Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, May 14, 2009

UMNO PERJUANGKAN MELAYU ?


Saya berterima kasih kepada rakan-rakan dalam Umno yang memberi ingatan bahawa DAP akan berkuasa di Perak jika pilihan raya diadakan semula di negeri itu. Saya harap mereka tidak disalahkan. Mereka bercakap melalui pengalaman.

Benar juga apa yang dinyatakan oleh kawan-kawan Umno yang parti mereka kuat menjerit Melayu. Buktinya boleh dilihat dalam posting saya bertajuk "Orang Cina tidak hargai sedekah Umno":
Sebenarnya, bukan setakat tanah sahaja yang telah diberikan kepada tauke-tauke Cina oleh Umno demi mengambil hati kaum itu. Malah kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.

Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi tujuh kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi. Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan.

Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

Orang-orang Melayu Pulau Pinang pula ditelan 50 tahun peminggiran tersusun Umno-Gerakan, kata Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa. Ramai dari mereka yang terpaksa melarikan diri dari pembangunan Umno-Gerakan di Pulau Pinang ke kawasan-kawasan pendalaman di Kedah dan Perak.

Sepanjang pemerintahan BN, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyatakan, kesan hakisan masyarakat Melayu sangat ketara sehingga secara statistik, masyarakat Melayu terhakis bukan sahaja dari segi jumlah penduduk Melayu malah dari segi aset tanah-tanah milik Melayu turut terhakis.

Perkara itu, menurut Teras, berlaku di kawasan orang Melayu di sekitar kawasan seperti Tanjung Tokong, Bayan Lepas, Jelutong, Batu Maung, Batu Uban, Bayan Baru, Sungai Nibong, Batu Feringghi, Balik Pulau dan Telok Kumbar.

Jumlah penduduk Melayu menguncup, malah kalau adapun tinggal di rumah-rumah kampung yang terhimpit di tengah-tengah pembangunan. Akibatnya, menurut Teras, orang Melayu 'dipaksa' dan 'terpaksa' meninggalkan tapak mereka.

Ahli setia Umno yang telah dipecat dari parti itu, Zaharin Mohd Yasin menyifatkan Umno tidak berbuat apa-apa untuk Melayu Pulau Pinang.
Berkaitan:
Umno pembela Melayu (1)
Umno pembela Melayu (2)
Umno pembela Melayu (3)

0 comments: