Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, May 7, 2010

POLIS MALAYSIA NI GILA SEKS PLAK

بسم الله الرحمن الرحيم

CHERAS - Dua wanita mendakwa menerima ganggungan seksual melampau daripada seorang anggota polis di satu sekatan jalan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pertama, seorang wanita mendakwa diminta beraksi lucah selain dipaksa memberi sogokan RM15 supaya dia tidak ditahan atas kesalahan memandu melebihi had laju.

"Selepas meminta kad pengenalan dan lesen memandu, polis itu meminta saya menanggalkan baju tetapi saya enggan berbuat demikian.

“Dia kemudian menyuruh saya melakukan aksi ghairah di hadapannya serta menunjukkan wajah seksi, malah lebih menjijikkan dia bertanya sama ada saya memakai baju dan seluar dalam atau tidak,” kata mangsa, semalam.

Insiden itu berlaku jam 1.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke KL Sentral untuk mengambil teman lelakinya yang baru pulang dari Sabah.

Selepas mengambil teman lelakinya, wanita terbabit terus membuat laporan di Balai Polis Pudu pada jam 2.39 pagi.

Sementara itu, selang beberapa minit, di lokasi yang sama, seorang lagi wanita berusia 23 tahun, mendakwa menerima nasib serupa apabila diganggu secara seksual dengan kata-kata tidak senonoh sebelum diminta memberi sogokan wang oleh anggota polis sama.

“Jam 1.50 pagi, saya dari Kuchai Lama menghala ke Shamelin apabila ditahan polis trafik.

“Apabila saya menurunkan cermin kereta, polis itu berkata kaki saya cantik dan dia mengarahkan saya keluar dari kereta kerana dia mahu melihat kaki saya," katanya.

Mangsa berkata, apabila dia enggan berbuat demikian, polis itu mengugut untuk menyamannya kerana memandu melebihi had laju, walaupun itu tidak benar.

“Kemudian dia minta saya memberikan RM50 jika tidak mahu kena saman.

"Saya membuat laporan di Balai Polis Pudu pada jam 4.30 petang, 4 Mei," katanya, dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, semalam.

Kedua-dua wanita dipercayai ditahan polis trafik sama berdasarkan maklumat lokasi, masa dan gambaran fizikal. - sinarharian

NOTE: Malas nak cerita.. benda ni semua dah lama berlaku.Ramai dah yang kena macam ni.cuma mereka takut nak tampil kedepan untuk membuat aduan. Di atas adalah dua contoh mereka yang berani membuat aduan, namun begitu tak pasti sehingga peringkat mana kes ini akan dibawa.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

lot501 said...

Berani aweks2 nie Report,kalau kena kat aku senyap jek

Anonymous said...

sebab ko tu lelaki lot501. bermakna klau ada polis yg suruh ko telanjang tu polis pompuan.. klau aku pun aku senyap jerk.. silap2 tiap2 hari aku tunggu polis tu datang.. hi..hi..hi..hi...

Anonymous said...

haha...
jgn lupe kawan2 ye,
kalu ada nanti ajak la saye.
kite jemaah reramai...

dino pemuda bahgian rombau.
(012-2791910)