Assalamualaikum..
Aku baru saja terjumpa dgn seorang kawan lama. Dia ni SB (yg pastinya bkn "Sarung Bantal"). Dah lama aku x jumpa dia. So kami pun dok bersembang tentang kisah2 lama. Nak dipendekkan cerita, bila perbualan berkisar mengenai politik semasa. Dia tanya aku satu soalan yg x berapa bijak untuk aku menjawabnya.
Soalannya ialah " adakah azilah dan sirul akan dihukum gantung" ?. So aku kata la aku pun xtau. Aku tanya la dia balik.. kena gantung ke dia org ni? Dia tengok kiri kanan.. rasa nak ketawa pulak aku.. Aku kata kat dia dia takut ke? Dia kata xder la takut cuma ni rahsia sebenarnya. So aku tanya apa yg rahsianya?
Dia teruskan cerita. Dia kata hukuman gantung tu memang akan dijalankan. Untuk mengaburi mata rakyat dan mata Sharibu (bapa altantuya). Hanya cuba membuktikan bahawa malaysia ni menjalankan undang2 yg adil. Cuma sebenarnya yg akan digantung itu bukanlah azilah atau sirul. Yang akan digantung itu sebenarnya ialah BA (Banduan Akhir). Yang memang dan sabit kesalahannya seperti mengedar dadah atau membunuh. Dan mereka berdua ini pula akan dihapuskan identitinya. Kes dah reda nnt dia boleh hidup mcm biasa semula. Dia tanya aku lagi.. Kenapa setiap kali ke mahkamah azilah dan sirul ni kepala mereka ditutup? sebab itu bukan dia sebenarnya. kata dia lagi.
Aku terlopong kemudian mengaru2 kepala yg x gatal. Dia terus bertanya lagi pada aku. Adakah dalam perbicaraan yg kita dengar baik di TV mahupun Surat khabar, si sirul dan azilah ni ada menyatakan ketidak puashatian mereka? Paling best ayat mereka pun "saya dikambinghitamkan" klau tidakpun "saya tidak kenal altantuya". Takkan la org yg nak mati nak diam jer sedangkan apa yg mereka lakukan adalah atas arahan org lain?. Melainkan lah mereka pasti bahawa mereka ini sebenarnya memang tidak akan ke tali gantung... betul tak?
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment