Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, September 24, 2011

PENIPUAN SPR TERBONGKAR LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

SPR mengaku warga asing didaftar pengundi atas arahan Umno



Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pendedahan Wikileaks bahawa SPR mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan kepada pekerja asing di Sabah untuk didaftar sebagai pengundi pilihanraya.

Pendedahan itu dibuat berdasarkan pengakuan bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid kepada bekas ketua Mafrel, Abd Malek Hussin bahawa pihaknya pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Namun, Malek memperbetulkan kembali pendedahan yang dibuat Wikileaks bahawa kabel itu tersilap memetik kenyataannya bahawa SPR mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan kepada pekerja asing di Sabah padahal sejumlah 80,000 warga asing didaftar untuk mengundi.

Wikileaks turut mendedahkan Malek juga dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ untuk merampas Sabah dari pembangkang pada 1994.

“Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri,” Wikileaks


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

MAUT DALAM LUBANG EMAS

بسم الله الرحمن الرحيم



MERSING: Laungan ‘Allahu Akbar’ di bawah timbusan tanah membawa kepada penemuan mayat seorang pemuda yang mati tertimbus ketika mendulang emas untuk menambah pendapatan sebagai persediaan meraikan kelahiran anak kedua tiga bulan lagi, dalam kejadian di sebuah ladang sawit di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian di ladang Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing (PKAYM), dekat Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing itu, Mohd Shafadrul Afandi Shukor, 24, dari Kampung Hubung, terbunuh apabila bahagian dasar lubang lebih lima meter dalam yang dimasuki runtuh.

Sebelum kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, Afandi memberitahu bapa mentuanya, Mohd Khamsani Kassim, 43, dia keluar rumah untuk membeli barangan keperluan harian.

Bagaimanapun, kegagalannya pulang ke rumah sehingga jam 9 malam menyebabkan Mohd Khamsani bersama seorang ipar mangsa, keluar mencarinya di sekitar kampung serta kawasan ladang berkenaan.

“Hati saya berat menelah Afandi pergi mendulang kerana sebelum ini dia pernah ke situ, walaupun saya melarangnya melakukan kerja bahaya itu. Sebaik tiba, saya terlihat motosikalnya, beg serta peralatan mendulang berhampiran lubang yang digali. Ketika itu, di bawah timbusan tanah, saya terdengar laungan ‘Allahu Akbar’ sebelum dengusan nafasnya berakhir.

“Apabila meninjau lubang yang membentuk terowong itu, saya yakin dia tertimbus dan berusaha menggali, namun tidak terdaya. Kami kemudian mengambil keputusan menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata, ladang itu menjadi tumpuan pendulang emas, termasuk menantunya yang menjalankan kerja itu secara sambilan kerana percaya tanah di situ mengandungi emas.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Harun, berkata beliau bersama 13 anggota dari Mersing dan Endau bergegas ke lokasi.

“Kami sukar mengesan mangsa yang terperangkap jauh dalam tanah. Sebuah jengkaut terpaksa dibawa masuk untuk menggali kawasan itu bagi mengeluarkan mayat yang tertimbus. Operasi bermula jam 12 tengah malam yang turut dibantu orang awam akhirnya berjaya mengeluarkan mayat pada jam 2.40 pagi,” katanya.

Ibu mentua mangsa, Ayati Othman, 43, menyifatkan kejadian itu amat menyedihkan ketika isterinya, Nurul Saufeqah, 20, sarat mengandung enam bulan, selepas memperoleh anak sulung, Mohd Adam Haikal, yang kini berusia 18 bulan.

“Dia tinggal bersama kami sejak mendirikan rumah tangga. Afandi sering bercerita mengenai hajatnya mendulang emas kerana ada rakan memberitahunya mereka boleh dapat hasil lumayan. Suami saya sering menasihatkan dia tidak meneruskan usaha itu, namun selepas mendulang buat pertama kali sebelum ini, dia seolah-olah seronok, walaupun risikonya tinggi,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semaloi, petang semalam selepas dibedah siasat di Hospital Mersing - [BH]



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Friday, September 23, 2011

MUSUH DALAM ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Marilah kita menyedari bahawa antara sebab tersebarnya kemungkaran, jenayah serta maksiat adalah memandang ringan dalam perkara agama Islam. Allah telah memberi amaran dalam al-Quran (maksudnya): Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (at-Taubah: 122)

Ini menunjukkan bahawa memahami ajaran agama Islam itu adalah perkara yang wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan. Wajib ke atas setiap umat Islam memahami perkara dasar dalam agama Islam. Mereka juga perlu mengetahui perkara Islam serta apa yang boleh membatalkan iman serta Islam. Juga dalam perkara ibadat agar ibadat yang dijalankan itu diterima Allah, bukannya melakukan ibadat secara jahil.

Perkara ini adalah menjadi fardu ain ke atas umat Islam mempercayainya. Manakala dalam perkara fardu kifayah adalah hendaklah ada umat Islam yang memahami perkara agama secara mendalam supaya rujukan dalam perkara agama oleh masyarakat. Perkara ini termasuk dalam soal menjaga agama kerana agama adalah perkara yang lebih penting dalam hal-hal yang lain dalam kehidupan.

Ahli ilmu sosiologi berpendapat bahawa rukun kehidupan manusia itu adalah memelihara agama, nyawa, akal fikiran, maruah diri dan keturunan serta memelihara harta benda. Semua perkara itu adalah wajib dan menjadi rukun dalam kehidupan manusia, tetapi memelihara agama adalah perkara yang pertama, kerana agamalah yang menentukan baik buruknya kita dalam kehidupan ini.

Tanggungjawab memelihara agama adalah tanggungjawab yang menyeluruh. Iaitu kepada semua termasuk diri sendiri, pemimpin masyarakat dan pemimpim negara. Seluruh pihak perlu menjaga agama agar seluruh kehidupan ini tidak boleh dipisahkan daripada agama.

Imam al-Ghazali telah menyebut dengan tegas (maksudnya) agama itu asas bagi kehidupan manusia, manakala kekuasaan atau pemerintah merupakan pengawas, kalau tidak ada asas akan runtuh manakala jika tiada pengawas maka sia-sia.

Hari ini agama diperkecilkan, dipandang ringan serta dikira sebagai remeh-temeh. Maka kehidupan manusia menjadi runtuh dan musnah. Ramai di kalangan anggota masyarakat tenggelam di dalam kemungkaran dan maksiat.

Pada masa yang sama apabila orang-orang yang memerintah tidak berasaskan kepada agama, maka pemerintahan menjadi sia-sia. Pemerintah tidak boleh menjadi pengawas dalam kehidupan manusia sebaliknya lebih ramai menjadi pengkhianat dan merosakkan masyarakat.

Itulah padahnya apabila kita memperkecilkan urusan agama Islam, yang memberi kemuliaan kepada umat Islam ialah ajaran agama Islam. Islam telah memuliakan bangsa Arab yang buta huruf. Setelah mereka menganut Islam, mereka dapat memimpin dunia. Banyak bangsa-bangsa dalam dunia yang menganut ajaran Islam serta berpegang dengan Islam menjadi bangsa yang kuat serta mempimpim umat Islam.

Digantikan kaum lain

Allah SWT menjadikan pemimpin umat Islam silih berganti di kalangan bangsa yang menganut Islam dan kuat berpengang dengan agama Islam. Firman Allah SWT (maksudnya): Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agama-Nya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At-Taubah: 39)

Allah SWT meyeksa umat Islam dengan adanya bangsa dan kumpulan yang lain yang menganut agama Islam dan mempelajari agama Islam dan berpegang dengan ajaran Islam. Setelah bangsa Arab lemah dalam pengangannya dalam agama Islam Allah SWT menggantikan dengan bangsa Kurdis kemudiannya Tukri. Begitulah seterusnya.

Percayalah bahawa al-Quran adalah petunjuk dan mukjizat yang berterusan sehingga kiamat. Kedudukan agama Islam ini diketahui dan dikaji oleh musuh-musuh Islam yang membuat perancangan untuk menentangnya dan bukan untuk beriman. Seorang Perdana Menteri British menyatakan bahawa selagi orang Islam berpegang dengan kitab ini iaitu al-Quran selama itulah kuasa-kuasa Barat tidak boleh menguasai dan merendah-rendahkan orang Islam.

Malah mereka berusaha supaya orang Islam meninggalkan agama mereka. Walaupun tidak beriman dengan agama Islam tetapi sekurang-kurangnya tidak beramal dengan ajaran agama mereka. Oleh kerana itu agenda dan perancangan untuk menjauhkan orang Islam daripada agama berlaku sehingga kini. Termasuk dalam program globalisasi yang dilakukan oleh Barat yang menganggap umat Islam sebagai pencabar dan penghalang, mereka berusaha untuk melemahkan umat Islam dengan perancangan untuk mengurangkan sekolah-sekolah agama, mengawal ajaran Islam, khutbah Jumaat, kuliah agama di masjid adalah antara agenda penjajah musuh-musuh Islam. Semua ini dilakukan oleh penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam yang dilahirkan di kalangan umat Islam sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w.(maksudnya) : Akan ada penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam, barang siapa yang mengikutnya, maka dia akan dicampak sama ke neraka jahanam. Apabila Huzaifah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. supaya menjelaskan siapa mereka. Rasulullah s.a.w. menyatakan mereka adalah daripada golongan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu.

Oleh kerana itu wajib kita mempertahankan agama Islam walaupun dalam keadaan kita mencari kehidupan di dunia ini, kerana yang memandu kepada kemajuan dunia adalah agama Islam. Kemajuan yang tidak berpandukan kepada al-Quran hanya akan menjadi sebagai jalan dan lebuh raya untuk menuju ke neraka jahanam.

Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) ; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6) - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Khutbah Jumaat : Musuh dalam Islam untuk menentangnya


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Thursday, September 22, 2011

NAJIB ROSMAH PENGECUT

بسم الله الرحمن الرحيم

Najib tidak ‘kool’, berundur sebelum bertempur-Anwar

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak kerana enggan menjadi saksi dalam perbicaraan Fitnah II terhadapnya.

Ia berikutan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, memohon mahkamah mengenepikan perintah sapina agar mereka hadir sebagai saksi dalam perbicaraan itu.

Keenganan Najib, yang sebelum ini berjanji akan hadir jika dipanggil mahkamah disifatkan Anwar sebagai ‘berundur sebelum bertempur’ .

“Ini kurang menyenangkan kerana beliau (Najib) sudah berjanji akan hadir ke mahkamah jika disapina sebelum ini.

“Katanya dia tidak terlibat. Kalau tidak terlibat, kenapa dia pernah bertemu (pengadu) Saiful sebelum ini?,” soal Anwar ketika ditemui selepas selesai perbicaraan kes Fitnah II petang tadi.

“(Tetapi) dia (Najib) pilih untuk berundur sebelum bertempur.

“Kurang ‘cool,” kata Anwar sinis merujuk tindakan Najib menonjolkan imejnya sebagai ‘kool’ dan sempoi, di dalam laman sosial untuk memikat pengundi muda, termasuk menghadiri sebuah konsert baru-baru ini.



Najib dan Rosmah petang tadi membuat permohonan mengenepikan perintah itu melalui empat peguam iaitu Datuk Sallehuddin Saidin, M Athimullah, Teh Poh Teik dan juga Ghazi Ishak.

Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Peguam Anwar mahu mengheret Najib dan Rosmah ke mahkamah kerana mereka pernah menemui pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pertemuan itu diatur beberapa kali sebelum pemuda itu membuat laporan polis mendakwa diliwat ketua pembangkang itu pada 26 Jun 2008. - keadilandaily

Note: Kalau dalam tv dialah hero.. dia la yang berani.. tapi hakikatnya bacul.. nak sembang lebih apa barang.. Kalau dengan bini pun termasuk telur lagi pula nak masuk mahkamah? nak sahut cabaran Anwar untuk berbahas berkenaan isu rakyat pun takut... Macam ni punya bodoh pun boleh jadi Menteri Perdana..

Note: Teringat aku satu cerita berkenaan roti canai. Satu restoran mamak telah menamakan restorannya sempena nama Menteri Perdana Malaysia iaitu Restoran Najib. Restoran ni terkenal dengan berbagai jenis roti. Dan antara roti yang paling popular sekali dinamakan sebagai Roti Najib. Aku bertanya pada seorang kawan yang pernah makan disitu bagaimanakah rupa dan apa istemewanya dengan Roti Najib. Dengan selamba kawan aku jawab "Roti Kosong" (Roti canai yang tiada telur).. Kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

YAHOO PAKCIK KAYO!!!

بسم الله الرحمن الرحيم


klik pada imej untuk besarkan

Note: Untuk kedua kalinya orang sedekah kat aku 2 juta pound sterling.. pakcik kayo.. pakcik kayo... kikikiki


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Wednesday, September 21, 2011

TIADA CUKAI KENDERAAN UNTUK WARGA ASING DI MALAYSIA?

بسم الله الرحمن الرحيم


klik pada imej untuk besarkan

Gambar di atas neh ialah senarai harga kereta. Harga kereta neh bebas cukai disebabkan ia tertakluk dalam program malaysia is my second home untuk warga asing agar mereka sudi menetap lebih lama di malaysia. Korang leh search program neh menerusi google tak pun just direct masuk web neh je. Website under government. ==> Malaysia is my second home.

- mm2h.gov.my

Aku mengaku terus terang aku cemburu tengok harga kereta2 tue. Pada tahun 2009 dorang berpeluang beli kereta local dengan harga yang rendah. Diberitahu bahawa kereta2 neh ada had penjualan. Contohnya mungkin setiap seorang warga asing hanya boleh beli satu kereta local dan import dengan harga bebas cukai.

Best kan? Aku tak pasti samada bayaran neh secara ansurans ataupun tunai. Tapi berdasarkan kepada harga di atas aku tengok cukai yang dikenakan kerajaan ke atas kita memang tinggi nak mampos.

Itu tak masuk faedah bank dan sales komisen. Perghhh free2 je kita kena tindas. Aku nak PR mengurangkan cukai ke atas kereta bila dorang tadbir kelak. Harga kereta yang diletakkan di atas neh dah termasuk harga untung penjualan. Maksudnya modal nak buat kereta neh lagi rendah larh jawabnya.

Nampaknya jadi warga asing di malaysia neh memang seronok. Jadi bumiputera pun tak seronok macam neh. Nak exchange larh dengan dorang. Daripada aku kelaparan dirumah elok aku masuk hutan, dapat gak susu.. okey tak?

- amenoworld



Note: Patutlah perdana menteri Bangladesh mengucapkan tahniah kepada rakyatnya yang dapat jadi rakyat Malaysia.. Rupa rupanya Perdana menteri malaysia ni bodoh!!! kah kah kah kah


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Tuesday, September 20, 2011

BELI KERETA TAK BOLEH BELI CINCIN TAK APA

بسم الله الرحمن الرحيم

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna. Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunju-ngannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.

Menjawab soalan :Sinar Harian:, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.

Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8.

Note: Beli cincin sebentuk rm24 juta blogger umporno tak heboh plak ek... kikiki

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Monday, September 19, 2011

BN SELANGOR BERMIMPI DI SIANG HARI

بسم الله الرحمن الرحيم



19 SEPT — Najib berkata yang beliau tidak takut dengan Anwar kerana beliau mengakui yang dalam sebuah demokrasi parti adalah lebih kehadapan dari individu. Tetapi jika benar apa yang di katakan oleh PM itu maka beliau tidak payah menyebut nama Anwar tetapi di sebaliknya beliau sepatutnya bercakap tentang PR, bukannya Anwar.

Apa yang di katakan oleh PM itu benar kerana tidak ada sesiapa yang perlu takut pada mana-mana individu. Saya yang begitu kecil ini pun tidak takut pada Anwar dan pada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Yang perlu semua pihak takut dalam politik ini ialah rakyat yang ramai yang mempunyai hak kepada seluruh negara kita.

Itu sebabnya selama ini saya hairan kenapa pemimpin-pemimpin kita begitu berani melakukan rasuah dan mengenepikan perasaan rakyat yang begitu jemu mendengar perlakuan rasuah itu dilakukan dengan terang dan mudah dilihat oleh rakyat. Hanya rakyat tidak mampu membuktikannya kerana perlakuan rasuah yang besar-besaran banyak dilindungi oleh Akta-Akta yang ketat seperti Akta Rahsia Resmi dan lain-lain.

Jika sesuatu projek dilaksanakan dengan “scale” yang besar maka projek-projek itu akan dilindungi oleh Akta Rahsia Resmi kerana dalam projek itu adalah sumber mereka yang berkuasa untuk melakukan rasuah yang menggunakan wang rakyat. Rasuah adalah isu yang terhadapan sekali dan selagi kerajaan masih melekat dengan stigma rasuah itu selagi itulah kerajaan hari ini tidak akan mendapat perhatian rakyat lagi.

Di UiTM semalam Najib telah mengaku yang BN telah insaf di atas segala kesalahan yang telah dilakukannya semasa memerintah negeri itu sejak merdeka dahulu. Dengan kenyataan itu maka kita dapat menyimpulkan yang BN memang telah melakukan kesalahan sebagai parti yang memerintah negeri Selangor dan dengan itu rakyat Selangor telah mengenepikan mereka dalam pilihanraya yang lalu.

Jika BN telah mengaku kesalahan itu kenapa pula parti-parti pembangkang yang dipilih oleh rakyat Selangor itu menjadi “punching bag” bagi Umno dan BN. Kenapa pembangkang dipersalahkan jika BN mengaku kesalahan itu letaknya dibahu BN. Kenapa yang bersalah menghemtam yang tidak bersalah? Itulah yang menjadi masalah kepada BN. Mengaku bersalah tetapi pihak lain pula yang dihentam setiap hari dan waktu.

Sekarang BN sedang berusaha mencari kesalahan PR di Selangor, sama seperti yang dilakukan di negeri-negeri lain yang dipimpin oleh PR. BN mencari kesalahan pentadbiran Selangor seperti orang mencari kutu dikepala. Kuman diseberang laut mereka nampak tetapi gajah dibibir mata tidak dihiraukannya.

Apa yang BN perlu lakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat Selangor ialah untuk menunjukan siapa yang akan menjadi MB jika Selangor dipimpin BN. Ini amat penting kerana seperti yang kita lihat semua MB BN Selangor sebelum diambil alih oleh PR dalam pilihanraya yang lalu telah bergelumang dengan masalah rasuah.

Keseluruhan pemimpin-pemimpin Selangor telah dipersepsikan melakukan kesalahan ini dan itulah sebabnya mereka diketepikan oleh rakyat. Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama pula yang membuat janji untuk mentadbir negeri yang kaya itu untuk melakukan perubahan yang dikehendak rakyat Selangor. Bagaimana rakyat hendak percaya. Secara konklusifnya kita melihat yang isu ini amat susah untuk dilakukan oleh BN Selangor.

Sehingga ke hari ini rakyat masih tidak nampak siapa yang akan ditonjolkan sebagai ayam tambatan BN yang tidak boleh dipersoalkan tentang kredibilitinya. Umno yang sedang menghadapi isu kredibiliti terpaksa mencari calon MBnya dengan teliti. Sekarang bukan senang untuk mencari calon yang berkredibiliti di Selangor kerana calon yang akan ditonjolkan itu akan merasa rendah diri dan sangsi samada mereka boleh menang atau pun tidak.

Ramai yang merasa takut untuk melalui pengalaman Awang Adek di Kelantan yang telah berangan-angan untuk menjadi MB Kelantan tetapi Kelantan hanya memberikan sebanyak tiga kerusi DUN sahaja dalam pilihanraya yang lalu. Awang Adek sendiri sebagai calon MB telah kalah dihadapan rakyat Bachok sendiri. Kita masih ingat bagaimana Awang Adek telah berlagak seolah-olah sudah menjadi MB dengan lagak “typical” Umno sambil menghisap cerut yang mahal-mahal semasa berkempen di Bachok.

Di dalam ucapan Najib di Shah Alam semalam Najib dengan terang telah meminta rakyat untuk menerima sahaja calon yang di turunkan oleh pucuk pimpinan. Kata-kata itu telah di sambut dengan tepukan gemuruh dan bertepuk itu merupakan salah satu “attribute” yang sudah lama bersemadi di dalam Umno, tetapi apabila sampai pilihanraya nanti ramai di kalangan yang bertepuk semalam itu jugalah yang akan memberikan undi kepada parti-parti pembangkang seperti yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu.

Jika Umno Selangor perlukan keyakinan rakat kembali pulih, parti itu perlu mengenepikan semua pimpinan yang ada semasa Umno jatuh dalam PRU yang lalu. Tetapi persoalannya mampukah Umno untuk melakukannya? Bagaimana hendak menolak Noh Omar atau mana-mana pemimpin yang lain? Umno terpaksa juga mengharapkan kumpulan yang dahulunya ditolak rakyat untuk merampas kembali kerajaan Selangor dari PR. Kata perbilangan, tidak ada rotan akar pun berguna.

Kita lihat usaha untuk mencacatkan pentadbiran PR di Selangor terus menerus dilakukan terutamanya untuk memberikan gambaran buruk terhadap Menteri Besarnya, sedangkan rakyat tahu yang MB-MB BN Selangor yang sebelumnya semuanya menjadi kaya raya semasa menjadi MB.

Itulah sebabnya saya ada menutup posting saya yang sebelum ini dengan menyatakan, “the worst of the opposition is a lot better than the best of BN”. Yang penting rakyat kena tahu ialah BN memang tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pihak jika dilihat dari sudut perlakuan rasuah.

Dalam isu rasuah BN memang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana kerajaan dalam rantau ini. Yang boleh menentukan perasuah ini diketepikan ialah rakyat yang insaf dan sedar tentang bahayanya negara jika terus ditadbir oleh mereka yang sudah ketagih dengan rasuah ini.

Saya berkeyakinan untuk BN kembali memerintah kerajaan Selangor hanyalah ibarat mimpi di siang hari. — aspanaliasnet.blogspot.com

Note: UMNO/BN pasti mampu merampas Selangor kembali dengan pertolongan dari SPR juga PATI seramai 2.3 juta yang telah didaftarkan sebagai pengundi.. sekian terima kasih..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

RAKYAT MALAYSIA PALING BERUNTUNG

بسم الله الرحمن الرحيم



ALANGKAH INDAH BUNYINYA SEANDAINYA BEGINI BUNYI TAJUK BERITA UTAMA BULETIN PADA PUKUL 8 MALAM NANTI DI TV3 SUKU..

KAMARUDDIN MAFE;"SARI BERITA UTAMA-pelik tapi ajaib..itulah hakikat sebenar di malaysia apabila kajian mendapati dalam 11 negara pengeluar minyak dunia,malaysia merupakan negara yg menjualnya dengan harga yang PALING MAHAL kepada rakyatnya sendiri berbanding negara pengeluar yg lain..

UTK ITU KAMI SIARKAN BEBERAPA KELUHAN RAKYAT MALAYSIA..........................


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...