengan usaha yang disumbangkan. Sebaliknya jika di dunia kita tidak begitu ambil pusing akan urusan ibadat, maka sudah tentu Allah tidak akan mempedulikan perihal hidup kita di dunia dan akhirat.



Sebagai tanda Allah mengasihi seseorang, diberikan kesusahan atau bala. Bala adalah ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Sekiranya kita bersabar atas segala kesusahan yang ditimpakan ke atas kita, Allah akan meningkatkan darjat kita. Manusia yang lemah imannya terhadap ujian Allah akan mudah menggelabah dan putus asa. Orang beriman sebenar sama sahaja sama ada diberi nikmat atau tidak. Diberi senang dia bersyukur, ditimpakan susah dia bersabar. Ada wang atau tak ada wang sama saja - kerana kesemuanya berpunca dari Allah.

Dalam konteks kelebihan Rejab ini, puasa adalah satu amalan yang benar-benar menguji kesabaran. Orang berpuasa diuji dengan susah, lapar, dahaga dan letih. Ini merupakan satu bala. Kejayaan mengatasi kesusahan ini demi menyahut seruan Allah merupakan satu peluang yang melayakkan kita menerima ganjaran yang disediakan; bak kata orang tua-tua 'bersusah-susah dulu - bersenang-senang kemudian'. Ini bermakna syarat untuk bersenang-senang di akhirat ialah dengan cara kita menempuh pelbagai kesukaran terlebih dahulu. Syurga adalah satu tempat yang amat istimewa di akhirat yang tidak akan dapat dicapai oleh mereka yang lebih mementingkan kesenangan dan hiburan di dunia ini.


Sebagai penutupnya, kita seharusnya memeriksa diri kita terlebih dahulu, sejauh mana kita memberi respons terhadap tawaran ukhrawiah? dan sejauh mana pula kita memberi respons terhadap tawaran keduniaan? Bandingkan kecenderungan atau kemahuan diri kita apabila berhadapan dengan kedua-dua tawaran ini. Yang mana lebih menggiur atau menyelerakan? Dari sini barulah kita tahu pendirian dan sikap kita. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Hanya diri sendiri yang mengetahui rahsia peribadi. Bertolak dari sini, barulah kita dapat memperbetulkan halatuju yang perlu diambil untuk keselamatan diri kita di dunia dan akhirat.

Harapan kita biarlah kita untung dan bahagia di dunia dan akhirat. Sama-samalah kita berusaha ke arah memperbaiki hidup sepanjang Rejab ini supaya Allah menambahkan ketakwaan dan kekuatan kita untuk melakukan amal iibadat dalam bulan Sya'aban dan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga kita berpeluang berada dalam bulan yang paling mulia - Ramadhan dan akhirnya semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. AMIN!

Subject: from Husnul Hanisah
FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun


Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

Israk dan Mikraj (27 Rejab)

Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

From:
gorgon1383® bunnysutra13@yahoo.com
(fwd msg from hizbut tahrir via FB)



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Thursday, June 17, 2010

PORT MAKSIAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Alor Setar - ‘Port’ maksiat : mana pihak bertanggungjawab nie.. dok saja dalam opis kaa..??



ALOR SETAR- Kawasan pejalan kaki dan rehat di sekitar Persisiran Sungai Raja yang penuh dengan semak samun mampu mengundang berlakunya pelbagai gejala negatif.

Seorang kakitangan awam, Nurliyana Shaari, 30, berkata, kawasan itu terbiar sejak sekian lama sehingga kebanyakan rumput tumbuh panjang sehingga menjadi semak dan tidak sesuai dijadikan kawasan rehat dan rekreasi.

Menurutnya, kawasan itu kini sebaliknya mampu menjadi tarikan untuk dijadikan ‘port’ maksiat.

“Jika siang kawasan ini menjadi tumpuan pejalan kaki terutamanya kakitangan awam yang bekerja di kawasan sekitar untuk ke pusat bandar atau menjamu selera pada waktu tengah hari, namun ia mampu bertukar wajah pada waktu malam jika semak samun dibiarkan begitu.

“Golongan tidak bertanggungjawab boleh menggunakan kesempatan yang ada bagi melancarkan kegiatan tidak bermoral,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi, Norhafiza Ghani, 25, berkata, dia yang sering menggunakan kawasan pejalan kaki di situ kadangkala tidak tahan melihat pelbagai kerenah golongan tidak bertanggungjawab yang mengambil peluang menghabiskan masa di kawasan berkenaan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermoral.

Menurutnya, kebanyakan mereka seolah-olah tidak menghiraukan orang ramai yang lalu lalang dan mereka sedikit pun tidak rasa malu dengan apa yang dilakukan.

“Perkara sumbang itu amat memalukan dan perlu ditangani segera, jika dibiarkan ia mampu meninggalkan imej buruk kepada bandar raya sekali gus negeri ini.

“Saya harap pihak bertanggungjawab dapat menyelenggarakan kawasan ini sebaik mungkin supaya ia tidak boleh dijadikan ‘port’ maksiat, ” katanya.

Kawasan itu seharusnya dipantau oleh pihak bertanggungjawab terutamanya pada waktu malam bagi mengelakkan gejala maksiat terus menular,” katanya. - kedahlanie


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

TAHNIAH KJ

بسم الله الرحمن الرحيم

KHAIRY : UTAMAKAN BIASISWA , SAYA SEDIA SIDANG DI PARLIMEN BOCOR - minsider



Pergerakan Pemuda Umno hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk mengurangkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diberikan kepada pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ijazah di luar negeri.

Justeru, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata selaku anggota Dewan Rakyat beliau sanggup bersidang di bangunan Parlimen sedia ada yang disebut-sebutkan akan dipindahkan ke Putrajaya atas alasan demi keselesaan dan kerana bocor.

“Saya sedia duduk dalam bangunan Parlimen sedia ada jikapun ada kebocoran siling sekali-sekala daripada melihat sejumlah wang besar dibelanjakan untuk keselesaaan Ahli Parlimen sedangkan ia boleh digunakan untuk menjanjikan masa hadapan lebih cerah untuk negara dan anak-anak kita,” katanya.

Kata Khairy, pihaknya menerima hakikat bahawa kos menampung pengajian luar negeri adalah amat tinggi, tetapi berpandangan bahawa ini merupakan pelaburan yang membawa pulangan jauh lebih tinggi kepada negara Malaysia dalam bentuk modal insan yang berkelulusan tinggi.

Note: Khairy kini lebih berani setelah masuk krusus wataniah. Sejak kebelakangan ni khairy sering menghentam kepimpinan najib yang semakin pincang. dTerdahulu beliau telah 'mengesa k'jaan segera beri penjelasan' berkenaan judi. Tahniah KJ.. anda semakin berani.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PENDATANG TAK SOPAN

بسم الله الرحمن الرحيم


WARGA asing membanjiri kawasan pasar malam sekitar Senawang.
Penduduk risau keselamatan, terutama kanak-kanak


Oleh Mohd Amin Jalil


SENAWANG: Kebanjiran warga asing yang mendiami beberapa taman perumahan di sekitar bandar Senawang, mengundang rasa kurang selesa sebahagian besar penduduk di kawasan itu bukan saja dari segi keselamatan, malah dari gelagat mereka yang berpakaian tidak sopan.

Sekurang-kurangnya empat taman perumahan yang dikenal pasti paling ramai didiami warga asing iaitu Taman Desa Melor, Taman Tasik Jaya, Taman Senawang Jaya dan Taman Jasmin. Kebanyakannya dari Vietnam, Bangladesh, Indonesia, Nepal dan Thailand.

Keadaan itu dipercayai berpunca akibat pertambahan pekerja asing di sektor perkilangan di sekitar itu.

Penduduk tambah bimbang apabila kumpulan pekerja asing terbabit keluar secara berkumpulan antara 10 hingga 15 orang pada setiap hujung minggu untuk bersiar-siar di bandar dan pekan Senawang.

Tinjauan Berita Harian di sekitar kawasan perumahan dan pasar malam di Taman Senawang Jaya dan Taman Satria setiap Ahad dan Rabu mendapati ramai warga asing keluar secara berkumpulan untuk bersiar dan membeli barang keperluan.

Penduduk Taman Cempaka Senawang, Che Mahzom Man, 42, berkata dia mendapati bilangan pekerja asing yang mendiami kawasan itu kian bertambah setiap masa dan keadaan itu meresahkan penduduk sekitar.

"Rata-rata penduduk khuatir dengan keselamatan mereka terutama kanak-kanak perempuan berikutan beberapa kejadian tidak bermoral yang sering dikaitkan dengan warga asing.

"Bagaimanapun, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ditempatkan di situ oleh majikan dan sepatutnya diawasi majikan masing-masing,” katanya.

Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharudin, berkata kehadiran ramai warga asing sememangnya merimaskan penduduk.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti tidak sihat sering berlaku yang dikaitkan dengan warga asing sekali gus menjejaskan ketenteraman penduduk.

"Pihak kami ada menerima beberapa laporan mengenai gelagat warga asing yang kurang sopan, termasuk mengganggu isteri atau gadis tempatan di khalayak ramai tanpa menghiraukan sensitiviti orang lain.

"Kadangkala ada warga asing dengan selamba hanya memakai tuala tanpa baju berjalan-jalan di luar rumah hingga menimbulkan rasa kurang senang terutama di kalangan remaja perempuan dan isteri penduduk.

"Kita bukan berniat untuk memandang serong, tetapi kehadiran mereka dan ditambah pula dengan tindakan yang dilakukannya tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk beragama Islam, sememangnya merimaskan," katanya.

Mohd Fadil berkata, sebelum ini ada kejadian pekerja warga asing lelaki dan perempuan berkurung dalam bilik pada malam hari, yang dikesan anggota skim rondaan sukarela (SRS) selain kes mereka mengganggu wanita tempatan yang membeli-belah di pasar raya.

Malah, beliau berkata, ada juga pekerja asing itu yang tidak segan silu berpegang tangan antara lelaki dan perempuan sekali gus menimbulkan kebimbangan kanak-kanak akan terpengaruh melihat aksi memualkan.

"Kita berharap pihak berkuasa dapat memantau masalah warga asing yang kian bertambah demi kepentingan dan keselamatan penduduk tempatan," katanya


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ALLAH MAHA ADIL

بسم الله الرحمن الرحيم

NIAT UNTUK MEMALUKAN, TETAPI DIMALUKAN.....

Posted by faqir putih

Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.

Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.



Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.

Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.

Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.


Tok Pa terpaksa menggunakan Loud Hailer kerana Sound System gagal berfungsi

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.

Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.

Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.

Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.

Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.

Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.

Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.

Sumber: Dari Sungai Derhaka.blogspot



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Wednesday, June 16, 2010

13 CAWANGAN UMNO JELUTONG DIBUBARKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekumpulan pemimpin Umno dari daerah Jelutong begitu marah sekali dengan tindakan setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim lantaran pengumumannya kepada media bahawa sebilangan besar cawangan di negeri berkenaan akan ditutup.

Ketika sidang media lebih dua jam di Hotel Grand Continental, Pulau Pinang, mereka turut mencabar Azhar membuktikan kepada umum bahawa cawangan berkenaan benar-benar tidak aktif dan mendakwa tidak dimaklumkan berhubung pembubaran itu oleh majlis tertinggi parti.

Kumpulan berkenaan berkata urusan membubarkan mana-mana cawangan sepatutnya dibuat oleh pemimpin tertinggi Umno dan bukannya oleh Azhar.

Menurut pemimpin Umno cawangan Persiaran Perak, Idris Osman, Pendaftar Pertubuhan juga tidak memaklumkan berhubung pembubaran cawangan berkenaan.

Katanya, semakan dengan pendaftar dua bulan lalu mendapati cawangan-cawangan berkenaan masih aktif.

"Sepatutnya majlis tertinggi parti yang patut membuat pengumuman itu, bukannya Azhar. Siapa dia untuk berbuat demikian,” katanya dengan nada sinis.

Nada yang sama disuarkan oleh pemimpin cawangan Taman Perak, Mahadzir Mohd Mustaffa yang menuduh Azhar bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menutup cawangan berkenaan demi kepentingan politiknya menjelang pemilihan parti akan datang.

"Azhar mesti melawat cawangan-cawangan berkenaan dan melihat sendiri keadaan yang sebenar. Ini isu yang besar yang bakal menentukan masa depan Umno, bukan sahaja di Jelutong tetapi juga Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, pemimpin cawangan Jalan P Ramlee Syed Feisal Syed Mohd mendakwa 13 cawangan berkenaan ditutup kerana ahlinya didakwa menyokong Pakatan Rakyat.

"Kita tidak sepatutnya bertindak tanpa sebarang bukti. Kecuali mereka didapati berceramah di pentas Pakatan Rakyat, membawa bendera pembangkang ataupun membidas Umno, kita tidak boleh mengandaikan mereka menyokong pembangkang,” katanya.

Semalam, Azhar, yang juga ADUN Penaga (BN) mengesahkan 13 cawangan Umno dibubarkan.

Katanya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Barisan Nasional di Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua ahli daripada cawangan yang dibubarkan itu diserapkan ke 25 cawangan yang lain.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

NASA SAHKAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT

بسم الله الرحمن الرحيم



Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. - Oleh Syed Imran



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ALAA... 5 JUTA.. UMNO BOLEH TOLONG BAYARKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

DAP saman Keshvinder, Hee kerana langgar akujanji

P068-BERUAS KUALA LUMPUR: DAP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wakil rakyatnya yang keluar parti dan melanggar akujanji yang ditandatangani selepas pilihanraya umum 2008.

Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang Datuk Hee Yit Foong dan Kesvinder Singh (ADUN Malim Nawar) bakal dikenakan denda sebanyak RM5 juta dan dan perlu mengosongkan kerusi mereka kerana melanggar perjanjian tersebut.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Khoo Ham berkata, DAP Pusat akan mengambil tindakan saman terhadap kedua-dua ADUN terbabit, seperti yang dipersetujui kepimpinan tertinggi parti itu.

"Saya sudah berbincang dengan beberapa pemimpin kanan termasuk Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) dan Karpal Singh (Pengerusi) dan mereka bersetuju," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - freemalaysiatoday



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PEMUDA BN

بسم الله الرحمن الرحيم




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

TIPU JANGAN TAK TIPU

بسم الله الرحمن الرحيم


NAJIB BERTEGAS TIADA LESEN JUDI KEPADA ASCOT SPORTS - minsider

Najib Razak menegaskan Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports, syarikat Kumpulan Berjaya yang dimiliki j cukong dan kroni yang bernama Vincent Tan.

Sehubungan itu Najib juga menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tambahan berhubung isu judi sukan.

“Saya sudah pun membuat keputusan, tidak ada lagi kenyatan mengenai perkara ini.
“Tidak, lesen bukannya isu (sekarang),” kata beliau kepada wartawan diJabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan di sini.

Menteri Kewangan kelihatan cuba mengelak mengulas isu lesen pertaruhan selepas Kumpulan Berjaya menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia.


KAH KAH KAH woit… ADA JUDI KE TAK ADA JUDI…. kah kah kah..woit… HAJI LEBAI AL-HAFIZI VINSEN TAN KATA DAH DAPAT LESEN… kah kah kah..woit… MAT MONGOL KATA … TAK ADA LESEN… kah kah kah..ANTARA DUA MALAON INI…. SATU MESTI BOHONG…. kah kah kah.. TAK MUNGKIN DUA DUA BETUL…kah kah kah…. APA LAGI MAT MONGOL NAK TIPU DI SINI… kah kah kah..woit… DULU KATA TAK KENAL BUDAK ITAM…. kah kah kah..woit… DULU KATA TAK KENAL SAIFOOOL…. kah ka kah..woit… DULU KATA TAK KENAL ALTANTUYA…. kah kah kah.. SEMUA BELUM KENAL… SEMUA BELUM MUKTAMAD…. kah kah kah..

nota: kalau mat mongol betul haji lebai al-hafizi vinsen wajib di tangkap kerana menipu di bursa saham. kalau haji lebai al-hafizi vinsen betul mat mongol wajib dihukum

hukuman paling berat ialah bermalam dan memelok bik mama kah kah kah... sure toture….lebih seksa dari duduk di guantanamo kah kah kah - TT http://tukartiub.blogspot.com/2010/06/lebih-seksa-dari-di-guantanamo.html



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ALASAN SPR BORANG HABIS ? HAHAHAHA.. LAWAKNYA...

بسم الله الرحمن الرحيم

SPR Selangor Cuba Sekat Pendaftaran Pengundi Baru



KUALA LUMPUR 16 Jun -Suruhanjaya Pilihan Raya cuba hadkan pendaftaran pengundi baru oleh Pakatan Rakyat di Selangor dengan peruntukan hanya 1000 borang pada bulan Jun.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam sidang media di lobi parlimen berkata Penolong Pendaftar DAP cuma dibekalkan dengan 50 borang untuk pendaftaran pengundi barun dengan alasan SPR negeri Selangor kehabisan borang tersebut.

"Ini merupakan satu perkara yang pelik sedangkan SPR negeri-negeri lain tidak mempunyai masalah ini.

"Adakah SPR pusat cuba mengurangkan pendaftaran pemilih baru di negeri Selangor di mana Pakatan Rakyat sedang bergiat cergas mendaftarkan pengundi baru yang belum mendaftar," soal Tony.

Menurut beliau, setakat ini Selangor merupakan negeri yang tertinggi dengan bilangan 787,000 jumlah pengundi yang tidak mendaftar sebagai pengundi.

"Kita rasa apa yang SPR buat sekarang bercanggah dengan tujuan dan matlamat SPR untuk menambah jumlah pengundi.

"Di Selangor, dalam tempoh sebulan, DAP berupaya mendaftar 2000 hingga ke 3000 pegundi baru setiap bulan, begitu juga dengan KEADILAN dan PAS.

"SPR telah berjanji untuk menambah bilangan penolong pendaftar daripada 22 orang kepada 110 orang untuk setiap parti tetapi telah secara tiba-tiba cadangan itu ditangguhkan oleh mereka sehingga hujung tahun ini," ujarnya.

Katanya lagi, SPR juga enggan bekerjasama dengan parti politik untuk menukar penolong pendaftar yang tidak aktif dengan alasan, tidak ada perubahan akan dibuat hingga akhir tahun ini.

Ini menunjukkan SPR dengan polisinya yang terkini mahu menyekat pendaftaran pengundi baru terutamanya di Selangor sedangkan di negeri-negeri lain tidak mempunyai masalah tersebut.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...