بسم الله الرحمن الرحيم
Menurunkan Berat Badan
Petua 1 :
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun
Petua 2 :
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Petua 3 :
Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.
Membuang Lemak Badan
Petua 1 :
Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.
Petua 2 :
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
Melangsingkan Tubuh
Petua 1 :
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.
Petua 2 :
Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air suam. Biarkan seketika. Amalkan minum pada setiap pagi.
Petua 3 :
Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya. Amalkan meminumnya 2 kali sehari.
Petua 4:
Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.
- ErmilL Oyabun
Note: Berat badan hanya boleh dikawal melalui pengawalan makanan dan kekerapan senaman. Jika anda fikir ada "Slimming Program" yang boleh menjadikan anda kurus, anda sebenarnya silap. Tengok saja anak badak kat atas tu. korang ingat dia tu tak ada duit ke nak buat program sedut lemak atau yang seumpama dengannya? seribu satu program dah dicubanya. Ada ke dia boleh kurus? Kalau makan tak tahu nak berhenti, buat kerja yang mengeluarkan peluh pun malas jangan mimpi la ular sawa akan bertukar jadi ular lidi. kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Saturday, November 6, 2010
PETUA MENGURUSKAN BADAN
Friday, November 5, 2010
GULA-GULA BABI
بسم الله الرحمن الرحيم
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
SEMUA DI JEMPUT DATANG
بسم الله الرحمن الرحيم
JEMPUTAN PELANCARAN BERSIH 2.0
BERSATU DAN MELANJUTKAN REFORMASI PILIHAN RAYA
Kami, jawatankuasa induk BERSIH 2.0 ingin menjemput anda/organisasi anda untuk bersatu bersama-sama kami dalam melanjutkan usaha ke arah pilihanraya bersih dan adil. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan BERSIH 2.0 memerlukan sokongan dan bantuan anda dalam memastikan misi Malaysia yang demokratik menjadi realiti.
BERSIH 2.0 percaya hanya menerusi pilihanraya yang bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenalpasti hala tuju mereka dan berharap pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sesebuah pemilihan itu bertindak dengan telus dan berkesan. Perjalanan untuk reformasi pilihanraya adalah ranjau dalam proses demokrasi, termasuk kedaulatan undang-undang dipulihara, hak asasi manusia dilindungi, urustadbir baik dan pengelastarian di dalam pembangunan Negara.
Sebagai waraganegara kita boleh menjadikan impian ini satu kenyataan. Isu-isu utama dalam reformasi pilihanraya termasuk:
1. Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti.
2. Penggunaan dakwat kekal (seperti yang dijalankan di Indonesia dan India) bagi menghalang pengundian berganda.
3. Reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih yang berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem yang lebih fleksibel bagi semua pengundi – di dalam mahu pun di luar Negara , dengan alasan munasabah untuk memilih untuk menjadi pengundi pos.
4. Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding, termasuk: (a) akses bebas terhadap media milik kerajaan terutamanya televisyen dan radio; (b) akses pembayaran (iklan politik) adil di dalam media swasta; dan (c) peruntukan di dalam hak untuk menyerang balas terhadap kesemua parti yang bertanding dan wakil-wakil yang bertanding yang sebelumnya mendapat liputan negatif di dalam laporan-laporan berita.
5. Tempoh kempen minima 21 hari
6. Amalan-amalan adil dan professional dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian yang tidak adil (malaportionment, gerrymandering) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang.
7. Pendaftaran otomatik untuk semua pengundi yang layak.
8. Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.
9. Reformasi dalam urusan kewangan pilihanraya bagi memastikan ketelusan dan menghadkan kecenderungan terhadap politik wang.
10. Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya umum atau kecil, untuk badan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri.
11. Memperjuangkan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik di dalam dan di luar kampus.
BERSIH 2.0 menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh kumpulan awal BERSIH dengan agenda reformasi mereka. BERSIH 2.0 kini dilancarkan sebagai gabungan kumpulan masyarakat yang tidak berpartian. Ia merupakan sebuah gerakan rakyat biasa yang ingin memastikan hak kepada pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dijamin oleh undang-undang. Undian dan suara kita mestilah diutamakan.
Butir-butir pelancaran seperti berikut:
Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 mlm. – 10.30 mlm.
Tempat : Dewan Sivik PJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.
Sila panjangkan jemputan kepada ahli-ahli dan rakan anda ke pelancaran Bersih 2.0. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Nurul di 03-77844977.
Yang benar,
Dato’ Ambiga Sreenevasan
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk
nota:
kita telah saksikan
penipuan dan beerat sebelah spr
di dua pilihanraya kecil - batu sapi
dan galas
kita telah marah - jangan marah sahaja
tapi tidak melakukan apa apa
datang ke majlis ini buktikan
kemarahan anda sebelum kita
semua turun ke jalan raya sekali
lagi kah kah kah - TT
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Thursday, November 4, 2010
KEPUTUSAN GALAS DAN BATU LEMBU
بسم الله الرحمن الرحيم
GALAS
Keputusan rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi.
BATU SAPI
Linda Tsen (BN-PBS) - 5,051
Yong Teck Lee (SAPP) - 1,018
Ansari Abdullah (PKR) - 1,709
Majoriti - 3,342
Note: kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa pilihanraya telah lama diharamkan
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
SI BODOH DARI MELAKA NAK KENA SAMAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Lim Kit Siang Saman Ali Rustam & Berita Harian
Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini mengarahkan peguamnya mengemukakan saman terhadap laporan akhbar Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah di dalam kempen pilihan raya kecil di sebuah ceramah di Sungai Terah, Gua Musang, semalam.
Malah kata Lim, beliau langsung tidak hadir pada cermah di Kampung Baru Hulu di kawasan Galas yang juga dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim .
"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini merupakan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau.
"Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan Kesedar seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," kata Lim pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Berita Harian dalam laporannya semalam membidas Lim dan DAP yang didakwa semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang Umno kafir.
Akhbar itu memetik Ali Rustam sebagai berkata tindakan DAP mengkafirkan Umno itu adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.
“Yang kita sedihnya apabila Lim menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir 'Allahuakhbar' oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain.”
“Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya,” Ali Rustam dipetik oleh Berita Harian.
Malah lebih mendukacitakan kata Lim, Pemuda Putrajaya Umno membuat laporan polis ke atasnya berhubung laporan palsu itu.
Sehubungan itu, Lim berkata satu laporan polis juga akan dibuat oleh DAP Gua Musang terhadap kedua-dua pihak, hari ini.
Ketika ditanya mengenai saman yang akan dikemukakan itu, Lim berkata saman itu bagi menuntut pihak terbabit menarik balik dakwaan serta meminta maaf di atas kenyataan disifatkan sebagai pembohongan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga hadir pada sidang media ini menuntut Berita Harian menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf.
“Tiada pemimpin DAP yang kata Umno kafir. Kita bukan Islam macam mana nak tuduh orang lain kafir?” soalnya.
Ditanya sama ada parti itu akan menuntut bayaran ganti rugi atau pampasan daripada akhbar berkenaan, Guan Eng berkata perkara itu membabitkan maruah dan bukannya kerana wang.
Note: Apa la nasib rakyat negeri melaka. Ada ketua menteri pun bodoh... kah..kah..kah..kah.. ni la umpamanya ketam mengajar anak berjalan tegak... kah..kah..kah..kah... tak pasal-pasal kena saman. Inilah bahananya kalau ketua menteri ada sarjana muda bancuh simen jer.. kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
HOW MUCH IS YOUR AIR FARE
بسم الله الرحمن الرحيم
Klick image to enlarge
This UMNOPUTRA lives in a RM25 million house / home on a RM15K salary per month. and yet has been cleared by MACC for corrupt practises ( I WONDER WHY?). if you were an ordinary joe bloke, income tax itself would have asked you where did u get the money to buy a RM25 million house on such a meager gaji. but MACC says NFA to be taken! (REALLY)
rotten to the core......
THERE IS NONE SO BLIND AS THE PERSON WHO DOES NOT WANT TO SEE!!!
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Wednesday, November 3, 2010
NI NAK SEBUT BINATANG ATAU BANGANG NI?
بسم الله الرحمن الرحيم
PERKASA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP NIK AZIZ
PERKASA membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli kelmarin.
Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris (tengah, foto atas) di balai polis Gua Musang.
Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 petang.
Bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad (kiri) yang juga ketua PERKASA Kelantan, turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.
"SPRM juga perlu siasat sama ada penerima sumbangan tersebut ialah pengundi dalam pilihan raya yang akan berlangsung esok," katanya kepada media.
SPR: ZAKAT ATAU TIDAK, BERI WANG DIANGGAP SOGOKAN
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.
Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.
"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.
SPR ANGGAP PAS CUBA BELI UNDI – berita hairan
Ni si muhyidin ni bagi duit pada penduduk galas, SPR dgn PERKASA kenapa diam?
GUA MUSANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada setiap pengundi luar yang tinggal di Lembah Klang dan Johor supaya pulang mengundi pada 4 November ini sebagai cubaan membeli pengundi, sekali gus menyalahi Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika terbukti menyalahi akta berkenaan, kemenangan calon parti berkenaan pada pilihan raya kecil itu boleh dibatalkan menerusi petisyen pilihan raya.
“Walaupun parti itu mendakwa mereka berniat baik bagi mengurang beban pengundi untuk balik mengundi, tindakan itu boleh ditafsirkan kaedah memancing undi dengan cara membeli undi.
RATUSAN BERATUR DIPANAS TERIK UNTUK DAPAT RM100 – mkini
Lebih 300 orang beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.
Kebanyakan yang beratur hari ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.
VIDEO WANITA UMNO RASUAH WARGA BATU SAPI - mnews
Boleh tengok kat SINI
Note: Kah..kah..kah..kah.. bila tuduhan untuk PAS, SPRlah yang jadi badan bertindak paling pantas diikuti oleh Persatuan Katak Semalaysia (PERKASA) . Macam-macam dalil diubah.. macam-macam kenyataan dibuat asalkan PAS kalah secara teknikal. Bila puak-puak umno rasuah, SPR dan persatuan katak ni tak keluar satu suara pun. kah..kah..kah..kah... semuanya halal, mungkin orang umno kalau makan babi pun SPR dan PERKASA ni fatwakan sebagai halal agaknya. kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
BERI ACAI
بسم الله الرحمن الرحيم
Beri Acai (Acai Berry)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Namanya yang pelik, mengingatkan saya kepada salah seorang sahabat EnSyuJin yang dipanggilnya 'Acai'. Saya belum pernah melihat buah beri acai ini dan agak kagum dengan khasiatnya. Sebetulnya, entry kali ini adalah request seorang pengunjung belog (zaza). Semoga bermanafaat untuk tatapan semua.
Beri acai atau nama botaninya euterpe oleracea adalah sejenis buah yang kini mendapat perhatian ramai berikutan khasiatnya terhadap kesihatan tubuh manusia. Buah beri acai dikatakan berasal dari hutan hujan Amazon. Sebenarnya, buah beri acai ini telah digunakan selama beribu tahun lalu, tetapi ia hanya diperkenalkan pada masyarakat Barat pada tahun 1990. Lapan spesis asli buah beri acai berasal dari Amerika Tengah dan Selatan, iaitu dari Belize selatan ke Brazil dan Peru. Pokok beri acai tumbuh terutamanya di paya dan dataran banjir. Pokok beri acai agak tinggi, mempunyai batang yang kurus dan ramping. Ia mampu tumbuh hingga mencecah 15-30 meter, dengan daun menyirip (pinnate) dan boleh mencapai 3 meter panjang.
Pokok beri acai
Masyarakat yang menghuni hutan Amazon menggunakan beri acai untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Malah, ada yang menggelar buah beri acai sebagai permata rahsia dari hutan hujan Amazon. Buah beri acai diperoleh dari pohon palma. Buahnya berada dalam kelompok dan bergantungan pada dahan-dahan pohon ini. Setiap pohon palma menghasilkan kira-kira 20 kilogram buah yang dihasilkan setiap tahun. Buah beri acai dihasilkan dalam malai bercabang daripada 500-900 buah.
Buah beri acai kecil kira-kira 1 inch (25 mm), berbentuk bulat, berwarna ungu kehitaman di keliling, hampir sama tetapi lebih kecil daripada anggur dan dengan pulp kurang dan bijinya lebih besar daripada biji anggur. Buah ini memiliki biji tunggal yang besar sekitar 0.25-0.40 inci (7-10 mm) diameter. Buah matang adalah warna ungu, atau hijau, bergantung pada jenis Acai dan tahap kematangannya. Kulit buah ini lembik dan tipis, dengan ketebalan konsisten 1 mm atau kurang. Ini mengelilingi isi buah tebal dan keras, yang mengandungi biji yang agak besar, sekitar 80% dari buah.
Melalui kajian yang telah dilakukan oleh pengamal perubatan professional di Amerika Syarikat, buah beri acai dikatakan mengandungi pelbagai zat seperti besi, kalsium, karbohidrat, serat dan antioksidan. Buahnya turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting termasuklah vitamin B, E, asid lemak (fatty acid) Omega 3, Omega 6 dan Omega 9.
Buah beri acai yang telah dijadikan jus dikatakan mempunyai protein lebih daripada telur. Protein adalah sumber utama dan merupakan komponen penting bagi hormon dan kebanyakan tisu tubuh termasuklah organ dan otot-otot. Protein juga membantu pembentukan lapisan luar rambut, kuku dan kulit.
Jus buah beri acai mengandungi glukosamin. Sebatian ini mampu membantu menguatkan tubuh dan mengekalkan tisu tubuh. Kalsium yang dimiliki oleh buah beri acai boleh menguatkan tulang, mencegah keretakan dan mencegah kehilangan tisu tulang. Zat ini sesungguhnya amat penting bagi wanita yang mengalami masalah sakit haid melampau, kerana ia melindungi lapisan perut dan rahim, sekaligus membantu mengurangkan sakit akibat kekejangan dan pembengkakan.
Mampu beri perlindungan pada jantung
Antioksidan yang dikenali sebagai polifenol yang terkandung dalam jus buah beri acai dikatakan amat baik untuk melindungi jantung dan memperbaiki penghasilan oksida nitrik dalam sel-sel endothelial. Oksida nitrik dikatakan membantu melindungi saluran darah untuk lebih mengendur dan mengembang, sekaligus mengurangkan tekanan pada jantung dan mengurangkan risiko saluran darah tersekat.
Selain itu buah beri acai juga kaya dengan asid lemak perlu (EFA) yang dikatakan mampu mengurangkan kolesterol tidak baik yang bahaya untuk kesihatan. Anthocyanin dalam buah beri acai boleh melindungi saluran darah yang kecil dan besar termasuk vena, arteri dan kapilari. Indek glisemik rendah yang diberikan buah beri acai mampu memperbaiki tahap glukos dan lipid pesakit diabetes.
Beri tenaga
Antioksidan dalam buah beri acai amat baik untuk kulit. Antocianin dan fitosterol di dalam buah beri acai ini boleh mengurangkan hakisan lapisan perlindungan kulit dan melindungi tisu-tisu penyambung termasuklah kolagen. Bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit, amat sesuai mengambil buah beri acai dalam pemakanan harian.
Zat dalam buah beri acai juga dikatakan mampu merangsang pertahanan semulajadi tubuh dalam menguatkan sistem imun. Ia juga dikatakan mampu mencegah pengoksidaan, salah satu daripada penyebab utama kelemahan sistem imun dan juga mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit.
Buah beri acai mengandungi kandungan lemak yang terdiri daripada asid oleik (56.2% dari jumlah keseluruhan lemak), asid palmitic (24.1%), dan asid linoleik (12.5%). Acai juga mengandungi beta-sitosterol (78-91% dari jumlah keseluruhan sterol). Kandungan minyak dalam buah beri acai mengandungi polifenol seperti oligomer procyanidin dan asid vanillic, asid syringic, asid p-hidroksibenzoik, asid protocatechuic dan asid ferulat, walau bagaimanapun ia menurunkan secara mendadak semasa simpanan atau terdedah kepada suhu panas.
Menurut kajian, serbuk beku-kering beri acai terbukti mempunyai kesan ringan penyekatan atau penghalangan kepada enzim siklooksigenase COX-1 dan COX-2. Ekstrak polifernol dari buah beri dilaporkan mampu untuk mengurangkan anti-pembesaran sel leukemia. Kesan anti-pembesaran ini juga terdapat dalam minyak yang diekstrak dari pulp beri acai.
Dalam kajian terhadap tikus yang diberi diet kolesterol tinggi, makan tambahan dengan pulpa kering buah acai mengurangkan tahap lipoprotein kolesterol dan aktiviti superoksida dismutase dalam darah. Beri acai yang dimakan secara mentah telah diuji sebagai laksatif untuk sistem pencernaan. Ia juga boleh digunakan sebagai pewarna makanan alami.
Jus beri acai
Jus buah beri acai juga dikatakan kaya dengan campuran asid amino perlu dan mineral yang amat baik untuk kekuatan dan penyembuhan selepas aktiviti yang memberi tekanan pada otot. Dengan meminum jus buah beri acai juga dikatakan mampu memberi tenaga selepas melakukan aktiviti senaman dan kerja-kerja seharian. Beta karotena dan vitamin C dalam jus buah beri acai dikatakan mampu memberi zat dalam melindungi kesihatan mata dan mengurangkan komplikasi penyakit kemerosotan makular pesakit diabetes.
Perbandingan beri acai dengan buah-buahan yang lain
Membantu menurunkan berat badan
Buah beri acai dikatakan mampu mengurangkan proses penuaan dan membantu pemulihan sel kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Selain daripada itu, ia dikatakan boleh membantu penurunan berat badan. Agen pengurangan berat badan yang terdapat dalam buah beri acai dikatakan dapat meningkatkan tahap metabolisme yang mampu menyebabkan penurunan berat badan. Hal ini terjadi kerana buah beri acai mengandungi antioksidan (zat yang mencegah tekanan oksidatif dan kerosakan sel) yang sangat besar jumlahnya. Antioksidan membolehkan proses pemecahan lemak berlaku dengan lebih cepat, meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan keletihan. Gabungan kesan ini membuat proses menurunkan berat badan menjadi lebih cepat dan mudah tanpa kesan sampingan yang biasanya berkaitan dengan bahan kimia sintetik. Banyak kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan diet yang tinggi kandungan antioksidan adalah kunci untuk penurunan berat badan.
Berikut disenaraikan beberapa manfaat buah beri acai :
* penurunan berat badan
* peningkatan tenaga
* pencernaan yang baik
* peningkatan kualiti tidur
* peningkatan kesihatan mental
* sistem imunisasi (kekebalan) yang lebih kuat
* memelihara kesihatan kulit (lebih sihat)
* awet muda
* manfaat detoksifikasi
* membaiki peredaran darah
* memelihara kesihatan jantung
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan buah beri acai, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
- bawangoreng@gmail.com
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
BODOH TAPI BUAT-BUAT PANDAI
بسم الله الرحمن الرحيم
UMNO menggunakan taktik kotor dengan membohongi rakyat tentang status kelulusan pendidikan calon BN. Semasa penguguman calon tempoh hari, menyatakan bahawa calon BN berkelulusan SPM sahaja. Tetapi melalui penyebaran risalah di DUN Galas menyatakan calonnya berkelulusan Sarjana Muda Pengajian di UUM.
klik pada image untuk besarkan.
Note: Puak Umno ni nak menipu langsung tak nak buat kajian dulu. tahun 1988 UUM dalam pembinaan lagi.. Tahun 1990 UUM mula operasi. Masa tu abdul aziz ni berkeja sebagai pembancuh simen di tapak binaan UUM agaknya? Apa la punya sengal puak-puak umngok ni. kalau dah desperate sangat pun agak-agak la. ni tak pasal-pasal nampak sangat diri tu bodoh. Ni namanya bakal pemimpin tak bijak, penyokong pun bebal... Sarjana muda la konon.. hark tuihhhh...!!!! sarjana muda pembancuh simen eh? kah..kah..kah..kah..
Klik kalau nak tengok sejarah UUM
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
KERAJAAN TAK AKAN UMUM KENAIKAN HARGA MINYAK
بسم الله الرحمن الرحيم
K'jaan tak lagi umum harga RON 97
Kerajaan tidak akan lagi mengumumkan setiap kenaikan harga petrol gred premium RON 97 kerana ia akan didasarkan kepada harga purata pasaran.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata kementerian berkenaan dan kementerian kewangan akan memantau harga runcit mengikut "harga global".
"Sama seperti melihat harga saham di Bursa, anda perlu mencari sendiri harganya," katanya kepada wartawan di bangunan Parlimen.
Sejak kenaikan terakhir harga petrol pada bulan Julai, di mana harga RON 97 juga tertakluk kepada pengapungan yang berdasarkan harga pasaran, hari ini adalah pertama kalinya harganya meningkat.
Menurut Rohani, dari 16 Julai sampai sekarang, harga petrol di pasaran global adalah stabil dan tidak ada kenaikan harga.
Bulan lalu, tambahnya, harga di pasaran global naik, maka harga petrol pun diselaraskan mengikutnya.
Rohani berkata, kerajaan akan memantau harga purata pasaran setiap bulan. - Mkini
Note: Hari ni minyak naik harga lagi.. Terima kasih kerajaan.. kah..kah..kah..kah.. kami orang-orang umno tetap menyokong kerajaan walaupun kami seringkali diselaraskan dan diperbodohkan.. kah..kah..kah..kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
ALI RUSTAM PENIPU
بسم الله الرحمن الرحيم
MELAKA MAJU : ALI RUSTAM DIDAKWA TIPU RAKYAT - mkini
Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju, lapor HarakahDaily.
Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka mendakwa OECD sebagai badan bebas telah memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu.
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius kerana membabitkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka.
"Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya.
Menurut beliau, rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD itu dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan mengenainya.
KAH KAH KAH...woit….HARAKAH INI PUN SATU…. kah kah kah..woit… BAGI CHAN LAAA…. PAK ALI KITA INI NAK JADI GEDEBE…. kah kah kah.. TAPI ..OECD ITU APA?.... kah kah kah..MEK JAH DARI TANJUNG KELING TANYA… OECD INI JANTAN KE BETINA?... kah kah kah… OECD INI ABANG KEPADA SIDI ORAZA KE?.... kah kah kah.. ATAU ADIK KEPADA ABDULLAH CD…. kah kah kah..woit… OECD INI ADA ANAK PEREMPUAN TAK?..... kah kah kah,…KALAU ADA SILA HANTAR KE MALAKA… kah kah kah.. BOLEH KENA CC DAN BOLEH KENA SI DI OLEH SEORANG TAMBI…. kah kah kah
nota:
sprm sila siasat
ini satu scam besar
ini satu kes tipu
berapa banyak duit belanja masa buat peristiharan?
siapa yang dapat kontrek?
ini projek tipu siapa?
mustahil sprm tak baca akhabar
kalau dulu di ipoh surat layang pun disiasat
kes ini ada kenyaataan resmi dari oecd
tak kan takut dengan oecd pulak kah kah kah - TT
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Tuesday, November 2, 2010
GAMBAR SUAMI SEDANG MENYUAPKAN ISTERI TERSAYANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Note: Kah..kah..kah..kah... xder telur....
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Monday, November 1, 2010
VIDEO PAS SEDANG MEMBERI RASUAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Galas - Pemuda Umno Akan Buat Laporan Rasuah PAS Kepada SPRM
Jika terbukti Pas membuat pembayaran RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas 4 November ini, Pemuda BN akan buat laporan kepada SPR dan SPRM agar mengambil tindakan segera terhadap Pas, ujar Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazelan Baharuddin.
“SPR telah buat kenyataan bahawa tindakan dan cadangan mereka ini merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi,” ujarnya ketika ditemui berkempen bersama calon BN, Ab Aziz Yusoff pagi tadi.
“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.
“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.
Note: Kah..kah..kah..kah... Baru aku tahu kelim duit tambang tu dikira salah.. Tapi selama ni ahli umno yang tinggal di luar kawasan bila balik mengundi tempat sendiri, boleh menuntut duit tambang SPR tak pernah pula kata itu dikira rasuah politik? oooo... aku lupa plak.. dah tentu la SPR tu kelab penyokong umno. kalau umno "apa saja umtukmu..." kah..kah..kah..kah..
Tu video umno bagi duit apa tu? Mesti SPR akan tolong umno jawabkan.. " pas jangan suka-suka menuduh umno parti yang suci ini... mungkin mereka sedang mengagihkan wang zakat.." kah..kah..kah..kah... lantak ko la labu... ko jawab la sendiri dengan Allah nanti.
SPR = Sial Punya Roswah.... kah..kah..kah..kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Sunday, October 31, 2010
GBWR- MULUT PALING LEBAR DIDUNIA
بسم الله الرحمن الرحيم
Bakat Joaquim yang dikenali sebagai Chiquinho itu ditemui oleh beberapa penyelidik Guinness Book of World Records yang mencarinya menerusi laman YouTube di internet.
Selepas dua tahun mencarinya, para penyelidik itu dapat berjumpa dengannya di bandar kelahirannya di Angola.
Sejak itu, Joaquim yang berusia 20 tahun menjadi popular di Internet dengan videonya dilihat ribuan kali.
Joaquim menyatakan, mimpinya menjadi kenyataan apabila dia diberikan penghormatan oleh Guinness Book of World Records yang mencatatkan namanya sebagai pemegang rekod dunia kerana memiliki mulut paling lebar. – Agensi
Note: Sebelum ini rekod dipegang oleh seorang makcik umno di Malaysia.. gambarnya ada kat bawah ni...
Note: jgn marah jer makcik gurau jer.. hehehee..
GULA DARIPADA HABUK KAYU
بسم الله الرحمن الرحيم
UMP cipta gula daripada habuk kayu
MIMI SAKINAH menunjukkan gula daripada habuk kayu ciptaannya di UMP, Jalan Gambang, Kuantan semalam.
KUANTAN: Seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mencipta gula alternatif daripada habuk kayu khusus untuk pesakit diabetes.
Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim memberitahu, gula baru itu tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan dan boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik.
"Gula ciptaan saya ini adalah baik jika dibandingkan dengan gula alternatif untuk pesakit diabetes di pasaran yang dipercayai mengandungi bahan kimia aspartam yang boleh menyebabkan tumor otak.
"Berdasarkan penyelidikan selama tiga tahun, saya dapati semua jenis habuk kayu mampu menghasilkan gula tetapi buat masa ini gula yang dihasilkan hanya daripada habuk kayu jenis meranti dan cengal," katanya pada majlis meraikan kejayaan cemerlang penyelidik UMP di sini semalam.
Mimi Sakinah menyertai British Invention Show 2010 di London baru-baru ini.
Pada pameran di London itu, beliau dan dua lagi penyelidik UMP termasuk Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Rosli Mohd. Yunus dan Dr. Zularisam Ab. Wahid berjaya mendapat pingat emas dalam kategori masing-masing pada pertandingan selama empat hari bermula 13 Oktober lalu.
-kosmo-
Note: Teringat kat bekas awek aku yg jadi lecturer kat gambang dulu.... he..he..he