JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Saturday, June 20, 2009
Beruntungnya Jadi Perempuan
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian
Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.�
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya..
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu."� Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."
Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."�
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.."
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. . Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."
Wallahualam.
Rantai Iblis Merosakan Akidah Muslim
Ia digelar rantai tangkai iblis, tetapi segelintir Mat Rempit yang gila fesyen kini gemar memakainya kerana percaya mereka boleh menjadi kebal.Rantai mirip kalimah Allah dengan ditambah lambang serampang syaitan itu dijual pada harga sekitar RM15 hingga RM20 satu.
Mat Rempit, terutama remaja, percaya rantai itu dapat memberi keberanian luar biasa selain pendinding daripada kecederaan jika terbabit kemalangan.Kegilaan terhadap tangkal itu mula menular selepas khabar angin berhubung kewujudannya tersebar dari mulut ke mulut sebelum ia menjadi buruan segelintir kaki lumba motosikal itu.
Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diminta pendapatnya ketika ditemui Harian Metro semalam terkejut berhubung kewujudan rantai tangkal yang mempunyai tulisan seakan kalimah Allah itu.Menurutnya, umat Islam yang memakai rantai seperti itu boleh dianggap syirik kerana menyekutukan Allah.
“Sekali imbas memang rantai itu nampak seperti kalimah Allah, tetapi jika diperhatikan betul - betul, ia menyerupai lambang agama lain,” katanya.
Katanya, rantai berkenaan secara terang - terangan mempersenda agama Islam dan beliau menasihati orang ramai, terutama umat Islam supaya tidak memakainya.
“Biasanya ada antara kami memakainya untuk suka - suka seperti golongan penganut Kristian yang memakai salib. Namun, tiada seorang pun daripada kami menyedari rantai berkenaan dihasilkan khusus untuk menyesatkan golongan belia Islam."
Bukan sekadar itu sahaja...... .......
Terdapat banyak rantai,gelang dan cincin yang diukir dgn nama Allah di dalam pasaran.
Adakah kita terfikir siapakah yang menghasilkan rantai,cincin dan gelang yang diukir dengan nama Allah.Ya! kebanyakan mereka adalah daripada golongan yang bukan beragama Islam.
Mereka hanya ingin mengaut keuntungan dalam masa yang sama juga mereka ketawa kerana berjaya menyesatkan org islam yang jahil.
.
Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku!
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "
Kat sini xder ke.. hehehe
TAMBOV - Seorang wanita Rusia yang merupakan pengumpul filem ngeri dan labah-labah, Valeria K. dibicarakan di sebuah mahkamah di sini kerana memberi ubat tidur kepada 10 lelaki sebelum merogol mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Polis terkejut apabila mendapati wanita berusia 32 tahun itu merogol 10 lelaki kerana dia memiliki perwatakan yang lemah lembut dan pendiam.
Wanita itu turut diberi jolokan Black Widow kerana minatnya terhadap labah-labah.
Menurut polis, Valeria akan berkenalan dengan mangsa sebelum menjemput dan memberi mereka minuman yang mengandungi bahan clonidine sehingga menyebabkan mangsanya tertidur hampir 24 jam.
Dia kemudian membuka pakaian dan merogol mangsa dengan mengikat kemaluan mereka dengan seutas tali.
Semua mangsanya itu hanya sedar ketika dirawat di hospital akibat keracunan clonidine selain mengalami trauma kerana zakar mereka diikat.
Namun, mereka dapat mengingati wajah seorang gadis cantik yang memberi minuman itu.
Polis berjaya mengenal pasti penjenayah tersebut dan menangkapnya selepas mangsa memberitahu rupa wanita itu.
Setakat ini, polis mengenal pasti 10 mangsa namun seorang daripada mereka enggan membuat laporan.
"Apa yang berlaku kepada diri saya adalah hebat. Saya suka wanita yang ganas. Saya cuma berharap dia tidak meracuni saya dengan clonidine," kata lelaki yang enggan membuat laporan polis itu. - Agensi
BS: Tu la selalu org kata, pompuan ni kadang2 lebih ganaih dari lelaki... betul ke..? hehehe...
RAHSIA PENEMUAN BAHTERA NABI NOH
puncak gunung Ararat (Google Earth)
pergunungan Ararat Turki
click di SINI untuk artikal penuh.
Friday, June 19, 2009
MELAKA DARUL RASUAH
KUALA LUMPUR: Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah di Melaka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka pada Rabu lalu atas dakwaan menerima rasuah berjumlah RM10,000 pada November 2003. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata wang tersebut adalah bagi menghapuskan denda lewat menyiapkan projek membina medan selera di Merlimau, Melaka. Bagaimanapun lelaki itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, seorang peniaga ditahan kelmarin atas dakwaan menerima wang suapan berjumlah RM25,000 pada Mac 2003 dan sebanyak RM10,000 lagi pada Oktober 2003 sebagai upah menolong mendapatkan tender membina medan selera di Merlimau daripada Majlis Daerah Jasin. Peniaga berusia 51 tahun itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. - Bernama
BS: Ali ketam rasuah x kena tangkap plak ?
Kunci kereta jadi senjata
Jangan makan limau madu Thai
Limau madu yang didakwa mengandungi racun serangga Ethion berlebihan yang boleh membawa maut kepada si pemakannya.
NARATHIWAT (Selatan Thailand ) - Pengguna di Malaysia dinasihatkan tidak membeli buah limau madu dari negara ini kerana ia dikesan mengandungi racun serangga Ethion yang berlebihan dan boleh mengancam kesihatan sehingga membawa maut.
Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan Antarabangsa) , Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Rantau Panjang, Dr. Mahyin Abd. Hakim berkata, racun serangga tersebut dipercayai digunakan tanpa kawalan oleh petani di negara ini bagi mengelakkan buah limau madu itu rosak akibat serangan serangga.
Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan racun serangga itu meresap ke dalam buah limau madu itu sebelum dipetik dan dipasarkan.
"Buah limau madu dari negara ini mula dikesan mengandungi racun serangga Ethion pada tahun lalu hasil kajian yang dilakukan ke atas sebahagian buah tersebut yang dieksport ke Malaysia ," katanya.
walimahtul urus..
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK .
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
Wallahualam.
Jiwa Korang Sihat..?
Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya. Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu. Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri. Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian. Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit. Antara masalah membuatkan hati kita sakit: 1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat 2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga 3) suka mencari masalah orang 4) banyak bercakap, jadi banyak terguris hati orang 5) suka berfikiran negative 6) banyak angan-angan 7) sangat malas 8) orang yang sensitif gambar hiasan Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...' 2:186." Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah.... 1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA. 2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya. 3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya. 4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya. 5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya. 6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya. 7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya. 8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri. 9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya. 10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya. Mengikut Ibnul Qayyim rahimahullah pula, beliau menyebutkan ada lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati, antaranya, 1. Bergaul dengan banyak kalangan Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif. Dalam tatapan realiti, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya output semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia. Kerana itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal kerana salah pergaulannya. Allah berfirman: "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29) "Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67) "Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25). Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat. Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah. 2. Larut dalam angan-angan kosong Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingka nnya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi itu hanya angan-angan belaka. Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal salih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan. 3. Bergantung kepada selain Allah Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah. Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya: "Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutn ya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82) "Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75) Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah labah-labah. Dan rumah labah-labah adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya: "Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22) Terkadang keadaan sebagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebahagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong. 4. Makanan Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana zatnya, dan ia terbagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, baik kerana paksaan, malu atau takut terhina. Kedua , merosak kerana melampaui ukurannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan kelewati batasnya. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan keranannya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalan bagi syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan mudah tinggal berlama-lama. Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan: "Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani). 5. Kebanyakan tidur Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan. Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak madharatnya daripada manfaatnya. Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah. Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Kerananya, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa. Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bahagian akhir malam, atau sekitar delapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasulullah SAW. |
‘I had no choice ... I have two husbands’
The gender ratio in India is the most skewed in the world. The 2001 census registered a ratio that had plummeted from 976 girls per 1,000 boys in 1991 to 927 girls per 1,000 boys, indicating that about 900,000 female foetuses were aborted, or girl infants killed, every year.
‘I had no choice ... I have two husbands’
Manu Kanwar, 26, a polyandrous woman, with her children. One of her two husbands, Sohan Singh stands in the shadows to the right . Ms Kanwar was labelled a fallen woman and forced to flee from Suwana village, along with her two husbands, to her parents’ house in Bhilwara town. J Adam Huggins for The National
HEREBS: Dunia Akhir Zaman..
HATI2 MELAWAT ORG MENINGGAL
(email dari sahabat)
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. ...
Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... . please take note of
this for our own good.... org tua-tua used to say.... bila balik from
melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar
baru tegur anak2 dirumah.
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi
perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,
tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya
bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi
dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak
berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat
saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang
tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.
Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan
hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang.
Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata
di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang
hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke
bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri
untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari
Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian
jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal
mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah
mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu
menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi
saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd
hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,
mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa
petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang
sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya
(dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.
Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti
kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang
dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan
mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan
air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man
(tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan
bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu
yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku
pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man
meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik
Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi
saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi
saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin
yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama
terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang
terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan
ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang
ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada
saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga
yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari
ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.
Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk
bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan
itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu
terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga
berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
kerana bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man
sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari
alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke
alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya
sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,
tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang
kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan
rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat
untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan
saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup)
dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah
meninggal.
BS: Sesungguhnya Allah itu maha pengasih maha penyayang.. Wallahualam.
Tolong sebarkan ALLAH HU AKBAR
Ya Allah selamatkan kami dunia akhirat...matikan kami saat iman kami
paling tinggi YA ALLAH!! Mudah-mudahan ianya tak akan diluluskan.. .
Bertindaklah sebelum terlambat Bahaya IFC Diantaranya ialah :-
Bangsa2 lain yang bukan beragama islam di Malaysia menuntut supaya :
1. Peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada masjid, diberi sama
kepada agama mereka yakni kuil, tokong, gereja dll. ( bermakna. ada
mesjid Negeri ada juga tokong Negeri, kuil Negeri, gereja Negeri. Imam
masjid dpt elaun... sami dpt elaun, paderi dpt elaun )
2. orang islam dibenarkan berkahwin dgn bkn islam TANPA pasangannya
memeluk agama islam, dan orang islam DIBENARKAN KELUAR islam untuk
berkahwin dgn bkn islam( MURTAD ) ( PERSAOLANNYA NAK NIKAH KAT KADI KE
KAT SAMI KE, PADRI KE ? halal darah orang murtad hadith sahih)
3. Anak orang islam tidak boleh diislamkan sebelum berumur 18 thn. Dan
ia bebas memilih agamanya selepas 18 thn. ( bermakna kita tak boleh AZAN
KAN anak kita selepas lahir, tak boleh ajar anak kita mengaji quran tak
leh ajar sembahyang, takleh ajar pose.. lepas 18 thn dia pasti pilih
agama BLACK METAL. NABI BERPESAN: TERPUTUS LAH HUBUNGAN DUNIA ANAK ADAM
SELEPAS MATI MELAINKAN 3 PERKARA. AMAL SOLEH, SEDEKAH JARIAH, DOA ANAK
YANG SOLEH. Haa... boleh ke anak agama Black Metal doa kat kita...?
4. Wang kutipan zakat fitrah harus diagihkan kepada semua agama dan
bangsa.. ( zakat fitrah dikutip daripada orang islam je.. yang hampa nak
sekali pasal? Hampa kutipla sendiri... yahudi betoi.. ( ALLAH BERFIRMAN:
AGAMA KAMI HAK KAMI, KAMU DGAN AGAMA KAMU...) KAMI TAKLA KACAU AGAMA
KAMU.. BUAT LA TOKONG BANYAK MANA PUN, BAWAH POKOK BESAR, TEPI JALAN,
DLM GUNUNG, SAMPAI TUTUP JLN BILA MUSIM THAIPUSAM, BERIBU POLIS ISLAM
DOK JAGA.., LAGI TOLONG KAT HAMPA.. ( kalau ceramah agama beribu polis
dok sembur ayaq... ) Dan banyak lagi perkara yang depa nak ganggu hak
umat islam di Negara Malaysia ni.. kalau nak keterangan lanjut call no
tel kat bawah nanti...
Wahai saudaraku... . ! dunia dah nak kiamat.. diantara tanda2 kiamat..
Allah akan mematikan ulama2, akan menarik rasa gerun org kafir terhadap
orang islam dan mencampak kan kehati org islam rasa gerun terhadap orang
kafir, kebenaran dilihat kebatilan dan kebatilan dilihak kebenaran,
muzik bermaharaja lela, artis disanjung ulama dihina, takut menegah
kemungkaran berani menghalang kebajikan, ibubapa bertuan kan anak, harta
negeri beredar dikalangan sendiri dan mcm2 lagi ( mls nak habaq kot ada
yg salah paham ) Palestin kena godam, pasal arab tak habis2 perang
saudara puak sunnah ngan syia'h... kita yang kat sini takan takleh ambik
pengajaran kot... jgn dok sibuk mawi la... jgn dok sibuk siti...( kalau
minat beli je album, sudah laa...) jgn dok sibuk menteri gaduh pasal
jambatan bengkok... ( lurus pun berapa kali hampa gi s'pore sebulan! )
Pasal AP pun takyah ( kalau sekadar pakai wira ngan kancil...) Takan la
tak boleh bersatu lansung bab2 agama kita yang dah nak kena godam ngan
yahudi ala Malaysia ni.. jgn sekadar nama je Muhammad, Abdullah, Ahmad,
Omar, Ali, Osman, Abu Bakar, Shafie, Aishah, Khadijah, Adam, Isa, Musa,
Harun dan nama nabi dan rasul kita, kalau allah Tanya " apa yang kamu
telah buat sewaktu agama kamu dihina, dicaci, dipermainkan dan diancam
oleh orang kafir" dan kita jawab " eh.... tak perasan pulak..!, sebab
hari tu mawi ngan siti ada gossip " Mari lah saudara ku kita bersatu,
saya merayu pada yang bijak pandai, yang kaya, yang berpangkat, yang
berpengaruh, yang bangsawan, yang belum kena sawan agar kita bersatu dlm
hal ini pun jadilah.. gunakan lah apa2 kuasa yang dianugrahkan allah
untuk kembali kepadanya..hal minyak lain kali, AP kemudian, jambatan
bengkok tak layan, menteri gaduh.. depa cari makan......
Wassalam...
KAM: Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli Nordin),
beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI
JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC)
sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia,
pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk
membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang
Islam dalam bahaya besar.
Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih
lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini. Sila
sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat
serius.... APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA?? KITA HANYA ADA DUA
PILIHAN..... . TIDAK ADA 3 ATAU 4 PILIHAN.... 1) MENENTANG KUMPULAN
PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 ) ATAU 2)MENYOKONG SECARA TERBUKA ATAU
SECARA SENYAP (Dengan tidak membuat apa-apa) ATAU BERSEKONGKOL DENGAN
KUMPULAN PELAMPAU INI.
FORWARD kan ini kepada saudara Islam kita
BECAREFUL... kalau yang dah kene tu pergi cepat2 chekup dengan doktor..
Rahsia teh RM4 sedap semacam
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro. com.my
|
|
KUALA LUMPUR: Kelazatan dan nikmat luar biasa hidangan ‘teh lalok’ yang disajikan sebuah restoran mamak kepada pelanggan akhirnya membongkar resipi sulit pemiliknya yang mencampurkan pil khayal kodein dalam bancuhan teh agar pelanggan ketagih dan datang ke restorannya setiap hari.
Penemuan ‘teh gian’ berkenaan yang dicampur pil ubat batuk menyebabkan kebanyakan pelanggan restoran itu terutama golongan remaja kemaruk minum teh berkenaan saban hari walaupun terpaksa membayar RM4 bagi secawan teh.
Bagaimanapun kegiatan itu berjaya dipatahkan selepas sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan menjalankan risikan bagi mengenal pasti pembekal pil khayal itu kepada pemilik restoran berkenaan.
Sumber penguat kuasa farmasi berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pemilik premis menjual teh berkenaan memperoleh bekalan pil kodein itu dari farmasi berdaftar di Petaling Jaya.
Mohon Perhatian..
Assalammualaikum Wr.Wb. Teman-teman. ... Ada saudara kita yang sedang membutuhkan uluran tangan dari kita semua. Adalah LELA ASRILIA umur 8 tahun yang sedang mengalami tumor ganas mulut. Sudah dirawat di RSCM selama 20 hari. Bapaknya seorang pengurus majelis taklim di daeraha Kranji, sedangkn ibunya seorang ibu rumah tangga. Lela siswi kelas 2 SD ini seorang anak yang pintar, namun karena sakit yang dideritanya ini ida tidak bisa sekolah lagi. Kemarin, Selasa, 16 Mei 2009, saya dan teman-teman AHM (Ibu Erna Djati, Iis, Lia, Sopandi) menjenguk ke RSCM. Astaghfirullah ketika melihat kondisi Lela sayang rasanya ingin menangis dan miris melihat kondisinya. Tetapi karena keikhalasn dan ketabahan orangtuanya menghadapi cobaan ini kami merasa tergugah untuk membantu meringankan penderitaan Lela. Penanganan medis yang akan dilakukan yaitu lewat sinar/kemotherapy. Setelah kami konsultasi dengan dokter disana, biaya yang harus dikeluarkan sebesar 27 juta untuk paket penyinaran sebanyak 20 kali setiap 2 minggu. Kemoteraphy ini akan dilakukan 2 minggu lagi (sekitar tanggal 30 Juni) dan harus ada uang cash. Kemotherapy pertama sudah dilakukan hari Selasa kemarin, 16 Juni 2009 atas bantuan dari rekan-rekan AHM yang terkumpul dan juga dari TAM (Toyota Astra Motor). Karena ketiadaan biaya dan pihak RSCM tidak mau jika tidak ada biaya, walaupun ada LSM yang sedang berusaha mendapatkan bantuan dari pemerintah, namun banyak prosedur yang dihadapi sehingga dana bantuan pemerintah ini sulit untuk dikeluarkan, maka kami berinisiatif untuk membantu Lela dan keluarganya. . Dengan ini kami mohon bantuan dan keikhlasan dari rekan-rekan semua untuk meringankan beban Lela dan keluarganya. Bantuan rekan-rekan bisa langsung ke kami atau transfer melalui rekening Bank Permata a.n. Mira Widaningsih no rek.3110709403. Hp 081319410030 Bank Permata a.n. Sopandi no rek.3111287332 Hp 081380819983 Sebelumnya kami ucapkan terimakasih. Dan kita doakan untuk Lela dan keluarganya semoga diberikan kesembuhan, ketsabaran, ketabahn dan keikhlasan menghadapinya. Wassalamualaikum Wr. Wb. Tolong di teruskan ke yang lain. |
Kajian membawa Miller kepada Islam
BELIAU seorang pakar dalam bidang matematik. Ini kerana beliau suka sesuatu yang logik, yang boleh diselesaikan melalui kekuatan dan boleh diterima oleh akal. Oleh itu beliau tidak mudah untuk menerima sesuatu itu jika ia tidak logik atau masuk akal.
Ini termasuk juga soal pegangan agama. Namun baginya agama Kristian menepati semua prinsip-prinsip saintifik dan ilmu yang menyebabkan beliau tidak sahaja percaya sepenuhnya malah beliau juga seorang yang sangat aktif sebagai seorang paderi.
Sehinggalah pada suatu hari iaitu pada tahun 1978, beliau bercadang untuk membaca kitab suci umat Islam, al-Quran. Niatnya untuk mencari sebarang kesalahan dan kesilapan dalam isi kandungan dan ajarannya.
Paderi tersebut, Dr. Gari Miller bercadang mengambil kesempatan setiap kesilapan yang beliau temui dari al-Quran untuk digunakan sebagai senjata melemahkan umat Islam dalam usahanya untuk menarik mereka kepada Kristian.
Miller yakin akan menemui pelbagai kesalahan kerana beliau menganggap al-Quran, sebuah kitab agama yang sangat tua. Sudah 14 abad usianya dan pastinya pada hari ini boleh ditemui pelbagai kesilapan di dalamnya.
Namun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Beliau yang berasal dari Toronto, Kanada itu, tanpa disangka terus memeluk Islam! Ini kerana beliau langsung tidak menemui sebarang kesilapan dari kitab itu malah yang ditemui hanyalah kebenaran demi kebenaran!
Tentu sahaja tanpa sebarang keraguan beliau mengambil keputusan sedrastik itu kerana Miller juga seorang yang sangat arif mengenai kitab Injil. Lantas ini yang membuatkan beliau menemui pelbagai perbezaan antara kedua-dua kitab itu dan mana yang lebih logik untuk diterima oleh akal!
Beliau kemudiannya dikenali sebagai Abdul Ahad Omar. Apa yang membuatkan beliau terkejut mengenai al-Quran ialah apabila kitab itu mengandungi lebih banyak kisah mengenai Nabi Isa a.s yang dianggap tuhan dalam Kristian berbanding Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Sedangkan Nabi Muhammad yang membawa dan menyebarkan Islam di muka bumi ini.
"Saya lebih terkejut lagi apabila al-Quran memperuntukkan satu surah yang khas, iaitu surah Mariam (Mary) bagi mengisahkan ibu Nabi Isa sedangkan jika Mariam itu benar-benar ibu kepada seorang 'tuhan' dalam Kristian, beliau sepatutnya layak diceritakan dalam tajuk atau surah yang khas di dalam kitab Injil.
"Tetapi perkara seperti itu tidak pernah terjadi malah tidak ditemui. Malah yang lebih mengharukan saya, mengapa Siti Mariam yang terpilih kisahnya dicatatkan dalam satu surah sedangkan beliau hanya ibu kepada Nabi Isa, mengapa al-Quran tidak mengutamakan sama ada Siti Aishah, isteri Rasulullah mahupun Siti Fatimah, anak perempuan baginda untuk dirakam dalam surah-surah khas, sedangkan mereka lebih layak kerana memberikan sumbangan yang besar kepada Islam?," ujar Abdul Ahad.
Namun yang lebih mengejutkan Abdul Ahad ini apabila dalam al-Quran juga disebutkan Nabi Isa itu sebanyak 25 kali berbanding Nabi Muhammad yang empat kali sahaja disebutkan dalam kitab suci itu.
Ini menjadikannya semakin keliru. Beliau tidak menyangka bahawa Nabi Isa dijelaskan oleh Allah sebagai menghapuskan kekeliruan di kalangan penganut Kristian yang selama ini menganggap bahawa Nabi Isa itu adalah tuhan.
Tetapi oleh kerana ketika itu niatnya hendak mencari sebarang kesalahan, Abdul Ahad terus berusaha membongkar setiap isi kandungan al-Quran. Beliau tetap percaya kesilapan pasti akan wujud di mana-mana walaupun kitab itu telah memberi banyak jawapan yang benar mengenai soal kenabian Isa dan bukannya tuhan sebagaimana yang disangka oleh umat Kristian.
Namun Abdul Ahad terus menerima kejutan demi kejutan. Apa yang lebih memeranjatkan apabila makna ayat al-Quran, iaitu dari surah an-Nisa' ayat 82, seolah-olah tepat ditujukan kepada beliau. Abdul Ahad benar-benar terduduk dan terkejut.
Firman Allah yang bermaksud: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan (ikhtilafan) yang banyak di dalamnya... (an-Nisa': 82).
Tidak tergambar perasaan terkejut beliau, seolah-olah Allah tahu niat buruknya itu. Ini menjadikan Abdul Ahad tidak lagi terdaya meneruskan niatnya itu kecuali menerima hakikat dan kebenaran yang terbentang di hadapannya itu kini.
Sebelum itu beliau pernah bertanyakan kepada kalangan umat Islam yang lain, sama ada Nabi Muhammad itu seorang nelayan atau ahli pelayaran.
Tentu sama sekali tidak, kerana seumur hidup baginda, baginda tidak pernah keluar kecuali berada di padang pasir yang tandus dan tidak pernah menuju ke mana luar dari Tanah Arab apatah lagi melalui jalan laut.
Ini menyebabkan Abdul Ahad kehairanan. Jika benar bagai dikatakan itu, bagaimana al-Quran itu mampu bercerita mengenai keadaan laut yang bergelora, tiupan angin dan kedudukan awan dan sebagainya sedangkan Nabi Muhammad yang beliau tuduh sebagai menulis semua isi kandungan kitab itu bukan seorang ahli pelayaran atau nelayan!
Menurut Abdul Ahad, menerusi al-Quran pelbagai kelogikan akal dan menepati kehendak sains, beliau temui. Ayat 30 surah al-Anbiyaa' misalnya, adalah apa yang selama ini para saintis kaji dan temui. Iaitu; Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu (kanataa). Lalu kami pisahkan kedua-duanya (fafataknaahuma) dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup (minnal ma'ie) dan mengapa mereka tidak mahu beriman?
Kata beliau, ayat ini merupakan apa yang selama ini para saintis kaji mengenai asal kejadian alam dan hidupan di muka bumi ini bagi melayakkan memenangi anugerah Nobel pada tahun 1973.
"Iaitu penemuan Teori Great Explosion (Letusan Hebat) yang antara lain mendapati bahawa bumi ini terhasil dari satu kejadian letupan yang paling hebat dan kuat yang pernah berlaku yang membawa kepada pemisahan antara kedudukan bumi dengan langit dan planet-planet yang lain," kata Abdul Ahad.
Namun hakikat al-Quran yang beliau tidak nafikan kebenarannya apabila Allah menyebut betapa Yahudi itu benar-benar musuh Islam walaupun puak-puak itu mendakwa mereka melayani umat Islam sebagai kawan.
"Jika Yahudi mendakwa sedemikian rupa, mengapa Allah berkata yang sebaliknya pula, mesti ada sesuatu yang tidak kena pada al-Quran ini," kata Abdul Ahad sebelum mengucap syahadah.
Namun dalam banyak ayat dalam Kitab itu akhirnya Abdul Ahad menyedari kebenaran bahawa Yahudi itu memang musuh Islam. Ia sebagaimana yang terbukti berlaku pada hari ini apabila puak itu sentiasa mengambil kesempatan untuk memerangi umat Islam dalam apa juga bentuk.
Beliau kini adalah seorang pendakwah yang aktif dan komited dalam menjelaskan kebenaran Islam terutama dari aspek sains.
Buku karangannya, The Amazing al-Quran menceritakan segala-galanya. Terlalu banyak di dalam bukunya itu yang mendedahkan pelbagai lagi aspek fakta kebenaran al-Quran yang tidak dilihat dari satu satu-satu sudut semata-mata malah kepincangan kitab Injil turut menjadi tumpuan dalam bukunya itu.
Hamba Yang Angkuh
Masih lagi berlegar di dalam kepalaku fiil ketua jabatan yang menjadi moderator untuk memberi penilaian tesisku. Pantang dicuit sedikit, cepat betul melatah. Tidak boleh ada manusia memberi pendapat yang berbeza. Semua pendapat salah kecuali pendapatnya. Sungguh angkuh. Memanglah dia berjaya menjawat jawatan tertinggi, semua staff terpaksa patuh dan tunduk padanya. Mentang-mentanglah ada pangkat Prof. Dato’ Dr., seperti sudah memberikannya lesen untuk menidakkan keupayaan dan pendapat orang lain. Sentiasa mengugut dengan jawatan yang dimiliki, malah sering mencari pasal dengan pensyarah lain di fakulti tersebut. Hebat. Kurang ajar. Mungkin inilah ajaran bersama yang dibawa pulang apabila belajar di luar negeri dahulu. Bukan hanya ilmu yang dibawa pulang, tapi lengkap dengan cara hidup Barat yang sememangnya telah rosak itu turut dibawa sama. Orang Barat memang dah rosak. Tapi masyarakat kita masih lagi mengagung-agungkann ya. Menganggapnya sebagai satu manifestasi terbaik untuk menjalani kehidupan.
“Sudah banyak aku melalut ni.” Berbalik pada pensyarah tadi yang tidak habis-habis menyerangku dengan soalan-soalan dan ulasan yang amat pedas sehingga menghangatkan telingaku yang sudah tersedia panas. Penghawa dingin yang selalunya bisa membuat pelajar menggelatuk kesejukan sudah tidak dapat menghilangkan rasa panasku. Aku juga naik hairan. Bukannya apa, walaupun kau seorang pensyarah yang mempunyai pangkat, tapi tingkahmu seperti orang di hutan yang tidak beradab. Jika tarzan di hutan tidak mengetahui protokol kehidupan, kita sedia maklum bahawa mereka tidak pergi ke sekolah. Hanya alam yang menjadi guru. Tetapi seorang professor yang belajar tinggi-tinggi, masih tidak mengerti adat sopan rakyat Malaysia. Rambut sudah bertukar putih, namun sayang usiamu terbazir begitu sahaja. Tidakkah kau mengambil apa-apa pelajaran dalam hidupmu sehingga sentiasa memandang sinis pada orang di bawahmu. Kata orang ikutlah resam padi, makin tunduk makin berisi. Tapi kau seolah tidak mengerti bahawa hidup ini bagaikan roda yang sering berputar pantas. Tanpa kita sedari kadangkala kita di atas, dan tiba-tiba pula kita boleh menjunam ke bawah. Dengan angkuhnya, kau menyangkal semua hujahku. Kau katakan semua itu karut. Lalu kau keluarkan kenyataan yang sangat-sangat tidak masuk akal bagaikan cuba menegakkan benang yang basah. Walaupun benang yang basah itu tak mungkin ditegakkan, dengan kuasa yang ada kau masih menyatakan benang yang basah itu tetap akan tegak berdiri. Sudah tentu hujahmu itu tidak dapat kuterima. Lalu kukemukakan fakta sehingga dipersetujui hampir seluruh isi dewan. Menyedari kekalahanmu, dengan begitu angkuh kau mengugutku agar diam dan menerima pendapatmu atau aku akan gagal untuk tesisku. Aku pasrah. Sudah tak berdaya aku menanggungnya. Selama ini sudah banyak yang kuhadapi dan semua rintangan itu dapat kutempuhi dengan sabar. Biarlah manusia yang angkuh ini berasa dia telah menang. Biarlah aku mengalah demi segulung ijazah yang akan kuterima sebagai tanda kemenanganku selama ini.
Sudah sejam aku duduk membisu di dalam pondok di hadapan Tasik Varsiti ini. Lima puluh meter dari situ dapat kulihat Kompleks Perdana Siswa. Pusat pentadbiran universiti dan kegiatan pelajar itu selalu sibuk. Masih kuingat dua tahun lepas, aku dan rakan-rakan mengadakan pertunjukan Silat Olahraga untuk Hari Ko-Kurikulum di universiti ini. Penuh dataran dikelilingi pelajar lain untuk menyaksikan persembahan kami. Sungguh manis. Sesekali senyum terukir di bibirku. Masih ada juga kenangan manis di sini. Oh! Aku masih belum terlupa tentang perilaku pegawai perubatan semasa aku menjalani praktikal di sana sebagai seorang jurutera bioperubatan.
Sungguh aku terkejut melihat perangai doktor dan jururawat yang bekerja di hospital tersebut. Walaupun tidak semua, tapi majoritinya sungguh mengecewakan. Aku sendiri pun tidak tahu, mungkinkah menjadi seorang doktor semestinya bersikap angkuh atau sifat itu hadir setelah berpakaian kot putih beserta stetoskop yang terletak di leher. Ataupun mereka berasa lebih tinggi dari orang lain kerana menganggap diri sudah terlalu pandai dan berstatus lebih tinggi. Masih kuingat satu insiden yang berlaku sewaktu aku praktikal dulu. Berdesing telinga aku sehingga hari ini masih terasa.
“Hoi, jangan usik mesin x-ray itu. Mahal tahu tak. Kalau rosak siapa nak bayar. Kalau praktikal buatlah cara paraktikal. Jangan nak tunjuk pandai. Apa budak-budak ni buat dalam bilik ni. Sudah, keluar.” Kalau diikutkan hati mahu saja aku menempelak doktor itu semula. Tapi dengan cepat kawanku menarikku keluar. Adakah mereka fikir kami semuanya budak ingusan yang tidak mengerti apa-apa tentang mesin tersebut. Ketahuilah bahawa kami lebih memahami mesin tersebut daripadamu doktor. Dulu sewaktu latihan industri, kamilah yang memasang, melakukan servis dan penyelenggaraan. Itu pun belum sempat aku menyentuh mesin fluoroskopi di bilik angiografi itu. Baru lihat saja sudah diherdik sebegitu. Itu belum lagi perangai pelajar-pelajar perubatan yang baru mengikuti kursus ini. Aku hairan sungguh melihat mereka ini. Baru masuk tahun pertama, sudah berlagak bagus sedangkan kami pelajar tahun akhir kejuruteraan bioperubatan dipandangnya hina seperti habuk yang terlekat di hamparan. Berbaju kemeja, bertali leher, berkasut kulit dan memandu kereta mewah, adakah itu ukuran untuk menjadikan diri seseorang angkuh. Baru sahaja mengerti apa itu anatomi dan fisiologi, istilah-istilah perubatan sudah membuatkan mereka itu lupa diri. Bagaikan hilang sifat sopan-santun dan budi bahasa ketimuran yang telah tersemai selama ini.
Tersedak aku secara tiba-tiba. Air dari botol minuman itu kuteguk perlahan. Mengertilah aku kini kenapa manusia boleh bersifat angkuh dan bongkak. Patutlah Firaun boleh menjadi seangkuh itu. Yalah, bukankah dia berjaya membina piramid yang menjadi satu daripada tujuh keajaiban di dunia ini. Dia menduduki strata teratas dalam hierarki pentadbiran. Bayangkan setiap batu besar yang digunakan mengikut spesifikasi yang betul dan tepat. Alat-alat yang digunakan pula adalah alat pertukangan biasa seperti tukul batu, baji dan pahat tembaga. Lihat saja Piramid Khufu yang dibina pada tahun 2600 S.M. oleh Firaun tanpa menggunakan teknologi maju seperti kini. Pada ketika itu roda masih belum terhasil, malah peralatan besi juga belum wujud ketika itu. Hanya berbekalkan pengetahuan matematik sahaja mereka bisa mengukur setiap blok batu dengan perkiraan yang tepat. Blok batu itu pula hanya dibina dengan menggunakan tanah liat yang dicampur sekam. Itu belum lagi tentang bagaimana blok batu yang seberat 2540 kilogram itu diangkat sehingga ke paras 146.6 meter dari tanah. Hanya keajaiban sahaja yang membolehkan piramid itu terbina, sememangnya Firaun hebat pada ketika itu. Menjadi hebat sehingga menjadi terlalu angkuh dan mengakui dirinya sebagai Tuhan, anak kepada Tuhan Matahari, Amon-Re. Begitulah bermulanya Tamadun Mesir oleh Raja Menes yang berjaya menyatukan Mesir dengan ibu kotanya di Memphis akhirnya lenyap ditelan zaman. Tamadun yang sebegitu hebat juga akhirnya runtuh kerana angkuhnya Firaun dan sejarah manusia akan sentiasa berulang. Tidak kira pemimpin ataupun orang bawahan, sikap angkuh itu masih tidak dapat dikikis dan itulah yang akan menjadikan titik tolak kepada kehancuran.
Masih teringat lagi kata Ustazah Samsun ketika aku masih lagi di bangku sekolah. Katanya seorang Islam itu tidak akan masuk syurga jika terdapat sebesar zarah pun rasa riak di dalam hatinya. Biasanya orang berilmu berlagak dengan ilmunya, orang yang alim berlagak dengan amalnya dan orang yang berkuasa berlagak dengan kuasanya. Ingatlah, tidak semestinya kita perlu berlagak atau angkuh untuk menunjukkan status atau ketinggian kita dalam masyarakat. Angkuh adalah satu sifat yang sangat berbahaya. Masihkah kita ingat kenapa Iblis dibuang dari syurga, semuanya kerana angkuh. Tidak mahu sujud pada Nabi Adam yang dicipta dari tanah sedangkan dia tercipta dari api. Mahukah kita terjerumus ke lembah hina hanya disebabkan sifat angkuh? Wahai hamba Allah jawablah kau dengan jujur.
Wallahualam..
(lily)
LELAKI & WANITA
Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -
1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !
4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. HARAM bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini..
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita
******
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak..
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita .... kan
WALLAHUA'LAM
Mengalir air mata aku masa buat posting ni...