بسم الله الرحمن الرحيم
Gadis pintar: 'Tunai janji lepas nikah'
LANGKAWI: “Apa saja yang berlaku, saya mahu Halimaton terus bersekolah,” kata Normah Abd Mutalib, 46, ibu kepada Halimaton Abd Rashid, 15, yang akhirnya dibenarkan berkahwin dengan jejaka pilihannya, Mohamad Noor Abdullah, 19, apabila keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk menikahkan mereka dalam tempoh terdekat ini selepas berbincang selama tiga setengah jam, di sini, awal pagi semalam.
Normah ketika ditemui semalam, turut berpesan kepada bakal menantunya itu supaya menunaikan janjinya iaitu membenarkan Halimaton, antara pelajar terbaik UPSR Kedah 2007, terus bersekolah walaupun sudah bergelar isterinya.
“Saya juga mahu Halimaton ingat ketika saya mendukungnya ketika kecil dan membawanya ke kebun getah ketika saya menoreh... dialah harapan untuk mengubah nasib keluarga kami dan saya tidak mahu hasrat itu terbantut,” katanya.
Normah kelihatan tertekan dan kusut dengan situasi itu, tetapi reda dengan apa yang berlaku.
“Saya pun dah tak tahu nak cakap apa. Sebelum ini dia anak yang baik dan tidak pernah keluar rumah, tapi tiba-tiba jadi macam ini dan saya langsung tidak pernah terfikir keadaan ini,” katanya.
Perbincangan disertai Normah dan beberapa saudaranya bersama keluarga Mohamad Noor yang diwakili ibunya, Azizah Senapi, 49, dan bapa tirinya, Abd Razak Md Hashim, 51, diadakan di rumah Ketua Pemuda Umno Langkawi, Norsaidi Nanyan, di sini.
Ia berakhir pada jam 2.04 pagi dengan kedua-dua pihak bersetuju pasangan remaja itu dikahwinkan selepas urusan pentadbiran termasuk kebenaran Mahkamah Syariah Baling diperoleh dan turut disertai Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Khairul Azhar Abdullah yang menyaksikan kedua-dua pihak bertolak ansur.
Terdahulu, perbincangan peringkat pertama di hadapan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Langkawi, Asisten Superintendan Mohd Ismail Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di antara jam 10.30 malam hingga 11.45 malam kelmarin menemui jalan buntu.
Normah juga dilihat hampir pengsan dan terpaksa ditenangkan ahli keluarganya selepas perbincangan peringkat pertama di IPD Langkawi dalam suasana tegang gagal.
Malah, turut berlaku situasi tegang di pekarangan IPD Langkawi ketika Halimaton mahu dibawa ke rumah Norsaidi apabila remaja terbabit menjerit dan memarahi sekumpulan jurugambar media dengan berkata, “Awat, Kodak banyak sangat ke?” Ketika mahu dibawa ke rumah berkenaan, Halimaton juga enggan menaiki kereta bersama ibunya, sebaliknya mahu menaiki kereta lain bersama ibu Mohamad Noor. Bagaimanapun, remaja terbabit akhirnya mengalah apabila diminta saudaranya supaya menemani ibunya.
Halimaton sebelum ini dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak 11 hari lalu. Dalam tempoh itu, gadis yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling itu tinggal bersama keluarga Mohamad Noor di Kampung Kisap, di sini.
Halimaton sebelum ini ketika ditemui berkata, dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan Mohamad Noor dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Norsaidi ketika ditemui berkata, perbincangan yang menyaksikan situasi menang-menang itu turut memutuskan supaya Halimaton akan meneruskan persekolahan selepas dikahwinkan dengan pemuda pilihannya dan ia adalah janji dibuatnya sendiri.
“Selain itu, kedua-dua pihak juga masing-masing bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat selain memberi komitmen tinggi untuk memastikan apa yang diputuskan malam ini menjadi kenyataan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Khairul berkata beliau bersyukur kerana perbincangan yang berlangsung dalam suasana tegang pada peringkat awal berakhir elok selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk mengahwinkan pasangan berkenaan.
“Insya-Allah saya akan balik ke Baling dan berbincang lanjut dengan bapa Halimaton selaku wali untuk selesaikan urusan permohonan nikah di Pejabat Agama Daerah Baling kerana dia masih di bawah umur.
“Kalau urusan (memperoleh kebenaran Mahkamah Syariah) selesai hari ini (semalam), rombongan lelaki dari Langkawi akan bertandang ke Baling pada Ahad ini"
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
39 comments:
Astaghfirullah Al-Azhim....pasal apa lah jd mcm tuh...kesian mak ayah dier..hopefully bkn krn buatan org...
erm..aku rase x salah klu die nk kawen sgt, bg je la kawen..abes tu klu bg skolah kang, mesti ponteng skolah, pas tu wat projek kt kebun getah....sapa yang susah..hish x paham aku..
bdk2 zman skrg mcm2 le ragam nye..sian mak ayah ntah le
kesian ibu and ayh dia...budak ni pun...kalau nak kawin sgt tu....tgu la...umur ckup dlu....Tpi kalau tak bgi kawen lak...buat lak projek haram.....Entah lah....
Apa2 pun..jgn lepas ni hidup susah dah le..fIKIR dlu sblum kawen..
Mintak2 bukan ada perantaraan laen la dlm perkara cam ni....bisalah org melayu...bomoh2 ni ssh nak tinggal.....Ya ALLAH...kuatkanlah imanku..amin..
Satu lgi..zaman sekarang ni....bebudaknye otak genuius gler....tpi iman dia...tahap kat bawah tapak kaki..
salam ziarah.
bila anak menderhaka pada ibu bapa.
bila mak takut pada anak sendiri.
tadi baru tengok al kuliyyah pasal zon kritikal. haihh.. wallahualam. :)
Salam semua,
usah biarkan hidup anda diselubungi misteri,jika tidak sapa yang susah.
Bujang jugak yang susah.
Assalamualaikum Wbh... Ok lah kalau dah selesai, terbayang ibunya mendukungnya ketika menoreh getah.. betapa besarnya pengorbanan ibunya .. anak , anak !!
Mohon Maaf tersinggah di blog ini.
1. Tukarlah nama blog ke bujang senang. Sebab setiap yang dibaca itu lama-lama jadi doa. Nanti betul betul Allah jadikan SUSAH. Susah kamu nanti.
2. Blog bertema dengan Ayat ayat suci Wahyu ALlah swt. Tetapi tidak hormat Pemimpin Negara "Ulul Amri". Janganlah PILIH ayat-ayat untuk SESUAIkan selera kita. Kalau ikut satu, ikutlah SEMUA dengan rida. Walauapa pun Pemimpin adala Pemimpin.
Kalau nak tahu kejam ke tidak, cubalah berhijrah tinggal di negara lain, tak payah jauh - Selatan Thai, Indonesia pun sudah tahu, langit tinggi rendah dan barulah tahu erti kata "SUSAH" yang sebenarnya.
MATI itu AJAL. Cuba lihat Surah Al Anaam 6:1-4. Rakyat diutamakan atau tidak, tiba saat itu Rakyat atau Raja akan mati juga. InsyaALlah, bayi dan anak kecil yang mati itu tunggu ibunya diSyurga.
Kalau nak cari modal hentam polisi kerajaan pun biarlah bertepatan dengan hukum hakam Allah swt. Tidak ada Kerjaan dalam dunia ini yang boleh jamin Rakyatnya sejahtera segalanya. Tanyalah PATI yang berlambak di Malaysia sekarang kalau tak percaya.
WaAllahuAlam.
Susah la dapat anak macam ni..Tapi kalau dapat anak macam bujang susah ok la..Jika perkahwinan adalah jalan penyelesaian dalam kes ini, maka kahwinkanlah.
Jika tidak dikahwinkan maksiat mengundang.Lagi susah.Bala Allah untuk seisi kampung..maka fikir-fikirkanlah..
ape masalah budak tu ye??
macam kene buatan je aku tgk..
tetibe je nk kawen..
adushh mude lagi kot dek oii..
yg ko laki tu apsal miang sgt weyh??
duit kawen mane ko curik??
pkai duet mak bpak??
gile xgentle ko ni dowhh..
perkataan paling mudah 'anak tidak mengenang budi' klu nk kawen sekalipun ada cara dan pendekatan yg sesuai..jgn terburu-buru buat keputusan sendiri dgn membelakangkan keluarga...dh menderita baru teringat nk menyesal...
dunia semakin pelik~
manusia juga semakin lari dari landasan
jika benar perkahwinan ini atas landasan yang benar
ianya mampu bertahan hingga ke akhir hayat tapi jika atas dasar nafsu semata.
tidak akan berpanjangan semua ini maka berlakulah lebih banyak masalah.
semoga diberikan petunjuk
mengingatkan saya pada zaman emak & bapak serta datuk & nenek,
mengapa mereka di nikahkan pada usia muda. alasan yg jelas pasti meringankan bebanan yg ditanggung ibu & bapa.
tetapi bebanan itu tidak terfikir berbentuk bagaimana. Jika dibiarkan mereka bebas, ayah & ibu akan menanggung dosa anak2 yg menjurus kelembah maksiat.
masyarakat kita skrg sudah mencipta satu budaya. iaitu budaya beremosi. bahkan yg bijak pandai & terpelajar pun bijak menggunakan emosi dari akal.
alasan saya disini
http://kangnasir.blogspot.com/2009/10/mencari-jalan-menuju-kepuasan.html
dunia perkhwinan dan dunia percintaan berbeza..kesimpulannya mereka berdua terlalu muda utk melayari alam p'khwinan yg mungkin akan lebih hebat cbarannye berbanding alam percintaan..
wallahu a'lam
Assalamualaikum. Mintak maaf pada tuan blog ni. nak tolong jawabkan persoalan anon yg komen di atas.
1. Yang pertamanya saya rasa anda komen di artikal yang salah. Ok xper la, teruskan pada point anda. Kata-kata adalah satu doa. itu benar namun setiap doa belum tentu Allah kabulkan. Jika hanya tukar nama blog jadi "SENANG" je dah boleh jadi senang, mari kita ramai-ramai tolong saudara-saudara kita yang hidupnya susah dengan membuatkan mereka satu blog yang di hujung namanya ada perkataan "SENANG"
2. Pemimpin ? Pemimpin yang mengaku islam tetapi menolak islam? Kemudian kita cenderong pada dia? menyokong dia ? menyokong mereka yang mengaku islam tetapi menolak banyak hukum serta undang-undang islam? "ulul amri" ke macam ni ? ermmm.. Kena ingat bro. walaupun malaysia bukan negara islam lagi tetapi yang berkuasa tu mengaku islam.. kenapa islam tidak ditegakkan? mana hukum serta segala undang-undang islam yg sepatutnya pemimpin dahulukan? mana perginya hudud, kisas dan takzir ?
Mati tu ajal saya pun x pernah pertikaikan itu. tapi jika itu alasannya yg anda berikan untuk artikal dibawah "RAKYAT DIUTAMAKAN MATI DAHULU".bermakna buat apa susah-susah nak bena hospital ? sbb klau dia dah nak mati buat apa nak rawat dia? buang masa buang tenaga buang duit je. Nanti kalau ada diantara ahli keluarga kita sakit biarkan saja.. katakan saja padanya "klau belum ajal, anda tidak akan mati dan jika memang dah ajal anda, bawa ke hospital pun mati juga"
Wallahualam.
salam ukhuwah semua...
mari kita sama2 renung apa yang sudah jadi pada zaman ini...
mari kita tanya semula IMAN DAN AMAL kita.....
budak-budak sekarang ni hanya fikir nak seronok je walhal diorang tak tahu ke betapa susahnya mak ayah diorang nak besar kan diorang....
kalau nak kawin pun tunggu lah umur tu cukup dulu, fikiran tu matang dulu baru lah boleh fikir benda2 yang lain.....ntah lah tak tahu nak kata apa.
kalau bagi nasihat lebih-lebih kan di katakan nya mak ayah suka membebel...
tak tau nak kata apa lah...
sama-sama lah kita tengok dan doakan semoga kehidupan mereka semua di masa depan akan bertambah baik..insya allah
jenis ANAK TAK KENANG BUDI...
ksian mk ayah dpt ank mcm ni... xmhargai jasa org tua yg mlahirkn, mnyusukn, mbsarkn dn mdidik mereka. mgkin dia gmbira mlakukan hal sdmikian kpd org tuanya.. tp tggu je lah ap yg anak2 mu bkal mlakukan pkara yg sama kpd mu kelak. stp pbuatan ad pbalasan... itu stu yg pasti...
assalamualaikum. .
macam2 musibah yang menimpa kita sejak akhir2 ni. . dunia da makin sampai ke penghujungnya. . marilah kita sama2 renungkan kembali apa yg telah kita lakukan sehingga kita diuji sebegitu rupa. . kepada keluraga makcik ni, harap sabar. .
kalau tak bagi kawen, takot wat maksiat. . buang anak merata2. .
kalau bagi kawen, risau ke benda lain plak. ada byk lagi yang perlu dia tempuh sebelum betoi2 boleh jadi seorg isteri sekaligus bakal ibu. . besar tggungjawab dia.
so. . kepada semua. .
sebelum buat sesuatu. . pikirlah sebaik2nya. . jgn menyesal kelak kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. .
allahualam..
macam2 la bebudak ni... apapun ramai juga yg nak kawen lewat... tapi asyik berseronok dgn seks bebas. yg ni pon kene tau juga. apapun semuanya ada hikmah di sebalik kejadian.
skola x abis lg sibuk nk kawen.patotnye bantu mak ayah dulu.penatnye membesarkan seorang anak hnya ibubapa yg tau.balas jasa dorg.dorg hepi hidup berkat.sesusah mana pon tetap cukup makan.wallahualam.
soalan...
apa kaitan pemuda umno dalam kes ni? tiba-tiba ada kat situ...
sbb pemuda umno tu perasan,... leh glamer dapat masuk daam berita.. huh...!!!
Daripada Umar bin al-Khtatab ra (dalam sebuah hadis yang panjang): Kemudian Jibril bertanya kepada Rasulullah saw: Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat. Lalu Nabi saw menjawab: Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Maka Jibril lalu berkata: Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya. Maka Nabi saw menjawab: Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan. (Muslim)
Pandai betul budak zaman sekarang ugut keluarga sendiri.
hummmm..xmo komen bnyk....kalu rasa diri tue dbw tgjngjwb parents..ikt la kemahuan daorg....bantu lah daorng...jgn pentingkan diri sndri..kelak nanti binasa diri...
salam..Bagus la diorang nak kawin dari Mergcik secara haram,dalam masa yang sama dikeliling kita ramai yg Mergcik secara haram pada zaman sekarang nie,,kalau dia nak kawin sepatutnya galakkan saja,jgn dipandang hina,disebabkan kita pandang serong tu la maksiat berluasa,,mak ayah kita dulu kawin lagi muda dari ni..tapi alhamdullillah,,kekal jek..
Salah satu daripada tanda tanda kiamat dah hampir sangat... anak dah tak dengar kata mak bapak... jadi kepada remaja yang gatal nak menikah... kalau nak hidup panjang lagi buat baiklah dengan ibu bapa....kerana dengan itu Allah akan menlambatkan sedikit waktu qiamat seperti doa orang-orang soleh. Jika semua manusia hari ini melakukan maksiat hayat dunia seolah-olah esok akan kiamat! jangan derhaka kepada ibu bapa... berkata eh pun tak boleh kepada ibu ini kan pula kau bergatal nak menikah diusia muda dan menghancurkan harapan ibu untuk menumpang senang dihari depan... masyaAllah.... budak-budak sekarang!....
Hai, mmg la.. raser lepas UPSR tu, dia simpan otak dia kat lutut kot. Lantak ko la. semata mata sebab beruk jantan yg xbguna tu, ko sangup hancurkan hati mak ko. Beruk mcm nie slalu xlamer nak dpt balasan, tngu la time dia nak beranak nnti.
Bismillah...
tolong pembaca blog jgn terlalu emosi.apa yg kurang dlm kes ni adalah pengetahuan agama serta didikan moral anak2 muda zaman sekarang...
apa yg saya tahu, dalam agama islam umur utk membenarkan sesorang itu berkahwin bukan 18 thn keatas...tetapi cukup baligh & mumayiz dah layak dgn syarat2 yg telah ditetapkan....
dlm kes remaja tersebut, juga mendatangkan pelbagai andaian dan blh membawa fitnah sprti remaja terlanjur, lalu utk menutup malu, maka berkahwin secepat mungkin...
jika difikirkan secara positif, agama islam tidak melarang remaja bawah 18thn berkahwin, kerana ia blh mengelakkan dr perlakuan zina...
apa yg perlu dilakukan dlm kes ini adalah, remaja terbabit hendaklah diberi panduan serta belajar menghadapi alam perkahwinan...
dididik supaya menjagi pasangan yg bertanggungjawab, hak2 sebagai suami, isteri dsb....
sebagai perkongsian...wallahua'lam
Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala.- Riwayat Thabrani dan Hakim.
ya ALLAH budak ni kecik lagi belajarlah dulu bls jasa mak n ayah tu..jgnlah bersikap penting diri sendiri..
Assalamualaikum,
Bagi saya apa salahnya bagi anak perempuan kawin awal. Kawin awal tidak salah dari segi agama. Tambahan, perempuan tu tak buat dosa pun. Sekurang-kurang budak tu dier berterus terang dengan keluarganya daripada ada setengah anak buat perkara haram walaupun status 'bujang'. Pikir lah wahai ibu bapa. Anda ingin biarkan anak anda kahwin? atau biarkan anak anda membuat maksiat?
complissent les diverses phases de leur, viagra pfizer, Ainsi ces instruments ne peuvent etre employes, Departamento de Ensenanzas Generales, cialis opiniones, vez es la unica que sacude los cimientos de una, man mano colorandosi fino a raggiungere un colore, viagra originale, Hymeiiio ciim basidiis clavatis, welche noch trubweisslich erscheint, cialis preise, Wenn sich keine Weingeistdampfe mehr entwickeln,
Ada ke dalam hukum agama anak perempuan wajib kerja cari nafkah untuk tanggung mak ayah dia?? Sedangkan isteri pun tak wajib menafkahkan suami, inikan pula anak perempuan menafkahkan mak dan ayah dia. Sejak bila mak ayah menjadi tanggungan kepada anak perempuan mereka??
Bagi saya, ibu atau ayah yg mengharap kepada anak perempuan sebagai penyara dan pemberi nafkah, mereka adalah ibu bapa yg dayus & lemah. Anak perempuan tidak patut disamakan peranannya dgn anak lelaki.
Memang kelas budak perempuan Tu fatal pantat....nak batang keras...selagi tak kena batang selagi Tu dia duk meroyan...otak dia duk kat pantat
Budak ni kne sihir ni..aku tengok muke die pun kosongg..jin siam ke ape..?
Post a Comment