Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, May 18, 2009

MANUSIA BABI ?

Susulan laporan Harian Metro bertarikh 14 Mei 2009 yang memaparkan sekumpulan kaki judi yang sanggup mengusap dan memeluk babi hutan di sebuah kuil di Taiping, perak. ikuti laopran susulan (juga dari Harian Metro) mengenai isu ini
KUALA LUMPUR : "Mereka orang kotor," demikian reaksi pendakwah tersohoor, Mohd Zawawi Yusoh, ketika mengulas menganai segelintir umat Islam yang sanggup membelai dan memeluk babi semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor.

Ini kerana katanya, golongan terbabit percaya makhluk kotor mampu mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Menurutnya, dengan berbuat demikian, golongan itu melakukan tiga dosa besar iaitu bermain judi, memegang babi selain percaya haiwan itu mempunyai kuasa.

"Benda atau makhluk kotor hanya dicari orang yang berhati kotor. Golongan ini juga boleh disfatkan bodoh kerana percaya pada setiap petanda yang mungkin hanya kebetulan atau menjadi mainan syaitan untuk menyesatkan manusia.

"Mereka seolah-olah percaya babi hutan di kuil mampu melangkaui alam ghaib dan dapat menentukan nombor ramalan yang akan keluar. Lebih malang jika ada yang membayar untuk memberi babi itu makan kerana ada unsur penyembahan yang menyebabkan syirik," katanya.

Minggu lepas (14 Mei 2009) Harian Metro melaporkan kegiatan khurafat segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor.

Perbuatan jahil itu yang semakin menarik minat orang Melayu dari segenap pelusuk negara dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka dekat Taiping, Perak.

Difahamkan, kuil berkenaan memeng dikenali di kalangan masyarakat Cina dan India sehingga ada yang datang dari jauh, termasuk Singapura untuk melihat tarikan utamanya iaitu kehadiran 30 hingga 50 babi hutan pada satu-satu masa di kawasan khas setiap malam.

Majoriti pengunjung hanya mempunyai satu tujuan iaitu membawa slip nombor ekor, geran kenderaan, wang kertas yang digunakan untuk membeli nombor ekor untuk diusapkan ke badan babi hutan terbabit kerana percaya ia mampu membawa tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia P Ravi berkata, beliau berharap pihak berwajib memantau aktiviti sesat berkenaan bagi menghalang orang ramai membuat perkara sia-sia.

"Tidak kira Melayu, Cina atau India yang datang ke situ sebenarnya membuat perkara membazir. Mana mungkin babi hutan mampu mendatangkan tuah. Saya sendiri pernah melawat tempat itu dan terkejut dengan kehadiran orang ramai mencecah ratusan orang setiap hari.

"Saya juga dapati ada yang mengambil kesempatan untuk menjual makanan bagi diberikan kepada haiwan berkenaan. Perkara ini memang tidak tidak patut berlaku. Justeru, saya harap pihak bertanggungjawab seperti polis dapat memantau atau menghalang terus aktiviti ini daripada berterusan.

0 comments: