Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, May 5, 2009

Ninja Pendisk: Lindungi Komputer Anda Daripada Virus Pendrive



Anda kenal RavmonE, Flash10, RVHost, Brontok dll? Untuk pengetahuan anda, itu bukanlah nama seseorang individu tetapi ialah nama kepada virus\worm\trojan yang biasa menyerang sistem windows anda melalui peranti mudah alih seperti pendrive @setan .

Ninja Pendisk

Kali ini, penulis akan memperkenalkan satu software yang dapat melindungi komputer anda daripada jangkitan virus melalui pendrive, iaitu Ninja Pendisk. Ianya sangat ringan malah ianya juga percuma dan mudah alih (portable) dan amat digalakkan untuk digunakan dimana - mana komputer.

Ninja Pendisk akan segera mendelete file-file yang dicurigai seperti Autorun.inf yang biasa digunakan oleh penulis virus untuk melancarkan file-file atau kod-kod malicious yakni virus yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah menjangkiti komputer host.

Ninja Pendisk juga akan memberi imunisasi kepada pendrive anda agar ianya tidak mudah dijangkiti virus sekiranya anda mencucuk pendrive tersebut di komputer lain yang dijangkiti virus.

Download Ninja Pendisk.

Anda hanya perlu cucuk pendrive untuk memulakan proses imunisasi.

Start pendisk

Selain perlindungan daripada virus, Ninja Pendisk juga mempunyai fungsi tambahan iaitu chat melalui lan. Menarik bukan?


Jika anda rasa software ini sangat berguna, sila sebar kepada rakan-rakan anda. Hidup ceria tanpa virus ;)
(cf - jomphp)

0 comments: