Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, May 5, 2010

SUAMI TIKAM KEMALUAN ISTERI

بسم الله الرحمن الرحيم



Selepas kejadian seorang suami didakwa membunuh isterinya di Kuala Lipis kerana cemburu, seorang lagi wanita yang juga jururawat dari Taman Bertam Perdana, Melaka pula menjadi mangsa.

MELAKA: Dalam kejadian terbaru, suami berusia 40-an yang juga seorang anggota tentera cuba menoreh kemaluan isterinya dengan sebilah pisau – gara-gara suspek mendengar ‘bisikan suara halus’ dari dalam rumahnya kononnya isteri dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dia didakwa bertindak demikian kira-kira pukul 10 pagi kelmarin ketika mangsa, Hashimah Nong, 40, berada di dapur rumahnya.

Ketika kejadian, anak bongsu pasangan itu yang berusia empat tahun berada di ruang tamu manakala tiga lagi anak mereka ke sekolah.

“Suspek tiba-tiba menerpa isterinya yang bekerja sebagai jururawat dari belakang lalu menoreh kemaluan mangsa.

“Mangsa yang rebah di lantai dan berlumuran darah, mujurlah sempat menghubungi ambulans,” kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah dipetik Utusan Malaysian hari ini.

Tambahnya, semasa ambulans dan polis tiba, suspek yang dalam keadaan tenang menunjukkan tempat dia mencampakkan pisau digunakan untuk menyerang isterinya.

Keadaan mangsa yang dirawat di Hospital Melaka dilaporkan stabil.

Suami mangsa ditahan di Wad Psikiatri hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

Adnan menambah, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana kononnya terdengar suara halus mengatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Suspek mendakwa sebelum kejadian, dia terlihat jin-jin berterbangan dalam rumah sambil berbisik tentang perbuatan terkutuk isterinya,” katanya.

Beliau berkata, hasil maklumat awal, mangsa memberitahu suaminya menunjukkan perubahan sikap dengan suka berdiam diri sejak seminggu lalu.

Tambahnya, mangsa turut mendakwa suaminya pernah mencekik wanita itu di dalam bilik pada 27 April lalu sambil menyoal sama ada dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Mangsa yang tidak mengaku kemudian dilepaskan tanpa dicederakan. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Akhbar itu turut menemu bual Hashimah yang menggambarkan suaminya seorang yang baik.

“Tak tahu di mana silapnya. Sejak dua minggu lepas, dia mula tidak percaya dan menuduh saya bukan-bukan termasuk mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain,” katanya.

Hashimah berkata, selepas cuba mencederakan kemaluannya, suaminya sempat berkata tindakannya itu adalah sebagai balasan kononnya dia telah melakukan sesuatu yang tidak baik di belakangnya.

“Masa itu, saya sedang membongkokkan badan untuk mengambil beras dan ketika itulah suami menerpa dari belakang cuba menikam kemaluan menggunakan sebilah pisau,” katanya.

Dia berkata, suaminya juga merupakan pelajar sebuah kolej di Bukit Beruang. Sumber


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

10 comments:

ISA said...

Suami Tikam Kemaluan Isteri...?

Itu perkara biasa bro... sejak zaman Nabi Adam leagi beb...

ha..ha..ga...

Ladyengineer said...

macam2 cerita sekarang ni..takut saya..

ikan emas said...

makin byk org sakit mental..

kenapa ??

...maju kot kalau dapat bukak klinik sakit mental

aki net said...

Posting ni BS buat dulu, hajat nak juga ulas....tapi aki lebih nak "terketawa'dgn 'lagu umno kat sebelah tu.... t.k.

Unknown said...

malangnya...siang malam dapat...

Haris said...

astagfirullahalazim..

Penulis Setia said...

takotnya..isk3 ;((

Anonymous said...

inilah pemerintahan umngok orang islam sudah kekurangan iman didada kerana umno-apco

AMIR KOMENG said...

Adeh.......zaman la ni....orang laki pun boleh gila meroyan...dulu kena kat pompuan jer.....

mak_ngoh_selamoh said...

haha..bernas sungguh komen mohd amir. lelaki gila mroyan... btul kut:)