Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, May 11, 2009

MANUSIA MUDAH LUPA NIKMAT ALLAH S.W.T

Sedar atau tidak, selama ni terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada diri kita. Bagaimanapun, begitulah sikap manusia yang mudah lupa dan senang hanyut apabila sahaja mendapat kurniaan yang lebih, sudah mula mendabik dada menunjukkan kemegahan.

Malah, tidak sukar kita temui manusia dengan lantang menyatakan segala kekayaan mereka itu hasil penat lelah setelah berusaha gigih, hingga lupa hakika sebenarnya segala apa yang kita miliki sebelum, kini dan selamanya adalah kepunyaan Allah.

Kita hanyalah pemegang anamah. Jadi kisah berikut wajar direnungi agar kita semua dapat menginsafi diri.

Abu Hurairah dan menyatakan dia mendengar Nabi Muhammad S.A.W bercerita perihal kisah tiga orang cacat daripada Bani Israel. Orang yang pertama berpenyakit kusta, yang kedua pula berkepala botak manakala orang yang ketiga cacat penglihatan. Dikisahkan, Allah mengutuskan malaikat bagi tujuan menguji mereka bertiga itu.

Malaikat bertanya kepada orang yang berpenyakit kusta: "Apakah yang paling engkau sukai?" Lalu dijawab orang itu: "Yang paling aku suka tentulah kulit yang baik serta sembuh daripada penyakitku ini."

"Tetapi alangkah bagusnya jika aku ada seekor unta."

Kemudian, malaikat mengusap tubuhnya. Maka sembuhlah orang itu daripada penyakit kustanya dan juga memberinya seekor unta yang sedang bunting. Malaikat juga mendoakan semoga Allah memberkatinya.

Selepas itu, malaikat bertanya pula pada orang kedua yang berkepala botak. Tanya malaikat: "Apakah yang peling engkau sukai?" Jawab orang itu: "Aku suka jika rambutku lebat, tetapi alangkah bagusnya kalau aku mendapat seekor lembu."

Kemudian, malaikat pun mengusap kepalanya. Maka tumbuhlah rambut yang lebat dan juga diberikannya seekor lembu bunting serta berdoa moga-moga orang itu diberkati Allah dalam kehidupannya.

Akhirnya, malaikat bertanya pula pada orang cacat yang ketiga mengenai soalan yang sama. Dan dijawab orang itu: "Yang paling aku suka ialah semoga Allah mengembalikan penglihatanku ini dan dianugerahkan seekor kambing."

Mengetahui apa yang disukai orang cacat ketiga itu, malaikat pun mengusap matanya. Sembuhlah mata orang ketiga itu serta diberikan seekor kambing bunting sambil berdoa semoga orang cacat ketiga ini juga diberkati dan dirahmati Allah.

Diceritakan pula, selang beberapa waktu, malaikat datang semula dengan rupa yang sama akan tetapi dalam keadaan mengemis dengan tujuan menguji ketiga-tiga orang itu yang kini kaya raya.

Keadaan ketiga-tiga orang itu sudah berubah sama sekali. Mereka memiliki kekayaan dan hidup senang lenang.

Si penyakit kusta dan si kepala botak mengaku segala harta kekayaan yang sedang dimiliki mereka kini adalah hasil peninggalan nenek moyang mereka dan juga hasil daripada penat lelah mereka sendiri. Bagaimanapun, berlainan dengan orang cacat yang ketiga.

Apabila malaikat datang meminta daripadaya, dia menyatakan: "Ambillah kambing itu seberapa banyak yang engkau mahu, aku sedikit pun tidak keberatan terhadap apa yang kamu ambil itu kerana Allah dan tinggallah bakimu menurut kehendakmu."

Jawab malaikat: "Jagalah hartamu, kamulah orang yang diredhai Allah, sedangkan kedua-dua sahabatmu itu dimurkai Allah."

Begitulah peristiwa yang terjadi kepada tiga orang yang asalnya cacat dan miskin tetapi kemudian dengan izin Allah, mereka telah disembuhkan, malah dikurniakan dengan harta kekayaan yang banyak.

Tetapi dua daripada mereka itu lupa daratan dan tidak sedar diri. Jadi dua orang itu sangat dimurkai Allah kerana tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah anugerahkan, sebaliknya orang ketiga itu dengan penuh tawaduk serta bersikap sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah telah mendapat pujian malaikat kerana orang itu diredhai Allah.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita bahawa asap sahaja yang kita milikikepunyaan Allah dan kita hanyalah pemegang amanah.

Janganlah kita sombong diri, takbur meninggi dengan apa sahaja kekayaan yang kita miliki.

Ingatlah pesan Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud: "Barangsiapa bersyukur atas nikmat-Ku, maka aku akan menambah nikmat itu dan berangsiapa yang ingkar atas nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih adanya."

Nabi Muhammad S.A.W dalam satu sabdanya ada memberikan peringatan kepada kita semua yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mensyukuri pemberian yang sedikit, maka dia tidak akan mensyukuri pemberian yang banyak, dan barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, maka dia tidak akan pernah mensyukuri pada Allah." (Hadis riwayat Bukari)
Posted by pena_biru

0 comments: