Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, July 4, 2009

Aku Nak Mancing...!!!!

RM10,000 jika dapat tangkap ikan naga di Tasik Kenyir
MOHD. ADHA MOHD. ZAIN


Kerajaan Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pemancing yang berjaya menangkap ikan naga atau nama saintifiknya, Arapaima Gigas yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, tawaran itu dibuat kerana kerajaan negeri khuatir kehadiran ikan naga akan menyebabkan spesies ikan kecil lain di Tasik Kenyir pupus.

''Ikan naga merupakan spesies ikan besar dikatakan berasal dari Sungai Amazon dan menjadikan ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

''Adalah dikhuatiri ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan utama di Terengganu," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga Madziah Mohd. Lada iaitu balu kepada Allahyarham Aladi Hassan, anggota bomba yang mati lemas semasa operasi mencari dan menyelamat di Tasik Kenyir baru-baru ini, di kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buluh di sini hari ini.

Ahmad berharap Arapaima Gigas itu dapat ditangkap hidup-hidup kerana kerajaan negeri bercadang menghantarnya ke Mini Zoo dan Taman Rekreasi di Bukit Takal, Kemaman.

Beliau memberitahu, walaupun Arapaima Gigas merupakan spesies

ikan yang besar, tetapi ia tidak menyerang manusia.

Katanya, ikan Arapaima Gigas hanya menjadikan ikan- ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

''Arapaima Gigas boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram,'' katanya.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui berapa jumlah sebenar ikan itu di dalam Tasik Kenyir.

''Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi ia tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas," katanya lagi.

Mengenai prosedur tangkapan Arapaima Gigas, Ahmad memberitahu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) melalui penguatkuasa Kenyir Rangers akan memantau usaha menangkap ikan tersebut.

Jelasnya, kaedah menangkap Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran serta kekili dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

''Segala urusan memancing termasuk menyewa bot adalah di bawah tanggungan sendiri dan setiap peserta diwajibkan mendaftar dengan Ketengah bagi tujuan keselamatan," katanya.

- UTUSAN

[+/-] Read More...

Friday, July 3, 2009

Cekup isteri curang

Oleh Salman Hamat dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com. my


KUALA LUMPUR: Rahsia seorang wanita sering pulang lewat atau tidak pulang langsung ke rumah terjawab apabila intipan dilakukan suaminya mendapati isterinya curang dengan menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, berhampiran pusat perniagaan Putra Bandar Menjalara, di sini, si suami yang berusia 30-an keluar mencari isterinya berikutan tidak pulang ke rumah walaupun waktu bekerja hanya separuh hari.

Menurut sumber, si suami bersama dua anak dikatakan terserempak isterinya sedang bermesra dalam sebuah kenderaan di sebuah tempat letak kereta dan mula mengintip gelagat mereka selama beberapa minit.

“Tidak tahan melihat gelagat intim isterinya, si suami

memukulnya menggunakan besi pengunci kereta.

“Ini menyebabkan berlaku pergelutan antara si suami dengan kekasih isterinya menyebabkan si suami cedera sebelum dia meninggalkan kawasan itu,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini, si suami sering menasihati isterinya agar tidak menjalinkan hubungan dengan kekasihnya berikutan lelaki itu juga sudah berkeluarga.

Perasaan curiga si suami itu mula timbul selepas terbaca mesej ‘ayat cinta’ dipercayai dikirim kekasih isterinya itu menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit isterinya.

Bagaimanapun, ia dinafikan dengan alasan tersalah hantar.

Berikutan kejadian itu, si suami membuat laporan polis di Balai Polis Kepong, di sini
--

[+/-] Read More...

Anak Derhaka

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada
tengah
hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n
kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di
dalam
hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari
kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,"
jawab
saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan
itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10
tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas
itu
dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari
kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan
tahun
itu meminta wang daripada ibunya untuk


keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah
berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia
mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata
gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut
menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke
pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya
berkerut menahan
sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia
sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,
suasana
sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
terkejutnya
dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan
tangan
dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui
jiran-jiran,
kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30
tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
dimasukkan
ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat
10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya
sendiri
pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi
ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat
tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba
kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula
cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi
seorang
menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik,"
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya
keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis
memandang
ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya
beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak
di
tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si
gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun
tak
tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan
anaknya
itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis.
Sambil
itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh
diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida
menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk
jenazah
ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila
terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur
tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana?
"
kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat
isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara
pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
menimbus
keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin
dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun
kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai
berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak
tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal
masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta
polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur
yang
dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah
orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling
hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di
depan
kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter
daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di
dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan
adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan
saya
memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke
arah
saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan
seperti
berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang
yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya
menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah
tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar
kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendak
melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara
yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis
memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke
arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat
gadis
berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.
Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida
menyesal,
Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah
ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
saya,"
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk
menyelamatkan
gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
terus
meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita
datuk
dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa
menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja
kerana
Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak
mahu,
terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya
emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku
insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air
matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan
lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak
dibenarkan.
Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,
permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida
masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
henti-henti meratap meminta keampunan. Saya
pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara
tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih
tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin
dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa
adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi
oleh
bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan
merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal
dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari
pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana
terlalu
sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan
seperti
mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka.

[+/-] Read More...

Tips melangsingkan badan tanpa ubat-ubatan

DiPOS OLEH Bawang Goreng PADA 5/07/2009 05:50:00 PM

Tubuh yang langsing dan cantik merupakan igauan setiap manusia normal, terutamanya bagi golongan wanita. Tetapi, adakah impian anda untuk langsing, cantik dan sihat akan terlaksana sekiranya anda menahan diri daripada menyentuh makanan?

Berikut disenaraikan 26 tips untuk anda memiliki tubuh yang langsing dan sihat yang boleh anda lakukan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar atau mengundang risiko pengambilan bahan-bahan kimia yang berpotensi menjejaskan fungsi organ dalaman dan kesihatan anda.

Namun anda perlu mendisiplinkan diri mengikut tip-tips yang diberi agar anda dapat menikmati hasil yang memuaskan.

Tips # 1 – Jangan berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh anda akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh anda menjadi lebih rendah daripada biasa. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini

, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kemabli ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

Tips # 2 – Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Tips # 3 – Minum 8 gelas air sehari

Air mampu mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak di dalam badan. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan kuantiti yang banyak.

Tips # 4 – Elakkan minum minuman bergas

Minuman berkabonat atau bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Tips # 5 – Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam yang berlebihan akan menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air di dalam badan.

Tips # 6 – Ambil sarapan pagi

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu jajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Tips # 7 – Makanlah perlahan-lahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh atau delojoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

Tips # 8 – Kunyahlah makanan dengan sempurna

Kunyahlah makanan anda kepada cebisan yang lebih kecil sebelum anda menelannya kerana dengan cara ini, ia lebih mudah untuk dihadamkan. Elakkan makan bersulam air kerana ini akan membuatkan perut anda buncit.

Tips # 9 – Makan lebih kerap

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Tips # 10 – Kurangkan lemak/minyak

Kurangkan pengambilan marjerin, mentega dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

Tips # 11 – Elakkan makan makanan ringan/snek

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa pudina (mint) atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Tips # 12 – Minuman masam

Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang manis (kurang gula). Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32kilo kalori.

NB: Anda boleh cuba minum air masak (kosong) yang direndam dengan sepotong lemon. 2-3 gelas sehari mampu membuatkan badan anda langsing.

Tips # 13 – Lebihkan sajian buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat (fibre) dan kandungan lemak yang rendah. Anda digalakkan mengambil hidangan buah-buahan sebelum makan dan bukan sebaliknya kerana buah-buahan mempunyai kandung air yang tinggi dan cepat mengenyangkan perut. Jadi, anda akan makan tengahari/malam dalam kuantiti yang kurang.

Tips # 14 – Timbang berat badan

Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

Tips # 15 – Makanan berempah

Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, halia, lada hitam, biji sawi dan jintan manis didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

NB: Untuk mengempiskan perut yang boroi, cuba rebus 2 sudu jintan manis (atau daun pokok kaduk) dengan 2 cawan air, tinggalkan air rebusan sehingga lebih kurang secawan dan boleh diminum. Amalkan selalu, pasti anda tidak akan kecewa, insya Allah.

Tips # 16 – Makan lebih bijirin

Pilihlah lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan anda. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil Bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Tips # 17 – Diari makanan

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan brat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada pola keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhatikan dan kenal-pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

Tips # 18 – Bekas makanan yang sesuai

Ketika memilih pinggan makanan, ambillah pinggan yang rata dan bukan pinggan yang cekung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi pinggan, kemudian baru ambil nasi dan yang terakhir sekali, ambillah lauk yang anda ingin makan (daging/ayam/ ikan). Jika ingin tambah, hanya sayuran saja yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarang tempat, apa lagi sambil menonton TV. Sebabnya, makin menarik program TV, semakin banyak makanan yang mampu anda habiskan!

Tips # 19 – Tumpukan perhatian anda

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Tips # 20 – Tukar cara memasak

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Tips # 21 – Lakukan aktiviti ringan

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang anda makan. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Tips # 22 – Tukar tabiat berbelanja

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

Jangan lupa membuat catatan saat membeli-belah untuk mencegah pembelian barang-barang yang tidak diperlukan. Dengan cara ini keinginan anda akan terbatas dan anda tidak perlu lagi membeli sebarang makanan ringan yang boleh menaikkan berat badan.

Tips # 23 – Berhenti sebelum kenyang

Hah… ikutlah sunnah Rasulullah. Makanan yang terlalu mengenyangkan perut akan membuat badan menjadi lemas dan mengganggu aktiviti ibadah. Rasulullah SAW pernah bersabda dan memberi teladan, “jangan makan sebelum lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang.”

Imam Al Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin mengutip pernyataan seorang syaikh dalam sebuah perjamuan makan: Hai orang-orang yang menghendaki akhirat, janganlah kamu makan terlalu banyak, lalu kamu minum banyak, maka kamu akan tidur banyak sehingga kamu akan menyesal ketika mati. Ini adalah pokok yang besar yaitu meringankan perut dari beratnya makanan.

Tips # 24 – Hentikan makan setelah lewat malam

Hindari makan ketika lewat malam. Jika boleh, jangan makan selepas jam 8 malam. Para pakar diet mengatakan ruangan gelap dan kegelapan malam boleh membuatkan kiat makan berlebihan. Cubalah tidur lebih awal supaya anda atidak terasa untuk mengunyah makanan.

Tips # 25 – Setkan target dan cari sumber inspirasi

Lakukan sesuatu! Gunting gambar baju atau seluar jeans yang anda sukai. Jadikan ia sebagai inspirasi untuk anda menguruskan badan. Tanamkan dalam diri anda bahawa baju yang anda sukai itu akan dapat anda pakai, suatu hari nanti.

Tips # 26 – Lakukan beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

1. Usahalah berjalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat. Saya perhati orang perempuan suka sangat berjalan melenggang-kangkung . Sebelum marahkan saya, cuba anda perhatikan cara mereka berjalan, terutama sekali ketika waktu makan tengahari... Aduhai... kalau di negara matahari terbit, anda tentu dilanggar oleh orang lain (rakyat di sana berjalan seolah-olah mengejar masa, tidak kira lelaki atau perempuan).
2. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.
3. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam mampu membakar kalori, anda akan lebih banyak kehilangan lemak di badan.
4. Bersenam atau membuat peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
6. Sekali-sekala anda boleh memanjakan diri ke spa atau sauna. Urutan seluruh tubuh dan suhu yang panas mampu memecahkan lemak-lemak di badan anda.

Selamat mencuba!

--
- BawangGoreng -

[+/-] Read More...

Nafs Pada Orang Yang Tidur

By: agussyafii

Pada suatu malam dipengajian Amalia (Anak-Anak Insan Mulia) saya ditanya oleh Lusi,"kak Agus, jiwa orang yang tidur pergi kemana ya?'

"Lusi, nafs atau jiwa pada orang yang tidur tidak pergi kemana-mana sebab nafs berada ditempatnya. ' jawab saya.


Saya jelaskan padanya bahwa itulah sebabnya Baginda Nabi Muhamad SAW mengajarkan kita doa yang harus dibaca setelah bangun tidur.

Segala puji bagi Alloh yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah kami kembali (H.R. Bukhari dan Abu Dawud dari Khuzayfah dan Abi Dzar).

Dari teks doa di atas, dapat ditarik pengertian bahwa

tidur itu (pada aspek-aspek tertentu) bagaikan mati, dan bangun tidur itu bagaikan hidup kembali. Akan tetapi jika dilihat dari aspek-aspek denyut jantung, tarikan nafas dan aspek fisik lainnya, jelas bahwa tidur bukanlah mati, tetapi masih hidup, dan berarti rohnya masih ada pada tempatnya. Oleh karena itu dari doa tersebut dapat disimpulkan bahwa ada aspek-aspek yang mati (tidak berfungsi) pada orang yang tidur, seperti panca inderanya dan juga kesadarannya (aspek-aspek kejiwaannya) . Pada doa yang juga diajarkan oleh Nabi untuk orang yang akan tidur diisyaratkan bahwa selama tidur, nafs itu tetap berada pada tempatnya.

Dengan nama-Mu ya Rabb, aku membaringkan tubuhku, dan dengan nama-Mu pula aku mengangkatnya. Jika Engkau akan menahan nafasku, maka sayangilah ia, dan jika Engkau akan melepaskannya (dari tubuhku) maka jagalah ia seperti penjagaan yang akan Engkau lakukan terhadap hamba-hamba- Mu yang saleh (H.R. Muttafaq 'Alayh).

Al-Qur'an juga mengisyaratkan bahwa manusia yang sedang tidur dimungkinkan untuk berkomunikasi secara rohani, seperti menerima ilham atau bahkan wahyu. Nabi Ibrahim misalnya menerima perintah Alloh SWT untuk menyembelih putranya, Isma'il melalui mimpi, seperti yang tersebut dalam surat al-Shaffat / 37:102.

Jadi dalam keadaan tidur, ruh tetap berada dalam tubuh, bekerja sesuai dengan sistemnya, sedangnya nafs, meski ia tetap pada tempatnya tetapi sebagian fungsi-fungsi tidak bekerja. Manusia pada tingkatan tertentu masih dapat melakukan aktivitas kejiwaan meskipun fisiknya sedang tertidur. Seorang pemikir yang sedang bekerja keras memecahkan suatu masalah misalnya, seringkali justru baru dapat menyelesaikan tugas beratnya setelah terlebih dahulu tidur. Dalam tidur juga, apa yang sudah ditiupkan oleh qalb dan tersimpan di dalam nafs sebagai hal yang sudah tidak disadari (alam bawah sadar), menurut M. Quraish Shihab, dapat muncul dalam bentuk mimpi.

Wassalam,
agussyafii

[+/-] Read More...

Anak Perempuan



Salam,

Masih ingat lagi tentang masyarakat Jahiliyah yang kita belajar satu ketika dahulu? Dalam masyarakat Jahiliyah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut. Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial dan memalukan keluarga. Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup demi menjaga maruah keluarga.

Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu. Pernah saya mendengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin. Setelah dimaklumkan nurse bertugas yang si bapa dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suaranya sedikit mengeluh, "Oh.. perempuan lagi..." Saya yang mendengar, sedikit terkilan, seolah-olah si bapa kecewa dengan anugerah Allah SWT.

Saya juga pernah menonton video kelahiran seorang bayi perempuan yang rupa parasnya menyerupai ular. Kononnya ibu yang


melahirkan bayi tersebut amat-amat berkehendakkan bayi lelaki kerana telah memiliki 2-3 orang anak perempuan sebelum kelahiran anak yang ini. Semasa membuat pemeriksaan kandungan, doktor telah memaklumkan yang si ibu mengandungkan bayi perempuan dan berita itu sangat mengecewakannya. Bila rakan-rakan bertanya jantina bayi yang dikandung, si ibu terus menjawab yang dia sedang mengandungkan anak ular. Subhanallah! Bila tiba saat kelahiran, memang si ibu telah melahirkan seorang bayi perempuan yang menyerupai ular. Saya kurrang pasti kesahihan berita ini, tetapi menurut video yang ditonton, peristiwa ini terjadi di negara Timur Tengah.

Pada zaman ini, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka. Apakah benar kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? Atau cabaran kepada ibu dan bapanya?

Satu ketika dahulu, kita sukar melihat anak-anak gadis berjalan-jalan di pekan kecil atau pun di kota besar. Saya masih ingat, ayah sering menemani ke mana saja saya pergi, boleh dikatakan ayahlah 'body guard' dan ayah jugalah 'chauffeur' ke mana saja saya pergi. Memang agak sukar kita terserempak remaja perempuan berpimpinan tangan di bandar-bandar, di pusat membeli belah atau di mana sahaja. Kini, yang bertudung tanpa segan silu mempersendakan tuntutan agama sekali gus mempersendakan perintah Allah Taala. Yang tidaak bertudung pula, sama sahaja… tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Berani lakukan apa sahaja demi mengikut jiwa remajanya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"

Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."

Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"

Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Nah! Masih tidak berbangga memiliki anak-anak perempuan?

Renung-renungkan!

[+/-] Read More...

KEPERLUAN MENDESAK RUMAH KASIH HARMONI (RKH), RUMAH SIRAMAN KASIH (RSK) & RUMAH AMAL PERMATA ROHANI (RAPR)

Assalammu'alaikum wrt. Wbt.



Maafkan kami sekiranya email ini menggangu ketenteraman tuan/puan. Kami lakukan ini demi kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yatim dan golongan Asnaf Zakat di Rumah Amal di bawah naungan YKPPM. Marilah kita mengambil SAHAM bersama merealisasikan impian anak-anak di RKH, RSK & RAPR ini.



KEPERLUAN MENDESAK RUMAH KASIH HARMONI (RKH), RUMAH SIRAMAN KASIH (RSK) & RUMAH AMAL PERMATA ROHANI (RAPR)

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH & RSK ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH & RSK.



Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah

simpanan beras dan kenderaan (Samada Van atau Bas).



Sekiranya dato'/datin/ tuan/puan ingin butiran lanjut dan terperinci berhubung dengan perkara di atas, seperti surat pengecualaian cukai jualan untuk membeli Van atau Bas dan dokumen-dokumen lian sila hubungi Mak Kamariah. Bas/Van ini akan dikongsi kegunaannya untuk ketiga-tiga rumah amal yang berkenaan.



Sumbangan untuk menjelaskan bil-bil utiliti RKH, RSK & RAPR sila hubungi: Pn. Fauziah: 013-2575244



KIRAAN FIDYAH: Lamanweb: e-zakat. com.my/baru/ ibadah/kalkulato r_fidyah. asp



P/S: Tadika Ummu Ain adalah sukarealawan bagi pihak RKH & RSK di kawasan Lembah Kelang, wakil dari pihak kami (TADIKA UMMU AIN) kebiasaannya wakil mereka akan ke RKH & RSK pada setiap hujung minggu, sekiranya ada kiriman keperluan tuan/puan boleh hubungi mereka di talian:

019-3133430 / 0133303430 sebelum hari Sabtu pada setiap minggu.



SUKAREALAWAN BAGI PENGUMPULAN BERAS BAGI RKH, RSK & RAPR:

Lembah Kelang : Ust. Zahari - 013 3303430

Semenyih & Beranang : Usth. Zaiton - 019-2645313

Kajang & Bangi : En. Ku. Hafiz - 012 4374379

Putrajaya, Puchong : Hanim Pfordten - 019 2985228

Petaling Jaya : En. Zuki - 012 7697457 / 03 78038426

Sentul, Gombak : Pn. Fida - 013-5133139



UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: www.rumahamal. org (Sila rapatkan "._org")



Untuk kemudahan anda menyumbang secara ONLINE sila gunakan akaun:

No. Akaun MAYBANK: 5121- 8313- 4032

(RUMAH KASIH HARMONI)

Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: rkh@rumahamal. org



Segala sumbangan anda kami dahului dengan ucapan jutaan terimakasih semoga ianya dinilai sebagai amal ibadah dan jariah di sisi Tuhan.

Setiap sumbangan melebihi RM500.00 akan diberikan resit pengecualian cukai pendapatan
(atas permintaan) : Ruj: LHDN. 01/35/42/51/ 179-6.5132





WAKAF KEKAL/GUNA HARTA ANDA UNTUK TUJUAN AMAL-JARIAH

Hasil dari maklum balas netters terhadap Konsep Pendidikan & Kebajikan yang diketengahkan oleh Rumah Kasih Harmoni (RKH) dan Rumah Siraman Kasih (RSK) pihak kami bercadang untuk membuka sebuah lagi rumah amal di kawasan Lembah Kelang. Pihak kami telah ada senarai anak-anak yatim dan asnaf zakat yang memerlukan naungan dan sepasang suami isteri yang dikategorikan sebagai golongan asnaf zakat yang sudi untuk menjaga anak-anak yang memerlukan naungan ini.



Rasional usaha ini dibuat ialah atas dasar berikut:

- Terdapat golongan miskin dan miskin tegar di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi.

- Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.

- Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu Tunggal yang tidak terbela di kawasan bandar.

- Terdapat banyak rumah2 banglow terbiar, daripada terbiar elok dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas. Ada saham untuk pemilik rumah berkenaan.

- Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk pergi menzirahi rumah-rumah amal yang terpencil. Usaha ini memudahkan golongan ini untuk menziarahi dan menyumbang kepada mereka.

- Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah Kelang



Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan boleh menyumbang dalam berbagai cara:

MEMBIAYAI:

- Sewaan bulanan bangunan

- Bil-bil utility

- keperluan dapor

- Belanja persekolahan pelajar



MEMBIAYAI ASET TETAP (TERPAKAI atau BARU):

A. Katil dan tilam untuk asrama

B. Keperluan dapur asrama

C. Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik

D. Kerusi dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen

E. Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah



BANGUNAN UNTUK DIWAKAF-GUNA:

Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah yang sesuai untuk di duduki oleh seramai 20 hingga 40 orang pelajar, berumur di antara 5 hingga 12 tahun.



MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN:

A. Tenaga pengajar/tuisyen/ guru agama

B. Pengendali laman web

C. Tenaga perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana

D. Wakil perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD



DOA MENDOAKAN

Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam usaha amal ini dan sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita bersama di hari AKHIRAT kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.



Kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kita mula bergerak, kerana persekolahan sesi 2008 akan berakhir tidak lama lagi, dimana anak-anak di Tadika (RKH) yang ada sekarang akan mendaftarkan diri ke Sekolah Kebangsaan pada sesi 2009 dan anak-anak di asrama Sekolah Rendah (RSK) akan membuat persiapan untuk kemasukan musim persekolah baru.



Sekiranya ada apa-apa cadangan dan sumbangan sila hubungi :

Puan Rohana : 019-3133430

Ustaz Zahari : 013-3303430

Lamanweb: www.rumahamal. org/wakaf.htm (Sila rapatkan "._com")



Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.



Yang berusaha,

SUMAYYAH PFORDTEN

Emal: sumayyah @rumahamal.org

Sukarealawan RKH, RSK & RPR

HP: 0136968546



(A) RUMAH KASIH HARMONI - 001775722-M

(a) SELANGOR:

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
PENGURUS: Usth. Muthi'ah bt . Yaakob: HP: 019-2649430 / 013-6397015


(b) PAHANG:

No. 20, Lorong Cemerlang 2, Taman Cemerlang, 26820 Kuala Rompin, Pahang.

LAMANWEB: www.rumahamal. org/rkh_pahang. htm (Sila rapatkan "._org")

PENGURUS: Puan Sakinah Yusof - HP: 014-8739138



(B) RUMAH SIRAMAN KASIH

No.20 , Jalan 7/22, Fasa 2, Puncak Alam, 42300, Shah Alam, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rumahamal. org/rsk.htm (Sila rapatkan "._org")

PENGURUS: Mak Kamariah - HP : 016-3313546 / 013-3492273



(C) RUMAH PERMATA ROHANI

No. 43, Jalan DM 3/2, Taman Desa Mas, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
LAMANWEB: www.rumahamal. org/rapr.htm (Sila rapatkan "._org")

PENGURUS: Ustazah Nurul Huda Daud: 013-6430355





P/S: DAPATKAN e-NOVEL BERILUSTRASI di : http://www.rumahama l.org/novel. pdf



Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit , cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada kenalan anda yang lain. Sesungguhnya manusia yang paling mulia ialah mereka yang memberi menafaat kepada manusia yang lain. Kalau bukan kita siapa lagi yang dapat menolong. Semoga sumbangan anda dapat meringankan beban mereka. Terima Kasih

[+/-] Read More...

Ayat cinta Mat Afrika

Ayat cinta Mat Afrika
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro. com.my


BUKTI...Mohamed Fawzi menunjukkan barangan yang dirampas
daripada lelaki warga Afrika terbabit.


KLUANG: Bisikan cinta dan janji manis tiga lelaki dari Afrika membuatkan sebilangan gadis sepi yang ingin mencari pasangan hidup dibuai mimpi indah hingga tidak menyedari mereka menjadi mangsa penipuan terancang.

Bermula dengan perkenalan di laman sembang, lelaki terbabit bijak bermain perasaan bagi meyakinkan gadis tempatan mempercayai kata-kata mereka termasuk menghadapi masalah kewangan.

Lelaki warga asing terbabit turut mempergunakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan untuk mendapatkan kemudahan akaun bagi menjalankan transaksi antara bank dengan mangsa.

Gadis sepi yang kemaruk cinta dan mempunyai pendapatan tetap sering menjadi sasaran tiga lelaki terbabit

Selepas wanita tempatan terpikat pujuk rayu lelaki warga Afrika terbabit, mereka mula meluahkan pelbagai masalah berkaitan kewangan dan


memohon pertolongan dengan tawaran ganjaran besar seperti berlian, telefon bimbit, wang tunai dan komputer riba.

Bagaimanapun, sepandai-pandainya tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga apabila lelaki warga Afrika terbabit yang disyaki sudah menipu ramai gadis di negara ini ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad, berkata kegiatan warga Afrika itu dibongkar dalam kejadian 18 Jun lalu apabila seorang wanita berusia 27 tahun menerima panggilan daripada seorang daripada tiga lelaki Arfika terbabit yang mendakwa kononnya menghadapi masalah berikutan barang yang diimport ditahan di Pelabuhan Klang.

“Mangsa dan lelaki itu dipercayai sudah berkenalan kira-kira dua bulan lalu menerusi laman sembang dan apabila menyatakan masalahnya, lelaki terbabit berpura-pura meminta bantuan kewangan untuk mengeluarkan barangnya.

“Sebagai ganjaran, wanita itu dijanjikan sejumlah wang tunai, berlian, telefon bimbit dan komputer riba sebaik barang yang ditahan itu dikeluarkan.

“Terpedaya helah lelaki terbabit, mangsa membuat tiga transaksi memindahkan wang RM11,200 ke dalam beberapa akaun di Kuala Lumpur dan Selangor sambil menunggu barang dijanjikan,” katanya.

Selepas menunggu beberapa hari, namun belum mendapat ganjaran dijanjikan, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, 21 Jun lalu.

Hasil siasatan bersama pasukan IPD Kluang dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, pihaknya melakukan beberapa serbuan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya bermula 23 Jun lalu.

“Berikutan beberapa serbuan, kami menahan tiga lelaki iaitu dua dari Ghana manakala seorang lagi dari Nigeria.

“Selain itu, kami menahan empat lelaki tempatan dan seorang perempuan tempatan yang semuanya berusia 25 dan 38 tahun,” katanya.

Menurutnya, beberapa barang turut dirampas termasuk lebih 20 kad ATM, tujuh kad kredit, tujuh buku bank, tiga kad pelajar warga negara asing, dua lesen memandu antarabangsa, tiga komputer riba, lapan telefon bimbit dan wang tunai RM12,100.

Beliau berkata, siasatan turut mendapati tiga warga negara asing itu tidak belajar di kolej yang dinyatakan dan mereka dipercayai hanya mendaftar saja untuk mendapatkan pas dan kenalan tempatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Semua suspek direman hingga Isnin lalu sebelum diserah kepada IPD Melaka bagi siasatan kes seumpama itu.

Mohamed Fawzi berkata, mangsa yang berasal dari Kluang hanya seorang dan difahamkan kumpulan terbabit turut menipu orang dari negeri lain seperti di Melaka dan Malaysia Timur.

Berikutan itu, orang ramai jangan terlalu mudah terpedaya janji orang yang baru dikenali terutama menerusi Internet.

“Selain itu, tawaran yang diberikan tidak munasabah berbanding apa yang diminta jadi adalah lebih baik berhati-hati supaya tidak tertipu,” katanya.
--

[+/-] Read More...

Apa cerita babi kat Melaka Nih ? ..ha ha ha

Sampai sekarang ni bergembira depa mainkan Isu Babi ni termasuklah kes terbaru tentang Isu Rumah Sembelihan Babi di Kedah tu... Nak tergelak pun ada tengok Puak-puak ni... Macam Virus kena Ubat pulak Naruto tengoknye..Kah kah kah

Eh UMNO lupa ke..? Tindakan PAS di Kedah lebih berani dari tindakan UMNO di Melaka dalam Isu Babi nih..

Eh tengok dengan teliti ye..PAS tak perlukan anggota FRU pun pergi hambat Babi di Kedah.. cukup dengan hantar Penguatkuasa je...ha ha tu Tu Aksi Berani Punya..!

Ingat tak kita macam mana UMNO selesaikan Isu Babi di Melaka sedikit masa dahulu..?
Keh keh keh...kalau diingat balik bukan sikit punya kecut dah UMNO. Bukan Penguatkuasa je datang .. Polis berserta FRU dan Penguatkuasa dari Kementerian Kesihatan pun datang... Konon nya nak


Gempak lah tu.. ha ha ha...
Akhirnya bila Penternak Babi demonstrasi dengan baling kandang besi yang muat-muat sekor je Babi tu kat depa, bertempiaran lari para Anggota polis,Fru dan Kementerian Kesihatan..kah kah kah terus balik dengan tangan kosong je tanpa tindakan dapat diambil.... baru kandang besi tu...!Belum lagi baling Babi sekor- sekor kat depa...! keh keh keh...
nak baca entry sepenuhnya click DI SINI (naruto sensei)

[+/-] Read More...

Thursday, July 2, 2009

Malaysia.. Malaysia.. Org bodoh pun boleh dilantik sebagai menteri..



Kata pengguna:
Ramai pengguna Internet di negara ini tidak berpuas hati serta membuat banyak aduan terhadap tahap kelajuan kemudahan jalur lebar yang diperoleh mereka. Pada masa yang sama, ramai pengguna turut mendakwa kelajuan yang diterima tidak sepantas seperti mana yang dijanjikan oleh syarikat pembekal tempatan perkhidmatan berkenaan.

Kata menteri BODOH!!!:
"Sebanyak 20 peratus perniagaan yang menjalankan aktiviti memuat turun video lucah daripada Internet dikenal pasti sebagai salah satu punca kelembapan kemudahan jalur lebar di negara ini. Tindakan golongan itu memonopoli penggunaan Internet dengan menjalankan aktiviti berkenaan menyebabkan pengguna lain mengalami masalah kelajuan ketika menggunakannya. Ini kerana kumpulan peniaga ini menjalankan aktiviti tersebut menggunakan masa yang panjang untuk memuat turun video lucah dan ini secara tidak langsung mengganggu serta mempengaruhi kelajuan Internet masyarakat umum."
- Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


Kata pakar:
Ada banyak sebab yang membolehkan para pelayar di alam cyber mengalami kelembapan untuk mengakses ruang maya yang mereka minati. Internet adalah ruang yang luas yang meliputi semua pengguna di seluruh dunia. Jika anda berlayar di ruangan

berita mengenai kematian Michael Jackson mungkin terdapat gangguan kelajuan internet kerana seluruh dunia akan berada ditempat yang sama ketika itu.

Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP): Kadang kala Penyedia Perkhidmatan Internet mungkin menukar konfigurasi jalur lebar dengan memasukkan penapis bagi mengawal rangkaian. Sebagai pengguna perlulah menghubungi Penyedia Perkhidmatan Internet anda supaya sentiasa mendapat tahap kelajuan sebenar.

Konfigurasi Broadband Router: Jika anda menggunakan broadband router pastikan konfigurasinya betul. Konfigurasi MTU (the maximum size of a single data unit) samada tinggi atau rendah boleh juga menyebabkan kelembapan ini.

Pengguna Ramai dengan satu laluan: Bila anda menyewa pakej 512k dan membuka laluan tanpa wayar (Wi-Fi) kepada si A, B,C,D dan E, mungkin akan mengalami kelembapan mengakses ruangan maya.

Ulat internet: Virus juga boleh menjadi penyebab kelembapan ketika mengakses internet. Walaupun ianya satu program yang asing, jangan terkejut jika si virus ini tiba-tiba membuat pelbagai sambungan tanpa pengetahuan anda. Kalau ada anti virus terus scan dan pantau.

Aplikasi belakang: Kadangkala software yang di install seperti P2P (Peer to Peer) juga boleh memperlahankan penggunaan internet anda. Biasanya software ini menggunakan data yang banyak ketika muat turun sesuatu fail. Tapi KOOL.. untuk muat turun cerita terbaru.

Router Gagal: Bila ada penyambungan yang tidak sempurna kepada Router, modem atau wayar telefon, ianya akan menjadi perlahan walaupun hanya browse halaman google.


(Moral: Alahai datok rais yatim. Hang hanya tahu adab sopan ja dan janganlah buat statement yang kolot kalau tak tahu langsung pasal muat turun dan naik nih. Si najib pun satu hal... awatlah hang lantik si rais jadi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Carilah yang lebih muda dan berkalibar)
By budak kampung online

BS: Apa la punya kenyataan bodoh si rais yatim ni.. Inilah Malaysia yg diperintah oleh orang2 bodoh.. Dapat menteri pun sengal.. buat kenyataan mcm bangang.. Ke dia yg selalu muat turun film blue kot.. Aku ada terbaca satu kajian dalam sebuah buku.. dia org kata org yg botak depan ni kuat seks dan suka tengok film lucah.. betul ke..? sape tu.. sape tu...? najip botak x..? aku lupe laa..heheehe...

[+/-] Read More...

PANDUAN UTK LELAKI YANG NAK KAHWIN & KAHWIN LAGI

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

*Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
Posted by Saifun Nizam Hj. Osman



[+/-] Read More...

Indahnya Kesulitan

By: agussyafii

Ada seorang teman mengirimkan email. Bertanya kepada saya, apa makna kesulitan bagi Mas Agus? Kemudian saya menjelaskan kepadanya bahwa kesulitan adalah jalan menuju kebahagiaan. Jika kita mampu menyelesaikan setiap kesulitan hidup kita maka kita akan menemui kebahagiaan, itulah indahnya sebuah kesulitan, begitu jawab saya kepada teman itu.

Imam Gazali dalam Ihya `Ulumuddin mengatakan bahwa setiap kali target ditingkatkan maka jalannya menjadi sulit, banyak masalah dan memerlukan waktu lebih lama, kullama zada al mathlub sho`uba masalikuhu wa katsura `aqabatuhu wa thala zamanuhu. Jadi tingkat kesulitan berhubungan dengan tingkat target. Jika orang ingin sekadar senang dalam hidup, maka ia dapat mencari kesenangan sementara, pergi ke tempat hiburan, berfoya-foya dan berpesta pora. Tetapi jika seseorang ingin meraih kebahagiaan, maka ia justeru harus siap menderita menghadapi kesulitan, melupakan kesenangan jangka pendek.

Kita sebagai makhluk yang dicipta oleh Allah SWT dengan sempurna, memiliki akal sebagai alat berfikir, hati sebagai alat memahami, nurani sebagai alat interospeksi, syahwat sebagai penggerak tingkah laku dan hawa nafsu sebagai tantangan. Kesemuanya itu dirancang untuk menghadapi medan kehidupan yang sulit. Dengan akal kita bisa memecahkan masalah yang sulit, dengan hati kita bisa menerima kenyataan yang pahit, dengan nurani kita bisa mundur selangkah demi memperbaiki diri, dengan syahwat membuat kita dinamis mencari dan dengan hawa nafsu kita menjadi tertantang untuk mampu mengendalkan diri.

Kita di satu sisi memang menyukai kesetabilan dan hidup yg selesa, tetapi di sisi lain kita juga menyukai kesulitan. Kita tidak selalu lari dari kesulitan, sebaliknya mencari kesulitan. Jika dalam kehidupan sehari-hari hidup selalu stabil dan nyaman tanpa menjumpai kesulitan, maka dibuatlah stimulasi agar orang menakluki kesulitan buatan. Mahasiswa berlomba naik tebing buatan (wall climbing), pelumba relly mencari medan berlumpur, yang berperahu mengikuti berdayung di jeram, setiap ogos orang ramai-ramai memanjat pohon pinang yang berlumur dgn minyak, yang berkaki dua sengaja berlumba lari dalam guni. Hakikatnya banyak sekali kesulitan yang sengaja dibuat untuk ditakluki, mengapa? karena kita memang memiliki tabiat menentang. Kesulitan buatan pada umumnya hanya melahirkan kesenangan, iaitu senang menjadi juara, tetapi belum tentu sampai kepada kebahagiaan. Kesusahan biasanya menambahi kesulitan, tetapi tidak semua kesulitan membuat susah.

Adapun kebahagiaan biasanya merupakan buah dari ketabahan menghadapi kesulitan panjang yang bersifat alamiah dalam kehidupan. Itulah maka hakikat kebahagiaan hidup berumah tangga biasanya baru diperoleh setelah menjadi datuk dan nenek, iaitu ketika menyaksikan anak cucu sebagai generasi penerusnya hidup sukses dan terhormat.

Kesulitan juga harus dibezakan antara analisa dan perasaan, antara kesulitan teknis dan merasa sulit. Ada hambatan yang menurut analisa teknis masuk kategori sangat sulit dan berat, tetapi ada orang yang memandangnya ringan-ringan saja. Kenapa? karena ia merasa teruji untuk menakluki kesulitan dan ia menyadari bahwa kesulitan itu merupakan proses mencapai kebahagiaan. Ia tidak merasa berat dan sulit ketika menghadapi kesulitan karena ia selalu membayangkan buah kebahagiaan yang akan dipetiknya, seperti seorang petani yang kotor dgn lumpur di sawah, ia tidak merasa geli dengan lumpur karena ia membayangkan masa menuai nanti. Sedangkan merasa sulit merupakan respon psikologis terhadap problem dan perasaan itu berhubungan dengan tingkat kapasiti kejiwaan yang bersangkutan.

Wassalam,
agussyafii

Setiap Lepas Kesusahan ada Kesenangan....= Reward Will Come Later..
salam semua.....

kalau kita susuri surah 'Alam Nasyrah'..kita akan temui sepotong ayat yang diulangi sebanyak 2x iaitu.....inna ma al us rius ro.... wa inna ma al us rius ro...

bermakna..setiap selepas kesusahan ada kesenangan dan setiap kesusahan ada kesenangannya...

mengapa Allah ulangi Firmannya berkenaan susah dan senang itu?...

sebabnya ialah....kita sering mengatakan sesuatu usaha itu sukar, susah, perit dsbnya sebelum kita mahu menggerakkan anggota kita untuk melaksanakan tugasan tersebut... dan tidak kurang juga antara kita yang sering 'mengintai' apakah balasan, upah atau reward yang akan kita dapat sebaik selesai melaksanakannya...

memang tidak dapat dinafikan...dewasa ini, itulah 'formula' atau 'sipir' apabila kita mahu melakukan sesuatu perkara.... dan tanpa kita sedari, ianya amat bertentangan dengan saranan Rasulullah malah ianya ialah ikrar Baginda yang sepatutnya menajdi 'doktrin' perjalanan hidup ini iaitu; 'Samiaqna Wa atoqna...' maknanya..kami dengar kami patuh....

sudah jelas, nyata dan terang sekali iaitu; lakukanlah setiap tugasan itu dengan sempurna, bersungguh dan berikan yang terbaik dilandaskan dengan penuh keikhlasan...maka balasannya akan muncul....

kita sering 'frust' bila rasa dah berikan yang terbaik tetapi balasannya hanya 'ciput'...mengapa ya?.... sebab kita dari awal lagi telah meletakkan 'nilai' kepada pekerjaan kita sedangkan 'nilai' itu sepatutnya datang dengan 'qadar' Allah...

rasa dapat upah RM100.00 tapi rupanya dapat RM30.... dan kita jadi marah.... sebab kita rasa dah bagus...sangat bagus tetapi kita lupa...bagus kita hanya dinilai oleh pihak kedua dan bukannya kita....bagus kita kan dinilai oleh 'cermin' yang kita lihat...

saudara-saudari....

buat saja setiap tugasan ini dengan sebaiknya...insya Allah...'reward' akan datang dengan otomatik...
dan serahkan kepada Allah 'jumlah'nya...dan terimalah dengan dada yang terbuka.. kerana menerima dengan dada yang terbuka, kita akan dapat memperbaiki diri...muhasabah diri....

dan isya Allah dari upahan RM30 tadi akan meningkat ke RM 150...sedangkan kita ingat kita akan dapat RM100.... barulah sejajar dengan 'wamai yat taqillah....'

jumpa lagi...

wasalam
Posted by Sifu Mirza


Never stop smiling, not even when you're sad,
someone might fall in love with your smile.

You may only be a person in this world, but
for someone, you're the world.

Don't spend time with someone who doesn't
care spending it with you.

Maybe God wants you to meet many wrong
people before you meet the right one, so when
this happens, you'll be thankful.

Don't struggle so much, best things happen
when not expected.

[+/-] Read More...

Ibu muda nekad bunuh diri bersama 3 anak




Seorang wanita berusia 26 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar selepas menelan pil penenang dalam cubaan membunuh diri bersama tiga orang anaknya di Taman Indah Baru, Tampin, semalam.

TAMPIN 1 Julai - Hanya berpunca daripada perbalahan dengan suami, seorang ibu muda berusia 26 tahun bertindak nekad menelan beberapa biji pil penenang milik ibunya sebagai jalan penyelesaian untuk membunuh diri.

Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut memaksa tiga orang anaknya menelan pil yang sama, menyebabkan kesemua mereka terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban, hari ini.

Wanita itu, kini dilaporkan stabil bersama anak-anaknya yang berusia sembilan bulan, 5 tahun dan 6 tahun.

Suami wanita itu yang berusia 32 tahun ketika ditemui di HTJ berkata, dia ada bertengkar dengan

isterinya malam tadi kerana masalah keluarga.

"Saya meninggalkan rumah di Taman Indah Baru dan bermalam di rumah ibu di kawasan perumahan yang sama. Tidak pernah langsung terlintas dalam diri saya isteri saya akan melakukan perkara ini," katanya.

Menurut lelaki itu, isterinya sebelum ini pernah cuba membunuh diri beberapa tahun lalu juga berkaitan masalah keluarga.

Dalam pada itu, dia berkata, kejadian itu disedari ibu mertuanya yang ternampak salah seorang cucunya tidak sedarkan diri dalam keadaan mulut berbuih kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

Ketika itu, dia sedang berjalan ke dalam bilik cucunya selepas gagal menemui pil penenang bagi rawatan psikiatrik yang perlu dimakannya setiap hari.

"Dia kemudian masuk ke bilik isteri saya dan mendapati mulut anaknya berbuih. Apabila dia gagal mengejutkan isteri saya, dia terus meminta bantuan jiran untuk menghubungi saya," kata suami wanita itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Zull Aznam Haron mengesahkan kejadian itu dan polis akan merekodkan kenyataan daripada suami dan ibu kepada wanita terbabit.


[+/-] Read More...

Bahaya Mat Rempit Dan Pondan

KUALA LUMPUR: Mereka berpakaian dan berperwatakan lembut persis wanita tulen. Namun, tiga pondan memeranjatkan seorang kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) apabila meragut serta merompaknya.

Dalam kejadian itu, mangsa tidak menyangka mengalami detik cemas hampir lima minit apabila dirompak ‘wanita’ ketika berjalan bersendirian berhampiran Jalan Datuk Onn di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, wanita yang bertugas di Pusat Khidmat AADK Wilayah Persekutuan mendakwa sempat melihat tiga pondan berpeleseran berhampiran Bank Negara.

Sumber polis berkata, mangsa yang melintasi ketiga-tiga pondan itu bagaimanapun terkejut apabila beg tangan dipegang tiba-tiba disentap seorang daripada pondan terbabit.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu cuba melawan dan mempertahankan beg tangannya itu dengan memegang erat talinya

“Bagaimanapun, kejadian tarik menarik menyebabkan tali beg itu putus dan dirampas seorang daripada pondan terbabit,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cuba mendapatkan beg tangannya itu bagaimanapun ditendang dan ditolak rakan pondan terbabit hingga terjatuh.

“Mangsa yang kesakitan hanya


mampu melihat tiga pondan terbabit melarikan diri bersama beg tangan miliknya yang berisi telefon bimbit, wang tunai RM90 dan pelbagai dokumen penting.

“Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian samun itu,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, seorang pelajar disamun empat lelaki ketika berjalan berhampiran bangunan Sime Darby Jalan Raja Laut di sini.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa yang berusia 18 tahun mendakwa dihampiri empat lelaki menaiki dua motosikal Yamaha 125Z dan RXZ.

Dua daripada penjenayah tiba-tiba turun dari motosikal sebelum merampas dompet mangsa menyebabkan berlaku pergelutan.

“Dalam pergelutan itu, suspek sempat merentap dua rantai emas dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa berasal dari Kepong yang kerugian kira-kira RM2,300 kemudian membuat laporan polis,” katanya
--

[+/-] Read More...

Eat More Fish to Cheat Death

Forget that icelandic men eat practically no vegetables, and that they affectionately refer to their local liquor as Black Death. Chances are, you could learn a lot from them about healthy eating.



You see, the men in Iceland live longer than those anywhere else on the planet -- an average of 78.7 years, to be exact. That beats the second-place Japanese by a couple of months, and the likes of you by more than 4 years. The natives claim that the secret to their longevity is their Viking blood. Science points to their dinner plates.

Every year, the people of Iceland eat 29,000 tons of fish, which equates to 200 pounds of fish per capita, more than any other nation, except for a few tiny, unpronounceable island states. (No offense to our loyal readers in Tokelau and Niue.)



That's 200 pounds of live weight, but even after you subtract for bones, heads, guts, and leftovers gone bad, it's more than 6 ounces of fish every day, for every man, woman, and child -- eight times the amount the average American eats. It's not difficult to connect the dietary dots.



What is it about fish? Scientists believe it's the fat. Nutritionists usually recommend that you avoid the fat in beef and pork, but the fat in fish is, well, an entirely different animal. That's because it's rich in omega-3 fatty acids -- healthy polyunsaturated fats that are essential for



many biological functions. In fact, you need them to live.



"Omega-3 fatty acids are part of the membrane of every cell in the body; they're also the building blocks of hormones that govern much of the body's physiology," says David Katz, M.D., director of the Prevention Research Center at the Yale school of medicine.



A quick primer on omega-3 fatty acids:

• There are three types: eicosapentaenoic acid, docosahexaenoic acid, and alpha-linolenic acid, known respectively as EPA, DHA, and ALA.

• EPA and DHA, the omega-3 fatty acids that are most easily used by your body, are found in significant amounts only in marine life, particularly cold-water fish (because they carry more fat for insulation).

• ALA, on the other hand, is obtained from plant-derived foods, such as flaxseed, canola oil, soybeans, pumpkin seeds, and walnuts.



An important detail: "For ALA to provide any health benefits, your liver must convert it into EPA and DHA," says Bruce Holub, Ph.D., a professor of nutritional sciences at the University of Guelph, in Ontario. "The estimated average efficiency of conversion is around 10 percent to 15 percent."



That means for every gram of omega-3s you take in from fish sources, you need about 6 grams from plant foods to glean an equivalent amount of EPA and DHA. And that may be why fish consumption is related to longevity.



In the 1970s, scientists observed a very low death rate from heart disease in Greenland Eskimos, despite the high fat content -- nearly 40 percent of total calories -- of their diet. This became known as the "Eskimo Paradox," since it contradicted previous findings that a high-fat diet increased cardiovascular-disease risk. In subsequent investigations, Danish researchers found that the pivotal factor was the source of the fat.



Turns out, there was a strong correlation between the Eskimos' low incidence of heart disease and their high consumption of fatty fish, a finding that was later echoed in studies of other fish-eating cultures -- in Japan, Alaska, and the Mediterranean.



And that established a direct link to the life-extending benefits of omega-3 fatty acids, particularly EPA and DHA, since they're mostly absent in plant and land-animal food (unless you count lamb and pig brain).

[+/-] Read More...

AS Keciwa Terhadap Saudi






WALAUPUN Presiden AS Barack Obama asyik saling memuji dengan sekutunya Arab Saudi atas sejarah panjang persahabatan mereka dan hubungan strategi kedua negara, beberapa pejabat resmi negara AS secara peribadi tidak senang terhadap Saudi. Sebuah filem kartun yang dibuat oleh seorang produser fielm Saudi bernama Osama Khalifah berjudul "Helm Al Zaytoun" atau "The Olive Dream" telah menyebabkan pejabat AS merasa kecewa terhadap Saudi.


Mengapa? Kerana filem tersebut dikatakan menyalahkan 'puak Zionis Israel' ke atas penderitaan rakyat Palestin. "Penggambaran tentang peristiwa Nakba tahun 1948 dan penderitaan rakyat Palestin telah lama menjadi pemicu tindakan kekerasan dan sentimen anti-Amerika,"kata sebuah kenyataan dari jabatan resmi AS yang dikeluarkan pada 16 Jun bertajuk Counterterrrorism Communication Alert.

"Sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh pemerintah AS ke arah proses damai Israel-Palestin, filem kartun itu menjadi signifikan untuk membentuk pemikiran masyarakat Arab. Tetapi produser filem Saudi itu mengatakan filem ciptaannya itu bertujuan untuk mengajar dan menjelaskan kepada kanak-kanak tentang masalah sebenar Palestin dari sudut pandang pelarian itu sendiri..." menyebabkan



jabatan resmi negara AS memberi peringatan dalam memo berlabel 'OFFICIAL USE ONLY' dalam menentukan sikap terhadap filem kartun itu.

'Helm Al Zaytoun' atau 'The Olive Dream' menurut pejabat AS hanya akan memanaskan situasi yang memang telah panas antara rakyat Palestin-Israel, dan hanya membangkitkan semangat anti-semit. Dalam filem tersebut digambarkan seorang anak gadis Arab yang menyaksikan peristiwa Nakba 1948 dimana dengan mata kepalanya sendiri, ayahnya dibunuh oleh 'kumpulan Zionis Israel' yang datang menjajah bumi Palestin.

Osama Khalifa, produsernya mengatakan, filem ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang persoalan warga Palestin di pengungsian dari perspektif geografi dan keagamaan. Dalam filem ini juga ditampilkan sebuah adegan peperangan di mana tentera Zionis Israel mengorbankan rakyat awam Palestin dan kemudian anak-anak muda Palestin bangkit berjuang untuk membalas serangan tersebut dengan iiringan lagu yang membangunkan semangat.

Adegan dalam filem animasi yang membuat pejabat AS semakin marah dan geram apabila filem itu menceritakan kisah seorang kanak-kanak Yahudi dengan gagahnya membunuh seorang lelaki Arab di depan keluarganya. Bapak dari anak Yahudi tersebut mengatakan kepada anaknya dengan pujian bahawa dia telah menjadi seorang lelaki sejati dengan membunuh seorang Arab.

Sumber:
http://www.ibnuhasy im.com/

[+/-] Read More...

Sauna yang Dipesongkan Penggunaannya

Salam,



Saya yakin anda semua menyedari tentang kewujudan banyak sekali sauna-sauna di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Johor. Ramai yang tertarik dengan pelbagai manfaat dan faedah yang ditawarkan oleh pengusaha sauna, termasuklah untuk menghilangkan stress, menguruskan badan, untuk kesihatan dalaman dalam sebagainya.



Selain daripada itu, ramai yang `concern' dengan kesihatan dan berat badan yang ideal cuba mencari pelbagai cara untuk mencapai matlamat masing-masing. Antaranya dengan mengunjungi spa yang menyediakan sauna. Namun sejauh manakah sauna boleh memberi manfaat untuk kita?



Kebanyakan spa yang ada sekarang ini adalah majoritinya untuk golongan perempuan. Tetapi, atas permintaan golongan 'niche', terdapat juga spa untuk lelaki yang telah dipesongkan matlamat dan tujuan asalnya. Seperti yang dilaporkan baru-baru ini di Harian Metro, golongan lelaki yang terjebak dalam seks songsang dikesan menjadikan sauna di pusat urut tradisional kendalian orang buta sekitar ibu kota sebagai 'syurga' bagi melampiaskan nafsu mereka.



Mereka terdorong melakukan perbuatan terkutuk itu berikutan sauna di tempat terbabit dipercayai lebih selamat berbanding tempat lain seperti hotel kerana kedudukannya yang tersembunyi, selain sukar dikesan pemilik pusat itu yang cacat penglihatan.

Tambahan pula, pihak berkuasa, termasuk jabatan agama tidak pernah melakukan


serbuan di sauna sebelum ini. Seorang pemilik pusat urut tradisional dan sauna di Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Azlan, berkata dia tidak pernah menyangka terdapat pengunjung lelaki yang menggunakan sauna di tempatnya sebagai tempat untuk berasmara dengan pasangan sejenis masing-masing.



"Sebelum ini, saya hanya fikirkan mereka masuk ke sauna dengan tujuan untuk merawat kesihatan, rupa-rupanya, ada yang datang semata-mata mahu melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya yang mengunjungi pejabat Harian Metro di sini, semalam. Azlan yang cacat penglihatan 80 peratus, berkata sejak menjalankan kegiatan pusat urut tradisional dan sauna kira-kira tiga tahun lalu, tiada kegiatan seperti itu hingga sejak beberapa bulan ini.

"Saya mula mengesan perbuatan sumbang itu selepas kami menemui kondom yang sudah digunakan apabila membersihkan sauna pada waktu malam. "Selepas membuat pemeriksaan dengan pekerja, saya dimaklumkan terdapat dua pengunjung lelaki yang menggunakan sauna itu pada malam berkenaan," katanya. Azlan berkata, ada seorang pelanggan lelaki yang mahu menggunakan sauna tidak menggunakannya terus, sebaliknya menunggu kehadiran pelanggan lelaki lain.

"Ketika menunggu, dia asyik bertanya kepada kami sama ada terdapat pengunjung lelaki dalam sauna. "Selagi tiada pengunjung lelaki lain dalam sauna itu, dia tidak mahu masuk kerana dia beriya-ia sangat supaya ada lelaki lain menemaninya, " katanya.


Katanya, dia menganggap hanya tempatnya saja dijadikan sebagai 'syurga' lelaki bernafsu songsang itu, sebaliknya pusat urut tradisional milik rakannya yang lain turut menerima 'bala' sama.



"Saya percaya golongan terbabit mula menjadikan sauna di tempat kami sebagai kawasan baru bagi mereka untuk melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya.


Katanya, perbuatan itu dikesan terus berlaku hingga kini, tetapi tiada apa yang mampu dilakukannya untuk menghalang mereka. "Saya percaya, mereka mengambil kesempatan ini kerana kami tidak boleh melihat mereka dengan jelas. "Lagipun, mereka membayar harga yang ditetapkan untuk menggunakan sauna," katanya.


[+/-] Read More...

Argentina isytihar darurat kesihatan H1N1

BUENOS AIRES: Pihak berkuasa di ibu negara Argentina, Buenos Aires dan wilayah di sekitarnya mengisytiharkan darurat kesihatan dan menyambung penutupan sekolah sehingga Selasa depan apabila jumlah kematian akibat selesema babi (H1N1) meningkat kepada 35 orang.

Kedua-dua kawasan berkenaan mempunyai hampir separuh daripada jumlah penduduk di Argentina dan menyertai empat wilayah lain yang sudah pun mengisytiharkan darurat kesihatan di negara kedua terbesar di Amerika Latin yang mencatatkan kadar kematian terbesar selepas Mexico.

Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran, walaupun Mexico sudah melepasi kemuncak selesema babi, kawasan di selatan menghadapi risiko memandangkan ia akan menghadapi selesema musim sejuk pula tidak lama lagi.


Datuk Bandar Buenos Aires, Mauricio Macri, berkata



ibu negara berkenaan akan mengisytiharkan darurat kesihatan tetapi restoran, pusat beli-belah, pengangkutan awam dan pawagam masih dibuka.

Kenyataan daripada pejabat Macri menyatakan perintah darurat membenarkan datuk bandar menukar tarikh cuti sekolah tanpa kelulusan perundangan. Ia juga membenarkannya membuat keputusan secara bersendirian untuk menggantung kegiatan sukan dan hiburan.

"Kami membuat keputusan berkenaan untuk memanjangkan percutian sekolah dalam usaha mengurangkan risiko penyakit," kata datuk bandar pada sidang media yang turut dihadiri menteri pelajaran dan menteri kesihatan.
Cuti sekolah penggal pula dijadualkan pada 30 sehingga 31 Julai akan disambung dari 6 Julai hingga 3 Ogos ini.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Thailand semalam mengumumkan kematian dua lagi rakyatnya yang dijangkiti selesema babi menjadikan jumlah kematian keseluruhan di negara itu adalah lima. Thailand satu daripada tiga negara di rantau Asia Pasifik yang melaporkan kematian akibat selesema babi. � AP

[+/-] Read More...

Islam Semakin Jauh Di Hati

Baru-baru ini saya sempat mengikuti satu pasukan penguatkuasa yang terdiri dari Jabatan Penguatkuasa MPSJ dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah menyerbu dua buah kedai tikam nombor di USJ1 Subang Jaya. Kedua-dua premis judi ini dilesenkan oleh kerajaan Pusat dan memperolehi lessen niaga (premise license) dari MPSJ.

Serbuan bukannya ke atas premis tetapi ke atas para pembelinya yang beragama Islam.Menurut Enakmen Jenayah Syariah Selangor, orang Islam yang didapati berjudi adalah melakukan kesalahan dibawah peruntukkan ini dan boleh dijatuhkan hukuman. Apabila kami tiba pada hari tersebut memanglah ramai pembeli yang sedang beratur untuk membeli nombor dan ada yang baru mahu keluar dengan nombor tikaman masing-masing.

Apa yang saya mahu tonjolkan di sini adalah gelagat salah seorang yang telah ditangkap. Si pemuda Melayu ini marah-marah apabila ditahan oleh para pegawai pengutakuasa, menjerit-jerit mahu tahu apa kesalahannya. Lalu seorang pegawai JAIS memaklumkan beliau ditangkap kerana berjudi.


Dan pemuda tersebut dengan selamba tetapi penuh yakin berkata

lebih kurang bahawa jika ini dosa maka ianya antara beliau dengan Tuhan, mengapa pihak berkuasa mahu sibuk-sibuk. Malah beliau mengaku bahawa beliau berjudi untuk mendapatkan wang tambahan, katanya kalau beliau susah apakah JAIS bersedia membantunya!

Inilah realiti masyarakat kita hari ini. Belasan orang yang beragama Islam telah ditahan pada hari itu dan jumlah yang sama berjaya membolos diri.

Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Dimanakah kelemahan kita?

Memang jika ditanya mereka yang kuat mengkritik saya percaya soalan pertama yang akan dihamburkan adalah mengapa PBT terus memberi lessen perniagaan kepada kedai-kedai judi ini, mengapa tidak ditutup terus deperti di Kelantan.

Hakikatnya kedudukan politik di Kelantan berbeza dengan di Selangor, walaupun PAS (8 kerusi) bersama membentuk kerajaan di Selangor, namun ianya kerajaan campuran bersama rakan-rakan lain iaitu PKR (15 kerusi) dan DAP (13 kerusi). Tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak berfikir bagaimana mahu melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Kita menghormati kehendak dan sensitiviti politik kawan-kawan kita, namun ini tidak bermakna kita tidak boleh melakukan tugas dan kerja kita. Cumanya kita perlu memperkasakan jabatan-jabatan tertentu agar penguatkuasaan khasnya terhadap umat Islam dapat dipertingkatkan.

Umno BN telah mewariskan kita Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang mereka luluskan tetapi tidak berdaya menguatkuasakan. Umno jangan cabar-cabar PAS kenapa tidak buat Islam sedangkan mereka juga Islam mengapa judi, arak dan maksiat lain terus kekal semasa mereka memerintah dahulu.
Demi menghormati kawan-kawan kita dalam Pakatan Rakyat kita beri tumpuan terhadap rakyat yang beragama Islam. Matlamatnya bukan menghukum atau mengambil tindakan tetapi memelihara masyarakat dan ummah agar menjadi baik dan selamat dunia dan akhirat. Lalu semua pihak perlu gembeling tenaga ke arah itu. Dalam ruang kecil yang diberikan kita guna-pakai sepenuhnya undang-undang negeri ini agar berkuatkuasa sepenuhnya.

Dalam waktu yang sama para pendakwah kita terus perlu berperanan bukan sekadar di masjid-masjid dan surau-surau tetapi dimana sahaja tempat yang memungkinkah dakwah Islam disampaikan. Saya percaya si pemuda Melayu yang ditangap di USJ1 itu sudah berpuluh tahun tidak mendengar mesej Islam, kerja kita untuk memperbaiki “area” itu.

Begitu juga tindakan bersepadu antara Jabatan Agama dan PBT perlu terus dipertingkatkan. Jabatan Agama mungkin kekurangan pegawai, kita buat tindakan bersepadu dengan PBT agar kekurangan itu dapat disokong oleh pihak PBT.

Dalam pada itu pimpinan kita diperingkat wakil-wakil rakyat, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung dan JKKK, JKP semuanya perlu menggunapakai kuasa dan ruang yang diberikan oleh jawatan masing-masing untuk menekankan aspek amar makruf nahi mungkar ini. Dalam isu pengharaman arak saya perhatikan sudah ada PBT-PBT tertentu yang telah bertindak proaktif menggunapakai enakmen yang sedia ada.

Di MPSJ contohnya semalam pihak majlis baru meluluskan garispanduan baru terhadap kelulusan lessen premis hiburan dan rumah-rumah urut. Antaranya mengambil dari semangat enakmen ini, semua premis hiburan yang dilesenkan menjual arak selepas daripada ini tidak lagi dibenarkan mengambil pekerja yang beragama Islam. Begitu juga rumah-rumah urut yang dilesenkan yang “unisex” (perempuan mengurut lelaki) tidak lagi dibenarkan mengabil pekerja yang beragama Islam. Lesen-lesen baru yang bakal dikelaurkan semuanya akan mengenakan larangan ini.

Inilah perkara-perkara yang perlu kita fikirkan sebagai sumbangan kita semua terhadap membawa perjuangan Islam di negeri ini setelah kita punya saham berkuasa. Memang idealnya kita mahukan semua premis ini ditutup, judi diharamkan dan lain-lain, tetapi kita perlu mendakap reality yang ada. Apa pun kita jangan berpeluk tubuh tetapi terus bekerja mencari ruang dan peluang yang ada untuk mempertahan dan memelihara Islam.

Mudah-mudahan kebaikan Islam nanti disedari dan mahi dokongsi bersama oleh semua, insyallah
-- from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM

[+/-] Read More...

Program Train & Place untuk siswazah yang tanam anggur.. .

Kepada siswazah yang masih belum mempunyai pekerjaan dan menganggur LEBIH dr 1 tahun selepas tamat pengajian... .anda di alu-alukan untuk menyertai program train & place ini, ia di bawah tajaan Kementerian Sumber Manusia...

Kepada yang berminat sila attach kan resume anda ke jan_mss@yahoo. com SEBELUM 10/7/2009...

Kos program di taja oleh KSM termasuk penginapan...Elaun turut di berikan...Tempat adalah terhad....Sila

sebar-sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara-mara secepat mungkin..... .


Sekian,Terima Kasih...


En.Shahrizan,
UKM Holdings
03-89214707

[+/-] Read More...

Bayi lelaki di pintu bilik air wanita MERSING: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam sebuah beg kecil yang diletakkan di pintu masu

Bayi lelaki di pintu bilik air wanita

MERSING: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam sebuah beg kecil yang diletakkan di pintu masuk bilik air wanita Masjid Jamek Bandar Mersing, di sini, kelmarin.

Bayi dengan tali pusat yang masih berdarah itu, ditemui beberapa guru wanita kira-kira jam 4.50 petang ketika hendak menunaikan solat Asar selepas mereka terdengar suara tangisan bayi di situ.

Bilal masjid itu, Hussin Ngah, berkata sebaik saja mendapat panggilan telefon mengenai penemuan itu, beliau bergegas ke masjid.


“Saya terus ke bilik air itu dan mendapati seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dengan tali pusat masih

berdarah dalam sebuah beg di situ.

"Bayi berkenaan diletakkan dalam beg kecil dan diselimut dengan kemeja-T yang tertulis perkataan 'Puteri Islam'. Tiada sebarang nota ditinggalkan bersama bayi itu," katanya ketika ditemui di pekarangan masjid itu di sini, semalam.

Beliau berkata, bayi seberat kira-kira dua kilogram itu dalam keadaan sihat dan kini berada di Hospital Mersing.

"Saya sudah lama bertugas di masjid ini dan inilah pertama kali kes buang bayi berlaku di sini," katanya.

Katanya, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing mengenai penemuan bayi itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi lelaki itu.

Beliau berkata, bayi itu sihat dan ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Mersing untuk pemeriksaan dan ketika ditemui, tali pusatnya masih berdarah dipercayai baru dipotong.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi IPD Mersing di talian 07-7992222 atau hubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mersing, Inspektor Julia Osman untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, ini kes buang bayi kedua dilaporkan di daerah ini tahun ini. Pada Mac lalu seorang bayi lelaki ditemui di tempat pembuangan sampah di pantai perkelahan Air Papan, dekat sini.

[+/-] Read More...

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Kepada mereka yg sewaktu dgnnya, sila baca dan fahamkan isi kandungan warkah ini.


Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU



Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya



Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan

berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?



Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.



Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.



Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.



Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.



Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

Sampaikan kepada rakan-rakan agar hidup kita akan lebih aman dah sejahtera. (Jika mampu..) Wallahualam.

[+/-] Read More...

Renung-renungkan dan Selamat beramal…

email dari sahabat

Assalaamualaikum wm.wb

Apa yang ingin saya paparkan ialah kisah benar, satu kebesaran ALLAH yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

Anak saya bertugas di Pusat Islam Johor. Pada suatu hari telah diadakan satu kursus pengurusan 'jenazah' seorang wanita.

Untuk tujuan itu dipilihlah seorang peserta yang kecil molek untuk dijadikan model. Kain kapan yang biasa digunakan untuk
kursus ini sebelumnya mencukupi ukurannya. Pendek kata cukuplah, apatah lagi untuk 'membungkus jenazah' yang kecil molek tadi.



Tetapi, pada ketika itu.....semua yang hadir kehairanan, puas diadjust, masih tak cukup dan terdedah. 'Jenazah tadi pun turut cemas,

lantas menangis tersedu-sedu. Maka tertangguhlah urusan 'mengkafan' tadi.

Hadirin semua tertanya-tanya sesama sendiri. Jawapan belum diketahui..kekusuta n belum terungkai.

Seorang ustaz memanggil model jenazah tadi untuk cuba ditenangkan. Setelah dipujuk dan disoal;



begini jawab Si Model,


dia sering meninggikan suara dan menengking suaminya.

Astaghfirullaahal' azim..... Ustaz meminta beliau memohon ampun kepada suaminya dan bertaubat kepada Allah.

Begitulah kisahnya. Allah sayang akan hambanya dan diberi ingat sebelum dia tadi meninggalkan dunia.

Moral kepada kisah tadi; Pada lazimnya kita amat peka untuk menghormati/ mentaati kedua ibu bapa,

TETAPI

menghormati / mentaati suami (selagi ia tidak bertentangan dengan syarak bagi sesetengah isteri (maaf tak semua) dianggap tidak penting dan tidak
dituntut.

Wahai muslimah, andainya kamu telah mentaati semua perintah ALLAH dan RasulNYA, kemudian mentaati suamimu, maka pilihlah dari mana-mana pintu untuk kamu
masuk syurga


[+/-] Read More...

Peringatan...!!!

Sampaikanlah mesej ini kepada kawan-kawan muslim kita yang lain kerana Allah itu amat suka akan orang yang menyampaikan benda-benda yang baik.

Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan penemuan "Holy Water" di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran ketika ini. Seperti yang kita umat Islam ketahui, Holy Water jika diminum oleh umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk menyebut nama Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam. Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan nama-nama air mineral tersebut:

1) Al-Mansur
2) Al-Mubarakah
3) Al-Barakah
4) Bestari

Ingat wahai sahabat, orang-orang


kafir selalu ingin menjatuhkan agama Islam. Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan keimanan di hati. Untuk pengetahuan , buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula diketahui.Selipar BowlingHARAP MAKLUM SEMUA... Selipar getah jenama BOWLING, situ ada tertulis perkataan ALLAH (dlm Arab) di tapaknya (bahagian tumit) harap dapat ambil perhatian. Sebarkan demi agama Islam tercinta.Memang ada perkataan Allah, tengok betul-betul kat tapak (corak besar) tengok tapak selipar sebelah kiri... Kalau sebelah kanan, perkataan ALLAH dalam imej terbalik. SUBAHANALLAH. ... Mineral Water "WATERCO" .....DON'T BUY IT....Wallahualam. ... Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum atau terbeli air mineral 'WATERCO". Ia adalah 'Holy Water'. yang dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi, termasuk Pope John Paul.Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan bahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah. Tolong fowardkan okay... Demi Islam... Demi agama yang tercinta.


[+/-] Read More...