Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, May 18, 2009

MADIR MAIN WAYANG KULIT - TVA


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah.

Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran.

Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.

Dr Mahathir berkata demikian disidang akhbar semalam selepas menghadiri forum Dunia Bloggers Malaysia: Pertembungan Estet Keempat dan Kelima di Subang Jaya.

Kira-kira 150 penulis blog hadir pada forum tersebut yang turut membariskan beberapa penulis dan pengendali blog popular dan wartawan terkenal.

Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan.

"Publish the truth, make proper analysis based on the truth. Don't always see it the political angle, the need to please the people in authority. If you do that people will never believe in you."

Nada yang yang sinonim dengan pentadbiran beliau selama lebih dua dekad.

Bekas Perdana Menteri itu turut mengakui beliau cuba menyekat ruang blogging sebelum ini.

Walau bagaimanapun setelah bersara daripada kerajaan beliau melihat blogging sebagai suatu fenomena teknologi yang perlu dan penting.

Dalam forum tersebut Dr Mahathir juga mengambil kesempatan mengkritik bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berasa kesal dan amat marah dengan tindakan Abdullah memberhentikan projek-projek mega yang dirancang dan dilaksanakannya oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri, terutamanya Jambatan Bengkok dari Johor Bahru ke Singapura.

BUJANG SUSAH: Ni ler kije si madir ni... berkokok jer buat apa.. xder pun buat tindakan apa2.. ko igt rakyat bodoh ker madir? membelit rakyat x habis2. dulu, kini dan selamanya.. ko kan dah tua.. dok surau jer la buat amal banyak2. rajin2 la buat solat taubat.. pergi la melawat memali tu yg dulu keluarga mereka ko bunuh beramai2. klau dah keturunan keling...memang kuat belit.

0 comments: