Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, May 13, 2009

ADA EXCO KEDAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN - kedahLani


Oleh: Penyiasat Persendirian

Kenapa saya menulis hal ini kepada anda? Kerana saya sangat teruja dengan maklumat yang ada pada saya tentang tuntutan perjalanan seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah yang CAKAP TAK SERUPA BIKIN! Tuntutan perjalanan dan elaunnya sebulan mencecah RM18,000.00 sebulan, tidak termasuk gaji dan elaun tetap!

Apabila Kerajaan Negeri Kedah mengistiharkan polisi perbelanjaan berhemah dengan memotong perbelanjaan pembangunan sebanyak 30%, dan mengarahkan jabatan dan agensi kerajaan negeri berjimat cermat, rakyat gembira dan yakin polisi ini akan mendatangkan kebaikan kepada negeri.

Kerajaan Negeri sejak awal lagi mengumumkan akan memotong elaun yang tidak munasabah yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, juga disambut baik oleh rakyat Negeri Kedah.

Keyakinan rakyat juga bertambah melihat cara hidup sederhana Menteri Besar dan Exco baik pemilikan kenderaan, kediaman dan pakaian. Rakyat Kedah bertuah apabila lebih banyak wang negeri boleh digunakan untuk faedah rakyat melalui polisi dan pendekatan berjimat cermat yang dilaksanakan oleh kerajaan. Adakah polisi ini dihayati oleh anggota Exco dan pegawai Kerajaan, atau Menteri Besar sahaja yang berhempas pulas mempraktikkannya?

Rakyat berhak tahu ke mana wang mereka dibelanjakan, siapa yang menerima faedah, dan kenapa perbelanjaan dikeluarkan untuk sesuatu urusan. Selain membayar gaji dan elaun mengikut kelayakan setiap pegawai, wang negeri milik rakyat Kedah wajib digunakan untuk faedah rakyat.

Sesuatu yang amat sensitif dalam hal ini ialah berapa elaun dan gaji ahli politik yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah negeri melaksanakan dasar-dasar yang dibentuk dan dilaksanakan. Adakah patut, wajar, munasabah dan mengikut peraturan? Adakah ahli politik menggunakan kedudukan untuk mencari sebanyak mungkin ruang-ruang untuk mengaut sebanyak mungkin habuan yang boleh diperolehi? Wajarkah maklumat perolehan seorang pegawai, Exco dan Menteri besar melalui gaji dan tuntutan lain mengikut kelayakan yang ditetapkan dalam skim saraan mereka dirahsiakan dari pengetahuan rakyat?

Maklumat tentang gaji dan elaun pegawai mungkin dapat diakses oleh orang ramai, tetapi tuntutan perjalanan dan elaun-elaun sampingan mengikut kelayakan pegawai setiap bulan mungkin tidak terdedah. Inilah ruang yang tersimpan rapi, hanya diketahui oleh pegawai yang membuat tuntutan, yang melulus dan yang membayar sahaja. Dikelaskan maklumat ini sebagai sulit dan terhad. Kenapa? Jika benar, wajar dan munasabah dengan peraturan dan tugasan yang dilaksanakan, rakyat tidak akan mempersoalkannya, tetapi jika tidak, tentu rakyat berhak menjadi hakim untuk menentukan kedudukan mereka seterusnya.

Mengejutkan! Sila teliti data-data berikut dan beristighfar dua tiga kali. Sebagai maklumat tambahan, gaji dan elaun tetap Exco lebih kurang RM16,500.00 sebulan. Sila campurkan dengan pendapatan Exco ini melalui tuntutan perjalanan dan lain-lain tuntutannya, dan bayangkan sendiri susuk tubuh beliau dengan tabiat semulajadinya. Wajarkah dia berada disana sebagai Exco dalam Kerajaan Pakatan Rakyat?

Walau dari parti manapun YB dipilih sebagai wakil rakyat, dan YB diangkat menjadi exco kerajaan dengan segala keistimewaan, parti YB tentu malu dengan kelakuan ini. Cuba lihat kawan-kawan yang menjadi ADUN biasa yang terpaksa melayan karenah dan aduan rakyat pengundi di kawasan, mereka hanya menerima elaun tetap sekitar RM5,000.00. Mereka tinggal tetap dan berhadapan dengan rakyat setiap hari. Dengan wang itu mereka berkongsi segala suka duka dengan puluhan ribu pengundi. Bayangkanlah!!! YB sorang ini tinggal jauh sekali dengan kawasannya dan jarang-jarang menjengok kawasan. Pilihlah orang lain pula jika macam nie punya perangai YB… yang ni tak boleh pakaiiii!

RINGKASAN TUNTUTAN PERJALANAN DAN ELAUN YB @#$%*, ADUN *&^%X

Jumlah Tuntutan Mengikut Bulan:

Mac 08 RM1,550.40

April 08 RM10,538.00

Mei 08 RM16,291.00

Jun 08 RM18,101.00

Julai 08 RM11,699.00

Ogos 08 RM14,141.75

September 08 RM5,146.00

Oktober 08 RM7,590.00

November 08 RM15,312.50

Disember 08 RM17,510.00

Januari 09 RM8,787.00

Febuari 09 RM6,491.00

Mac 09 RM15,765.00


Bil Perkara Tempoh Kadar
1. Jumlah Tuntutan Bulanan Mac ‘08 – Mac ‘09 RM 148,922.65
2. Purata Bulanan
RM 11,455.58
3. Perjalanan ke Langkawi 2008 24 kali (Mac-Dis)
2009 12 kali (Jan-Mac)
Jumlah 36 kali
4.
Jumlah hari di Langkawi

(termasuk hari perjalanan)

2008 57 hari
2009 27 hari
Jumlah 84 hari
5. Sewa Hotel Mac ‘08 – Mac ‘09 RM 25,208.50
6. Elaun Mewakili MB Mac ‘08 – Mac ‘09 RM 7,500.00
7. Elaun Hidup Dalam Negara RM 45,300.00
Luar Negara RM 13, 500.00
8. Elaun Makan Dalam Negara RM 43,890.00
Luar Negara RM 8,100.00

Komen & Analisa:

1. Pendapatan purata beliau ialah RM28,000.00 sebulan, bulan tertinggi mencecah RM34,601.00 dan bulan terendah sekitar RM17,000.00. daripada jumlah ini berapa yang didermakan kepada orang yang memerlukan di kawasannya dan yang hadir ke pejabatnya.

2. Exco ni berada diluar pejabatnya selama lebih kurang 219 hari dalam tempoh 13 bulan (395 hari). Analisa ini dari jumlah tuntutan elaun makan dan elaun hidup yang layak dituntut jika Exco keluar bertugas di luar . Jika ditolak hari cuti mingguan dan cuti umum, berapa harikah Exco ini ada di pejabat dalam sebulan?- (Elaun makan RM200 sehari dalam negeri, RM300 luar negeri).

3. Beliau membuat 36 kali perjalanan pergi ke langkawi dalam tempoh itu dan tinggal antara 2 hingga 4 hari setiap kali ke langkawi. Jumlah hari beliau berada di langkawi ialah 84 hari termasuk hari beliau bertolak pergi dan balik. Apa yang dibuat di Langkawi? Takkanlah semua program dan promosi hanya di Langkawi. Bila kawasan lain nak maju? Kata orang beliau ada bisness dan affair di Langkawi, wallahu a’lam.

4. Kos sewa hotel (kebanyakkannya di Langkawi) berjumlah RM25,208.50. Purata sebulan lebih kurang RM2,000.00. Tak boleh kah kerajaan sewa sebuah rumah jadikan rumah rehat kerajaan yang boleh digunakan oleh Exco dan pegawai kerajaan? Saya rasa tak sampai RM1,000.00 sebulan dan boleh digunakan oleh ramai pegawai atau Exco jika ada urusan rasmi di Langkawi.

5. Berapa hari dia melawat kawasan, tengok orang sakit mati, tengok masalah orang kampong di DUN... Kalau ikut claim dia ada lah lebih kurang 5 kali dalam tempoh 13 bulan!!! Wakil Rakyat apa macam ni?

6. Saya percaya semua orang termasuk Exco-Exco lain terkejut besar dengan jumlah ini. Tak ada seharipun dalam hidupnya menggunakan gaji beliau untuk makan dan beri makan anak bininya….semuanya dari tuntutan tambahan, mana tidaknya..RM3,600 sebulan elaun makan sahaja.

7. Semoga hasil siasatan ini menjadi pengajaran kepada semua pihak, terutama pemimpin2 parti yang memilih calon-calon untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang…Jangan kirimkan buaya untuk menggantikan jerung!!

Sekian….

0 comments: