Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, May 22, 2009

Kementerian Pelajaran kaji hadkan jumlah mata pelajaran SPM

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mungkin akan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

"Ini bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

"Patut diselaraskan jumlah mata pelajaran yang setiap pelajar boleh ambil...kenapa mereka perlu ambil 20 mata pelajaran sedangkan ada yang tidak diajar di sekolah dan hanya belajar di kelas tuisyen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Puteri Umno di pejabatnya di sini.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sistem sedia ada dalam pemberian biasiswa berdasarkan jumlah A yang diperoleh pelajar patut diubah.

Sebagai contoh, katanya pelajar yang mendapat 14A akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapat biasiswa tetapi ini adalah tidak adil kepada mereka yang hanya dibenarkan mengambil sembilan mata pelajaran walaupun mereka mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

"Pastinya, pelajar di sekolah berasrama penuh yang hanya dibenarkan mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran tidak dapat bersaing dengan mereka yang memperoleh lebih banyak keputusan A," katanya.

Muhyiddin berkata beliau tidak mempertikaikan mereka yang memperoleh banyak A tetapi keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang hanya dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tertentu.

Katanya perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak paad 25 Mei ini. - Bernama


BUJANG SUSAH: Hehehe.. apa la punyer turr ada tpm mcm ni.. Ada ker nak kurangkan subject... nak lagi senang seluruh malaysia ni buat satu mata pelajaran jer la lagi baik. pelajaran jasmani.. senang sikit nak bagi biasiswa.. aku pun x tau sampai bila malaysia ni nak dipimpin oleh org bodoh.. susah sgt ker nak beri biasiswa ni?

Masalahnya ialah sistem pemberian biasiswa. Untuk apa yang nak sekat pelajar nak ambil banyak subjek. Banyak lagi jalan penyelesaian lain. Sebagai contoh, berapa peratus pelajar dapat A dalam semua subjek dia ambil.

Sekolah asrama penuh 9 subjek diambil, 9 A = 100% A. akan dapat biasiswa.

kalau 9 subjek diambil, just dapat 5 A = 55.5% A. Tak layak dapat biasiswa.

Sekolah agama YIK 20 subjek diambil, 20 A = 100% A. akan dapat biasiswa.

kalau 20 subjek diambil, just dapat 10 A = 50% A. Tak dapat biasiswa.

Susah ke nak buat mcm tu? Sapa2 kat sini yg nak mengaku korang mempunyai seorang TPM yg bijak ni? aku memang lama dah x mengaku dah... hehehehe... malu.. malu... gara2 memilih pemimpin yg bebal... klau pandai pun setakat pandai bercakap dan pandai menipu jer... wakakakka... org umno ni terbahagi kepada dua... yg pertama begitu bodoh dan yg kedua begitu pandai.. penyokong kat bawah begitu bodoh.. pemimpin2 yg kat atas begitu pandai.... pandai menipu...!!!! klau xder penyokong2 bodoh ni umno akan hilang penyokong dan seterusnya hilang dari sejarah politik malaysia... so terpaksalah si pandai (pandai menipu) terus membodohkan si bodoh.. tu yg si pandai (pandai menipu) x bagi budak2 nak belajar ambil subject banyak2.. takut nanti dah xder org bodoh lagi kat malaysia ni....wakakakaka... layannnnnnnnnnnnn.....

0 comments: