Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, August 20, 2011

SOS MENGANDUNGI DNA BABI


بسم الله الرحمن الرحيم


IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, aspek penguatkuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.



“Kami belum memuktamadkan penguat kuasaan larangan itu, namun surat makluman mengenai penemuan DNA babi itu sudah diedar kepada pihak terbabit termasuk rangkaian hotel dan restoran makanan segera.

“Kami sedang menunggu arahan pihak atasan Jakim mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil terutama dalam menguat kuasakan larangan itu,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas sebaik segala siasatan berhubung larangan penggunaan sos jenama berkenaan selesai kelak.

Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

Persoalan timbul apabila pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, menyangkal dakwaan kedua-dua jenama itu tidak disahkan halal.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, kedua-dua jenama itu mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing.

HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.

Manakala, Tabasco disahkan halal oleh INFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang juga pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi Jakim bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya. - [HM]


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

60,000 AYAM TIDAK HALAL


بسم الله الرحمن الرحيم

60,000 ayam sembelih Johor tidak halal?

Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

“Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain,” katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Baharu di Pontian awal pagi Jumaat.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.

Samsudin berkata JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

“Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci,” kata Samsudin.

Beliau berkata pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Friday, August 19, 2011

ZAHID HAMIDI KEHILANGAN BUAH

بسم الله الرحمن الرحيم

PANGLIMA Tentera Darat Zulkefli Mohd Zain hari ini tampil menafikan pendedahan dibuat oleh bekas tentera yang mengaku memangkah undi untuk anggota lain sehingga lenguh tangan.

Semalam empat orang bekas tentera membuat pendedahan berani dan mengejutkan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja laut. Mereka ialah Majer (B) Risman Mastor, Komando (Bekas) Mohd Kamel Omar, Mohamad Nasir dan Kamarulzaman Ibrahim. Mereka membuat pendedahan atas kerelaan diri mereka sendiri.

Zulkefli menafikan tidak pernah berlaku pemanipulasian undi di dalam tentera. Pendedahan bekas anggota tentera itu katanya boleh menyebabkan imej tentera tercemar. Ada nada dan mimik muka marah serta kesal ketika Zulkefli membuat penafian itu.

Bagaimana pun beliau menjelaskan pihak tentera tidak bercadang untuk mengambil tindakan kepada pesara tentera yang membuat pendedahan itu. Beliau hanya menyifatkan tindakan bekas tentera itu sebagai orang diperalatkan.


Saya pangkah kertas undi bukan 1 jam 2 jam.. tapi 3 hari..

Note: Mana pergi menteri pertahanan Zahid Hamidi? kah kah kah kah.. bukankah yang sepatutnya Menteri Pertahanan yang kena keluarkan kenyataan.. kenapa si macai ni plak yang kena keluarkan kenyataan..? ko dah takut ke zahid? kah kah kah kah..



Note: Kah kah kah kah.. Takkan la sekadar menafikan saja.. dah jadi macam budak-budak.. berak tengah jalan tapi tak nak mengaku.. pastu cakap "saya tak berak...saya tak berak.." kah kah kah kah.. Macam ni punya pendedahan pun Tentera tak nak ambil tindakan ke? Tak malu ke? Dimana kewibawaan tentera? kah kah kah kah.. cakap sajalah bahawa kamu tu takut untuk ambil tindakan sebab nanti SPR dan UMNO akan terlibat sama dalam penipuan ni.. kah kah kah kah..

Note: Inikah yang dikatakan oleh UMNO/BN dan SPR sebagai telus? kah kah kah kah.. halooo.. tak ada apa-apa tindakan ke ni? nafi..nafi..nafi.. siasatan elekkk.. korang tunggu la BERSIH 3.0 ni... kah kah kah kah


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Thursday, August 18, 2011

MINTA BANTUAN BUAT SAUDARA SEAGAMA

بسم الله الرحمن الرحيم

Berhenti belajar sara 11 beradik

TEMERLOH, 15 Ogos: Diikutkan hati, sememangnya beliau mahu meneruskan pelajaran sehingga ke universiti supaya senang kemudian hari.

Namun apakan daya, terpaksa berhenti belajar demi menyara hidup 10 adik-beradiknya yang lain.

Inilah nasib yang menimpa pelajar Politeknik Muadzam Shah, Mohd Khairul Mat Amin, 22, yang kehilangan ayah tercinta pada 4 Ramadan lalu yang pergi buat selama-lamanya ketika mereka masih terasa pemergian ibu tercinta enam tahun lalu.


(Gambar: Mohd Khairul (tiga dari kanan) menerima sumbangan barang daripada Nor Azmi. Paling kanan ialah kakaknya, Norfadilah.)

Mohd Khairul yang merupakan anak kedua daripada 11 beradik malang dari Kampung Paya Keladan di sini, berkata kini mereka betul-betul mengharapkan bantuan dan sumbangan ramai selepas bapa mereka Mat Amin Jusoh, 55, meninggal dunia akibat sakit jantung.

Menurutnya, ibunya meninggal dunia pada 2005 dan sejak itu mereka tinggal bersama ayah yang terpaksa membanting tulang dengan bekerja kampung semata-mata mahu menyara adik beradiknya yang ramai itu.

“Minggu lepas, satu lagi dugaan menimpa kami adik beradik apabila ayah pergi buat selama-lamanya akibat sakit jantung sehinggalah kami hilang tempat mengadu dan bergantung segala-galanya selama ini.

“Tidak mahu adik-adik kebuluran, saya terpaksa melupakan hasrat dan cita-cita dengan menggantikan tempat ayah bagi menyara kehidupan adik beradik yang semuanya masih belajar,” katanya ketika ditemui semasa mengiringi Muslimat PAS Temerloh menyampaikan sumbangan Ramadan hari ini.

Turut serta Pengarah PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab, Nor Azmi Abdul Majid.

Mohd Khairul berkata, lima adiknya masih bersekolah menengah, tiga di sekolah rendah, kakak sulungnya Norfadilah, 23, masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan seorang lagi adiknya belajar di Kolej Shahputra.

Namun tambahnya, beliau bertekad dan berazam walau sesukar mana sekalipun akan berusaha memastikan adik-adiknya mendapat makan dan terus belajar.

“Kini sebagai lelaki tertua dalam keluarga saya sudah ganti ayah, macam mana susah sekalipun saya akan usahakan keperluan untuk mereka dan kami sekali-kali tidak mahu terpisah.

“Saya memerlukan sekurang-kurangnya RM500 untuk belanja dapur setiap bulan dan RM150 belanja bagi setiap adik bersekolah setiap bulan,” katanya.

Namun begitu, Mohd Khairul masih mengharapkan simpati dan ehsan banyak pihak dalam memastikan kebajikan adik-adiknya terbela.

Kepada mereka yang berhasrat menghulurkan sumbangan kepada 11 beradik ini bolehlah berhubung dengan Mohd Khairul Mat Amin di talian 013-2360455 atau terus melalui akaun BSN 06400-29-00005700-2. - HD

Note: Pork jib raya ni tak balik kampung ke? ki ki ki ki

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Wednesday, August 17, 2011

ANDA ATAU NAJIB YANG BODOH?


بسم الله الرحمن الرحيم

Bongkar! Skrip sumpah PATI agar menyokong BN!


Mereka yang menginjak-injak bendera Malaysia kini diberi penghormatan menjadi warganegara yang sah.

Pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno/BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan. Lihat video dibawah.



Di bawah ini salinan skrip sumpah yang dimaksudkan. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana negara ini dijual oleh United Malays No Otak secara terang-terangan kepada warga asing.



Sebelum ini kita sudah saksikan bagaimana pendatang asing menghalau imam bertauliah di Negeri Sabah, rujuk SINI. Tidak lama lagi jangan terkejut, bila imam di semenanjung pula akan dihalau oleh warga asing yang diberikan layanan istimewa oleh United Malays No Otak. - Milo Suam

Muslihat Umno/Barisan Nasional ini kini tersebar luas dan menaikkan lagi kemarahan rakyat. Jika pimpinan Umno/Barisan Nasional masih ada saki baki maruah, mereka akan menghentikan pengkhianatan ini serta merta sebelum lebih banyak bukti dibentangkan kepada rakyat.

Ini membuktikan rejim umoapco memang pengkhianat sebenar negara. mereka kini sedang menggadaikan negara untuk kekal berkuasa. Pernahkah mereka terfikir akan nasib serta keselamatan untuk rakyat Malaysia?


Adakah mungkin terjamin keselamatan anak isteri kita dari segala macam jenayah?



Note: Tak kira anda penyokong parti mana.. persoalannya adakah anda semua rakyat Malaysia bangga dengan apa yang pemimpin anda lakukan sekarang?

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Tuesday, August 16, 2011

PEMIMPIN UMNO TAK TAHU HUKUM APATAH LAGI PENGIKUTNYA


بسم الله الرحمن الرحيم

Umno Pulau Pinang Terkancing Gigi Dengan Kenyataan Mufti Negeri

GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

“Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni,” katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.

“Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

“Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu. - The Malaysian Insider

Note: 54 Tahun umno memerintah, umat islam di Malaysia jadi semakin jauh dari agama.. Pemimpin jahil.. penyokong jadi bertambah bangang..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Monday, August 15, 2011

PANAS..PENDATANG TANPA IZIN HALAU ORANG KAMPUNG!!




بسم الله الرحمن الرحيم



PENDATANG Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad melalui pintu belakang, Wahab Bin Nonong (gambar atas) telah bertindak menghalau Imam Rawatib yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan melantik dirinya sebagai ‘Imam Bertauliah’ di surau yang dibina di atas tanah adat yang dicerobohnya; milik Anak Negeri Sabah, Nina Bte Gaya.

Natijahnya, penduduk kampung terpaksa membina surau sementara beratap dan berdindingkan karung plastik terpakai untuk membolehkan mereka menunaikan solat lima waktu, tarawih dan majlis tadarus Al-Quran.

Selepas kejadian Surau PPRT di Bukit Belacon, Lahad Datu, Surau di Kampung Lamak Bukit, 20 kilometer dari Lahad Datu ini lebih daif kerana hanya berlantaikan plastik dan mudah diterbangkan angin sehingga jemaah terpaksa menunaikan sembahyang dalam hujan lebat.

“Kita bercadang mahu bina surau baru, tetapi JHEAINS tidak benarkan kerana ada surau yang dibuat Wahab di atas tanah adat peninggalan bapa saya. Wahab halau imam yang dilantik JHEAINS, jadi saya ambil imam itu untuk berkhidmat di surau sementara yang kami buat secara gotong-royong,” ujar Nina sambil menitiskan air mata kesedihan kerana terkenangkan kezaliman Wahab terhadap Umat Islam di kampungnya.


SEMENTARA....Surau sementara ini tidak dapat dibina kerana JHEAINS belum memberi kebenaran.


KARUNG....Surau sementara ini terpaksa dibina menggunakan karung plastik terpakai, sekadar membolehkan jemaah berteduh dari panas terik mentari.


DAIF....Di surau serba daif inilah umat Islam beribadah kerana mereka tidak ada tempat mengadu melainkan Allah Azzawajalla.


BASAH....Walaupun basah oleh tempias, namun jemaah tidak berganjak, semata-mata untuk beribadah dan mensyukuri nikmat Illahi.


RUMAH TUHAN.....Nina menunjukkan surau yang ditawan oleh Wahab dan tidak membenarkan umat Islam mengerjakan ibadah di surau tersebut.


Kata Nina, beliau sedih kerana penduduk kampung terpaksa beribadah dalam keadaan tidak selesa dan daif di sebuah Negara yang agama rasminya Islam dan Adun serta Ahli Parlimennya beragama Islam.

“Kelmarin hujan lebat dan semua jamaah basah kuyup, tapi mereka tetap teruskan solat tarawih kerana Wahab tidak benarkan kita sembahyang di suraunya,” kata Nina yang menegaskan Wahab tidak layak menjadi imam kerana fasik dan jahil.

Memandangkan Imam Rawatib (Imam Tetap) berkenaan, Jimlok Bin Zakariah telah lama berkhidmat di Kampung Lamak Bukit, maka kata Nina beliau menggunakan khidmat Imam Jimlok sejak Januari 2011 (tarikh dihalau Wahab) di surau sementara yang dibina di tanah wakaf yang diperuntukan arwah bapa, Gaya Bin Mansur.


Menurut Nina, beliau bercadang untuk membina surau atau Madrasah di lokasi surau sementara kerana sudah mula mengumpul bata, tiang dan perkakas lain tetapi tergendala kerana ketiadaan bekalan simen.

Dalam separa berbisik, Nina mengharapkan penduduk kampung dapat sembahyang di surau yang didirikannya sebelum fajar Aidil Fitri menjelang tiba, namun hambatan birokrasi menyebabkan hasratnya terpaku di atas kedegilan JHAEINS mengiktiraf surau yang bakal dibinanya secara gotong royong.

“JHEAINS tidak mahu melayan rayuan kami dan hanya mendengar aduan Wahab sahaja; sedangkan hakikatnya beliau menumpang di tanah adat milik bapa saya dan mendirikan surau secara haram; tetapi dibenarkan JHEAINS sekalipun arah kiblatnya tidak tepat,” kata Nina yang menggesa campurtangan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Sabah, Dato’ Seri Nasir Tun Sakaran.


Bagaimanapun, jika keadaan berterusan, Nina bercadang akan memfailkan kes ini ke mahkamah, termasuk mendapatkan perintah mengusir Wahab daripada tanah adat yang dicerobohnya dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedangkan permohonan tanah Wahab telah dibatalkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.

Kes Wahab ini telah dilaporkan Sabahkini.net bertajuk ‘PATI IC Projek Kini Menjadi 'Raja' Di Tanah Adat?’ namun PATI berkenaan terselamat daripada tindakan undang-undang kerana menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood. - Sabahkini.net


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...

Sunday, August 14, 2011

MENTERI BODOH TAK FAHAM HUKUM AGAMA


بسم الله الرحمن الرحيم


klik pada image untuk besarkan

Saya pun bukan hebat.. tapi buatlah kajian dan belajarlah agama dahulu sebelum keluarkan kenyataan.. jadi menteri tapi bodoh.. apatah lagi penyokongnya...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

[+/-] Read More...