Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, March 30, 2010

PALESTIN ITU JAUH DARI KITA

بسم الله الرحمن الرحيم



Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?


--SIDDIQAH--


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

6 comments:

Unknown said...

Memang jauh perbezaan antara kita dgn mereka saudara kita disana tu..
Namun berapa ramai yg tahu bahawa sikap umat Islam seperti di Malaysia juga terdapat di Palestin sana ..? Nama dan ugama yg sama tapi kehidupan adalah berbeza..

Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua dan memberikan kemenangan kepada pejuang2 Agama Allah ini..

Kakashiro said...

MMG TERAMATLAH JAUH..PEMIMPIN KITA PON PRO YAHUDI..APE NAK DIKATA..KONONNYA PERTAHAN KAN MELAYU..TP APE NILAI MELAYU DIHADAPAN ALLAH..TIADA SEDIKIT PON..JIKA BERJUANG MEMPERTAHAN AGAMA DAN SAUDARA SEISLAM TERAMATLAH BESAR GANJARAN NYE NANTI..

Cik Melor said...

salam.
tiada kata yg dapat dilafazkan semoga Allah melindungi mereka. Amin

Pacifist said...

jauh dimata,tetapi dekat dihati insan yang simpati.

daun kesum said...

bila la bumi palestin nak aman..

Anonymous said...

MasyaAllah... setiap kali membaca petikan artikel mengenai palestin pasti airmata ini akan gugur dek krn ape yg mrk perjuang kn. walhal kite d malaysia hidup dgn mewah dan tenteram.marilah kite bersama memboikot produk israel.moga ia dpt membantu walaupun hanya sdkit.