بسم الله الرحمن الرحيم
Tajuk memang lucah sikit.. lagi katanya Najib dan Taik mahmud memerintah minyak naik harga, barang naik harga tak henti-henti setiap hari.. hidup semakin susah.. dan Taik mahmud cibai!!! Itulah diantara kata-kata seorang rakyat Sarawak yang berketurunan iban dalam video dibawah.. itulah suara rakyat yang hidup dalam tekanan.. Jika iban dalam hutan pun dah merasakan tekanan kenapa kita yang hidup dalam bandar tak bangun melawan? jika iban pun sedar akan buruknya Be End kenapa pencacai2 UMporNO tak faham-faham? selamat menonton..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Saturday, April 16, 2011
TAIK MAHMUD CIBAI!!!!!
PERKASA DAH BACUL?
بسم الله الرحمن الرحيم
Bekas ketua pemuda kecewa Perkasa tak sertai protes Alkitab
Protes anjuran Pembela di pekarangan Masjid Negara hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 15 April — Bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah mempertikaikan tindakan pertubuhan membela hak Melayu itu yang tidak sertai bersama perhimpunan aman membantah kitab Injil versi Bahasa Malaysia di Masjid Negara hari ini.
Menurut Arman Azha, sepatutnya Perkasa menyertai perhimpunan aman anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) membantah keputusan Putrajaya melepaskan 35,100 kitab Injil itu yang menjadi polimek sejak kebelakangan ini.
Beliau yang menyertai perhimpunan aman itu berkata, sepatutnya Perkasa dan umat Islam menentang tindakan kumpulan yang mewakili masyarakat Kristian yang dilihat mencabar kedudukan dan kedaulatan agama Islam.
Tambah Arman Azha lagi, ketua Wira Perkasa yang baru Iwan Fahmi Ideris sepatutnya memainkan peranan untuk menggerakan pertubuhan itu membantah keputusan Putrajaya itu.
Arman Azha Abu Hanifah
“Saya tidak tahu... sepatutnya ia diketuai ketua Wira Perkasa yang baru dan kami menunggu di mana suara ketua Wira Perkasa.
“Mereka (Wira Perkasa) perlu mengetahui isu ini tapi sehingga sekarang masih tiada lagi.
“Tapi sebagai orang Islam, kita semua perlu bertegas dan menentang usaha-usaha yang dilakukan untuk mencabar kedudukan agama kita,” kata kepada The Malaysia Insider selepas perhimpunan aman itu selesai.
Irwan Fahmi dilantik sebagai ketua Wira Perkasa menggantikan Arman Azha yang melepaskan jawatannya minggu lalu.
Jelas Arman Azha, sepatutnya orang bukan Islam termasuk yang beragama Kristian perlu menghormati agama Islam dan jangan melakukan perkara yang boleh mencabar agara rasmi negara itu.
“Sepatutnya mereka menghormati agama Islam, kita mahu mempertahankan kedudukan Islam.
“Isu ini tidak akan wujud jika semua pihak menghormati agama Islam... kerajaan perlu tegas jangan biarkan ia berterusan,” katanya.
Ditanya mengenai kehadirannya dalam perhimpunan itu, Arman Azha berkata beliau menyertainya atas dasar prinsip dan demi kedaulatan agama Islam.
“Saya hadir atas dasar prinsip iaitu untuk mempertahankan Islam, kedudukan orang Melayu dan Bahasa Malaysia.
“Saya datang atas dasar peribadi,” jawabnya ringkas.
Hari ini Pembela mengadakan perhimpunan aman membantah pengedaran kitab Injil di Masjid Negara.
Komen aku, kalau Arman tanya di mana PERKASA, aku nak tanya dimana Pemuda UMNO, dimana JMM, menyorot balik mana hangpa semua...!!!!! - manjongmari
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
DIMANA BN KUAT DISITU RAKYAT MEREMPAT
بسم الله الرحمن الرحيم
PRN Sarawak : Biar Foto Berbicara," Dimana BN Kuat,Disitu Rakyat Merempat "
Foto foto diatas dirakamkan ketika kempen calon Pas di Dun Beting Maro [Facebook Pas Sarawak ].Sedih,sayu pun ada.Bagaimana daifnya kehidupan rakyat hasil dari pemerintahan 50 tahun pemerintahan BN di Sarawak.Sedangkan Taib Mahmud hidup dalam kemewahan yang melimpah ruah.
Apakah tidak ada Program Pembangunan Rakyat Termiskin ( PPRT ) di daerah ini.Dimanakah bantuan jutaan ringgit untuk rakyat termiskin dilimpahkan sehingga nak ganti dinding rumah rakyat pun tak mampu.Berdasarkan poster Najib/BN didinding rumah mereka tentunya penyokong setia BN sejak sekian lama.Kenapa mereka tidak dibantu.Tentunya mereka dibiarkan hidup dalam kemiskinan demi memastikan sokongan mereka pada BN berterusan.
Tujuan gambar diatas dipaparkan bukanlah bertujuan mengaibkan mana mana pihak.Sekadar memaparkan realiti sebenar kehidupan rakyat Sarawak amnya dan Malaysia khasnya di bawah pemerintahan BN.
Slogan " Dimana BN kuat ,disitu rakyat merempat "bukan omong kosong semata mata tapi terbukti kebenarannya.Fikir fikirkanlah.... malaysiaberih
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
SARAWAK BANGKIT...!!!
بسم الله الرحمن الرحيم
Sarawak Bangkit...!!! 20,000 banjiri ceramah kemuncak DAP di Kuching
Keadaan menjadi kelam-kabut di perhimpunan anjuran DAP di Kuching lewat petang tadi apabila apabila polis menyerbu ke atas pentas untuk menghentikan pengasas DAP Sarawak, Chong Siew Chiang daripada berucap.
Para penyokong segera membentuk perisai manusia untuk
menghalang kemaraan anggota polis yang ketuai OCPD Kuching, Mun Kok Keong.
Berlaku tolak menolak antara penyokong DAP dan anggota polis, sehinggalah pihak polis berhenti mengasak.
Pada atu ketika, Mun datang hampir kepada Chong menyebabkan para penyokongnya mara ke hadapan untuk menghalang pegawai polis itu daripada menghampiri pemimpin mereka.
Suasana bergegar dengan laungan "Ubah" dan "DAP" dan keadaan kembali senyap selepas pengerusi majlis meminta mereka supaya bertenang.
Atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, pihak polis beredar dari pentas tersebut, disambut dengan kegembiraan para hadirin yang jumlahnya mencecah 20,000 orang.
Apabila ditanya sama ada mereka membenarkan polis menghentikan majlis tersebut, mereka membalas dengan laungan "Tidak!" - Mkini
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Friday, April 15, 2011
CALON BN SARAWAK TEMBAK SETIAUSAHA SENDIRI
بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR: Calon BN DUN Bukit Begunan, Mong Dagang didakwa melepaskan tembakan senjata api kepada individu yang dipercayai pegawainya sendiri.
Perkara itu disahkan Polis Daerah Sri Aman yang menerima laporan kejadian tersebut, lapor media.
Pihak polis bagaimanapun tidak menjelaskan samada tembakan itu disengajakan atau tidak.
“Kita siasat bawah Akta Senjata Api. Lepas siasat, kita akan serah laporan pada pihak atasan,” kata Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mat Jusoh Muhamad kepada Malaysiakini.
“Jika dibuat secara sengaja, ada unsur jenayahlah. Tetapi perkara ini masih dalam siasatan dan saksi-saksi akan dipanggil (membantu siasatan),” katanya.
Menurut Mat Jusoh, pihaknya menerima aduan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada minggu lalu.
Perkara itu dihebahkan ADUN Jelutong, Jeff Oii melalui laman twitternya pagi ini.
“Dengar-dengar calon BN N26 Bukit Begunan lepaskan tembakan dan cederakan setiausahanya. Boleh sahkan perkara ini? (Ada) risiko dikeluarkan kelayakan (bertanding),” tulisnya.
Adalah mengejutkan kerana pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merahsiakan insiden tersebut yang berlaku pada minggu lalu.
Keadilandaily.com sedang mendapatkan reaksi pimpinan Pakatan Rakyat berhubung kes berkenaan. - Keadilandaily
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
APA KESAN HARGA MINYAK NAIK?
بسم الله الرحمن الرحيم
Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.
Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.
Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.
Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.
1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?
HAMID YEOP:
Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.
Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.
Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).
2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?
HAMID YEOP:
Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.
Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.
3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?
HAMID YEOP:
Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.
Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.
4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?
HAMID YEOP:
Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.
5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?
HAMID YEOP:
Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.
Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.
Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.
Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.
6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?
HAMID YEOP:
Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.
Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.
Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.
Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’
Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.
7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?
HAMID YEOP:
Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.
Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.
Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.
Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).
Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.
8) Benarkah stok minyak kita akan habis?
HAMID YEOP:
Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.
Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.
9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?
HAMID YEOP:
Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.
10) Akhirnya apakah harapan Prof?
HAMID YEOP:
Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’.
Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)
oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
BERIMAN DENGAN VIDEO SEKS, MENOLAK AL-QURAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Penulis itu beriman dengan video seks, menolak Al-Quran?
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Iblis menyesatkan umat manusia melalui pelbagai cara. Sumpah Iblis di hadapan Allah ialah dia mahu menyesatkan manusia hingga hari Qiamat. Iblis tidak hanya bertumpu di premis-premis maksiat untuk menyesatkan manusia. Di tempat manusia beribadat kepada Allah pun banyak Iblis yang mahu menyesatkan manusia. Iblis tidak hanya menggunakan manusia yang zahirnya nampak sesat untuk memesongkan manusia. Dia juga boleh memperkudakan golongan manusia yang nampak warak, berkopiah dan berjanggut untuk menyesatkan manusia.
Saya beristighfar panjang selepas membaca sebuah artikel yang ditulis oleh seorang ahli Parlimen perihal musuh ketatnya Anwar Ibrahim. Isunya di sini bukanlah manusia bernama Anwar bin Ibrahim tetapi kebiadapan penulis tersebut mengandaikan sikap Allah terhadap isu liwat dan zina yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.
Kesimpulan yang dibuat oleh penulis tersebut ialah Allah sudah menunjukkan kebenaran dalam isu liwat dan zina dengan mengutuskan beberapa petunjuk. Tiada satu pun dari petunjuk itu berdasarkan apa yang terkandung dalam syariat atau hukum hakam yang Allah tentukan.
Berikut adalah petikan dari tulisan yang menyesatkan itu:
"Nanti bila sampai depan Allah, kelak kita ditanya mengapa kita tidak mahu berfikir dan menggunakan aqal; jangan kita jawab "Teman udah buat solat hajat berkajang-kajang nunggu kebenaran, tetapi mike tak hantar-hantar wahai Allah.” Tak pasal-pasal Allah akan tempelak kita dengan berfirman: "Aku dah hantar 16 September, Aku dah hantar Saiful, Aku dah hantar DNA, Aku dah hantar video klip, Aku dah hantar rekod twitter, Aku dah hantar jam Omega, Aku dah hantar Eskay, Aku dah hantar Karpal Singh dan macam-macam lagi petanda, bukti dan isyarat telah Aku hantar! Ate, ngape mike tak nampak kebenaran tu lagi ke yop? Apa yang mike nak Allah hantar lagi yop?”
Tidak semua syariat Allah boleh ditentukan oleh akal sebab akal manusia lemah dan terbatas. Allah menentukan bahawa pengesahan seseorang itu berzina hanya boleh ditentukan oleh empat orang saksi yang yang adil yang menyaksikan secara terperinci akan perlakuan zina. Bolehkah ini berlaku kerana jika saksi tidak mencegah maka awal-awal lagi mereka sudah jatuh fasik? Jika ini mustahil berlaku, maka itulah ketentuan Allah yang menyuruh umatnya tidak beriya-iya menuduh seseorang berzina.
Sejak syariat itu mula diperkenalkan di zaman Rasulullah SAW hingga ke hari ini, belum pernah terjadi syarat ‘empat orang saksi yang adil’ itu dipenuhi . Namun siapa di kalangan manusia beriman yang berani menyanggah bahawa syarat yang dibuat oleh Allah SWT itu tidak betul?
Selain dari empat orang saksi yang adil, pembuktian zina hanya berlaku dengan sumpah atau pengakuan yang dibuat oleh pelaku bahawa dia melakukan zina. Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”
Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain [yakni seperti tidak melayannya], lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali.
Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?”
Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?”
Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.”
Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.”
Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”
Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.
Mengapa kelihatan susah sangat Rasulullah SAW hendak menghukum? Sebab mengikut prinsip keadilan Islam, kesilapan seorang hakim membebaskan orang bersalah adalah lebih afdhal dari kesilapan menghukum orang yang tidak bersalah.
Hukum berkaitan dakwaan zina dan menuduh orang berzina tanpa bukti yang syarie (qazaf) amatlah berat. Islam menetapkan selain dari empat saksi yang adil dan pengakuan penzina (yang memenuhi pula syarat-syarat tertentu) maka tiada cara ketiga. DNA, klip video lucah, Twitter, jam Omega , Datuk Eskay langsung tidak boleh dijadikan bahan bukti. Amat jahat lagi sesat untuk menuduh Allah SWT mengutuskan semua itu sebagai dalil kononnya untuk mengajak manusia berfikir.
Islam adalah agama yang menjaga maruah, terutama isu yang melibatkan zina. Tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh zina seseorang berzina melalui media-media picisan walau dengan dalil yang banyak sekalipun. Kebencian terhadap seseorang bukan alasan untuk membuat tuduhan palsu ‘memburukkan’ Allah seolah-olah Allah sudah berpihak kepada mereka, walhal merekalah pihak yang memijak syariat Allah.
Tulisan Ahli Parlimen itu tidak boleh dipandang dari aspek politik. Tidak terpisah politik dan hukum. Ulamak kena perhatikan sama politikus seorang ini yang melampau sangat tulisannya; menilai dan menggambarkan Allah Yang Maha Suci mengikut perspektif nafsu serakahnya.
Islam tidak pernah menjadi sumpah mengaibkan diri sendiri dan mengaibkan orang lain (seperti yang dilakukan oleh Saiful Bukhari) kononnya telah menepati syariat. Islam tidak pernah membenarkan penayangan video lucah kepada umum walau atas apa alasan sekalipun. Islam tidak pernah memperakui orang fasik dan video lucah sebagai saksi mencari kebenaran.
Kebenaran terkandung dalam Al-Quran yang menetapkan hukum berhubung zina dan qazaf. Jika seseorang ‘beriman’ kepada video seks untuk menentukan kebenaran, maka bererti dia menolak Al-Quran.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
BUAT SAHABAT YANG SERING TERLUPA
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum sabahat penyokong umno.. harapan aku agar korang sihat belaka. Aku buat artikal ini kerana aku rasa terpanggil akan apa yang sedang kita hadapi dewasa ini. Puas rasanya aku merayau dari Blog ke Website dari Facebbok ke Tweeter. Rata-rata puak2 korang terlalu asyik bercerita soal video, jam omega, zina, raja petra dan semua yang berkaitan dengan mengutuk, mencaci, menghina dan memaki Anwar Ibrahim.
Soalan yang pertama aku nak tanya.. korang hidup untuk apa sebenarnya? xkan tiap-tiap hari kita nak cerita pasal video.. tiap-tiap hari cerita pasal jam.. dalam waktu yg sama minyak naik harga lagi.. dalam waktu yg sama takrif air dan elektrik naik harga.. dalam waktu yg sama barang-barang... semua naik harga.. tapi kenapa kita masih duduk kat sini cerita pasal jam..?
mcm ni jer la.. xper la agar korang semua berasa gembira aku andaikanlah anwarlah orangnya yang main cina dalam video yang ada tulisan siam tu.. kononnya anwarlah orgnya.. yang aku nak tanya.. kalau betul anwar apa yang aku dan korang akan dapat? minyak jadi turun harga ke? barang2 semua turun harga ke? takrif air dan elektrik jadi murah ke? saman ekor akan dihapuskan ke? gaji kita semua akan naik ke?
berkali-kali aku ingatkan pada korang... kenapa dengan anwar? apa kena mengena anwar dgn keluarga korang semua? anwar pinjam duit korang x bayar sampai sekarang ke? ada ke belakang keluarga korang yg dicucuk oleh anwar? kalau tidak kenapa mesti korang marah, kutuk dan hina dia? Apa untungnya pada korang klau anwar bebas atau ditangkap ataupun mati? Anwar perdana menteri ke? Anwar boleh turunkan harga minyak ke? Kenapa korang xnak kecam najib yang menjadi perdana menteri yang x habis2 naikkan harga minyak?
Korang selalu tak perasan bila pemimpin korang menipu.. setiap kali harga minyak naik pemimpin korang bandingkan dgn harga minyak Singapura dan Thailand yang bukan negara pengeluar minyak tu.. korang x rasa tertipu ke? Bila minyak naik, menteri korang kata sebab harga minyak dunia mahal..Secara logiknya bila minyak naik harga, kenapa rakyat yg kena tanggung sedangkan Malaysia adalah pengeluar minyak terbaik dunia? Harga minyak dunia naik kita lagi la untung berlipat kali ganda banyaknya.. Skrg ni minyak dunia turun harga kenapa harga minyak malaysia tak turun pula? Masalahnya bukan 5 sen atau 20 sen.. masalahnya apabila ada kenaikkan harga minyak semua barang2 keperluan turut berlumba2 naik harga.. tu hari takrif elektrik dah naik.. ni baru semalan takrif air (melaka) pulak naik.. korang semua x nampak ke? korang semua x habis2 cerita pasal anwar kenapa? anwar naikkan harga minyak ke?
Korang jangan ingat aku bela anwar.. aku hanya setuju dangan cadangan dan perancangan dia untuk membela rakyat tu saja. Kalau najib buat seperti yang anwar buat pun aku akan sokong najib. Tapi korang tiap2 hari kutuk anwar.. klau anwar mati korang nak kutuk siapa pula? selepas itu apa pula perjuangan korang? Minyak, api, air dan segala macam benda yg naik harga ni siapa yang nak perjuangkan? Aku marah pada najib kerana dia perdana menteri. Kerana dia yg boleh mengawal kenaikkan harga minyak.. kerana dia digaji oleh rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat.. bukan untuk menggondol semua tanah, harta dan kekayaan milik rakyat. kerana dia laki bini dan semua menteri2nya berbelanja dgn mewahnya mengunakan duit rakyat sedangkan rakyat hidup tertekan.
Tak kira siapa, jika anwar sekalipun yang jadi perdana menteri buat mcm ni tetap jugak aku lawan dan aku akan kata sama macam ni jugak. Tapi korang semua.. apa yang korang buat? Apa yang korang dah buat untuk kebaikkan kita rakyat semua x kira agama, bangsa dan pegangan? Apa yang korang perjuangkan sebenarnya? mana perjuangan korang untuk kebaikkan kita bersama?
Aku berjuang ni untuk kita.. untuk keluarga aku.. untuk korang.. untuk keluarga korang.. untuk kita semua rakyat malaysia agar hidup kita lebih stabil dan tidak terlalu tertekan.. Aku bukan berjuang untuk anwar.. korang berjuang untuk apa?
Kenapa isu anwar digembar gemburkan oleh media2 pengampu umno?
kenapa minda korang ni terlalu lemah? Berkali2 aku katakan .. anwar ini amat ditakuti oleh pemimpin2 umno yang terlalu banyak tipu hak rakyat.. yang terlalu banyak berbohong pada rakyat. yang terlalu banyak kes akan terbongkar jika PR memegang tampuk pemerintahan.. Pendek cerita kalau UMNO Be End jatuh pada PRU13 ni, semua menteri2, badak serta pemimpin2 umno ini akan dihadapkan ke mahkamah yang selama ini "digunakan" oleh mereka untuk terhindar dari hukuman. Pemimpin2 ini memang wajib berasa takut kerana mereka mempunyai seribu satu kes yg akan terbongkar jika mereka tiada berkuasa lagi. Yang korang semua ni turut jadi hamba kepada mereka ni kenapa? Tak terfikirkah korang semua najib dan kebanyakan pemimpin korang tertawa kerana melihat masih ada golongan penyokong yang daya pemikirannya hanya sejengkal cuma?cuba sesekali gunakan otak untuk berfikir jika selama ini lutut yg korang gunakan.
Akhir sekali soalan penutup aku...Pemimpin korang berjuang untuk terus berkuasa agar dapat lari dari dikenakan tindakan dan hukuman dunia.. korang semua berjuang untuk apa? korang renungkanlah.. Wassalam.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Thursday, April 14, 2011
DETEKTIF WANITA PENYIASAT SKANDAL
بسم الله الرحمن الرحيم
AMNUAIPORN MANEEWAN berkongsi hasil pengalaman kerjanya sejak 15 tahun sebagai penyiasat persendirian di Thailand dengan berkata: “Satu-satunya lelaki yang anda boleh percayai ialah yang sudah mati. Jika mereka masih hidup, masih bernafas, maka anda tidak boleh percaya pada mereka,” katanya.
BEBERAPA peralatan penyamaran yang digunakan dalam penyiasatan.
Dengan alat-alat bantuan ala James Bond, termasuk kamera pengintip dan alat pemotong, tugas Amnuaiporn adalah khusus dalam mencari bukti pasangan yang curang untuk satu firma undang-undang di Bangkok. Wanita berusia 42 tahun itu kini seorang pakar dalam mengenal pasti mereka yang curang.
Itu termasuk menangkap mereka dalam situasi mencurigakan menggunakan kamera-kamera kecil dan peralatan rakaman yang disembunyikannya dalam pen, kunci kereta, punat butang serta mesin kira-kira.
Kerjanya telah menjadikan dia seperti seorang selebriti mini di Thailand, sebuah negara yang sesetengah lelakinya menyifatkan bahawa memiliki mia noi atau isteri simpanan adalah suatu hak sah.
Detektif wanita simpanan itu mendedahkan, aktiviti seumpama itu semakin menjadi-jadi di Thailand.
“Jumlah kes bertambah setiap masa dan tidak menyusut langsung. Kini, mereka bukan hanya mempunyai seorang perempuan simpanan, tetapi dua atau tiga perempuan simpanan.
“Ia seperti satu trend. Sudah menjadi kebiasaan. Tiada manusia yang meninggalkan rumah tanpa seorang perempuan simpanan,” kata Amnuaiporn.
Begitupun, situasi kerjanya tidak pernah lebih baik.
Tiga atau empat pelanggan baru, kebanyakan wanita berusia di antara usia 20-an hingga 60-an, menghubunginya setiap hari. Pegawai kerajaan nampaknya antara golongan yang paling ketara memiliki perempuan simpanan. Salah satu cara mengeksploitasi wanita menerusi jawatan-jawatan mereka.
“Mereka mempunyai status, kuasa dan wang. Agak mudah bagi mereka ‘membayar’ wanita lain,” kata Ronnachai Kongsakol, seorang profesor psikiatri di Hospital Ramathibodi di Bangkok.
Penyelidikan terhadap subjek hubungan luar nikah oleh pegawai mendapati keadaan itu wujud daripada kemesraan dan unsur simpati yang digunakan sebagai tarikan oleh perempuan simpanan.
Lebih mengejutkan, ia bukan sekadar melibatkan lelaki Thai dalam jaringan itu. Amnuaiporn menganggarkan bahawa tiga daripada 10 panggilan yang diterima akhir-akhir ini adalah daripada si suami yang mencurigai isteri mereka.
Kisah-kisah curang semakin banyak berlaku dalam kalangan masyarakat Thailand.
Hubungan sulit
Panaa hidup berpacaran selama tujuh tahun sehingga dia mendapati teman lelakinya itu menjalin hubungan sulit dengan wanita lain. Dia yang berusaha mengesan perempuan itu bagaimanapun terkejut apabila mendapati bahawa wanita yang disangka perempuan simpanan itu sebenarnya isteri teman lelakinya yang sah.
Wanita tersebut mempamerkan sijil perkahwinan yang membuktikan dia berkahwin dengan teman lelaki Panaa, sekali gus menjadikan Panaa berstatus perempuan simpanan.
“Saya terkejut dan saya tidak pernah terfikir akan menjadi perempuan simpanan. Saya buntu fikiran. Saya sangka saya seorang yang sangat bermoral tetapi rupa-rupanya tidak,” kata Panaa, yang merayu agar nama sebenarnya tidak didedahkan.
Sementara Panaa tidak memerlukan khidmat seorang pakar untuk menyingkap skandal yang melibatkan dirinya, ramai pula yang meminta bantuan untuk mencari kebenaran.
“Jika tidak ada orang seperti saya, orang ini akan menderita. Saya dan kerja saya adalah untuk menolong orang buka mata dan melihat kebenaran,” kata Amnuaiporn.
Kerjanya membuatkan dia dikenali di Thailand. Perwatakan, tingkah laku ramah dan kisah-kisah curang yang dikongsi telah mengambil slot di kebanyakan saluran televisyen dan media cetak.
Bukan itu sahaja, Amniuaiporn juga menghasilkan bukunya sendiri iaitu The Private Eye: They Ask Me To Investigate Adultery, sebuah karya yang mendedahkan kisah benar menjejaki kecurangan sejak dia memulakan kerjanya itu. Buku tersebut menggambarkan imej-imejnya dalam pelbagai penyamaran, termasuk salah satunya Amnuaiporn berpakaian seperti penduduk Asli Amerika yang lengkap dengan hiasan kepala berbulu.
Serbuan
Amnuaiporn pernah diupah oleh seorang lelaki kaya yang mencurigai gerak-geri isterinya. Bila lelaki itu berpura-pura ke lawatan luar negara atas urusan kerja, isterinya menggunakan waktu itu untuk bersama seorang lelaki, malah turut dikesan menghabiskan masa dengan seorang lelaki lain di sebuah hotel.
Pada masa itu, Amnuaiporn dan lelaki kaya itu berjaya mengesan pergerakan wanita tersebut. Apabila tiba di hotel berkenaan, suami wanita itu menghentam pintu bilik yang disyaki sedang disewa oleh isteri dan kekasihnya. Namun, lelaki itu mendakwa dirinya bersendirian.
Selepas mencari isterinya di beberapa unit bilik berdekatan, Amnuaiporn dan lelaki kaya itu mendapati wanita tersebut bersembunyi dengan menekap dirinya di dinding balkoni seperti seekor cicak.
Buku Amnuaiporn itu turut mendedahkan tip asas untuk menilai jika pasangan anda sedang curang atau tidak. Misalnya, mengubah personaliti diri secara tiba-tiba atau selalu sibuk dengan lawatan perniagaan ke luar negara yang tidak diduga.
Di samping kerjaya Amnuaiporn yang membawa dirinya ke puncak kemasyhuran dan keghairahan, pendedahan tentang kecurangan yang berlaku secara bebas sedikit sebanyak telah mempengaruhi niatnya untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya khuatir bahawa saya akan menghadapi masalah yang serupa. Saya rasa saya lebih selesa hidup sebagai wanita solo,” katanya. - Kosmo
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
TERKINI.. TAKRIF CAJ AIR MELAKA NAIK LAGI
بسم الله الرحمن الرحيم
Note: Ini berita gembira buat penyokong UMporNO.. Disaat penyokong-penyokong sengal ni bercerita berkenaan jam omega dan filem biru secara senyap-senyap Syarikat Air Melaka telah menaikkan takrif air.. kenaikkan 10sen untuk kegunaan 15 meter padu dan 15 sen untuk pengunaan 25 meter padu ke atas...
Selangor rakyatnya bergembira kerana pengunaan 20 meter padu langsung tidak dikenakan apa-apa caj. Untungnya mereka-mereka yang tinggal di negeri yang diperintah oleh kerajaan BN. Dapatlah mereka-mereka membantu Ketua Menteri mereka yang hidup susah itu.. HIDUP UMporNO Be End..!!! kah kah kah kah... sengal...!!!
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
ATAS PERMINTAAN RAMAI KAMI DEDAHKAN DOKUMEN INI...
بسم الله الرحمن الرحيم
Ekoran pendedahan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah dalam Sidang DUN baru-baru ini mengenai laporan oleh pihak Audit terhadap Seri Temin Corporation Developement (M) Sdn Bhd (STDC) berhubung perbelanjaan tidak wajar GLC tersebut sehingga tidak mendapat pelepasan cukai dari LHDN, maka kami telah mendapat desakan dari orang ramai supaya dokumen tersebut didedahkan kepada umum.
Menyedari bahawa maklumat tersebut berhak dikongsi oleh orang ramai yang prihatin terhadap pengurusan GLC di bawah Kerajaan Negeri Kedah dahulu dan kini, maka Warta darul Aman bersetuju untuk menyiarkannya. - wartakedah
Note: KLIK PADA IMAGE UNTUK BESARKAN.. tengok jangan tak tengok.. kah kah kah kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Wednesday, April 13, 2011
KERAJAAN KUKU BESI MALAYSIA?
بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR 13 APRIL : BN kini dilihat semakin goyah apabila terus memperkuatkan lagi cengkamannya ke atas media arus perdana, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.
Desas-desus ini dikuatkan lagi apabila beberapa portal berita termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report serta Tv Selangor, yang menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, manakala rangkaian televisyen turut diarahkan untuk tidak menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.
Menurut sumber rapat media kawalan Umno Media Prima, semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan Rakyat yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang, lapor Malaysiakini.
“Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya,” kata sumber dalaman itu.
Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9.
Tambahnya, selain televisyen, akhbar Cina juga turut diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina.
“Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30,” kata seorang editor akhbar harian Cina.
“Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali,” kata seorang pekerja kempen DAP.-/ TVS
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
LAGI PEMIMPIN UMNO DITANGKAP BASAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Panas !! Pemimpin Umno Kelantan Kena Tangkap Basah
Seorang pemimpin Umno Kelantan malam kelmarin ditangkap basah dengan seorang gadis bawah umur ketika para blogger parti isu mengfitnah wakil rakyat PAS ditangkap basah sebelum ini.
Sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) memberitahu, pemimpin Umno Bahagian Tanah Merah yang dalam lingkungan umur 54 tahun ditangkap dengan seorang juvana berumur 16 tahun dalam keadaan berkempan (separuh bogel) yang dipercayai telah disetubuhinya.
Pemimpin Umno terbabit ditangkap oleh sekumpulan anggota Rukun Tetangga (RT) yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail di sebuah hotel bujet di jajahan Tanah Merah.
Seorang anggota pencegah maksiat memberitahu, pasukannya mula mengesyaki pemimpin Umno terbabit apabila pemimpin itu keluar dari kamar yang disewanya ketika operasi dilakukan di kamar-kamar lain.
“Dia (pemimpin Umno) bersama pasangannya itu kemudia dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan,” ujar pegawai terbabit.
Pasangan tidak sah itu kemudiannya diikat jamin dan sedang menunggu tarikh bicara yang dijadualkan pada 18 Mei depan.
Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob mengesahkan mendapat aduan dan laporan mengenai tangkap basah pemimpin Umno terbabit. - bloglistpolitik
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
ISTERI SAYA GEMAR BERPARTI, MINUM ARAK, BERJUDI DAN KAKI CLUBBING
بسم الله الرحمن الرحيم
Lagi kisah rumah tangga artis kita yang berantakan. Jika ditanya saat ini, artis mana yang isu rumah tangganya menjadi perhatian media dan ibarat ‘retak menanti belah’ jawapan yang paling cocok penulis kira ialah Jimmy Shanley Norjahan Salleh, atau Jimmy Shanley.
Sedih, syahdu dan simpati dengan nasib yang menimpa pengacara Trek Selebriti yang comel lagi handsome ini. Kemelut isu rumah tangganya bersama isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, bagaikan tiada penghujung. Terbaru (semalam) dalam rancangan gosip panas artis yang paling popular, Melodi, Jimmy berkesempatan meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai sikap isterinya.
Jimmy yang ditemubual oleh seorang wartawan Melodi ketika hadir di mahkamah bagi menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, menceritakan serba sedikit mengenai sikap sebenar isterinya yang tidak diketahui oleh individu luar. Gemar berparti, minum arak, berjudi dan kaki clubbing serta lebih mementingkan kawan-kawan daripada suami sendiri itulah sebenarnya ‘true color’ isteri beliau yang juga anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya!
Paling mengejutkan apabila Jimmy sendiri menceritakan bahawa Suhaila sanggup meninggalkan malam pertama mereka semata-mata ingin keluar berjumpa teman-teman. Bahkan, status anak yg dikandung oleh isterinya juga tidak diketahui namun sebagai seorang lelaki dan suami yang bertanggungjawab, Jimmy ingin membela bakal anak yg dilahirkan tanpa mengira status sebenarnya.
Mendengarkan luahan hati jejaka yang luhur hatinya ini, pasti ramai di luar sana yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dah berlaku antara Jimmy, isteri dan juga keluarga mertuanya? Adakah sewaktu Jimmy berkahwin dahulu, Jimmy belum ‘cukup’ kenal siapa bakal isterinya? Atau hipotesis lain yang boleh dibuat adakah Jimmy ‘dipaksa’ mengahwini Suhaila?
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Jimmy tabah dan kuat mengharungi dugaan ini. Lagipun, masih ramai gadis yang jauh lebih cantik, baik dan beradab di luar sana yang mahu mendampingi Jimmy!
- kafesantai
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
MENTALITI SEORANG PEGUAM BODOH
بسم الله الرحمن الرحيم
Saya beristighfar panjang selepas membaca tulisan Zulkifli Nordin. Hampir keseluruhan isinya mengandungi andaian terhadap sikap Allah dalam isu Anwar Ibrahim. Hanya satu patah perkataan untuk disimpulkan terhadap ZN iaitu SESAT!
tengok apa katanya:
Sebenarnya yop, banyak lagi isyarat-isyarat dan petanda-petanda yang telah ALLAH hantar. Persoalannya ialah mengapa kita tidak mahu melihat dengan 'ainul-yaqeen-mata keimanan berdasarkan Al Quran & Sunnah. Mengapa kita tidak mahu menggunakan aqal yang ALLAH anugerahkan untuk berfikir. Otak itu ALLAH anugerahkan bukan untuk buat sup yop, tetapi untuk berpikior!!! Maka berfikirlah yop! Nanti bila sampai depan ALLAH, kelak kita ditanya mengapa kita tidak mahu berfikir dan menggunakan aqal; jangan kita jawab "teman udah buat solat hajat berkajang-kajang nunggu kebenaran, tetapi mike tak hantar-hantar wahai ALLAH. Tak pasal-pasal ALLAH akan tempelak kita dengan berfirman:
"Aku dah hantar 16 Sept, Aku dah hantar Saiful, Aku dah hantar DNA, Aku dah hantar videoklip, Aku dah hantar rekod twitter, Aku dah hantar jam Omega, Aku dah hantar Eskay, Aku dah hantar Karpal Singh dan macam-macam lagi petanda, bukti dan isyarat telah Aku hantar! Ate, ngape mike tak nampak kebenaran tu lagi ke yop? Apa yang mike nak ALLAH hantar lagi yop?
Senang-senang beliau membuat kesimpulan bahawa Anwar meliwat dan berzina hanya berdasarkan bukti-bukti yang tiada satu pun berasaskan ketentuan syariat Islam. Mengajak orang ramai berfikir bahawa Allah yang mengutuskan semua ‘bukti-bukti’ itu untuk mensabitkan ‘kedurjanaan’ Anwar. Paling biadap ialah dengan mengandaikan akan firman Allah... (seperti yang ditulisnya). Ulamak-ulamak perlu bangkit untuk menyanggah kesesatan ZN ini.
Jika dahulu beliau mempertahankan bahawa tuduhan zina mesti dibuktikan dengan 4 orang saksi yang adil tetapi selepas beralih kem tuduhan zina hanya boleh disahkan dengan 4 bukti: 1. Datuk SK 2. Video lucah 3.Twitter 4.Jam Omega. Kemudian bermati-matian memberitahu dunia bahawa Anwar memang seorang penzina.
Pada hari pertama isu video lucah itu ditayangkan di TV3... ZN dengan yakin memberitahu seluruh dunia bahawa, memang betul itu Anwar. Hukum apa yang hang pakai untuk mengizinkan melakukan perbuatan Qazaf (menuduh zina) terhadap seorang Muslim?
Padankah dengan sedikit laba dunia, ZN pulun sungguh melakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa Najib, BN dan konconya2 sehingga menyepak ke tepi hukum halal haram; sehingga melupakan akibat besar sedang menunggu di akhirat.
-Kedahlanie
Note: Kah kah kah kah.. Beginikah mentaliti seorang peguam yang warak? Zol.. aku ni bukan pencacai Anwar.. Aku juga bukan seorang yang menyokong pembuat maksiat. Tapi zol agak-agak la kalau nak buat tuduhan pun. Dalam hukum islam tiada 4 saksi pun yang ko hadapkan.. dari sudut undang-undang Anwar sehingga kini pun masih tak ditangkap dan dibicarakan lagi. Polis pun tak berani nak keluarkan tuduhan. Polis pun masih memberikan alasan "masih dalam siasatan" kerana mereka pun tiada apa-apa bukti nak sabitkan Anwar ni. Nampaknya bidang kuasa ko bukan setakat lebih tinggi dari polis dan mahkamah, Tapi lebih tinggi dari Allah. Zol.. Agak-agak la kalaupun PRU dah dekat.. Takut sangat ke najib tak calonkan ko sebagai mana-mana punya MP? atau ko dah terliur sangat nak jadi jadi senator? Zol.. ko tuduh dan fitnah orang ikut sesedap tekak ko je ek? Zol.. ko tak malu ke dengan title peguam tapi begini singkat cara pemikiran ko.. Tengok cara penulisan pada blog ko pun macam budak-budak terencat akal zol. Ko tak rasa segan ke dari sifat luaran yang kononnya warak tapi tanpa rasa bersalah ko burukkan saudara seagama ko sendiri..? Zol aku nasihatkan ko sikit... songkok ko tu go gantikan je dengan taik lembu lagi baik zol..
Note: Tak sangka kat Malaysia macam ni punya bodoh pun boleh jadi peguam.. Kah.. kah..kah..kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
DARI VIDEO KEPADA JAM OMEGA, DATUK T MASIH BEBAS JUGA
بسم الله الرحمن الرحيم
MALAYSIAKINI melaporkan, identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi, kata polis. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.
Biarkan Polis mahu siasat jam itu atau mahu ambil tilam, cadar atau apa jua yang dirasakan perlu untuk siasatan kes video seks tersebut. Apa yang rakyat mahu tahu pada peringkat ini adalah mengapa Rahim Thamby Chik, Eskay dan Shuib (three strooges) tidak ditangkap atas dakwaan memiliki dan menayangkan video lucah di khalayak awam di dalam hotel? Mengapa pihak pengurusan hotel tidak ditangkap atau didakwa kerana bersubahat di dalam penayangan video lucah itu? Mereka sudah mengaku dan saksi pun ramai, tarikh dan tempat kesalahan yang telah mereka lakukan itu telah diketahui, jadi apa masalahnya lagi pada pihak Polis?
Itu perkara pertama yang pihak Polis mesti lakukan kerana ianya tidak memerlukan siasatan atau bukti lagi kerana ketiga-tiga `three strooges' telah mengaku terlibat di dalam menayangkan video lucah berkenaan. Mengapa mereka masih bebas dan tidak didakwa? Jika ini gagal dilakukan, adakah perkara yang lebih rumit lagi iaitu untuk menyiasat siapa pelakun lelaki yang berperut buncit, wanita jalang dan siapa pemilik jam Omega itu dapat disiasat dengan teliti serta telus?
Sekarang kita mahu satu pendirian dari pihak Polis, adakah menjadi satu kesalahan jika kita menayangkan video lucah dan memanggil beberapa orang awam untuk menjadi penonton atas apa jua sebab sekali pun? Di sinilah rakyat akan menilai tahap profesionalisma PDRM di bawah KPN yang baru. Jika ini gagal dilakukan, usahlah merasa kecil hati jika rakyat menganggap PDRM seperti satu komponen parti politik yang suka `berpolitik'. - wfauzdin.blogspot.com
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Tuesday, April 12, 2011
BERKAT MAS KAHWIN MURAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Monday, April 11, 2011
LUDAH DALAM AIR MINUMAN UNTUK TANGKAL PELARIS?
بسم الله الرحمن الرحيم
Note: Video ini membongkar kelakuan seorang peniaga air soya ditepi jalan berdekatan dengan Maybank dan berdepan dengan Shell Bangi. Peniaga ini dilihat seperti meludah kedalam setiap bungkusan plastik yang digunakan sebagai bungkusan air soya yang dijualnya. Tidak tahu akan apa tujuannya.. mungkin ia dijadikan petua tangkal pelaris... wallahualam.
Note: Kata orang jika termakan air liur orang lain, orang yang termakan itu akan menjadi bebal.. mungkin ramai orang UMporNo yang tertelan air liur mamat nih.. kah kah kah kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
TAKBIR ULTRAMAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
GODAAN WANITA DAN CEMBURU
بسم الله الرحمن الرحيم
Imam Muslim dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Al-Zubair , bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya wanita itu , ketika datang dari depan , dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula .
Oleh sebab itu , jika salah seorang dari kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian , maka hendaklah segera mendapatkan isterinya , dengan itu dapat menolak (gejolak nafsu) yang ada di dalamnya .”
Syaitan itu membuat wanita kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya , agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah swt .
Imam Al-Bukhari dan Imam muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Usamah bin Zaid ra bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki sebab kaum wanita .”
Imam Muslim juga meriwayatkan dalam shahihnya ,daripada Abu Said Al-khudri bahawa Rasulullah saw bersabda , maksudnya : “Hendaklah kalian takut terhadap (Godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita .”
Ibnu Abbas mengatakan , “Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir , kecuali gara-gara wanita dan orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita(juga) .”
Said Ibnu Al-Musayyab berkata ,” Setiap kali syaitan berputus asa menganggu seseorang ,maka ia akan melancarkan ganguannya melalui wanita .”
Demikianlah dimana pelaku maksiat semakin terjerumus dalam dosa . Antara syaitan ini ada yang ‘pakar’ membuat indah pada tubuh wanita , sehingga tertarik kepada lelaki melihatnya .
Syaitan melakunya siang dan malam , tanpa putus asa sehinggalah ramai manusia terjerumus kepada dosa dan fitnah wanita ini .
Sesungguhnya Allah membentangkan Tangan Nya pada siang dan malam hari ,bagi menerima taubat para hamba-hamba Nya…persiapkan diri dengan persiapan sebaiknya untuk bertemu Yang Maha Esa..
- al-mujaheed.blogspot
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Sunday, April 10, 2011
SUKA HATI MAK KO JE KATA ORANG BUNUH DIRI
بسم الله الرحمن الرحيم
“Apabila suspek jenayah rasuah sanggup membunuh diri berbanding menghadapi tindakan di mahkamah, ia menunjukkan usaha dan kerja SPRM selama ini sudah mula menunjukkan kesannya. " - Hazwanddin Hamzah ( Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia)
Note: Ikut sedap gusi jer pencacai pengangkat najis ni kata orang bunuh diri. Mana undang-undang yang ko pakai sampai suka hati mak ko jer nak kata orang bunuh diri ni? Ko rasa marah x kalau orang kata mak bapak dan sedara mara ko yang dah mati tu semuanya kerana bunuh diri? Woi mangkuk bunuh diri ni bukan dosa kecil.. jangan suka-suka kata orang macam tu.. Belum ada siasatan terperinci berkenaan kematian Sabrani tapi ko dah pasti yang dia bunuh diri...? Dia salah apa sampai nak bunuh diri? Sabrani bukan tertuduh.. dia datang untuk membantu siasatan.. dia datang SPRM bukan kerana didakwa tapi datang kerana nak serahkan bukti pihak-pihak atasan dalam kastam yang terlibat dengan rasuah. Apa alasannya dia nak bunuh diri? Ko ni memang pancacai pengangkat najis yang bangang..!!!
Note: Sesiapa yang berkenaan tolong buat laporan polis. Ni mangkuk tandas ni punya Facebook KLIK
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
SIAPA PUNYA KERJA YANG PUNGGAH HARTA RAKYAT SARAWAK NI?
بسم الله الرحمن الرحيم
SEMPENA PILIHAN RAYA DI SARAWAK
Berikut ini adalah sebahagian (ulang tulis – sebahagian) daripada tanah negeri Sarawak yang dianugerahkan, diberi, diambil atau diluluskan oleh Taib dan Kerajaan negeri Sarawak kepada dirinya sendiri, ahli keluarganya dan kroninya.
1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
4. 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
5. 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
6. 750 hektar … di Jalan, Miri.
7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
Rumah sederhana taik mahmud di Kanada
8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
9. 5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
10. 1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
11. 10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
13. 4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
14. 4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
15. 5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
18. 2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
19. 10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
23. 10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).
14. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).
15. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
Rumah rakyat Sarawak yang mewah.
16. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
17. 5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
18. 13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
19. 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
20. 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
21. 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
22. 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
23. 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
24. 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
25. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
26. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
27. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
28. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
Kereta kancil taik mahmud
29. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
30. 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
31. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
32. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
33. 15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
34. 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
35. 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
36. 5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).
37. 70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
38. 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
39. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
40. 900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
41. 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
42. 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
43. 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
44. 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
45. 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
46. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
47. 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.
48. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
49. 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
50. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).
51. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
Jumlah keluasan tanah yang dirompak oleh Taib, keluarga dan kroninya berdasarkan senarai di atas ialah 352,563 hektar atau 871,202 ekar. Keluasan ini menyamai lebih daripada 2 kali ganda keluasan negeri Melaka atau lebih daripada 3 kali ganda keluasan negeri Pulau Pinang atau lebih daripada 10 kali ganda keluasan Wilayah Persekutuan
- farizmusa.blogspot
Note: Kah..kah..kah..kah.. patutlah Taik mahmud ni hidup secara sederhana je.. tak mampu nak beli rolls royce. hanya mampu pakai kancil buruk je.. kah kah kah kah.. Patutlah taik mahmud tak mampu beli rumah berharga berjuta-juta ringgit di London.. kah kah kah kah.. Patutlah rakyat Sarawak kaya raya.. kah kah kah kah.. HIDUP BN..!!! kah kah kah kah.. BN = Bangangnya Nauzubillah... kah kah kah kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.