Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa. Jenayah hari ini memang semakin menjadi-jadi. Seram sejuk bila dengar ketiga-tiga mangsa dibunuh dengan kejam sebegitu rupa.
Kalau kita luaskan skop masalah, yang bersalah dalam hal ini bukanlah penjenayah itu seorang sahaja. Manusia yang waras takkan bertindak begitu. Yang jadi ganas dan kejam tu sebab dipengaruhi dadah.
Penjual dan pengedar dadah juga bersalah dalam hal ni. Merekalah juga adalah salah satu punca keruntuhan moral masyarakat. Aku nak tekankan di sini orang yang membuat dan memproses dadah tu bukanlah orang tak sekolah. Mestilah golongan professional. Paling kurang pun perlu ada ijazah. Baru boleh buat dadah. Orang lain boleh tolong je.
Bagi aku, kalau pihak berkuasa betul-betul ikhlas nak banteras dadah ni, insya Allah dapat diatasi, paling tidak pun boleh dikurangkan. Tapi kenapa sampai sekarang masih berleluasa? Pembuatan dan pemprosesan dadah perlu dilakukan di dalam makmal. Ia perlukan kepakaran manusia. Juga perlukan bahan-bahan kimia lain untuk membuat dadah tersebut. Bahan-bahan kimia tersebut pastilah ada pembekalnya bukan?
Jadi kalau disiasat urusan transaksi tersebut, mungkin dapat dikesan premis pembuatan dadah itu. Tetapi peniaga dadah masih bermaharajelala. Ini semuanya sebab rasuah la ni. Kalau dadah berjaya diseludup dari negara luar, sebabnya mungkin terlepas dekat kastam.
Kalau kilang buat dadah di negara ini masih lagi beroperasi sejak sekian lama tanpa masalah, agak-agak sebab rasuah tak? Ataupun mungkin ada link dengan politikus. Mungkin juga yang terlibat secara langsung itu sendiri adalah orang politik. Macam-macam kemungkinan.
Aku dengar-dengar saja. Itulah sebab aku tulis 'kemungkinan'. Kalau dadah ini tak haram dan tak merosakkan manusia, aku pun nak buat bisnes juga. Memang menguntungkan! Kalau kita tak makan nasi sehari dua takde rasa apa-apa. Makan benda lain pun boleh. Tapi dadah ini kesannya ketagihan. Sekali cuba pasti nak lagi. Lagi satu saingannya kurang kalau nak dibandingkan dengan perniagaan makanan. Itu sebab bisnes ni berleluasa.
0 comments:
Post a Comment