Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, February 27, 2010

PERBEZAAN UMUR DALAM PERKAHWINAN MENURUT AGAMA

بسم الله الرحمن الرحيم



Menjawab sebuah persoalan menarik dari beberapa orang penyoal tentang apakah pandangan Islam terhadap seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari dirinya.

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Mereka beralasan bahawa Khadijah ra bernikah dengan rasulullah sewaktu umurnya 40 tahun dan rasulullah pula ketika itu baru berusia 25 tahun. Malangnya riwayat ini dhaif (lemah) dan sanadnya tidak ada bukti jelas dan sebaliknya yang diberitahu kepada kita oleh Imam Baihaqi dari riwayat Hakim bahawa rasulullah sewaktu bernikah dengan Khadijah berumur 25 tahun dan Khadijah pula berumur 35 atau 25 tahun dan umur 25 ini lebih tepat memandangkan umur kematian Khadijah pada riwayat yang paling benar menyebutkan ialah pada usia 50 tahun.

Jadi kematian Khadijah pada tahun 9 atau ke sepuluh kenabian (tahun kesedihan) sebelum Isra Mikraj menandakan umur Nabi salallahualahiwasal am berumur 49- 50 tahun lalu jika wafatnya Khadijah pada usia 50 tahun menurut riwayat yang lebih tepat pada Imam Ibn Katsir maka sudah pasti hampir sama sahaja umurnya dengan rasulullah pada ketika itu. (lihat dalam Kitab Dalail Nubuwah oleh Imam Al-Baihaqi dan juga Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Imam Ibn Katsir).

Kesimpulannya riwayat yang jelas ialah rasulullah bernikah dengan Khadijah pada usia yang hampir sama dengan tidak ada perbezaan umur yang jauh.

Kembali kepada persoalan utama, apakah pandangan agama kepada perkahwinan umur yang jauh berbeza khasnya bagi wanita yang lebih berusia dari pasangan lelaki ?

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).

Persoalan ini sangat menarik dibincangkan memandangkan ramai wanita yang sudah meningkat umur dewasa masih belum berumah tangga dan kebanyakkan lelaki sebaya sudah pun mempunyai keluarga.

Siti Nurhaliza misalnya sudah pun menjangkau usia 27 tahun sekalipun begitu beliau masih kelihatan cantik dan menawan tetapi siapalah ustaz emran yang jauh lebih muda hendak menaruh hati pada Siti yang cantik rupawan dan pastinya Siti Nurhaliza tidak akan terjatuh hati pada ustaz emran yang tidak ada apa-apa gelaran atau kekayaan dan kekacakkan.

Kebanyakkan wanita yang sudah berusia mengalami tekanan apabila mereka sudah kehilangan calon sebaya atau lebih tua memandangkan dalam usia yang meningkat kebanyakkan lelaki sudah pun siap memasang isteri dua dan tiga.

Pilihan mereka hanyalah lelaki yang lebih muda dan itu pun mereka terpaksa bersaing dengan gadis-gadis muda yang jauh lebih menarik dan cantik.

"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat- Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan." (Luqman: 20).

Pandangan Islam terhadap Hal Ini

Islam menetapkan bahawa perkahwinan dan pemilihan calon isteri dan suami itu hendaklah pada agama dan akhlak.

“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu” (An-Nisa : 3).

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasa lam : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Islam tidak menetapkan persoalan umur sebagai ukuran dalam pernikahan dan sepatutnya hal ini jelas bagi lelaki dan perempuan bahawa yang dipentingkan ialah agama.

“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).

Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasa lam : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadith sahih riwayat bukhari dan muslim).

Di dalam hadith riwayat Abu Daud dari hadith Ma’qil ibn Yasar ra mengenai pertanyaan seorang lelaki kepada rasulullah meminta pandangan untuk menikahi seorang perempuan yang cantik, dan berkedudukan tetapi tidak mampu beranak maka dilarang oleh baginda dan disuruh supaya menikahi wanita yang dapat beranak dan melahirkan.

Demikian juga baginda bersabda : “Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah” (hadith sahih, riwayat Muslim no. 3628).

Perempuan yang berusia selama dia masih dara maka dia masih mempunyai kelebihan dan selagi usianya belum sampai waktu putus haid (menopause) dan dapat beranak maka tiada salahnya dalam agama untuk menikahi mereka.

“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).

Sebaliknya banyak kelebihan lelaki muda khasnya yang masih belajar dan belum kukuh kehidupan mereka untuk memilih wanita yang berusia dan sudah matang dan kukuh kedudukan kewangan dan kebendaan kerana dapat membantu mereka dalam kehidupan.

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

Cadangan dan Nasihat

Adalah digalakkan bagi lelaki muda sekiranya mereka bertemu dengan wanita yang berusia tetapi beragama dan berakhlak supaya menikahi wanita tersebut demi menyelamatkan agama dan menunaikan keperluan fitrah manusia di samping mendapat faedah keduniaan.

“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).

Bagi wanita yang sudah berusia dan berumur serta bekerjaya tidak ada masalah dan tidak ada aibnya bagi mereka menikahi lelaki muda khasnya yang masih belajar disamping dapat memenuhi keperluan fitrah masing-masing mereka juga dapat membantu para pemuda yang baru hendak membina kehidupan atau sedang melanjutkan pengajian.

“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).

Pelajar lelaki di universiti, maktab dan sekolah sekalipun sudah sangat ramai dan sudah besar-besar untuk menjadi calon suami. Hari ini kita melihat rata-rata pelajar lelaki di sekolah menengah sudah tahu apa itu seks dan bukan sedikit yang sudah melakukannya dengan rakan pelajar perempuan dan mengandungkan anak luar nikah.

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Mengapa tidak dibiarkan mereka ini berkahwin sahaja ? Apa salahnya seorang muslimah yang berusia dan sudah bekerja berkahwin dengan pelajar lelaki sekolah menengah ? Selain muslimah ini dapat menjadi isteri yang baik bahkan sebaliknya muslimah ini dapat membimbing pelajar lelaki itu menjadi pelajar yang cemerlang, membantu dalam pelajaran baik dari sudut bimbingan akademik, kehidupan dan juga membantu dalam aspek kewangan.

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124) .

Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

Pelajar lelaki yang akan mengambil SPM misalnya jika memiliki isteri yang sudah bekerja sebagai pegawai bank selain isterinya dapat membantu dalam pelajaran, membantu dalam kehidupan, masa pelajar ini juga terselamat dari lepak, dan gejala-gejala negatif.

“Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)” (Surah An-Nisa : 27).

Lebih menarik pada waktu usia remaja ketika kelenjar naluri syahwat sedang memuncak pelajar lelaki ini dapat pula menikmati seks halal dan berkah dan si isteri pun bukankah dapat menikmati pucuk muda ? Kemudian dengan akal yang sihat dan fitrah yang terpenuhi serta memiliki guru dan penasihat peribadi yang juga bergelar isteri bukankah pelajar ini akan lebih mudah mencapai kecemerlangan ?

Bahkan disebut oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya pada persetubuhan kamu dengan isteri kamu itu sedekah” Maka ditanya oleh sahabat apakah pada persetubuhan yang memuaskan syahwat itu sedekah ? maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa apabila seseorang meletakkan zakarnya pada yang haram itu termasuk satu dosa ? maka demikianlah jika diletakkan pada yang halal maka itu baginya pahala” (hadith sahih riwayat Muslim).

Demikianlah juga bagi pelajar-pelajar di universiti yang sedang belajar seandainya mereka bernikah dengan wanita yang lebih berusia dan sudah bekerjaya maka disamping mereka dapat memenuhi keperluan fitrah bahkan mereka dapat dibantu dari aspek kewangan, kehidupan dan bimbingan nasihat dari seorang yang lebih berpengalaman.

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepada mereka kehidupan yang baik" (An-Nahl:97) .

Mengubah Pemikiran Lapuk dan Jahiliyah

Pemikiran masyarakat yang menyalahi kitab dan sunnah hendaklah diabaikan dan sewajarnya dalam ketenatan umat Islam berdepan pelbagai masalah sosial umat Islam wajar kembali kepada Al-Qur’an dan sunnah dan melemparkan adat-adat jahiliyah ke dalam bakul sampah lalu kemudian dibakar dan debunya di tanam lalu dilupakan.

“Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Apa salahnya wanita meminang lelaki ?

Dalam artikel yang sebelum ini kita sudah membincangkan tentang tiada salahnya wanita meminang lelaki dan hal ini sabit dalam syarak dan juga dilakukan sendiri oleh wanita pertama Islam iaitu Khadijah ra. Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra : “Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasa lam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasa lam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Apa Salahnya Wanita Menanggung dan Menyara Lelaki ?

Di dalam Islam melakukan kebaikan dan kebajikan tiada bezanya untuk lelaki dan perempuan dan masing-masing akan menerima ganjaran kebaikan dan pahala. Berkenaan seorang wanita yang berusia dan sudah bekerjaya misalnya sekiranya berkahwin dengan lelaki yang masih muda dan masih belajar maka apakah aibnya dan apakah masalahnya jika dia yang menyara suaminya ?

Sabda baginda rasulullah : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

" Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus : 36).

Di samping wanita yang sudah bekerjaya dan berkemampuan itu dapat membantu suami yang masih belajar maka dia juga mendapat pahala berlipat kali ganda dari biasa apabila menyara dan menanggung suami yang masih muda dan masih belajar.

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

Ini disebabkan dia bukan sahaja mendapat pahala berkhidmat kepada suaminya bahkan mendapat pahala sedekah dan juga pahala kerana menyumbang bakti di jalan agama khasnya menyumbang kepada pelajar ilmu.

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124) .

Malangnya masyarakat akan memandang serong kepada perihal lelaki yang hidup dan makan di atas titik peluh isteri dengan ditambah para wanita hari ini kebanyakkannya suka mengungkit dan cepat mengeluh.

“Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

“Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka” (Al-Hajj : 46).

Nasihat kepada para wanita yang inginkan syurga dan menyelamatkan diri dari azab Allah swt maka hendaklah mereka menjadi wanita yang solehah dan sebagai jalan keluar bagi tekanan fitrah maka nikahilah para lelaki muda yang mudah dan dapat dibantu oleh kalian.

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

Nikahilah para pelajar agama, bantulah mereka di jalan dakwah dan jadilah isteri yang solehah kepada mereka dan jadilah kalian seperti Khadijah yang membantu dakwah dan perjuangan dengan harta dan jiwa raga.

Apa salahnya Wanita dimadukan dan dipoligami ?

Wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari mereka perlulah bekorban dan menyedari bahawa usia mereka yang lanjut pastinya akan mengurangkan rasa kurang selesa dan senang di sisi suami apabila mereka telah hilang kecantikan dan kesegaran sebagai wanita.

Apa salahnya mereka dimadukan ? Mengapa mesti bencikan poligami dan menghalang suami bernikah lagi ?

“Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah yang paling bertaqwa” (Al-hujurat : 13).

Seandainya suami tidak mampu dari sudut kewangan untuk bernikah lagi maka mengapa tidak dibantu sahaja si suami yang masih muda dan gagah untuk berkahwin lagi ? Apakah sukar mengeluarkan wang simpanan milik peribadi untuk diberi kepada suami supaya dapat berkahwin lagi ?

“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

Hal ini tentu sahaja sukar bagi wanita yang hatinya dibelit dunia dan kecintaan kepada akhiratnya sangat sedikit dan keimanannya pula tipis. Sama sahaja perihalnya dengan Allah menyifatkan solat itu sangatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.

“ Mohonlahlah kamu kepada Allah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya yang demikian itu sangatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (Al-baqarah : 45).

Adapun bagi wanita yang beriman dan solehah, mereka tanpa segan silu mengeluarkan wang simpanan kerja (KWSP) untuk diberi kepada suami sebagai modal untuk bernikah lagi supaya suaminya dapat bergembira dengan umur yang masih muda dan gagah moga dengan perkahwinan baru dapat menambah zuriat dan anak-anak generasi Islam yang dia tidak mampu lagi berikan kerana usia yang sudah meningkat.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman yang mengerjakan amalan soleh serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan bagi mereka itu pahala di sisi tuhan mereka dan tidaklah ada ketakutan ke atas mereka dan tidaklah mereka berdukacita” (Al-Baqarah : 277).

Atau dengan pengorbanan itu si suami mampu dapat lebih semangat dan gigih berusaha untuk dakwah dan mentaati Allah dan rasul dan lebih kukuh berpegang kepada agama.

“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).

Wanita yang beriman sedar bahawa di akhirat tidak akan ada cemburu dan hasad, bahkan di akhirat sekiranya berjaya ke syurga yang abadi manusia di sana tidak punyai sedikit keluh kesah dan si suami akan bersama puluhan bidadari dan dia sendiri akan dimadukan oleh Allah dan yang paling penting ialah mendapat redha ilahi dan berbakti kepada suami termasuklah salah satu jalan mutlak kepada ilahi.

“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).

Dapatlah difahami bahawa wanita yang berusia dan berkahwin dengan lelaki muda perlu melakukan beberapa pengorbanan dan sebagai hasilnya mereka akan mendapat pelbagai kehormatan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat.

“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15).

Kesimpulannya perkahwinan berbeza usia khususnya bagi wanita tidaklah mempunyai apa-apa mudharat dan sebaliknya jika wujud kelebihan dan kebaikan maka ianya sangat digalakkan dan dianjurkan supaya fitrah manusia terpenuhi.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

Apa salahnya seorang lelaki yang masih muda bernikah dengan wanita yang lebih berusia ? Seterusnya jika wanita itu sudah hilang kecantikan dan kemanisan wanita maka dia lelaki muda itu masih dapat berkahwin lagi sehingga dia merasa cukup dan puas dengan Islam memberi had sehingga 4 orang isteri selama dia dapat berlaku adil.

Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar baginda rasulullah bersabda : “Berbahagialah mereka yang diberi hidayah Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhana” (hadith sahih riwayat tirmidzi ).

Isteri yang solehah pastinya dapat membantu suaminya dan membimbing suaminya dalam hak keadilan dan menolong suaminya mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mereka sentiasa bekorban kepentingan diri demi kebahagiaan suami dan tidak terlalu berkira , tidak cerewet dan tidak tamak akan dunia dan kebendaan.

“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).

Islam telah memberi pelbagai jalan penyelesaian malangnya manusia itu sentiasa degil dan mengikut jalan kesesatan dan hawa nafsu yang menyesatkan.

“ Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).

Segala puji hanyalah bagi Allah.

Oleh : Ustaz Emran


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PETIKAN AL-QUR'AN DALAM MENYIFATKAN WANITA YANG SOLEHAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Kedudukan wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.

Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan sebagai kayu ukuran kesolahan dan kebaikan..

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Islam Memberi Jalan Penyelesaian

" Mudah-mudahan tuhan-Nya, jika nabi menceraikan kamu bahawa tuhan pasti akan mengantikan kamu dengan isteri-isteri yang lain yang lebih baik dari diri kamu iaitu perempuan-perempuan muslimat, mukminat yang taat dan bertaubat serta beribadah yang berpuasa baik janda atau perawan" (At-Tahrim : 5).

Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :

1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.

“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269).

Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya.

Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah.

Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celah kaca yang melukakan anak adam akan sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.

Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.

Kepentingan Hati dan Akhlak yang Baik

Sebaliknya kita mengetahui pula, wanita yang berpakaian jubah dan tudung labuh dan mendalami pengajian agama kerap kali melanggar batas dan merasa mereka mulia dan beragama sehingga menyebabkan mereka merasa bongkak dan sombong serta ego dan berlagak lalu dengan itu selalu menghancurkan diri mereka.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Bukankah wanita-wanita bertudung labuh dan berjubah ini ialah golongan yang kerap mengatakan kami ingin suami yang berfikrah dan menolak lelaki beriman yang berakhlak mulia hanya kerana fikrah ? Juga wanita bertudung labuh ini ialah mereka yang manis bicara pada lisan tapi kelat dan kotor pada hati dan perbuatan.

“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik”. (Al-kahfi : 103-104).

Menjadi perkara biasa mereka tidak mengenang budi pada lelaki yang bekorban masa depan dan hidupnya kepada mereka dan dengan mudah beralasan konon mahu menjaga hati dan maruah konon tidak mahu bercinta-cinta dan menerima cinta lelaki.

Mereka kemudian tergedik-gedik mahu berkahwin dan sedia menerima cinta apabila lelaki sefikrah dan sefahaman dengan mereka atau lelaki pilihan mereka datang menghulur bunga “ukhuwah” persahabatan dan kemudian berkasih-kasihan dengan mereka di bawah “Cinta Islamik”.

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

Alangkah sekiranya lelaki muslim yang beriman mengalih mata mereka kepada hati dan melihat kepada peribudi akhlak dan kesungguhan hati yang ingin kebaikan dari seorang wanita lemah di jalanan, di pasaraya, di kota-kota dan bandaraya mungkin mereka akan menjumpai wanita yang dengan mudah dapat menanggalkan pakaiannya untuk diberi kepada lelaki yang dicintainya.

Lalu ketika itu alangkah bagus jika lelaki yang beriman menahan perbuatannya dan mengajar wanita yang suci hatinya akan erti agama, taqwa, malu dan maruah serta menunjuk ajar kepadanya jalan sunnah rasulullah sehingga akhirnya wanita itu benar menanggalkan pakaiannya kepada lelaki itu tetapi dalam hak dan benar menurut syariat Allah swt.

“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (An-Na’ziaat: 40).

Oleh : Ustaz Emran


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SIAPA JUARA ROMPAK BALAK?

بسم الله الرحمن الرحيم



JENIANG, 22 Feb - Walaupun pelbagai tuduhan dilontarkan terhadap kerajaan negeri Kedah namun hakikatnya Pakatan Rakyat berjaya melipat ganda pendapatan daripada pembalakan berbanding pentadbiran lama Umno-Barisan Nasional.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Kedah berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM38 juta berbanding RM8 juta sahaja di bawah BN.

"Saya merasa hairan bagaimana kerajaan negeri dapat pulangan lumayan berbanding pulangan pembalakan zaman BN yang hanya dapat jumlah yang sikit dan ke mana perginya untung balak semasa pentadbiran mereka.

"Kejayaan kerajaan negeri mengamalkan tender terbuka menjadikan perancangan lebih teratur bagi menyalurkan projek kepada kontraktor-kontraktor bagi meneruskan pembalakan," kata Datuk Seri Azizan.

Beliau berkata Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menganggu pentadbiran negeri dengan dakwaan berlaku penyelewengan pembalakan tetapi pada masa yang sama agensi itu gagal menyiasat mana perginya keuntungan pembalakan ketika pentadbiran BN.

"Kita dah tau taktik kotor BN yang sentiasa tutup penyelewengan mereka tetapi sengaja mengadakan cerita untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah yang berada pada tahap yang memuaskan.

"Sistem tender secara terbuka memberi pulangan terbaik kepada kerajaan negeri kerana perbezaan tinggi sehingga puluhan ribu ringgit seekar daripada kontraktor untuk merebut kawasan pembalakan menjadikan keputusan adil dicapai tanpa berlaku penyelewengan kepada mana-mana kroni," tegas beliau.

Menurutnya Menteri Besar lagi kerajaan negeri membuat perancangan terbaru dengan bantuan Bank Islam Malaysia yang memberi pinjaman RM350 juta untuk membina Universiti Islamiah di Kedah.

"Projek kita bina Universiti Islamiah hanya RM350 juta dan jika kerajaan pusat atau BN nak bina universiti yang sama akan menelan mencecah belanja lebih RM1 bilion.

"Kerajaan negeri sentiasa merancang pengurusan kewangan sebaik mungkin tanpa berlaku sebarang pembaziran," katanya pada ceramah isu semasa bersama Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan di Jeniang, Kedah semalam.
Ceramah tersebut dihadiri lebih 50,000 penyokong Pakatan Rakyat. - suara-keaddilan.com

Suatu hal yang telah tercicir dari pemahaman kebanyakan umat Islam hari ini adalah mengenai hak milik umum (public ownership) menurut syarak. Setiap produk yang boleh dimanfaat oleh umum dan jumlahnya adalah banyak seperti balak adalah termasuk dalam harta milik umum. Islam tidak memberikan hak kepada sesiapapun termasuk negara untuk mengeksploitasikan kekayaan seperti ini. Ia tetap dimiliki secara mutlak oleh umum (seluruh warganegara Daulah). Bagaimanapun, ia boleh diolah menjadi harta dalam bentuk lain yang boleh dimanfaatkan bagi rakyat umum, misalnya, hasil jualan balak boleh dijadikan modal kepada pembangunan prasarana umum seperti hospital, sekolah, jalanraya dan seumpamanya. Namun untuk dijadikan sebagai hasil (perolehan) negara, tidak sama sekali! Jika berlaku ia merupakan suatu pengkhianatan oleh negara kepada warganegara.

Senario yang berlaku hari ini adalah bertentangan dengan Islam kerana sistem ekonomi yang menunjangi kehidupan adalah sistem ekonomi kapitalis. Dalam kapitalisme, kebebasan dalam kepimilikan (freedom of ownership) menjadikan siapa sahaja boleh memiliki apa-apa sahaja untuk dijadikan apa-apa sahaja dalam memenuhi tuntutan nafsu. Jadi, tak hairanlah hari ini, jika siapa saja yang memiliki kuasa mampu merompak harta umum habis-habisan sekalipun ia pemimpin yang mengaku beragama Islam kerana nafsu dan kejahilannya terhadap hukum hakam Islam menutup akalnya! Maka berbanggalah mereka dalam kejayaan aktiviti rompakan mereka terhadap rakyat melalui hasil balak, minyak, galian, tol, tarif elektrik, bekalan air dan seumpamanya! - jebbat.blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

JANGAN SAMPAI JADI MACAM NI.. MALU ORANG KERAJAAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Siang kerani, malam GRO..

Ada kakitangan kerajaan terutama wanita bujang berjawatan rendah, sanggup menggadai maruah dengan bekerja sambilan sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan di ibu kota, semata-mata ingin mengecapi kehidupan mewah. Wanita muda terbabit, kebanyakannya dari luar Lembah Klang, hanya bergaji bulanan tidak sampai RM1,000 dan ia tidak mencukupi menampung kehidupan termasuk membayar sewa rumah, ansuran kereta, alat solek, pakaian berjenama selain kos sara hidup lain. Lebih mengejutkan, ada antara mereka berlagak sopan termasuk memakai tudung di pejabat, tetapi menukar imej dengan berpakaian ranggi dan seksi sebaik memulakan tugas sebagai GRO pada sebelah malam. Seorang pegawai kerajaan memberitahu Harian Metro, dia pernah menemui gadis GRO di sebuah pusat hiburan di ibu kota yang bekerja sebagai kakitangan awam berjawatan rendah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

“Gadis itu mendakwa dia bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat kerajaan waktu siang dan menjadi GRO pada malam kerana memperoleh pendapatan sampingan lumayan. “Saya terkejut apabila gadis itu memberitahu dia bertudung ketika di pejabat. Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya, saya mengekorinya dan mendapati dia menggunakan kereta dengan nombor plat Putrajaya. “Gadis itu beritahu saya, dia terpaksa berbuat demikian kerana pendapatan bulanannya tak cukup menampung kehidupan di ibu kota,” katanya, semalam. Sebelum ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, mendedahkan ada kakitangan kerajaan berjawatan rendah terpaksa memandu teksi, berniaga di pasar malam dan kerja di stesen minyak, akibat desakan hidup dan kos sara hidup yang makin meningkat.

Beliau dipetik berkata, dengan gaji pokok serendah RM480 sebulan bagi pekerja am rendah, ia tidak cukup menanggung keluarga. “Jadi, kumpulan sokongan ini terpaksa membuat kerja sambilan seperti menjadi pengawal keselamatan, memandu teksi dan berniaga di pasar malam. “Mana mungkin selamanya mereka mahu makan ikan gred rendah yang dijual tiga longgok RM10. Kadangkala isi perutnya (ikan) pun sudah terkeluar. Begitu juga dengan sayur, mereka juga ingin memberikan anak mereka makan sayur segar, bukan sayur layu yang murah. “Mereka juga teringin keluarga makan makanan berkhasiat. Namun, jika gaji tak cukup, bagaimana hasrat itu mahu dipenuhi,” katanya. Sejak tahun lalu, Cuepacs meminta kerajaan meneliti permohonan menaikkan antara 10 hingga 40 peratus gaji kakitangan awam, terutama kumpulan sokongan berikutan kos sara hidup semakin meningkat.

Ini berikutan pelarasan gaji 1.2 juta kakitangan awam belum dibuat sejak lebih sedekad lalu meskipun pelbagai insentif dan kenaikan elaun diberi dari semasa ke semasa. Semakan Harian Metro di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati, seorang pembantu tadbir (perkeranian/operasi) dengan gred lantikan N17 berpendapatan kurang RM1,000 sebulan. Kakitangan seperti itu dibayar gaji RM656.30, Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM80 dan Imbuhan Tetap Perumahan (RM180) sekali gus menjadikan pendapatan mereka RM916.30 sebulan. Mengikut skim perumahan kerajaan, setiap kakitangan dan pegawai layak menduduki kuarters kerajaan, bergantung kepada jawatan. Bagaimanapun, masalah yang berlaku jumlah unit perumahan tidak mencukupi menampung kakitangan kerajaan. Justeru, ada yang terpaksa menyewa rumah dan ini sedikit sebanyak meningkatkan kos sara hidup. Sebagai contoh, sewa satu unit apartmen antara RM600 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada saiz.- Harian Metro


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Friday, February 26, 2010

MENGAPA MAHYUDIN DEDAHKAN????

بسم الله الرحمن الرحيم


Kekalutan hubungan Najib - Muhyidin kian menampakkan jurangnya. Terbaru kenyataan Muhyidin yang mendedahkan pertemuan antara Najib dengan Tengku Razaleig. Walaupun belia mendedahkan pertemuan itu dalam keadaaan kononnya untuk mengkritik Tengku, namun seakan ada agenda lain dari pendedahan tersebut.

Pagi semalam Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau hairan dengan tindakan dan kenyataan Tengku Razaleigh yang masih tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan.

Malah, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu juga telah pun berjumpa dengan Najib berhubung perkara tersebut.

“Saya dimaklumkan beliau (Tengku Razaleigh) telah berjumpa dengan Perdana Menteri, tetapi saya tidak tahu apakah sebab dia hendak teruskan langkah itu.

“(Tindakannya itu) seolah-olah macam beliau seorang saja yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan... (seolah-olah) kita ini tiada langsung pertimbangan,” katanya.

Kenyataan balas Najib yang terpaksa mengakui pertemuan tersebut, namun tidak mahu mendedahkan butir pertemuan itu sangat meragukan . Ia dilihat sesuatu yang bersifat sulit. Persoalannya mengapa Mahyudin mendedahkan pertemuan yang tak mahu didedahkan oleh Najib.Ia seakan menjelaskan lagi krisis yang di dakwa berlaku antara Najib dan timbalannya itu.

Pemerhati politik sedang menghitung langkah politik Mahyudin. Beliau dilihat sedang melakukan satu langkah yang mengguagat kedudukan Najib. Umum telah mendengar bagaimana mahyudin yang tidak berapa selesa dengan Najib melalui konsep satu Malaysia. Mahyudin yang berasal dari negeri kelahiran umNO - Johor dilihat masih merah darah melayunya.

Konsep satu Malaysia Najib jelas membelakangkan perjuangan mleayu yang kononnya menjadi darah daging umNO. Najib pula menyedari, tanpa konsep satu Malaysia BN akan ditolak bangsa selain melayu kerana kegagalan MCA, MIC dan Gerakan. Penerimaan pelbagai bangsa terhadap konsep Pakatan Rakyat yang persamaan hak untuk keadilan dan pembelaan bagi setiap yang dizalimi tanpa mebgira kaum sangat dibimbangi Najib.

Keghairahan Najib hingga membelakangkan perjuangan dan semangat Melayu sangat tidak disenangi Mahyudin dan mentornya Mahathir Muhammad. Longokan peruntukan kepada bangsa lain seperti gereja dan kuil serta pemansuhan beberapa badan khusus dan kementerian yang membela melayu dilihat merugikan melayu dan menghilangkan sifat umNo sebagai pembela melayu.

Kini Mahyudin sedang mengumpul kekuatan dan penyokongnya sendiri sebelum melanggar Najib. Najib pula sedang ghairah melanggar negeri Pakatan Rakyat. Penyokong tegar Mahyudin seperti Zahid Hamidi sedang mencatur strategi.... kita nantikan, apakah ulangan tuduhan seks kepada DSAI yang dicatur Mahathir akn menimpa Najib yang memang terpalit dengan pelbagai tuduhan seks termasuk Al Tantuya. Jika DSAI boleh diheret dengan tuduhan hina seperti itu, tidak mustahil mudah bagi Mahathir membongkar rahsia Najib yang pastinya dalam gengaman beliau semasa dibawah kabinetnya....

Kita nantikan... selepas segala usaha menyesakkan Pakatan Rakyat , samaada atau gagal.... maka pasti Najib akan menghadapi saat sakaratnya.... - anaksengat


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

UMNO DAH LA BANGANG , BACUL PLAK TU...!!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Tergelak besar saya dengan gelagat Umno yang akhir-akhir ini cuba mempromosikan dirinya sebagai juara rakyat, tapi bila dicabar ke hadapan, kecut habis dari hujung hingga ke pangkalnya! Sekali lalu, juara rakyat ini cuba menjadi hero dalam banyak isu, terbaru isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.Tapi akhirnya juara rakyat kantoi sendiri bila negeri-ngeri yang dikuasai BN seperti Johor, Pahang dan Perlis juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul.

Dan petang tadi, juara rakyat ini sekali lagi bikin 1Malaysia gelak besar apabila parti itu menerusi Pemuda Umno Pulau Pinang dan algojo setianya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) menolak Debat Perdana Rakyat 2010 yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Bagi membuktikan pepatah Melayu tidak 'tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah' itu betul, Pemuda Umno dan DPMMPP memberi dua alasan kelakar mengapa mereka enggan berdebat. Pertama, mereka hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng saja dan tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' (Pemuda PR). Kedua, mereka enggan berdebat dengan Pemuda PR yang dianggap sebagai 'kuda tunggangan' Guan Eng.


Jadi kini Sang Juara telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Jika cabaran daripada 'ikan bilis' untuk bedebat pun juara rakyat sudah nampak pucat muka dan ketaq lutut, apa lagi nak berdebat dengan 'ikan jerung' bernama Guan Eng yang telah lulus ujian ketahanan diri setelah dipenjara selama 18 bulan kerana membela budak perempuan Melayu yang dirogol oleh seorang pembesar Umno itu? Jika dengan 'kuda tunggangan' Guan Eng pun Pemuda Umno dan DPMMPP tak berani bertarung, apa lagilah nak bertarung dengan pemilik kuda yang pastinya lebih tangkas dari kudanya itu?

Alahai Pemuda Umno, alahai DPMMPP, tak payahlah menipu Melayu lagi. Cukuplah setengah abad hangpa menipu Melayu, menjual tanah Melayu, menyewa permit dan lesen orang Melayu kepada kaum kerabat hangpa daripada kaum Gerakan dan MCA. Semua orang Melayu Pulau Pinang tahu penipuan hangpa, semua orang Melayu tahu sebelah dari teloq hangpa sudah kena rebus oleh Gerakan dan MCA sejak setengah abad dulu lagi. Dengan teloq yang tinggai sebelah lagi itu hangpa memang tak berani berdebat punya, tak payahlah beri alasan-alasan yang tak logik itu lagi!!

Berdebat pun kecut teloq, nak jadi juara rakyat konon....piiiiirah!!-

Pendikar Gunung Kriang


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

HISHAMUDDIN YANG MESRA RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Umno Juara Rakyat - Hishamuddin Enggan Temui Mangsa Tembak

Pejabat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini enggan menerima memorandum yang cuba diberikan mangsa tembakan polis tahun lalu, Norizan Salleh.

Sebaliknya, sepupu Perdana Menteri itu cuma menghantar wakil walaupun Hishamuddin dipercayai berada di pejabat berkenaan. Norizan bagaimanapun enggan menyerah memorandum itu kepada mereka.

Norizan kemudian memutuskan menghantar memorandum berkenaan di Parlimen 15 Mac ini.

Sikap sombong wakil Hishammddin iaitu Setiausaha Kanannya, Azmi terhadap kedatangan Norizan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian yang menimpanya tahun lalu nyata mengecewakan mangsa.

Bagaimanapun, Norizan yang hancur pergelangan tangan dan sebahagian paru-parunya terpaksa dibuang kerana ditembak lima das tembakan serta patah tulang rusuk akibat dipijak polis tetap mendesak Hishammuddin untuk tampil memberikan penjelasan dan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

"Saya memang tiada sebarang rekod jenayah dan saya hendak tahu alasan kenapa saya ditembak. Bila datang sini saya kesal santag, sepatutnya jawab atau siasat beri penjelasan sehingga saya puas hati. Tetapi mereka diam, saya harap mereka dapat jumpa saya atau jalankan siasatan,"katanya.

Mengiringi Norizan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, ADUN Teratai, Jenice Lee dan beberapa NGO.


Sementara itu sikap sombong setiausaha kanan KDN itu diselar mereka dengan menyifatkan slogan Najib, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan adalah omongan kosong kerajaan pimpinannya.

"Sekali lagi kita nyatakan bahawa mangsa, norizan Salleh lima kali ditembak oleh polis, selepas ditembak ditendang sehingga tulang rusuk patah. Kita telah pergi ke Bukit Aman, pergi ke SUHAKAM dan membuat laporan polis. Tetapi tiada tindakan diambil terhadap penjenayah-penjenayah polis yang menyerang Norizan Salleh seorang ibu tunggal yang tidak bersalah,"kata peguam,N. Surendran.

"Sangat kecewa dengan Setiusaha kanan, Azmi kerana tidak ada sifat mesra rakyat langsung. Saya percaya beliau tidak tahu sedikit pun tentang kes norizan, sekurang-kurangnya beliau mendengar kes Norizan ini dahulu, sebelum beliau membuat tindakan dengan sombong tadi. Ini tidak mencerminkan apa yang dilanung-laungkan Perdana Menteri sikap mesra rakyat, rakyat diutamakan, memang tidak ada. Tiada langsung slogan yang dikatakan mesra rakyat,"kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.

"Memorandum dan siap, kita bawa memorandum bukan tangan kosong. Memorandum ini kita akan serahkan di Parlimen. Kita hendak jumpa Hishammuddin di Parlimen bawa mangsa dan serah di sana. Dia takut, dia lari hari ini, beliau Menteri Dalam Negeri kenapa takut? Jumpalah...kita dah hantar faks, semua dah bagi tetapi lari, memorandum ada kita bawa, lihat apa yang berlaku kita mahu penjelasan dari menteri dalam negeri,"kata Ahli Parlimen Kapar, M. Manikavasagam.

"Saya nampak isu ini begitu serius, jika ia boleh berlaku kepada kami yang merupakan pimpinan kepada mandat yang diberikan rakyat, katalah kalau Norizan datang sendiri apa akan berlaku kepada beliau? Layanan begini begitu teruk dan tidak boleh diterima dan saya berharap supaya slogan yang dikatakan untuk rakyat dan sebagainya tolong dibuktikan,"kata Exco Selangor, Rodziah Ismail.

"Ini kali pertama, sejak 10 tahun sebelum ini saya sering menghantar memorandum, pihak ini sombong sangat. Saya tidak pernah nampak ada pegawai kanan yang sangat sombong dan tidak mempedulikan suara rakyat dan juga mangsa yang berada di hadapan pejabat sendiri,"kata ADUN Teratai, Jenice Lee.

"Ini pertama kali seorang mangsa hidup kita ada, selalu kita dengar dah mati kemudian dikatakan penjenayah besar. Kali ini menteri ada peluang untuk berjumpa dengan mangsa yang hidup, jangan dia kata kita saja-saja bercakap tentang polis. Ini adalah bukti terbaik kita ada, kalau dia tak mahu lakukan dan tiada masa untuk turun mengambil memorandum dari mangsa, saya rasa dia telah membuat keputusan mereka tidak bersalah dan tidak ambil serius kes ini,"kata Peguam, Latheefa Koya.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

DENGAN HANYA S$300 JUTA, GUA BOLEH BELI KESELURUHAN UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم


Agenda Perpaduan Adalah Agenda Singapura

Malam kelmarin saya makan malam bersama seorang Professor dari sebuah university di Singapura. Beliau berkata Lee Kuan Yew pernah berkata:
” Dengan hanya S$300 juta, saya boleh membeli keseluruhan UMNO”.
Lee Kuan Yew dengan selamba membuat kenyataan demikian secara terbuka untuk media-media Singapura membuat liputan. Malangnya, tiada media Malaysia yang melaporkannya.

Kawan saya menambah, sebab lagi satu yang Lee Kuan Yew berani membuat kenyataan begini adalah kerana beliau yakin 100% bahawa setengah dari UMNO sudah pun berada dalam poket beliau. Ramai perwakilan2 UMNO mungkin tidak sedar mereka telah pun dibeli oleh Singapura.

Kalau tidak, mengapa Khairy Jamaluddin mampu memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO? Ada sesiapa boleh jawab?

Kawan saya menambah, parti yang ditakuti oleh Singapura adalah PAS dan sememangnya dalam majlis-majlis tertutup, kepimpinan Singapura mengakui kehebatan ahli-ahli dan penyokong PAS. Yang lebih mereka takuti adalah kebolehan ahli-ahli dan penyokong PAS melawan godaan wang dan tawaran dunia. Singapura mendapat laporan terus bagaimana wakil-wakil rakyat PAS telah ditawar 3-4 juta tapi mereka masih menolak dan tidak boleh dibeli.

Ada pula kes calon PAS di Johor pada 2004 yang cuba dibeli UMNO bukan sahaja gagal tapi telah ditangkap “red handed”. Semua kisah-kisah ini menyeramkan Singapura di dalam menghadapi situasi politik masa depan.

PENGALAMAN PRIBADI


Sewaktu saya menjadi Pegawai Khas PJ Selangor, saya sering bergaul dan bercakap dengan para wartawan dan penganalisa politik. Wartawan-wartawan tersebut termasuk wartawan antarabangsa. Ke semua wartawan antarabangsa memberitahu saya maklumat mereka dapat dari Singapura adalah Terengganu akan jatuh ke BN semula.

Sedangkan maklumat2 yang kami dapat menunjukkan yang sebaliknya. Kesemua maklumat dalam negeri yang kami dapat menunjukkan Terengganu kekal dengan PAS. Di waktu itu, hanya maklumat dari Singapura sahaja yang menyatakan Terengganu akan jatuh kepada BN semula.

Akhirnya, kesemua maklumat dalaman kami terbukti salah dan hanya maklumat Singapura sahaja yang benar. Ini bererti penembusan Singapura dalam struktur kerajaan kita telah begitu mendalam.

AGENDA PERPADUAN/MUZAKARAH MULANYA UNTUK MENYELAMATKAN PAK LAH

Kenyataan kawan saya itu membuat saya terfikir. Bukankah agenda Muzakarah dan Perpaduang pada mulanya untuk menyelamatkan Pak Lah? Siapa Pak Lah? Siapa di belakang Pak Lah? Bukankah dibelakang Pak LAh itu adalah Khairy Jamaluddin?
Siapa KJ ni? Mengikut kawan saya ini, KJ adalah seorang yang amat rapat dengan kepimpinan Singapura terutamanya dengan pentadbiran Temasik Group.

Dan, baik Muzakarah mahupun Perpaduang, kita sering mendengar yang ianya bertujuan untuk bekerjasama dengan Pak Lah dan mempertahankan Pak Lah.

Jika itulah motivasi utamanya, maka jelaslah kepada kita bahawa agenda Muzakarah dan perpaduang adalah agenda mempertahan proksi Singapura dalam kerajaan Malaysia.

SYUUUUUUKUUUUURRRRRR PAS tidak mengorak langkah menjalin hubungan dengan UMNO kerana bukan sahaja PAS akan berakhir sebagai parti sampingan dalam Kerajaan Malaysia, PAS juga akan berakhir sebagai Parti Tunggangan Lee Kuan Yew.

PENUTUP

Kepada sesiapa yang masih meragui tindakan dan usaha bloggers serta mereka yang digelar sebagai “Erdogan”, saya minta supaya berfikirlah semula.

“Ulamak” yang kamu sokong rupanya membawa kamu menjadi hamba pada PAP dan Singapura.

Tulang Besi


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Thursday, February 25, 2010

MUSLIMAH TAK GUNA

بسم الله الرحمن الرحيم


"Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la"

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

" kesianlah aku tengok kau ni.", sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas." Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?".

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan
sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

"Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada."

"Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we."

"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "kerna nila setitik, rosak susu sebelanga". Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami saying bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantik an ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.

Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH.. .

Allahu alam… - taman2syurga


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

911 JELMAAN NAMA ALLAH ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum. .. Wahai jasad yang meminta tolong kepada Allah swt...

Aku masih mampu menaip, yang masih diizinkan oleh Allah untuk menaip. Tapi untuk blog yang ini aku tak huraikan panjang sangat, cukuplah sekadar untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan dan sebelum ini pun sudah ada yang membicarakan apa yang aku nak taip ni, tapi itu mereka, aku dengan cara aku sendiri yang diizinkan oleh Allah (sangka baik kepada Allah). Yakin bahawa Allah sentiasa menolong hamba-Nya samada pertolongan itu secara tidak sedar atau tidak sahaja. Walaupun sahabat aku yang menolong aku sekalipun, tetap aku ingat bahawa pertolongan itu datang dari Allah jua kerana aku ini tiada daya upaya untuk melakukan segalanya. Hanya dengan bantuan Allah sahaja aku dapat menyiapkan kerja-kerja aku seharian.
Aku tak nak taip panjang-panjang nie. Hehehe... Banyak rancangan televisyen yang menunjukkan sikap tolong menolong antara pelakon sendiri. Ada yang berlakon dan ada yang ditayangkan yang nyata berlaku. Apapun, pertolongan yang paling BESAR adalah dari ALLAH swt. Kalian semua akan menjadi saksi sebentar lagi dengan hati kalian yang membaca Firman Allah dalam Surat Al-Faatihaah, ayat 5 :

"5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."

Pernahkah kalian tengok atau dengar tentang Rancangan RESCUE 911 di negara Barat? Aku ni jenis yang anti Yahudi, apa yang diorang buat aku akan fikir. Dan aku juga tahu, mungkin juga kalian juga tahu yang bahawasanya Umat Yahudi tahu kewujudan Allah tapi mereka TETAP tidak mahu mengaku yang Allah itu adalah Tuhan Yang Berhak Disembah. Dan apa yang aku nak terangkan kat sini hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Aku hanya mengkaitkan sahaja. Ok. RESCUE 911. Di dalam perkataan RESCUE itu terselindung perkataan SECURE dan juga perkataan 'ESC' yang membawa maksud ESCAPE. Cuba tengok kat keybord komputer/laktop kalian. Hujung atas belah kiri. Apa maksud ESCAPE ek ? Betul ke kalau aku taip 'membebaskan dari kesusahan' yang aku kaitkan dengan RESCUE nie ?

Hehehe.. Aku kurang sikit pandainye dalam English nie, faham sikit-sikit je. Ok, kembali kepada RESCUE 911 tadi. Jadi RESCUE bermaksud "pertolongan, penyelamatan, membebaskan, menyelamatkan" dan SECURE pula bermaksud "aman, sejahtera, selamat". Cuba lihat sekejap cara aku baca ayat nie yang akan menampakkan sesuatu. Begini;

RESCUE 911 is SECURE.

Baca semula ayat di atas dari kanan ke kiri :
SECURE is RESCUE 911.

Baca lagi ayat di atas dari kanan ke kiri :
911 RESCUE is SECURE.

Nampak macam ada sesuatu di dalam ayat itu kan ? Siapakah 911 itu ? Hhmm.. tapi kenapa mereka menggunakan nombor 911? Mengapa mereka tidak menggunakan nombor 999 macam kat Malaysia nie? Rancangan TV gak kan? Yang menunjukkan polis menyelamatkan keamanan dari terus diceroboh oleh anasir-anasir yang kurang sihat dan kurang khasiatnya untuk akhirat. Mari kita lihat dari mana datangnya nombor 911 itu dan bagaimana ianya muncul dalam perkataan RESCUE 911. Rancangan yang dipelopori oleh masyarakat barat nie.



Cuba lihat gambar di sebelah tu. Nama ALLAH yang ditulis dalam tulisan Jawi dari kanan ke kiri, ALIF, LAM, LAM, HAA. Lihat bagaimana licik dan halusnya pemikiran Umat Yahudi nie. Mereka nak guna nama Allah, mereka takut Umat Islam memberontak. Lihat sahaja ketika isu Kartun Nabi Muhammad SAW dulu, satu dunia marah. Tahu takut. Tapi bagus jugak Umat Yahudi nie, menyatukan hati Umat Manusia Alam dalam menjaga imej Islam. Aku faham sangat pemikiran Umat Yahudi nie. Dia asyik kalah je dalam peperangan, jadi nak tak nak terpaksa cari jalan lain untuk terus menyerang Umat Manusia Islam secara serangan minda melalui akal pemikiran mereka yang licik dan yang begitu halus itu. Ok. Lihat 4 anak panah merah itu dan perhatikan perbezaan di dalam kawasan berbulatan garisan kuning itu.
Dari nama Allah yang ditulis dalam tulisan Jawi, mereka pisahkan antara huruf Jawi itu satu demi satu dan akhirnya terbentuklah, 9_1_1, mereka upgrade sikit, jadi 9-1-1, dari segi penglihatan mata memang tak cantiklah, jadi mereka tukar lagi akhirnya wujudlah 911 ! Jadi 911 itu adalah jelmaan dari nama ALLAH. Apakah ini juga ketentuan Allah ? Wollohu a'lam.
Maka aku kembali kepada ayat 911 RESCUE is SECURE, tadi. Aku terjemahkah dalam Bahasa Umat Manusia Melayu yang membawa maksud kepada > 911 PENOLONG YANG SELAMAT DAN TERJAMIN. Naahh.. kalian lihatlah sendiri cara mereka menyembunyikan sesuatu itu !! Lihatlah !! Bukankah rancangan RESCUE 911 itu sendiri menjuruskan kepada perkhidmatan pertolongan ? Yang menunjukkan mereka itu adalah penolong kepada orang-orang yang sedang dalam kesusahan ? Rancangan RESCUE 911 bukannya satu rancangan yang tidak elok, ianya adalah rancangan yang menunjukkan satu sikap iaitu SIKAP TOLONG. Jadi, secara terkaitnya, begitulah. Bukankah Allah adalah PENOLONG kita semua ?? Tadi telah aku katakan bahawa nombor 911 ini adalah jelmaan dari nama Allah yang telah dijelmakan oleh Umat Yahudi dan sekarang aku gantikan 911 itu. Lihat 911 ~ ALLAH. ALLAH PENOLONG YANG SELAMAT DAN TERJAMIN atau diEnglishkan ;

ALLAH RESCUE IS SECURE !

Nah..!! Apalagi yang mahu dikatakan ?! Kembali kepada tafsir surat Al- Faatihaah tadi, ayat 5 tu, bukankah Allah menyuruh kita meminta tolong kepada-Nya ?
Itulah.. Ok, itu salah satu daripada jelmaan nama Allah yang dijelmakan oleh Umat Yahudi dalam bentuk nombor yang nyata dapat dilihat oleh mata kalian sendiri. Ada lagi yang lebih tersirat, lebih hebat daripada 911 ini yang telah dijelmakan oleh mereka dalam bentuk yang lain. Aku akan publishkan dalam masa terdekat ini kerana aku rasa ianya amat menarik.
Akhir kata dari aku, mintalah tolong kepada Allah swt, jikalau kalian berada dalam kesusahan dan serulah gelaran Allah iaitu Ya Latiff Ya Latiff Ya Latiff jikalau kalian sukar untuk memahami sesuatu perkara yang sulit. Insyaallah dengan izin-Nya kalian dapat memahami sesuatu yang sulit itu dengan mudah dan tenang. Maafkan aku kalian semua, andai ada salah tatabahasa dalam perjalanan jari jemariku ini. Semoga Allah mengampuni dosa aku dan juga dosa kalian semua dan semoga Allah menolong kita semua untuk terus menunjukkan JALAN YANG LURUS kepada kita dalam menuju ke SYURGA.

Nukilan : Kun Musafir Maya



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Wednesday, February 24, 2010

HUKUM SOLAT GHAIB

بسم الله الرحمن الرحيم


Apa hukum shalat ghaib (mayat yang berada di tempat lain)? Permasalahan ini masih menjadi perbincangan hangat di tengah-tengah umat, mengingat adanya pendapat yang mengingkari secara mutlak sehingga mengganggap shalat jenazah secara ghaib (shalat ghaib) adalah bid'ah.

Permasalahan ini semakin hangat ketika banyak kaum muslimin yang ikut-ikutan menyalatkan jenazah para pemimpin atau tokoh yang tidak memiliki pembelaan kepada Islam, bahkan berloyal dan bekerjasama dengan kaum kafir dalam memerangi kaum muslimin mujahidin di belahan bumi.

Hukum shalat ghaib

Para ulama berbeda pendapat tentang shalat ghaib ini. Namun yang perlu diketahui di awal bahwa dasar shalat ini adalah amalan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang menyalatkan jenazah raja Najasyi secara ghaib.

Pendapat pertama, disyariatkan shalat ghaib secara mutlak, baik jenazah itu telah dishalatkan secara langsung atau tidak.

Di antara ulama yang berpendapat seperti ini adalah Imam Ibnu Hazm dan lainnya. Beliau berkata dalam kitabnya Al-Muhalla (5/169, no.260) "mayit tetap dishalatkan ghaib, karena Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah menyalatkan raja Najasyi bersama para sahabatnya dalam beberapa shaf. Ini merupakan ijma' mereka yang tidak boleh dibantah."

Beliau berkata lagi dalam Al-Muhalla (5/139 no. 580) setelah menyebutkan shalat ghaibnya Rasulullah atas raja Najasyi dan Rasulullah memerintahkannya, dia berkata, "ini adalah perkara Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, amalannya dan amalan para sahabatnya, maka tidak ada ijma' yang lebih absah dari ini."

Sedangkan pendapat yang melarang shalat ghaib secara mutlak menyelisihi sunnah dan amalan para shabat. Ibnu Hazm berkata dalam Al-Muhalla (5/139, no. 580) "tidak ada satupun kabar dari para sahabat yang mencela hal ini atau mengingkarinya (shalat ghaib)."

Ini juga termasuk pendapatnya Imam Asy-Syafi'i dan Ahmad rahimahumallah dan para pengikutnya (lihat: Al-Fath Ar-Rabbaniy 7/222; Nailul Authar 4/55; Majmu'nya Imam Nawawi 5/253; dan Al-Ifshah karya Ibnu Hubairah 1/187).

Pendapat kedua, shalat ghaib ini hanya khusus bagi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam saja yang tidak berlaku bagi orang sesudahnya. Dilarang shalat ghaib secara mutlak. Ini adalah pendapat Imam Malik dan Abu Hanifah rahimahumallah serta para pengikutnya.

Pendapat ketiga, perincian tentang shalat ghaib, yaitu jika jenazah tidak dishalatkan. Ini adalah pendapat yang rajih dengan beberapa dalil pendukung sebagai berikut:

1. Perbuatan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang telah menyalatkan raja Najasyi secara ghaib dan begitu juga shalat ghaib yang telah dilakukan para sahabat.

2. Ijma' (konsensus/kesepaka t) para sahabat dan tidak adanya larangan mereka untuk melaksanakan shalat ghaib. Seandainya ini khusus Nabi shallallahu 'alaihi wasallam saja pasti mereka melarangnya.

Ibnu Hazm dalam Al-Muhalla berkata, "tidak ada satupun kabar dari para sahabat yang mencela hal ini atau mengingkarinya (shalat ghaib)."

Pendapat yang menyatakan shalat ghaib menjadi kekhususan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyelishi ushul (hukum dasar). Karena pada dasarnya tidak ada penghususan untuk Nabi, tapi amalan beliau wajib diikuti dan ditiru. Allah Ta'ala berfirman, "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik." (QS. Al-Ahzab: 21).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "shalatlah kalian sebagaimana melihat aku shalat." Kita saksikan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan shalat ghaib untuk jenazah yang tidak dishalatkan, maka kita hanya menyalatkan ghaib bagi jenazah yang tidak dishalatkan saja.

Sedangkan terhadap pendapat pertama yang menyatakan disyariatkan shalat ghaib secara mutlak dapat dibantah sebagai berikut. Bahwa ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wafat, beliau tidak dishalatkan secara ghaib, begitu juga terhadap jenazah para Khulafaur Rasyidin, para ulama, dan para imam.

Bahwa ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wafat, beliau tidak dishalatkan secara ghaib, begitu juga terhadap jenazah para Khulafaur Rasyidin, para ulama, dan para imam.

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

وَلَمْ يَكُنْ مِنْ هَدْيِهِ وَسُنَّتِهِ الصَّلَاةُ عَلَى كُلِّ مَيِّتٍ غَائِبٍ، فَقَدْ مَاتَ خَلْقٌ كَثِيْرٌ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ مِنَ الصَّحَابَةِ وَغَيْرِهِمْ وَهُمْ غُيّب فَلَمْ يُصَلَّ عَلَيْهِ

"Shalat ghaib atas setiap orang yang meninggal bukan termasuk di antara petunjuk dan sunnahnya shallallahu 'alaihi wasallam. Telah banyak kaum muslimin dari kalangan sahabat dan lainnya yang telah meninggal di luar kampung halamannya namun tidak dishalatlan secara ghaib." (Zaadul Ma'ad: 1/144).
Ibnu At-Turkumani dalam Al-Jauhar An-Naqi (4/51) berkata, "tidak pernah dinukilkan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyalatkan ghaib atas shabatnya yang meninggal dan tidak pula ada dinukilkan bahwa kaum muslimin menyalatkan ghaib atas Khulafaur Rasyidin dan yang selain mereka."

Pendapat ketiga ini yang dipilih olel Abu Dawud ketika berkata dalam sunannya, kitab Al Janaiz, Bab ash shalatu 'alal muslim yamuutu fi biladisy syirki (shalat untuk orang muslim yang meninggal di negeri syirik).

Imam Al Khathabi juga berpendapat demikian sebagaimana yang beliau katakan dalam Ma'alim as Sunan (1/270): "Najasi adalah seorang muslim yang beriman kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan membenarkan kenabiannya, hanya saja dia menyumbunyikan keimanannya. Ketika ada orang Islam yang meninggal, wajib bagi kaum muslimin menyalatkannya (secara langsung) kecuali bila ia berada di tengah-tengah orang kafir dan tidak ada orang yang menyalatkannya. Makanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukannya (shalat ghaib), karena beliau adalah nabinya, walinya, dan manusia yang paling berhak terhadapnya. Dan ini, wallahu a'lam, yang menyebabkan beliau menyalatkannya secara ghaib. Berdasarkan ini, jika seorang muslim meninggal dunia di sebuah negeri dan sudah ditegakkan haknya untuk dishalati, maka tidak dishalatkan lagi secara ghaib oleh penduduk negeri lain. Namun, jika diketahui bahwa dia tidak dishalatkan karena dirintangi atau ada udzur yang menghalangi, menurut sunnah dia dishalatkan secara ghaib dan tidak boleh dibiarkan begitu saja hanya karena jarak yang jauh."

. . .jika seorang muslim meninggal dunia di sebuah negeri dan sudah ditegakkan haknya untuk dishalati, maka tidak dishalatkan lagi secara ghaib oleh penduduk negeri lain. . . .

Kemudian beliau membantah orang yang menghususkan shalat ghaib ini untuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam semata, "karena Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam jika melakukan sesuatu dari persoalan syari'ah maka kita wajib mengikuti dan menirunya. Dan penghususan tidak diketahui kecuali dengan dalil. Sedangkan keterangan dalam hal itu bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju mushala (tempat shalat) bersama orang-orang lalu mengatur shaf mereka dan shalat bersama mereka, maka diketahui bahwa takwil ini adalah batil."

Ibnu Taimiyah rahimahullah juga berpendapat demikian, sebagaimana yang dinukil Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma'aad (1/145), beliau berkata, "Ibnu Taimiyah berkata: yang benar, orang yang ghaib (tidak hadir di tempat) jika meninggal di suatu negeri, tidak ada yang menyalatkannya di sana, maka dishalatkan ghaib sebagaimana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam manyalatkan ghaib raja Najasyi, karena dia meninggal di tengah-tengah orang kafir dan tidak ada yang menyalatkannya. Dan jika telah dishalatkan di tempat dia meninggal maka tidak dishalatkan ghaib, karena kewajiban menyalatkannya telah gugur dengan shalat kaum muslimin di tempatnya meninggal."

. . . yang benar, orang yang ghaib (tidak hadir di tempat) jika meninggal di suatu negeri, tidak ada yang menyalatkannya di sana, maka dishalatkan ghaib sebagaimana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam manyalatkan ghaib raja Najasyi, . .

Terdapat riwayat dari Imam Ahmad dalam Al-Inshaf (2/533), "dia dishalatkan ghaib jika tidak ada yang menyalatkannya. Dan jika (sudah dishalatkan) maka tidak dishalatkan ghaib. Inilah pendapat yang dipilih oleh Syaikh Taqiyuddin, Ibnu 'Abdil qawi, dan pemilik kitab an-Nadzam dan Majmal al-Bahrain).

Ibnul Qayim juga memilih pendapat ini. Beliau beralasan bahwa riwayat yang menyebutkan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyalatkan seorang sahabat, namanya Mu'awiyah bin Abi Mu'awiyah, tidak benar. (Lihat Zaadul Ma'aad: 1/145)

Imam Ibnu Abdil Barr, Al-Baihaqi, dan Adz-Dzahabi rahimahumullah berkata, "sesungguhnya sanad-sanad hadits shalatnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam atas Mu'awiyah bin Abi Mu'awiyah tidak kuat." (lihat 'Aunul Ma'bud: 9/19).

Tujuan dalam shalat ghaib

Tujuan syar'i dari shalat ghaib adalah mendoakan dan memintakan ampun untuk mayat, sebagaimana yang diriwayatkan Abu Hurairah radliyallah 'anhu, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengumumkan kematian raja Najasyi kepada para sahabatnya, kemudian beliau bersabda, استغفروا له "mintakan ampun untuknya." (HR. Ahmad dalam Al Musnad)

Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma'ad (1/141) berkata, "maksud dari shalat janazah adalah mendoakan si mayit."

"maksud dari shalat janazah adalah mendoakan si mayit." Ibnul Qayyim

Namun perkara baru muncul akhir-akhir ini, menjadikan shalat ghaib sebagai shalat pujian, memuliakan, menunjukkan sikap baik dan simpati, dan sebagai dukungan. Ini sudah keluar dari tujuan shalat ghaib yang syar'i. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

"siapa yang melaksanakan satu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami maka tertolak."

Lebih parah lagi, terkadang shalat ini dilaksanakan untuk orang yang tidak boleh dishalatkan, sebagaimana firman Allah,

وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ

"Dan janganlah kamu sekali-kali men-shalat-kan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik." (QS. At-Taubah: 83)

Ibnur Rusyd berkata, "para ulama berijma' untuk tidak menyalatkan orang-orang munafik walaupun mereka mengucapkan kalimat syahadat." (Bidayatul Mujtahid: 1/239).

Bahkan orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, menghalangi jalan Allah, berhukum dengan selain syariat-Nya, dan memberikan loyalitas kepada musuh-musuh Islam juga dishalatkan ghaib. Laa Haula walaa Quwwata Illaa Billaah.

Bahkan orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, menghalangi jalan Allah, berhukum dengan selain syariat-Nya, dan memberikan loyalitas kepada musuh-musuh Islam juga dishalatkan ghaib. Laa Haula walaa Quwwata Illaa Billaah.

Seandainya tujuan shalat janazah adalah untuk memuliakan, memuji, menunjukkan simpati dan dukungan maka orang yang palling berhak dishalatkan secara ghaib ketika meninggalnya adalah Rasulullah dan para Khuafaur Rasyidin serta para imam yang lurus dan orang-orang sesudah mereka.

Kita memohon kepada Allah agar memberikan petunjuk kebenaran dengan izin-Nya kepada kita dalam masalah-masalah yang diperselisihankian. Sesungguhnya Allah Maha kuasa berbuat segala sesuatu.

Semoga shalawat dan salam terlimpah untuk Nabi kita Muhammad, keluarga, dan para sahabatnya. Amiin. (PurWD/Tawhed. ws)


• Disadur dari tulisan Syaikh Imam Mujahid Hamud bin 'Uqala asy-Syu'aibi rohimahullah, diterjemahkan oleh Purnomo WD.

sumber => http://www.voa- islam.com/ trivia/ibadah/ 2010/01/06/ 2448/hukum- shalat-ghaib/


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Tuesday, February 23, 2010

KENAL ALLAH DAHULU BARULAH SYARIAT-NYA

بسم الله الرحمن الرحيم


Di dalam ajaran Islam, mengenal Allah lebih dahulu adalah perkara yang pertama dan utama
Selepas itu barulah mengenal Allah agar hamba-hamba- Nya
Di kalangan manusia cinta kepada-Nya

Pepatah melayu ada berkata: Tidak kenal maka tidak cinta
Percaya sahaja adanya Allah tapi tidak kenal Allah sudah tentu cinta tidak berbunga
Tidak cinta kepada Allah, syariat-Nya tidak orang tidak akan menghormati

Mari kita mengenal Allah agar kita cinta kepada-Nya
Allah yang mencipta dunia Akhirat dan seluruh isi-Nya
Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya
Dia adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar,
Maha Berkehendak dan kehendak-Nya tertunai segala-galanya

Allah adalah mengadakan dan mentiadakan, mematikan dan menghidupkan
Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat
Kerana keadilan-Nya

Allah adalah segala-galanya
Dialah yang memberi makan dan minum,
Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan
Dia juga menyenangkan dan menyusahkan,
Memiskinkan dan mengkayakan
Menjatuhkan dan menaikkan seseorang atau sesuatu bangsa

Memberi rahmat dan nikmat,memberi nikmat dan bala bencana
Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan
Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka
Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan dan hukuman-Nya

Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya
Siapa yang masuk syurga adalah dengan rahmat-Nya

Allah adalah Zat yang Maha Esa,
Tidak ada bandingan dan tandingan
Tidak ada penyamaan dan penyerupaan
Maha suci daripada penyerupaan dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan

Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang mengetahui
Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui
Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa dapat mengetahui

Kuasa atau kudrat-Nya bukan dengan tenaga
Kehendak-Nya bukan dari perasaan-Nya
Tuhan tidak ada perasaan macam manusia
Yang berkuasa dan berkendak adalah Zat-Nya

Begitu juga melihat,mengetahui, mendengar adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha Qahhar dan Jabbar


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Monday, February 22, 2010

KERANDA PERTAMA DALAM ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم



Sayyidah Fatimah Az-Zahra adalah tokoh wanita panutan kaum muslimah, beliau yang pertama merencanakan keranda bagi jenazah. Ia pernah difitnah oleh kaum Syi’ah.

Hampir setiap mayat kaum muslimin yang akan dibawa ke kubur, dimasukkan ke dalam keranda. Di Timur Tengah, memang masih umum, jemaah takziah mengusung mayat tidak memakai keranda, sehingga tubuh si mayat terlihat. Namun untuk jenazah kaum muslimah, dimasukkan keranda, sehingga tidak terlihat oleh umum. Lalu siapakah yang mengenalkan keranda kepada umat Islam?

Dalam sejarah Islam, yang memperkenalkan keranda, khususnya untuk jenazah kaum muslimah, adalah Sayidah Fatimah az-Zahra, putri tercinta Rasulullah SAW. Ceritanya begini:

Suatu hari, Siti Fatimah merasa bahwa ajalnya telah dekat. Beliau berkata kepada Asma’ binti Umais, istri Khalifah Abubakar ash-Shiddiq, yang hampir setiap hari berada di rumahnya. “Saya kurang senang atas apa yang diperbuat terhadap wanita jika meninggal, yaitu hanya ditutupi dengan kain, sehingga bentuk badannya terlihat,” kata Fatimah kepada Asma’.

“Apakah engkau mau aku tunjukkan sesuatu yang pernah aku lihat di Habasyah (Ethiopia sekarang),” ujar Asma’.

“Coba tunjukkan?”

Asma’ membuat keranda dari pelepah pohon kurma, kemudian di atasnya ditaruh kain. Begitu Siti Fatimah melihat keranda tersebut, beliau sangat gembira dan tertawa seraya berkata, “Alangkah baiknya ini. Semoga Allah menutupimu sebagaimana engkau menutupiku (kelak). Nanti, jika aku mati, mandikanlah aku bersama Ali, dan jangan ada orang lain yang ikut memandikanku. Setelah itu, buatkan keranda seperti itu untukku.”

Siti Fatimah tahu ajalnya sudah dekat karena pernah mendapat bisikan Nabi bahwa ia akan menyusul meninggal tidak lama setelah Rasulullah wafat. Tepat enam bulan setelah Rasulullah wafat, Fatimah meninggal pada hari Senin malam Selasa, 3 Ramadhan 11 Hijriah pada umur 28 tahun.

Berita kematian Fatimah cepat sekali meluas ke seluruh Medinah, sehingga tidak lama kemudian para sahabat sudah berdatangan. Mereka berduyun-duyun mengunjungi kediaman Imam Ali, suaminya, untuk bertakziah. Para sahabat benar-benar merasa sedih. Sebab baru enam bulan Rasulullah meninggalkan mereka, kini putrinya, yang menjadi panutan mereka, menyusul ayahandanya. Sungguh suatu kejadian yang tidak diinginkan oleh mereka, karena Fatimah sangat dicintai dan dihormati oleh semua sahabat.

Sesuai dengan wasiat beliau, yang memandikannya adalah Imam Ali dan Asma’ binti Umais. Sedang yang bertindak sebagai imam salat jenazah adalah Imam Ali. Dalam riwayat lain disebutkan, imamnya adalah Abbas bin Abdul Muthalib, pamannya. Fatimah dimakamkan di Pemakaman Baqi, tidak jauh dari Masjid Nabawi. Dan yang menurunkan jenazah Fatimah ke liang lahad adalah Imam Ali, Abbas bin Abdul Muthalib, dan Fadhel bin Abbas.

Siti Fatimah dikenal sebagai wanita yang berakhlak mulia, sopan dan santun, tidak sombong, dan rendah hati, meski beliau adalah kesayangan Nabi. Fatimah juga dikenal sebagai wanita yang berperangai lemah lembut dan ramah dalam bertutur kata, serta tidak memiliki rasa ghil – rasa tidak senang dalam hati. Karena itulah, tidak salah jika beliau mendapat gelar Sayyidah Nisa’ Ahlil Jannah, sebab tanda-tanda penghuni surga adalah tidak ada rasa ghil dalam diri mereka. Karena itulah banyak penulis riwayat Siti Fatimah yang menolak anggapan bahwa Fatimah wafat dalam keadaan dendam kepada orang lain karena urusan duniawi.

Anggapan salah ini sering diembus-embuskan oleh kaum Syi’ah ekstrem, yang disangkanya biar dianggap sangat mencintai Fatimah, tetapi hakikatnya justru menorah citra buruk pada putri kesayangan Nabi ini. Beberapa contoh kisah di bawah ini bisa dijadikan bukti.

Menurut kaum Syi’ah ekstrem itu, sebagaimana dikutip Habib Ahmad bin Zein Alkaf dalam bukunya Fathimah At-Thohiroh ra, Fatimah meninggal dunia dalam keadaan dendam kepada Abubakar, karena persoalan warisan tanah yang dirampas oleh khalifah pertama dalam Islam itu.

Pantaskah Siti Fatimah RA mempunyai sifat dendam terhadap orang lain? Apalagi terhadap orang yang sangat berjasa terhadap ayahnya?

Fatimah adalah putri Rasulullah, yang otomatis telah mendapat pendidikan agama dari beliau, sehingga tidak diragukan lagi bahwa ia telah mewarisi sifat-sifat baik ayahnya, seperti al-akhlaqul karimah, akhlak yang mulia; al-‘afwu’indal maghdirah, pemberi maaf di saat dia dapat membalas; dan husnuzhan, berprasangka baik- serta sifat-sifat baik Rasulullah lainnya. Karena itulah, Rasulullah memberikan gelar kepadanya, Sayyidah Nisaa Ahlil Jannah, Penghulu Wanita Ahli Surga.

Dengan demikian dapat kita pastikan Siti Fatimah tidak mungkin mempunyai sifat dendam, karena sifat dendam itu bukan sifat ahli jannah. Dan yang pasti, beliau mempunyai sifat pemaaf, sifat yang menempel pada ahli jannah. Tuduhan bahwa Siti Fatimah meninggal dalam keadaan dendam, dalam kisah itu, merupakan fitnah sekaligus penghinaan. Sebab, sekali lagi, beliau jauh dari sifat-sifat itu.

Adapun tentang masalah warisan Rasulullah SAW, Siti Fatimah dan Imam Ali serta para istri Rasulullah dan keluarga pamannya, seperti Abbas, telah menerima dengan baik keputusan Khalifah Abubakar, karena keputusan tersebut sesuai dengan perintah Rasulullah. Begitu pula keputusan itu telah berlaku di zaman Khalifah Umar dan Khalifah Utsman, bahkan di zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib tetap dilaksanakan.

Andai kata keputusan Khalifah Abubakar tersebut oleh Imam Ali dianggap tidak benar dan melanggar agama, pasti akan diubahnya, dan pasti warisan tanah itu akan diserahkan kepada pemiliknya. Keputusan Abubakar mengambil hak tanah Nabi juga didasarkan pada sabda Nabi sendiri, yaitu, “Kami para nabi tidak mewariskan, apa yang kami tinggalkan menjadi sedekah.” (HR Bukhari).

Dengan dasar hadits tersebut, peninggalan Rasulullah yang berupa sebidang tanah perkebunan di Fadak, dikuasai dan dikelola pemerintah, kekhalifahan. Selanjutnya, oleh Khalifah Abubakar, segala sesuatu dari hasil kebun tersebut digunakan untuk keperluan keluarga Rasulullah dan sebagian diberikan kepada fakir miskin.

Namun, yang mengherankan dan menjadi tanda Tanya, mengapa dalam masalah tanah Fadak para ulama Syi’ah selalu menjadikan Siti Fatimah sebagai pelaku tunggal, padahal bukan hanya beliau yang berkepentingan. Mengapa bukan Sayyida Abbas, paman Rasulullah, atau istri-istri Rasulullah? Pengikut Syi’ah itu katanya mencintai Fatimah, tetapi mengapa justru menjadikan beliau objek penghinaan?

Fitnah yang lain, Siti Fatimah berwasiat: kalau meninggal, beliau melarang para sahabat menyalatinya, bahkan mereka pun dilarang masuk ke rumahnya. Semua fitnah itu sudah terbongkar sebagaimana cerita di atas. Mungkin masih ada cerita fitnah lainnya, yang pada intinya mengadu domba Fatimah, sebagai anggota ahlulbait, dan para sahabat. Namun kita mesti tetap berbesar hati, sebab selalu saja ada ulama yang berpegang pada kebenaran dan akan meluruskan kisah yang sebenarnya pula, sehingga segala fitnah itu tersibak dan hilang dengan sendirinya sebagaimana lenyapnya kegelapan setelah fajar tiba.

sumber:http: //assalaf. blog.m3-access. com/posts/ 43982_Keranda- Pertama-dalam- Islam.html


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...