Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Monday, May 11, 2009
HINA KALIMAH ALLAH, SIKAP J'CHANDRA SEGERAN DIPUJI
KUALA LUMPUR : Berikutan timbulnya satu lagi kes yang membabitkan penghinaan terhadap kalimah Allah, seorang lelaki J'Chandra Segeran yang berniaga pakaian telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) apabila dia mendapati selipar yang dijual kepada orang ramai terdapat sejalur seakan kalimah Allah pada kedua-dua bahagian tapaknya. Walaupun Chandra beragama Hindu dia berasa begitu marah dan kecewa dengan apa yang berlaku kerana jalur pada selipar itu seakan-akan sengaja direka bagi tujuan menghina agam Islam. Menurutnya lagi, ini adalah soal agama dan sebagai rakyat Malaysia, dia tidak mahu mana-mana agama dipersenda pihak tertentu kerana ini adalah suatu perkara yang sensitif dan wajar diberi perhatian yang serius.
0 comments:
Post a Comment