Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, June 18, 2011

ADUHHHH.. PECAH LOBANG LAGI!!!!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Syarikat Impact Creations Sdn Bhd yang dikatakan memperolehi kontrak RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan didapati tidak mempunyai laman web sendiri yang sempurna.

Tinjauan KeadilanDaily.com mendapati syarikat tersebut sekadar meletakkan pengumuman bahawa laman webnya ‘akan datang’ tidak lama lagi.

Impact Creations sebelum ini didapati menggunakan khidmat seorang ‘konsultan’, Juni Ewe untuk mendapatkan kontrak RM1.8 juta bagi mengendalikan enam laman web Kementerian Pelancongan. Juni Ewe merupakan kawan baik kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong hari ini menggesa Ketua Audit Negara untuk menyiasat pemberian kontrak itu yang terlalu besar jumlahnya untuk sekadar mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan. Kdaily

Note: Kah kah kah kah.. Syarikat mengendalikan projek RM1.8 jita tak ada website sendiri.. kah kah kah kah.. ni syarikat apa ni? Meniaga air liur ke apa ni? woiiiiiiiii syarikat penipu!!! makcik kampung jual belacan pun ada website sendiri la.. Perghh senangnya hidup kat Malaysia ni .. kawan dengan menteri.. daftar syarikat bangang2.. tak payah pekerja tak payah apa.. terus dapat projek RM1.8 juta.. kah kah kah kah .. rakyat yang susah kena kurangkan subsidi untuk bagi duit pada kroni.. apa punya kerajaan ni? .. apa pun tak bolehhhhhhh!!!!!!!!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BERITA GEMBIRA UNTUK PENGGUNA ASTRO

بسم الله الرحمن الرحيم

KORANG BACA LA SENDIRI..

kalau tak jelas saya tulis balik kat bawah nie...!!!

PERUBAHAN KE ATAS LANGGANAN ASTRO ANDA

Terima kasih erana memberi peluang kepada Astro untuk menghiburkan anda sekeluarga. Kami amat berbesar hati untuk membawakan anda pelbagai Genre seperti berita,sukan,filem,dokumentari,rancangan kanak2,muzik,dan hiburan am.

Hari ini, Pek Famili yang popular menyediakan akses ke 38 buah saluran untuk semua pelanggan.Untuk membolehkan akses Pek Family yg lebih meluas di semua kediaman, kami akan mengekal PEK famili pada harga RM37.95 sebulan.DUKACITA dimaklumkan, AKIBAT TEKANAN KOS YANG BERTERUSAN, TERMASUK KOS KANDUNGAN GLOBAL DAN TEMPATAN SERTA HAK-HAK SIARAN, HARGA PAKEJ2 TERTENTU AKAN DISEMAK, TERMASUK PAKEJ LANGGANAN ANDA SEPERTI DIBAWAH INI.

NO KAD : ************
Pakej Semasa Anda* : HD,MUS,1MINI,SPT
Harga pekej bulanan Semasa* : RM99.90 ***
Harga pakej bulanan baru anda : RM 107.90 ***

INILAH SEBAB KENAPA BIL ASTRO NAIK MENDADAK SAMPAI RM15

Umno-BN Jual Saham Melayu Kepada Ananda Krishnan. Bik astro naik mendadak..

SABTU, 3 APRIL 2010.Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mempertikaikan kewarasan keputusan kerajaan membenarkan pelupusan ekuiti Bumiputera dalam Astro Holdings Sdn Bhd milik jutawan Tan Sri T. Ananda Krishnan.

Astro Holdings mempunyai pegangan saham sebanyak 72.9 peratus di dalam Astro All Asia Networks Plc (AAAN), syarikat yang mengendalikan stesen televisyen satelit, Astro.

Antara pemegang saham terbesar Astro Holdings ialah Khazanah Nasional sebanyak 30 peratus dan Yayasan Bumiputera 12 peratus sementara Usaha Tegas Sdn Bhd milik Annda memegang 57.6 peratus.

Pada 17 Mac lalu Ananda mengumumkan cadangannya untuk menjadikan AAAN sebuah syarikat milik persendirian dengan menawarkan untuk membeli kesemua saham AAAN pada harga RM4.30 sesaham atau keseluruhannya RM8.5 bilion secara tunai. - tmi

Note: Kah kah kah kah.. terima kasih kerajaan umno.. kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

KALIMAH ALLAH PADA HIDANGAN

بسم الله الرحمن الرحيم

klik pada image untuk besarkan

JITRA 18 jun, Sesungguhnya ALLAH swt itu Maha berkuasa,tiada yang mustahil baginya, dan ALLAH swt sentiasa memberikan tanda -tanda akan kebesarannya,itu lah yang dapat di tukang lawan katakan bila membuka email yang diberikan oleh seorang rakan.

Rakan tersebut menceritakan sedikit tentang kejadian yang berlaku petang semalam kepada tukang lawan, kebetulan rakan-rakanya datang kerumah neneknya dan dihidangkan dengan maggie yang dimasak sebelum asar, mereka bergambar sebelum menjamu selara dan menyedari sesuatu yang aneh tertera pada hidangan itu.. terpampang kalimah ALLAH pada hidangan itu.

"maggi ni nenek saya masak..di taman permai jitra kedah...
lepas masak dan hidang untuk dijamu selera, kami saja mengambil gambar seblum makan dan lepas tu,
baru perasan ada kalimah Allah s.w.t
nenek saya baru 2 hari balik dari menunaikan umrah..
semasa masak. azan asar baru berkumandang...
takbir! kejadian Allah!"

Maha besar Allah yang menjadikan sesuatu untuk renungan kita, Tukang lawan jadi kelu bila melihat gambar ini, dan jutaan terima kasih kepada sahabat tukang lawan iaitu HAKIM yang sanggup borkongsi cerita ini untuk tukanglawan kongsikan bersama anda semua... - tukanglawan

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

DEMO DAH BERMULA DI MELAKA!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Anak muda Melaka bantah harga air naik

MELAKA, 17 Jun: Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM) hari ini meneruskan kempen membantah kenaikan harga air negeri Melaka dengan mengadakan demonstrasi aman di perkarangan Masjid Al-Azim selepas solat Jumaat.

Sebelum ini GERAM telah membuat siri jelajah di setiap kawasan di negeri Melaka dengan mendapatkan tanda tangan rakyat Melaka selain siri-siri penerangan berbentuk ceramah dan risalah sebagai kaedah untuk memberitahu rakyat tantang kenaikan harga air yang membebankan itu.

Ketua Penggerak GERAM, Yuhaizad Abdullah dalam ucapannya pada demonstrasi tersebut berkata kerajaan negeri sengaja tidak mengeluarkan notis kepada rakyat bagi memaklumkan kenaikan air tersebut pada April lepas.

"Beberapa exco kerajaan negeri sebelum itu telah memberitahu untuk mengadakan perbincangan sedangkan tarif air telah dinaikkan, sepatutnya perbincangan itu dilakukan sebelum tarif air dinaikkan bagi mendapat maklum balas rakyat, bukan selepas harga air dinaikkan.

"Tindakan kerajaan seolah-olah sengaja untuk mengelirukan rakyat supaya mereka tidak membantah kenaikan ini yang jelas membebankan rakyat," kata Yuhaizad. - HD

Note: Kah kah kah kah.. Ali rustam pun dah boleh kemas-kemas barang... kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Friday, June 17, 2011

9 JULAI : RAKYAT BANGUN MENENTANG !!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

HISHAMUDDIN: NAK TANGKAP MAT SABU KE KHAIRY DULU?

9 Julai: Hisham kata jangan, Khairy kata terus

Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.

“Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.

Menyalahi undang-undang

Hishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

“Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya ,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang.”

“Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama.

“Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” katanya.

Namun Khairy bertegas dengan mengatakan “Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama. - mkini

Note: Kah kah kah kah.. lawaknya.. Pemuda umno lawan Menteri Dalam Negeri.. kah kah kah kah.. mat lidah kontot tak nak hunus keris ke? kah kah kah kah.. Kalau penyokong pakatan semua nak turun.. penyokong umno pun ikut sama, kiranya memang meriah la perhimpunan bersih kali ni kan.. kah kah kah kah.. aloooo najib bik mama.. itu kain baju sudah kasi packing ka? kah kah kah kah.. itu jet sudah kasi panas enjin ka? kih kih kih kih..

Note: Khairy.. baik umno ataupun PR, semua pun dah tahu apa yang hang nak buat.. apa sebenarnya yang hang rancangkan.. tang sini aku puji hang walaupun aku tahu hang nak balas dendam dgn najib sebab dia anggap hang sebagai sampah selama ini.. tapi satu pesanan aku.. Pemuda UMNO kalau rasa nak berkawan sila pakai baju bersih.. kalau rasa nak beramah mesra bertepuk tampar sila pakai baju umno atau perkasa.. kih kih kih kih.. aku memang teringin sangat nak bergurau senda bertepuk tampar dgn korang nih.. kih kih kih kih.. paling-paling aku teringin nak bertepuk tampar dengan 3 ekor katak. brahing ali al-kataki, zol kulom dgn zahrin hantu jarang gigi.. suruh 3 ekor ni duduk barisan depan sekali... aku nak tengok sangat muka orang yang garang dalam TV ni.. kih kih kih..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

MANA PERGI SUBSIDI KAMI ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita akan bersimpati dengan seorang ayah yang memberitahu bahawa susu yang diminum oleh anak kecilnya terpaksa dikurangkan disebabkan pendapatannya sudah tidak dapat menampung..rasa kesian kita padanya dan anaknya..namun simpati itu akan hilang jika dapat tahu bahawa si ayah ini sering membelanjakan wang bukan pada tempatnya; berfoya-foya, membazir, kuat merokok dan selalu belanja rakan-rakan kedai kopinya..simpati kita pada si ayah bertukar marah, benci dan kecewa..dan kasihan kita kepada si anak meningkat kerana dia dizalimi..demikian sesebuah kerajaan dan subsidi..jika kerajaan berhemat, tidak membazir wang negara, belanja dengan kadar patut, pada tempat yang patut, kita tidak kecewa dan marah jika subsidi dipotong..tetapi jika kerajaan itu seperti si ayah tadi, kita kecewa dan marah..kita simpati pada rakyat bawahan dan akan bangkit membela mereka..tahniah kepada rakyat yang dapat menghalang 'sementara' kenaikan harga petrol..-Dr MAZA....

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

UZAR: HUKUM MENYERTAI HIMPUNAN BERSIH

بسم الله الرحمن الرحيم

Note: BERIKAN SOKONGAN ANDA PADA PERHIMPUNAN BERSIH PADA 9 JULAI 2011 INI...!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Thursday, June 16, 2011

KINI AKU PERCAYA YANG 'TOYOL' ITU MEMANG WUJUD

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengarah Ditamas: Khir Toyo minta saya berbohong kepada SPRM

SHAH ALAM, 16 Jun – Saksi utama kes rasuah Dr Mohd Khir Toyo hari ini mendakwa bekas menteri Besar itu telah menggesa beliau agar berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak melibatkannya.

Dalam keterangannya, Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni berkata Dr Khir (gambar) ada meminta agar tidak melibatkan beliau ketika memberikan keterangan kepada SPRM dua tahun lalu.

“Banyak kali, saya dijanjikan bahawa kes ini akan diselesaikan dan beliau (Dr Khir) dan saya tidak akan didakwa,” kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

“Apabila saya pergi ke SPRM, saya percaya saya cuma (jadi) seorang saksi... apabila SPRM datang dengan kertas tuduhan di mahkamah, Datuk Seri Khir Toyo memberitahu saya ‘jangan risau Shamsuddin. Kita boleh selesaikan ini’,” kata beliau.

Shamsuddin dalam suara tersekat-sekat memberitahu, dia tidak mahu mengaibkan sesiapa sebelum Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mencelah dan memberitahu bahawa “ini bukan forum untuk memberi ucapan.”

“Saya dituduh dan saya tidak tahu mengapa saya didakwa,” kata ahli perniagaan berusia 55 tahun itu.

Shamsuddin yang berkata, dia digesa oleh Dr Khir agar tidak mengaitkan beliau.

Semalam, Shamsuddin yang berkata dia telah diminta memaklumkan SPRM pada 2009 bahawa dia menjual rumah agamnya dan dua bidang tanah di Seksyen 7 di sini untuk menampung kerugian dialami, hari ini berkata itu tidak benar.

Ahli perniagaan itu berkata dia memaklumkan SPRM bahawa dia telah melantik seorang artis landskap Nasir Ismail untuk mengubah suai rumahnya, tetapi semalam menekankan bahawa individu itu sebenarnya dilantik oleh Dr Khir.

Kata Shamsuddin, dia tidak memberitahu SPRM bahawa dia menjual hartanahnya kepada seorang, yang menerajui negeri paling kaya selama lapan tahun, di bawah harga pasaran.

Peguam Dr Khir, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, “adakah anda bersetuju bahawa anda telah memberi satu kenyataan palsu (kepada SPRM pada 2009) yang merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM?”

“Kenyataan ini adalah kerana tekanan daripada Datuk Seri Khir Toyo,” jawab Shamsuddin, sambil menambah SPRM tidak memaksanya memberikan kenyataan palsu. - tmi

Note: Kah kah kah kah.. dah tersungkur baru dapat tahu lobang dia.. kah kah kah kah.. baru kita tahu rupanya toyol boleh ditangkap.. kah kah kah kah.. ini toyol internasional.. tak main curi sekupang dua.. kah kah kah kah.. ni toyol curi RM juta-juta punya.. kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

RAKYAT LEGA MINYAK TURUN HARGA

بسم الله الرحمن الرحيم

Kereta kancil ketua menteri Sarawak yang mengunakan RON95

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.

Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.

Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi - The Malaysian Insider.

Note: Penyokong umporno pun menyalak.. katanya najib bagus turunkan harga minyak.. yang mereka terlupa mereka sendiri pun tak pernah guna ron97. Yang mereka terlupa pemimpin mereka katakan kenaikan RON97 yang akan rasa kesannya hanyalah golongan orang-orang kaya.. Kalau begitu kini RON97 turun harga kerana nak bagi orang kaya bertambah kaya.. kih kih kih kih..

Note: Penyokong umporno pun menyalak mengatakan kerajaan umporno memahami kesusahan rakyat.. tapi mereka terlupa.. kesan dari kenaikkan RON97 sebelum ini telah mengakibatkan takrif elektrik dan air melambung naik.. teh, beras, gula, tepung, kopi, sayur, ikan, karipap dan seluruh barangan keperluan semasa melambung naik.. mereka terlupa dengan penurunan 10 sen RON97 hari ini tiada satu apa pun yang disebutkan di atas turun harga.. kah kah kah kah.. Mereka semua terlupa bila minyak naik harga semua barang akan ikut naik harga.. tapi bila minyak turun harga, tiada apa pun yang akan turun melainkan simpanan yang ada dalam akaun.. kah kah kah kah.. bangang!!!!!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

KAH KAH KAH KAH BARU KORANG TAHU

بسم الله الرحمن الرحيم

Pemuda BN terokai ceramah, akui media arus perdana gagal

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.

Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.
“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam (gambar), ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.

Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.
Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.

Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13, ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.
Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.

Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.
Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).
Sementara itu, rangkaian media sosial di kalangan rakyat Malaysia telah berkembang pesat, terdapat 9.5 juta akaun Facebook sehingga Januari lalu.

Justeru, Unit Pidato telah menganjurkan kursus-kursus pemimpin akar umbi dan 415 program pidato sejak Mei 2009, mendakwa sokongan hadirin telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu.

Lokman menambah, bilangan ceramah akan ditambah bermula bulan depan sebagai pendekatan Pemuda BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata kursus yang diadakan menyentuh bagaimana untuk menarik sokongan rakyat dengan pendekatan yang berbeza termasuk daripada ceramah, majlis makan malam, debat dan demonstrasi.

“Kami juga akan memberikan latihan asas seperti bagaimana untuk menghasilkan sepanduk dan kain rentang yang berkesan, di mana maklumat penting seperti penceramah, masa dan tempat boleh dilihat dalam lima saat.

“Kadang-kadang ahli kami tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah dan tidak mampu melakukan kerja-kerja publisiti,” katanya. - TMI

Note: Kah kah kah kah.. baru korang tau.. tu la kan.. tv dan surat khabar hang takda cerita lain.. tiap-tiap hari cerita blue jer.. orang pun naik muak laa... kah kah kah kah.. Sekarang ni nak guna pendekatan lain.. nak buat ceramah pula....woiii.. siapa yang nak datang ceramah BN ni? kah kah kah kah.. oooo ada..ada.. budak-budak sekolah, IPT dan juga kakitangan kerajaan adalah diwajibkan hadir.. kah kah kah kah.. pengankutan dan makanan disediakan.. dan siap dengan duit poket (tapi duit kena kebas dengan pengarah) kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

MANJANYA AYAT ANAK YATIM NI

بسم الله الرحمن الرحيم

Rais: Pengodam salah faham niat baik k'jaan

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim melahirkan rasa kekecewaannya apabila tindakan kerajaan membanteras jenyah siber menerima reaksi negatif.

Mengulas ancaman sesetengah pihak untuk mengodam laman web kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat 10 laman web perkongsian fail, Rais berkata pengodam menjadikan pihak yang salah sebagai sasaran mereka.

"Mereka salah faham niat baik kita. Tidak ada penapisan siber di Malaysia kecuali jika sesuatu jenayah dilakukan,” katanya.

Ahad lalu sekumpulan pengodam memberi amaran akan menyerang laman kerajaan bermula hari ini sebagai reaksi kepada penyekatan laman-laman berkenaan.

Rais berkata kumpulan luar negara yang dikenali "Anonymous" yang mahu menggodam laman web www.malaysia.gov.my, itu adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi ancaman serupa pernah dibuat sebelum ini.

"Kita telah memberitahu perkara ini kepada pihak-pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Mampu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Rais berkata kerajaan juga sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku serangan.

Note: Kah kah kah kah.. Dah takut la tu.. klau tak selama ni sikit-sikit nak ambil tindakan pada blogger.. sikit-sikit nak saman dan heret ke mahkamah.. sikit-sikit ugut.. Sekarang ni lemah lembut jer ayat.. "Mereka salah faham niat baik kita. Tidak ada penapisan siber di Malaysia kecuali jika sesuatu jenayah dilakukan”. Kah kah kah kah.. woii tak tau malu ke..!!!? Aku nak tanya SKMM... Papa gomo yang blognya penuh dengan video lucah tu kenapa korang diam jer? kenapa tak ambil tindakan? Adakah SKMM takut dengan Papa Gomo? Adakah ini bermakna mengupload video lucah tidak akan sama sekali dikenakan tindakan oleh SKMM? Tolong bagi jawapan... Bodoh!!!!!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

DEMI GAJI SANGGUP HINA AGAAMA SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم

Kartun Utusan Hina Islam, PUM Mahu Pelukis & Penerbit Didakwa

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya. -mk

Note: UMNO dan PERKASA yang memperjungkan islam pergi mana? kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

SI BODOH NI TAKUT DENGAN CUA SOI LEK RUPANYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Ismail Sabri mahu 'gencatan senjata' dengan Soi Lek

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mahukan 'gencatan senjata' bagi menamatkan perang mulut dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung isu nelayan mogok.

"Ini bukan isu antara saya dan Chua. Ini adalah isu yang berkaitan
dengan mogok nelayan. Ia tidak ada kaitan dengan saya dan Chua, " kata Ismail (kanan) ketika menjawab soalan mengenai serangan terbaru Chua terhadapnya.

Perang mulut antara Chua dan Ismail tercetus berhubung isu kerajaan memotong 'subsidi super' bagi diesel untuk operator kelas-C2 nelayan laut dalam.

Sejak potongan subsidi tersebut berkuatkuasa pada tarikh 1 Jun, MCA menerima aduan daripada operator terbabit yang mahu kerajaan mengembalikan harganya kepada RM1.25 seliter.

Ismail telah mengecam Chua kerana bercanggah dengan keputusan kerajaan meskipun beliau menganggotai Majlis Ekonomi Nasional (NEC) yang meluluskan potongan subsidi terbabit.

Semalam Chua membalas keceman tersebut dengan mendakwa Ismail "mungkin tidur" dalam mesyuarat NEC kerana beliau (Chua) tidak hadir.

Bagaimanapun, hari ini Ismail tidak mahu lagi perang mulut antara mereka berlarutan.

Note: Kah kah kah kah.. korang nampak tak.. kah kah kah kah.. si mamak bodoh yang mengaku melayu ni takut dengan cina MCA.. Cua soi lek kata dia menteri tidur pun diam jer dia.. siap takut lagi.. siap nak 'gencatan senjata' katanya.. kah kah kah kah.. Bodoh punya melayu...kah kah kah kah..

Note: Yang betulnya semua menteri-menteri umno ni memang takut dengan cua soi lek porno ni.. beberapa bulan lepas bila najib mempelawa PAS untuk menyertai BN kemudian soilek bertegas mengatakan kalau PAS nak sertai BN, Pas kena buang perjuangan agama.. Ada najib kata apa-apa? Kemudian najib terus tukar kenyataan "PAS keluarkah dari Pakatan Rakyat tak masuk BN pun tak apa" kah kah kah kah.. nampak sangat takut dgn pelakon blue film sorang ni.. kah kah kah kah..kalau najib pun dan kecut dengan soilek ni apatah lagi yang lain-lain dalam umno tu.. gigil kepala lutut.. kah kah kah kah.. Kantoii..!!!

Note: Sebab apa semua orang umno termasuk menteri-menterinya juga termasuk najib sekali takut dengan cua soilek? Satu saja sebabnya.. Mereka takut MCA keluar dari BN.. kah kah kah kah.. jadi apa natijahnya? umno terpaksa jadi baruah cina MCA selama-lamanya.. tak berani langsung marah pada cina MCA walaupaun jika kita lihat dewasa ini cina MCA ni semakin galak dan lantang dalam bersuara.. Sehinggakan PERKASA pun hilang telurnya.. kah kah kah kah.. Ibrahim ali berani ke sound cua soi lek? hampehhhhh!!! kah kah kah kah...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Wednesday, June 15, 2011

BODOH PUNYA KERAJAAN!!!!!!!!!!!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

RM1.8 juta... untuk laman Facebook?

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.

Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.

"Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya. - MK

Note: Woii lembu... !!! Facebook tu free la bongok!!!! Subsidi rakyat nak dihapuskan.. duit juta-juta buang macam tu jer.. Apa la punya malang rakyat Malaysia ni diperintah oleh golongan-golongan bodoh ni...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Tuesday, June 14, 2011

PORTAL 1 PENGGUNA KANTOI!!!! ISMAIL SABRI BODOH!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Hot : Siri pendedahan portal 1pengguna.com

Dari layan frust kalah bola baik aku layan balon website bingai 1pengguna.com. Pembongkaran diteruskan dengan kali neh lebih banyak pendedahan pembohongan kerajaan dan syarikat yang di anugerahkan tender yang hampir bernilai rm1.5juta neh.

Mula2 korang tengok bawah ;

Korang klik gambar untuk enlarge okeyh. Nampak tak aku tunjukkan anak panah tue. Korang nak tahu apa hasilnya bila aku klik? Lihat bawah ;

Bila kita KLIK icon TWITTER benda kat atas neh akan muncul. Nampak tak website yang tertera kat dalam account twitter terbabit? Kat bawah ini adalah hasilnya apabila link website itu di klik ;

Bila dah sampai sini aku nak korang godek2 info. Pasal apa kalau ikut maklumat dalam company neh aku lihat ini company hartanah. Cawangan terdekatnya ialah di singapore. Apakah yang sedang berlaku disini? Aku kurang pasti. Tapi ini memang fishy.

Dan merujuk dalam gambar pertama tadi, kita klik pula account youtube. Korang akan dapati perkara di bawah ini ;

Aku tak tahu persepsi korang macam mana. Tapi kalau korang tanya aku, hanya yang buruk2 je aku fikir. Dan semakin bertambah2 buruknya bila aku dapat tahu rupanya portal macam neh sudah wujud di bawah kementerian yang sama. Lihat bawah ;

Nampak apa yang aku nampak? Faham apa yang aku faham? Ya, betul ismail sabri menteri bodoh piang.

Ini ialah versi youtube. Disediakan oleh alang KBSB.

- amenoworld

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

UMNO NAK MENGAMUK KERANA TONY BLAIR BACA AL-QURAN TIAP HARI ?

بسم الله الرحمن الرحيم

LONDON: Walaupun pernah menolak perbincangan mengenai agama ketika mentadbir Britain, Tony Blair kini dilaporkan membaca al-Quran setiap hari sejak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Blair juga semakin kerap membincangkan secara terbuka mengenai kepentingan agama kepada manusia.

Media melaporkan, beberapa bulan selepas meninggalkan No 10 Downing Street pada 2007, Blair mengikut fahaman Katolik dan kini rajin menelaah al-Quran.

Bekas pemimpin Parti Buruh itu berkata, hasil pembacaan al-Quran beliau dapat memastikan dirinya sentiasa celik agama.

Dalam temu bual dengan majalah Observer dan diterbitkan semalam, Blair berkata, dia percaya celik agama sangat penting dalam era globalisasi.

“Saya membaca al-Quran setiap hari, antaranya untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia, tetapi lebih penting, ia bersifat sangat instruktif,” katanya.

Blair berkata, pengetahuan mengenai Islam membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia ke Timur Tengah.

Blair diutus dalam usaha kuartet terbabit menyelesaikan konflik Israel - Palestin.

Sebelum ini, Blair pernah memuji Islam sebagai agama “indah” dan Nabi Muhammad sebagai tokoh membawa “kekuatan sangat bertamadun.” Pada 2006, Blair berkata, al-Quran adalah “buku perubahan yang bersifat inklusif, meletakkan sains dan pengetahuan di tempat tinggi serta membenci tahyul.” Adik ipar Blair, Lauren Booth, memeluk Islam pada September tahun lalu dan membuat pengumuman terbuka mengenainya kira-kira sebulan kemudian. - DM

Note: Orang UMNO mengamuk kalau ada ahli DAP baca ayat Al-quran.. kih kih kih kih.. sebab mereka sendiri pun tak baca al-quran tiba-tiba ahli DAP pulak yang lebih pandai.. Kah kah kah kah

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

YB NASIR DANGDUT GELEK GERUDI

بسم الله الرحمن الرحيم

Note: Kah kah kah kah.. Dengar baik-bauk YB Nasir UMNO ni kata apa tentang karnival ni.. kah kah kah kah... umno ni memang lawak..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

NAJIB PUN BUAT LAWAK JUGAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Isu IPP: Kami di pihak rakyat, isytihar Najib

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Di sebalik desakan pelbagai pihak khususnya Pakatan Rakyat, Datuk Seri Najib Razak hari ini secara terbuka berkata, pentadbirannya berada di pihak rakyat dalam soal perjanjian belian tenaga dan perkara itu sedang dibincangkan dengan pengeluar tenaga bebas (IPP).

Perdana menteri juga menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa Putrajaya hanya mengutamakan kepentingan IPP memandangkan pihak berkenaan menikmati berbilion ringgit subsidi.

“Kami membela rakyat. Kerajaan akan menjelaskan dengan lanjut mengenai IPP sebab kami masih mengadakan perundingan,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Ampang di sini hari ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendesak pentadbiran Najib mendedahkan kandungan perjanjian konsesi IPP dengan TNB.

Kenyataan Najib ini muncul beberapa jam selepas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa Kabinet telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji pelbagai aspek termasuk isu IPP dan bekalan tenaga kepada negara pada masa depan.

“Kita turut membincangkan bagaimana untuk berhadapan dengan masalah ini di masa depan,” katanya mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat konsesi IPP.

Syarikat-syarikat IPP dikatakan mengaut keuntungan berpuluh kali ganda daripada hasil pembekalan kuasa kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebuah suruhanjaya diraja diperlukan bagi mengkaji konsesi IPP dengan TNB dan juga untuk menentukan kesan sebenar ekoran kenaikan tarif elektrik, diesel, gula dan pemotongan subsidi pada kadar inflasi dan kenaikan harga barangan.

“DAP menyatakan sokongan penuh kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kontrak antara TNB dan IPP.

“Suruhanjaya diraja ini akan menentukan sejauh mana perjanjian tersebut memberi beban kepada pengguna berikutan kenaikan tarif elektrik dan memperkenalkan langkah- langkah terbaik bagi mengurangkan atau menghindari beban kewangan yang teruk kepada rakyat,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. - tmi

Note: Kah kah kah kah.. subsidi kepada IPP tak dikurangkan tapi kerangkan subsidi kepada rakyat.. begitu rupanya maksud najib dipihak rakyat.. mungkin pada pendapat najib IPP itulah rakyat... Kah kah kah kah.. nampaknya najib semakin bodoh... kah kah kah kah

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

IBRAHIM ALI BUAT LAWAK KAMBING

بسم الله الرحمن الرحيم

BERSIH 2.0: PERKASA akan lawan habis-habisan

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai “mengacau”.

Ketuanya, Ibrahim Ali berkata PERKASA akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”. - mkini

Note: Kah kah kah kah.. woii brahim.. tak payah banyak bunyi.. 9 julai nanti hang turun jer la.. kalau boleh hang bertiga duduk depan sekali.. kah kah kah kah.. jangan lupa stanby kenderaan IJN sekali.. kah kah kah kah...

Note: Orang umno mungkin terlupa kenapa hang bertiga ni bersungguh-sungguh sangat sekarang ni.. Tapi kami tak pernah lupa brahim.. Kamu bertiga tu adalah penderhaka..!! Penderhaka kepada mereka yang mengundi kamu.. Kami tahu PRU13 sudah hampir.. Kamu nak bertanding atas tiket apa selepas ini jika tidak atas tiket UMNO.. Ini yang kamu beria sangat nak tunjuk pada najib yang kamu tu setia pada dia kan.. kah kah kah kah.. Sudahlah brahim.. kami dah muak dangan wayang katakmu itu..

Note: Jadi tak perlu banyak bunyi.. turunlah bersama penyokong-penyokong kamu yang tak berapa kerat tu.. dan kalau berani pakailah baju lambang PERKASA nanti supaya mudah untuk kami mengenali kamu.. Mudah juga bagi kami untuk beramah mesra nanti.. Kah kah kah kah.. ada berani ka ? tungguuuuuuuuuuu!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BRAHIM TAK DATANG, CERAMAH KATAK TIADA SAMBUTAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Ibrahim Ali Malu Untuk Datang Berceramah Kerana Tak mendapat Sambutan

Pukul 11.00pm Brahim katak terus tak muncul2 ....

isytihar Dataran Diri sendiri...

Penonton yang tunggu masa nak makan ...

Jam 11.50 malam.. para hadirin masih tidak berganjak dari kerusi plastik.... memang satu program yg berjaya...

xde org nak dengar ceramah dia...tue yg import 2 ekor katak dari kedah ngan Penang

Apa pun tahniah sebab promosi memang hebat... hampir 50 banner dan lebih 50k poster diedarkan di seluruh Pasir Mas....wakakakakaka - Pemuda Pas wangsa Maju

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

APASAL MARAH-MARAH NI.. TAK DAPAT PROJEK KE?

بسم الله الرحمن الرحيم

PANAS : Ketua Puteri UMNO pun kata kerajaan UMNO kianat dan zalim

KUALA TERENGGANU - Kepimpinan Umno Cawangan Banggol Donas termasuk sayap puterinya mendakwa Umno dan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu khianat dan zalim.

Pengkhianatan dan kezaliman yang dilakukan itu tanpa mempedulikan hak serta nasib rakyat yang terlibat dengan pengambilan balik tanah bagi Projek Jalan dari Kampung Jeram ke Banggol Tuan Muda melalui Kampung Banggol Donas.

Ketua Puteri Umno cawangan Banggol Donas, Puan Rosni Hassan, 37, melahirkan rasa dukacita terhadap sikap wakil rakyat Barisan Nasional dan kerajaan negeri.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Pasu, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said langsung tidak mahu berbincang dengan penduduk terbabit.

“Saya ini Ketua Puteri Umno cawangan (Banggol Donas), kita buat bantahan kepada semua pihak termasuk pihak Suhakam, jabatan-jabatan, menteri besar, kementerian hingga kepada Perdana Menteri.

“Saya cukup kecewa dan ‘meluat’ dengan Umno dan Barisan Nasional sekarang. Apa lagi untuk sebut Puteri Umno…‘meluat’ sungguh kepada kami sekarang,” ujarnya dengan gimik muka yang jengkel.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Tingkat 10, Wisma Persekutuan, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, demi kepentingan projek pihak tertentu nasib rakyat termasuk di kalangan ahli dan penyokong Umno-BN sendiri diabaikan.

Hari ini (12 Jun), sekumpulan wakil penduduk Kampung Banggol Donas yang tanah warisan mereka ‘dirampas’ secara terhormat atas nama pembangunan datang beramai-ramai ke pejabat SPRM di Wisma Darul Iman.

Malah, kedatangan kumpulan tersebut turut membawa warga emas serta kanak-kanak sebagai ‘protes’ terhadap pengambilan balik tanah yang tidak mengikut peraturan serta disyaki berlaku unsur penyelewengan.

Memorandum diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Banggol Donas, Salleh Embong kepada Timbalan Pengarah SPRM Terengganu, Encik Azmi Yusuf pada jam10.30 pagi setelah pertemuan selama satu jam.

Pada 11 Mei lalu, kumpulan yang sama telah menyerahkan memorandum berkenaan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said di Lobi U2 Dewan Undangan Negeri (Dun) Wisma Darul Iman.

Ahmad Said ketika menerima serahan memorandum tersebut menjelaskan kerajaan negeri Terengganu tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana projek jalan tersebut sedang berjalan.

Katanya, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab menyediakan kos projek dan berkaitan jajaran adalah dibawah pengurusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kita (kerajaan) sudah tidak boleh buat apa-apa lagi kerana projek ini telah berjalan dengan kerja-kerja menambung tanah dan sebagainya.

“Jika awal dulu boleh kita tengok dan itu (jajaran) tugas JKR yang tentukan dan kita hanya keluarkan kos projek, sekarang tak boleh buat apa-apa lagi,” ujarnya kepada wakil penduduk tersebut.

Buletinonline dimaklumkan, aduan pernah dibuat kepada pihak SUHAKAM yang turut mendapat ‘respons’ agar dihentikan sementara projek tersebut.

Pada bulan April 2010, penduduk pernah menulis surat kepada Jabatan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya.

Manakala, bulan April 2011 lepas, sekali lagi mereka (jawatankuasa) menulis surat kepada Perdana Menteri dan dijawab surat itu serta dihantar kepada Kementerian Luar Bandar, salinan kepada Jawatankuasa Bertindak tetapi tidak kepada MB (Terengganu).

Menurut sumber, Projek Jalan dari Kampung Jeram ke Banggol Tuan Muda melalui Kampung Banggol Dona itu dimiliki oleh Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharudin.

Projek “OKU” (Orang Kuat Umno) itu hanya sepanjang 5.6 kilometer tetapi menelan belanja RM226 juta yang dianggap tidak manasabah.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Monday, June 13, 2011

PERANGAI MELAYU BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

Video ini diambil ketika demo anti-lynas di kuantan. Sekumpulan masyarakat yang prihatin telah berhimpun untuk membincangkan bahaya LYNAS pada 31bulan mei yang lepas. Kemudiannya datang sekumpulan orang [dipercayai umno dan pro adnan yaakob] memaki hamun bangsa lain [dipercayai cina], berlagak, dan menyebut2 nama anwar ibrahim [mungkin ditujukan kepada orang melayu yang anti-lynas yg turut berada disitu]. Demo BERSIH + ANTI LYNAS harus bersatu pada 9 julai 2011. Mari kita tunjukkan suara hati rakyat Malaysia pada hari itu. - amenoworld.blogspot.com

Note: Kah kah kah kah.. Ni melayu bodoh.. lagi baik kalau kilang sisa radioaktif ni buat belakang rumah dia jer.. kah kah kah kah.. biar bila anak-anak mereka lahir nanti semua rupa macam rosmah.. kah kah kah kah... bangang!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

APA KATA RAKYAT TERHADAP KERAJAAN YANG ADA SEKARANG ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

P.RAMLEE PUN NAK KENA SAMAN DENGAN PAKIDA ?

بسم الله الرحمن الرحيم

‘Mohon maaf atau hadapi saman’

Gambar gangstar penambang memakai baju 3 line dari film Bujang Lapok

PUTRAJAYA: “Kami nak (Datuk) Yusof Haslam dan (Datuk) David Teoh memohon maaf secara terbuka, dalam tempoh tujuh hari, mereka kena ‘gentlemen’...kalau dah buat silap, mengaku dan minta maaf, jadi perkara ini tidak akan berpanjangan,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman.

Pekida mendesak permohonan maaf daripada penerbit filem KL Gangster dan Kongsi itu kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan utama yang menjadi gelaran sinonim pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, sekali gus seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan gengster.

Roslan berkata, dia juga meminta Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) menjadi orang tengah untuk menyelesaikan perselisihan faham, kerana mendakwa LPFM turut bertanggungjawab meluluskan penyiaran filem berkenaan tanpa membuat kajian lebih mendalam.

“Kami tunggu dalam tempoh itu. Kalau mereka enggan memohon maaf secara terbuka...kami mengambil tindakan lain termasuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Kalau mereka masih enggan, jalan terakhir adalah menyaman mereka berdua. Jadi, kami meminta mereka menggunakan tempoh ini sebaik mungkin... kami hanya nak mereka memohon maaf, dan kami akan melupakan perkara ini,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog dengan Pengerusi LPFM, Datuk Mohd Hussain Shafie, semalam.

Roslan mendakwa filem yang diterbitkan Skop Productions dan Metrowealth Movies Production itu menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli kerana banyak babak menggunakan perkataan berkenaan seolah-olah merujuk kepada pertubuhan.

Note: Kah kah kah kah.. bangang!!!!!!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

BLOGGER UMNO PEMENANG RAJA LAWAK

بسم الله الرحمن الرحيم

UMNO perlu wujud unit tempur siber

BENTONG 12 Jun — UMNO perlu mewujudkan “unit tempur siber” yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Malah, katanya, unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu.

"Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan.

"Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini, hari ini. - Bernama

Note: Kah kah kah kah.. tak cukup hebatkah papa gomo yang tiap-tiap hari mengupload video seks pada blognya? kah kah kah kah.. Tak cukup hebatkah parpukari yang berpenat lelah memakai purdah untuk memfitnah adun Selinsing..? Tak cukup lumayankah mereka-mereka ini dibayar untuk jaminan terjun kedalam neraka nanti..? Kah kah kah kah.. Woii zahid.. tak cukup lagikah dengan segala media yang menjadi lidah-lidah fitnah dan pembohongan untuk memperbodohkan rakyat.. Kah kah kah kah..

Note: Woiii Zahid.. hang terlupa sesuatu... Kami blogger pro Pakatan Rakyat tidak dibayar.. Kami keluarkan duit untuk membayar segala bil.. Kami korbankan masa rehat kami demi untuk menyatakan kebenaran kepada rakyat.. Kami berdiri disini bukan untuk menangkis video seks.. Kami berdiri disini kerana hidup kami sentiasa dalam tekanan.. Kami tak perjuangkan individu.. tapi kami perjuangkan nasib seluruh rakyat.. Kami hebat bukan kerana kami punya wang.. kami hebat kerana kami menyatakan kebenaran.. woiii zahid... Kamu nak suruh bloggers bergaji kamu itu terangkan apa pada rakyat..?

Note: Bayarlah sejuta blogger atau facebooker untuk menjadi unit tempur siber UMNO.. tapi apa yang mereka mampu buat.. melainkan setiap hari bercerita tentang video seks.. setiap hari cerita tentang dubur sialfools.. Kah kah kah kah.. woiii zahid.. lebih baik kamu wujudkan "unit pelawak siber UMNO" sebab bloggers dan facebooker umno ni lebih layak digelar sebagai "Raja Lawak". Kah kah kah kah.. Woii zahid.. tak payah susah-susah lagi.. percayalah.. ajal umno akan tiba sedikit masa lagi.. kah kah kah kah.. Najib dan roswah dah bungkus-bungkus barang nak cabut lari? kah kah kah kah Tungguuuuuuuuuuu!!!!!!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

LAGI PROJEK PEMBERIAN IC KEPADA WARGA ASING

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas di Selangor, projek pemberian IC kepada warga asing khabarnya kini dijalankan pula di Pahang,

Pemberian IC ini dilihat usaha terdesak Umno barisan nasional untuk terus mengekalkan kuasa dinegeri tersebut, sebelum ini pemberian ic ini rancak dijalankan di negeri Selangor sebagai usaha terkotor dan jijik Umno -barisan nasional merampas selangor

Senario dipahang kini dilihat memberikan laluan mudah kepada pakatan rakyat untuk merampas negeri tersebut,

Malah terdapat maklumat dari UMNO sendiri mengatakan kemungkinan besar kerusi bandar Kuantan seperti DUN Semambu, DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tanjung Lumpur juga akan jatuh ke tangan pembangkang kali ini.

Pakatan rakyat meramalkan akan menang mudah di 16 DUN dalam bandar di seluruh negeri Pahang. Ini kerana faktor kaum Tionghua majoritinya akan menolak BN bulat-bulat gara-gara isu Lynas. Mereka kini sedang berusaha untuk menakluki kawasan Felda dan orang Asli sahaja. Jika mereka berjaya, maka kemungkinan besar rakyat Pahang akan mendapat sebuah kerajaan baru selepas PRU13 ini

Namun, Harus kita sedari, dalam keadaan serba terdesak seperti itu, Umno -Barisan nasional akan cuba melakukan banyak perkara untuk memberi kelebihan kepada mereka, selain memindahkan pengundi - pengundi untuk memenangkan mereka,Umno - Barisan nasional kini giat menjalankan "projek IC" yang khabarnya berpusat di suatu lokasi sulit di Cherating.

Perkara ini diakui sendiri oleh beberapa orang pemimpin UMNO setempat yang kecewa dengan senario itu. Apapun, semua yang berlaku ini jelas menunjukkan yang Kerajaan Negeri Pahang kini semakin terdesak untuk mempertahankan "sisa-sisa kuasa" mereka yang semakin terancam. Apapun, rakyat diminta bersedia untuk melakukan perubahan jika mahu terus hidup selesa dengan berbagai kebajikan seperti dinikmati oleh rakyat Kelantan, Selamgor, Kedah dan Pulau Pinang sekarang. Lakukanlah perubahan demi masa depan.

@TUKANGLAWAN Fikir Kemboja, Myanmar dan lain-lain kini akan hidup selesa di negara ini, namun apa yang akan terjadi kepada kita.adakah kita masih mahu berdiam diri dan merasa selamat dengan senario ini.demi survival politik dan rakus kuasa... umno kini menggadaikan kita. - tukanglawan

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Sunday, June 12, 2011

KENAPA MARAH GAMBIT BUAT VIDEO UNSUR LUCAH?

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah

PETALING JAYA: Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah (foto kiri) menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'.

Shahz Jazle melakonkan watak dengan memeluk pasangannya seolah-olah mahu melakukan adegen seks dalam klip video 'Marilah'.

Gambit diminta memberi penjelasan berikutan klip video Marilah yang merupakan single terbaru Prema Yin dikatakan memaparkan aksi bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.

Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi.

Mereka juga dikatakan cuba membuat publisiti murahan bagi meraih perhatian masyarakat khususnya peminat industri hiburan tanah air.

Kata Gambit, klip video tersebut dihasilkan mengikut perbincangan daripada pihak produksi dan klien yang mahukan ia mengikut standard klip video artis luar negara. Menurutnya, niat utama penghasilan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Gambit turut mempersoalkan mengapa sesetengah pihak mengatakan karyanya itu keterlaluan dan lucah sedangkan banyak filem tempatan yang menampilkan aksi lebih daripada itu.

Antara babak dalam klip video 'Marilah' nyanyian Prema Yin.

"Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem ...Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan.

"Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba," ujarnya.

Sementara itu, Prema Yin yang dihubungi kini berada di Amerika Syarikat manakala Shahz Jaszle pula tidak menjawab panggilan untuk mengulas tentang klip video tersebut. - mStar

Note: Kah kah kah kah.. Aku pun setuju dengan gambit ni.. kah kah kah kah.. Tayangkan video yang terang-terang sedang melakukan hubungan seks pun polis tak ambil tindakan kepada individu yang menayangkan, kenapa pula nak marah buat video macam ni? kah kah kah kah.. Blog (papa gomo) yang terang-terang mengupload full version video lucah pun SKMM tak kata apa pun.. takkan la video macam ni nak kecoh-kecoh pula.. Kah kah kah kah.. Penyebaran video lucah di masjid, sekolah dan peti surat rumah pun kerajaan, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Polis, KDN, bomba pun buat tak tahu jer apa pulak nak marah gambit buat video macam tu? kah kah kah kah.. Kan Malaysia sekarang ni dah jadi negara bebas menonton dan menyebarkan video seks.. kah kah kah kah..