بسم الله الرحمن الرحيم
PAS Desak Dasuki Ahmad Dan Harussani Zakaria Letak Jawatan
Lajnah Pekerja & Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap cuai, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB), Dato’ Dasuki Ahmad dan Penasihat Syariah ARB, Tan Sri (Dr) Harussani Zakaria yang juga Mufti Kerajaan Perak sehingga menyebabkan ARB terbabit dengan pelaburan dalam syarikat judi terbesar, Magnum Corporation.
Selain Dasuki yang tersohor sebagai ulama Umno, Harussani juga amat dikenali dalam bidang agama, dan dilihat sebagai orang yang berilmu, sekalipun banyak kenyataannya dipersoalkan khususnya dalam isu-isu politik kerana menyebelahi Umno.
Atas rasa integriti, PAS mendesak agar kedua-dua mereka meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Penasihat Syariah kerana gagal memikul tanggungjawab, sebaliknya mengkhianati amanah yang diberikan bagi memulihara, mengawasi dan memantau perjalanan ARB dari terjebak dengan aktiviti dan pelaburan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.
PAS memandang serius pembabitan ARB dalam pelaburan judi, dengan mengambil kira Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Ma'idah ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan tenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya."
ARB yang menjalankan tugas memegang amanah rakyat seharusnya bebas dan bersih daripada sebarang label dalam syarikat perjudian sekalipun penyertaan ARB dalam pelaburan judi untuk mendapatklan keuntungan jangka pendek dan segera.
PAS sangat kecewa kerana individu yang dipertanggungjawabkan menjaga ARB terdiri dari orang berilmu agama, dihormati dan berpengaruh, gagal menyelia syarikat ini dan ini sekaligus menanam persepsi buruk orang ramai terhadap orang alim atau ulama yang bijak memperkatakan hukum hakam tetapi tidak praktikal.
Oleh yang demikian, kedua-dua tokoh agama ini mestilah meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggung jawab terhadap pembabitan ARB melabur dalam syarikat judi.
TARMIZI MOHD JAM
Setiausaha Lajnah (Biro) Pekerja dan Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan -
Note: Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Saturday, May 15, 2010
ULAMA UMNO MELABUR KENERAKA
RAKYAT RUGI RM540 JUTA.. MENTERI BODOH PUNYA KERJA
بسم الله الرحمن الرحيم
Pos Malaysia Rugi RM540 Juta, Siapa Perlu Bertanggungjawab ?
POS Malaysia mengalami kerugian besar diluar jangkaan RM540 juta dalam kira-kira kewangan tahun 2009. Ia berpunca dari kesilapan dan kerugian pelaburan dalam firma Transmile Group Bhd. Kerugian itu telah dipersalahkan kepada pihak pengurusan dan beberapa pengarah Pos Malaysia termasuk bekas pengerusinya, Tan Sri Adam Kadir.
Pihak pengurusan Pos Malaysia dianggotai oleh Ketua Eksekutif (CEO) dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang dilantik dan diberi kepercayaan oleh Khazanah untuk mengurus dan melakar perancangan bagi menambah pendapatan Pos Malaysia. Namun, pelaburan yang dilakukan CEO syarikat itu dalam Transmile Group mengalami kerugian tidak terduga yang belum pernah berlaku dalam sejarah penubuhan syarikat itu.
Beberapa tokoh pemimpin Umno dan bukan Umno sudah menuding jari kepada Kementerian Kewangan kerana memilih dan melantik beberapa tokoh korperat yang menjawat jawatan di dua syarikat GLC sekaligus. Mereka berpendapat, adakah negara sudah kekurangan tokoh korperat dan bijak pandai sehingga GLC diurus sedemikan rupa. Mereka menyaran supaya supaya Kementerian Kewangan lebih serius dalam memilih mereka yang layak menjadi CEO serta mengkaji semula kaedah perlantikan CEO dengan lebih teliti.
Sudah kedengaran kritikan apakah perlantikan pegawai tinggi syarikat itu dibuat berdasarkan kepakaran mereka yang sebenar atau hubungan istimewa mereka dengan
orang-orang tertentu di Kementerian Kewangan. Dalam hubungan ini, mereka mendesak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop menjalankan siasatan dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana Pos Malaysia boleh mengalami kerugian begitu besar.
Ahli Parlimen Bayan Baru yang baru keluar PKR dan menjadi AP bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut mendesak Nor Mohamad menjelaskan perlantikan lapan individu daripada Dana Harta Berhad sebagai CEO dalam GLC yang menurutnya agak keterlaluan. Zahrain mempertikai sama ada motif perlantikan CEO dibuat bersandarkan kelayakan atau sejarah hubungan mereka dengan Nor Mohamad.
Nor Mohamad menafikan sekerasnya penglibatannya dalam sebarang keputusan sehingga menyebabkan Pos Malaysia mengalami kerugian. Menurut beliau, keputusan sepenuhnya diambil dan diputuskan pihak pengurusan dan lembaga pengarah Pos Malaysia sebagai pegawai yang telah diberi amanah dan tiada kena mengena dengan beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab merestui perlantikan pegawai berkenaan.
Episod ini sudah menimbulkan tuduhan daripada beberapa individu kepada Nor Mohamad yang didakwa cuba menafikan situasi sebenar yang sudah berlaku dalam Pos Malaysia. Malah Nor mendakwa tuduhan terhadapnya oleh individu-individu itu sejak kebelakangan ini agak keterlaluan seolah-olah mempunyai agenda terselindung secara teratur oleh pihak tertentu. Bekas Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Adam Kadir dikatakan akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendedahkan cerita sebenar episod itu dengan bukti dokumen yang sudah dikumpul mengenai salahlaku pengurusan yang oleh pihak Khazanah.
Adam dalam sidang akhbar menggesa kerajaan supaya mengkaji dengan teliti kepimpinan Khazanah yang menurutnya cuba menguasai sepenuhnya pengurusan Pos Malaysia. Menurutnya, pengurusan Khazanah sudah mengeluarkan RM800 juta dari simpanan (reserved) Pos Malaysia dan mengarahkan pembelian dan pelaburan saham tertentu RM40 juta dalam Transmile Group Bhd yang akhirnya mengakibatkan kerugian tidak diduga syarikat setengah billion ringgit. Adam juga mendesak Najib menghalang cadangan penjualan 33 peratus saham kerajaan yang berada dalam tangan Khazanah kepada syarikat swasta kerana isu itu amat sensitif kepada negara. Katanya, perkhidmatan Pos begitu kritikal kepada rakyat dan tidak seharusnya jatuh ke tangan pihak swasta. Persoalan timbul, siapakah yang patut dipersalah dalam episod itu? Adakah pengurusan Pos Malaysia yang dianggotai CEO dari Khazanah atau menteri yang melantik mereka? Dari episod yang sudah berlaku, pihak pengurusan dan petadbiran perlu bertanggungjawab kerana kelemahan mereka membuat keputusan sehingga syarikat mengalami kerugian besar RM540 juta. CEO Pos Malaysia dan semua pengarah serta pengerusinya harus menjawab kepada kerajaan dan rakyat bagaimana mereka telah membuat pelaburan yang silap dan sepatutnya dihukum sewajarnya dengan kesilapan besar itu.
Dalam organisasi dan cara pengurusan syarikat korperat terbesar dunia, CEO yang gagal menjalankan tugas akibat dari salah keputusan atau kurang berprestasi seperti yang diharapkan seharusnya dipecat dan diganti dengan tokoh lain yang lebih layak. Jika kerugian begitu besar dan berlaku penyelewangan ketara, pegawai tinggi syarikat terlibat harus didakwa kerana perbuatan sengaja tidak amanah mereka menyebabkan kerajaan atau syarikat kerugian yang tidak sepatutnya. Ini hukuman biasa yang patut dikenakan kepada mereka jika mahkamah mendapati mereka bersalah dengan hukuman penjara atau denda yang setimpal.
Dalam kes terbaru melibatkan syarikat korperat terkenal saham, bank pelaburan dan kewangan antarabangsa di barat, ramai pegawai tinggi dan pengarah yang didapati bersalah oleh mahkamah akhirnya disumbat dalam penjara kerana perbuatan curang dan serong mereka. Namun, jika syarikat mengalami kerugian akibat salah percaturan dalam membuat pelaburan, hal itu diselesaikan dengan perletakan jawatan secara sekarela atau pemecatan pegawai berkenaan oleh pihak pengurusan tertinggi. Itupun bergantung kepada budibicara pengurusan organsisasi itu atau kerajaan terlibat untuk mengambil tindakan lebih keras dan sewajarnya jika kesilapan itu tidak boleh dimaafkan atau berlaku kecuaian yang disengajakan.
Dalam kes Pos Malaysia, jika PM Najib ingin kerajaan berlaku jujur dan adil kepada rakyat – kerana perkhidmatan pos melibatkan kepentingan asas rakyat – mereka yang terlibat dan didapati melakukan kesalahan atau kecuaian yang menyebabkan kerajaan kerugian RM540 juta, seharusnya dihadapkan segera ke muka pengadilan untuk mendapat keadilan yang sewajarnya. Dan jika berlaku penyelewangan yang sengaja dan ketara melibatkan kerugian wang rakyat yang begitu banyak, pegawai terlibat tidak boleh diampunkan dan patut diberi hukuman setimpal tidak mengira statusnya sebagai kawan atau pegawai yang sudah lama bertugas.
Menteri atau CEO Khazanah yang membuat keputusan melantik pegawai berkenaan harus turut bertanggungjawab secara tidak langsung kerana salah memilih mereka sehingga kerajaan kerugian setengah billion ringgit. Siapakah yang patut membayar kerugian besar itu? Adakah pegawai CEO dan pengarah yang membuat kesilapan itu perlu membayar jumlah kerugian itu? Adakah menteri terlibat dan CEO Khazanah berkenaan boleh lepas tangan tanpa perlu menjawab kepada rakyat sedangkan secara langsung atau tidak, mereka ada sedikit saham dalam kesilapan keputusan dan kerugian yang sudah berlaku?
Episod ini tidak boleh dipendam dan disimpan dibawah karpet. Ianya memerlukan ketulusan Najib untuk menyelesaikannya secara bijaksana dan adil sesuai dengan gagasan 1Malaysianya; kepentingan rakyat didahulukan, pencampaian diutamakan. Beliau tidak boleh menutup kes itu dengan seribu alasan seperti yang lazimnya diketahui umum. Beliau harus berterus terang dan mengambil tindakan sewajarnya kepada yang terlibat kerana ia melibatkan kerugian wang rakyat yang bukan sedikit sekaligus menunjukkan kelemahan kerajaan BN dan menterinya dalam memilih dan melantik pegawai yang berkebolehan bagi menjayakan rancangan pembangunannya.
IZMAS, 13hb Mei, 2010
Note: Baca di sini juga..>>> Lagi Harta Rakyat Kena Jual
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
GULAI DAGING SALAI
بسم الله الرحمن الرحيم
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging salai
250 gm cili padi
5 cm kunyit hidup
3 batang serai
500 gm santan
5 keping asam gelugur
300 gm terung telunjuk
5 tangkai cili hijau (belah dua)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Daging dipotong nipis-nipis.
2. Cili padi dan kunyit dikisar halus.
3. Jerangkan periuk dan masukkan daging, cili, serai, asam gelugur. Didihkan sehingga daging empuk.
4. Masukkan santan, garam, terung dan cili hijau.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Angkat dan hidangkan.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Friday, May 14, 2010
PERSATUAN KATAK SEMALAYSIA DAPAT AHLI BARU
بسم الله الرحمن الرحيم
Anggota Parlimen Wee Choo Keong Keluar PKR
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong hari ini mengisytiharkan keluar Parti Keadilan Rakyat(PKR) kerana kesal dengan kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.
Katanya beliau setakat ini tidak bercadang menyertai mana-mana parti dan akan menjadi anggota Parlimen Bebas.
"Saya mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatan dalam PKR setelah kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR dan pakatan rakyat yang gagal mengambil tindakan sewajarnya berkenaan isu pasir di Dengkil.
"Saya merasakan saya tidak boleh lagi menyumbangkan khidmat dalam keadaan sebegini terutamanya isu-isu yang saya sendiri tidak boleh percayai," katanya pada sidang akhbar di sini.
Wee, seorang peguam berkata beliau telah memaklumkan peletakan jawatannya kepada majlis tertinggi PKR.
"Saya tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik setakat ini kerana saya ingin menumpukan pembangunan di kawasan saya dulu. Kepentingan rakyat mestilah didahulukan dan bukannya semata-mata untuk tujuan politik," katanya.
Katanya beliau mengambil keputusan keluar parti kerana berpegang pada prinsip menentang sekeras-kerasnya rasuah di kalangan anggota pakatan pembangkang sendiri.
Beliau turut menafikan tindakannya keluar parti disebabkan pilihan raya kecil Parlimen Sibu Ahad ini.
"Ini semua tidak berkaitan dengan pilihan raya Sibu kerana saya berpegang kepada prinsip saya yang menentang sekeras-kerasnya rasuah di kalangan ahli Pakatan Rakyat itu sendiri," katanya.
Wee berkata skandal pasir "amat menjelikkan" kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedar mengenai perkara itu sejak awal Februari tahun ini kerana anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dari DAP telah membuat laporan rasmi kerpada anngota Exco kerajaan negeri Ronnie Liu.
Abdul Khalid tidak mengambil tindakan dan lebih-lebih lagi, apabila dokumen mengenai skandal itu diserahkan kepadanya, "beliau mencabar YB Manikavasagam untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," kata Wee.
Beliau merujuk kepada anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam yang membuat laporan polis semalam terhadap beberapa pengarah sebuah syarikat pasir milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan negeri menerusi pejabat Abdul Khalid selaku Menteri Besar.
Wee turut menyelar penasihat DAP Lim Kit Siang.
"Kita semua tahu yang YB Lim Kit Siang dengan cepat mengeluarkan kenyataan menggesa ditubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung perkara yang beliau anggap sebagai kepentingan awam. Tetapi apabila melibatkan perkara serius seperti ini, orang akan fikir yang YB Lim akan mengambil tindakan ke atas anak didiknya, YB Ronnie Liu, kerana gagal bertindak pada Februari 2010," katanya.
- BERNAMA
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
EZAM KUTUK NAJIB KAW-KAW AKHIRNYA DAPAT SENATOR.. YANG CIUM TANGAN NAJIB DAPAT APA?
بسم الله الرحمن الرحيم
Ni la yang pencacai2 umno hangin ni. Ezam kutuk najib kaw-kaw tapi senang2 jer dapat jadi senator. Yang dok menyembah najib hari-hari hapah pun x dpt. La nie plak si bapak katak dah nampak jalan. Kot dia pun akan dipilih jadi senator mcm ezam. maklum jer la . Si tua kutuk ni usia pun dah senja. PRU 13 pun tak lama lagi. Peluang nak bertanding mmg xder laa.. Jadi apa yg dapat dilakukan hanyalah dok mengipas buntut najib. Tu yang persatuan katak semalaysia dok saja je bila judi dihalalkan oleh najib.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
ALHAMDULILLAH TAWARAN TELANJANG TAK PUTUS-PUTUS
بسم الله الرحمن الرحيم
FASHA... Duyung tak dedah tubuh keterlaluan
MENGIKUTI jejak seniwati veteran, Suraya Haron dan pelakon kacukan, Maya Karin Roelcke, seorang lagi pelakon jelita tempatan bertukar menjadi duyung
Dia tidak lain daripada aktres seksi Fasha Sandha yang membintangi drama bersiri terbaru, Duyung Aridinatha yang kini rancak menjalani penggambaran di Pulau Lang Tengah, Terengganu.
Dalam drama arahan Adam Hamid terbitan Zeel Productions itu, Fasha melakonkan watak utama sebagai Cleo. Drama itu bagi mengisi slot Lagenda di TV3 tidak lama lagi.
Kata Fasha, ia bermula dengan kisah Cleo pergi bercuti di sebuah pulau bagi menghilangkan 'stress' kerana masalah keluarga. Tiba-tiba dia bertemu dengan seekor duyung lelaki yang meninggalkan kehidupan di lautan dan mahu menjalani hidup sebagai manusia biasa. Namun, kerana terlalu rapat, mereka akhirnya jatuh cinta.
Tercetus persoalan, adakah Fasha akan memperdagangkan tubuhnya yang seksi itu untuk menzahirkan watak duyung?
"Memang saya kena pakai sut khas duyung tapi ia tidaklah terlalu seksi. Ia menepati peraturan yang ditetapkan pihak TV3. Sut ini direka khas dan tidak meniru mana-mana sut duyung termasuk yang dipakai Maya Karin dalam filem Duyung. Agak susah juga untuk saya sesuaikan diri dengan sut ini pada mulanya.
"Saya juga kena jalani latihan berenang selama seminggu bagi menyesuaikan diri dengan watak Cleo. Sebenarnya, saya boleh berenang dan sejak kecil lagi tidak takut dengan laut. Sejak 5 Mei lalu saya sudah berkampung di Pulau Lang Tengah dan penggambaran hanya akan berakhir pada 23 Mei nanti. Saya ibaratkan penggambaran ini macam bercuti di pulau.
"Maklumlah sebelum ini saya dah bertungkus-lumus menyiapkan drama Dia Atilia, terbitan Orange Tree Production sebanyak 26 episod untuk Astro Prima. Saya pegang watak utama sebagai Atilia yang bersifat tomboi. Karakternya lebih kasar daripada watak Nia lakonan saya dalam filem 9 September.
"Sejak kebelakangan ini, watak yang saya bawakan mula berbeza berbanding dulu. Watak Cleo dalam Duyung Aridinatha juga agak kasar mulanya.
"Saya juga akan muncul dalam drama Perigi Kontang di TV3 yang akan ditayangkan bulan ini. Drama arahan Yeop Hitler terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd ini menampilkan cerita seorang anak yang terpaksa mewarisi saka ibunya," kata Fasha.
Selain itu dia akan tampil dengan filem terbaru, 4 Madu arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen dan Malaysian Ghostly Tales arahan James Lee.
Menyentuh soalan peribadi, Fasha secara jujur akui tidak mahu memikirkan lagi soal jodoh. Setelah dua kali mengalami kegagalan dalam bercinta, dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu.
"Saya tak mahu terlalu mencintai dan dicintai kerana boleh buat hati sendiri terluka. Saya lebih suka bercinta dengan karier dan habiskan masa dengan kerja. Cukuplah saya banyak buat kesilapan dalam hidup dan takkan mengulangi kesilapan sama. Semua yang berlaku saya jadikan pengajaran.
"Ada baiknya saya fokus pada karier dan bergembira dengan keluarga tersayang. Lagipun jadual lakonan saya memang sudah penuh sekarang," katanya yang memilih setiap hujung tahun untuk bercuti bersama keluarga.
Terbabit dalam 15 filem setakat ini dan berlakon lebih 20 drama mampu meletakkan nama Fasha kukuh di persada seni tanah air.
Pencapaian yang diraih dalam tempoh tujuh tahun bermula pada 2004 menerusi watak pembantu dalam filem Black Maria boleh dibanggakan pelakon berusia 26 tahun ini.
Namun, populariti yang diraih turut seiring dengan sensasi dan kontroversi yang melingkari sekitaran karier dan kehidupannya. Ada saja gosip yang diperkatakan mengenai pelakon yang pernah meraih anugerah Pelakon TV Wanita Popular 2005, Pelakon TV dan Filem Popular 2006 serta Pelakon Filem Popular 2007 ini.
Bagaimanapun, tolak tepi segala kontroversi kerana perhatian Fasha sekarang hanya bertumpu kepada lakonan. Mahu membuang jauh-jauh cerita kurang enak sebelum ini, dia menyifatkan kontroversi yang ditimbulkan adalah cerita lama dan tidak perlu diungkit lagi sekarang.
"Saya sibuk dengan tawaran berlakon. Alhamdulillah tawaran tak putus-putus. Kontroversi yang dicetuskan itu hanya cerita lama. Penerbit dan pengarah sekarang tak lagi fikirkan isu remeh-temeh kerana pentingkan artis yang komited dengan kariernya. Jadi, apabila orang hendak kaitkan saya dengan kontroversi, ia adalah isu lapuk.
"Sebab itulah saya masih diambil berlakon kerana komitmen saya dengan kerja mengatasi segala-galanya. Saya juga tiada masalah nak digandingkan berlakon dengan mana-mana pelakon meskipun timbul pelbagai cerita tak elok. Peminat sekarang dah pandai menilai sesuatu cerita apabila fitnah yang dilemparkan tiada kebenarannya.
"Mereka juga menilai bakat dan komitmen pelakon berbanding cerita lain. Benda dah lama dan orang pun dapat menilai semua cerita tak boleh dipercayai bulat-bulat. Peminat adalah simbol kekuatan. Saya bersyukur kerana peminat dan keluarga sentiasa berada di belakang saya.
"Terima kasih juga kepada penerbit dan pengarah kerana lebih mementingkan komitmen seseorang pelakon apabila memberi peluang berlakon daripada melihat cerita remeh- temeh yang ditimbulkan. Biasalah lumrah jadi artis, tak semua yang saya buat akan disukai orang,
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
FRIENDS AWARD
بسم الله الرحمن الرحيم
Award dari sahabat fasyabdynovelistp
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Thursday, May 13, 2010
HARUS SANA SINI BUKAN BERMAKSUD HALAL SANA SINI
بسم الله الرحمن الرحيم
Judi : Akhirnya Harussani Bidas Najib
Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak
Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.
Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.
“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.
Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.
“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.
Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.
“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.
Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.
“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram. -TVS
Ulasan:
Jika demikian jawapan Mufti Harussani, apa pula hukum orang yang menyokong pihak yang meluluskan judi? Tidakkah itu juga syubahat namanya? - GB
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
MENGAPA KATAK MEMBISU SERIBU BAHASA?
بسم الله الرحمن الرحيم
Esok Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan satu demontrasi berhubung JUDI HALAL yang akan diadakan pada tarikh masa & tempat berikut:-
Tarikh : 14 Mei 2010 / 29 Jamadilawal 1431 (JUMAAT)
Masa : 1.30 Tengahari (Selepas Solat Jumaat)
Tempat : Perkarangan Masjid Jamek Kg. Bharu, Kuala Lumpur
Sehubungan dengan itu rakyat Malaysia masih menunggu APA KATA MEREKA. Kecuali Tan Sri HARUS sani Zakaria yang membelasah DS Najib dan koncu-koncunya, yang lain masih membisu seribu bahasa. Noh Gadut pun patut beri komen.
KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) mencabar pemuda Umno dan PERKASA agar mengeluarkan suara dan menyatakan pendirian mereka berkait lesen judi yang telah dihalalkan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.
Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi, jika PERKASA dan umno tidak menyatakan pendirian mereka ini menunjukkan wajah sebenar mereka yang hanya menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik dan meraih undi bagi meneruskan perjuangan politik sempit mereka.
"Bolehlah dikatakan laungan mereka sebelum ini untuk mempertahankan agama di dalam negara ini hanyalah retorik semata-mata," kata Nasrudin dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.
Menurut beliau, jika dilihat kepada tindak tanduk PERKASA dan Umno sebelum ini berkaitan kes-kes yang melibatkan agama dan akidah, mereka begitu ke hadapan, kononnya mereka pejuang agama yang sejati.
Ketika kempen Pilihan Raya Kecil P094 (PRK P094), PEMUDA Umno juga begitu konsisten dalam memperkatakan tentang arak,judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Begitu juga di dalam kes yang melibatkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh orang bukan Islam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dengan lantang menyatakan pendirian yang hanya orang Islam sahaja yang boleh menggunakan kalimah tersebut sehingga sanggup menulis surat kepada Pope di Vatican City.
"Beliau juga menyatakan bahawa PAS dan PKR tidak tegas di dalam hal ini hanya kerana hendak menjaga ‘sahabat’ di dalam PR," kata beliau lagi.
Pemuda Umno juga kata beliau tidak kurang hebatnya dengan melancarkan demonstrasi jalanan di beberapa tempat.
"Jadi persoalannya, mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram disisi agama? Atau benarkah judi sebenarnya merupakan sumber pendapatan bagi mereka?," soal beliau.
Anda mungkin
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
UMNO ISLAM TULIN, AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.. HAHAHAHA..
بسم الله الرحمن الرحيم
Individu yang sering menjadi rujukan Utusan Malaysia bila bercakap tentang Tok Guru Nik Abd Aziz. Katanya, beliau adalah pengasas Pondok Geting. Namanya Abdullah Sa'amah atau dikenali dengan nama Tok Guru Hj Lah. Ntah kat mana si mangkok ni belajar dulu pun aku x tau.. Universiti of UMNGOK agaknya. Dalam wawancara ini si mangkok ni juga berkata bahawa umnolah islam yang tulin, ahli sunnah wal jamaah. Hahahaa... Ahli sunnah yang menghalalkan judi ke? Hahahaha... apa punya mangkok la paklah seko ni. Yang tukang wawancara tu pun dok sama beria menghangguk mengiyakan apa si tua ni cakap... Hahahaha.... dah ngam la tu.. si bodoh belajar dgn si bongok... sesat lagi menyesatkan.. Ni la agaknya yang Allah sifatkan sebagai anjing....
“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)
Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik. - Riwayat Ibnu ‘Adi.
Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”- Riwayat Abu Daud
Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah
Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Kelak akan ada orang-orang dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebahagian Umatku (Islam).- Riwayat Thabrani dan Abu Nu’aim
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.”- Riwayat Muslim
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi.”- Riwayat Hakim
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang tidak memerhatikan kepentingan rakyat).- Riwayat Bukhari dan Nasae’i.
Dari Ubadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa jalla.- Riwayat Thabrani dan Hakim
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram.”- Riwayat An Nasa’i.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba sehingga muncul 30 dajjal, semua mengaku sebagai utusan Allah, harta bertambah, berlaku huru-hara dan al-Harj berleluasa.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah harj?” Baginda bersabda, “ Bunuh-membunuh.”- Musnad Ahmad, 2/457.
Thariq ibn Shibab berkata, “Kami sedang duduk bersama Abdullah ibn Mas’ud apabila datang seorang lelaki memberitahu waktu solat sudah tiba. Maka kami pun bangun dan menuju ke masjid. Selesai solat, tampil seorang lelaki kepada Abdullah ibn Mas’ud dan berkata, “As-salamu’alaika wahai Abu Abdur Rahman.” Jawab beliau, “Allah dan RasulNya telah berkata benar.” Semasa pulang kami bertanya sesama sendiri, “Kamu dengarkah apa jawapan beliau? Siapakah yang akan tanya beliau mengenainya?” Daku berkata, “Biar saya yang tanya beliau, lalu daku pun bertanya beliau sebaik sahaja beliau keluar. Beliau meriwayatkan dari Baginda s.a.w, : “Sebelum Qiamat tiba, terdapat satu ucapan khusus untuk orang kenamaan; perdagangan tersebar luas sehingga wanita akan turut suaminya dalam perniagaan; perhubungan keluarga akan putus; saksi palsu berleluasa sedang saksi benar akan sukar ditemui dan tulisan tersebar luas.”- Riwayat Ahmad, Musnad, 1/407.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.
“Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." [TMQ Fathir (35) : 5-6].
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
LEMPENG PISANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Bahan-bahan :
• 5 biji pisang berangan
• 1 cawan tepung gandum
• 1 biji telur
• ½ cawan kelapa parut putih
• 2 sudu besar gula
• Sedikit garam
Cara membuat:
1. Lenyek pisang hingga halus dan masukkan semua bahan.
2. Gaul sebati dan ketepikan.
3. Ambil sedikit adunan dan tuang atas kuali. Ratakan dan biar hingga garing. Balik-balikkan agar lempeng masak sekata.
4. Boleh dimakan bersama kuah kari atau sambal ikan bilis.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
DEMOKRASI!!! SLOGAN UMNO MENIPU RAKYAT
بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap pengundi adalah ‘raja’
SIBU 8 Mei - Barisan Nasional (BN) menggangap setiap pengundi adalah ‘raja’ dan berharap setiap seorang daripada mereka tanpa mengira kaum akan membantu dan menyokong BN dalam pilihan raya. Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu, BN perlu mengetahui bagaimana untuk menguruskan golongan itu dengan baik agar tidak hanya mendapat sokongan daripada satu-satu kaum sahaja. “Harapan kita di semua kawasan, sama ada Cina, Melayu, Iban dan lain-lain akan membantu, dan kita telah sebutkan dalam pilihan raya kecil atau umum yang pengundi adalah raja,” kata Timbalan Perdana Menteri. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai sokongan BN di kalangan pengundi bumiputera di Sibu pada sidang akhbar selepas selesai proses penamaan calon untuk PRK Sibu di Dewan Suarah Sibu di sini, hari ini. Katanya, jika dahulu hanya bumiputera yang banyak menyokong calon BN di kawasan ini, adalah diharapkan perkara itu akan berubah dengan semua kaum menyokong dalam pilihan raya kali ini. Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu yang akan diadakan 16 Mei ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Robert Lau Hui Yew, calon DAP, Wong Ho Leng dan calon bebas, Narawi Haron.
Muhyiddin berkata, BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya kecil itu kali ini asalkan jenteranya bekerja keras dan tidak mengambil mudah dalam berkempen mendekati rakyat . “Setiap kali pilihan raya kecil kita tidak menggangap ia mudah, kita mempunyai lebih 50,000 pengundi di kawasan ini yang agak luas. Jadi, kita ingin pastikan semua pengundi yang ditemui akan membantu calon kita,” tambahnya.
Mengenai persediaan jentera parti, beliau berkata, segalanya telah berada dalam keadaan bersedia dan akan digerakkan dengan seberapa efisien yang boleh. “Kita juga tiada ada apa-apa masalah dalaman dan dari segi semangat parti juga amat tinggi sekali,” tambahnya. Muhyiddin berkata, pendekatan dalam menghadapi pilihan raya ini ialah BN akan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai apa-apa jua perkara atau isu yang ditimbulkan pembangkang. Katanya, antara faktor yang dijangka membantu BN juga ialah sumbangan daripada wakil BN sebelum ini, mendiang Robert Lau yang telah banyak berjasa, mencurahkan bakti dan pengorbanan kepada penduduk kawasan ini. “Saya sendiri telah turun ke bawah meninjau kawasan-kawasan yang ada keperluan tertentu. Kita beri perhatian dan membuat perancangan yang lebih supaya warga Sibu yang tinggal di bandar, pinggir bandar, pedalaman dan rumah panjang dapat dibela,” katanya. - Utusan Malaysia 09/05/10
Demokrasi Yang Menipu
Sekali lagi istilah demokrasi dijadikan talian hayat untuk menipu rakyat. Kali ini masyarakat di Sibu akan ditatang dan dijulang oleh penipu-penipu yang menggunakan sihir demokrasi. Rakyat dikatakan sebagai “raja”. Ya, semasa proses pilihanraya terutamanya pilihanraya kecil seperti di Sibu ini, rakyat akan dijulang seumpama raja. Parti-parti yang bertanding akan bertingkahlaku seperti hamba yang cukup taat untuk berkhidmat kepada rajanya. Pada saat inilah kita akan dapat melihat para penjilat dan penipu demokrasi akan berlakon sebagai hamba kepada ‘raja’nya. Sudah pasti ramai di kalangan rakyat yang akan tertipu dengan janji-janji manis yang ditaburkan kepada mereka terutamanya dari kalangan mereka yang tidak mempunyai kesedaran dan pemikiran Islam. Dalam tempoh berkempen ini 1001 macam sihir, silap mata dan apa sahaja yang difikirkan mampu menarik sokongan rakyat akan dilakukan. Ketika ingin memenangi pilihanraya maka rakyatlah yang akan diutamakan tetapi faktanya selepas berkuasa, apa yang akan dikedepankan adalah keinginan dan kerakusan hawa nafsu para politikus demokrasi ini.
Selepas memenangi satu-satu pilihanraya, para pemimpin politik yang berkuasa dengan jalan demokrasi ini akan bertindak sebagai musyarri’ dan mereka akan menggubal undang-undang mengikut hawa nafsu mereka. Dan sudah pastinya undang-undang yang dilahirkan oleh kelompok elit politikus di dalam sistem demokrasi ini akan berpihak kepada mereka dan juga kepada para kroni mereka. Inilah busuknya demokrasi, apabila kekuasaan dan kedaulatan diserahkan kepada rakyat. Keadaan ini berbeda dengan Islam. Dalam sistem pemerintahan Islam (Khilafah) konsep kekuasaan dan kedaulatan itu terpisah. Dalam Islam kuasa untuk mengangkat ketua negara sememangnya merupakan hak rakyat tetapi tidak untuk kedaulatan. Dalam sistem Khilafah kedaulatan adalah milik syara’ semata-mata di mana pemimpin yang dipilih wajib menerapkan hukum syara’ yang bersumberkan wahyu Allah SWT semata-mata dan bukannya hukum yang bersumber dari suara rakyat.
Wahai umat Islam! Sedarlah bahawa demokrasi adalah sihir yang sering menipu manusia. Sebagai contoh, apakah benar suara dan perkiraan rakyat akan diambil kira bila harga minyak dinaikkan? Begitu juga dengan kenaikan harga gula, harga tol, tarif elektrik, tarif air, GST dan sebagainya. Kalaupun ada, ia lebih kepada lakonan dan seperti melepaskan batuk di tangga. Nah, di manakah realistiknya slogan bahawa demokrasi adalah dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat? Rakyat merupakan raja? Hanya fatamorgana yang menipu!! - jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Wednesday, May 12, 2010
AKHIRNYA JUDI HALAL DISISI ISLAM UMNO
بسم الله الرحمن الرحيم
Pak Menteri Malaysia Jahil Murokkab Berkenaan Hukum Judi Di Sisi Islam
SHAH ALAM 7 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.
Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.
Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.- TVSelangor
Betapa dangkal dan sekularnya pemikiran salah seorang pemimpin umat Islam ini. Apakah Datuk Awang Adek Hussein ini tidak tahu bahawa mana-mana bentuk 'pertaruhan' adalah sebahagian daripada judi yang diharamkan secara qat'ei oleh Qur'an?! Allah menyebutnya secara nyata bersama-sama dengan arak untuk dijauhi – ‘Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala,dan tenung nasib itu adalah keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhinya, mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan". (TMQ Al-Maidah [5]: 90).
Berhadapan dengan perintah dari Qur'an ini, apa alasan Timb. Menteri Kewangan tersebut membahagi-bahagikan judi kepada judi haram dan judi halal? Mengapa pula pertaruhan wang sempena Piala Dunia 2010 dianggap halal dan boleh dipertimbangkan untuk diberi lesen?! Apakah alasan “mengelakkan pertaruhan serta perjudian 'tidak berlesen' “ di negara ini boleh diterima di sisi Syariat Islam?!
Wahai tuan menteri, apakah kamu tidak gentar dengan ancaman azab Allah?! Apakah kamu mahu membawa umat Islam ini mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani setapak demi setapak masuk ke lubang biawak?! Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis riwayat Abu Said al-Khudri:
"Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikuti mereka", Sahabat bertanya, 'Ya Rasulullah, adakah Yahudi dan Nasrani yang kamu maksudkan?'. Jawab Nabi: "Siapa lagi kalau bukan mereka?". (HR Muslim)
Hadis ini mengingatkan kita bahawa akan tiba zaman di mana umat Islam akan mengikut cara hidup atau 'style' orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jika orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Jelas sekali ‘style’ bersukaria dan berpesta sempena Piala Dunia 2010 dengan bertaruh wang untuk meramalkan pasukan mana yang akan menang ini adalah sebahagian dari langkah-langkah orang Yahudi dan Nasrani yang membawa ke neraka!
Wahai umat Islam! Berpalinglah kamu dari pemimpin-pemimpin yang mengajak kepada 'gaya hidup' serta sistem kufur! Tinggalkanlah cara hidup sekular, ambillah Islam sebagai cara hidup kamu! Tinggalkanlah pemerintah yang menerapkan sistem kufur! Berjuanglah menegakkan Khilafah Islam serta menerapkan Syariah demi melaksanakan perintah Allah! Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk selamat dari bencana seperti ini melainkan menegakkan Khilafah yang akan menerapkan hukum-hukum Allah di muka bumi. - jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
PENGARAH JAIS TAK SEKOLAH AGAMA KE?
بسم الله الرحمن الرحيم
JAIS tegas banteras ceramah politik di masjid.
SHAH ALAM 5 Mei – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertegas melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang program politik dianjurkan di masjid-masjid seluruh negeri ini. Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi (foto) berkata, keputusan itu diambil hasil mesyuarat MAIS semalam yang turut menyokong penuh titah baginda.
Beliau yang juga Pengarah JAIS berkata, penguatkuasaan itu akan dilakukan JAIS dari semasa ke semasa dengan kerjasama polis untuk memastikan tiada pihak melanggar titah baginda. ‘‘Kita berharap kerjasama semua pihak supaya tampil membuat aduan sekiranya terdapat khutbah, ceramah dan sebagainya yang berunsurkan politik di dalam masjid di Selangor,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, langkah itu bagi memudahkan kedua-dua agensi itu bergerak dan mengambil tindakan sewajarnya, sekali gus membantu memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. - Utusan Malaysia: 06/05/10
JAIS Tegas Tak Bertempat?
Islam Adalah Ajaran Yang Mengandungi Aqidah Ruhiyyah(Spiritual) Dan Siyasiyah (Politik). Islam adalah Deen (mabda) yang diturunkan oleh Allah SWT Pencipta manusia alam dan kehidupan kepada nabi Muhammad SAW bagi mengatur seluruh hubungan kehidupan manusia. Mabda Islam mengandungi seluruh ajaran dan panduan hidup untuk manusia mengatur kehidupannya di dunia. Panduan ini bersifat lengkap bertujuan untuk membawa kesejahteraan kepada kehidupan seluruh manusia - panduan bagaimana manusia menjalin hubungan dengan Penciptanya, Allah SWT, dengan manusia lainnya, dan dengan dirinya sendiri. Seluruh panduan di dalam Islam berasal dari Allah SWT yang mutlak kebenarannya. Ia mengandungi perintah dan anjuran, begitu pula larangan dan cegahan, serta pilihan yang diserahkan kepada manusia. Secara garis besarnya, Islam adalah suatu mabda yang membicarakan persoalan berkaitan aqidah dan syariat. Atau dalam istilah lainnya, Islam mengandungi aspek fikrah dan thariqah. Aqidah merupakan panduan yang berupa keyakinan-keyakinan yang wajib diimani oleh manusia. Sedangkan syariat adalah panduan hukum yang berkenaan dengan perbuatan manusia. Beberapa hal tentang persoalan aqidah dan syariat dapat dijelaskan dalam pembahasan ini adalah sebagai berikut:
1. Dasar aqidah Islam adalah Laa ilaaha illallah, muhammadun rasuulullaah. Ertinya, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW itu adalah utusan Allah SWT.
2. Aqidah Islam meyakini bahwa pencipta alam seisinya adalah Allah SWT. Manusia hidup di dunia ini untuk menjalankan seluruh perintah Allah SWT. Setelah mati, manusia akan dipertanggungjawabkan atas seluruh amal perbuatannya di dunia, di hadapan Allah SWT untuk kemudian diganjari ataupun disiksa sesuai dengan amalnya.
3. Aqidah Islam adalah aqidah yang membawa konsekuensi kepada manusia untuk terikat dengan syariat Allah SWT. Syariat tersebut melingkupi segenap aspek kehidupan manusia. Jadi, di dalam Islam, tidak ada satu pun aspek dalam kehidupan manusia ini yang terlepas dari aturan syariat Allah SWT. Syariat Islam meliputi hukum-hukum yang menyangkut antara lain : Aqidah, ibadah, akhlaq, muamalah (politik, ekonomi, kehakiman, pendidikan. sosial dan lain-lain)
4. Dari aqidah Islam inilah terpancar satu sistem kehidupan yang meliputi sistem politik Islam, sistem ekonomi Islami, sistem sosial Islam, sistem pendidikan Islami, sistem kehakiman Islami dan sistem-sistem Islam lainnya.
5. Aqidah Islam bukanlah aqidah sekular, yang memisahkan agama dari kehidupan. Aqidah Islam adalah aqidah ruhiyah(spiritual) sekaligus aqidah siyasiyyah(politik). Akidah ruhiyyah adalah aqidah yang terpancar darinya keyakinan-keyakinan tentang akhirat, sedangkan aqidah siyasiyyah adalah aqidah yang terpancar darinya peraturan-peraturan tentang kehidupan di dunia.
Maka untuk itu, jika setiap dari kita, samada rakyat biasa mahupun pemerintah memahami secara jelas ruang lingkup ajaran Islam seperti yang diperjelaskan di atas maka sudah pasti tidak akan timbul isu tidak boleh bercakap politik di dalam masjid. Ini adalah kerana politik merupakan sebahagian dari ajaran Islam dan jika umat Islam dilarang berbicara tentang politik maka secara tidak langsung ianya seolah-olah melarang seseorang itu bercakap tentang Islam di dalam masjid. Bukankah ini suatu tindakan untuk memandulkan Islam dan juga suatu pengkhianatan kepada Islam sebenarnya? Maka dengan itu kita ingin memuhasabah pihak-pihak yang berkenaan agar tidak menghalang orang Islam mengatakan dan membicarakan persoalan politik di mana-mana sahaja termasuklah di dalam masjid. Cuma bagi setiap orang Islam, mereka perlu menyedari bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: ” Dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka ucapkanlah kata-kata yang baik atau diam sahaja”.
Keterikatan dengan hukum syara’ (at-taqayyud bi al-hukm al-syar’i) berlaku umum untuk seluruh perbuatan manusia, termasuk aktiviti bersuara. Jika perintah Rasulullah SAW di atas dijadikan panduan maka sewajarnya JAIS tidak akan bersifat ”melulu” dalam mempertahankan larangan bercakap politik di mana-mana sahaja termasuklah di masjid mahupun surau. Apakah JAIS takut dengan bayang-bayang sendiri? - jebbat.blogspot.com
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
BELUM ADA SEJARAH SPRM BERANI SIASAT BIG MAMA
بسم الله الرحمن الرحيم
SPRM digesa siasat 'iklan Rosmah' RM 1.5 juta duit rakyat....!!!
Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat iklan mahal tentang isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam sebuah akhbar terkenal Amerika Syarikat New York Times.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mempersoal bagaimana wang yang didakwanya berjumlah sehingga RM1.5 juta diperolehi untuk membiayai pengiklanan dua mukasurat penuh dalam akhbar itu.
"Ini kerana Pengarah Eksekutif New York Times Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia.
"Dan bukannya oleh individu-individu seperti yang dinamakan dalam iklan tersebut," katanya.
Sabtu lalu, Zuraida dilaporkan menggesa Rosmah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana didakwa merujuk dirinya sebagai "wanita pertama" (first lady) - satu tindakan yang dianggapnya menderhaka.
Zuraidah dilaporkan merujuk kepada yang disiarkan bulan lalu, yang mengucapkan tahniah kepada "Rosmah, Wanita Pertama Malaysia" sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.
Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.
Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk "Malaysia berbangga dengan anda".
Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh "keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia".
Dalam satu kenyataan hari ini, Zuraida berkata menjadi tanggungjawab utama bagi SPRM untuk menyiasat perkara ini dengan efisien.
"Saya mahu sumber ini diperjelaskan dengan nyata agar pengkhianatan terhadap wang rakyat tidak berlaku hanya untuk memenuhi selera dan nafsu pihak yang berkuasa," katanya yang juga ahli parlimen Ampang. - RAKYAT MARHAEN
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Tuesday, May 11, 2010
RAYUAN YB DR SITI MARIAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Rayuan dari YB Dr Siti Mariah - Sibu Serawak.
KEPADA DERMAWAN-DERMAWAN PAKATAN RAKYAT BANTULAH SAHABAT-SAHABAT KITA DI SIBU UNTUK TERUS BERJUANG.HULURKANLAH SUMBANGAN ANDA.
Assalamualaikum wbth & Salam Perjuang
Semuga surat ini menemui tuan puan dalam kemanisan Iman.
Surat ini saya tulis bagi mewakili YB Dr Siti Mariah Mahmud yang kini berada di Sibu Serawak.
Permintaannya berbunyi begini.
"Tolong masuk dalam Weblog dan Facebook saya, kami perlukan sumbangan kewangan dari Penyokong Pakatan Rakyat untuk kami buat program-program MESRA RAKYAT di lokaliti-lokaliti Melayu, juga untuk membiayai kos pengangkutan pengundi pada hari pilihanraya nanti (16 Mei 2010).
Nanti saya akan fowardkan No Akaun saya, tolonglah MERAYU.
Saya akan kemukakan jumlah yang di masukkah dalam akaun saya nanti untuk ketelusan ... Dr. Mariah"
NO AKAUN : MAYBANK : 5627 4005 1315 (SITI MARIAH BINTI MAHMUD)
Nota :YB Dr Mariah boleh dihubungi di talian 019-2361889
Mewakili beliau saya merayu semua pejuang dan penyokong PR untuk menyambut seruan ini dengan menyumbangkan wang anda untuk perjuangan ini.
Teringat pesanan Tok Guru "Duit yang ada dalam poket atau dompet kita belum tentu jadi hak kita - tapi duit yang kita dermakan sebagai Infak Fisabilillah sudah PASTI menjadi hak kita diakhirat nanti"
Sekian untuk makluman.
Minta Sebarkan sebanyak mungkin pada yang lain. Kerjasama anda semua didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
- anakmuaallaf
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
GADAI NYAWA CEKAP PERAGUT
بسم الله الرحمن الرحيم
BUTTERWORTH: Bagaikan aksi dalam filem, dua lelaki mempertaruhkan nyawa mengejar seorang peragut bermotosikal sejauh 15 kilometer sebelum memberkasnya dengan bantuan orang ramai. dekat Titi Timbul, Teluk Air Tawar, di sini, semalam.
Sebelum itu, Nor Azihir Noraziz, 31, dan Fairuz Rosli, 28, beberapa kali nyaris terbabit kemalangan ketika mengejar suspek yang meragut beg seorang wanita dekat Taman Chai Leng, Prai, kira-kira jam 11.15 pagi. Dalam kejadian itu, suspek berusia 40-an menunggang motosikal Yamaha 135 meragut beg tangan Tan Hui Bing, 22, yang baru keluar dari keretanya untuk ke kedai makan.
Kebetulan kejadian itu dilihat Nor Azihir yang bekerja di sebuah syarikat binaan lalu mengambil motosikalnya sebelum mengejar peragut terbabit.
Nor Azihir yang sebelum ini berhasrat menangkap peragut berkata, dia hampir kehilangan suspek namun terus mengekorinya hingga ke bulatan Seberang Jaya.
“Menyedari tidak mampu mengejar suspek seorang diri, saya memanggil seorang penunggang Yamaha RXZ (Fairuz) dekat bulatan Seberang Jaya sebelum kami mengejar suspek.
“Suspek memasuki Jalan Permatang Pauh dan menggunakan pelbagai taktik bagi meloloskan diri, tetapi kami terus mengejarnya,” katanya, semalam. Dia yang menyifatkan dirinya sebagai ‘antiperagut’, berkata suspek kemudian memasuki Jalan Raja Uda sebelum keluar melalui persimpangan Kubang Buaya, Butterworth.
“Kami beberapa kali nyaris bertembung dengan lori kerana suspek meneruskan perjalanan walaupun ada lampu trafik.
“Pada satu ketika, saya cuba menendangnya supaya terjatuh, tetapi dia pula bertindak balas, malah lebih menyakitkan hati suspek sempat berpaling dan melemparkan senyuman,” katanya. Sehingga di persimpangan Titi Timbul, Teluk Air Tawar-Penaga, dia berjaya menghalang suspek sebelum Fairuz melanggar motosikal suspek menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh.
Mulanya suspek cuba melawan, tetapi bertindak terjun ke dalam parit sebaik melihat orang ramai berhenti apabila dimaklumkan ada kes ragut. Bagaimanapun, suspek ditahan sebelum diserahkan kepada polis.
Jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah.
Siasatan mendapati suspek tinggal di Jelutong, Pulau Pinang pernah dipenjarakan kerana kesalahan membunuh, malah mengaku menghisap ganja sebelum meragut.
Motosikal digunakan untuk meragut disyaki motosikal curi dan menggunakan dua nombor pendaftaran. - Hmetro
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
RELA DIRI MENJADI BODOH KERANA INGIN MEMPERTAHANKAN UMNO
بسم الله الرحمن الرحيم
USAH DILAYAN ORANG YANG GILA MEROYAN..gila pada nama dan kontroversi..kalaulah ada anugerah Malaysia book of record, pertubuhan bangang paling suka buat laporan polis, ia mesti dapat pada PERKOSA..pertubuhan bangang yang selalu eksploitasikan nama Sultan. Hanya orang kampong yang hanya baca Utusan sahaja percaya kat propaganda NGO UMNO nih..Dah takda isu ke wahai ngo ntah apa-apa ni..memeningkan polis adalah..dah la mereka ada masalah suka jadi koboi yang suka tembak orang..ditambah pula bebanan kerja nak layan laporan polis NGO katak ini..kalaulah saya diberi 100 juta pun, saya tak sanggup cemar maruah masuk NGO tak betul ini..Apa ke halnya buat laporan pada Tok Guru Nik Aziz dan Lim Guang Eng..
Laporan polis pada Nik Aziz, Guan Eng
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKOSA) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Laporan terhadap kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor Abdullah Mansor di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 3.25 petang tadi.
Abdullah berkata laporan dibuat terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan kerana mempertikaikan larangan Sultan Selangor supaya tidak berpolitik di masjid dan surau yang tidak mematuhi Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata laporan yang dibuat terhadap Lim adalah berhubung kenyataannya pada sesi penggulungan di sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang menuntut supaya Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merupakan satu prejudis dan hasutan yang boleh menimbulkan ketidaktentuan, rasa gelisah dan persepsi buruk rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia, katanya.
"Ia juga merupakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di mana pelantikan Ketua Polis Negara adalah dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Katanya dalam laporan itu, PERKASA juga meminta Lim tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam.
Main sebat je kata Nik Aziz langgar Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996. Entah dia tahu ke tidak peruntukkan tuh..buat malu je..meh saya ajar sikit, kalaulah benar kenyataan Nik Aziz tu, di mana dia buat,..bukankah di Kelantan selepas balik dari Hulu Selangor..kalau di Kelantan, titah Sultan Selangor mana boleh sampai kat Kelantan..lagipun mahkamah Syariah bukannya macam mahkamah sivil..mahkamah sivil rayuan hanya ada di Putrajaya je..sedangkan Mahkamah Syariah ada di setiap negeri..lagi satu bahawa Tok Guru tak sebut pun nama Sultan Selangor..jangan bertindak macam budak tadika permata kata tok guru hina Sultan..memang banganglah pengerusi Perkosa Selangor ni. Cerdik lagi pengerusi rukun tetangga hospital bahagia..
Pasal lim guang eng….woii kuali, saya pun ada desak Musa Hassan letak jawatan..adakah ia dikira sebagai menghina YDPA..yang Perkosa suruh MB Selangor letak jawatan tu, tak dikira hina Sultan Selangor yang lantik MB itu??jawablah dan fikirlah secara waras..setiap orang di Malaysia asyik minta Najib letak jawatan sebagai pm, adakah ia dikira hina YDPA yang lantik kawan baik Sayfoool bukhari tuh…memang IQ pengerusi Perkosa ni dah tahap kritikal. Pastu suruh pula jangan sebut nama Umar Abdul Aziz…wooiii sudu, pelajar sekolah rendah cina pun selalu sebut nama Nabi Muhammad dalam kelas moral mereka..
KalaULAH NAK GLAMER SANGAT, nak Ibrahim katak jadi calon UMNO dalam Pru akan datang, buat je laporan polis tentang Awang Adek yang nak halalkan lesen judi..bukanke dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996 menyebut judi haram dan sesiapa yang menganjurkannya dianggap menghina Sultan..ada berani ke PERKOSA..mati ditikam keris berkarat pun puak tiga suku ni takkan buat..mereka sebenarnya buat laporan polis bukannya apa, kerana UMNO dan laba politik..bukannya nak menjaga maruah bangsa dan raja-raja Melayu yang sentiasa mereka ong-ongkan (bunyi katak) tu. - tunhisyamuddin
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Monday, May 10, 2010
DIPERKOSA KETIKA BERURUT
بسم الله الرحمن الرحيم
Pemandu lori ‘diperkosa’ ibu tunggal
SUNGAI PETANI: “Dia merenung saya dengan penuh ghairah sebelum tiba-tiba menyelak kainnya dan merangkak ke atas tubuh saya,” kata seorang pemandu lori berusia 40-an yang mendakwa ‘diperkosa’ seorang tukang urut wanita di Bedong, dekat sini, pertengahan bulan lalu.
Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Mail berkata, dia tidak menyangka, malah terkejut apabila wanita berusia 50-an itu bertindak demikian kerana hanya mengetahui wanita terbabit menyediakan khidmat mengurut.
Difahamkan, wanita terbabit yang juga ibu tunggal hanya memberi khidmat mengurut kepada lelaki selain turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
Tukang urut wanita itu menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu di rumahnya yang turut didiami bersama dua anaknya. Malah, ketika memberikan ‘perkhidmatan’ itu, kedua-dua anaknya berada di ruang tamu manakala dia bersama pelanggannya ‘beraksi’ dalam bilik.
Mail ketika ditemui berkata, dia yang sebelum ini tidak tahu-menahu mengenai kegiatan itu pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 5 petang bagi mengurut badan yang sakit selepas diberitahu rakan berhubung urutan wanita itu kononnya sangat berkesan.
“Saya diberitahu supaya datang mengurut selama tiga hari berturut-turut dengan bayaran RM30 setiap kali urutan,” katanya.
Katanya, pada hari kedua, wanita terbabit mula bertindak pelik apabila tiba-tiba mengurut kemaluannya. “Dia kemudian dengan ghairah tiba-tiba menyelak kainnya dan meniarap ke atas saya yang terlentang. Lebih mengejutkan, dia tidak memakai seluar dalam,” katanya.
Mail yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera menolaknya hingga jatuh sebelum mencapai pakaiannya serta bergegas keluar dari rumah wanita terbabit.
Katanya, berikutan kejadian itu, dia tidak pergi ke rumah wanita berkenaan untuk mengurut pada hari ketiga kerana menyesal serta terkejut dengan tindakannya.
“Saya kesal dengan perbuatan wanita itu kerana mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya. Sepatutnya dia hanya mengurut, sebaliknya sanggup mengajak melakukan hubungan seks.
“Selepas kejadian itu, saya diberitahu rakan bahawa wanita itu memberi perkhidmatan urut kepada orang lelaki saja dan perkhidmatannya itu sudah berlarutan selama beberapa tahun dan sering menjadi tumpuan golongan lelaki,” katanya.
Mail berkata, dia dimaklumkan ramai di kalangan pemandu lori sering ke rumah wanita terbabit bagi mendapatkan khidmat urutnya terutama pada sebelah petang dan malam. Katanya, wanita itu menjadi tumpuan kerana masih cantik dan ramping walaupun usianya sudah melewati 50 tahun. Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, ketika dihubungi, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan wanita itu tetapi berjanji akan melakukan siasatan.
hmetro
Note: Untuk para pembaca yg lelaki. Jangan lepas baca ni nanti diam diam pegi Sungai Petani plak...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
AZAN BERKUMANDANG 24 JAM SEHARI
بسم الله الرحمن الرحيم
Azan berkumandang 24jam sehari...
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, Marilah mengerjakan solah, Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.
Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.
Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.
Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.
Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat
Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.
Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".
Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)
Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.
Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.
Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).
Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.
FENOMENA AZAN
Namun yang menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.
Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.
Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.
Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.
Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.
Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
SI BODOH BERBICARA TENTANG EKONOMI
بسم الله الرحمن الرحيم
KERAJAAN SUDAH ABIS DUIT - TINGGAL AIR LIOR
Harus diakui pada hari ini
tanyalah :
pegawai kerajaan dari pegawai tinggi hingga ke peon.. semua akan mengatakan bahawa – KERAJAAN TAK ADA DUIT !
kemudian sila tanya orang berniaga pula... jawapan yang di terima pun sama.
kemudia tanya para kontrektor... jawapan yang di terima adalah sama.
kerajaan hari ini tidak ada duit!!!! ini hakikat..!!!
najib ini bercakap bangang... kalau eropah meleset maka barang ekpot kita tidak ada pasaran.. kenapa bangang sangat ?
angka? angka? angka ini boleh dibuat, boleh laporkan pertumbuhan ekonomi 5 peratus, boleh laporkan pertumbuhan ekonomi 6 peratus ini bukan susah – media di negara mandul – tak ada kang kong dari universiti yang akan mempertikaikan angka yang dikeluarkan.. ini pun kalau kang kong ini boleh membaca
lihat dan kaji:
eropah dalam krisis besar, greece, sepanyol, portugal dan itali sedang nazak. ini belum lagi diambil kira negara greec baru jadi ahli. greece – rakyat sedang bertempur – bertempur dijalan raya mogok berterusan.. semua sedang dalam nazak warga greece sedang menentang kemasukkan IMF – ini petanda baik
rakyat eropah sedang bangun menentang agenda satu dunia yang sedang di rancang oleh elit politik - elit pemodal dan para bankers.
cakap cakap mengatakan ekonomi kita baik adalah cakap orang bangang.. kita mengekpot barangan ke amerika dan eropah kalau amerika dan eropah nazak sapa nak beli barang yang kita buat? bangang punya cakap!
cuba tanya: 100,000 graduan mundar mandir tak ada kerja kenapa mer eka tak ada kerja ?
EKONOMI NEGARA SEMAKIN PULIH – PM
Najib Razak yakin ekonomi negara dapat dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh perancangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Menurut Perdana Menteri, pencapaian tersebut hasil perancangan teliti kerajaan melalui dasar fiskal dan kewangan negara.
“Kedudukan ekonomi Malaysia hari ini, dari sudut pemulihan, saya boleh katakan bahawa kita berada di atas landasan pemulihan yang amat meyakinkan, lebih-lebih lagi jika dibanding dengan negara-negara lain.
“Dalam masa beberapa hari lagi, angka pertumbuhan ekonomi negara bagi tempoh tiga bulan pertama akan saya umumkan,” katanya.
KAH KAH KAH….
woit… BUKAN KE MALAON INI YANG CAKAP ….. OUR ECONOMY HAS NO PRPBLEM…. kah kah kah..
kah kah kah….OUR FUNDUMENTAL IS STRONG?...... kah kah kah..
woit… BILA PULAK EKONOMI KITA SAKIT…kah kah kah..
kah kah kah…. KALAU SEKARANG NAK PULIH…. ERTINYA DULU KITA SAKIT….kah kah kah…
woit… TAPI CAKAP OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…. kah kah kah - TT
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
TERKANGKANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.
Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ...pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm.. habis 2 (two), 3 (three) laaa...
Pelajar B: Pakcik jgn la main2.. kita org tanya betul2 ni...
Orang Tua: Hahaha.. alaa.. gurau sikit pun nak hangin... ok laaa... sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..