Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, May 9, 2009

GUNA YAHOO MESSENGER WALAUPUN DI SEKAT


Yahoo Messenger dan program chatting yang lain pada masa ini sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna internet. Namun, terdapat beberapa masalah menyebabkan sesetengah pejabat / kolej menutup laluan program tersebut supaya tidak dapat digunakan. Ketika pejabat saya melaksanakannya pada satu ketika dulu juga mendapat tentangan hebat dari kakitangan pejabat. Biasalah.. berbagai-bagai alasan disuarakan. Ada yang mengatakan ianya digunakan untuk urusan kerja, ada yang menggunakan hanya untuk release tension bekerja di pejabat, ada yang mahu transfer fail sahaja... hehe

Pada saya, tujuan penggunaanya adalah terpulang pada individu itu sendiri. Namun masalah yang besar di sini bagi rakan yang bekerja di bilik server ialah - Yahoo Messenger menggunakan traffik yang besar, dan traffik itu sentiasa digunakan selagi pengguna tidak tutup program tersebut. Lebih-lebih lagi jika semua kakitangan menggunakan program yahoo messenger. Anda boleh gunakan perisian mrtg jika mahu membuat analisis sendiri.

Oleh itu, bagi memuaskan hati semua pihak, eloklah sekiranya anda tahu bahawa terdapat berbagai website yang menyediakan kaedah alternatif melayari yahoo messenger dan seumpamanya.

Meebo.com adalah salah satu website alternatif bagi anda untuk menggunakan yahoo messenger. Selalunya website ini tidak di block di pejabat / universiti. Traffik bandwidth yang digunakan adalah kurang sedikit.

Tetapi kelemahannya ialah graffiknya tidak 100% sama seperti program asal yahoo messenger.

0 comments: