Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, May 20, 2009

Industri Tempe Selangor Terjejas - malaysiakini


Soal ini aku tak setuju lansung!!! Kerana ianya melibatkan rakyat Selangor..., giler ke apa... kalau dah macam tu... perusahaan tempe di Selangor pasti akan terjejas... dah la ekonomi tengah gawat, mana nak cekau duit... dah tu semua elaun dan kemudahan sebagai Raja Tempe turut digantung sekali.

Siapa lagi yang aku maksudkan kalau bukannya Tauke Tempe seantero Selangor Mohd Khir Toyol yang dijatuhkan hukuman oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Oleh kerana Raja Tempe telah di jatuhkan hukuman dan berkemungkinan besar perusahaan tempe Selangor bakal tergendala buat beberapa hari atau setahun, aku berharapkan rakyat Selangor mencari sumber makanan alternatif sebagai penganti buat masa setahun ni.

Tadi aku sempat bertanya dengan Raja Tempe macam mana dia nak teruskan kehidupan selepas sumber kewangannya turut terjejas.

"Beliau memberitahu, dia takda hal punya sebab duit sumbangan dari Puteri Balqis masih banyak lagi, duit sewa di Mekah pun masih boleh menampung perbelanjaan, duit tanah yang dijual di Kajang masih tak berusik lagi... dan banyak lagi duit lebihan sewaktu bisnes sedang rancak suatu masa dulu..., so apa ada hal.... setakat nak pergi Disneyland 20 ke 30 kali ulang pun masih boleh lagi.... keputusan pengantungan ini tak mencabar lansung" katanya sambil tersenyum kelat pahit.

Dan beliau menambah lagi, "keputusan ini betul-betul membuatkan beliau terpaksa memerah kepala otak untuk memikirkan banyak benda yang harus di fikirkan."

Entahlah... part tu aku tak paham apa yang dia katakan, tadi kata keputusan pengantungannya itu tak mencabar... lepas tu banyak pula perkara yang nak dia fikirkan... mungkin sebab dia dah jadi ahli pemikir kot.... atau itu simptom atau tanda penyakit GILA peringkat awal mula menyerang kot.... ha...ha...ha....

Isa: Adussss..... dah jatuh kena timpa dengan penyapu pulak.... Adusssss... mana aku nak dapatkan stok tempe ni.... dah ketagih nak makan tempe ni.... harap utusan meloya dan berita hairan dapat menyiarkan kesengsaraan yang bakal di hadapi oleh rakyat selangor di muka hadapan akhbar esok....


BUJANG SUSAH: Ada org cerita.. asalnya ialah seekor toyol.. tetapi setelah melakukan botox, terus jadi rupa manusia.. tp pada zahirnya jer la manusia.. akal serta perangainya tetap toyol jugak... hehehe... tu yg suka jer rembat duit sana rembat duit sini tu.. klau dah toyol tu toyol jugak laa... hehehhee

0 comments: