بسم الله الرحمن الرحيم
PKR Sedia Jumpa Zambry Di Mahkamah
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kesahihan laporan akhbar terbitannya, Suara Keadilan yang menyiarkan berita bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) ketika mahu memasuki negara itu baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong berkata, pihaknya sedia berdepan dengan Menteri Besar itu di mahkamah bagi menyelesaikan mengenai perkara tersebut.
"Saya sudah periksa dengan pihak editorial Suara Keadilan, mereka mempertahankan maklumat yang diperoleh daripada sumber berhubung isu berkenaa.Mereka tulis berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sumber yang boleh dipercayai itu dan kalau beliau nak bawa perkara ini ke mahkamah kami tiada masalah," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Jonson berkata demikian sebagai mengulas mengenai penafian Zambry berhubung laporan Suara Keadilan bahawa beliau ditahan pihak berkuasa AS ketika mahu memasuki negara itu untuk menyertai misi pelaburan kerajaan negeri selepas namanya ada dalam senarai pengganas dan kemudian diarah pulang.
Menteri Besar itu berkata laporan bahawa beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco adalah satu pembohongan besar oleh akhbar berkenaan dan tindakan mahkamah akan diambil kerana sudah hilang sabar dengan fitnah yang dilihat menghina serta mahu mencemarkan nama dan karier politiknya.
Mengulas lanjut, Jonson yang bertanggungjawab terhadap akhbar terbabit berkata, Zambry mempunyai hak untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah.
"Kalau beliau nak saman itu haknya, kami sedia menghadapinya di mahkamah nanti.
"Tapi kami harapkan prosedur mahkamah yang betul-betul adil tanpa campur tangan politik," katanya.
Laporan mengenai berita itu disiarkan Suara Keadilan dalam keluaran Bil 213 (29 Disember 2009 - 5 Januari 2010) yang memetik sumber rapat dengan Pejabat Menteri Besar memberitahu bahawa Zambry terbang ke San Francisco pada 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida).
Selain itu ditanya siapakah sumber terdekat yang memberi maklumat berkenaan, Jonson berkata: "Perkara itu saya tak boleh dedahkan lagi pada peringkat ini."- mstar
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Saturday, January 2, 2010
MAMAK ZAMBRY DI HALAU AS KERANA TERSENARAI SEBAGAI PENGGANAS
AYAT SURAH MANA PULA ADA MENGATAKAN AGAMA SELAIN ISLAM TIDAK BOLEH GUNAKAN PERKATAAN ALLAH?
بسم الله الرحمن الرحيم
Gula Naik Harga Media Dikerah Cipta Isu.
Ceritanya kat sini mudah jer.. harga gula naik.. tak nak rakyat bising-bising, media dikerah membesarkan isu bangang.
Masalahnya kat sini.. ayat Al-Quran mana yang ada mengatakan perkataan Allah tu hanya org islam jer yang boleh gunakan? Hadis Rasulullah mana yang berbunyi Allah hanya untuk org islam? Habis tu orang kafir bukan Allah yang menciptakan ke? Orang-orang arab yang bukan beragama islam pun mengunakan perkataan dan menyebut "Allah" jugak. Orang-orang kristian kat indonesia tu sumua sebut Allah jugak. Kistian salah dalam islam kerana mereka mempersekutukan Allah dgn menganggap Nabi Isa itu anak Allah. So apa masalahnya dengan sebutan Allah itu? Ni apa kehal si UMNO bodoh besarkan isu-isu bangang mcm ni? Tu anak-anak muda yang mentedarah arak, hisap dadah, merempit, berpeleseran tanpa menutup aurat, berpegang tangan walaupun dgn bukan muhrim, tak bersolat, berjudi dan yang paling besar murtad, Ada ke media umno ni besarkan? Itu tak mengancam agama ke? Si bodoh pengikut umno ni klau tak belajar agama tu jangan la nak tunjuk pandai. Dok jadi bodoh buat demo dgn songkok tinggi bawak kain rentang "KRISTIAN JANGAN GUNAKAN PERKATAAN ALLAH". Ni apa punya bodoh ni? tak sekolah agama ke?
Percaya atau tidak memang hakikatnya gula dah naik harga lagi. Takut kerajaan barisan nasional dituduh sebagai BN= Barang Naik, so ni la peranan media mengalihkan pandangan rakyat. Wallahualam.
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.
"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.
"Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.
Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.
Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif.
"Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.
Beliau juga tidak membantah sekiranya Kementrian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan membatalkan keputusan itu kerana merupakan hak KDN dan ada kewajarannya untuk menjaga penggunaan kalimah 'Allah' dari di seleweng dan salahguna.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.
Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.
Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.
Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.
KDN bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut. - Harakahdaily
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
BEKAS ISTERI NASH DITANGKAP BASAH ?
بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR: “Saya sudah berkahwin,” kata usahawan produk kecantikan terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya, menyangkal dakwaan dia ditangkap khalwat pada malam tahun baru, kelmarin. Sosilawati berkata, lelaki yang dilaporkan ditangkap berkhalwat bersamanya pada malam itu sebenarnya suaminya dan mereka sudah bernikah di luar negara.
“Kami pasangan suami isteri dan tidak timbul isu ditangkap khalwat. Namun, kami gagal menunjukkan surat nikah menyebabkan kami disyaki berkhalwat,” katanya ketika mengunjungi pejabat Harian Metro di sini, semalam.
Sementara itu, peguamnya, Datuk Zaidi Zain, ketika dihubungi mengesahkan pasangan itu sudah melangsungkan pernikahan bagaimanapun enggan memberikan maklumat terperinci kerana kes berkenaan masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Sosilawati dan pasangannya sudah berkahwin, namun atas sebab tertentu kami tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana kes ini dalam siasatan Jais dan anak guam saya juga masih menjalani satu lagi perbicaraan di mahkamah,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkahwinan Sosilawati dan pasangannya satu hari nanti, namun perlu menunggu sehingga siasatan selesai.
“Kami tidak mahu membuat ulasan lebih panjang kerana ia hanya mengundang lebih banyak spekulasi. Yang penting mereka sudah berkahwin,” katanya.
Semalam, sebuah akhbar dalam talian melaporkan mengenai seorang usahawan produk kecantikan terkemuka dilaporkan ditangkap berkhalwat dengan seorang duda anak tiga berketurunan Indonesia pada malam tahun baru.
Usahawan berkenaan yang masih dalam proses menjalani majlis sulh (perbincangan) kes tuntutan RM1.38 juta ke atas bekas suaminya seorang penyanyi rock popular di Mahkamah Tinggi Syariah, ditangkap berkhalwat selepas mendapat aduan orang awam.
Serbuan itu dilakukan sekumpulan lapan individu dari sebuah institut pengajian tinggi awam yang diketuai seorang ustaz yang mendapat tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Menurut laporan itu, serbuan dilakukan pada jam 12.30 tengah malam di Astana Damansara Kondominium selepas mendapat maklumat daripada penduduk kawasan terbabit.
Hasil serbuan yang dilakukan di unit A2 kondominium berkenaan mendapati pasangan terbabit berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan.
Wanita itu mendakwa dia singgah ke kondo sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam untuk untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang dijangka berlangsung pada minggu depan.
Usahawan kosmetik itu adalah bekas isteri kepada penyanyi kumpulan rock popular tanah air yang kemudian menjadi penyanyi solo. Mereka berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai pada 26 Mei 2009 selepas penyanyi berkenaan tidak lagi duduk sebumbung dengan usahawan kosmetik itu. Kini mereka sedang menjalani majlis sulh (perbincangan) kes tuntutan harta RM1.38 juta oleh usahawan tersebut ke atas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah. - hmetro
Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
ALERT: HOUSE FIRE..!!!
بسم الله الرحمن الرحيم
You will never guess what was plugged in the outlet that started this fire. Read the story and take heed. Just passing on the knowledge.
This photo was taken at the scene of a house fire that occurred over the weekend. I've never heard this info before... House fires--please read!!!!!
Received from a friend who is in the insurance property business. It is well worth reading.
This is one of those e-mails that if you don't send it, rest assured someone on your list will suffer for not reading it. The original message was written by a lady whose brother and wife learned a hard lesson this past week.
Their house burnt down.. nothing left but ashes. They have good insurance so the house will be replaced and most of the contents. That is the good news.
However, they were sick when they found out the cause of the fire. The insurance investigator sifted through the ashes for several hours. He had the cause of the fire traced to the master bathroom. He asked her sister-in-law what she had plugged in the bathroom. She listed the normal things....curling iron, blow dryer.He kept saying to her, 'No, this would be something that would disintegrate at high temperatures'. Then her sister-in-law remembered she had a Glade Plug-In, in the bathroom.
The investigator had one of those 'Aha' moments. He said that was the cause of the fire.. He said he has seen more house fires started with the plug-in type room fresheners than anything else. He said the plastic they are made from is THIN. He also said that in every case there was nothing left to prove that it even existed. When the investigator looked in the wall plug, the two prongs left from the plug-in were still in there.
Her sister-in-law had one of the plug-ins that had a small night light built in it. She said she had noticed that the light would dim and then finally go out. She would walk in to the bathroom a few hours later,and the light would be back on again. The investigator said that the unit was getting too hot, and would dim and go out rather than just blow the light bulb... Once it cooled down it would come back on. That is a warning sign
The investigator said he personally wouldn't have any type of plug in fragrance device anywhere in his house. He has seen too many places that have been burned down due to them.
PLEASE PASS THIS ON TO ALL THE PEOPLE IN YOUR ADDRESS BOOK. NOT ONLY COULD IT SAVE SOMEONE'S HOUSE, BUT IT COULD SAVE SOMEONE'S LIFE
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
WAJIB TOLAK IDEOLOGI SELAIN ISLAM
بسم الله الرحمن الرحيم
Sesungguhnya Allah SWT telah mengeluarkan kita melalui Islam daripada pelbagai kegelapan dan kesesatan menuju cahaya yang terang benderang. Dengan Islam Allah SWT telah menjadikan kita sebagai umat yang mulia dan perkasa, yang disegani serta menjadi rujukan oleh semua umat manusia. Untuk itu, kita mesti berusaha untuk menjadi umat yang seperti itu, dan kekal tetap seperti itu, kita harus beristiqamah dengan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah kepada kita. Allah SWT berfirman:
“Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat-nikmat Allah yang dikurniakan kepadamu ketika kamu dahulu (zaman jahiliyah) saling bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hati kamu lalu menjadilah kamu melalui nikmatNya itu orang-orang yang bersaudara.” (TMQ Ali Imran [3] : 103)
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (TMQ Al-Hujurat [49] : 10)
Rasulullah SAW bersabda:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi antara sesama mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila ada sebahagian daripada anggota tubuhnya yang sakit, maka ia akan dirasai oleh bahagian anggota tubuh yang lain, yang membuatkannya gelisah dan demam.” (HR Imam Muslim dan Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda:
"Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (untuk dizalimi).” (HR. Imam Bukhari)
Umar bin Khattab RA berkata:
“Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Deen Allah, maka Allah akan menghina kita.” (HR At-Thabari dalam tafsirnya 13/478)
Oleh yang demikian, simbol, pemikiran, atau konsep apapun yang diambil selain daripada Islam, maka ia sekali-kali tidak akan mendatangkan manfaat atau kekuatan bagi kaum Muslimin. Sebaliknya hal itu akan membahayakan dan memperlemahkan mereka. Dalam hal ini, dalil-dalil syara’ dan fakta-fakta yang ada telah membuktikan segala-galanya. Oleh kerana itu, kaum Muslimin wajib untuk tidak menerima atau mengambil simbol, pemikiran, dan sistem kehidupan apapun selain Islam, di mana Islam adalah yang pertama dan selama-lamanya.
Kaum Muslimin wajib menolak dan melawan setiap simbol, pemikiran dan sistem kehidupan selain Islam. Kaum Muslimin wajib mengambilalih kekuasaan (untuk menggantikan) para penguasa yang redha dengan simbol-simbol kufur dan pelbagai pemikirannya, serta mereka menerapkan sistem kufur dan undang-undangnya.
Oleh kerana keberadaan para penguasa ini tidak mendatangkan apa-apa selain kekalahan demi kekalahan, bencana demi bencana, kelemahan demi kelemahan, dan kehinaan demi kehinaan, maka kaum Muslimin wajib memuhasabah dan mengubahnya sepertimana yang Allah perintahkan, untuk mengembalikan sistem Islam dalam kehidupan di bawah pemerintahan seorang Khalifah, iaitu Khalifah yang dibaiat oleh kaum Muslimin agar menjalankan roda pemerintahan berdasarkan kepada Kitabullah dan Sunnah RasulNya, dan agar Khalifah itu memimpin kaum Muslimin di medan jihad dalam rangka membebaskan kaum Muslimin dan negeri-negeri mereka daripada kekufuran dan kaum kafir (yang memerangi mereka). Seterusnya menyatukan pula seluruh kaum Muslimin dalam Daulah Khilafah, yang akan membawa bendera risalah Islam kepada seluruh umat manusia, untuk menyelamatkan mereka dari kebusukan dan kezaliman sistem akal buatan manusia menuju cahaya Islam dan keadilannya.
Allah SWT berfirman:
“Barangsiapa mencari selain Islam sebagai Deennya, maka sekali-kali tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi.” (TMQ Ali Imran [3] : 85)
- Amri el Wahab
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
MENGAPA MANUSIA BERANI MENENTANG ALLAH SECARA TERBUKA ?
بسم الله الرحمن الرحيم
Sejak akhir-akhir ini, para ulama' sering menekankan keprihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup masyarakat umat Islam yang semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar.
Ia dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan yang disuburkan oleh pihak tertentu yang bertopengkan Islam, sedangkan realiti hidup mereka (pihak penganjur sesuatu program hiburan atau sukan tertentu) tidak mencerminkan minat mendalam kepada gaya hidup Islam.
Benarlah kenyataan ayat 7-9 daripada surah as-Syams (91), Allah berfirman yang bermaksud : 7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - 9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).
Kecenderungan jiwa atau hati manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah biasa, sebab itu al-Quran mendedahkan bahawa penghuni Neraka lebih ramai daripada penghuni Syurga.
Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan bukan sekadar menolak kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w, menolak al-Quran, terlibat dalam rasuah, judi, meninggalkan solat, tidak berpuasa, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hukum- Nya.
Sebab Penentangan Manusia terhadap Allah
Justeru, mari kita menyingkap pandangan ulama berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah SWT selaku Pencipta mereka.
1- Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.
2- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.
3- Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.
4- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.
5- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.
6- Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayang-Nya).
7- Tidak mempercayai qada dan qadar Allah malah mempertikainya.
8- Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.
9- Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).
10- Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.
11- Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.
12- Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah SWT.
13- Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.
14- Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.
15- Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.
16- Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.
17- Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.
18- Meninggalkan tugas utama Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar.
Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?
Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.
Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :
Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya) .
Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.
Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.
Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.
Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.
Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin
Zainudin Hashim
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Friday, January 1, 2010
AWAS WANITA...!!! PROGESTREX, DATING DAN ROGOL...!!!
بسم الله الرحمن الرحيم
SINGAPURA: Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil 'mencuci' yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian 'mencuci' mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk'mencuci'haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah 'Dating' dan rogol.
Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan 'mencuci' agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah KEKAL terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.
Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SAKITNYA MATI
بسم الله الرحمن الرحيم
Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-
Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih
Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.
Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."
Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SUJUD SAJADAH SUNAT MUAKKAD
بسم الله الرحمن الرحيم
Kemusykilan Agama
SOALAN : Saya mempunyai sedikit kemusykilan mengenai sujud tilawah ataupun dipanggil sujud sajadah. Tolong ustaz terangkan maksudnya.
JAWAPAN : Tilawah ertinya bacaan dan sujud sejadah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Orang yang mendengar juga dituntut sujud apabila mendengar ayat sajadah. Ini bermaksud, orang yang dituntut sujud ialah orang yang membaca ayat sajadah dalam solat, orang yang membacanya di luar solat, orang yang mendengar tidak dalam solat dan tidak membaca. Ketiga-tiga keadaan ini dituntut sujud tilawah.
Jika seseorang itu membaca al-Quran bersendirian dan sampai pada ayat sujud tilawah hendaklah dia sujud. Manakala jika seorang imam membaca ayat sajadah lalu apabila sampai pada ayat sajadah dia pun sujud, maka wajib bagi makmum mengikut imam dalam sujud.
Dalam tertib sujud pula disunatkan bertakbir sebelum sujud dengan tidak mengangkat kedua tangan dan hendaklah memelihara adab ketika sujud seperti mana sujud dalam solat. Bacaan yang disunatkan dalam sujud sejadah ialah Allahumma laka sajdtu wa bika aamantu, wa laka aslamtu, sajada wajhiya lillazi khalaqahu wa sawwarahu, wa syaqqa sam'ahu wa basarahu wa quwwatihi, fa tabarakallahu ahsana al-Khaliqin.
Di sini suka saya jelaskan makna bagi bacaan sujud tilawah. Doa qunut yang bermaksud: Wahai Tuhan, kepada-Mu jualah aku sujud, dengan-Mu jualah aku beriman dan kepada-Mu lah aku berserah, telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendak-Nya dan dengan kekuatan-Nya, Tuhan yang penuh limpah keberkatan-Nya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
Adapun syarat sujud bagi mereka yang di luar solat adalah seperti berikut; pertamanya suci daripada hadas kecil dan hadas besar, keduanya; menutup aurat, ketiganya; berniat untuk sujud tilawah, keempatnya; menghadap kiblat, kelimanya; takbiratulihram dan takbir bagi sujud, keenam; memberi salam.
Sekiranya terdapat halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud, seperti berhadas kecil, dalam kenderaan atau mendengarnya dari corong masjid, maka diharuskan mengucapkan: SubhanAllahi walhamdulillahi, wa laa Ilaha illahi, wallahu akbar.
Bagi yang menjadi makmum pula, hendaklah mengikut imam, sekiranya imam tidak sujud pada ayat sajadah, sama ada sengaja atau pun tidak maka makmum juga tidak boleh sujud bersendirian. Makmum wajib mengikut imam selagi mana imam tidak tertinggal atau meninggalkan rukun dalam solat.
Memandangkan sujud tilawah adalah sunat muakkad, maka makmum tidak boleh melakukan sesuatu perbuatan yang menyanggahi imam.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "kecelakaan ke atas aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Menurut mazhab al-Syafieyyah, hukum sujud sajadah adalah sunat muakkad, atau sunat yang amat digalakkan. Manakala mazhab al-Hanafiyyah mewajibkan sujud sajadah.
Daripada Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah SAW) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat Sajdah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat Sajdah dia berkata: Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barang siapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barang siapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa. (riwayat al-Bukhari dan Muslim, al-Syawkani, Nail al-Awtar, jld:2, hlm:100 )
Ayat-ayat sujud sajadah mengikut al-Syafieyyah ada 14 kesemuanya:
Surah 7 (al-A'Raaf) ayat 206
Surah 13 (ar-Ra'd) ayat 15
Surah 16 (al-Nahl) ayat 50
Surah 17 (al-Isra') ayat 109
Surah 19 (Maryam) ayat 58
Surah 22 (al-Hajj) ayat 18
Surah 22 (al-Hajj) ayat 77
Surah 25 (al-Furqaan) ayat 60
Surah 27 (an Naml) ayat 26
Surah 32 (as-Sajdah) ayat 15
Surah 41 (Fushshilat) ayat 38
Surah 53 (an-Najm) ayat 62
Surah 84 (al-Insyiqaq) ayat 21
Surah 96 (al-'Alaq) ayat 19
Adapun bacaan ayat daripada surah Shaad ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat yang dituntut sujud, tetapi ayat itu adalah ayat yang disunatkan untuk sujud syukur. Hal ini dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Shaad tidak termasuk dalam tuntut sujud (iaitu ayat 24), sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah SAW sujud padanya, lalu baginda bersabda: telah sujud Daud as dalam ayat sebagai taubat kepada Allah swt, manakala kita sujud sebagai tanda syukur kepada Allah. (riwayat al-Bukhari, no:1069, jld:3, hlm:257)
Untuk mengenali ayat-ayat Sajdah itu di dalam al-Quran, pada kebiasaannya pada ayat-ayat itu ada ditandakan dengan garis atau di penghujung ayat itu ditandakan simbol dengan tertulis perkataan sajadah.
Walau bagaimanapun bagi solat yang dibaca dengan suara perlahan, umpamanya solat Zuhur, sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan solat supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum.
Adalah tidak perlu untuk seseorang itu bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) apabila hendak melakukan sujud sajadah di luar solat. Namun begitu, apabila seseorang itu sedang berdiri, maka perlulah dia bertakbiratulihram di kala qiam, lalu sujud, duduk, dan salam.
SOALAN : SAYA tinggal di sebuah kawasan perumahan yang rata-rata penduduknya bekerja makan gaji. Alhamdulillah di surau kami pada setiap Subuh Jumaat, imamnya akan membaca surah Alif Lam Mim Sajdah. Persoalan saya, adakah wajar surah itu dibaca setiap pagi Jumaat walhal ada ketikanya waktu Subuh agak lewat iaitu pukul 6 atau 6.05 pagi menyebabkan makmum tergopoh-gapah selepas selesai salam untuk ke pejabat?
JAWAPAN : SEPOTONG hadis daripada Abu Hurairah r.a. yang telah memberitahu bahawa: Rasulullah SAW akan membaca surah Alif Lam Mim dan surah al-Insan pada solat fajar pada hari Jumaat."(riwayat al-Bukhari, no:891, jld:3, hlm:33 ).
Dalam menjelaskan kandungan ayat hadis ini Ibnu Daqiq al-Aed berpendapat: Hadis ini tidaklah bermaksud mesti membaca kedua-dua surah itu secara berterusan. Seorang ulama yang bernama al-Qarafiy di dalam kitabnya, Fawaid al-Mhazzab menjelaskan bahawa: "Sekiranya waktu tidak mengizinkan untuk membaca surah Sajdah maka hendaklah dibaca beberapa ayat yang ada padanya sajadah."
Setelah meneliti hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama dapatlah disimpulkan bahawa membaca surah Sajdah iaitu Alif Lam Mim dan surah al-Insan adalah sunat muakkad, maksudnya sunat yang dituntut. Maksudnya masih lagi dalam kategori sunat, ini tidaklah bermaksud boleh ditinggalkan begitu sahaja. Dalam hal ini imam surau atau masjid mestilah memahami keadaan makmum. Baginda pernah mengingatkan para imam agar jangan memanjangkan bacaan khuatir ada di kalangan makmum yang mempunyai hajat untuk ditunaikan, mungkin juga ada orang tua yang tidak berdaya, termasuklah warga yang ingin berkejar ke tempat kerja.
Semua ini perlu dipertimbangkan agar solat itu sempurna. Sekiranya subuh lambat, masuk waktu pukul 6.05 minit, azan lima minit, tunggu makmum 10 minit, sudah 15 minit, maksudnya solat Subuh mula 6.20 minit. Tidak setakat lambat dibuatnya imam baca lambat campur sangkut (tak berapa lancar). Pasti akan habis solat jam 6.45 pagi.
Sebenarnya imam perlu cari penyelesaian sekiranya Subuh lambat, bacalah surah Sajdah dengan membahagikan untuk dua rakaat. Rakaat pertama baca ayat 1 dari surah Sajdah sampai ayat 22 dan sambung surah yang sama mula dari ayat 23 hingga habis. Ini harus, dan dapat menjaga fadilat sujud sajadah di pagi Jumaat. Janganlah yang sunat itu diperlihatkan seperti wajib, sehingga menggangap kalau tak baca surah Sajdah, tidak sah solat Subuh pagi Jumaat.
Ini sudah bercanggah dengan syariat Rasulullah SAW, baginda hanya menunjukkan yang terbaik, ini bermaksud siapa yang ada kemampuan dan ada waktu serta kelapangan lebih baik buat yang sempurna, tetapi kalau ada hambatan buatlah yang termampu, asalkan yang wajib tidak ditinggalkan.
Ulasan : Buat para Imam, renungkanlah. Tidak salah anda membaca surah al-Sajadah di pagi Jumaat yang mulia, tetapi perhatikanlah dahulu keadaan makmum yang pelbagai lapisan masyarakat ahlinya. - http://prettyabaya. blogspot. com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PANTUN MARI SEMBAHYANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Pantun Mari Sembahyang yang sungguh manja sekali ……….
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....
Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!
P/s: 4wad laa ape Lagi!!..hehehe. Dah solat ke belum??? Pastu gi lah solat…. Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!... ..
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SIAPA DIA GURU MURSYID
بسم الله الرحمن الرحيم
Mursyid adalah orang yang memberi petunjuk (Irsyad)
Pada akhir zaman ini adalah amat sukar untuk kita mencari atau memilih mursyid yang sebenarnya.Selepas dari zaman Nabi saw, para sahabat, pengikut sahabat (tabi.en) dan pengikut kepada pengikut sahabat (tabi.en wat tabi.en). Tempoh Nabi dengan pengikut kepada pengikut sahabat ialah 300 tahun iaitu mungkin sehingga zaman Imam al-Ghazali. Selepas itu berlaku pencairan (dilution) dari segi kekentalan ilmu yang asal.
Antara sebabnya ialah pengaruh ideologi thagut yang merupakan kejahatan yang telah meleka atau melalaikan kita semua. Namun dalam tradisi tasauf, terdapat etika yang menentukan apakah wajar seseorang itu menjadi mursyid.
Di antara syarat syarat yang perlu ada bagi seseorang itu layak dipanggil mursyid:
1 Menguasai dan melaksanakan ilmu syariah sebagai tiang agama. Peribadinya tertakluk dengan hukum Allah SWT.
2 Hatinya terbuka kepada teguran dan kritikan
3 Ilmunya benar atau sahih (bukan ilmu sihir dsb)
4 Berkemahuan/ hemah tinggi kerana hendak membina prestasi diri dan muridnya
5 Berpandangan jauh (umat Islam memandang jauh kerana adanya akhirat sebagai destinasi kita)
6 Dermawan (tidak sekalipun bakhil) walaupun keperluannya tinggal sehelai sepinggang.
7 Berbudi pekerti luhur
8 Kasih sayang terhadap semua manusia; tanpa rasa perkauman atau memandang bulu/diskriminasi
9 Zuhud (menolak kebendaan) dan hidup dengan amat sederhana
10 Tidak membesarkan diri dengan kehebatannya dan tidak memperlekehkan atau merendahkan ilmu yang ada pada guru,dan ulama lain.
11 Tidak melenting atau mengeluh ketika diuji
12 Amat perahsia (tidak mendedahkan keaiban atau kekurangan orang lain)
13 Hadir hatinya untuk Allah SWT semata
14 Kesan kesalihannya terpapar kepada usahanya (tanpa menunjukkan sesuatu yang luar biasa seperti karamah)
15. Tidak berharap kepada manusia (saperti minta gelaran atau pangkat dan bantuan keewangan)
16.Tidak mengambil peduli perkara remeh
17.Tidak buruk budi pekerti saperti mengumpat dan mengaibkan orang lain.
18 Bertindak berdasarkan ilmu dan tidak ikut perasaan dan hawa nafsu.
Panduan begini penting kerana tasauf merupakan disiplin yang amat tinggi dan banyak dugaannya. Ia memastikan agar kita itu tidak tersesat daripada landasan hingga terkeluar daripada sifat mukmin.
Peringatan ini diberikan oleh Abu Yazid al-Bustami yang maksudnya: ..Andai kau melihat orang yang kononnya diberi karamah itu dapat terbang, janganlah kau ikuti dia sehinggalah dia melaksanakan segala hukum-hukum Allah
SWT.. - Amri el Wahab
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
KERAJAAN SEKULAR TIDAK AKAN BERJAYA MENCEGAH MAKSIAT DENGAN SISTEM IDEOLOGI NYA
بسم الله الرحمن الرحيم
Isu orang Islam meminum arak bukanlah sesuatu yang pelik dan asing dalam sistem sekular, termasuklah di Malaysia. Begitu juga jika didapati orang-orang Islam masuk ke tempat-tempat perjudian seperti TOTO dan Magnum, ia bukanlah perkara luar biasa dalam kamus sistem sekular. Cuma kadang-kadang, media massa memilih berita mengenai isu seperti ini demi populariti.
Sebagai seorang yang beriman, kita janganlah memandang isu orang Islam minum arak, sekadar sesuatu untuk dibaca semata-mata. Namun, ia haruslah dilihat dalam perspektif hukum syariat dalam memandangnya sebagai sebuah permasalahan yang serius.
Hukuman bagi orang yang meminum arak di dalam Islam adalah sebatan sebanyak 40 atau 80 kali, yang dilakukan oleh Khalifah tanpa menambah atau menguranginya. Membincangkan isu sebatan syariah di dalam sistem sekular adalah ibarat menyuruh kambing berkokok. Ini adalah kerana, sistem sekular akan senantiasa membatasi segala perlaksanaan syariah yang bertentangan dengan perlembagaan sekular. Bahkan, sebatan yang dianggap 'syarie' dalam Mahkamah Syariah (sebanyak 6 sebatan) adalah jelas bertentangan dengan syariah Islam itu sendiri.
Ramai yang memandang bahawa meminum arak itu adalah suatu perbuatan yang keji dan menjijikkan. Namun begitu, jarang sekali kita mendengar dari kalangan penguasa dan penguatkuasa undang-undang yang mengeji tempat-tempat maksiat yang dibiarkan terus beroperasi tanpa larangan. Bahkan, tempat-tempat maksiat ini berkembang pesat dengan banyaknya. Kekuasaan berganti tangan, di beberapa buah negeri setelah pilihanraya, namun masih belum kelihatan sebarang perubahan yang benar-benar memanifestasikan kemuliaan di sisi syariat Islam. Lambakan tempat-tempat maksiat dan program-program yang bersifat hedonisme tetap sahaja berterusan.
Hakikatnya, punca sebenar permasalahan ini adalah penerapan sistem thagut (sistem kufur) dalam kehidupan manusia. Segala tempat-tempat maksiat dibiarkan begitu sahaja kerana kewujudannya mendatangkan keuntungan ekonomi yang besar.Cukai terhadap kilang-kilang arak, tempat-tempat perjudian dan tempat-tempat hiburan dianggap perlu bagi 'pembangunan' negara.
Hakikatnya, apa yang berlaku adalah jelas haram di sisi Islam. Tanpa penerapan Islam yang syumul, maksiat ini akan terus berleluasa. - Amri el Wahab
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
RAKYAT MALAYSIA MENGHIANATI ISLAM
بسم الله الرحمن الرحيم
ANGGOTA pasukan keselamatan Hamas mengawal penunjuk perasaan membantah tindakan Mesir membina sekatan keluli bawah tanah yang memisahkan Gaza dengan wilayah Mesir, kelmarin.
Masyarakat antarabangsa gagal desak Israel tamatkan sekatan
BAITULMAQDIS: Sekumpulan 16 pertubuhan hak asasi manusia, termasuk Amnesty International dan Oxfam, semalam berpendapat dunia sebenarnya 'mengkhianati' penduduk Gaza apabila mereka gagal mendesak Israel menamatkan sekatan di kawasan diperintah Hamas itu.
"Masyarakat antarabangsa sebenarnya mengkhianati rakyat Gaza kerana tidak berupaya melaksanakan tindakan berkesan bagi menamatkan sekatan Israel yang menghalang pembinaan semula dan pemulihan di kawasan berkenaan," kata satu laporan.
Setakat ini, Israel dan Mesir hanya membenarkan bantuan kemanusiaan kepada wilayah berkenaan sejak Hamas merampas kuasa pada Jun 2007.
"Bukan Israel saja yang menindas rakyat Gaza melalui sekatan yang menghukum semua orang yang tinggal di sana semata-mata kerana perbuatan segelintir orang.
"Kuasa dunia juga gagal dan malah mengkhianati rakyat biasa Gaza. Mereka pernah menggenggam tangan dan mengeluarkan kenyataan, tetapi tidak mampu mengambil langkah bermakna bagi mengubah dasar yang menghalang pembinaan semula kawasan berkenaan," kata Jeremy Hobbs, Pengarah Eksekutif Oxfam International.
Kumpulan hak asasi manusia itu berkata Israel kini hanya membenarkan 41 muatan penuh lori bagi membawa bahan binaan ke Gaza sejak peperangan yang memusnahkan kawasan berkenaan selama 22 hari yang dilancarkan oleh negara Yahudi itu hampir setahun lalu yang berakhir dengan gencatan senjata yang dipersetujui bersama pada 18 Januari lalu.
"Hanya sedikit daripada pemusnahan besar yang menimpa rumah, infrastruktur dan perkhidmatan awam, ladang serta perniagaan dapat diperbaiki kerana kekurangan bahan," kata laporan berkenaan.
Kira-kira 1,400 rakyat Palestin dan 13 rakyat Israel terbunuh dalam peperangan itu, yang meratakan sebahagian besar bumi Gaza, sebuah wilayah miskin di mana majoriti besar penduduknya bergantung pada bantuan asing.
Israel menguasai semua tempat kecuali kawasan sempadan Gaza, iaitu terminal Rafah dengan Mesir, yang jarang dibuka oleh Kaherah.
"Orang sakit, mereka yang berada dalam keadaan trauma dan penduduk miskin dihukum oleh dasar kejam dan haram oleh pihak berkuasa Israel," kata Pengarah Amnesty International United Kingdom, Kate Allen. AFP
Rakyat Malaysia dan pemerintah negara juga menghkhianati penduduk Palestin kerana berurusan dengan syarikat zionis seperti Mc Donald, Nestle, Danone, Dumex, Starbuck, Tesco, Carefor, Coca Cola, Jonhson n Johnson dan banyak lagi syarikat musuh Islam itu yang menjadi nadi/ penyambung ujudnya negara haram yahudi tersebut..
Adakah anda juga terlibat ?
Tunggulah soalan ini di depan Allah Rabbul Jalil nanti...!!!
Betulkah darurat? Nampak macam enjoy sungguh,...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
TOLONGLAH FIKIRKAN WAHAI IBU BAPA...!!!
بسم الله الرحمن الرحيم
Rumahtangga & Keluarga Islam : Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa
Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.
Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya
"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"
Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata
"kita kena kembali kepada Islam"
Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.
"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.
"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"
Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.
"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"
"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.
Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.
Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.
JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN
Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.
Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah. Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan. Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.
Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.
Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.
"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"
Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.
Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.
WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA
"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.
Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama. Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi. Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.
"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"
Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:
"makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"
Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.
Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh
"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.
Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.
TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :
"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti! , mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.
Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking. Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya. Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja. Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah. Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan..
Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja. Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah. Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.
Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.
KESIMPULAN
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak. Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
Dipetik dari blog Ustaz Zaharuddin Abd Rahman pakar rujuk masyarakat di Malaysia khasnya dalam bidang Ekonomi/Pelaburan Islam.
http://www.zaharudd in.net
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PETUA HILANGKAN BAU BADAN
بسم الله الرحمن الرحيم
1-Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, rebus hingga mendidih, Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah setiap pagi dan petang selam seminggu.
2-Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.
3-Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi. Dibelah 2. Sebelum mandi sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biar 5 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.
4-Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.
5-Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuh hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.
6-Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.
7-Selepas mandi gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.
8-Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.
9-Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
10-Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
11-Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
TIDAK TUTUP AURAT, KOMPAUN RM500.. YESSS...!!!
بسم الله الرحمن الرحيم
Tidak tutup aurat, kompaun RM500
ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.
KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin. Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna. Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002). Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.
Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.
Oleh ZAID MOHD. NOOR
zaid.mohdnoor@kosmo.com.my
--
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
KENAPA UMAT ISLAM MELONTAR BATU DI JAMRATUL ULA, WUSTA DAN AQABAH ?
بسم الله الرحمن الرحيم
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah?
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Obelisk juga dikenali sebagai "cleopatra’s needle". Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutny a)
Jamratul
"The obelisk symbolized the sun god Ra, or Re, and during the brief religious reformation of Akhenaten was said to be a petrified ray of the Aten, the sundisk. It was also thought that the god existed within the structure."
Obelisk diasaskan dari "Sun Pillar" seperti ini:
";Sun Pillar"
Bentuknya boleh digambarkan sebagai satu tiang yang bersegi empat dengan piramid kecil pada puncaknya. Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Egypt (8 buah):
* Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
* Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
* Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
* Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
* Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
* Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
* Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
* Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
France (1 buah):
* Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah):
* Caesarea obelisk
Italy (11 buah, termasuk sebuah yang terdapat di Vatican City):
* 8 di Rome
* Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
* Boboli Gardens (Florence)
* Urbino
Poland (1 buah):
* Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turkey (1 buah):
* Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
United Kingdom (4 buah):
* Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Victoria Embankment, London
* Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
* Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
* Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
United States (1 buah):
* Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York
Ketamadunan yang terlibat dalam penggunaan obelisk ini ialah:
* Egypt
* Assyria
* Axumite/Ethiopian
* Ancient Roman
* Byzantine
* Keralian
* Pre-Columbian
Obelisk aka Cleopatra’s Needle berdiri megah di:
London (kelihatan dua sphinx seolah2 sedang "guard" obelisk tersebut)
Paris, France
Central Park, New York
Alexandria, Egypt (dari zaman Firaun)
Washington Monument (menghadap White House)
Rome, Italy (Penganut Kristian sendiri pun tidak tahu yang agama mereka
telah di manipulasi oleh Iblis)
Istanbul, Turkey (jika tidak silap saya, ianya terletak bersebelahan dengan Hagia Sophia)
Dublin, Ireland
Original obelisk dari zaman Firaun (terletak di Temple of Karnak)
Buenos Aires, Argentina
SEMUA KEPERCAYAAN, GAYA HIDUP, PEMAHAMAN, BAWAAN, DAKWAH, MEDIA HIBURAN DAN SEBAGAINYA DARI BARAT IALAH HASIL DARI "SERAPAN" AGAMA PAGAN (PENYEMBAH BERHALA)
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Thursday, December 31, 2009
JAKIM KATA NAJIB DAYUS ?
بسم الله الرحمن الرحيم
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kata Najib dayus?
Eee.. dak aih.. Jakim kata cam ni. Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya.
Ini selaras dengan maksud hadis Rasulullah SAW. "Orang dayus tidak masuk syurga ". Amal ibadat suami yang dayus terserah kepada Allah SWT. Antara ciri-ciri orang dayus ialah;
i. Redha isteri tidak menutup aurat.
ii. Suami redha isteri tidak mematuhi perintah Allah seperti puasa, solat, zakat dan sebagainya.
Jakim tak kata Najib dayus. Lagipun kita tak boleh kata Najib dayus.
Isteri dia tutup aurat. Kalau tak caya, cuba tengok gambar kat bawah ni:
Gambar dulu-dulu..
Gambar la ni…
Gambar yang ni.. No Komen
Baik. Apa kata Ustaz Zaharuddin tentang isu dayus ini: Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi:
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihatlah betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
"Jika demikian, ramainya lelaki dayus dikelilingku" Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Untuk membaca ulasan panjang tentang dayus, sila klik di sini. - Nur Aflah
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..