Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, May 16, 2009

BUSH CAKAP JAWA...wakakakaka

Aku boring.. kepala sakit.. banyak perkara nak di fikirkan.. so aku layan la youtube lawak.. aku ni klau setakat org buat lawak bodoh2 ni memang payah aku nak ketawa.. tp lawak ni sampai aku rasa nak terkencing terberak pun ada.. wakakakkaa.. tp untuk mereka2 yg tau cakap jawa jer laa.. yg x tau tu klau nak tumpang ketawa kena masuk kelas jawa dulu laa... wakakakakka...


[+/-] Read More...

Cara-cara menambah kelajuan internet connection Streamyx dari 10kbps to 170kbps!


Earl’s latest result:

Josh’s latest result:

The Story In Summary:

1. Earl, not happy with TMNet, wrote a letter to The Malay Mail
2. The Malay Mail published the letter.
3. He got a couple of phone calls.
4. Next thing he knows, the CEO of TMNet is in his house, sitting on his bed
5. Earl shows the CEO his connection speed of 10-12kB/s
6. CEO plugs in his own laptop and gets 160-170kB/s
7. When Earl asked…how can the speed be so different?
8. They said its maybe because of “spyware”, or his “processor”.
9. Earl is still not happy.
10. Earl tests his connection again later in the day.
11. His speed is now 130-155 kB/s. Wow.
12. My speed still sucks.
13. So, when can I expect a visit?

Consumers, getting faster broadband speeds with Streamyx is now easy. Just sign up with your nearest friendly Streamyx reseller. Then, after you’ve set up your connection, all you have to do is write a letter, get it published, get the CEO of TMNet to show up in your house, and your connection will be super fast!

Credit to Josh Lim

[+/-] Read More...

Pas MUNAFIK ? (update) - albanjari

Malam tadi baca Yaasin lagi. Itu untuk kekanda Sultan. Habis baca Yaasin, terus dengan majlis tahlil untuk arwah ibubapa wak pulak di masjid. Malam tadi juga ada tamu istimewa datang ke majlis wak. BERG !! Terima kasih kerana sudi datang dan jumpa wak buat pertama kali walaupun dalam hujan dari USM Penang. Sori Berg..hang kena jumpa wak di masjid, bukan di meja hotel 5 bintang..wakakaka..!! Wak tanya, aduka tak ikut sekali ker? Tak ! katanya. Pasal apa ? Dia ada hal kena settle kat Gunung Semanggol. Wak bantai gelak..wakakaka..!! Ini mesti hal jin peliharaan tak cukup makan. Wak tanya, dia ada cakap ker asap rokok apa yg dia nak bagi kat jin dia ? Kalau setakat asap rokok gulung, buang karan ajer.. kurang-kurang pun Dunhill 2o batang sekatun..baru betul mantap !

Tapi kat bawah ni wak nak perasap, komen sesedap rasa saja. Ingat wak ni 'papan tanda' jalan ker ? Keras dan tak reti nak jawab. Ni wak nak jawab, tolong baca sampai habis..samdol ni guna gantinama 'dap kafir',ini komen dia..

dap kafir said...

Dah dapat undi sikit dari orang kafir baru nak rujuk zaman Rasulullah. Tu yang dok kafirkan umno bekerjasama dengan mca dan mic rujuk sapa pulak ? Nak berpolitik, berpolitiklah tapi jangan jual maruah Islam kepada kafir

Bila sorang keling baru tanya tentang puasa sunat dah heboh, yang dok maki hamun saudara satu agama satu bangsa tak sedar diri.. MUNAFIK!

Ini jawapan Wak,

dah dapat sikit undi dr org kafir baru nak rujuk zaman Rasulullah,tu yg dok kafirkan umno bekerjasama dgn mca dan mic, hangpa rujuk sapa pulak?

Memanglah DAP tu kafir. Hang kata kami dapat sikit undi, maknanya Umno masih dapat banyak undi kafir la kan ? Cukup itu dulu. Ini nak bagitau pulak pada zaman Rasululullah, (Seerah Rasulullah) bila kita rujuk bab berkawan dengan kapir ni, kita kena tau pulak kapir macam mana yang buleh kita berkawan dan kapir macam mana pulak yang kita kena tentang.

Nak tahu kapir mana yang buleh kawan dan tak buleh kawan kena tengok pulak kapir ada berapa golongan ? Paling asas kapir ada dua golongan, satu kapir harbi satu lagi kapir zimmi.

Kapir harbi ni nak bagi tahu kat hang, jenis golongan kapir yang memang tak suka islam, bermusuh dengan islam, serta menentang islam. Manakala kapir zimmi pula, yang sejenis lagi tu pulak adalah kapir yang faham islam, tak bemusuh serta tidak menentang islam. Dah boleh faham setakat ni ? Takpa wak sambung lagi..tak paham lagi...laa tu !!

Yang buleh kita kawan jenis zimmi ni laa. Dulu, DAP ni dia temasuk golongan harbi, pasai tu kami tak mau kawan, bila dia dah paham sikit-sikit pasal Islam, kita pun kawan dengan dia laa..dan masa yang sama kami cerita yang elok-elok pasal islam. Dulu DAP kapir harbi, bila kawan dengan kami dia jadi zimmi, bukan macam hangpa (UMNO), hangpa dok kawan dengan kapir bukan nak bagi kapir suka dengan islam, hangpa takutkan depa dengan islam sampai MIC & MCA kata kalau sokong Islam nanti kepala atas bawah semua kena potong, sapa yang cerita benda ni kalau bukan hangpa ! Mangkaq !

Satu lagi kami tak pernah kapirkan hangpa pun, yang kata UMNO kapir pun dah masuk UMNO dah..pi la tanya Dato' Nakhaie Ahmad. Dia kan ada dalam Umno, dah jadi ahli Umno, pi la tanya dia !

Kalau kata Amanat Tok Guru Haji Hadi pun, dia tak kata orang UMNO kapir, dia kata dasar UMNO yang sama dengan dasar kapir, yang main isu kapir ni itulah suratkhabar hangpa la jugak , bukankah suratkahabr hangpa yang bagitau kat hangpa PAS kapirkan hangpa ? Jadi istilah kapirkan UMNO ni datangnya daripada siapa kalau bukan dari UMNO yang spin media !

Bila sebut ciri-ciri parti sekular hangpa pun terus terasa dikapirkan. Mana la kami tau, yang tau kapir ker tidak hangpa la...sebab tu Rasulullah sebut " Antum A'lamu Biduniakum" yang maksudnya, "..kamu lebih tau pasal dunia kamu !

Nak rujuk mana, rujuk la kitab-kitab usul feqah, kaedah feqah. Kami cadangkan kat hangpa pi baca buku Feqah Dawlah karangan Prof Dr Yusof Qardhawi. Tau ka Feqah Dawlah tu apa dia ?

Jikalaupun ada ahli dia (DAP) yang tak kapir, tapi dasar parti/perlembagaan dia tetap sekular macam Umno la jugak, tak percaya ? Cuba rujuk perlembagaan UMNO fasal 3(3) asas dan tujuan UMNO kemudian rujuk pulak perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan!, hang mesti jumpa punya..itupun kalau hang pi rujuk. Wak nak bagi tahu ni, kami ni dari mula PAS ditubuhkan memang dah rujuk zaman Rasulullah pun, cuma hangpa baru-baru ni ajer baru tau kata kami rujuk zaman Rasululullah. Ni wak nak perbetul sikit la ayat tu...yang paling tepat ialah rujuk sumber dari Seerah Rasulullah..baru la betul.

dap kapir tulis lagi, Nak berpolitik, berpolitiklah tapi jangan jual maruah islam kpd kafir

La..ni kami nak tanya hangpa, apa dia yang kami dah gadai, dan apa dia yang dah kami jual? Cuba beritahu dengan fakta sekali dan kami pun nak tanya hangpa juga, yang kununnya hebat mempertahankan maruah Islam. Bila Menteri Kabinet yang diketuai Najib kata 3 orang anak yang asalnya beragama Hindu, dan bila bapak dia masuk islam dengan anak dia, kemudian menteri Umno kata ketiga-tiga anak itu kena serah kepada agama asal, yang tu jaga maruah Islam ka ?

Bila PAS kata akan laksana hudud (sebenarnya tanggungjawab semua orang islam untuk laksana termasuk UMNO), mula-mula ya..DAP pun tak suka ( mana nak suka pasal dok kena bohong dengan UMNO) sekarang ni depa dah open, tiba-tiba MCA & MIC pulak hantar memorandum bantahan kepada PAS. Yang peliknya UMNO yang majoriti islam tak bantah sikit pun kawan-kawan kapir depa ni pi hantar memo bantah hudud, UMNO bukan Islam ka ? Yang biar kawan-kawan depa terus tak suka hudud ! Atau ada sebab lain ? Hangpa jawab la..kami tak tau sebab lain tu apa?

Ingat lagi dulu punya kes, kes yang berkaitan satu sekolah dimana cikgu-cikgu suruh murid-murid baca doa sebelum mula pengajian, tiba-tiba ada sorang dua orang bukan islam bantah (bukan semua), maka Hishamuddin, masa tu Menteri jaga budak-budak ni kata hentikan baca doa sebelum mula mengaji. Ini ker yang jaga maruah islam ?

Sekolah agama rakyat hangpa pi tarik balik perkapita sampai banyak SAR lingkup, hangpa buat ni pasai nak jaga maruah islam ka ? Cukup yang ni dulu ! Harap dap kapir dah boleh faham kot ? Tak boleh jugak...?? Wak sambung lagi...baguih betul wak ni layan hang noo ! Takpa kalau hang boleh faham, pahala untuk wak...kalau hang tak paham2 jugak..bala untuk hang, pahala tetap untuk wak ! InsyaAllah.

Bila sorang keling baru tanya ttg puasa sunat heboh, yg dok maki hamun saudara seagama dan 1 bangsa tak sedar diri,

Awat la yang hangpa jeles sangat, kami tak pernah buat 'Jom Heboh' pun untuk nak bagitau kata ada orang india mai tanya pasal puasa sunat, hangpa la yang dok heboh. Kami biasa saja..tulis dalam blog nak kongsi ilmu sama-sama. Awat yang hangpa dengki kelawaq ni pasai apa ? Pasal si keling tu tak tanya kat UMNO ? Tobat marhom dia tak akan tanya, pasal dah lebih 50 tahun depa kena bohong dengan hangpa ! Depa pun tau, nak tanya pasal islam, tak kan nak tanya dengan orang yang lawan islam ? Memang tak buleh pakai punya !

Maki hamun sedara seagama ? Amboi..mudah-mudah saja hangpa kata kami maki hangpa no, bila kena batang hidung hangpa ! Hangpa maki siap sebut lucah dan kotor, habis semua organ sulit laki perempuan hangpa pi selak, tak paa pulak ? Yang "perak bangkit" dan bloggers UBN yang lain dok maki hamun kami, sah-sah hangpa tak kata maki kan, itu apa ? Dah tu hangpa kata untuk membela maruah Islam? Ayoyoyo..sudah la (dap kapir), hangpa ni dok ulang ayat yang sama saja bertengkar dengan kami ni, pasal berkawan dengan kapir ni kami dah letih habaq dah tapi hangpa tu saja yang tak reti-reti.

Yang tak sedar diri tu hangpa la, kalau hangpa sedar diri hangpa tak kata kat kami " munafik ", hangpa tau ka munafik tu apa dia ? Kami ni habeh-habeh nak tegor hangpa pun, kami sebut ciri-ciri munafik saja, tak dak kata terus munafik, pasal kami tahu had-had nak kata munafik nih..tapi hangpa siap kata "munafik" . Dasat hangpa noo !! Maknanya hangpa tau sungguh kami ni munafik..kalau tau sungguh kami munafik, kira hebat la..pasal Rasulullah pun bila nak tegor orang-orang munafik, dia sebut ciri-ciri saja bagi orang tu terasa. Apabila sahabat bertanya, pasal apa tak kata si fulan tu munafik ? Rasululullah kata hanya ada padanya ciri-ciri saja pasal munafik ni benda dalam hati. Maka tugas memerangi munafik ni cukup dengan menyebut ciri-cirinya, bila dia terasa dan kalau dia sedar dia akan berubah.

Wallahuaklam.

[+/-] Read More...

BULETIN الحضارة~*BIL: 40/ J.Awal 1430



AL - HADHARAH

Allah swt berfirman maksudnya; “ Tidak ada paksaan di dalam memilih agama Islam atau tidak, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu barangsiapa yang mengkufurkan thoghut (tidak percayakan thoghut) dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali) yang kukuh yang tidak akan putus. Dan ingatlah Allah amat mendengar lagi amat mengetahui.

Allah pelindung orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir itu penolong mereka ialah thoghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka itulah ahli neraka mereka kekal di dalamnya” (al-Baqarah 256-257)

Maha suci Allah yang telah memberikan nikmat Iman dan Islam kepada kita, selawat dan salam perjuangan kepada Penghulu semua Rasul, Muhammad saw kaum keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Sebagai ummat kebangkitan kali ke2 kita mengharapkan semoga Allah swt terus memberikan taufiq serta inayahNya kepada semua.

Tidak dapat tidak kita sebagai makhluk yang bernama manusia ini perlu mengenali sesuatu yang `berlawanan` atau `bertentangan` sifatnya, bagi memudahkan kita membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam semua muamalah atau aktiviti kehidupan yang sementara ini. Sebagai manusia yang normal, lumrah baginya sentiasa dalam situasi memilih, menilai, menyaring, membuat penelitian dan akhirnya terpaksa atau rela memihak kepada kebenaran yang ditentukan Penciptanya sendiri Allah swt.

Kita akur akan `kehebatan` ciptaan Allah swt kepada manusia iaitu aqal fikiran yang sehingga sekarang tidak dapat dihuraikan oleh mana-mana pengkaji otak manusia yang cuba sedaya upaya melihat bagaimana sel-sel otak berfungsi sebagai `pemikir`. Kita juga akur akan `keunikan` hawa nafsu yang dibekalkan kepada insan yang berada di dalam diri, tetapi kita kadangkala begitu kerdil tewas kepada nafsu sendiri.

Tanpa kitab `katalog` yang dibekalkan kepada manusia dari Pencipta manusia itu sendiri, manusia sebenarnya tidak mampu mengharungi hidupnya dengan selamat sampai ke destinasi sepatutnya. Di sinilah peranan al-Quran (dan Kitab sebelumnya), Iman, Islam dan para Rasul itu sendiri meletakkan `satu titik` keseimbangan kepada manusia-manusia yang mahu beriman. Dengan menganut Islam dan teguh keimanannya kepada Allah swt insyaAllah kita telah berada dalam zon keseimbangan antara pemikiran dan hawa nafsu yang dikatakan tadi. Zon keseimbangan ini akan menjadi landasan terbaik kepada pemikiran manusia, insyaAllah akan mampu membawa para mukmin meneroka (explore) segala khazanah jagatraya ini untuk kebaikan semua hamba-hambaNya. Zon ini juga akan menjadi pengawal atau pengembala yang terbaik kepada hawa nafsu yang pasti akan mententeramkan serta memastikan keindahan sentiasa mewarnai kehidupan manusia-manusia muslim di bumi ini.

Kita boleh bayangkan bagaimana kaku dan rakusnya kemajuan sains dan teknologi yang terhasil di barat sekarang apabila landasan pemikiran mereka bukanlah landasan orang-orang yang beriman kepada Allah swt. Begitu juga dengan nilai-nilai kemanusiaan yang telah lama hilang dari dunia mereka digantikan dengan tabiat-tabiat haiwan yang liar di hutan belantara, apabila nafsu bermaharaja di minda bertakhta di jiwa. Di dalam menggambarkan suasana masyarakat yang begitu `maju` sekarang saya teringat ucapan al-Marhum al-Ustaz Fadhil Mohd Noor; “ Kemajuan sains dan teknologi telah berjaya membawa manusia terbang di angkasa bagaikan burung, berenang di lautan seperti ikan tetapi sayangnya! masih tidak mampu mengajar manusia untuk berjalan di atas mukabumi ini sebagai manusia”

Berbalik kepada titik keseimbangan yang disebutkan tadi, itulah sebenarnya hikmah pengajaran untuk membolehkan manusia seluruhnya dapat berjalan dengan sempurna sebagai manusia di atas muka bumi ini. Sains dan teknologi yang mengagungkan kebendaan tidak mampu membawa manusia menjadi manusia yang `sempurna`. Biarpun mereka mampu sampai ke bulan dan ke angkasaraya, menyelami dasar lautan yang paling dalam, namun mereka berjalan dengan terhoyong-hayang, meraba-raba akibat lemahnya tarikan graviti dan kesukaran pernafasan, begitulah realiti kehidupan sebenar mereka.

Sebagai ummat Islam lebih-lebih lagi insyaAllah sebagai ummat kebangkitan kali ke 2, kita tidak sepatutnya terperangkap sama dengan perangkap `the big black hole` para `intelektual` barat. Mereka tidak dapat melihat cahaya kebenaran kerana apabila cahaya itu di bawa kepada mereka yang masih berada di dalam lubang gelap yang sangat besar semuanya akan lenyap menjadi gelita bersama. Cahaya kebenaran hanya mampu di lihat dan di terima oleh mereka yang mahu menerima dan mengakui keimanan kepada Allah swt. Itulah kesilapan dan kejahilan terbesar `kemajuan` barat apabila mereka tidak mahu atau tidak mampu mengkufurkan segala bentuk thoghut yang ada atas mukabumi ini. Mereka masih mengagungkan thoghut kebebasan tanpa had, menghormati dan menagih simpati thoghut demokrasi, percaya kepada thoghut pasaran global, berkeyakinan dan merujuk kepada thoghut mahkamah dunia dan segala thoghut yang bermaharajalela.

Tidak hairan kewujudan lubang gelap di angkasa mereka akui, sebaliknya dunia gelap di barat hanya mampu melahirkan para orientalis mempunyai `ilmu` tetapi meletakkan lampu suluh ke dalam lubang gelap yang ada di dalam diri masing-masing. Sedangkan bagi orang-orang mukmin mereka mengambil dan menerima ilmu kebenaran supaya menjadi penyuluh kepada jalan-jalan kehidupan di atas mukabumi ini. Para orientalis ini begitu mahu mereka diagung-agungkan dan kalau perlu mereka suka berada dalam kelompok `pemikir ummat` yang mendapat sanjungan. Ummah jangan mudah terpesona dengan racun-racun pemikiran yang mereka hamburkan kepada kita.

Perjuangan Islam tidak pernah mewujudkan `golongan kelas pemikir` sahaja dalam sejarahnya yang panjang. Nabi saw, para sahabat, tabien, tabien at-tabien dan mujaddid-mujaddid serta imam-imam mujtahid tidak pernah hidup goyang kaki menikmati kemewahan hidup pada zaman mereka. Mereka hidup susah, sederhana bersama ummah kebanyakkan kenapa ?? Kerana ilmu dan keimanan yang ada pada mereka…, mereka dapatkan dari contoh ulung iaitu Rasul saw, yang hidup di tengah-tengah orang-orang miskin, faqir, marhaen, mustad`afin. Mereka tidak sanggup membohongi ilmu mereka sendiri dengan bersembunyi di sebalik kerusi-kerusi empuk, kereta-kereta besar, rumah-rumah..masyaAllah…!

Maaf! Saudara-saudaraku dunia `ivory tower` dan gajah putih bukanlah gelanggang sebenar perjuangan yang membawa aspirasi ummah. Tidak salah jika sekadar mengambil peluang menimba pengalaman demi perjuangan ummah. Samalah jika ummat kebangkitan kali ke 2 ini tidak memerlukan pelacur-pelacur politik begitu juga ummat ke 2 ini juga, tidak memerlukan profesor-profesor `kangkung` atau `kaduk naik junjung`.

Jangan mudah terpesona!.. Islam tidak pernah berjaya ditegakkan di atas muka bumi Allah ini dengan kata-kata indah dan madah falsafah, tetapi Islam telah pernah berjaya ditegakkan dan memerintah di bumi ini oleh individu-individu ummah yang mempunyai falsafah. Wallahu`alam! Dari - Ibnu Ramadhan.

``qulil haq walau kana murron ``

[+/-] Read More...

60,000 anggota jentera penerangan UMNO tak faham tugas - Ahmad Maslan


15/05/2009 4:14pm

KUALA TERENGGANU 15 Mei — Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti.

Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu.

“Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat,” katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan jawatankuasa penerangan Umno Terenggani di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. - Bernama


BUJANG SUSAH: Yang Ahmad Maslan ni pun satu.. Kalau dia org tu semua termasuk dalam golongan orang2 yg bijak, xkan la dia org tu nak duduk dalam UMNO.. Contoh paling dekat, aku tengok kat kampung aku jer laa.. Orang2 tua yg naik basikal tu la yg jadi JKKK. Tukang pasang bendera anak2 muda yg x berapa sihat mentalnya. Tukang rayu undi, makcik2 kemas yg berbibir merah bak delima merkah walau kulit dah kerepot bak rantai excavator. semua ni jenis yg computer pun disangkan TV. mcmana la dia org nak faham tentang tugasan yg diberikan. Setakat suka dapat jawatan jer la.. tp nak buat pun x tau... hehehe..

[+/-] Read More...

Friday, May 15, 2009

Tanda-Tanda Akhir Zaman.


Hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.


Hakikatnya manusia pada hari ini tidak lagi mencintai ilmu Islam. Mereka sangat malas untuk mempelajari dan mendalaminya. Setengah pihak menghalang orang lain dari mempelajarinya. Mesjid dan surau dirampas untuk memastikan agenda mereka berhasil. Kerja-kerja ini menyebabkan terhapusnya ilmu-ilmu Islam dan munculnya kejahilan seperti hadits diatas.Kesan dari itu amalan Islam hilang dalam masyarakat tersebut. Maka berlakulah zina secara tetrang dan banyaknya peminum arak. Paling ditakuti kejahilan ini menyebabkan mereka memilih pemimpin yang jahil juga.

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula .

[+/-] Read More...

Kes Rayuan DS Ir Nizar Ditunda - malaysiakini


Sekali lagi mahkamah Malaysia buat lawak jenaka. kalau minggu lepas, tak sampai 4 jam lepas Zambry Mugabe failkan rayuan mohon tunda keputusan Mahkamah tinggi berkenaan dengan status Menteri Besar Perak mahkamah terus lulus tanpa perlu menunggu Afidavite dari pihak DS Ir Nizar.

Hari ni pulak dengan bijaknya mahkamah telah menunda tarikh untuk mendengar permohonan DS Ir Nizar berkenaan dengan kes yang sama.

Semalam mahkamah menetapkan bahawa 18hb. Mei, 2009 adalah tarikh untuk mendengar permohonan DS Ir Nizar tapi hari ni kes tersebut telaah ditunda ke 21hb. Mei, 2009.

Bila kene tang Barisan Nasional, boleh urus on the sport. semua boleh langkau. bila kene tang Pakatan Rakyat, makan tahun... aku ingat kes ni mesti kene tunda sampai lepas PRU-27...

Hangpa percaya dak..?

Mahkamah..? Khak Ptuih..!
tok iskandar said...

Kata Najib,pilihanraya tak mungkin diadakan di Perak.
Kata SPR,pondok panas tak dibenarkan di PRK Penanti.Hari mengundi tak dibenarkan berkempen dan meraih undi.Tempat semak undi setakat satu meja kecik dengan kapasiti sorang dua petugas parti.
Inilah konsep One Malaysian sebenarnya.
Apa yang UMNO buat semua boleh.Rakyat jangan halang.Ini bolehland lah brader.
Rakyat dah mula jelak dan berprasangka Polis,kakitangan awam,SPR,SPRM dan mahkamah dah jadi macan parti komponen BN pulak.
Demokrasi dah macam kena liwat,keluh mereka
Angkara Mahathir rakyat sengsara.
Dulu masa dia memerintah tunggang langgang sistem perundangan negara dan demokrasi dah jadi demo kasi.
Tentu ramai yang tidak lupa Mahathir tak benarkan hampir 800 ribu pengundi muda mengundi kerana ketika itu era reformasi dan bimbang BN akan kalah teruk dalam PRU ketika itu.
Sekarang anak didiknya juga menggunakan kaedah yang sama.
Tok percaya kebencian rakyat terhadap UMNO kian memuncak.Tunggulah PRU akan datang rakyat akan menghukum UMNO.


[+/-] Read More...

Terbongkar : Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam


Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam

Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.

Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.

Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.

Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini:

Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan UMNO.

Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)

Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK LInggam (Correct, Correct, Correct).

Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO

- Tulang Besi

[+/-] Read More...

Layari internet dalam bas RapidPenang


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN


Rapid Penang Sdn. Bhd., (RapidPenang) menambah satu lagi kelebihan dalam perkhidmatannya melalui pemasangan sistem internet tanpa wayar, WiFi.

Pelancaran bas WiFi yang pertama seumpamanya di negara ini akan memberi nilai tambah kepada sistem pengangkutan awam di bandar ini terutama bagi melonjakkan lagi industri pelancongan.

"Buat permulaan, tiga bas dilengkapi sistem ini sebagai percubaan selama tiga bulan sebelum dipasang dalam semua bas," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azhar Ahmad di sini semalam.

Azhar berkata, inisiatif memasang WiFi itu akan memudahkan pengguna untuk terus menggunakan pengangkutan awam sambil melayari internet.

- KOSMO!


BUJANG SUSAH: Hehehe.. kat melaka xder bas mcm ni ke? Ali ketam buat bas untuk bawak b*b* jer kot... tu sbb x yah ada wifi.. hehehe

[+/-] Read More...

PROF UTM BUAT KENYATAAN BODOH UNTUK PENGAMPU NAJIS..

KUALA LUMPUR: Petrol baru RON95 bukan saja setanding dengan RON97 dari segi kualiti dan kuasa kelajuan malah lebih menjimatkan sehingga 25 sen seliter, sekali gus dapat mengurangkan bebanan rakyat dalam aspek perbelanjaan bahan api itu. Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail, berkata dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, penggunaan RON95 dilihat sebagai satu langkah penjimatan kepada rakyat Malaysia .

“Dari segi saintifik kita dapati RON95 adalah pilihan terbaik kepada pengguna masa kini. Dulu, kita menggunakan RON97 kerana didakwa ia lebih baik berbanding RON95 tetapi selepas penggunaannya kita dapati prestasi dari segi kualiti atau kuasa kelajuan kedua-duanya adalah sama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanapun, Penyelaras Pusat Kecemerlangan Sains dan Teknologi Katalisis, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Taufiq Yap, berkata kerajaan tidak perlu menaikkan harga RON97 memandangkan penggunaannya yang luas di kalangan masyarakat di negara ini. “Rakyat sudah biasa menggunakan RON97, jadi kita tidak nampak kenapa kerajaan perlu memperkenalkan petrol baru.

Lagipun, jika ditanya tahap keupayaan pastinya RON97 lebih bagus dari segi kualiti dan keupayaan berbanding RON95. Beliau berkata, RON boleh diumpamakan sebagai berapa banyak tenaga terhasil daripada seliter petrol diperlukan bagi menggerakkan kenderaan. Semakin tinggi RON bermakna tahap keupayaan untuk menghasilkan kelajuan juga lebih tinggi dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, nilai RON yang lebih rendah akan meningkatkan pembebasan bahan tercemar dan berbahaya itu ke udara. “Kita juga bimbang peningkatan bahan tercemar lain yang turut dihasilkan daripada pembakaran petrol itu seperti sulfur, gas karbon dioksida, nitrogen dioksida dan karbon monoksida,” katanya.

BUJANG SUSAH: Hehehe... BODOH punya profesor... minyak yang baik ditukar kepada yg kurang baik kemudian dinaikkn lagi harganya.. itu yg dia kata baik untuk ekonomi malaysia? Baik untuk ekonomi najis caya jugak aku. Klau minyak naik nanti tidakkah peniaga2 terpaksa menaikkan harga barang2? Barang jadi mahal.. nilai ringgit semakin kecil.. masih baik ker untuk ekonomi negara? hehehehe.. Gara-gara orang bebal jadi pemimpin, profesor yg ada master dan phd pula mengampu x agak2.. Yang mundur, negara.. yang menderita, rakyat.. mereka dok ketawa terbahak2... masyukkk.. masyukkk....

[+/-] Read More...

Ganu Kite : AWAS Kedai BUKU ini..!!



Sudah menjadi buah mulut orang ramai di bandaraya Kuala Terengganu namun masih ramai lagi mereka yang terus terperangkap dan tertipu. Pemilik sebuah kedai buku yang mempunyai beberapa rangkaian kedai di sekitar Kuala Terengganu didapati terlibat dalam usaha memurtadkan anak-anak gadis Melayu kita. Selain dari itu ramai juga mereka yang telah diperkosakan.

Pengakuan beberapa bekas pekerja yang sudah serik dicabul kehormatan menceritakan pengalaman pahit mereka. Pemiliknya memang lebih suka mengambil kakitangan-kakitangan perempuan, anak-anak gadis dari kampung sekitar yang kurang pendidikan agama, lemah iman dan yang mudah terpedaya dengan wang ringgit.

Sesetengah yang berani dan teguh iman, mereka sanggup berhenti dari terjerumus dengan maksiat yang berleluasa serta terancam keimannya. Malah semakin ramai dari mereka yang bersuara menceritakan kebobrokan nafsu serakah pemiliknya. Ada juga anak-anak gadis yang ternoda dan akhirnya terpaksa mengugurkan kandungan.

Seorang dari bekas pekerja mengaku turut pernah cuba dimurtadkannya. Kesedaran akhirnya menyelamatkan anak gadis yang sudah bersuami ini dari tersesat dan gugur imannya.

Walaupun sudah menjadi buah mulut ramai, namun di kalangan sesetengah orang-orang Melayu kita masih tidak sedar apa yang dilakukan oleh pemilik kedai dan terus memberi sokongan serta melanggani kedai-kedai buku ini. Dalam pada itu, sememangnya ada juga yang tidak sedar, namun sesetengah mereka yang telahpun maklum apa yang dilakukan oleh pemilik kedai terhadap anak-anak gadis, mereka tetap terus melanggani kedai-kedai buku ini.

Baru-baru ini, di antara para pelanggannya, didapati terpampan pelekat “Selamatkan Gaza” pada kereta Wiranya, walhal dia sendiri tidak sedar apa yang dilakukan oleh pemilik kedai yang dilangganinya itu mungkin lebih dahsyat dan lebih dekat di hati dari apa yang Israel lakukan nun jauh di sana.

Di kalangan “salegirls” yang diambil bekerja oleh pemiliknya diletakkan syarat mesti berpakaian seksi. Jurujual ini dihantar ke sekolah-sekolah untuk menjual buku sambil menarik perhatian guru-guru dengan pakaian dan lagak seksi mereka. Ramai guru-guru yang sudah merungut. Ada di kalangan pendidik yang sayangkan anak-anak gadis kita telah “ban”kan jurujual dari kedai ini untuk ke sekolah mereka. Namun, tetap ada pula guru-guru yang “agak gatal” patang dihulur “manisan” begini lapar menunggu.

Sesuatu tindakan drastik mesti dilakukan. Mereka yang peka dengan agama dan bangsa Melayu mereka MESTI bertindak untuk menyedarkan kawan-kawan serta sahabat handai mereka.

[+/-] Read More...

Can Proton cars run RON95 octane fuel?


ProtonI sent a query to Proton when the RON95 introduction was officially confirmed on whether their engines would be compatible with the new fuel. From what I understand from reading some comments on this site and on other forums apparently there are some Proton manuals that call for RON97 fuel to be used. So I think it’s best to get an official answer from the manufacturer.

Proton’s powertrain department have tested all of their engines including the Mitsubishi models and have stated that all Proton cars can run on RON95, despite what they’ve stated in their manuals (why???). This includes the old carburetor cars, the Renault engines, and the new Campro CPS engine.

There is only one issue. They acknowledge some of the old carburetor cars may experience knocking depending on the condition of the engine and needs to go into the Proton service center to adjust the engine’s ignition timing.

This happens to carburetor engines because a carburetor cannot inject fuel as accurately as a fuel injection system, thus sometimes the air-fuel mixture is too rich. All the unburned fuel results in lots of carbon deposits, which change the shape of the combustion chamber and causes pre-mature ignition, which results in engine knock. Any high mileage engine may also have the risk of carbon deposit build up.

So if you have an old Wira or Satria with a carburetor, you are at a higher risk of engine knocking if you use RON95, if you didn’t have it already with RON97 of course. Any other high mileage car is also at a risk because of carbon build-up that can happen over time, even with a fuel injection system. For those that are a little adventurous, RON95 is now available at the Petronas stations in Precinct 9 Putrajaya so you can go try it out.

And of course, saying your cars can run on a certain fuel octane grade without knocking is one thing, but it’s another to say it would run at the same level of performance and fuel economy because of the ignition timing adjustments, whether manual or automatic.

If you would like to learn more about what RON really is, read the related link.

Related Post:
What is RON (Research Octane Number)?

[+/-] Read More...

Keperluan yang sering diabaikan suami isteri


Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Sebelum sesuatu pasangan hendak diijabkabulkan, Penolong Pendaftar Nikah (juru nikah) akan bertanya kepada pengantin sesuatu yang asas tentang Islam dan perkahwinan. Antara soalan yang penting ialah, apa yang wajib bagi suami setelah diijabkabulkan?

Kebanyakan bakal suami memberi jawapan yang agak betul, iaitu memberi nafkah zahir dan batin. Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan nafkah zahir, dia menjawa, beri makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Jawapan yang cukup cemerlang.

Tetapi apabila ditanya apa pula yang dimaksudkan dengan nafkah batin, dia terdiam tidak dapat menjawab. Biasanya kalau tidak menjawab adalah kerana tidak tahu atau malu nak jawab. Ya, dalam soalan ini ternyata dia malu hendak menjawab.


Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Kenapa dia malu? Dia malu kerana jawapan yang dimaksudkan ialah seks. Itulah sebabnya dia tersipu-sipu nak jawab. Tetapi benarkah jawapan itu? Di sinilah kesilapan umat Islam yang jawapan itu telah lama diwarisi entah sejak bila.

Sebenarnya, jawapan itu salah kerana nafkah yang sebenarnya hanya satu itu nafkah zahir. Tetapi boleh juga disebut nafkah batin dengan merujuk kepada memberi didikan ilmu agama kepada isteri. Batin atau jiwa isteri perlu dididik ke arah kebaikan dan ketakwaan serta keimanan. Nafkah inilah yang sering diabaikan oleh suami. Dan atas sebab itulah mengapa berlaku masalah rumah tangga yang sukar diselesaikan.

Menyentuh soal seks, suka dijelaskan di sini bahawa ia satu keperluan yang Allah sediakan kepada makhluknya. Allah bekalkan keinginan seks kepada manusia sama seperti yang diperlukan binatang. Tetapi keperluan itu dibezakan dengan perkahwinan yang sah untuk menambahkan keharmonian rumah tangga.

Allah sebutkan dalam al-Quran, “kamu pakaian bagi mereka dan mereka juga pakaian bagi kamu,” (al-Baqarah) adalah hendak menunjukkan betapa lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Maka seks itu adalah pengikat kasih sayang selain anak yang dilahirkan hasil hubungan intim antara pasangan itu.

Walau bagaimanapun hubungan seks halal ini sering diabaikan oleh pasangan sama ada suami atau isteri kerana tidak memahami peranan dan fungsi di atas. Malah sesetengahnya menganggapnya kotor atau kerja sia-sia yang sekadar melepaskan nafsu syahwat sahaja.

Oleh sebab itu kita lihat, ada suami yang lebih sebuk dengan kerja lalu lupa hendak bermesra dengan isteri. Ada juga isteri yang sebuk dengan urusan kerja baik dalam rumah atau luar hingga tidak berpeluang untuk bermesra dengan suami.

Kemungkinan mereka berdua ada masalah, tetapi tidak cuba diselesaikan dengan cara yang baik sehingga akhirnya menjadi kudis dan barah. Sebenarnya beberapa kes yang pernah dirujuk kepada saya, suami mengadu isteri tidak mahu menyerahkan dirinya kepada suami setelah empat tahun berkahwin.

Tetapi apabila bertanya punca, jawapan yang diberi oleh suami dan isteri sering bercanggah. Mereka sering tuduh menuduh. Namun apabila persoalan yang sama ditanya pada sesi temu bual tertutup secara empat mata, isteri mengakui tidak mendapat kepuasan seks setiap kali bersama suami.

Jadi, berdasarkan jawapan itu boleh disimpulkan bahawa ramai suami dalam kes seumpama ini tidak mengambil berat soal kepuasan seks isterinya. Padahal keperluan ini perlu diberi perhatian sama dengan keperluan makan dan minum dan sebagai.

Oleh sebab itu perkara ini perlu diberi perhatian oleh kedua-dua belah pihak secara jujur. Suami perlu berterus terang dengan isteri jika ada masalah kesihatan. Dan isteri juga perlu berterus terang dengan suami jika ada kekurangan yang boleh menjejaskan hubungan.

Ingatlah jika kedua-dua pihak boleh membaiki kelemahan masing-masing mereka mampu memanjangkan hayat perkahwinan mereka. Selain itu, lelaki yang bergelar suami harus sedar bahawa mereka telah berbelanja besar untuk berkahwin malah sesetengahnya hutang bertahun-tahun. Tentulah tidak wajar suami sanggup membiarkan wang yang dilaburkan itu habis begitu sahaja.

Jadi, binalah perkahwinan dengan sebaiknya melalui kesefahaman yang jitu. Manakala isteri perlu setia dengan hubungan itu dengan saling memahami keperluan di atas kerana suami lazimnya sentiasa mengharap belaian kasih sayang isteri sepanjang hayat sama seperti malam pertama.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 5/15/2009 10:06:00 AM

[+/-] Read More...

MAHKAMAH RAYUAN TIDAK BUAT PENGHAKIMAN BERTULIS KES RAYUAN ZAMBRY



Peguam Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin berhadapan kesukaran apabila Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas yang mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar tidak menyediakan penghakiman secara bertulis.

Ini menyebabkan peguam Nizar berhadapan masalah untuk mengkaji alasan penghakiman yang di buat Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan rayuan Datuk Zambry Abdul Kadir untuk mencabar keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan 18 Mei ini.

Pendedahan ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena berkaitan kes rayuan Zambry yang sebelum ini begitu efisen, cekap dan pantas dalam membuat keputusan hanya 2-3 jam sahaja. Berbeza dengan prosedur yang diambil oleh Mahkamah Rayuan dalam langkah Nizar mencabar keputusan menangguhkan keputusan mahkamah Tinggi yang hanya akan didengar pada minggu hadapan.

Patutlah keputusan tempohari dapat dilakukan oleh begitu pantas, rupa-rupanya hakim tak perlu buat alasan bertulis penghakiman. Semua ini menambah kemusykilan dan menjadikan keadaan di Perak semakin bersimpul-simpul.

[+/-] Read More...

Ayuh Marilah Kita Bantu Sahabat Blogger Kita ini...


BUKIT SAMA DI DAKI, LURAH BERSAMA DI TURUNI.

Walau di dalam apa-apa keadaan, yang Allah saji dan ujikan kepangkuan saya, dan sesiapa sahaja yang kita sifatnya hamba Allah, semuanya wajib kita menerima dan menghadapinya dengan hati nurani yang terbuka, tabah sabar rela dan redza. Tampa untuk melibatkan sesiapa dalam untuk bergandingan mengharongi musibah, apa-apa jua jenis musibah. Contohnya saya mengalami ketika melayari blog dengan tatkala satu rencana tentang PR. Khususnya YAB MB DS Ir Nizar jam 9.00 pagi Isnin 12 Mei, 2009 ke pejabat MB dan ke Istana Kuala Kangsar. Saya juga gusar dan mengeletar mengikuti info ketika itulah juga bertembong dalam masa yang sama, Zambry Cambry 150cc dengan paduan UM No-BN + Kerajaan Pusat bersungguh bergandingan ke Mahkamah.

Mereka berusaha untuk mendapatkan penangguhan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Khas pengesahan kelmarin YAB DS Ir Nizar Jamaluddin adalah MB sah ditangguhkan dahulu dengan perentah mahkamah juga. YA Datuk Ramly Ali saya mengenalinya sejak beliau menjadi Pendaftar Syarikat Malaysia kira-kira 15 – 18 tahun dahulu. Zambry memperolehi penanggohan dalam permohonannya dalam masa kilat diuruskan oleh Mahkamah dan Peguam negara, amat pantas lagi memberansangkan dan cukup fantastik. Ketika itulah talihayat telepon dan internet saya ditamatkan sebab bekaitan dengan fee semasa dan fee tertonggak. Saya tidak terkejut tetapi kesal kerana tidak berupaya secara syarai melangsaikan fee tersebut.

Ketika itulah matinya talian internet saya, sememangnya pasti tindakkan tersebut dari TM tidak mampu terdaya di hadapi saya. Maka terputuslah dunia dan negara dengan saya sebagai penghubung dan pengikat dengan pembaca. Kini saya vacium dan lompong info, maklumat dan lebuharaya di arena blog, Subhanallah. Saya biarkan ganguan itu tanpa saya membelek-beleknya lagi. Sekali kita menulis dan menjadi tegar internet teman kita dalam pembelaan kerajaan PR dan amat saya tumpukan adalah di Perak, Kedah, Pulau Pinang, melalui lebeh dari 130 rencana, gurindam khusus dalam mempertahankan, memberi pendapat, menghadapi lawan kita UM No-BN bersekali pimpinan utama mereka. Kini, semuanya akan terhenti, entahlah untuk sementara atau tempoh kekal.

Sebelum matinya hayat internet saya, saban hari dua atau tiga email saya menerima sokongan pujian diatas konsistannya saya memaparkan artikal, rencana yang berfakta sejak tahun 1970 hingga kini dari pembaca pelbagai kedudukan, dari pengikut-penyokong PR dari ketiga-tiga parti. Mereka memuji gurindam-pantun yang mantab dari saya Serta serta dengan hujah dan sejarah yang dipaparkan menjadi sejarah dan maklumat baru dalam banyak perkara dengan bahasa yang tidak lucah dan terlalu kasar. Itulah anjakkan sokongan dari pembaca yang saya menerimanya, Alhamdulillah. Mereka mendakwa dan banyak maklumat politik lama yang mereka dapat, hasil membaca blog saya. Syukran.

Mereka memberi pujian kerana memberi sokongan padu yang berterusan dalam memantapkan PR khasnya PAS, PKR dan DAP. Cuma dikalangan lebeh dari 130 rencana Cuma 3 atau 4 sahaja rencana yang menghala komen positif kedalam. Tak kurang hebatnya bila saya menerima email ancaman sederhana dan berat diatas rencana saya keluarkan dalam blog dan menanggung menghadapi semua resikonya dari lawan kita juga pehak kroni immuniti dikalangan UM NO-BN. Segala pahit maung bukan setakat dihadapkan; tetapi saya makan jamah bersekali dengan racun-racun tanpa menghirau terhadap kesan akibatnya. Kita berdepan dengan amaran dan halangan memaparkan maklumat semasa dalam hemat dan pertimbangkan kita, ianya benar dan tidak mengundang fitnah.

Saya fokaskan mendada mempertahankan PR dan blog saya mensasarkan kepangkuan UM NO-BN dan keatas pemimpin perdana mereka. Dengan tamatnya blog saya, pasti pemimpin UM No-BN bergembira dan kerana blog saya mati kerana hayat internet tidak mampu lagi saya menguruskannya. Mereka yakin sebelum ini, saya Ibn Abdullah Al Awab mendapat tohmohan kununnya saya mendapat dan menerima upahan dana besar dari pehak PAS, PKR sebab itulah saya tegar dan serius mempertahankan kerajaan PR di negeri kita memerentah saban hari. Serta saya jua mendapat email dari pehak lawan kita agar saya hentikan menulis dalam blog menghentam UM NO-BN dan pemimpin perdana mereka. Semuanya tidak menjadi kudis dan halangan, semuanya saya menghadapi tekanan dan ugutan, saya sabar dan tidak kesah dengan itu kerana saya lalui lama dan lali dengan ugutan.

Semalam 12 Mei 2009 jam 9.00 pagi, lawan saya UM NO-BN mencapai kemenangan besar kerana terpaksa saya memberhenti berkarya berencana dalam blog. Tetapi kemenangan mereka perolehi, difaktorkan saya tidak dapat meneruskan minda menulis dalam blog menghadapi UM NO-BN dan fokaskan pemimpin utama mereka , bukan kerana saya bacul, pengecut, pondan atau bapok. Tetapi disebabkan kefakiran dan sudah saya menemui jalan hujung tidak lagi berupaya untuk menjelaskan fee bil telefon, bil internet, maka semuanya telah dinafikan oleh TM menerusi BIL TELEFON & MULTIMEDIA semalam.

Sebagai orang tua mengidap astha-lelah tegar 20 tahun berjuang dan isteri menghadapii barah teroid, ini amat perlu pembiayaan perubatan tidak saya pergunakan untuk membayar bil TM, resikonya tinggi kalau cuba dibuat. Ketika-ketika inilah air mata berderai dan malam tadi saya mengadu dengan Allah tentang ini. Sesungguhnya saya umpama lilin, yang berdepan dengan tekanan dan ugutan melalui email balas kepada rencana dalam blog. Di atas kerasnya saya berlawan dengan UM-No-BN khususnya kepada pemimpn utama mereka. Saya menangis tersedu kerana saya telah kandas untuk terus mempertahankan PR, PAS, PKR dan DAP, Hatta sepinya darisaya dalam memberi sokongan dan dukongan mefokaskan pula menghala ke PRK N.12 Penanti, semuanya terhenti.

Diatas fakta inilah saya kembali menemui pangkuan anda dikalangan PR: PAS, PKR dan DAP dan penyokong PR khususnya yang membaca dan mendapat sedikit sebanyak ilmu dan info dari blog saya. Apalah kiranya anda semua mengambil sikap “berat sama dipikul, ringan sama-sama di jinjing”, ‘bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat’. Agar membantu menampong untuk fee TMNet membolehkan saya Ibn Abdullah Al Awab untuk sambong menulis dalam blog menghadapi menangani di Perak dihadapi PR khususnya PRK N12 Penanti telah mungkin 3-4 rencana termasuk gurindam telah saya khidmatkan, Inshaallah. PRK Penanti itu yang kian hampir.

Sebagai orang tua menjangaku umur 60 tahun, bukanlah caranya orang tua bersaing dengan budak-budak mendapatkan internet di cybercafe. Justeru saya pintakan anak saya ke cybercafe memasukkan kedalam blog saya yang distokkan rencanya ini terlebeh dahulu didalam pendrive. Kini malu merentasi keperluan yang kita wajar tangani bersama dalam menghadapi UM No-BN. Disebabkan saya rasa Allah anugerahkan ketajaman dan fokas dalam menghadapi dan mematahkan hujah musoh kita UM No-BN, kiranya anda pembaca khususnya pemimpin PAS, PKR dan DAP, bantulah saya. Talian phoned dan hp cuma sehala (call in) dalam beberapa hari terbaki sahaja berfungsi, saya rasa begitulah.

Sila rujuk dalam semua rencana dan artical saya dalam tempoh 6 bulan melalui lebeh 130 rencana, anda bacalah kembali, apakah saya ini jenis pengkhianat kepada perjuangan PR: PAS, PKR dan DAP? Sekiranya anda semua dalam penyokong PR: dari PAS, PKR dan DAP, saya tidak pandai membuat rayuan sebagaimana orang/blogger lain. Justeru saya nyatakan dengan mudah keperluan bil tertonggak seperti dikembarkan, saya terpaksa melakukan merepair baiki ganti dan naik taraf laptop yang saya beli tunai dulu RM2,200 yang khusus saya gunakan untuk PRK Pengkalan Pasir di Kelantan dahulu yang calun PAS Haji Hanipa Ahmad kalah kepada UM No-BN Haji Hanapi Mamat tetapi dalam PRU12 Haji Hanifa menang pula. Sekarang saya sudah tidak ada apa-apa pendapatan, Cuma sekadar simpanan untuk berubat.

Setahun laptop ACER saya terperap di kelinik komputer. Pasti rosaknya dikesan pasti adalah motherbord dll katanya dan nak tingkatkan kuasa dan aktiviti. Termasuk untuk nak guna membolehkan fungsinya laptob/internet ketika setiap malam bersama teman untuk ke Penanti dari rumah di Kuala Ketil. Saya perlukan kira-kira RM1,000. Sekiranya pisang sesikat gulai sebelanga; tanda muafakat kerja bersama. Kalau itulah peka dan tanggungjawab disepadu diterjermahkan dikalangan kita, biarkanlah saya terus berkarya menghadapi lawan kita.

Untuk tempoh sehari dua ini, semua rencana saya tulis dan siapkan dalam simpanan dokumen computer/pendrive, sekiranya talian internet saya berfungsi disebabkan fee anda semua, saya akan tukarkan dari nama sekarang kepada TALIHAYAT UMMAH, itulah azam saya, Inshallah, Tegar lelah ini jalan baik adalah berkarya didepan laptop sekalipun disaat orang mendengkor. Mudah-mudahan mendapat perhatian dan ehsan demi dapat saya terus bertinta menghadapi lawan kita.

Salorkanlah dikalangan kita sikit saorang sadikit ke A/C No. 152031380740 – ZAKIAH (Maybank) atau A/C No. 0710029851730291 – ZAKIAH (BSN-Giro), Inshaallah bukan untuk pribadi hidup. Semuanya untuk saya gerakkan sambongkan talihayat talian tetap/internet sebelum diganti yang internet tanpa talian tetap dan baik pulih tarah laptop usang. Mudah-mudahan, janganlah semua anda mengiringi dengan tohmohan dan menghina dengan jalan keluar yang cuba saya sempurnakan ini. Untuk sekarang mungkin dalam seminggu ni sahaja talian sahala masuk lepas ni terus tidak berfungsi menghubungi 04 – 4037 134 / 016 4606 324 semuanya sama-samalah beramanah dan bertanggungjawab.

(Petang nanti, anak sayalah yang akan ke cybercafe untuk masokkan rencana ini untuk tatapan pembaca, Inshaallah).

Sekurang-kurangnya dibawah ini saya kembangkan dengan minda dengan tajuk. Anda usah buang masa email saya sekarang kerana tidak ada tempat untuk melihatnya kerana internet blog saya tidak berfungsi.

http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/

KedahLanie : UNTUK MAKLUMAN SAHABAT INI MERUPAKA SALAH SEORANG PENYUMBANG ARTIKAL YANG SETIA KEPADA KEDAHLANIE... JADI KAMI PON TERHARU DENGAN APA YANG BERLAKU.. UNTUK NAK SUMBANG BANYAK KAMI JUGA MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI BELIAU TETAPI SEANDAINYA KITA SEMUA PAKAT HULUR SEORANG SEDIKIT INSYA'ALLAH DAPATLAH KITA MERINGANKAN BEBAN BELIAU.... SEANDAINYA TIDAK MAMPU ANDA PANJANG2KANLAH ARTIKAL INI PON SUDAH MEMADAI...(14052009)

[+/-] Read More...

Thursday, May 14, 2009

BEROK SEDANG MERANCANG SESUATU

Kat penanti najis xnak bertanding madir kata kena bertanding.. kat perak najis mcm dah nak berani bubar dun.. madir kata x payah bubar dun.. klau kita lihat dari sudut luarannya mereka mcm x bersefahaman.. tp klau dah jenis penipu ni kita jangan sekali2 percaya.. ada la plan a,b,c dan mungkin sampai z penyapu 2 eko ni. Untuk pemimpin PR semua jangan dok relax mcm makan tempe. Cuba baca strategi berok2 ni. Klau confirm jadi pilihanraya kecil kat perak pun, jangan terlalu suka. Kita fikir secara logic.. masa nak rampas perak ni beruk2 ni semua buat tanpa plan yg sempurna. mereka hampir2 gagal dengan penangan silvakumar serta keputusan mahkamah tinggi. Tetapi sekarang ni mereka cuba juga pertahankan dengan bantuan mahkamah rayuan.
Now.. keputusan masih xder lagi.. keadaan bertambah rumit. Keadaan ini x diduga oleh puak2 berok ni. Dan akhirnya apabila tiada pilihan puak2 berok ni terpaksa jugak mengambil jalan bubarkan dun. Tetapi kita semua jangan dok gembira mcm beruk dapat bunga. Dalam masa sekarang ni beruk2 ni mesti tengah plan mcmana klau diadakan pilihanraya pun mereka tetap mendapat kemenangan. Adakah kita fikir beruk2 ni nak tanggung malu ? adakah kita fikir beruk2 ni semua nak rakyat malaysia tahu bahawa rakyat perak dah x suka pada mereka? Ohh.. tidak semudah itu...
klau jadi pilihanraya pastinya yg pertama, skrg ni kelab penyokong beruk2 ni (SPR) akan buat kerja jahatnya. seperti menghilangkan nama pengundi dan memberikan IC kepada orang luar untuk datang mengundi mereka serta mcm2 penipuan lagi pasti sedang dirancang. So pemimpin, penyokong dan pendokong pakatan rakyat jangan dok suka x tentu pasal. Jangan igt bahawa rakyat perak tu dan x suka pada BN, dengan senang kita akan menang. Mereka ada polis, spr, sprm, gangster,budak2 plkn dan bermacam2 lagi yg mereka boleh gunakan dengan sesuka hati mak bapak mereka. So ambil tempat masing2.. kerahkan kepada mereka yg berkaitan untuk memantau dan menjalankan tugasan dari sekarang. ingat...!!! ni bukan beruk sembarangan.. ni beruk jadian ni..
wassalam.


Garis batas antara kegagalan dan kejayaan adalah sangat tipis sehingga kita jarang mengetahui bahwa kita telah melaluinya, sangat tipis sehingga kita sering berada pada garis batas tersebut tetapi kita tidak menyadarinya.(Ralph Waldo Emerson)

[+/-] Read More...

UMNO PERJUANGKAN MELAYU ?


Saya berterima kasih kepada rakan-rakan dalam Umno yang memberi ingatan bahawa DAP akan berkuasa di Perak jika pilihan raya diadakan semula di negeri itu. Saya harap mereka tidak disalahkan. Mereka bercakap melalui pengalaman.

Benar juga apa yang dinyatakan oleh kawan-kawan Umno yang parti mereka kuat menjerit Melayu. Buktinya boleh dilihat dalam posting saya bertajuk "Orang Cina tidak hargai sedekah Umno":
Sebenarnya, bukan setakat tanah sahaja yang telah diberikan kepada tauke-tauke Cina oleh Umno demi mengambil hati kaum itu. Malah kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.

Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi tujuh kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi. Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan.

Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

Orang-orang Melayu Pulau Pinang pula ditelan 50 tahun peminggiran tersusun Umno-Gerakan, kata Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa. Ramai dari mereka yang terpaksa melarikan diri dari pembangunan Umno-Gerakan di Pulau Pinang ke kawasan-kawasan pendalaman di Kedah dan Perak.

Sepanjang pemerintahan BN, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyatakan, kesan hakisan masyarakat Melayu sangat ketara sehingga secara statistik, masyarakat Melayu terhakis bukan sahaja dari segi jumlah penduduk Melayu malah dari segi aset tanah-tanah milik Melayu turut terhakis.

Perkara itu, menurut Teras, berlaku di kawasan orang Melayu di sekitar kawasan seperti Tanjung Tokong, Bayan Lepas, Jelutong, Batu Maung, Batu Uban, Bayan Baru, Sungai Nibong, Batu Feringghi, Balik Pulau dan Telok Kumbar.

Jumlah penduduk Melayu menguncup, malah kalau adapun tinggal di rumah-rumah kampung yang terhimpit di tengah-tengah pembangunan. Akibatnya, menurut Teras, orang Melayu 'dipaksa' dan 'terpaksa' meninggalkan tapak mereka.

Ahli setia Umno yang telah dipecat dari parti itu, Zaharin Mohd Yasin menyifatkan Umno tidak berbuat apa-apa untuk Melayu Pulau Pinang.
Berkaitan:
Umno pembela Melayu (1)
Umno pembela Melayu (2)
Umno pembela Melayu (3)

[+/-] Read More...

Nizar punya penangan!!


13Mei 2009 jam 9 malam aku dan isteri sampai di Dewan Sivik MBPJ (dulu tempat bebudak AF buat konsert sini..). Terpaksa parking kat bangunan sebelah pasal penuh sesak. Terlepas nak tengok ucaptama Anwar yang lebih awal.

Memang ruang dewan penuh sesak. Satu demi satu ucapan disampaikan oleh tokoh-tokoh tertentu. Aku terus terang cakap aku sebenarnya dah overdose dengan ceramah ni, maleh nak dengor. Cuma kekadang hadir kerana ingin berjumpa kawan-kawan seangkatan yang gerenti ada. Aku pulak secara peribadi tak pernah dengor secara live Nizar berpidato dan malam itu memang gilaa!!
Sebaik saja nama Nizar diumumkan untuk berceramah aku yang berada di luar berasa gemuruh apabila mendengar suara sorakan yang padu bergema dari dalam dewan. Sungguh aku rasa lain macam. Paling mengejutkan apabila aku lihat orang-orang di luar tak kira bangsa dan umur berlari dengan laju masuk ke dalam untuk melihat dan mendengar Nizar. Mereka berlari bagai dikejar anjing. Bulu roma aku meremang apabila Nizar mengucapkan ayat Al Quran sebagai intro ucapan di hadapan penyokong pelbagai bangsa dan agama. Nah! 13 Mei 40 tahun sesudah 1969 menyaksikan perpaduan yang lebih jitu.

Penyair Rahmat Haron membulatkan mata kepada aku sambil aku mengangguk-angguk kagum dengan pengaruh luar biasa Nizar. Persis sokongan terhadap Anwar. Tapi ini Nizarmania!

Aku tak dengar sampai habis bila mana termakan hasutan brader gua Pyanhabib yang mencucuk jarum mengajak aku menyopping bundle di Danau Kota. Lewat punya pasal aku dan isteri membatalkan (menangguhkan shopping bundle) tetapi kami suami isteri bersama Pyanhabib dan isterinya bergotong-royong mengghaibkan lamb chop ke dalam perut di Island Red Cafe, Danau Kota (harap nama kafe tu betul, aku dah lupa sebab mabuk sangat.. hehe!)

fuh! Nizarmania..
peh! lamb chop mania...
pergh! Bundle..

(tahapa ke majalnya internet dan telefon rumah aku senyap sunyi takde signal apa-apa..maka entry ni ditaip di CC, kalau kat rumah boleh aku upload gambar orang berlari-lari menyerbu masuk dewan sewaktu Nizar berucap)

(cf-LKS)

[+/-] Read More...

Kepada orang UBN sila baca ini!!~Malaysiakini|


Dipetik dari (http://sheikh-telukintan.blogspot.com)

Peguam Hanipa Maidin dah menulis tentang keputusan Hakim Mahkaman Rayuan kelmarin. Siapa namanya? Teman tak mahu simpan namanya dalam kepala otak teman. Dia nih cukup cepat panggil Mahkamah bersidang selepas Najib 1Malaysia bersuara untuk membuat rayuan terhadap kes Nizar yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi , sebagai MB yang sah.

Teman tak tuduh, ada tangan ghaib yang mengarahkan Hakim Mahkamah Rayuan bersidang secara ekpress. Tapi teman tak boleh nak elak untuk berasa syak yang bukan-bukan. Maaf sajalah. Dan semakin kuat syak teman, Peguam Negara , si Ghani otak setahil sengaja suka terlibat dalam kes melibatkan spesis UBN. Dia nak tunjuk 'baik'nya pada Ketua UBN.

Mungkin nanti orang berkata: " Pak Sheikh jangan cakap merapu tentang hal undang-undang yang bukan bidang pengajian pak sheikh. Nanti kami kata , Pak sheikh seperti Professor Biologi berlagak seperti Professor Matematik, Pak Sheikh marah".

Oklah. Teman memang orang bodoh. Ngaji setakat darjah 6. Tapi cuba baca ulasan Peguam terkenal, lulusan University Wellington , N.Zealand. Iaitu sahabat teman yang bernama Zulkifli Nordin tentang keputusan Mahkamah rayuan semalam:-

Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.

Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.Namun undang-undang memperuntukkan dibawah Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".

Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).

Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.

Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.

Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.

Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.

Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.

Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.

Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu" (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).

Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.

Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.

Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!

Saya khuatir keputusan Hakim Datuk Ramly akan mengujudkan satu "precedent" baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini .

Nota: Sila rujuk tulisan Saudara Zul di sini


[+/-] Read More...

POLIS XNAK TANGKAP MAHADIR KE KERANA SURUH RAKYAT MENDERHAKA?






[+/-] Read More...

Azwan Ali Kata Pakatan Rakyat ANJING ??


http://www.mesra.net/edirossa/art.azwan_ali.jpg

Buat Azwan Ali tolong jangan berlaku kurang ajar dan biadap dengan menuduh Pakatan Rakyat sperti ANJING, eloklah awak menguruskan dunia hiburan anda sampai MATI, dan jangan sama sekali melabelkan Pakatan Rakyat seperti ANJING. Apakah anda fikir anda itu benar belaka ? Bersama artis mungkin anda boleh mendabik dada kononnya anda boleh menguasai mereka. Tetapi jika anda mencampuri urusan politik seperti ini khususnya di Perak..kamu mungkin akan ditempelak oleh rakyat Perak. Lagi DI SINI

Komen wak, insan di sebelah ini lebih mulia akhlaknya (biarpun beliau bukan beragama islam) jika dibandingkan dengan akhlak manusia yg mengelarkan Pakatan Rakyat itu ANJING.

Cerita orang ini KLIK DI SINI

En. Siva..terima kasih kerana berani bertanya, dan andalah orang yang pertama dari bukan islam yang berusaha mencari makna sebenar erti PUASA SUNAT, dan mengapa ia diseru kepada orang islam.

[+/-] Read More...

Batu nisan bercakap takutkan pengunjung


MOHD. ADHA MOHD. ZAIN

Pengunjung sebuah tanah perkuburan di Austria mendesak batu nisan berteknologi tinggi yang membolehkan si mati menghantar mesej dari dalam kubur, diharamkan.

Batu nisan berkenaan yang dipasang dengan skrin dan pembesar suara, memainkan rakaman mengenai kehidupan si mati apabila anggota keluarga mereka datang untuk menziarah.

Bagaimanapun, pengunjung yang ketakutan meminta pegawai tanah perkuburan di Linz, Austria, mengharamkannya.

Eva Langer, 67, berkata: “Ketika melutut di sisi kubur suami saya dan berdoa, saya terdengar satu suara, kemudian bunyi orang ketawa diekori oleh muzik. Apabila menoleh di sekeliling, saya melihat wajah lelaki yang sudah mati bercakap dengan saya dari batu nisan bersebelahan.”

Pencipta batu nisan berkenaan, Wolfgang Gollner mempertahankan batu nesan bercakap itu.

Katanya: “Batu nisan bercakap sudah amat popular di Amerika dan sedikit masa lagi, ia akan menjadi perkara biasa di tanah perkuburan di Eropah.

“Orang ramai perlu membiasakan diri dengannya.”

- AGENSI


BUJANG SUSAH: Eiiiiiiiiiiiiiiii atutttttttttttt........... hehehehehe...

[+/-] Read More...

Wednesday, May 13, 2009

Senaman Kacip Fatimah (untuk perempuan saja)


Pada zaman dahulu, wanita-wanita yang mengambil berat untuk menjaga kelangsingan badan dan kesuburan serta mutu anggota mereka mengamalkan berbagai petua termasuklah menjaga makan dan bersenam di waktu pagi. Terdapat gerakan-gerakan senaman yang cukup baik untuk wanita dan biasanya ia diamalkan di waktu pagi selepas bangun tidur. Kepentingan melakukan senaman ini kepada setiap wanita akan meningkat terutamanya apabila badan merasa lemah-lemah dan umur semakin meningkat.

Semasa tidur, sebanyak 30 hingga 50 peratus darah kembali ke hati dan pankreas. Keadaan ini membahayakan kesihatan dan ia menjadi sebab mengapa ’stroke’ kerap menyerang pada awal pagi, dan ini berpunca dari bangun pagi secara tergesa-gesa dan gopoh-gapah tanpa memberi peluang kepada tubuh untuk jadi cukup bersedia.

Kacip Fatimah (nama saintifiknya Labisia pumila) banyak ditemui dalam hutan-hutan di Malaysia. Ramuan yang didapati hasil merebus tumbuhan ini dalam air membantu memudahkan ibu-ibu bersalin. Selepas bersalin pula, ia masih diminum oleh wanita untuk memulihkan kekuatan dan mengubati luka-luka. Ia juga berkhasiat mengubati sakit kelamin wanita (gonorrhoea) serta mengeluarkan angin dari dalam tubuh.

Gerakan Senaman Kacip Fatimah

1. Halus Pandangan

Faedah: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.

Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.

2. Angin Tunggal

Faedah: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.

Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan itu menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.

3. Angin Kembar

Faedah: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita.

Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.

[+/-] Read More...

ADA EXCO KEDAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN - kedahLani


Oleh: Penyiasat Persendirian

Kenapa saya menulis hal ini kepada anda? Kerana saya sangat teruja dengan maklumat yang ada pada saya tentang tuntutan perjalanan seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah yang CAKAP TAK SERUPA BIKIN! Tuntutan perjalanan dan elaunnya sebulan mencecah RM18,000.00 sebulan, tidak termasuk gaji dan elaun tetap!

Apabila Kerajaan Negeri Kedah mengistiharkan polisi perbelanjaan berhemah dengan memotong perbelanjaan pembangunan sebanyak 30%, dan mengarahkan jabatan dan agensi kerajaan negeri berjimat cermat, rakyat gembira dan yakin polisi ini akan mendatangkan kebaikan kepada negeri.

Kerajaan Negeri sejak awal lagi mengumumkan akan memotong elaun yang tidak munasabah yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, juga disambut baik oleh rakyat Negeri Kedah.

Keyakinan rakyat juga bertambah melihat cara hidup sederhana Menteri Besar dan Exco baik pemilikan kenderaan, kediaman dan pakaian. Rakyat Kedah bertuah apabila lebih banyak wang negeri boleh digunakan untuk faedah rakyat melalui polisi dan pendekatan berjimat cermat yang dilaksanakan oleh kerajaan. Adakah polisi ini dihayati oleh anggota Exco dan pegawai Kerajaan, atau Menteri Besar sahaja yang berhempas pulas mempraktikkannya?

Rakyat berhak tahu ke mana wang mereka dibelanjakan, siapa yang menerima faedah, dan kenapa perbelanjaan dikeluarkan untuk sesuatu urusan. Selain membayar gaji dan elaun mengikut kelayakan setiap pegawai, wang negeri milik rakyat Kedah wajib digunakan untuk faedah rakyat.

Sesuatu yang amat sensitif dalam hal ini ialah berapa elaun dan gaji ahli politik yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah negeri melaksanakan dasar-dasar yang dibentuk dan dilaksanakan. Adakah patut, wajar, munasabah dan mengikut peraturan? Adakah ahli politik menggunakan kedudukan untuk mencari sebanyak mungkin ruang-ruang untuk mengaut sebanyak mungkin habuan yang boleh diperolehi? Wajarkah maklumat perolehan seorang pegawai, Exco dan Menteri besar melalui gaji dan tuntutan lain mengikut kelayakan yang ditetapkan dalam skim saraan mereka dirahsiakan dari pengetahuan rakyat?

Maklumat tentang gaji dan elaun pegawai mungkin dapat diakses oleh orang ramai, tetapi tuntutan perjalanan dan elaun-elaun sampingan mengikut kelayakan pegawai setiap bulan mungkin tidak terdedah. Inilah ruang yang tersimpan rapi, hanya diketahui oleh pegawai yang membuat tuntutan, yang melulus dan yang membayar sahaja. Dikelaskan maklumat ini sebagai sulit dan terhad. Kenapa? Jika benar, wajar dan munasabah dengan peraturan dan tugasan yang dilaksanakan, rakyat tidak akan mempersoalkannya, tetapi jika tidak, tentu rakyat berhak menjadi hakim untuk menentukan kedudukan mereka seterusnya.

Mengejutkan! Sila teliti data-data berikut dan beristighfar dua tiga kali. Sebagai maklumat tambahan, gaji dan elaun tetap Exco lebih kurang RM16,500.00 sebulan. Sila campurkan dengan pendapatan Exco ini melalui tuntutan perjalanan dan lain-lain tuntutannya, dan bayangkan sendiri susuk tubuh beliau dengan tabiat semulajadinya. Wajarkah dia berada disana sebagai Exco dalam Kerajaan Pakatan Rakyat?

Walau dari parti manapun YB dipilih sebagai wakil rakyat, dan YB diangkat menjadi exco kerajaan dengan segala keistimewaan, parti YB tentu malu dengan kelakuan ini. Cuba lihat kawan-kawan yang menjadi ADUN biasa yang terpaksa melayan karenah dan aduan rakyat pengundi di kawasan, mereka hanya menerima elaun tetap sekitar RM5,000.00. Mereka tinggal tetap dan berhadapan dengan rakyat setiap hari. Dengan wang itu mereka berkongsi segala suka duka dengan puluhan ribu pengundi. Bayangkanlah!!! YB sorang ini tinggal jauh sekali dengan kawasannya dan jarang-jarang menjengok kawasan. Pilihlah orang lain pula jika macam nie punya perangai YB… yang ni tak boleh pakaiiii!

RINGKASAN TUNTUTAN PERJALANAN DAN ELAUN YB @#$%*, ADUN *&^%X

Jumlah Tuntutan Mengikut Bulan:

Mac 08 RM1,550.40

April 08 RM10,538.00

Mei 08 RM16,291.00

Jun 08 RM18,101.00

Julai 08 RM11,699.00

Ogos 08 RM14,141.75

September 08 RM5,146.00

Oktober 08 RM7,590.00

November 08 RM15,312.50

Disember 08 RM17,510.00

Januari 09 RM8,787.00

Febuari 09 RM6,491.00

Mac 09 RM15,765.00


Bil Perkara Tempoh Kadar
1. Jumlah Tuntutan Bulanan Mac ‘08 – Mac ‘09 RM 148,922.65
2. Purata Bulanan
RM 11,455.58
3. Perjalanan ke Langkawi 2008 24 kali (Mac-Dis)
2009 12 kali (Jan-Mac)
Jumlah 36 kali
4.
Jumlah hari di Langkawi

(termasuk hari perjalanan)

2008 57 hari
2009 27 hari
Jumlah 84 hari
5. Sewa Hotel Mac ‘08 – Mac ‘09 RM 25,208.50
6. Elaun Mewakili MB Mac ‘08 – Mac ‘09 RM 7,500.00
7. Elaun Hidup Dalam Negara RM 45,300.00
Luar Negara RM 13, 500.00
8. Elaun Makan Dalam Negara RM 43,890.00
Luar Negara RM 8,100.00

Komen & Analisa:

1. Pendapatan purata beliau ialah RM28,000.00 sebulan, bulan tertinggi mencecah RM34,601.00 dan bulan terendah sekitar RM17,000.00. daripada jumlah ini berapa yang didermakan kepada orang yang memerlukan di kawasannya dan yang hadir ke pejabatnya.

2. Exco ni berada diluar pejabatnya selama lebih kurang 219 hari dalam tempoh 13 bulan (395 hari). Analisa ini dari jumlah tuntutan elaun makan dan elaun hidup yang layak dituntut jika Exco keluar bertugas di luar . Jika ditolak hari cuti mingguan dan cuti umum, berapa harikah Exco ini ada di pejabat dalam sebulan?- (Elaun makan RM200 sehari dalam negeri, RM300 luar negeri).

3. Beliau membuat 36 kali perjalanan pergi ke langkawi dalam tempoh itu dan tinggal antara 2 hingga 4 hari setiap kali ke langkawi. Jumlah hari beliau berada di langkawi ialah 84 hari termasuk hari beliau bertolak pergi dan balik. Apa yang dibuat di Langkawi? Takkanlah semua program dan promosi hanya di Langkawi. Bila kawasan lain nak maju? Kata orang beliau ada bisness dan affair di Langkawi, wallahu a’lam.

4. Kos sewa hotel (kebanyakkannya di Langkawi) berjumlah RM25,208.50. Purata sebulan lebih kurang RM2,000.00. Tak boleh kah kerajaan sewa sebuah rumah jadikan rumah rehat kerajaan yang boleh digunakan oleh Exco dan pegawai kerajaan? Saya rasa tak sampai RM1,000.00 sebulan dan boleh digunakan oleh ramai pegawai atau Exco jika ada urusan rasmi di Langkawi.

5. Berapa hari dia melawat kawasan, tengok orang sakit mati, tengok masalah orang kampong di DUN... Kalau ikut claim dia ada lah lebih kurang 5 kali dalam tempoh 13 bulan!!! Wakil Rakyat apa macam ni?

6. Saya percaya semua orang termasuk Exco-Exco lain terkejut besar dengan jumlah ini. Tak ada seharipun dalam hidupnya menggunakan gaji beliau untuk makan dan beri makan anak bininya….semuanya dari tuntutan tambahan, mana tidaknya..RM3,600 sebulan elaun makan sahaja.

7. Semoga hasil siasatan ini menjadi pengajaran kepada semua pihak, terutama pemimpin2 parti yang memilih calon-calon untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang…Jangan kirimkan buaya untuk menggantikan jerung!!

Sekian….

[+/-] Read More...