zulmalc pernah menulis tentang perkara ini, yang mana jika kita mempunyai 2 OS, dan kita dapat boot OS kedua secara automatik dalam ubuntu. Setelah membuat sedikit kaji selidik, Sourceforge.net, laman web yang menyokong software-software opensource telah mengeluarkan satu software berbentuk GUI, PyGTK Storage Device Manager, yang diberi nama PySDM. Ianya telah dibangunkan oleh Jaime Soriano Pastor, seorang pembuat software open source. Software ini sangat berguna, kerana kita dapat boot partition OS lain (contohnya Windows) dalam ubuntu secara automatik. Ya, secara automatik!Setelah mencuba software ini, saya dapati ianya sangat berguna dan berkesan dalam boot partition Windows saya di dalam ubuntu.
Apa yang perlu anda buat ialah:
1) Buka Terminal (Main Menu>Accessories>Terminal)
2) Taipkan sudo apt-get install pysdm
3) Masukkan password SU anda
4) Tunggu sehingga software ini selesai proses instalasi
5) Software ini akan berada di bawah "System>Administration" di bawah nama "Storage Device Manager".
6) Klik anak panah pada sda. Jika partition Windows anda berada di bawah sda1, klik sda1 dan klik butang Mount.
7) Cuba Restart ubuntu anda, dan anda akan dapati partition Windows anda sudah di mount, secara automatik!
Semudah A,B,C !!
Selamat mencuba !
0 comments:
Post a Comment