Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, December 26, 2009

MAN SLEEPS WITH DEAD WIFE FOR FIVE YEARS

بسم الله الرحمن الرحيم


They say love knows no boundaries, but this is taking it a little too far. A Vietnamese man has been sleeping next to his wife’s corpse for the last five years, Le Van, a 55-year-old man from Quang Nam province, Vietnam, lost his wife in 2003. Because he couldn’t go to sleep at night without hugging his beloved spouse, he slept on top of her grave for about 20 months. When he couldn’t stand the rain and wind anymore, he decided to dig a tunnel into the grave, so he could sleep with his wife. When the kids heard his crazy plan, they did everything they could to stop him, so Le Van had to think of another way he could cuddle up to his wife at night. In 2004 he unearthed her remains, wrapped them in pieces of paper and a clay mould and put a dummy mask on her face. The man has been sleeping next to his dead wife ever since.












UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

MAKSUD AS-SAWADUL A'ZHAM

بسم الله الرحمن الرحيم


Kritikan Ke Atas Tulisan Yusri Mohamad: Maksud as-Sawadul A'zham (السواد الأعظم)


Artikel ini adalah sebuah jawaban kepada Yusri Mohamad, seorang Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga merupakan Bekas Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM).

Beliau sebagaimana tulisannya yang disiarkan di dalam Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 November 2009, Sabtu, di bahagian Rencana, m/s. 10, Bertajuk: Mencari Kebenaran Beragama: Menyeru supaya umat Islam mengikuti praktik agama (Islam) yang dianut oleh golongan majoriti dengan alasan menggunakan kalimah as-Sawadul A’zam dan arus perdana.

Berikut dinukilkan sebahagian perkataan beliau sebagaimana rujukan:

1 - Tolaklah Yang Syaaz (ganjil), Ikutilah Arus Perdana...

2 - ...panduan yang sangat utama dalam memilih kebenaran dalam agama adalah dengan kesetiaan dengan aliran arus perdana dan mengelakkan aliran-aliran yang Syaaz (ganjil, asing dan kontroversi) .

3 - ...mengenali dan menolak yang Syaaz adalah prinsip pokok dalam Islam seperti yang dinyatakan nas-nas termasuk ayat 115, surah al-Nisa’ dan hadis yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menghimpunkan Umat ini di atas suatu kesesatan, dan sesungguhnya Tangan Allah itu bersama al-Jamaah, maka ikutlah as-Sawadul A’zam (majority ulama) dan sesiapa yang mengasingkan diri maka dia mengasingkan dirinya ke Neraka.”

4 - ... Malangnya, kita dapati ada tokoh-tokoh tertentu yang banyak mempertikaikan (baca menyesatkan) amalan-amalan yang sudah diterima umum dalam masyarakat kita yang ada asasnya di dalam Islam seperti tahlil arwah, bacaan Yasin di waktu tertentu dan berubat dengan air yang dijampi.

(Sekian nukilan)

Jadi, atas sebab tulisan beliau tersebut, maka artikel ini pun diusahakan dan disusun dengan harapan mampu memberi penjernihan.

Ini setelah dikenal pasti bahawa artikel beliau banyak membawa kerancuan berbanding kebenaran. Dan artikel beliau tidak berpijak kepada realiti prinsip agama yang sebenar yang berdiri di atas dalil-dalil yang sahih berpandukan kefahaman generasi awal umat Islam. Bahkan beliau
secara halus cuba mempengaruhi golongan awam supaya meninggalkan prinsip generasi awal (salaf as-Soleh dari kalangan ulama sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam) dengan mengajak supaya mengikuti agama arus perdana.

Walau bagaimanapun, artikel berikut ini hanya memfokuskan kepada maksud sebenar as-Sawadul A’zham. Sekaligus menunjukkan Yusri Mohamad telah keliru di dalam memahami makna as-Sawadul A’zham dan kefahaman beliau tersebut perlu ditinggalkan.

Hadis Iftiraqul Ummah (Perpecahan Umat):

Apabila membahaskan berkenaan hadis as-Sawadul a’zham, ia akan turut membawa kita kepada hadis iftiraqul ummah (perpecahan umat). Maka, di sini dibawakan beberapa hadis berkaitan secara ringkas.

Telah mengkhabarkan kepadaku Waqiq, daripada ‘Abdul ‘Aziz iaitu al-Majisyun, daripada Shodaqah B. Yasar, dari an-Numairi, daripada Anas B. Malik, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya bani Isra’il telah berpecah menjadi tujuh puluh golongan, dan ke atas kamu juga akan berlaku perpecahan sebagaimana mereka, semuanya ke Neraka kecuali satu golongan.” (Hadis Riwayat Ahmad, 19/241, no. 12208. Musnad Ahmad, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth)

Berkata Syaikh Syu’aib al-Arnauth (berkenaan hadis tersebut):

Hadis ini sahih dengan syawahid (sokongan/penguat) . Diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah, Ibn Abi ‘Ashim di dalam as-Sunnah, daripada Hisyam B. ‘Ammar, daripada al-Walid B. Muslim, daripada al-‘Auza’i, dari Qotadah, daripada Anas, dengan lafaz: “Semuanya di Neraka kecuali satu (golongan), dan ia adalah al-Jama’ah”. Dan sanadnya hasan dengan syawahid. Dan daripada Abi Umamah sebagaimana diriwayatkan Ibn Abi ‘Ashim, Muhammad Nashir al-Marwadzi, ath-Thabrani, al-Laalika’i, dan al-Baihaqi dengan lafaz: “Kecuali as-Sawadul A’zham”. Dan isnadnya hasan.

Juga hadis:

Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan bahawasanya umat ini juga akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan. Tujuh puluh dua di neraka, dan yang satu di dalam jannah, dan mereka itu adalah al-Jama’ah. (Rujuk: Abi Daud, Sunan Abi Daud, 12/196, no. 3981. Al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/404, no. 204. Daripada hadis Mu’awiyah B. Abi Sufyan)

Serta:

Dan sesungguhnya bani Isra’il telah berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan ummatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan. Semua mereka di neraka kecuali satu golongan.

(Para sahabat bertanya): Siapakah dia (golongan yang satu) ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berada pada apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya. (Rujuk: at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 3/235, no. 2565. Al-Albani, Shohih Sunan at-Tirmidzi, 6/141, no. 2641. al-Albani, Taraji’at al-‘Allamah al-Albani fi at-Tashih wa at-Tad’if, 1/35, no. 9. Daripada hadis ‘Abdullah B. ‘Amr)

Dalam riwayat yang lain berkenaan golongan yang satu:

Mereka adalah orang-orang yang keadaannya sebagaimana keadaanku dan keadaan para sahabatku pada hari ini. (Nota: Hadis berkenaan perpecahan umat ini diriwayatkan daripada beberapa sahabat, seperti: Abu Hurairah, Mu’awiyah B. Abi Sufyan, Anas B. Malik, ‘Auf B. Malik, Ibnu Mas’oud, Abi Umamah, ‘Ali B. Abi Thalib, Sa’ad B. Abi Waqqas radhiyallahu ‘anhum. Hadis ini adalah hadis yang sahih. Sahihnya hadis ini diperakui oleh antaranya: at-Tirmidzi, al-Hakim, adz-Dzahabi, al-Baghawi (Syarhus Sunnah), asy-Syathibi (al-I’tisham), Ibnu Taimiyah (Majmu’ al-Fatawa), Ibnu Hibban (Shohih beliau), Ibnu Katsir (Tafsir al-Qur’an al-Adzim))

Penjelasan:

Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali hafizahullah berkata:

Lafaz-lafaz hadis:

1 – Sesiapa sahaja yang berada pada jalan yang aku dan para sahabatku berada hari ini (Ma ana ‘alaihi wa al-Yaum wa ash-Habihi),

2 – al-Jama’ah, dan

3 – as-Sawadul a’zham,

ini maknanya adalah satu dan tidak berbeza, sama, dan tidak berselisih, sejalan dan tidak bertolak belakang, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-Ajurri rahimahullah di dalam kitabnya asy-Syari’ah. Beliau berkata:

Rasulullah ditanya, “Siapakah an-Najiyah (golongan yang selamat)?”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab dengan jawaban yang ada dalam hadis “Sesiapa sahaja yang berada pada jalan yang aku dan para sahabatku berada hari ini (Ma ana ‘alaihi wa al-Yaum wa ash-Habihi)”.

Juga menjawab dengan jawaban yang ada dalam hadis yang kedua (al-Jama’ah).

Juga yang ada di dalam hadis yang ketiga iaitu as-Sawadul a’zham dan ada juga di dalam hadis yang keempat, iaitu “semuanya di neraka kecuali satu, iaitu al-Jama’ah”.

Al-Ajurri berkata: (Semua itu) Maknanya satu insya Allah. (Rujuk: Salim ‘Ied al-Hilali, Mengapa Memilih Manhaj Salaf (Judul Asli: Limadza Ikhtartu al-Manhaj as-Salafy?), m/s. 61-62, Pustaka Imam Bukhari, Cet. 5, 2007)

Berkenaan perkataan al-Jama’ah, Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu menyebutkan (menjelaskan) sebagaimana berikut:

Sesungguhnya kebanyakan manusia berpecah dari al-Jamaah dan al-Jamaah itu adalah apa yang bersesuaian dengan kebenaran meskipun anda berseorangan. (Rujuk: Imam ‘Abdurrahman B. ‘Ismail Abu Syamah, al-Ba’its ‘ala Inkaril Bida’ wal Hawadits, 1/22)

Sesungguhnya al-Jama’ah itu adalah sesiapa yang mengikuti ketaatan kepada Allah meskipun engkau berseorangan. (Rujuk: al-Laalika’i, Syarah Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, 1/163)

Abu Syamah rahimahullah berkata:

Sebenarnya pilihan yang terbaik untuk diri anda adalah memilih Allah dan Rasul-Nya, di mana telah datang perintah supaya berpegang teguh kepada al-Jama’ah. Maka yang dimaksudkan dengannya adalah berpegang teguh kepada kebenaran dan mengikutinya, walaupun orang yang berpegang teguh itu sedikit dan yang menyelisihinya itu banyak. Kerana kebenaran adalah apa yang berada pada Jama’ah (kumpulan) pertama, iaitu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama para Sahabatnya. Dan janganlah kita mengambil kira golongan setelah mereka yang berada di atas kebatilan walaupun jumlah mereka adalah ramai (majoriti). (Rujuk: Imam ‘Abdurrahman B. ‘Ismail Abu Syamah, al-Ba’its ‘ala Inkaril Bida’ wal Hawadits, 1/22)

Ibnu Hibban berkata di dalam Shohihnya:

Abu Hatim berkata: Perintah berjama’ah disebutkan dengan lafaz umum, tetapi apa yang dimaksudkan adalah khusus, kerana al-Jama’ah adalah ijma’ para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dengan itu, sesiapa yang berpegang teguh kepada apa yang ditempuh oleh para sahabat (mengikuti prinsip para sahabat) walaupun mereka bersendirian (terasing) dari orang-orang setelah mereka, maka mereka tidaklah termasuk orang-orang yang menentang dan menyelisihi al-Jama’ah. Tetapi sesiapa yang menyelisihi para Sahabat dan mengikuti prinsip orang-orang setelah mereka (setelah para sahabat), maka dia adalah terkeluar dari al-Jama’ah (menyelisihi al-Jama’ah). Sedangkan pengertian al-Jama’ah setelah sepeninggalan para Sahabat adalah orang-orang yang pada diri mereka berkumpul tiang-tiang agama, akal, dan ilmu, serta sentiasa meninggalkan hawa nafsu yang ada pada mereka dan jumlah mereka adalah sedikit. Dan bukanlah al-Jama’ah itu kumpulan manusia sebarangan dan orang-orang kecil yang tidak berilmu walaupun jumlahnya ramai. (Rujuk: Ibnu Hibban, Shohih Ibnu Hibban, 26/6)

Maksud Sebenar as-Sawadul A’zham

Berkata Imam Ibnul Atsir rahimahullah:

Dan yang dimaksudkan dengan 'Alaikum bi as-Sawadul A'zham (Kamu di atas as-Sawadul A'zham) adalah sekumpulan besar manusia yang berhimpun di dalam mentaati sultan (pemimpin) dan berjalan di atas jalan yang benar (lurus). (Rujuk: Ibnul Atsir, an-Nihayah Fi Ghoribil Hadis, 2/1029)

Berkata Imam al-Barbahari rahimahullah:

Wahai saudaraku rahimakallah, bahawasanya agama itu adalah hanya apa yang datang dari Allah Tabaraka wa Ta'ala dan bukanlah apa yang ditetapkan oleh akal serta pemikiran manusia. Setiap ilmu agama itu sumbernya adalah dari Allah dan Rasul-Nya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu sehingga kamu terlepas dari agama lalu keluar dari Islam. Tidak ada alasan bagi kamu, kerana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah menjelaskan kepada seluruh umatnya dan mengajarkan kepada para sahabatnya dengan lengkap. Mereka adalah al-Jama'ah dan as-Sawadul A'zham. As-Sawadul A'zham adalah kebenaran dan para pembelanya, maka sesiapa yang menyelisihi para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam sebahagian perkara agama, maka dia termasuk orang yang ingkar (kafir). (Rujuk: Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, m/s. 22, Tahqiq: Muhammad Sa'id Salim al-Qahthani)

Ishaq B. Rahawaih berkata (sebagaimana yang dibawakan oleh Imam asy-Syathibi rahimahullah) :

Ishaq (B. Rahawaih) berkata: Jika kamu bertanya kepada orang-orang yang jahil berkenaan maksud as-Sawadul A’zham, sudah tentu mereka akan menjawab: majoriti/himpunan (jama’ah) manusia, dan sebenarnya mereka tidak mengetahui bahawa al-Jama’ah itu adalah para ulama yang berpegang teguh kepada atsar (jejak/prinsip) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta golongan yang sentiasa bersama beliau, dan mereka yang mengikutinya adalah al-Jama’ah. (Rujuk: asy-Syathibi, al-I’tisham, 1/482)

Imam asy-Syathibi telah membawakan lima pendapat berkenaan maksud al-Jama’ah. Di antara pendapat tersebut sebagaimana yang telah diringkaskan oleh Syaikh Alawi ‘Abdul Qadir as-Saqqaf:

(Al-Jama’ah) yang dimaksudkan adalah as-Sawadul A’zham (majoriti) dari umat Islam. Dari pandangan ini, yang termasuk ke dalam al-Jama’ah adalah para mujtahid dan ulama ummat ini, para ahli fiqh, serta orang-orang yang mengikuti dan mencontohi mereka. Setiap orang yang tidak mengikuti mereka bererti dia telah memisahkan diri dari al-Jama’ah dan akan menjadi mangsa syaitan. Dan mereka yang tergolong ke dalam kelompok yang keluar dari al-Jama’ah adalah semua ahli bid’ah. Kerana mereka menyelisihi para pendahulu umat ini.... (Rujuk: Alawi B. ‘Abdul Qadir as-Saqqaf, Mukhtashar Kitab al-I’tisham, m/s. 133-134. Edisi Terjemahan: Ringkasan al-I’tisham Imam asy-Syathibi, m/s. 198, Media Hidayah, Cet. 2003M)

Dan setelah membawakan pandangan-pandangan tersebut, beliau (asy-Syathibi) berkata:

Maka lihatlah, dari sini kita dapat mengetahui kesalahan mereka yang mengatakan bahawa al-Jama’ah itu ditentukan berdasarkan majoriti manusia, walaupun tidak terdapat seorang alim pun di dalam kumpulan mereka. Dan bahawasanya ini hanyalah prasangka orang-orang awam, bukannya kefahaman para ulama. Dari itu, kita perlulah memperteguhkan pendirian kita supaya tidak tergelincir sebagaimana mereka dan supaya tidak tersesat memasuki jalan yang buruk. Tiada taufiq untuk itu melainkan hanya dari Allah. (Rujuk: asy-Syathibi, al-I’tisham, 1/482)

Penjelasan Berkenaan Ijma’:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia bergelumang terhadap kesesatan yang telah meliputinya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah an-Nisa’, 4: 115)

Berkenaan ayat ini, al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan:

Firman Allah “Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya” adalah sesiapa yang berjalan di atas selain jalan syari’at yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dengan sebab itu dia telah berada di suatu kedudukan tertentu, manakala syari’at pula berada pada kedudukan yang lain. Perkara tersebut berlaku dengan sengaja setelah jelas, nyata dan terangnya kebenaran.

Firman Allah “Dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin” ini saling berkait dengan sifat nash yang pertama tadi. Tetapi, bentuk penyimpangan tersebut boleh merujuk sama ada kepada penyimpangan dari pemberi syari’at atau boleh juga merujuk kepada ijma’ (kesepakatan) umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang telah diketahuinya secara pasti. Kerana ayat ini mengandungi jaminan untuk kesepakatan mereka yang tidak mungkin salah, sebagai pengiktirafan bagi mereka dan pengagungan bagi Nabi mereka. Terdapat begitu banyak hadis sahih yang menjelaskan perkara tersebut. Dan ayat ini pula yang dijadikan sandaran (dasar) oleh Imam asy-Syafi’i rahimahullah di dalam berhujjah iaitu bahawa ijma’ merupakan hujjah yang diharamkan bagi seseorang untuk menyelisihinya, setelah melalui penelitian yang penuh kehati-hatian dan perkiraan yang lama. Perkara tersebut merupakan hasil kesimpulan yang terbaik dan kuat, walaupun terdapat sebahagian ulama yang mempersoalkannya dan menganggapnya terlalu jauh. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-Adzim, 2/412-412)

Dapat kita lihat bahawa Imam asy-Syafi’e menjelaskan ijma’ itu terjadi dengan penelitian yang penuh kehati-hatian. Dan ia merupakan hasil sebuah kesimpulan yang terbaik dan kuat.

Dan perlu kita fahami bahawa sesuatu ijma’ itu terjadi dengan tidak menyelisihi dalil-dalil syar’i. Sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Katsir bahawa mereka yang menyelisihi syari’at yang dibawa Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, mereka sebenarnya berada pada kelompok lain yang berbeza dari kelompok Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Jadi dengan itu, mereka yang menyelisihi syari’at Muhammad, sebenarnya mereka telah terkeluar dari lingkungan ijma’, biarpun mereka berhujjah bahawa merekalah yang berpegang dengan ijma’ disebabkan ramainya bilangan mereka. Hakikatnya, jumlah yang ramai itu bukanlah ukuran menentukan sesuatu itu berpijak di atas kebenaran.

Para ulama telah bersepakat bahawa umat Islam tidak akan bersepakat melainkan di atas dalil syar’i. Kerana umat ini tidak mungkin bersepakat di atas hawa nafsu dan berkata tentang Allah dengan tanpa ilmu atau berkata tanpa dalil. Sekiranya terdapat di antara mereka yang berkata dan membuat kesimpulan sesuatu hukum tanpa berpijak kepada dalil, maka ini adalah merupakan kesalahan. Dan ijma’ itu sesekali tidak mungkin terjadi dengan menyelisihi dalil.

Malah, sekiranya masing-masing mengeluarkan pendapat tanpa berpandukan kepada dalil, nescaya tidak akan terjadi penyatuan tetapi bahkan sebaliknya perselisihan atau perpecahan. Ini dapat diperhatikan berdasarkan realiti yang terjadi kepada umat Islam hari ini. Mereka saling tidak bersepakat dan berselisih dalam pelbagai perkara. Sebahagian besar dari mereka meninggalkan tafsiran-tafsiran agama yang telah dirintis oleh para sahabat (generasi awal umat Islam). Bahkan mereka mereka-cipta pelbagai jenis ritual-ritual agama yang baru yang tidak pernah diamalkan oleh generasi awal. Mereka menafsirkan agama berpandukan kepada akal, ilmu kalam (mantiq), kasyaf, mimpi, dan seumpamanya.

Akibatnya, terjadilah sebagaimana yang sepatutnya terjadi pada hari ini. Mereka bukan sahaja berselisih dalam persoalan kecil/remeh (yang boleh dimaafkan dan padanya boleh berlapang dada), bahkan soal prinsip pun sudah jauh berbeza, sekaligus membuahkan pelbagai perpecahan dan kelompok. Ini dapat dilihat dengan munculnya pelbagai firqah-firqah dari kalangan umat Islam, bukan sahaja di peringkat negara kita, tetapi global di peringkat dunia.

Di antara contoh yang dapat kita lihat dari pelbagai firqah pemikiran yang muncul dan semakin berkembang pesat adalah seperti menyebarnya gerakan pengebom berani mati yang meletupkan diri membunuh orang awam sesuka hati, kumpulan Hizbut Tahrir yang bermati-matian memperjuangkan aqidah khilafah, kumpulan Tabligh yang mengajak banyak beribadah namun kurang menekankan keilmuan, pelbagai jenis Sufi/Tarekat, munculnya pelbagai kumpulan zikir malah boleh berzikir sambil menyanyi dan menari, gerakan al-Qaeda, kumpulan takfiri (gemar mengkafir), Ikhwanul Muslimin, golongan kuburi (pemuja kubur), pemberontak, anti hadis (Qur'aniyun), al-Asya'irah yang mendahului Allah dalam persoalan ash-Shifat, Syi'ah (pengkafir para sahabat-sahabat Nabi), Murji'ah (yang hanya mementingkan hati dan meninggalkan amal), dan ini hanyalah sebahagian sebagai contoh. Masing-masing saling memiliki kerangka pemikiran dan prinsip beragama yang berbeza-beza.

Wallahu a'lam, sebenarnya dengan munculnya firqah-firqah seperti ini hanya akan lebih membenarkan perkataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkenaan perpecahan umat di akhir zaman. Golongan arus perdana manakah yang hendak Yusri Mohamad ikuti dari banyaknya golongan seperti ini? Arus manakah yang perlu orang awam ikuti? Sekali-kali tidak akan berlaku penyatuan di atas perbezaan prinsip yang sangat ketara seperti itu. Adalah lebih mustahil lagi untuk mencapai ijma'!

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya, umatku tidak akan bersepakat di atas kesesatan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 11/442, no. 3940. Dari Anas B. Malik)

Imam asy-Syafi’e rahimahullah menjelaskan:

“Bahawasanya mereka (umat Islam) tidak akan bersepakat untuk menyelisihi Sunnah Rasulullah.” (Imam asy-Syafi’e, ar-Risalah, m/s. 472)

Dan ijma’ yang sebenar adalah ijma’ para ulama salaf (generasi awal) dari kalangan para sahabat, kerana di dalam kalangan umat setelah mereka telah muncul ikhtilaf (perselisihan) yang sangat banyak. Keadaan umat setelah mereka jauh berbeza dengan generasi para sahabat. Adalah merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk terjadinya ijma’ setelah generasi para sahabat disebabkan banyak faktor, namun tidaklah bererti ia sesuatu yang mustahil.

Dengan sebab itulah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menjelaskan supaya mengikuti jalan (prinsip) para sahabat. Dan agama itu sendiri datangnya dari kalangan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ini adalah kerana mereka merupakan orang-orang yang berguru secara langsung daripada Rasulullah. Dan sesiapa yang menyelisihi mereka dari generasi setelah mereka dalam soal cara beragama, sebenarnya mereka telah menyelisihi ijma’ (kesepakatan para sahabat).

Dengan sebab itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Apabila di antara kamu melihat perselisihan, hendaklah kamu bersama as-Sawadul A’zham. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 11/442, no. 3940. Dari Anas B. Malik)

Dan as-Sawadul A’zham itu adalah sebagaimana yang telah dijelaskan. Di antaranya sebagaimana perkataan Imam al-Barbahari:

As-Sawadul A'zham adalah kebenaran dan para pembelanya, maka sesiapa yang menyelisihi para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam sebahagian perkara agama, maka dia termasuk orang yang ingkar. (Rujuk: Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, m/s. 22, Tahqiq: Muhammad Sa'id Salim al-Qahthani)

Dan Rasulullah juga telah menjelaskan bahawa golongan yang selamat itu adalah al-Jama’ah, iaitu mereka yang mengikuti jalan agama yang beliau bawa bersama para sahabatnya.

Ishaq (B. Rahawaih) berkata: Jika kamu bertanya kepada orang-orang yang jahil berkenaan maksud as-Sawadul A’zham, sudah tentu mereka akan menjawab: majoriti/himpunan (jama’ah) manusia, dan sebenarnya mereka tidak mengetahui bahawa al-Jama’ah itu adalah para ulama yang berpegang teguh kepada atsar (jejak/prinsip) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta golongan yang sentiasa bersama beliau, dan mereka yang mengikutinya adalah al-Jama’ah. (Rujuk: asy-Syathibi, al-I’tisham, 1/482)

Golongan Syaazd Atau Golongan Arus Perdana?

Mohamad Yusri turut mempertikaikan mereka yang ganjil (syaazd) dan tidak mahu mengikuti golongan arus perdana. Sekaligus menyeru masyarakat awam supaya mengikuti arus perdana dan meninggalkan yang syaazd (ganjil).

Perkara ini sebenarnya perlu diteliti dan diperhalusi dengan baik. Kerana Islam itu bukanlah sebuah agama yang didirikan di atas kaedah demokrasi.

Tetapi Islam itu adalah agama yang ditegakkan berdasarkan wahyu, tidak semestinya apa yang berlegar sebagai arus perdana itu benar, dan tidak juga semestinya yang syaazd itu salah (batil) dan perlu ditolak.

Untuk itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengingatkan kepada kita melalui banyak firman-Nya:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah”, mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?.” (Surah al-Baqarah, 2: 170)

“Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.” (al-Ma’idah, 5: 100)

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 59)

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6: 116)

Maka, dari itu, biar apa pun keadaannya, sama ada ianya ganjil atau telah menjadi pegangan majority arus perdana. Ia tetap perlu diteliti dengan baik sama ada ianya bertepatan dengan al-Qur’an dan as-Sunnah atau pun tidak. Dan apakah ianya seiring dengan jalan para ulama salaf (iaitu terutamanya dari generasi awal umat Islam dari era para Sahabat Rasulullah). Penentuan yang benar mahu pun yang salah itu bukan ditimbang-tara dengan neraca demokrasi: yang majoriti itu benar dan yang minoriti itu batil. Tetapi hendaklah ia dinilai dengan wahyu. Dan ia memerlukan kepada ilmu di atas prinsip-prinsipnya.

Bahkan, di dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, terdapat pengiktirafan untuk mereka yang asing disebabkan mengikuti sunnah di ketika keadaan majoriti manusia meninggalkan as-Sunnah.

“Islam itu bermula asing lagi aneh (ganjil) dan akan kembali asing sebagaimana asal datangnya. Maka beruntunglah mereka yang dianggap aneh (asing).” (Hadis Riwayat Muslim, 1/350, no. 208)

Di dalam riwayat yang lain:

“Maka beruntunglah mereka yang dianggap aneh (asing), iaitu orang-orang yang melakukan usaha pembaikan (islah) di ketika manusia berkeadaan rosak.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/219, no. 2554. at-Tirmidzi berkata: Hadis ini hasan Sahih)

“Sesungguhnya Islam itu bermula asing (ganjil) dan akan kembali asing sebagaimana asal datangnya. Maka beruntunglah mereka yang dianggap aneh (asing).” (Para sahabat) bertanya:

“Siapakah al-Ghuroba’ (golongan yang asing/ganjil) ?” Rasulullah bersabda:

“Orang-orang yang menjauhi berkelompok- kelompok.” (Hadis Riwayat Ahmad, 6/325, no. 3784. Tahqiq Syu’aib al-Arnauth: Isnad sahih di atas syarat Muslim, para perawinya tsiqah)

Sebelum mengakhiri tulisan ini, saya meminta Yusri Mohamad membuktikan bahawa amalan-amalan seperti Tahlil Arwah dan beryasinan itu adalah merupakan amalan yang telah diijma’kan. Atau sekurang-kurang merupakan amalan sebilangan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Atau mungkin merupakan amalan yang telah diamalkan oleh jumhur ulama generasi awal setelah era sahabat?

Atau sebenarnya hanya sekadar bentuk-bentuk amalan baru ciptaan manusia terkemudian yang menyelisihi ijma’ para ulama generasi awal?

Sebagai penutup, renung-renungkanlah semula perkataan yang anda nukilkan di awal tulisan anda tersebut:

“Akan ada zamannya, di mana yang batil itulah yang paling zahir dan yang Haq itulah yang paling tersembunyi”.

Sekaligus sebenarnya telah menafikan kefahaman anda terhadap kalimah as-Sawadul A’zham di akhir-akhir tulisan anda.

Sekian, Wallahu a’lam...:- an-nawawi


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Friday, December 25, 2009

SISTEM DUA PARTI ILUSI KAUM PEMODAL

بسم الله الرحمن الرحيم



Pada tahun ini, wacana politik dalam negara kita cuba menyebarkan berita tentang kemungkinan terwujudnya sistem dua parti – BN dan Pakatan Rakyat.

Malah huha huha tentang sistem dua parti ini telah tersebar lama. Ada yang tersenyum gembira seperti malam pertama berdua-duaan di bilik bersama kekasih sewaktu mendengar kemungkinan ini. Sistem dua parti ini satu penipuan - satu ilusi yang dirancang oleh kaum pemodal; satu pemesongan projek demokrasi yang amat terancang untuk mengaburi mata orang ramai agar gagal melihat intipati politik dan makna hakiki demokrasi.

Lalu saya bertanya, siapa yang dapat membezakan Pepsi dengan Coke? Siapa yang dapat membezakan Adidas dengan Puma? Hakikatnya, pemilik saham Pepsi juga pemilik saham Coke. Hakikatnya, Puma dan Adidas dua beradik yang membuka peniagaan yang sama – satu kedai di kiri jalan dan sebuah lagi di kanan jalan. Kedua-duanya mengamalkan sistem kapitalis yang berlandaskan keuntungan. Perbezaannya, hanya ejaan yang bermula dengan A dan P. Kita wajib sedar bahawa kaum pemodal akan terus merancang untuk memastikan kepentingan ekonomi mereka selamat. Apa yang mereka pertahankan bukan seekar kebun getah atau sebuah Kancil.

Yang mereka pertahankan, sistem ekonomi kapitalis yang selama 150 tahun ini telah mengembungkan saku dan dompet mereka. Sistem ini telah menjadikan mereka senang- lenang dan kaya-raya dengan harta berbilion-bilion dolar dan ringgit. Kuasa yang mengancam dan menyusahkan kehidupan umat manusia di dunia hari ini sebenarnya kuasa kaum pemodal. Kaum pemodal inilah yang merancang untuk memastikan parti apa yang naik dan parti apa yang turun. Siapa dapat jadi menteri dan siapa yang akan dipencenkan. Para politikus dalam sistem kapitalis ini hanyalah Mat Heboh yang diupah berlabun di Parlimen untuk menggubal undang-undang dan memastikan kepentingan kaum pemodal dijaga rapi.

Perhatikan bagaimana undang-undang yang diluluskan di Parlimen TIDAK akan dan TIDAK pernah menyebelahi kepentingan kaum buruh atau kaum pekerja. Perhatikan, cukai yang dikenakan. Pemotongan cukai untuk kaum pemodal akan diutamakan. Dalam masa yang sama, mereka yang miskin akan berselirat dengan cukai. Kalau tidak percaya, sila tunggu cukai baru: cukai barang dan khidmat. Akan terlondeh seluar dalam Mak Minah dan akan tergadai kapcai Pak Ali apabila cukai ini sampai.

Jika masih belum yakin biar saya nyatakan satu lagi contoh terbaik. Lihat apa yang terjadi kepada dasar kerajaan Pakatan di Selangor yang melarang bangunan didirikan di lereng bukit. Dasar ini cita-cita Pakatan Rakyat ketika berkempen untuk membawa kebaikan dan keselamatan kepada warga. Lihat pula apa yang berlaku di belakang tabir. Kaum pemodal – pemaju dan para kontraktor telah – melobi dan akhirnya larangan ini ditarik kembali. Kenduri menarah bukit diteruskan semula. Lihat pula apa yang terjadi apabila berlaku runtuhan di Bukit Antarabangsa. Laporan yang ingin diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal kerana laporan ini diikat oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Akta seperti ini semuanya diwujudkan untuk memastikan kaum pemodal – syarikat pemaju , kontraktor dan syarikat bekalan air – terselamat dan keuntungan mereka terjamin. Yang mati terkambus telah selamat ditalkinkan, jangan buat bising lagi, biarkan badan mereka dimakan cacing! Kenyataan ini bukanlah tohmahan, propaganda atau berita putar yang saya ajukan kerana saya muflis dan tidak memiliki harta kekayaan. Ia adalah hakikat di hadapan mata kita. Buka mata dan dengar. Buka telinga dan lihat. Klik komputer dan baca. Jangan menjadi Mat Malas. Ketuk kepala lutut dan goncangkan kepala untuk berfikir. Nilai dan fahami mana tohmahan, mana pula yang putar alam dan apa itu kebenaran

Kaum pemodal dan para kapitalis bergerak dengan licik. Ketika ini kaum pemodal di Malaysia melihat dan membaca tanda-tanda politik yang sedang berlaku di dalam negara ini. Mereka menyedari bahawa gaya dan politik lama yang selama ini membawa keuntungan yang amat lumayan tidak mungkin akan berterusan. Apa yang terjadi pada 8 Mac 2008 mengajar mereka untuk memahami bahawa warga dalam negara ini mahukan perubahan dan sedang menuntut hak demokrasi mereka.

Dengan arif dan dengan wang ringgit, kaum pemodal merancang untuk melahirkan apa yang dipanggil “sistem dua parti”. Contoh sistem dua parti ini sedang kita lihat berjalan dengan lancar di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Di UK. ada Parti Konservatif dan Parti Buruh, di Amerika ada Parti Republikan dan Parti Demokrat.

Parti-parti ini bertukar ganti untuk menjalankan pentabiran. Thatcher dari Parti Konservatif akhirnya diganti oleh Tony Blair dari Parti Buruh. George Bush Sr dari Republikan diganti oleh Bill Clinton dari Demokrat. Kemudian Clinton diganti oleh George Bush Jr yang kemudiannya digantikan pula oleh Barack Obama dari Parti Demokrat. Parti politik dan susuk yang memimpin pentabiran kelihatan bertukar berganti. Tetapi hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak berubah. Beginilah silap mata Pepsi Cola dan Coca Cola yang selama ini telah berjaya menipu. Kapitalisme tidak berganjak. Kaum pemodal tidak hilang keuntungan walau parti mana pun yang naik atau turun.

Justeru, perubahan antara Demokrat kepada Republikan atau Konservatif kepada Buruh hanyalah satu ilusi untuk menipu orang ramai. Tidak ada apa-apa perubahan hakiki yang telah berlaku. Tuan punya bank masih kaya-raya. Tuan punya kilang masih memerah tenaga buruh murah. Para kontraktor masih membalon orang ramai. Cukai masih di tahap yang sama. Kaum pemodal terus melipatkangandakan keuntungan. Orang ramai dan para pengundi digula-gulakan dengan perubahan daripada parti ini kepada parti itu; daripada presiden yang ini kepada presiden yang itu. Beginilah helah kaum pemodal agar orang ramai tidak akan menuntut perubahan sistem yang sedia ada.

Dalam kempen-kempen pilihan raya, kita akan mendengar labon dari Mat Heboh yang ingin menjadi YB. Teliti dengan rapi: mereka semuanya berjanji untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih baik daripada yang sedia ada. Apa sebenarnya janji-janji para Mat Heboh bakal YB ini? Mereka berjanji akan menjalankan pentabiran dengan lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih. Ertinya mereka berjanji akan menjadi Mat Heboh yang lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih kepada kaum pemodal. Merekalah Mat Heboh yang terbaik untuk mengendalikan sistem ekonomi kapitalis ini.

Tidak pernah kita mendengar bahawa yang haprak dan yang membawa kemudaratan terhadap umat manusia hari ini ialah sistem ekonomi kapitalis yang mengajukan rukun imannya: keuntungan maksimum. Rukun iman inilah yang sedang membawa porak-peranda kepada kita semua hari ini. Keuntungan maksimum yang dijadikan rukun iman ini akan membolehkan apa sahaja dilakukan asalkan ia membawa untung.

Balak dikeluarkan kerana ia membawa untung. Pelacur datang dari China kerana ia membawa untung. Hospital diswastakan kerana ia membawa untung. Dadah diniagakan kerana ia membawa untung. Jika kita menyedari hakikat ini, maka kita tahu bahawa sistem dua parti ini hanyalah kong kalikong. Tidak ada apa-apa perubahan hakiki yang akan berlaku jika yang diajukan untuk dipilih hanyalah “siapa yang lebih cekap” mentabir sistem kapitalis. Adakah BN lebih baik untuk keuntungan kapitalis atau Pakatan Rakyat yang akan mentabir dengan baik sistem kapitalis ini? Jika inilah persoalannya, maka saya jamin kita semua kena tipu oleh kaum pemodal dengan sistem dua parti yang sedang mereka rancangkan.

Apa yang seharusnya kita tuntut bukan sistem dua parti; bukan siapa yang lebih cekap dan lebih amanah mentabir sistem kapitalis. Yang wajib menjadi rukun iman kita, menghancurkan sistem ekonomi yang berasaskan keuntungan maksimum. Yang menjadi rukun iman, kita berjuang untuk melahirkan sistem ekonomi yang berasaskan kebajikan untuk umat manusia.

Sistem dua parti atau dua ratus buah parti ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki jika kita masih lagi dalam sistem ekonomi yang berimankan keuntungan maksimum. Apa yang wajib kita sokong bukan mereka yang berijazah, berdatuk, bertun atau berserban - ini semua tidak penting. Yang penting, mereka yang bangun berjuang untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang berimankan kebajikan untuk manusia.

Kita jangan ditipu untuk diberi pilihan sama ada untuk membeli kasut Adidas atau kasut Puma. Kita mahukan kasut kulit yang baru. Kita jangan ditipu untuk memilih Coca Cola atau Pepsi Cola. Kita tidak mahu minuman itu; kita kita mahu air buah avocado yang sihat untuk umat manusia. -Hishamuddin Rais


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BOLEHKAH KALAU TIDAK BERHUTANG ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya; "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." (Surah al-Baqarah : 278-279)

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.

UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SOLAT ISTIKHARAH PENTING DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA

بسم الله الرحمن الرحيم



Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terbayangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki mahupun perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan penerangan yang jelas dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:
Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.

Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuan u dan aku mohon kekuatanMu menerusi kudratMu serta aku minta padaMu sebahagian dari limpah kurniaMu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agamaku juga dalam urusan kehidupanku serta natijah pada urusanku, kini dan akan datang, maka tetapkanlah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah muflis. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Showroom untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

- Niatnya: “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat terlebih dahulu).

Terjemahan Doa’ :

Ya Allah!

Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuanMu dan aku mohon kekuatanMu menerusi kudratMu serta aku minta padaMu sebahagian dari limpah kurniaMu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agamaku juga dalam urusan penghidupanku serta natijah pada urusanku, kini dan akan datang, maka tetapkanlah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam

Bro Ritz One


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

KISAH SI UDIN

بسم الله الرحمن الرحيم



TERLUPA MAKAN

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat

Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...

Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.

Udin: Ubat apa ?

Isteri: Ubat tidur.

Udin: @#%^#^????

NENEK UDIN

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK! !!!!

Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."
MASALAH PENDENGARAN

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. "

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan.. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Thursday, December 24, 2009

YAHYA KHATIB MOHAMAD YANG BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (gambar), berkata kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa. Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu

Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, kira-kira jam 1 tengahari tadi, 23 Disember, 2009.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut. Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.

Malangnya soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan rahmat kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.- loveperak.blogspot.com

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

UMNO PEMBELA MELAYU...!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

umNO BELA MELAYU LAGIIIIII..

Siapa tak kenal Lemang Seladang jika melalui jalan gopeng ke Ipoh.Lemang yang terletak berhampiran Limau bali Tambun kini hanya tinggal runtuhan. Peniaga ,melayu menjual makanan tradisi melayu...berjaya menaikkan nama makanan melayu..akhirnya musnah ditangan kerajaan yang kmononnya membela melayu... ia sebahagian dari rangkaian cerita malang peniaga melayu sejak rampasan kuasa kerajaan KUDETA Zamry... itu pun masih ada yang menaruh kasih pada perjuangan melayu umNO.... - anaksengat


ANJANG HALIM menunjukkan gerai Lemang Seladang miliknya yang dirobohkan MBI di Taman Soon Choon, Ipoh semalam.

IPOH - Kelazatan lemang Seladang mungkin tidak dapat dirasai lagi oleh orang ramai khususnya penduduk bandar raya ini apabila gerai yang sudah bertapak di Taman Soon Choon di sini lebih 20 tahun lalu, dirobohkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semalam. Pengusahanya, Anjang Halim Md. Saman, 57, mendakwa, gerai lemangnya telah dirobohkan MBI pada pukul 8 pagi tanpa sebarang notis pemberitahuan.

"Walaupun gerai lemang saya dibina di atas rizab jalan tetapi ia tidak mengganggu lalu lintas malah saya telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.

"Saya ikut semua syarat ditetapkan JKR Perak. Lagi pun saya telah berniaga di sini sejak 20 tahun lalu, kenapa sekarang baru hendak dirobohkan," katanya ketika ditemui di tapak gerainya yang telah diroboh.

Lemang Seladang terkenal di bandar raya ini kerana keenakannya dan menjadi pilihan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga pelancong asing seperti Hong Kong, Australia dan Singapura. Artis Hollywood, Jodie Foster juga pernah singgah di gerainya untuk menikmati lemang semasa dia melakukan penggambaran filem Anna and The King di bandar raya ini pada tahun 1999. (sumber kosmo)


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BERHATI HATI DENGAN KRIM YANG ANDA GUNAKAN

بسم الله الرحمن الرحيم



12 skin creams banned for health danger
2009/12/10
By Annie Freeda Cruez

KUALA LUMPUR: The National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB) has banned 12 cosmetic products that contain ingredients, including scheduled poisons, that are dangerous to health.
The products are Felisa Gentle Peeling Solution, Krim Malam Rahsia Rimba, Biocosmet Whitening Essence Cream, H2O + Waterwhite Brightening Night Cream, Magixpress Lightening Plus, A.Vant Cream, Eriesya Spa Beauty Cream, Natasya Krim Herba, Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beauty Renewal Night Cream and Chantique Whitening Night Cream.

The bereau cancelled the registration of the products over the past 11 months because they contained the prohibited ingredients tretinoin (retinoic acid) and hydroquinone.

NPCB no longer allows the import, manufacture, distribution and sale of these products, and must be removed from the shelves.

Tretinoin, used to control acne, decongests the pores by peeling the superficial skin layer. The problem is that the acne would get worse before it gets better, and side effects include scaling of the skin, stinging, swelling or flushing.

In 2006, the US Food and Drug Administration recommended that products with hydroquinone be sold only under prescription because it was a possible carcinogen and for a possible link found in studies in Africa to a skin disorder called ochronosis.

Last year, NPCB banned six cosmetic products for similar reasons -- Khazanah White Pembersih Wajah, Gloskin Krim Malam & Siang, Reena's Astringen Lanjutan, Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk, EETYE Whitening Cream and O'Lynn Skin Lightening Cream.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

AWAS !!! BIHUN TIDAK HALAL

بسم الله الرحمن الرحيم

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !! TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!



PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :-
Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.

Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.
yang beralamat No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
Bukit Mertajam.

Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak lagi beroperasi. Jika diteliti, kedua- dua produk ini juga mempunyai tanda “halal” dalam tulisan jawi dan rumi. Dimanakah kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ?? ataupun MPSB itu sendiri.

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar. Betapa dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini dengan pusat ternakan babi sehingga... Klik DISINI untuk image serta artikal penuh -


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

"TNB" CHEAT OR MISTAKE ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Beware of TNB bill



Do you compare the Meter reading on section 'DAHULU' (Red circle) With previous month?

In this case, the April bill on DAHULU section is 29128, SEMASA is 29380. After paid the bill, the problem come.... The May bill come, The DAHULU section by right should show 29380. BUT NOW, it still show 29128 same per last month. If we don't compare with last month, frankly, I had HAPPILY paid for The bill and TNB had HAPPILY got the extra RM72 from me. At last, all The TNB shareholder got smart dividend from our hard earn money. Due to this bad service....I plan to change service provider. Opps...there is no alternate service provider. The alternate is buy Your own generator, use candle...I guess no one will go for the Alternative service provider....

So... Please check your bill and compare it month by month. Our PM Always try very hard and tell us we have to very SMART SPENDING & MUST compare....... His motive is very good. Cause he knew that Something will happen and lot Giant company might use a VERY SMART Way to COLLECT Money from general public. Thanks to our great PM......I really compare the price always.....and notice the Brilliant idea from TNB. I am not sure it is mistake? But I don't Think is human error...

Now, better part is, this is computer error. If you don't discover This, then you pay for the EXTRA (this case, we got to pay extra RM72.80). If you notice the problem....easy, just refund to you, BUT Do you know how time consuming and trouble to get the refund? Why Their mistake is our cost? Why there is no compensation on their Mistake?

The BEST part, how many people know they are actually, happily OVER PAID? When TNB officially want to increase the unit price....everybody Jumping and compliant. How they going to get extra and no people Complaint? This is an art.... This is the evolution of TNB billing system.....let the computer System do the mistake....and the mistake MUST FAVOURABLE to the Company.


Tan Boon Kong (陈文光)
BBSS Oils Sdn Bhd
Mobile:019-9838054


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PERINGATAN..!! MEE PEMBUNUH

بسم الله الرحمن الرحيم

JANGAN MAKAN MEE KUNING...!!!


Klik Pada Image Untuk Besarkan.

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

Wednesday, December 23, 2009

BUDAK PEREMPUAN HILANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Young Girl Missing AT KL




Dear Friend,
朋友们,
Halo, kawan-kawan,

If you found the girl as below, please pass her to nearest police station or contact to your state police hot line.
如您有发现这位小女孩,请您把她送到附近的警察局,还是连络州属的警察热线。
Jikalau kamu terjumpa budak perempuan seperti nyata di bawah,Sila tolong hantar dia ke balai polis yang terlekat, Atau pun berhubung dengan hot line polis negeri kamu.

She was missing since 19/11/2009 at KL Ipoh road.

Her name: Ng Kah Yee.
她的姓名:伍嘉仪
Namanya: Ng Kah Yee.

Age: 13 years old.
13 岁。
13 tahun.

State Police Headquarters Hotline
States Tel. No.
Kuala Lumpur 03-2115 9999
Selangor 03-2052 9999
Perlis 04-971 1999
Kedah 04-739 2999
Penang 04-269 1999
Perak 05-240 1999
Negeri Sembilan 06-761 1999
Melaka 06-285 1999
Johor 07-221 2999
Terengganu 09-635 4999
Kelantan 09-745 0999
Pahang 09-515 1999
Sabah 088-31 8555
Sarawak 082-24 0800

Kindly forward this mail out as many you can. They really need your help.
请帮忙把这讯息转送给所有的人, 功德无量!
Sila forward mail ini kepada semua orang, Ucapan ribuan terima kasih atas pertolongan kamu.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

PEPEK SEMERBAK

بسم الله الرحمن الرحيم

PEPEK SEMERBAK (bukan iklan lucah)


- www.broframestone.com


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

SOLAT DALAM KENDERAAN

بسم الله الرحمن الرحيم



SOALAN:

Saya kerap tersekat di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya pada sebelah petang iaitu ketika pulang dari pejabat. Saya difahamkan bahawa kita boleh melaksanakan solat di dalam kenderaan. Bagaimanakah kaedah atau caranya, tolong ustaz jelaskan kemusykilan di atas ini.

JAWAPAN
:

Solat adalah satu ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada semua umat Islam dan pelaksanaannya adalah mengikut waktu dan tempoh masa yang telah ditetapkan (ditauqitkan) .

Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (al-Nisa': 103).

Perintah menunaikan solat adalah bersifat tetap dan tidak berubah. Maksudnya, meskipun seseorang itu menghadapi kesukaran untuk menyempurnakan ibadah solatnya dengan mengikut setiap hukum, rukun dan tatacaranya, dia tetap diwajibkan mendirikan solat yang telah difardukan ke atasnya dengan beberapa kelonggaran.

Dalam erti kata lain, syariat Islam memberikan beberapa kelonggaran hukum kepada orang yang dibebani dengan keuzuran atau hambatan akan tetapi syariat Islam tidak mengangkat kewajipan solat dari setiap umatnya sama ada lelaki atau wanita.

Baginda SAW pernah menunaikan solat dari atas unta, kuda dan keldai. Dari Jabir r.a. katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengutusku untuk suatu keperluan, lalu aku pergi. Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada baginda SAW. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi baginda tidak menjawab. Justeru timbul dugaan di hatiku, Allah sahajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diriku, "Barangkali baginda SAW marah kepadaku kerana aku datang agak lewat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun baginda tidak juga menjawab. Praduga di hatiku semakin bertambah. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu baginda menjawab salamku". Lantas baginda menjawab: "Aku tidak mampu (terhalang) untuk menjawab salammu kerana aku sedang solat". Ketika itu baginda sedang menunaikan solat di atas kenderaan; tidak menghadap kiblat. (riwayat al-Bukhari, hadis 639, jil. II]

l Dari Amir r.a. katanya: Aku melihat baginda SAW menunaikan solat di atas kenderaan; baginda menghadap ke mana sahaja arah kenderaan (tunggangannya) itu menghadap. (riwayat al-Bukhari, hadis 567, Jil. II)

l Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Rasulullah SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah). (riwayat al-Bukhari, hadis 569, jil.2)

Tatacara solat

Terdapat pelbagai tatacara atau kaedah yang telah digariskan oleh Islam termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan.

Ia sama ada kenderaan tersebut bersifat terbang di udara seperti pesawat kapal terbang atau jet mahupun kenderaan daratan seperti kereta, lori atau kenderaan lautan seperti kapal, bot dan perahu.

Baginda SAW dan juga para sahabatnya pernah menunaikan solat di atas tunggangan mereka bagi mengelak dari terperangkap dalam cuaca hujan lebat.

Dalam satu riwayat Ya'la ibn Murrah menerangkan bahawa para sahabat pernah bersama-sama baginda SAW dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang baginda berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.

Tatkala masuknya waktu solat baginda memanggil muazinnya lalu muazinnya melaungkan azan dan iqamat. Baginda lantas maju dengan kenderaannya dan solat berjemaah bersama mereka (para sahabat). Baginda memberi isyarat yang sujudnya lebih rendah dari rukuknya.

Hadis di atas jelas membolehkan solat-solat fardu dilaksanakan di atas kenderaan jika seseorang itu menghadapi suasana kesukaran. Solat sebegini adalah tetap sah jikalau kesukarannya itu adalah benar-benar ikhlas dan ia tidak perlu diulangi.

Dalil lain yang membolehkan solat di atas kenderaan ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar r.a. bahawasanya seorang sahabat telah bertanya kepada baginda SAW: Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu? Lantas baginda menjawab: "Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam".

Imam an-Nawawi mengatakan: Menurut pendapat mazhab kami (Mazhab Shafie), apabila seseorang menunaikan solat fardu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat. Demikianlah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, boleh dikerjakan dengan duduk kalau kapal itu sedang bergerak.

Kaedah menunaikan solat fardu atau sunat adalah sama alam apa jua situasi sama ada di darat, di udara atau di lautan melainkan apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi. Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain. Perintah menghadap kiblat tetap hadir dalam ibadah solat fardu tanpa terkecuali berbeza keadaannya jika melakukan solat sunat berdasarkan hadis Jabir r.a yang disebutkan tadi.

Berdasarkan pernyataan saudara, dalam situasi yang terdesak adalah lebih baik jika saudara menunaikan solat sebelum keluar dari pejabat. Ini kerana masuknya waktu solat asar sekarang pada jam 4.27 petang. Kebanyakan waktu kerja tamat adalah pada jam 5 petang. Sememangnya tidak menjadi halangan kepada saudara/saudari untuk menunaikan solat terlebih dahulu sebelum balik. Tambahan pula keadaan jalan raya ketika itu agak sibuk, sesak dan barangkali ditambah pula dengan kemalangan-kemalang an yang tidak diduga berlaku di jalan raya. Pendek kata, sebelum membuat keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta, saudara/saudari seharusnya berikhtiar mencari tempat atau lokasi yang bersesuaian untuk menunaikan solat.

Solat haruslah ditunaikan di tempat yang bersih dan menghadap kiblat serta didahului dengan wuduk. Jika tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat di tempat duduk sendiri (atas tunggangan atau dalam kenderaan) dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk. Namun, jika tidak dapat menunaikan solat dengan menghadap ke arah kiblat pada ketika itu saudara perlu bertaharri dan meyakini bahawa saudara telah menghadap ke arah kiblat lantas berserah diri kepada Allah swt.

Wallahu a'laam


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

FUYOOO... POWER TUUU...!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau Datuk kata ya, iyalah: Zizie - BH
ISU perkahwinan Zizie dengan Ahli Parlimen Kinabatangan hangat diperkatakan.



KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari mendiamkan diri, pelakon Zizie Ezette akhirnya mengaku beliau sudah menjadi isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin. Namun begitu, Zizie enggan memberitahu bila dan di mana sebenarnya majlis pernikahan itu diadakan.

"Kalau Datuk (Bung Moktar) sudah cakap ya (sudah bernikah), maka iyalah. Saya tidak mahu cakap panjang lagi buat masa ini. Biarlah kenyataan itu datang terus daripada Datuk. Saya pun kena menjaga hati orang lain dan mungkin ketika ini juga sebenarnya ada pihak yang sudah terguris, " katanya kepada Berita Harian.

Pelakon itu dihubungi ketika sedang menyiapkan penggambaran drama bersiri Suraya yang disiarkan di TV3. Bagaimanapun, Zizie enggan menjelaskan siapa yang terguris kerana perkahwinannya dengan Bung Moktar. Difahamkan tindakan pasangan itu untuk terus berahsia kerana mahu menjaga hati isteri pertama, Datin Nor Asidah Alimuddin.

"Saya berada dalam situasi yang sukar. Saya tidak mahu hal ini terus menjadi kecoh. Satu hari, saya yakin perkara ini akan terungkai juga seperti apa yang dimahukan pihak anda (media) dan di luar sana.

"Soal jodoh dengan sesiapapun, ia adalah di luar bidang kuasa saya, " katanya.

Bayangkanlah jika YB Pakatan Rakyat yg kahwin dgn artis mcm ni.. apa akan jadi pada Malaysia? Mesti riuh rendah mcm nak kiamat.. mesti kata YB Pas x belajar agama.. YB Pas kuat sex.. Sila letak jawatan segera.. Tapi bila YB UMNGOK yang kena, sepatah haram pun penyokong2 bongok mereka x bersuara.. terpaksalah YB viagra ni membackup dirinya sendiri dgn mengatakan....'I AM A HUMAN BEING LIKE OTHERS'...AND LET US HAVE OUR PRIVACY'.... [sini]

HIDUP MELAYU....HIDUP MELAYU

'ARTIS SEKSI DIDAHULUKAN...NAFSU KUDA DIUTAMAKAN'


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...

BERHENTI MENARI IKUT GENDANG UMNO/BN !!!

بسم الله الرحمن الرحيم



Saya nak tulis terus terang saja kali ini. Apa saya ingat nak cakap, saya tulis saja. Beberapa hari ini saya bercakap mengenai satu perkara – para pemimpin kita tak habis-habis lagi duk menari mengikut gendang yang dipalu oleh pihak Umno/BN. Apa ke halnya! Sudah-sudah lah

Janganlah apabila wartawan akhbar atau wartawan tv dari pihak yang kita tahu mereka itu menjadi alat atau media Umno/BN, apabila wartawan mereka itu menghulurkan mikrofon atau menelefon kita, maka kita pun tanpa berfikir panjang terus saja menyambutnya dengan penuh ghairah dan bersemangat… membuat kenyataan dan menjawab segala soalan yang diajukan itu dengan segala senang hati dan berpuas hati, penuh yakin dan percaya bahawa kenyataan dan jawapan kita itu adalah betul dan ikhlas, sesuai dengan perjuangan parti kita.

Cukuplah! Belajar-belajarlah dengan apa yang telah berlaku selama ini. Mereka itu ada agenda mereka. Bukan saja-saja mereka nak berkhidmat untuk kita, dan nak menyebarkan maklumat bagi pihak kita. Jangan bermimpilah! Bangunlah dan sedarlah. Kita sedang diperangkap oleh media mereka. Rasa-rasanya belum pernah dalam sejarah gerakan Islam di negara ini, keadaan dalaman organisasi dan kepimpinan parti PAS menjadi bercelaru, kucar-kacir, saling mencurigai dan salah-menyalahkan sesama sendiri, fitnah tersebar.… Belum pernah rasanya dalam sejarah gerakan Islam di negara ini PAS berada dalam keadaan yang kucar-kacir seperti hari ini.

Masing-masing seperti tidak kenal lagi mana yang betul dan mana yang tak betul; pemimpin mana yang berpegang pada prinsip yang benar dan pemimpin mana yang sedang berusaha untuk menuju ke arah lain… Betapa bercelarunya! Dan dalam keadaan yang bercelaru itu tanpa disedari tiba-tiba ada di kalangan pimpinan sendiri yang menyuarakan rasa kurang senang dengan pimpinan Tok Guru Mursyidul ‘Am, mendesak dia supaya menamakan penggantinya dan supaya merancangkan pengundurannya dari kerusi Menteri Besar Kelantan.

Atas alasan apa? Kononnya kerana kesalahan dia melantik menantunya menjadi CEO sebuah perbadanan perniagaan yang dia sendiri selaku Menteri Besar menjadi pengerusinya; dan satu lagi kerana hendak menunaikan haji dengan pakej yang mahal atas tajaan pihak tertentu. Riuh rendah. Mereka memukul gendangnya dan kita pun menari dengan rancaknya, lintang-pukang tak terkiralah; bahkan kita pun turut sama memukul gendang mengikut rentak mereka.

Hingga jadi terlupalah kita akan siapa sebenarnya yang kita sedang marah-marah dan melemparkan tuduhan yang negatif itu. Terlupalah kita akan kualiti seorang pentadbir negeri Islam yang satu-satunya seperti itu dalam dunia hari ini yang kita sebenarnya sangat memerlukannya.

Terlupalah kita untuk melihat pada wajah pembangunan dan kemajuan Islam di Kelantan hari ini, hasil dari ijtihad pentadbiran gaya tersendiri yang lahir dari upaya pemikiran sang pemimpin itu, yang teori pentadbiran dan pembangunannya pun belum sempat kita kaji dan rumuskan lagi.

Terlupa juga kita akan pencapaian paling puncak dalam sejarah gerakan Islam di negara ini dimana seorang tokoh agama Islam menjadi begitu popular hingga dia diterima baik oleh kalangan bukan Islam, sebagai pemimpin semua, sebagai “Tok Guru kita”!

Kita terlupa akan aset paling berharga yang ada pada kita itu semata-mata kerana kita terpesona dengan pukulan gendang oleh pihak musuh.

Kita terpukau dan terperangkap dalam jerat musuh, tanpa kita sedar, hingga akhirnya kita sendiri mengucapkan kata-kata yang sangat diidam-idamkan oleh pihak musuh itu. Mereka sedang bekerja keras untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang tak lama lagi akan menjelang tiba.



Di bawah pimpinan baru Najib Tun Razak, dengan pakar-pakar strategi dan pakar media di sekelilingnya, jangan kita memandangnya remeh. Lihat saja sekarang! Kita sudahpun terperangkap dalam permainan mereka.

Faktor paling utama yang boleh menghalang cita-cita dan perancangan mereka untuk terus berkuasa di negara ini, telah mereka kenal pasti, hanya dua – iaitu faktor yang bernama Anwar Ibrahim dan yang bernama TokGuru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Dua faktor utama ini kalau berjaya dihancurkan – maka selamatlah Umno/BN melalui pihanraya umum ke-13. Itu saja yang menjadi sasaran mereka sekarang. Takkan ini pun tak dapat kita baca, sedangkan tanda-tandanya bersepah di mana-mana!

Atau cubalah kita fikirkan sekarang – bagaimana jadinya kita Pakatan Rakyat dan gerakan Islam di negara ini sekiranya di kalangan kita tidak ada lagi Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz?

Siapakah yang akan memimpin gerakan Islam dan Pakatan Rakyat (pada masa ini) untuk menghadapi pelbagai tekanan dan muslihat pihak Umno/BN?

Terus terang saya katakan bahawa buat masa ini kita belum nampak sesiapa pun lagi yang berkemampuan seperti dua orang tokoh ini untuk memimpin gerakan Islam dan reformasi rakyat Malaysia, menghadapi serangan daripada puak Umno/BN bagi membangunkan sebuah politik dan pentadbiran kerajaan baru di negara ini, bagi menggantikan politik dan pentadbiran kerajaan cara Umno/BN yang penuh dengan rasuah dan penipuan itu.

Ya, saya tahu, ada orang sedang menuduh saya amat fanatik dan ta’sub dengan Tok Guru Nik Aziz.

Saya kata tidak, saya tidak fanatik atau ta’sub. Saya mengkaji apa yang telah dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz di Kelantan selama 19 tahun dia mentadbir negeri itu mengikut cara dan panduan yang diambilnya dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Awal tahun 2008 saya telah terbitkan buku “100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia”, mendedahkan 100 fakta yang dibawa oleh pimpinan Tok Guru Nik Aziz dalam upayanya membangun dan memajukan Kelantan secara Islam.

Dan sekarang saya sedang berusaha, dengan bantuan kawan-kawan, untuk merumuskan teori pentadbiran dan teori pembangunan Nik Aziz itu, yang saya percaya sangat berharga dan boleh memberi manfaat yang besar kepada gerakan Islam sedunia hari ini.

Maka apakah semua yang sangat berharga dan bernilai tinggi ini patut kita musnahkan begitu saja, semata-mata kerana kita mendengar tuduhan yang dibangkitkan oleh pihak musuh, dan kita hendak membuktikan kepada musuh itu bahawa kita tidak bertoleransi dengan amalan rasuah; tanpa terlebih dahulu kita melihat ke kiri dan ke kanan untuk mengenal pasti agenda sebenar yang bersembunyi di sebalik “permainan” itu?

Renunglah kebijaksanaan orang tua-tua kita dulu, yang pernah mengingatkan kita supaya jangan membakar kelambu kerana hendak membunuh seekor nyamuk!

Dan pandanglah ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu sebelum membaca tanda-tanda rasuah seperti yang diejakan kepada kita oleh puak-puak yang memang terkenal handal bermain rasuah itu.

Dinsman


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

[+/-] Read More...