Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, April 16, 2010

KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.




Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.



Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Thursday, April 15, 2010

SETAHUN SUDAH BERLALU

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum buat para pelayar dah sahabat sekelian. Pada hari ini 15/4/2010 bersamaan 1 Jamadil Awal 1431 H, genap setahun usia blog ini. Semoga ada diantara paparan didalam blog ini yg telah atau dapat memberi manfaat buat sekelian.

Ampun dan maaf dipinta buat semua andai ada kata-kata atau paparan yang keterlaluan dari pihak kami.

Jutaan terima kasih kepada semua sahabat, pengikut serta pembaca halaman ini. Semoga kita semua senentiasa dirahmati dan senentiasa diatas jalan yang benar. insyaAllah.

Wassalam.

ikhlas dari:
Admin

[+/-] Read More...

PERINGATAN DARI PDRM

بسم الله الرحمن الرحيم


Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .



1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Wednesday, April 14, 2010

SIAPA MODEL EKO NO MONEY BARU YANG SEBENAR ?

بسم الله الرحمن الرحيم

MEB :Syarikat swasta perlu kerjasama jayakan MEB... Swasta Untung, Rakyat Bagaimana?

KUALA LUMPUR 25 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak syarikat swasta dan pihak industri bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi menjayakan ekonomi berpendapatan tinggi melalui Model Ekonomi Baru (MEB) yang bakal diumumkannya tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata, misi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif bukan hanya terletak pada bahu kerajaan semata-mata tetapi ia perlu disokong pihak swasta dan industri.

"Kerjasama rapat ini penting bagi memastikan negara memiliki tenaga kerja mahir dan produk yang berkualiti bagi membolehkan kita bersaing di peringkat antarabangsa," katanya sempena malam Anugerah Kecemerlangan Industri 2009, di sini malam ini. - Utusan Malaysia 26/03/10

Secara tidak langsung, kenyataan ini membuktikan bahawa kerajaan yang memerintah tidak lagi mampu untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara ke tahap yang lebih mampan dan berdaya saing. Tanpa segan silu, kerajaan merayu kepada pihak swasta untuk kerjasama bagi membantu untuk menambahbaikan mekanisme ekonomi dan perekonomian negara. Adakah ini bermakna, bahawa ekonomi negara hanya dapat diselamatkan melalui kerjasama daripada pihak swasta? Adakah MEB hanya akan berjaya dengan bantuan daripada pihak swasta?

Begitulah cara kepimpinan kerajaan kapitalis yang menyandarkan kemajuan ekonomi dan perekonomian kepada jalinan usahasama dengan pihak swasta. Ia sebenarnya akan membawa malapetaka kepada rakyat. Ini adalah kerana usahasama tersebut akan membuka peluang pihak swasta untuk turut memainkan peranan di dalam pemerintahan kerajaan/negara. Sekiranya negara sudah tidak mampu mentadbir dan memimpin, maka pihak swasta sudah pasti menuntut haknya dengan mengambil alih setiap ‘pelaburannya’ dalam ruang ‘kerjasama’ ekonomi dengan negara tersebut. Akhirnya, negara yang sepatutnya mentadbir dan menjaga kepentingan rakyat telah melepaskan tanggungjawabnya dan menggadaikannya kepada pihak lain yang akan menyebabkan berlakunya monopoli di dalam setiap sektor keperluan kehidupan sehingga menjadikan rakyat menderita. Inilah salah satu usaha yang dikatakan kompetitif menghancurkan rakyat.

Ekonomi Islam memisahkan skop perekonomian berdasarkan hukum pemilikkan. Sesuatu harta yang dimiliki oleh individu baik berupa harta bergerak mahupun selainnya, maka pengelolaan keatasnya terpulang kepada individu mahupun suatu ikatan perkongsian (syarikat), itupun masih tertakluk kepada hukum pengelolaan yang telah ditetapkan syarak. Bagi pemilikkan negara pula, negaralah yang akan mengelolanya berdasarkan pendapat dan ijtihad Khalifah. Bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak yang dapat menggugat bidang kuasa ekonomi daulah Islam adalah suatu yang dilarang kerana hukum pemerintahan itu berada di bawah tanggungjawab Khalifah dan tidak bergantung dengan kerjasama pihak yang lain. Berdasarkan hukum syarak, Khalifah - berdasarkan pendapat dan ijtihadnya - membayar kos pengelolaan kepada pihak yang mampu mengelola suatu industri atau perusahaan selama mana daulah sendiri tidak memiliki kemampuannya. Semua keuntungan daripada hasil pengelolaan akan diurus oleh Daulah untuk kepentingan rakyat. Di sini, pihak yang mengelola ( samada syarikat swasta ataupun individu) hanya mendapat upah mengelola yang bersifat tetap dan bukan mendapat bahagian daripada keuntungan daripada hasil mengelola. Ini tidak akan menjadikan rakan kongsi daulah berpeluang untuk campurtangan dalam bidang kuasa Khalifah apatah lagi untuk menggadaikannya demi ‘KDNK’ atau kekayaan pihak tertentu.

-- jebbat.blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KHIR TOLOL KANTOI

بسم الله الرحمن الرحيم

Kantoii...Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor Gadai Tanah RM100 Juta..??



Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran - itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun.

Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidi dari yayasan tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan berjumlah RM102 juta.

"Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor.

Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor - sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap" sepenuhnya.

"Siasatan audit negeri Selangor telah dihalang masuk ke dalam premis YBK walaupun yayasan terebut memberitahu media tidak akan menghalang usaha pengauditan," kata Khalid lagi.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas dianggotai badan bebas seperti majlis peguam dan Tranparency International akan dilantik untuk menganggotainya.

Butiran lanjut jawatankuasa tersebut belum ditentukan buat masa ini, tambahnya.

Antara kandungan laporan tersebut:

YBK dianugerahkan tanah khas untuk aktiviti membasmi kemiskinan, tetapi terdapat daripadanya digunakan untuk projek komersial.

Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat.
Laporan kewangan YBK yang disiarkan di laman web tidak membuat perincian terhadap aktiviti subsidiari, termasuk cagaran.

Terdapat rumah YBK yang diduduki oleh pihak yang bukan daripada golongan miskin.

- Nangkubai


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BUANG BAYI BUKTI KEGAGALAN SISTEM

بسم الله الرحمن الرحيم



SUNGAI PETANI 30 Mac - Pihak berkuasa agama setiap negeri dicadang mempermudahkan urusan berkahwin di kalangan muda-mudi bagi menangani gejala negatif seperti kes buang bayi yang makin membimbangkan kebelakangan ini. Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah tersebut juga dilihat berkesan kerana dapat mengurangkan kes-kes pembuangan bayi terutamanya membabitkan remaja Islam. Menurut beliau, syarat-syarat yang ketat semasa nikah merupakan punca generasi muda menjalinkan hubungan secara sulit dan sekali gus menyebabkan berlaku tekanan sehingga sanggup membuang bayi. "Semua itu berlaku kerana hubungan mereka tidak direstui. Tambahan pula apabila hendak berkahwin, macam-macam syarat dan kekangan dikenakan sehingga ia menyusahkan. "Saya melihat daripada melarang hubungan itu, lebih baik kita kahwinkan mereka dengan cara yang mudah tetapi mengikut hukum syarak. "Apabila hubungan menjadi sah, maka tiada lagi tekanan perasaan untuk membuang bayi," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia, 31/03/2010

Buang Bayi Bukti Kegagalan Sistem

Masalah buang bayi bukan hanya disebabkan oleh kesulitan di dalam urusan pekahwinan, bahkan ia juga melibatkan beberapa faktor yang lain. Ia perlu dilihat secara menyeluruh iaitu daripada aspek sistem kehidupan. Allah telah menurunkan sistem kehidupan yang sempurna untuk manusia. Antaranya adalah sistem pendidikan, ekonomi, pergaulan dan seumpamanya. Ternyata statistik zina dan gejala buang anak (baca: membunuh) yang semakin meningkat sekarang adalah bukti kegagalan sistem-sistem hidup yang diterapkan oleh pemerintah yang ada.

Di samping itu, punca kepada gejala ini adalah disebabkan kurangnya kesedaran (pengetahuan) manusia mengenai hukum syarak berkaitan pembuangan bayi yang dianggap Islam sebagai membunuh. Ia melibatkan sistem pendidikan dan diaplikasikan ke atas seluruh umat manusia, baik kaum muslimin mahupun selainnya kerana syariat Islam diturunkan untuk semua manusia. Ternyata daripada apa yang berlaku, sistem pendidikan yang wujud pada hari ini gagal membentuk keperibadian seseorang manusia apatah lagi untuk memiliki syakhsiyyah Islamiyyah yang bertepatan dengan tuntutan Sang Pencipta, Allah Azza wa Jalla.

Selain pendidikan, faktor ekonomi juga berperanan menyumbang kepada amalan jahiliyyah ini. Kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun menjadikan manusia hilang pertimbangan (kemanusiaannya) sehingga sanggup membunuh anak sendiri yang mana itu lebih hina dari tabi’ie haiwan!

Disamping itu, wujud pula masyarakat individualistik yang hanya mementingkan diri sendiri di mana urusan menerapkan syariah –menegakkan kemaarufan serta mencegah kemungkaran- diabaikan dan diserahkan sepenuhnya kepada pihak tertentu. Masyarakat tidak berperanan di dalam memainkan tanggungjawabnya terhadap amar maaruf-nahi mungkar. Ini adalah disebabkan oleh idea individualisme telah terpahat dalam diri masing-masing. Biarpun kemungkaran berlaku di depan mata, mereka hanya perlu pejamkan mata tanpa berbuat apa-apa. Tidak wujud kerjasama di antara sesama individu masyarakat di dalam menangani kemaksiatan atau kemungkaran di sekeliling mereka.

Punca utama bagi segala kerosakan dan kehinaan yang berlaku di atas mukabumi ini adalah disebabkan kehidupan kita pada hari ini tidak diatur oleh syariat Islam. Apa yang tidak difahami oleh kebanyakkan manusia adalah kesesuaian sistem syariah dengan fitrah mereka. Lantaran manusia tidak dapat meyakini bahawa dengan menerapkan sistem syariah secara kaffah, ia pasti menjadi penyelesaian yang terbaik. Lebih jauh dari itu, manusia pasti akan mencapai kesejahteraan dan ketenangan di dalam hidupnya.

- jebbat.blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BN SUDAH TIPU SAMA KITA - INDIA BAGAN PINANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Pekerja Estet DUN Bagan Pinang Tagih Janji Rumah, Wang Bantuan



BAGAN PINANG 11 APR: Masyarakat India di empat ladang dalam DUN Bagan Pinang kecewa berikutan perumahan sempurna dan bantuan kewangan yang dijanjikan Umno Barisan Nasional (BN) ketika kempen, hanya janji palsu.

Kekecewaan itu kemudian mendorong 67 penduduk di empat ladang berkenaan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

“BN tipu sama kita. Mereka janji mahu beri wang. Dia kata mahu beri rumah di Ladang Siliau, itu pun tidak ada. BN tidak tolong kami, kami susah. BN bagi duit enam bulan sahaja kemudian tidak ada lagi," kata seorang daripada mereka.

Itu luahan Kalimah a/p Kupun yang kecewa dengan tindakan Umno BN selepas dijanjikan 150 rumah melalui projek perumahan kos rendah (PPRT) di Ladang Siliau, mukim Port Dickson tapi tidak ditunaikan sehingga kini.

Malah, beliau berkata bantuan wang tunai berjumlah RM300 sebulan yang dijanjikan kepada penduduk estet cuma dilaksanakan selama beberapa bulan, kemudian dihentikan begitu sahaja.

M Selua Raju pula berang dengan cakap-cakap kosong pimpinan Umno-BN yang menyifatkan kerajaan Pusat hanya memanipulasi kaum India di kawasan tersebut.

“Masa undi, janji mahu bagi RM300 tapi sudah menang terus stop (henti). BN tipu semua orang. BN semua kaki tipu. Masa mahu undi macam-macam cakap tapi selepas itu tidak datang jenguk lagi," katanya.

N Tamil Maran pula mempersoal siapa yang mengaut keuntungan terhadap tanah 15 ekar – lokasi yang sepatutnya didirikan 150 rumah PPRT kepada penduduk empat ladang estet.

“Kita tanya sama ketua-ketua MIC, berapa mereka dapat tapi semua diam saja. Kalau dapat wang dapat, beri pada sekolah atau surau. Kawasan ini lebih kurang 15 ekar, RM20,000 boleh dapat,” katanya.

Lantaran itu, M Selua berharap pengundi Hulu Selangor berwaspada supaya tidak mudah terpedaya dengan mulut manis pimpinan Umno-BN.

“Orang Hulu Selangor, jangan beri BN menang tapi lebih baik sokong PKR. Sekarang orang BN mesti sibuk cuci otak orang Hulu Selangor. BN selalu cakap macam-macam untuk menang. MIC memang kaki tipu," katanya.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Tuesday, April 13, 2010

DAYUS KAH AKU ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa Lelaki Dayus ?



Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS

Suami tiada kuasa? Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

PENERANGAN ULAMA TENTANG LELAKI DAYUS

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina atau maksiat lainnya) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

DAYUS ADALAH DOSA BESAR


Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

CEMBURU ADALAH WAJIB DAN DITUNTUT DALAM ISLAM


Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Malah ada segelintir para isteri yang marah-marah dan melenting apabila suami menegur. Jika apa yang ditegur itu memang kesalahan anda, sepatutnya anda sedar dan menyesal serta meminta maaf kepada suami. dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, seterusnya meminta keampunan kepada Allah, bukan cuba memberikan alasan-alasan serta hujah-hujah mengikut akal dan hati. Sedangkan apa yang ditegur suami itu memang benar atas kesalahan yang anda lakukan dan perbuatan itu pula memang dilarang dalam agama . Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

SUAMI YANG MEMPUNYAI ISTERI YANG SOLEHAH

Bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu. Namun sedikit ulasan dari persoalan begini. Bezanya suami berbanding isteri. Suami boleh berkahwin lebih dari satu. Namun isteri tetap akan mempunyai seorang suami selagi tiada penceraian atau yang sejajar dengannya. Maksudnya disini satu perbezaan yang amat besar bila suami ada wanita lain (bergantung pada tujuan) berbanding Isteri punyai lelaki lain.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isterinya berbual dan bergelak tawa, berchatting, bersms dengan lelaki yg bukan mahramnya.

11) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

12) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

13) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

14) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

15) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Suntingan dari www.zaharuddin.net


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Monday, April 12, 2010

DITAMPAR BAPA SENDIRI HANYA KERANA INGIN MEMAKAI TUDUNG

بسم الله الرحمن الرحيم

Ceritanya bgini....

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA
X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK ....


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SYAHIDAH PERTAMA DALAM SEJARAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Syahidah Pertama Dalam Sejarah: Sumayyah Bintu Khubath Radhiallahu Anha

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, kerana tempat yang dijanjikan bagi kalian ialah syurga”.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mendoakan keluarga Yasir, “Ya Allah, janganlah Engkau seksa seorang pun dari keluarga Yasir dengan api neraka”.

Keluarga yang agung dan mulia ini menghimpunkan segala sisi keutamaan. Keutamaan-keutamaan ini semerbak harum menebarkan aroma kemuliaan dan ia tersebar dari generasi terawal memeluk Islam sehinggalah ke generasi akhir zaman.

Pemimpin keluarga ini, Yasir bin Amir bin Malik berasal dari Yaman. Beliau datang ke Mekah bersama-sama Al-Harits dan Malik dalam rangka menjejaki saudaranya. Mereka berdua kembali ke Yaman, sebaliknya Yassir terus menetap di Mekah. Beliau kemudiannya menjalin persahabatan dengan Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah bin Abdullah Al-Makhzumy, yang kemudiannya menikahkannya dengan seorang hamba wanita, Sumayyah bintu Khubath, lalu melahirkan seorang anak lelaki, bernama Ammar. Abu Hudzaifah kemudiannya memerdekakan Sumayyah manakala Yasir dan Ammar tetap bersama-sama dengan Abu Hudzaifah sehingga meninggal dunia.

Sumayyah bintu Khubath, nama yang tidak pernah dikenali di seluruh pelosok Mekah sebelum Islam hadir memancarkan sinarnya di Ummul Qura. Beliau seorang wanita yang bersosok besar, usianya telah memasuki usia senja. Namun, beliau memiliki akal yang jernih, dan jiwanya memancarkan keikhlasan, bara dan semangat!. Tidak berapa lama selepas Rasulullah memulakan dakwah baginda, keluarga Yasir muncul sebagai di antara manusia terawal mengimani risalah Islam dan membenarkan kerasulan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Keimanannya yang mendalam terhadap Allah menjadikan dirinya sebagai pelopor wanita-wanita yang sabar dan tegar mempertahankan akidah. Bahkan beliaulah adalah orang ketujuh yang masuk Islam dan di antara orang terawal yang menampakkan keislamannya. Hal ini disebutkan oleh Al-Imam Adz-Dzahaby Rahimahullah di dalam bukunya, Siyar A’lamin-Nubala’ menerusi riwayat Abdullah bin Mas’ud Radiallahu Anhu,

“ Yang pertama sekali menampakkan keIslaman mereka secara terang-terangan ada tujuh orang; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Abu Bakar, Ammar, ibunya Sumayyah, Shuhaib, Bilal dan Al-Miqdad. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mendapat perlindungan dari bapa saudarany (Abu Talib). Abu Bakar mendapat perlindungan kaumnya. Yang lain-lain pula mengalami penyeksaan yang keras dari orang-orang musyrik, dikenakan baju besi lalu ditelantarkan di bawah terik matahari. Tidak seorang pun dari mereka kecuali harus memenuhi apa yang mereka inginkan, kecuali Bilal. Dia tidak peduli apa yang menimpa dirinya kerana Allah. Dia juga tidak peduli kepada kaumnya. Ketika dia diseksa, kanak-kanak kecil ikut sama mengerumuninya, dan dia hanya mampu mengucapkan, ‘Ahad, ahad, ahad”.

Keluarga Sumayyah turut sama berada di barisan hadapan. Kemarahan kaum Quraisy benar-benar memuncak. Hampir setiap nafas mereka adalah hembusan kebencian kepada orang-orang yang mengucapkan “Rabb kami adalah Allah”. Penyeksaan-penyeksaan tidak pernah menjadikan kaum Muslimin berundur, malah mereka tetap istiqamah dan terus mengikuti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Sementara itu, baginda hanya mampu meniupkan kata-kata semangat dan motivasi keimanan kepada keluarga Sumayyah kerana tiada seorangpun yang mampu memberikan jaminan kepada keluarga tersebut. Keluarga itu menerima pelbagai jenis penyeksaan dari orang-orang musyrik yang terbakar oleh api dendam dan kebencian terhadap dakwah Islam. Mereka memuaskan keinginan yang gila dengan menyeksa Sumayyah dan keluarganya. Ibnu Atsir Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya, Usdul Ghabah, tentang seksaan yang dialami oleh Sumayyah dengan berkata, “Dia termasuk orang-orang yang lebih dahulu masuk Islam dan dia juga termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat seksaan yang keras kerana Allah”.

KELUARGA YANG SABAR
Tiada yang mampu dilakukan manusia kecuali terkagum terhadap keluarga Yasir, sebuah keluarga yang mulia, yang diberi kemudahan, dan yang mampu menggegarkan para pemimpin kaum musyrikin Mekah. Mereka yang sebelumnya dikenali sebagai orang-orang yang lemah lembut, tidak lagi mempunyai sifat itu tatkala berhadapan dengan kaum kafir yang cuba mengoyakkan keimanan mereka. Bahkan kaum musyrikin hampir hilang akal kerana rasa marah ketika melihat keluarga ini semakin tenang dan mantap, tidak gerun terhadap seksaan, tidak beranjak sedikit pun dari akidah mereka, malah tidak surut kesabaran mereka ketika dijemur di bawah terik matahari dalam keadaan kehausan. Ketegaran keluarga ini membuatkan kaum musyrikin kehairanan, bingung dan semakin berang. Mereka mengheret Ammar bersama kedua ibubapanya ke tengah-tengah padang pasir yang panas sepanasnya, agar mereka keluar dari Islam. Ironinya, keluarga sabar ini sentiasa bertambah keimanan mereka seiring dengan semakin pedihnya seksaan. Mereka semakin pasrah, terutamanya setelah mereka mendengarkan doa memohon pengampunan bagi diri mereka oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Salim Abul-Ja’d meriwayatkan, beliau berkata, “Utsman memanggil beberapa sahabat Rasulullah, di antaranya terdapat Ammar bin Yasir. Ustman berkata, ‘Aku akan menyampaikan kepada kalian hadis tentang Ammar. Aku bersama Rasulullah pergi ke Al-Bathha’ sehingga kami menemui Ammar berserta ibubapanya ketika kaum musyrikin menyeksa mereka. Yasir berkata kepada Rasulullah, “Apakah selamanya aku akan begini?”. Baginda bersabda, “Bersabarlah!”. Kemudian baginda bersabda, “Ya Allah, berilah ampunan kepada keluarga Yasir, kerana Engkau telah berbuat apa yang Engkau Perbuat” . [Ditakhrij oleh Ahmad]

PENENTANGAN SUMAYYAH
Kaum musyrikin Quraisy hampir tidak pernah menghentikan seksaan terhadap Sumayyah dan keluarganya. Selepas suaminya meninggal dunia akibat penyeksaan, Sumayyah semakin menentang dan memberikan reaksi keras terhadap Bani Al-Mughirah bin Abdullah bin Makhzum, yang dipelopori oleh Abu Jahal. Dia layaknya orang yang tidak waras dan tidak berperasaan ketika berhadapan dengan ketegaran Sumayyah mempertahankan akidahnya. Baginya, kedegilan Sumayyah ialah perlecehan terhadap dirinya. Sumayyah telah berjaya mencarik-carik kebesaran nama Abu Jahal di kalangan kaum musyrikin kerana kesabarannya terhadap kerasnya seksaan. Hati Abu Jahal hampir saja meledak kerana Sumayyah tidak mahu memperolok-olokkan dan mengeji nama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, walau dengan hanya satu kata seperti yang dipaksakan Abu Jahal kepadanya.

Abu Jahal (semoga Allah menghinakannya), tidak membiarkan satu pun sarana untuk menghalangi manusia dari jalan Allah, melainkan dia akan menggunakannya. Dia tidak mendapatkan satu jalan pun untuk menekan orang-orang Mukmin, melainkan dia akan melaluinya. Ibnu Ishaq Rahimahullah, menyampaikan satu gambaran yang jelas tentang hal ini, dengan berkata,

“ Abu Jahal, orang jahat yang terperdaya di tengah-tengah kaum Quraisy, jika mendengar berita seseorang masuk Islam, dan orang itu adalah orang yang terpandang dan mendapat jaminan perlindungan,maka dia hanya akan mengingatkannya dan menegurnya dengan berkata, ‘Kau tinggalkan agama bapamu, padahal bapa-bapamu adalah lebih baik darimu. Kami benar-benar akan mengalahkan pendapatmu dan benar-benar akan menghinakan kehormatanmu.’

Jika yang dihadapinya adalah seorang pedagang, maka dia akan berkata 'Demi Tuhan, kami benar-benar akan membuatkan kamu rugi dalam perniagaanmu, dan kami benar-benar akan menghancurkan harta bendamu'. Jika yang dihadapinya adalah orang yang lemah, maka dia akan memukul dan menyeksanya semahu-mahunya. Semoga Allah melaknat dan memburukkannya”

SYAHIDAH PERTAMA
Sumayyah Radiallahu Anha adalah wanita pertama yang menampakkan keIslamannya, di samping menjadi syahid pertama yang mengorbankan dirinya di jalan Allah. Dalam peristiwa kesyahidannya itu, terkandung pelajaran-pelajaran berharga bagi sesiapa yang memiliki hati atau mempunyai pendengaran. Beliau menjadi sosok syahid yang sebenarnya dan mempamerkan hakikat sabar kepada para generasi seterusnya.

Setelah suaminya, Yasir meninggal dunia kerana penyeksaan yang sangat berat, Sumayyah Radiallahu Anha diserahkan pula oleh Abu Hudzaifah kepada Abu Jahal, sehingga si jahat itu dapat menyeksa dengan segala cara yang diinginkannya disamping mengejek-ejek diri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan sejuta sumpah seranah dan umpat keji. Suatu petang, Abu Jahal bersikap keras kepada Sumyyah, kemudian berkata kepadanya, “Engkau tidak beriman kepada Muhammad melainkan kerana engkau tergila-gila kepada ketampanannya”.

Apa pula reaksi Sumayyah? Beliau memberikan jawapan yang tidak kalah kerasnya, lantaran kemarahannya yang tidak tertahan dengan tuduhan Abu Jahal itu. Keangkuhan Abu Jahal terbukti apabila beliau menikamkan tombak ke tubuh Sumayyah sehingga menyebabkan Sumayyah meninggal dunia sebagai syahid, rohnya naik kepada Penciptanya dalam keadaan redha dan diredhai, kerana telah memberikan kesaksian tidak berbelahbagi bahawa tiada Ilah selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.

Mujahid Rahimahullah berkata, “Syahid yang pertama di dalam Islam ialah ibu Ammar, Sumayyah yang ditikam Abu Jahal dengan menggunakan tombak, tepat di ulu hatinya” .(Al-Bidayah Wan-Nihayah, 3/59)

Ibnul Jauzy Rahimahullah berkata,” Dia adalah syahid pertama di dalam Islam. Semoga Allah redha kepadanya sebagaimana Allah membuatkannya redha”.

IBNU SUMAYYAH
Sumayyah, nama ini dan sahabiyah ini tetap hidup abadi menebarkan keharuman setelah mati syahid dan beruntung telah meraih keredhaan Allah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terbiasa memanggil anaknya Ammar, dengan sebutan “Ibnu Sumayyah”. Maka, tidak dapat lagi dimungkiri bahawa panggilan yang diberkahi ini merupakan penghormatan terhadap sahabiyah yang sabar dan baik ini. Panggilan itulah yang lebih sering meluncur dari lisan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang mulia.

Abdullah bin Mas’ud Radiallahu Anhu pernah berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, ‘Jika manusia saling berselisih, maka Ibnu Sumayyah berada pada kebenaran”. (Kisah ini disebutkan di dalam Siyar A’lamin-Nubala, 1/415-416; Tarikhul Islam, Adz-Zahaby, 3/575)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga sering menyebutkan nama Sumayyah dengan keutamaan dan kebaikan. Sewaktu Perang Badar, baginda menyampaikan khabar gembira bagi “orang baik yang mendapat kebaikan”. (Julukan untuk Ammar, kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda kepadanya, ‘Selamat datang wahai orang baik yang mendapat kebaikan’). Di dalamnya disebutkan juga nama Sumayyah. Peristiwa ini dikisahkan ketika musuh Allah, Abu Jahal terbunuh di dalam Perang Badar. Ketika itu Rasulullah menggembirakan Ammar dengan berkata “Allah telah membunuh orang yang membunuh ibumu”.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah mendoakan untuk Sumayyah dan keluarganya dengan doa yang diberkahi ketika Ammar mendatangi Rasulullah mengadu seksaan yang dihadapi oleh ibubapanya termasuk dirinya sendiri. Beliau berkata, “Wahai Rasulullah, kami mendapatkan seksaan yang sangat keras”. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Bersabarlah wahai Abul Yaqzhan (julukan lain bagi Ammar). Ya Allah, janganlah Engkau seksa seorang pun dari keluarga Yasir dengan api neraka” (Al-Isti’ab, 4/325; As-Sirah Al-Halabiyah, 1/484)

NISA’ MUBASSYARAT BIL JANNAH!
Inilah kisah sahabiyah yang sabar, yang disajikan sirahnya sebagai wanita yang teguh hati pada kebenaran dan keimanan, sehingga menjadi pelopor di dalam perjuangan Islam sepanjang zaman. Ibnu Abdil-Barr Rahimahullah memuji Sumayyah dengan berkata, “Dia termasuklah orang yang diseksa kerana Allah, dan sabar di dalam menghadapi seksaan. Dia termasuklah wanita yang berbaiat, baik dan terutama” (Al-Isti’ab, 4/324)

Semoga Allah merahmati Sumayyah ibu Ammar, wanita dan orang pertama yang mati syahid di dalam Islam, ibu orang yang pertama membangun masjid dan digunakan untuk solat. Kesejahteraan bagi keluarga Yasir, kesejahteraan ke atas kalian kerana kesabaran kalian dan sesungguhnya kalian akan mendapat balasan yang sebaik-baiknya.

“Terimalah khabar yang baik wahai keluarga Ammar, kerana tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga” (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang disampaikan oleh Ustman Al-Affan. Dipetik dari Thabaqat Ibnu Sa’ad, 3/249; Majma’ Az-Zawaid, 9/293; Tarikhul Islam Adz-Zahaby, 3/572)

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang kerana Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kalian lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah: 111)

Sumayyah bintu Khubath Radiallahu Anha termasuk sejumlah wanita yang terawal menerima Islam dan bersegera memenuhi janji Allah serta membenarkan apa yang telah dijanjikan Allah kepada kaum Muslimin, sehingga beliau berhak mendapat khabar gembira sebagai orang yang dijanjikan syurga. Bagaimana pula dengan kita sebagai kaum muslimah akhir zaman? Semoga kisah ini menjadi obor penyuluh dan menyemarakkan lagi semangat kita dalam mendakwahkan agama Allah ini sehingga tiba janji Allah yang seterusnya, "akan berdiri semula kekhilafahan di atas manhaj kenabian" [HR Ahmad]

-jebbat.blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

1 INDONESIA 1 MALAYSIA CIPTAAN APCO

بسم الله الرحمن الرحيم

Dua Negara 1 Penasihat..



Baru-baru ini kita digemparkan dengan persamaan konsep 1 Malaysia dengan 1 Israel. Konsep 1 Malaysia dikatakan hasil nasihat dari Yahudi APCO kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep 1 Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999. Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1 Malaysia. Tetapi adakah kita boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?

Apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari Yahudi APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti 1 Israel dan 1 Malaysia? Malah lambang dan slogan konsep 1 Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1 Malaysia yang digunakan di Malaysia. Jika di Malaysia slogan 1 Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" slogan 1 Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan"Adakah sekadar kebetulan? Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib!


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SYARAT MUDAH MENJADI PENYOKONG UMNO.. DIA MESTILAH SEORANG YANG BODOH...!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

BLOGGER JAHIL INI CUBA MENJAWAB PERSOALAN HUKUM UMNO KAFIR




JIKA kita ingin bertanya sesuatu hukum atau isu-isu berkaitan agama bertanyalah pada yang arif di bidang itu. Jangan jadi seperti kisah yang diceritakan oleh sebuah blog pro UmApco di sini. Saya kesihat melihat begitu cetek agama yang ada pada beliau sehingga hendak menjawab soalan umpama `kacang' itu pun beliau tidak boleh jawab.

Sebagai menjawab soalan `Bolehkah orang Umno dikategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak mengikut apa yang disuruh oleh Islam", si bangang ini bukan menjawab soalan itu tetapi dia bertanya pula mengapa Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud walaupun Kerajaan Pusat tidak membenarkannya? (mengaku juga dia memang Kerajaan Pusat tidak benarkan hukum hudud dijalankan). Adakah beliau tahu bahawa Kerajaan PAS Kelantan adalah salah sebuah negeri yang berada di bawah Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang sekular itu?

Bayangkan, jika Kerajaan PAS Kelantan jalankan juga hukum hudud tersebut tanpa kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan, seandainya si Pesalah itu membawa kes tersebut ke mahkamah yang lebih tinggi maka hukuman tersebut tidak sah kerana hukum hudud tiada termaktub dalam perundangan negara sekular kita ini. Kelantan bukan sebuah negara persendirian yang boleh mengubah perundangan sesuka hati. Terdapat beberapa undang-undang yang boleh dipinda oleh kerajaan negeri dan ada undang-undang yang memerlukan kebenaran kerajaan pusat sekiranya ingin dipinda atau diwujudkan kerana ianya melibatkan sistem kehakiman, pihak Polis atau Penjara yang semuanya di bawah kawalan kerajaan pusat.

Apakah kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS mesti melaksanakan undang-undang Islam semata-mata untuk menunjukkan kerajaan PAS lebih takut kepada Allah dari kerajaan pusat? Tentu kita boleh bayangkan apa akan jadi kepada negara kita ini sekiranya PAS mengambil pendekatan `revolusi' sedemikian. PAS tetap ingin menegakkan Islam tetapi PAS tidak memilih `Revolusi' atau keganasan untuk mencapai cita-cita tersebut sebaliknya PAS masih berharap kepada sistem demokrasi di negara ini. Kita ingin juga bertanya, mengapa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno itu tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Islam sedangkan mereka berkuasa di peringkat pusat?

Tuduhan penulis bangang ini bahawa Tuan Guru Nik Aziz juga mengamalkan rasuah tiada beza dengan kerajaan di bawah Umno/Bn (sekali lagi mengaku pun negeri di bawah Umno itu rasuah). Tiada fakta dan hujah langsung apabila beliau turut membuat tuduhan Tuan Guru Nik Aziz pergi menunaikan ibadah Haji tidak pernah guna duit poket sendiri. Jelas dan berfakta bahawa SPRM sejak berpuluh tahun dahulu sehingga saat ini tidak henti-henti menyiasat perbuatan rasuah kerajaan Negeri Kelantan termasuk Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Apa hasilnya setakat ini? Cuba sebutkan satu saja kes rasuah yang melibatkan Adun atau Exco kerajaan Negeri Kelantan yang didakwa dan didapati bersalah sepanjang PAS memerintah. Kalau ikut cerita dari Syaitan-Syaitan memang banyak, tetapi terbuktikah?

Si bangang ini menyebut di Kelantan ada pusat hiburan kununnya sama seperti di negeri bawah Umno. Agaknya kali terakhir si bangang ini pergi ke Kelantan adalah semasa Umno memerintah dahulu, sebab itu beliau berjumpa pusat hiburan merata-rata, kedai ekor dan pusat judi di Kelantan. Banyak lagi persoalan atau jawapan bodoh dari si penulis bodoh itu yang kita boleh baca di dalam blognya itu.

Sebelum saya menutup tulisan ini, ingin saya mengajar sedikit si penulis bodoh itu tentang jawapan terhadap soalan asal " `Bolehkah orang Umno di kategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak mengikut apa yang disuruh oleh Islam". Soalan itu samalah dengan jawapan kepada soalan "Bolehkah orang Umno di kategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak bersembahyang?". Jawapannya, dia tetap Islam tetapi berdosa besar kecuali sekiranya dia menganggap sembahyang itu tidak wajib atau tidak sesuai dilakukan di zaman ini maka hukumnya KAFIR. (Saya mohon sesiapa yang lebih arif tentang persoalan ini betulkan saya jika tersilap).

Jelas di sini, kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno hanya menjadikan Islam sama seperti `gincu di bibir' untuk hiasan semata-mata. Sampai bilakah gincu ini boleh bertahan? Kena kuah sup semangkuk habislah ia.- wfauzdin.blogspot.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

ADUN UMNO DERHAKA PADA SULTAN... TAK APA KE...?

بسم الله الرحمن الرحيم

Dato' Ahmad Bashah Md. Hanifa hasut imam derhaka KDYMM Sultan Kedah.

Laporan Polis akan dibuat pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar.

Saya, Ahmad Bin Yahya, selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, dengan ini membuat laporan polis kerana mendapati ada unsur hasutan dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Dato' Ahmad Bashah Md. Hanifa untuk mempengaruhi para imam di negeri Kedah Darul Aman untuk mengingkari titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Laporan saya ini adalah berpandukan laporan akhbar Sinar Harian, dalam muka surat U5, bertarikh 06 April 2010.
Dalam laporan akhbar tersebut, Dato' Ahmad Bashah dengan jelas meminta para imam agar tidak mengisi borang M4 yang telah diedarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah bagi tujuan mengemaskinikan data institusi imam di negeri ini.

Pengedaran borang M4 adalah mengikut arahan yang termaktub dalam Seksyen 63, Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah yang telah mendapat limpah perkenan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam bagi Negeri Kedah.

Oleh yang demikian, amat jelas bahawa, Dato' Ahmad Bashah dengan sengaja cuba menghasut para imam yang menerima borang M4 untuk mengingkari titah perkenan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kerana beliau mengarahkan agar para imam tidak mengisi borang tersebut.

Bagi saya, secara tidak langsung, Dato' Ahmad Bashah juga telah campur tangan dalam urusan pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri kedah yang dinaungi oleh KeBawah Duli Yang maha Mulia Tuanku Sultan.

Sekian sahaja laporan saya.

Ahmad Bin Yahya,
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

CISS...!!! CILAKA PUNYA OBAMA.. YOU DROP MY WATER FACE LA... HAHAHA

بسم الله الرحمن الرحيم

KEDATANGAN PEMIMPIN NO 1 MALAYSIA TIDAK DIALU-ALUKAN BAHKAN TIDAK DIENDAHKAN OLEH OBAMA...?

Kasihan Najib Tak Bersambut

Oleh Lan Iisma 11 April 2010
Siasah
Kasihan Najib. Ketibaan Najib dan Rosmah di pangkalan tentera udara Andrews hanya disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Jamaludin Jarjis. Manakala Dr Rais Yatim menyambut Najib di Four Seasons Hotel yang menjadi tempat penginapan beliau.

Kasihan Najib. Kebiasaannya sekiranya pemimpin negara tiba ke sesebuah negara, dia akan disambut oleh ketua negara berkenaan, tak pun disambut oleh menteri. Nampaknya Najib yang diriuhkan di sini ke Amerika hanya disambut oleh orang Malaysia sendiri. Tak patutkan Amerika buat macam itu, tak apalah, Najib pemimpin berjiwa rakyat, pergi ke negara orang jailah macam rakyat biasa kecuali oleh orang-orang Malaysia sendiri.

Kasihan Najib. Usahalah sebaiknya mendapatkan foto yang baik, bersalam dengan Obama atau apa-apalah untuk dibesarkan di akhbar UM dan tajuknya Najib begitu akrab dengan Obama. Agak-agaknya ada tak karpet merah macam Anwar dulu-dulu. - ek-ele


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Sunday, April 11, 2010

SAPA AJAR KAU MENIPU NI..? UMNO....

بسم الله الرحمن الرحيم

pelajar pintar tapi penipu! berangan menjadi kerabat di raja..




adoyaiii..apa la budak zaman skg ni, makin menjadi2..
pelajar yg mndapat keputusan 9A 1B dalam SPM telah berbohong dan menyamar sbg anak angkat Tengku Mahkota Pahang...
dengan menggunakan kepintarannya, dia telah berjaya memperdaya Exco kerajaan negeri dan pegawai tinggi PLKN..dia dengan mudahnya dpt membuat lawatan rasmi ke kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating..
semasa lawatan, dia sempat menyempurnakan majlis menyematkan lencana kpd pelatih kem.

penipuan:
menggunakan baju PLKN yg bersulamkan 'TUAN MUDA'
memberi surat palsu berlambang istana tentang lawatannya ke kem tersebut..
sepandai2 tupai melompat..jeng2..kedapatan juga akhirnya hehe..tulah tunjuk berani betul..
sumber berita: bharian

syok sangat dia jadi kerabat di raja..dapat layanan vvip gitu..
erkkk.. kenapa mudah sgt tertipu? nampakya pemimpin2 negara perlu fikirkan cara bagaimana nak memperkuatkan sistem keselamatan negara..tu baru remaja yg menipu, bagaimana pula klu penipu yg lbh profesional...apa yg bakal berlaku pd negara kita nanti...seperti kata dr Fadzilah Kamsah renung2kan dan selamat beramal.. - eiriegenes

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

HABIS LA KAU NAJIB, 147 NEGARA DAH TAK PERCAYA KAT KAU...

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas Australia dan Amerika,145 Negara Desak Gugur Tuduhan Liwat Siri 2



Pada 2 April, satu persidangan ahli ahli parlimen dunia yang ke 122 telah diadakan di kota bangkok. Ianya diwakili oleh ahli parlimen dari 145 buah negara. Selain berbincang permasalahan semasa di seluruh dunia, kesemua ahli parlimen dari 145 buah negara tersebut sebulat suara menyokong satu usul supaya mendesak kerajaan malaysia menggugurkan tudukan liwat siri 2 terhadap Anwar. Mereka juga melahirkan rasa kebimbangan yang sangat serius terhadap penglibatan pihak yang sama dalam siri 1 dan 2, iaitu pihak pendakwa kes liwat siri 1, yang kini adalah peguam negara.

Penafian hak Anwar untuk mendapatkan dokumen pihak pendakwa menimbulkan rasa keraguan kepada mereka apakah akan ada satu pihak yang akan merekacipta bukti pendakwaan. Mereka juga merasa hairan dengan dua laporan perubatan yang tidak menyatakan ada tusukan secara jelas namun perbicaraan tetap diteruskan. Oleh itu pihak ahli ahli parlimen tersebut akan cuba menghantar pihak pemerhati dan pemantau ketika perbicaraan di mahkamah berjalan nanti.

Sangatlah memalukan bagi negara Malaysia, bila persidangan ahli parlimen yang ke 122 itu sebenarnya beragenda besar dalam membincangkan masalah penyeledupan dadah dan senjata seluruh dunia, pemerdagangan manusia dan hak asasi manusia, bencana besar Chile dan Haiti, namun menyelitsama isu kes liwat 2 terhadap Anwar. Seolah olah ianya satu contoh pencerobohan hak asasi manusia berlaku di malaysia. Malu kerana dalam keadaan dunia sibuk berbincang tentang masalah kemunduran di negara sedang membangun tetapi mereka terpaksa campur tangan dalam isu di negara Malaysia.

Jadi mahu tidak mahu, pihak pendakwa perlu menyediakan bukti yang jelas dalam perbicaraan liwat 2 nanti. Ianya perlulah dilihat adil, jika tidak sudah pasti ianya akan memberi imej yang sangat buruk kepada Malaysia di mata dunia. Nyatalah perbicaraan Liwat Siri 2 akan membawa mata seluruh dunia tertumpu, memerhati ke arah Malaysia. Jika sekali ianya dilihat tiada keadilan berlaku di Malaysia maka dengan jelas dan nyata Malaysia akan dipacu ke arah jurang yang suram dan gelap samada dari sudut ekonomi, pelaburan dan juga prestij di mata antarabangsa. - detikdaily



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

MENTERI KAT MALAYSIA NI SEMUANYA BODOH TAPI BUAT-BUAT PANDAI

بسم الله الرحمن الرحيم

TIMBALAN MENTERI INI CERDIK MACAM PAK PANDIR


Pak Pandir menoreh di Manek Urai....

APABILA membaca kenyataan seorang Timbalan Menteri yang pernah menoreh getah sewaktu PRK Manek Urai dulu di sini, aku merasa hairan bagaimana beliau boleh dilantik menjadi Timbalan Menteri. Kalau kita cop dia ni bangang, sahih puak-puak Umno ni akan melenting marah pasal mungkin dalam Umno bukan dia seorang saja yang bangang. Aku malas lah nak kata dia ni bangang kerana nak jaga hati puak-puak Umno. Biarlah aku kata Timbalan Menteri tersebut memang cerdik seperti cerdiknya Pak Pandir.

Timbalan Menteri tu kata, semenjak PR memerintah beberapa buah negeri tiada apa perubahan langsung. Kesemua pembangunan yang ada di semua negeri PR memerintah sekarang adalah warisan dari kerajaan Bn. Begitulah tahap pemikiran seorang Timbalan Menteri yang paling cerdik dijumpai oleh Umno. Masakan beliau tidak tahu yang diwarisi oleh Kerajaan PR sekarang dari Umno/Bn hanyalah hutang piutang? Tidak percaya lihat saja lah laporan Audit Negara yang baru-baru ini dikeluarkan. Hutang terpaksa dibayar, maka Kerajaan PR terpaksalah cuci `najis' yang Umno/Bn tinggalkan di merata-rata tempat sewaktu mereka memerintah.

Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri, beliau mestilah membawa fakta dan hujah yang bernas untuk meyakinkan rakyat. Bukan dengan cara bercakap seperti budak-budak tidak bersekolah. Kununnya tiada sekolah didirikan semasa pemerintahan PR. Kalaulah Muhyiddin dengar kenyataannya, tentu Muhyiddin bertambah lembam mukanya kerana memalukan kementerian di bawahnya. Inikah pemimpin yang ingin diangkat oleh orang-orang Melayu untuk membela nasib mereka? Bercakap pun guna kepala lutut, bagaimana hendak memikirkan nasib orang-orang Melayu? Memang patut pun orang seperti ini duduk dalam Umno kerana orang yang cerdik tidak akan terliur berada di dalam Umno.- wfauzdin.blogspot.com




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...