Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, May 23, 2009

ANALISA AKAI ORANG KAMPUNG .........


5/22/2009

Salam,

Keputusan Mahkamah rayuan memberikan kemenangan kepada Zamri MB BN 3-0 Mahkamah telah membuat tafsiran undang-undang tersebut dengan betul, yang tidak betul ialah peguam-peguam Muhammad Nizar, Mahkamah Tinggi dan mana-mana undang-undang tubuh Negeri Perak dan perlembagaannya yang di rasakan oleh PR sebagai betul sebenarnya TIDAK BETUL

Boleh di katakan mereka yang memperjuangkan kes yang menyembelahi PR kena belajar undang-undang balik kerana kamu orang semua tidak cerdik, kalau kamu semua cerdik kamu akan menang, nampaknya peguam Zamri cukup bijak kerana mereka menang, dan hakim mahkamah rayuanpun cerdik cerdik belaka, mereka begitu faham dengan kehendak undang-undang sebab itu mereka membuat keputusan sangat betul

Berhubung dengan keputusan mahkamah tinggi yang memberikan kemenangan kepada Muhammad Nizar dulu nampaknya dia kena belajar lagi sebab dia membuat keputusan yang salah, tidak mungkin dia memberikan kemenangan kepada Nizar sedangkan mahkamah rayuan mendapati keputusan itu sebenarnya tidak betul, ini adalah analisa orang kampung saja, sebab orang kampung ni fikir yang menang betul yang kalah salah hi hi hi

Demikian juga pandangan orang kampung berpandangan Israil itu betul sebab mereka selalu menang dan orang Palastin itu salah sebab itu Allah bagi Israil menang, menang sebab betul dan kalah sebab salah, sebab itu tak betul kita bantu Palastin kerana Palastin tidak betul ertinya kita bantu orang kalah dan tidak betul

Sekarang kita dengar peguam Muhammad Nizar buat pula rayuan kat mahkamah Persekutuan hi hi hi , nanti kalau Mahkamah Persekutuan beri kemenangan pula pada Nizar maka Mahkamah rayuan pula tidak betul lalu mereka kena belajar balik dan mereka telah buat keputusan tidak betul, ertinya mereka telah buat zalim dan yang benar-benar kena zalim ialah mereka yang tak faham undang-undang tapi masih suruh buat rayuan yang mereka harap menang, kemudia Zamri buat pula rayuan balik kat mahkamah rayuan Persekutuan, katakanlah Zamri pula menang maka hakim mahkamah Persekutuan kena belajar betul-betul undang-undang kerana mereka tidak pandai walaupun mereka itu hakim hi hi hi

Akhirnya nanti rakyat juga akan jadi hakim yang muktamat cara apa belum tahu la lagi hi hi hi

0 comments: