Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, May 22, 2009

Penanti: Seorang Lagi Akan Umum Keputusan Bertanding Esok


PULAU PINANG, 21 Mei (Bernama) -- Seorang pengurus syarikat dijangka mengumumkan esok keputusannya sama ada akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti.

Nai Khan Ari, 41, berkata ada beberapa perkara yang perlu beliau selesaikan sebelum membuat keputusan menjelang hari penamaan calon Sabtu ini.

Nai memberitahu Bernama walaupun memiliki rumah di Lunas, Kedah, beliau sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Telok Wang.

Lelaki berketurunan Siam ini berkata beliau telah membeli borang pencalonan daripada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar.

Sebelum ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman, 56, sebagai calonnya manakala bekas anggota tentera Mohd Saberi Othman, 49, dan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, masing-masing mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Isnin lepas, Barisan Nasional membuat keputusan tidak akan bertanding kerana mendapati kerusi itu dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR hanya kerana mahu menyelesaikan isu dalaman parti itu.

-- BERNAMA


BUJANG SUSAH: Hehehe... Nai oh Nai... tok pekong siam mana la yg taja ko ni...? Nak jadi YB dengan tujuan apa mereka bertiga ni? klau menang nak istihar masuk BN eh? hehehe... korang igt rakyat bodoh eh? klau igt dah kaya sgt jgn la dok membazir duit.. p la tolong org miskin yg dok melarat kat sana tu.. yer la kan.. bukan kena kluar duit pun.. dah ada org taja.. masuk jer laa.. untung2 dpt jadi YB yer x? hehehehe...

0 comments: