Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, June 21, 2011

AZAN DI DALAM GEREJA

بسم الله الرحمن الرحيم

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

KETUA PUTERI UMNO DITANGKAP KHALWAT

بسم الله الرحمن الرحيم

PANAS!!! : Ketua Puteri UMNO Jerlun Didakwa Berkhalwat

[TV3] Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.

Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.

Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing-masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu. - duniacacamarba.

Note: Maklumlah ketua puteri umno.. media perdana senyap sunyi jer.. kih kih kih kih...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

JOM DENGAR APA KATA ZOL KULOM

بسم الله الرحمن الرحيم

wiranita perkasa yang memperjuangkan islam.. kih kih kih

Note: Kah kah kah kah.. sampai serak suara.. sampai kuluar suara katak.. kah kah kah kah.. Yang sadisnya video ni tak di fokus pada para nyamuk-nyamuk yang datang.. kih kih kih kih.. kenapa? sebab malu nak tunjuk tak ramai nyamuk yang hadir.. kah kah kah kah.. sebab malu nak tunjuk nyamuk hanya bawak jentik-jentik jer. kah kah kah kah.

Note: Satu yang menghairankan senangnya nyamuk ni dapat permit untuk berhimpun.

Pada 17hb Jun 2011, polis telah mengeluarkan satu permit kepada PERKASA untuk menganjurkan satu perhimpunan. Permit itu dikeluarkan hanya 'SEHARI' selepas PERKASA memohonnya (pada 16hb Jun 2011).

Perhimpunan itu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada hari ini, 19hb Jun 2011. Ia juga adalah tempat yang sama di mana Pakatan Rakyat pernah cuba untuk menganjurkan satu perhimpunan dan telah pun memohon permit tetapi ia telah ditolak atas alasan 'KESELAMATAN'.

Biasanya, anda perlu memohon permit 14 hari sebelum sesuatu perhimpunan diadakan. Tapi PERKASA Hari ini mohon esok Lulus, Mudahnya PERKASA Dapat PERMIT. Baiknya polis dengan perkasa.. kah kah kah kah.. lawak.. lawak..

Note: Pesanan untuk nyamuk-nyamuk.. jangan lupa nanti pakai baju yang ada lambang 'PERKASA'. Agar senang kami semua nak kenal.. Jangan lupa juga letak brahim katak, zol kolum, zahrin hantu jarang gigi dan sorang lagi tu jangan lupa. zahid mat arip ghapar bab* duduk di barisan hadapan sekali.. senang nanti kami semua nak beramah mesra.. kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Monday, June 20, 2011

ASN DAN ASB HARAM !!!

بسم الله الرحمن الرحيم

ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

- www.islamituindah.my

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Sunday, June 19, 2011

YB HAMIDAH TERKENCING DALAM SELUAR?

بسم الله الرحمن الرحيم

Bagaimana syarikat bermodal RM100 melabur RM5.8 bilion?

Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja.Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.

Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.

Setiausaha Negeri DAP Nga Kor Ming hari ini berkata, mengikut pengumuman EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman (gambar atas) pada 9 Jun 2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek perlaburan kononnya bernilai RM5.8 billion.

Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.

Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai.

Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbillion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan.

Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain (sleeping company) yang hanya berdaftar mulai 28 Februari 2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung.

Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal berbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat "Dormant",malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah
sebarang keuntungan setakat ini.

Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan. - Ddaily

Note: Kah kah kah kah.. Bila aku tengok jer berita ni aku terus search syarikat ni kat google.. aku nak tengok betul ke syarikat ni wujud.. nak melabur sampai RM5.8 billion bukan sedikit tu.. takkan la website pun tak ada jugak kan.. jawapannya image kat bawah ni...

klik pada imej di atas untuk besarkan

Note: Syarikat belacan ni memang tak ada website sendiri.. kah kah kah kah.. Woiii nak melabur sampai RM5.8 billion, website pun tak ada ke? kah kah kah kah.. macam musibat!!!!!!! kah kah kah kah.. syarikat belacan ni ada daftar kat itrademarket.com.. disitu ada tertera syarikat ini didaftarkan pada 4 may 2010. itu tarikh daftar dan itu jugalah tarikh terakhir syarikat ni di update.. kah kah kah kah.. lagi satu untuk contact syarikat ni hanya ada sorang jer.. Mr. TANG HOCK LENG.. Dia la Director dia juga CEO juga merangkap General Manager.. dan dia jugak pekerja am, kerani, cleanner, penghantar surat juga merangkap pakcik jaga.. kah kah kah kah.. patutlah profile syarikat tak update.. sibuk rupanya.. maklumlah buat kerja sorang-sorang... kah kah kah kah.. Dan akhir sekali syarikat ini pejabatnya hanya di bangunan IKS ( Kawasan Industri Ringan Dan Sederhana) kah kah kah kah.. punya banyak nak melabur sampai 5.8 billion buat pejabat kat bangunan IKS jer.. kah kah kah kah.. lawak.. memang lawak... sebuah syarikat belacan yang sangat lawak.. kah kah kah kah..

Note: pecah lagi satu lobang.. adun hamidah DNA ni punya hal.. kah kah kah kah.. syarikat yang hanya ada modal berbayar RM 100 boleh pula dapat tender atas tanah yang bernilai RM50 juta.. kah kah kah kah.. Malaysia semakin kartun.. Hancur 1 Malaysia ditadbir oleh puak-puak bodoh ni.. kah kah kah kah... Jawab midah jangan tak jawab.. jangan terkencing dalam seluar sudah.. kah kah kah kah