Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, May 4, 2009

(229) Zambry @ Nizar - Benarkah DUN Perak bubar ?


Sejak jumaat, ramai yang tanya wak..! tak cukup dengan sms, calling-calling wak pun ramai. Benar ke ? Maaf wak tak ade idea nak jawab. Jika ada pun, wak tak berani nak cakap. Jika MSK pun tutup mulut, inikan pula wak. Mulut wak dibelakang mulut MSK. Itu kena ingat ! Tak boleh sebarang cakap, nanti yang seronok baca..depa, yang ke lokap kita ! So soal bubar atau tak, mohon sembah derhaka, wak tak ada idea. Tapi jika tanya hal lain, wak banyak idea nak cakap.

Kelmarin, dalam perjalanan jelajah hutan dan bandar, wak terima sms, suruh datang ke pejabat SUK jam 9 pagi ini. Ambil surat kebenaran masuk ke dewan Sidang DUN 7 Mei. Wakakaka.., kalau setakat nak ambil surat ajer, buang masa dan karan saja. Kerna sumpah wak cakap, lu sapa ? Jawabnya tak payah. Baik dok kat luar, tengok orang lagi bagus. Hangpa ingat depa nak bagi masuk ? Tak payah laa..so LIVE dari dalam dewan sorry, tak ada. LIVE dari tepi longkang , itu yer..memang boleh buat. Maka InsyaAllah, wak akan usahakan LIVE hanya dari tepi longkang SUK 7 Mei ini.

Kenapa dari tepi longkang ? Lagi nak tanya ! Demokrasi Perak memang dah dilongkangkan. Tak percaya, tanya Zamry. Apa pun memang banyak perkara 'terkejut' mungkin kita lihat pada tarikh tersebut. Harap sangat hujan. FRU pun dah susun jentera, water cannon pun dah diisikan air. Topi merah makin kuat kilatnya.

Ribut politik Perak belum menampak akan reda. Apa nak buat ! Bila tangan2 derhaka, yang tidak tahu malu merampas kuasa. Ah..hangpa memang kejam. Sekejam mata melihat rumah rakyat sedaif ini, 50 tahun BN berkuasa. Hoi..gambar ini wak ambil ditempat yg tegar Umno dan BNnyer berkuasa. Tempat si katak munafik pernah mengegarkan negara. Siapa lagi kalau bukan si Datok Nasa. Apa lagi, hangpa tengah berkuasa..bantulah mereka..! Opss..lupa berkuasa secara haram, maaf wahai rakyat, kerajaan kami tak mampu salurkan bantuan haram untuk hangpa ! Biarkan..biarkan..duduk la hangpa dirumah yang hampir nak roboh tu.

Wak berhenti, wak bertanya, wak bergambar, wak makan dengan mereka..diatas pinggan plastik, berlauk ikan pekasan yang ditangkap di alur parit kampung mereka. Sajian tengahari istimewa untuk wak bersama sekepal nasi dari beras hancur. Wak makan, wak bersila dengan mereka, mereka menyokong BN rupanya. Kesian sungguh ! Rakyat yg tidak terbela, bila ditanya, YB ada turun jumpa hangpa ? Ada sekali, masa pilihanraya. Sekali lagi wak cakap, kesian sungguh kat hangpa ! Kerana hangpa..rakyat bangsa melayu kelas 3.

YB Pakatan Rakyat, jangan seronok sangat bila wak papar objek ini menyindir BN. Hangpa pun sama, 2 X 5. Tunggu objek wak yg lain, YB Pakatan hangpa sedialah tolong jawap pula. 3 hari wak sepi, wak sedang memerhati. Kami bongkar, kami papar ! Kerana kami blogger yang diupah dan ditaja oleh sekelian hamba rakyat Malaysia. Ingat ! Kini kami telah turun bagi memberi bahan bukti di setiap posting kami. Tolong jawab, jangan pulak hangpa semua lari !

3 comments:

cucu tok senik said...

tulisan yang menarik. seronok baca. keep it up

TAAVEEKUN PERAK said...

Dulu Pakatan Rakyat tuduh BN gunakan pengundi hantu untuk menang dalam pilihan raya. Sekarang ini mereka tuduh BN gunakan bomoh pula untuk bersidang dalam dewan. Memang Pakatan Rakyat mahir membuat cerita. Kalau hendak sedap lagi cerita, mereka mungkin akan minta wartawan asing tolong tambah cerita.

Anonymous said...

Bro rahman.. x tumbuh x melata x sungguh org x kata..